Allah Tak Perlu Dicari!

ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN

Tujuan karangan kitab ilmu Tok Kenali oleh Haji Mohd Yusof Cik Wook ini, bukan bertujuan untuk membicarakan soal ilmu feqah, kerana persoalan ilmu feqah itu, sudah diterjemah oleh sebarang kitab, sudah dibicara oleh semerata orang dan di merata pelusuk dunia!. Adapun kitab ini dinukilkan, adalah bertujuan membawa tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah sekalian untuk belajar bagaimana cara-cara mengenal Allah s.w.t. Iaitu mengenal Allah dengan erti kata sebenar-benar mengenal! Selain itu, membimbing tuan-tuan dan puan-puan sekalian cara-cara atau kaedah mengenal diri dengan sebenar-benar mengenal!. Bukan setakat beristilah, bukan setakat usul dan bukan sekadar slogan penyedap kata. Ulamak-ulamak lain yang pernah kita temui (terutama ulamak feqah),  mereka hanya mengajar ilmu penunjuk jalan, ilmu kaedah atau ilmu cara-cara untuk sampai tetapi tidak membawa kita kepada tempat yang dituju!.

Kebanyakkan ulamak feqah, mereka membimbing kita  hanya setakat untuk menunjukkan jalan!. Sedangkan ilmu makrifat Tok Kenali itu, bukan setakat menunjuk jalan tetapi membimbing kita sehingga sampai kepada tempat yang dituju (penamat ilmu). Ilmu yang membawa kita semua, supaya sampai kepada ilmu makrifat yang sebenar-benar makrifatullah (mengenal Allah)!.

Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat. Tetapi, percayalah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber seperti yang ada sekarang. Maka dengan itu, sudilah sekiranya saudara dan saudari semua, sama-sama mengembara bersama saya Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof selaku (pengarang, penulis, peyunting, penerbit, pencetak, penjual, pengedar, penceramah, pendakwah dan pengiat dalam bidang ilmu hakikatt dan makrifat). Marilah kita sama-sama untuk menerokai keajaiban ilmu makrifat!. Sementara saya masih hidup, bertanyalah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan tuan-tuan pada bila-bila masa dan tempat dengan izin Allah s.w.t.

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, ilmu jiwa atau ilmu rasa. Amat mustahil ilmu-ilmu sebegini boleh dilihat dengan jangkauan akal manusia biasa. Ia merupakan suatu anugerah Allah s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan ilmu ini tidak terdapat ataupun diperolehi melalui mana-mana sukatan pelajaran di sekolah-sekolah dan di dalam sukatan mata-pelajaran, melainkan hanya ada pada dada-dada para mukmin.

Ilmu makrifat itu, adalah merupakan sesuatu ilmu anugerah Allah s.w.t. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani yang boleh menyentuh, merobek, menyiat dan meleburkan hati. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang dapat membawa dan membimbing kita sehingga sampai kepada jalan “mati sebelum mati“. Hanya dengan jalan mati sahaja kita akan dapat menemui dan mengenal Allah!.

Untuk mencari dan mengenali perkara hidup atau benda hidup (mencari atau mengenal Allah), kita hendaklah terlebih dahulu mencari dan mengenali benda mati atau mengenali perkara mati!. Seumpama kita hendak menikmati rasa sihat, sebelum kita tahu apa itu erti sihat, kita kena terlebih dahulu melalui jalan sakait. Setelah menikmati rasa sakit, baru kita tahu apa itu erti sihat!.  Harus terlebih dahulu melalui sakit, baru boleh mengenal rasa sihat!.

Seumpama kita hendak menikmati rasa manis, hendaklah terlebih dahulu melalui rasa tawar. Untuk menikmati rasa kaya, hendaklah terlebih dahulu melalui rasa miskin. Untuk mengetahui warna putih, hendaklah terlebih dahulu mengetahui warna hitam. Untuk mengetahui apa itu tinggi, hendaklah terlebih dahulu  mengetahui apa itu pendek. Begitu juga dengan ilmu hidup. Untuk mengetahui ilmu hidup itu, hendaklah terlebih dahulu melalui ilmu mati atau jalan mati!. Yang bersifat hidup itu, hanya Allah. Untuk mengetahui yang Allah itu bersifat hidup, hendaklah terlebih dahulu mengetahui yang bahawasanya makhluk itu atau diri kita itu, bersifat dengan sifat mati!. Setelah benar-benar mengetahui yang makhluk itu bersifat mati, barulah kita mengetahui dan mengenal yang bahawasanya hidup itu, adalah Allah. Jadi untuk mengenal Allah itu, hendaklah terlebih dahulu mempelajari, mendalami dan mengenal ilmu mati iaitu ilmu “mematikan diri kamu sebelum kamu mati!”. Barulah Allah akan dapat kita kenal dengan nyata, jelas, terang, tanpa ragu dan tanpa was-was!. Setelah kita benar-benar mati (mati sebelum mati), barulah ilmu hidup yang sebenar-benar hidup itu dapat dimengerti!.

Ilmu ini, adalah ilmu rasa. Hanya orang yang minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau masinnya air, “orang yang menikmati sahaja yang mendapat tahu” (La ya zuk, wala ya arif). Ilmu ini adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yang bukan mencari syurga, bukan mencari pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari  rasa!, iaitu mencari rasa didalam rasa!. Iaitu ilmu lihat dalam penglihatan dan ilmu dengar dalam pendengaran………………….

Inilah diantara tujuan utama dan tujuan sebenar dinukilkan atau dikarang kitab ilmu makrifat ini kedalam bentuk tulisan yang akan dijadikan sebagai bahan rujukan oleh generasi yang akan datang, sementara menunggu pulang kerahmatullah!.

Soal: Apakah tujuan sebenar yang kita cari dalam ilmu makrifat?.

Jawab: Dalam kemestian dan dalam kewajipan menuntut ilmu, ilmu makrifat itu “bukan bertujuan untuk mengenal Allah!”. Kebanyakkan dari kita telah tersalah faham dan tersalah pentafsiran tentang ilmu makrifat!. Memang benar makna dan erti perkataan makrifat atau makrifatullah itu, adalah bermaksud mengenal Allah. Sungguhpun makna atau erti makrifatullah itu bermaksud mengenal Allah, namun tujuan sebenar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengenal Allah. Sebenar-benar makarifat itu, adalah bertujuan untuk mengenal diri!. Tujuan ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk memperkenalkan sifat masin, adapun tujuann ilmu makrifat itu, adalah bertujuan untuk  memperkenalkan sifat garam!.

Soal: Kenapa ilmu makrifat tidak bertujuan untuk mengenal Allah dan apakah alasannya?.

Jawab: Kerana apa dan sebab apa saya berkata ilmu makrifat itu bukan bertujuan untuk mengenal Allah?. Sebab saya berkata  sedemikian itu, adalah  kerana Allah itu bukan ain (bukan benda atau bukan sesuatu). Allah itu bukan sesuatu, jika Allah itu bukan sesuatu, mana mungkin makhluk yang bersifat dengan sifat sesuatu dan yang bersifat dengan sifat jirim dan berjisim dapat mengenal Allah yang bukan merupakan sesuatu?.

Allah tidak bersifat zahir dan tidak bersifat batin!. Mana mungkin kita makhluk boleh mengenal Allah!. Zahir hanya boleh mengenal zahir, adapun hanya batin sahaja yang boleh mengenal batin. Apa lagi diri kita selaku makhluk manusia zahir yang bukan bersifat batin, sudah tentu tidak akan dapat untuk mengenal batin. Sedangkan untuk mengenal yang sesama zahirpun belum tentu, apalagi untuk mengenal yang batin!.

Kita sebagai makhluk manusia, hanya bersifat dengan sifat zahir, mana mungkin zahir dapat mengenal yang batin, apa lagi mengenal Allah yang tidak zahir dan tidak batin. Allah bukan  ain (benda) dan Allah tidak berjisim dan tidak berjirim?. Mana mungkin dapat dikenal oleh sekalian manusia!. Allah tidak boleh dikenal oleh benda atau perkara yang bersifat makhluk!. Hanya Allah yang mengenal Allah!……..………………………

Itu sebabnya pada suatu ketika bertanya para sahabat kepada Baginda Rasulullah, “bagaimanakah ya Rasulullah untuk kita mengenal Allah?”. Jawab baginda Rasulullah, “ Aku mengenal Allah dengan Allah (Ana Araftu rabbi birabbi). Baginda Rasulullah mengenal Allah bukan dengan guru, bukan dengan malaikat, bukan dengan Al-Quraan, bukan dengan akal dan bukan dengan daya usaha sendiri!. Baginda  mengenal Allah itu, adalah dengan Allah, bukannya dengan dirinya sendiri!. Ingat itu……………………………

Itulah sebabnya saya katakan disini, bahawa Allah itu tidak akan dapat dikenal oleh yang bernama makhluk manusia!.

Jawapan kedua: Sebab, kerana atau alasan kenapa saya katakan yang Allah itu tidak boleh dikenal?.

Sebab atau alasannya adalah kerana Allah itu maha hampir, maha dekat, maha rapat, maha terang, maha jelas dan maha tak terselindung (tak terhijab). Kerana terlalu hampir, terlalu dekat dan terlalu terangnya Allah itu, sehinggakan Allah itu tidak kelihatan oleh pandangan makhluk manusia. Saya bagi contoh disini dengan perumpamaan bulu mata!. Tidak adalah benda atau perkara yang paling dekat dengan mata, adalah bulu mata. Kenapa mata kita tidak nampak bulu mata?. Sebab, kerana atau alasannya, adalah kerana bulu mata kita itu, duduknya telalu hampir, terlalu dekat dan terlalu terang. Begitu juga dengan Allah Taala. Kenapa makhluk manusia tidak dapat memandang Allah Taala?. Kerana dan sebabnya kita tidak boleh untuk memandang Allah Taala itu, adalah kerana Allah Taala itu terlalu dan teramat hampir dan dekat dengan kita!. Itulah diantara sebabnya kita tidak terlihat atau tidak boleh untuk memandang Allah.

Soal: Apakah nasihat atau pendapat saya?

Jawab: Nasihat atau pendapat saya sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ilmu makrifat, nasihat dan pendapat saya, janganlah Allah itu hendak dikenal, selagi bernama dan selagi bersifat makhluk!. Sekiranya tuan-tuan berniat untuk mengenal Allah dengan nyata senyata-nyatanya, hendaklah tuan-tuan buang sifat nama dan buang sifat yang bersifat, buang sifat afaal dan buang sifatzat diri tuan-tuan sendiri, barulah Allah yang Esa itu dapat dikenal dengan Esa seEsa-Esanya!. Selagi ada makhluk (selagi bersifat dengan sifat makhkluk), selagi itulah Allah tidak akan dapat diadakan!.

Nasihat saya, bagi sesiapa yang hendak mengenal Allah (makrifatullah) itu, haruslah dan wajiblah membinasakan terlebih dahulu diri zahir (hari raya puasa) dan diri batin (hari raya korban), barulah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara itu akan sendirinya terzahir terang , jelas dan nyata senyata-nyatanya!.

Buat apa bersusah payah menyuluh disiang hari?. Buat apa nak mencari Allah, sedangkan Allah itu teramat-amat nyata dan teramat-amat terang!. Terang dan nyatanya cahaya matahari diwaktu panas terik matahari (waktu tengah hari) itu, adalah terlebih terang Allah berbanding cahaya matahari!. Dekatnya mata putih dengan mata hitam, adalah terlebih dekat Allah berbanding mata hitam dan mata putih kita!. Hampirnya Allah itu, terlebih hampit dari urat leher kita sendiri!, Oleh itu dan sebab itu, kenapa masih hendak mencari Allah?……………………

Yang hendak dicari itu, sepatutnya adalah perkara yang hilang. Yang hendak disuluh itu, sepatutnya adalah perkara yanng gelap, yang hendak diambil itu, sepatutnya adalah perkara yang tiada, yang hendak dipikul itu, sepatutnya adalah perkara yang dibawah, yang hendak dicari itu, sepatutnya adalah perkara yang hilang!. Buat apa nak disuluh, nak diambil, nak dipikul dan buat apa nak dicari perkara yang tidak hilang!.

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, mana yang berkesempatan membaca tulisan saya ini dengan satu pertanyaan. Apakah tuan-tuan masih nak mencari cincin yang sudah terlekat dijari?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, apakah masih lagi nak mencari cincing yang sudah sedia terlekat dijari?…………………….

Satu soalan lagi, apakah tidak cukup terangnya cahaya matahari, sehingga tuan-tuan masih menggunakan lampu suluh untuk menyuluh benda yang terletak dipanas terik matahari yang telahpun ternyata terang dan jelas?. Cuba jawab………………….

Seterang-terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Sebesar-besar alam semesta (bumi dan langit), sesungguhnya besar lagi Allah, kenapa sehingga tidak tertilik?. Kenapa Allah masih hendak dicari oleh sakalian makhluk manusia?………………………………….

Allah tak hilang, buat apa nak dicari perkara yang tidak hilang?. Allah tak jauh, buat apa nak dipanggil perkara yang sudah hampir?. Allah tidak terselindung, buat apa nak menilik?. Kenapa masih mahu mencari perkara yang tidak hilang?. Cuba jawab pertanyan saya…………………………….

Hilangkah Allah itu?. Jauhkah Allah itu?. Bertabirkah (terhijabkah) Allah itu?. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas……………………Jika Allah tidak bertabir (tidak terhijab), Allah tidak hilang dan Allah tidak jauh, kenapa tuan-tuan sidang pembaca sekalian sehingga tidak terlihat, tidak terpandang dan sehinggkan sampai tidak tertilik Allah?…………………………………

Itu sebabnya saya nyatakan disini bahawa Allah itu tidak perlu dikenal dan tidak perlu dicari. Sememangnya Allah itu sudah ada diatas bahu tuan-tuan, kenapa masih mahu mencari untuk dipikul?, kenapa, kenapa dan kenapa?…………………………………. Cuba jawab pertanyaan saya!

Maksud makrifatullah atau maksud perkataan mengenal Allah itu, adalah semata-mata usul, semata-mata istilah dan semata-mata kaedah bagi mempermudahkan faham!. Pada hakikat sebenarnya, Allah itu tidak perlu dikenal, kerana sudah terang lagi bersuluh.

“Awaluddin makrifatullah” (awal beragama itu, adalah mengenal Allah). Maksud perkataan “awaluddin makrifatullah” itu, adalah semata-mata istilah atau dari sudut bahasa ilmu untuk memberi faham (bagi tujuan mempermudah faham). Pada hakikat sebenarnya, mengenal Allah (makrifatullah) itu, sebenarnya tidak perlu!. Seumpama tidak perlunya kita mengarahkan jantung kita supaya megepam darah. Samaada kita arah atau tidak, sememang ianya sudah sedia terarah. Mahu atau tidak untuk kita melihat bulu mata, sememangnya sudah sedia ada dan sudah sedia terlilhat.

Soal: Kenapa dan apakah sebabnya Allah tidak perlu dikenal dan tidak perlu dicari, sedang agama Islam menuntut supaya kita mengenal Allah?.

Jawab: Kenapa hendak mencari Allah, sedang Allah itu tidak hilang!. Yang hendak dicari itu, adalah perkara atau sesuatu yang hilang. Adpun Allah itu, tidak pernah hilang, tidak pernah luput dan tidak pernah jauh!. Kenapa perlu mencari barang yang tidak hilang, cuba jawab pertanyaan saya?…………………

Kenapa kita hendak mengenal Allah?, sedangkan akal atau ilmu pengetahuan yang ada didalam dada, didalam otak atau yang ada didalam akal kita itu, tidak memungkinkan mengenal Allah!. Ilmu pengetahuan akal, tidak sekali-kali akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah.  Kerana apa ilmu pengetahuan akal tidak akan sampai kepada tahap mengenal Allah?. Sebabnya adalah kerana Allah itu maha tinggi dari ilmu pengetahuan!. Sebabnya Allah itu, berkedudukkan lebih tinggi dari ilmu pengetahuan.

Tinggi ilmu pengetahuan kita, tinggi lagi Allah. Tinggi ilmu pengetahuan kita, tinggi lagi Allah dan tingggi ilmu pengetahuan kita, sesungguhnya tinggi lagi Allah!. Setinggi manapun ilmu pengetahuan kita, sesungguhnya tinggi lagi Allah. Cuba jawab pertanyaan saya, jika sekiranya Allah itu berkedudukkan lebih tinggi dari ilmu pengetahuan akal kita,  bolehkan Allah itu akan dapat dikenal denngan akal atau ilmu pengetahuan?.

Sifat bagi Allah itu, selalunya berkedudukkan lebih tinggi, jika Allah itu selalu dalam berkedudukan lebih tinggi atau duduk pada tahap yang lebih teratas, mana mungkin akal dapat mengenal Allah!. Bermakna akal yang lemah lagi cetek ini, tidak mungkin sampai kepada tahap Allah, apa lagi untuk mengenal Allah!.

Akal atau ilmu pengetahuan manusia itu, berkedudukkan lebih rendah dari Allah. Jika akal kita sebagai makhluk manusia duduk lebih rendah dari Allah, bagaimana mungkin pengetahuan akal atau kepandaian otak boleh sampai kepada tahap Allah?. Itu makanya para guru-guru makrifat terdahulu berkata yang bahawasanya Allah itu, tidak akan dapat dikenal oleh akal pengetahuan, melainkan hanya Allah sahajalah yang mengenal diriNya sendiri!. Benarlah sebagaimana Hadis Baginda Rasulullah bersabda “Ana raftu rabbi birabbi” (aku mengenal Allah dengan Allah).

Allah itu berkedudukkan lebih tinggi dan maha tinggi dan dari ilmu pengetahuan akal makhluk manusia!. Jika duduknya Allah itu lebih tinggi dari akal pengetahuan makhluk manusia, bagaimana mungkin akal pengetahuan manusia dapat sampai kepada tahap mengenal Allah!. Akal makhluk manusia itu, terhad dan terbatas. Mana mungkin akal yang terhad dan terbatas itu,  boleh sampai kepada tahap Allah?.

Allah itu, lebih tinggi dari akal manusia!. Jika Allah itu berkedudukkan lebih tinggi dari akal kita sebagaimana mungkin makhluk manusia akan dapat mengenal Allah!.

Jika sekiranya ilmu pengetahuan akal makhluk manusia itu dapat sampai kepada tahap Allah, bermakna dan bererti taraf makhluk manusia itu,  sama besar, sama taraf, sama berkuasa dan sama tinggi dengan Allah!. Jika sifat Allah itu sama tarafnya dengan sifat manusia, apa beza, apa lebih dan apa tingginya Allah berbanding kita manusia?.

Bagi mengambarkan Allah itu tinggi (Maha Tinggi), Allah itu sepatutnya lebih berkuasa berbanding kuasa makhluk manusia. Sekiranya Allah itu lebih tinggi dari makhluk,  sudah tentu akal atau ilmu pengetahuan makhluk manusia itu, tidak sekali-sekali boleh sampai kepada tahap Allah, kerana Allah itu, kedudukkannya lebih tinggi. Apa lagi melalui ilmu pengetahuan akal makhluk manusia yang terbukti bersifat lemah. Sekalipun kita itu berkelulusan dari Universiti Al-Azhar atau berkelulusan Asia Barat!.

Soal: Apakah sebenarnya maksud makrifatulah (awaluddin makrifatullah)?

Jawab: Maksud sebenar mengenal Allah (makrifatullah) itu, adalah bertujuan untuk memperkenalkan diri kita!. Seumpama diwujudnya sifat garam itu, adalah bertujuan bagi memperkenalkan sifat masin. Sifat masin susah untuk dikenal, kerana ianya hanya berada didalam lautan luas. Tidak ramai yang berkesempatan untuk turun kelautan bagi megambil masin. Untuk memperkenalkan sifat masin, maka dijadikanlah sifat garam, supaya dengan sifat garam itu, mudah-mudahan kita tahu dengan mudah untuk mengenal apa itu masin!. Bilamana mengenal garam, maka dengan sendirinya, mengenallah kita kepada masin!.

Bagaimana kita nak mengenal masin jika tidak dengan garam. Orang tidak pernah berkata, masin seperti laut. Selalunya yang kita dengar, orang akan berkata bahawa masin itu seperti garam. Jadi untuk memperlihatkan sifat masin, maka dijadikannya sifat garam. Dengan mengenal garam, mudah-mudahan  kita mengenal masin dengan mudah!.

Yang dimaksud, yang dierti dan yang dimaknakan dengan sifat garam itu, adalah diri kita sendiri!. Diri kitalah yang dikias atau yang diibaratkan kepada sifat garam!. Untuk mencari masin, terlebih dahulu hendaklah mengenal sifat garam. Untuk mengenal Allah, hendaklah terlebih dahulu mengenal diri (sifat garam). Kenal garam maka akan kenallah kita kepada masin! (kenal diri, akan kenallah kita kepada Allah Taala). Untuk itu, marilah kita bersama-sama mencari diri sendiri (garam)!…………………………………………..

Soal: Bagaimanakah caranya mengenal diri?.

Jawab: Segalanya terjawab dalam kitab mengenal Diri Tok Kenali Kelantan, carilah disana…………………………

Soal: Siapakah sebenarnya yang hendak di cari?.

Jawab: Yang hendak dicari itu, adalah diri kita sendiri. Susah kiranya kita hendak mencari diri orang lain, apa lagi jika orang itu masih hidup, lainlah jika kita mencari orang yang sudah mati. Orang yang sudah mati, senang kita hendak cari, kerana kita sudah tahu tenah kuburnya. Bagi mencari orang yang masih hidup itu memang susah, kerana dia selalu berpindah randah!.

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang paling senang, paling mudah, paling ringkas, paling senang dan ilmu yang paling asas. Mudahnya mempelajari dan mendalami  ilmu makrifat itu, adalah kerana yang hendak dicari itu, bukan diri orang lain, yang hendak dicari itu, adalah “diri kita sendiri”. Kitalah “diri yang dicari itu!”. Yang menilik itu, adalah yang ditilik!, yang memangil itu, adalah diri yang dipanggil. Yang menyembah itu, adalah juga diri yang disembah!.

Soal: Bagaimana caranya untuk sampai kepada tahap yang menilik itu, adalah juga yang ditilik, yang memanggil itu, adalah juga yang dipanggial dan yang menyembah itu, adalah juga yanng disembah?……………….

Ramai orang yang sanggkut dalam persoalan diatas!. Ramai yang hanya tahu bercakap dan hanya tahu berkata-kata! tetapi tidak tahu murak, tidak tahu tempat jatuh dan tidak tahu tempat berhentinya! (tak tahu stesyennya). Biarpun tuan-tuan bergelar tuan guru (dituju kepada ulamak feqah)!. Bagaimanakah caranya untuk kita merilisasikan ungkapan itu?.

Sebelum tuan-tuan baca jawapan saya, cuba ambil sekeping kertas kosong dan saya minta dengan penuh hormat dan seikhlasnya, sekiranya tuan-tuan ingin mendapat barokah dalam pengajian ilmu makrifat yang saya nukilkan ini, saya minta tuan-tuan catat, apakah yang tuan-tuan faham tentang ungkapan diatas?. Tentunya sebelum ini, tuan-tuan sudah belajar, sudah pernah dengar dan sudah pernah pegang ilmu ini. Jadi tulis diatas kertas, apakah yang tuan-tuan faham tentang  persoalan diatas?…………………………

Jawab: Jawapan kepada persoalan itu amat ringkas dan mudah!.

  “akan bersambung dalam kitab ketiga, yang akan terbit tak berapa lama lagi………………………………………………….

Advertisements

13 comments on “Allah Tak Perlu Dicari!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s