Commen Gapar

Gapar
gapar@gmail.com
183.90.103.175
Submitted on 2013/06/23 at 6:55 pm | In reply to Gapar.

Kalau manusia tak ada diri buat apa nak belajar mengenal diri? Jadi pokok kelapa pun ada banyak gunanya sebagai pokok kelapa. Tentunya dengan adanya diri manusia itu memiliki bakat dan kebolehan lebih besar dari pokok kelapa. Kalau tak ada diri manusia, macam mana Allah patut dikenal?

Select comment Gapar
gapar@gmail.com
183.90.103.153
Submitted on 2013/06/23 at 6:49 pm

Ini pemikiran apa nih? Bukankah Allah yang telah menciptakan diri kita? Allah tidak menjadikan diri manusia itu kosong dan sia-sia semata. Diri manusia yang diciptakan Allah itu sebenarnya mempunyai suatu hakikat untuk menyatakan adanya Allah. Manusia itu adalah tajalli Allah. Hanya guru yang bodoh sahaja yang mengajarkan manusia itu tidak ada diri, samalah macam mempersendakan perbuatan Allah untuk menjadikan manusia sebagai khalifah.

Advertisements

32 Replies to “Commen Gapar”

  1. Belum sampai masa untuk dia faham. Kenal ni rasa. Ilmu belum tentu boleh kenal. Akal terhad untuk kenal. Semuanya atas allah. Allah telah tetapkan ceritanya. Saja dibuatnya sebab untuk capai tujuan. Sedangkan tujuannya telah wujud dahulu. Allah berkehendak bukan atas tujuan. Ilmu disangkakan hebat. Perbuatan disangkakan hebat. Akal disangkakan hebat. Hidup ini banyak atas sangkaan sahaja. Allah tetap Allah, diri tetap tiada.

    Like

  2. Nak kenal Allah bukan atas diri. Diri tidak boleh mengenal allah. Allah sahaja yg boleh mengenal allah. Mcm mana nak rasa sedangkan diri masih wujud. Sudah ditentukan tuan guru gapar kena lalu cara mcm ni untuk kenal Allah. Yg berbicara pun atas allah mcm mana kita nak menyalahkan allah. Mohon maaf atas penulisan saya yg bodoh ni

    Like

  3. Alhamdulillah, terima kasih tuan guru Gapar. Dari pesanan guru, kami berhajat untuk berguru dengan tuan. Mohon di beri no telfon dan alamat tuan bagi memudahkan pihak kami berurusan dengan tuan. Saya percaya ramai di kalangan kami yg tuan istilahkan ‘bodoh’ itu akan menyertai saya termasuk tuan guru kami untuk berguru dgn tuan. Harap mendapat respon tuan. Terima kasih. Amin.

    Like

  4. Kepada Tuan Guru Gapar yang saya kasihi.

    Sebenarnya ilmu yang diterangkan oleh Tuan Guru Hj Shaari bukanlah ilmu salah apatah lagi sesat. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterimakasih kepada Tuan Guru Hj Shaari atas mujahadah beliau yang bersunggguh-sungguh mengajar dan menyebarkan Ilmu Makrifat Tok Kenali supaya tidak luput ditelan zaman. Hakikatnya Allah S.W.T lah sebenarnya yang telah menggerakkan Tuan Guru Hj Shaari untuk mengembangkan semula ilmu ini. Perkara dan kaedah yang sama disebutkan oleh ulamak yang lain mengenai ilmu makrifatullah ini. Tuan Guru Gapar boleh merujuk kepada kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis terbitan Perniagaan Jahabersa. Tok Pulau Manis juga menyebutkan bahawa untuk mengenal Allah dengan sebenar-benar mengenal kita perlu ‘melenyapkan’ diri kita. Saya pasti Tuan Guru Gapar pasti maklum bahawa kedua-dua ulamak Tok Kenali dan Tok Pulau Manis adalah wali-wali Allah yang Arif Billah. Jadi jauhkan diri kita dari menjadi musuh kepada para wali Allah ini. Kerana Allah S.W.T telah berjanji akan MEMERANGI siapa juga yang memusuhi waliNYA. Salam.

    Like

  5. akulah bukanlah guru. aku pun tak pernah berguru sebab aku belum pernah bertemu guru. hanya si gapar yang mabuk. aku sangat kagum dengan penuangan shaikh daud al fatani. manusia itu bukan seperti ais kosong. manusia itu ada hakikat ada isinya. jika kau masih mencari Allah untuk mengenal Allah itu Allah, sampai syurga kau tak akan menemui Allah. Allah itu cuma nama, nama, nama. diri Allah itu ada dalam diri kau tapi bukan namanya Allah. andai manusia tak ada hakikatnya, apa gunanya ada nabi dan rasul. maaf aku tak pakai nombor cuma ada titik sahaja.

    Like

    1. Batu dah baling kenapa tangan nak di sembunyi. Buka buka lah biar kami menumpang kerna tuan dah mengenal Allah walau pun Allah itu lai sa kamislihi syaiun. Amin.

      Like

    2. Maafkan saya tuan Gapar, saya tidak berniat meyinggung apa lagi melukai hati tuan, tetapi sekadar memberi pesan (ingat mengingati) sesama kita. Ilmu tuan memang benar. Sebenarnya sayalah yang betul-betul jahil. Saya masih tidak sampai setinggi ilmu tuan.

      Maafkan saya tuan. amin drp hj shaari

      Like

  6. Berhati-hatilah dengan ilmu makrifat. Ramai yang mengaku mereka mencapai makrifat tetapi sebenarnya mereka sesat. Ingatlah pencipta dengan yang dicipta tidak boleh bersatu, tetapi tidak juga boleh berpisah. Ibarat api dengan asap, garam dengan masin dan matahari dengan cahayanya. Api bukan asap dan asap juga bukan api. Tapi api dan asap tak boleh berpisah. Begitu juga, matahari bukan cahaya dan cahaya bukan matahari. Tetapi matahari dan cahaya tidak boleh berpisah. Barangsiapa yang mengatakan asap itulah api dan cahaya itulah matahari, maka sesatlah ia dengan kesesatan yang nyata. Berhati-hatilah…..

    Like

    1. benar kata tuan itu. tetapi jika disambung sedikit lagi, adalah terlebih tepat ilmunya.

      Asap bukan api, tetapi tidak lain dari api. Ini ayat yang benarnya.
      Garam bukan masin, tetapi tidak lain dari masin. ini ayat yang betulnya.
      amin drp hj shaari.

      Like

  7. Kalau nak bercakap fasal hakikat,kenalah berlandaskan ilmunya yang sebenar,dan bukan andaian.Hj Shaari banyak cerita fasal mati,tetapi tidak memperihalkan proses2 kematian sebelum terjadinya mati dulu sebelum mati atau ajal dulu sebelum mati. Mati diri,mati rasa dan mati nafsu merupakan satu mertabat yg dicapai setelah sesaorang itu sampai kepuncak kerohaniannya,yakni bersatu dgn Dirinya yg sebenar.Disinilah baru blh dikatakan mati diri sebelum mati atau karam dalam hakikat Zat.Sdr Gapar tidak salah dalam memperkatakaan bahawa diri mestilah ujud sebelum menuju kepada mati yg dimaksudkan Hj Shaari.Tidak timbul wujud dualism,iaitu wujud diri dan wujud Allah yg dikatakan syirik itu.
    Kalau diri tdk mendapat anugerah Allah sekalipun namun keEsaan Allah tetap disitu kerana yg tidak bernama tetap sedia ada dalam diri setiap orang…Diri sebenar2 diri atau tuan empunya diri.

    Like

  8. andai masih ditepi perigi..
    Tentulah nampak bayang sendiri..
    Cuba terjun humbankan diri..
    Barulah pulang kepada ilahi..
    Hnya Allah melihat Allah
    hanya Allah ketahui Allah
    hnya Allah kenal Allah..

    Like

  9. salam tuan guru…..bagi saya sekelumit pun tidak tegugat atau terganggu dgn pemikiran si baharu ini……..
    kalau beliau mencari Allah pasti lelah….kalau beliau sebenar benar kenal pasti ingat….kalau beliau hakikul yakin di sebalik titik sebelum titik pasti diri mati/kosong………..

    Like

  10. Asslmkm tuan guru gapar yg budiman lagi tinggi ilmu melebih langit yg tinggi . Adakah sangat bagus sesorng yg muslim memaki dgn bahasa kesat sesama muslim, di manakah adab seorg guru dan hubungan sesama manusia tuan yg budiman ini?

    Like

  11. diri kita sudah tiada hanya selepas kita belajar mengenal diri kita lah. diri kita ini mati semati matinya. yang ada hanyalah sifat Allah. di serahkan sifat Allah itu kepada Muhd hanya utk menyatakan yang Zat itu. betul tak ustaz ?

    Like

  12. BILA SAYA KATA BODOH TAK NAK MNGAKU LAIN KALI BACA BUKU MENGENAL DIRI DAHULU,BARU CAKAP.BETUL LAH KATA2 ALLAH KALAU DIA NAK SESEORG TU SESAT2 MEMANG TAK BOLEH LANGSUNG DI AJAR BUAT LAA MCM MANA PON…YA ALLAH TUNJUK KAN LAH ORG2 YG ANGKUH SOMBONG RIAK TAKABUR KE JALAN MU YA ALLAH KERANA MEREKA TERLALU BODOH SEHINGGA KAN KEBODOHAN MEREKA MENGHANTUI MEREKA….AMIN

    Like

  13. kita harus berkobang dimana kita berada bayak orang,kita harus palestra tentang alkitab,biasanya saya bilang ATITU’ss artinya alkitab tuhan itulah tanda umum’ jadi semuanya harus saksikan dengan alkitab.

    Like

  14. kita harus berdoa kepda tuhan dan putranya supaya sifat-sifat manusia karena kita lihat banyak orang kurang imfo dari alkitab maka saya selalu berdoa ya!tuhan tolongi saya supaya berbuat apa saja kita harus lingdungi dan melalui kemauan tuhan,karena tuhan adalah adil,benar.semuanya kebaikan kita.amen.

    Like

  15. ya! memannya benra allah tidak da tetapi klw kita percaya maka allah juga lihat apakah angin itu kita lihat? hanya rasanya,dan klw lihat pohon-pohon ada bergoyang -goyang itu allah sebenarnya,apakah ini benar atau tidak??????????

    Like

  16. biasanya orang islam doa selalu pake topi,terus kain lipa,terus lain orang tidak makan dagin,babi,itu memannya apa si?????
    mengapa hanya doa dengan hari jumat???ya!saya sedang melihat semua agama itu untuk kemana si!!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s