Terharu Bercampur Bangga

Setelah membaca komen dari pembaca blog. hati saya menjadi teramat bangga bercampur sedih. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana saya dapati kefahaman tuan-tuan  dalam bidang ilmu makrifat ini, telah tersangat jauh dari apa yang saya ajar!. Telah tersangat menjangkaui dari apa yang saya bimbing.

Saya ajar sedikit, tuan-tuan ternyata telah lebih jauh dan telah terlebih tinggi  pencapaiannya!. Syukur kerana telah ramai dikalangan kita yang sudah dapat menempatkan ilmu makrifat pada tempatnya.

Jika dulu, orang takut-takut, sorok-sorok dan sembunyi-sembunyi untuk membicarakan ilmu makrifat, sekarang sudah sampailah masanya ilmu makrifat megambil tempat sebagaimana zaman kegemilangannya!.

Saya hanyalah sekadar insan kerdil yang menghulur galah, yang menjolok buahnya, adalah diri tuan-tuan sendiri. Pandai-pandailah membawa galah, agar dapat menjolok buah yang ranum. Kalau dulu tuan-tuan tidak ada galah, kini, dayung sudah ditangan dan perahu sudah di air, ayuh joloklah buah tauhid dan buah makrifatullah sampai gugur keribaan!.

Rata-rata saya dapati, hujah yang di nukilkan dalam ruangan komen itu, teramat baik dan tinggi.

Biarpun ada dua orang yang membantah, itu sudah lumrahnya alam. Zaman Nabipun ada orang bantah, apa lagi zaman ini. Angggap saja bantahan dari dua atau tiga orang itu, adalah juga dari Allah.  Allah jadikan hati mereka itu begitu, ada tujuan dan  kebaikannya (hikmahnya).  Hikmah dari tuduhan sesat itu,   sekurang-kurangnya,  boleh juga kita  jadikan perbandingan. Jika tidak ada hitam, masakan kita kenal putih?. Sepatutnya kita ucap terima kasih kepada Tuan gapar dan Tuan Mohd Sidek Muhamad  (dulu saudara IKHWAN). Kerana dengan adanya mereka itu, membuatkan ruangan blog kita ini, menjadi lebih meriah dan ceria.

Saya suka ada orang yang membantah-bantah, tentang ilmu saya!. Sekurang-kuranngnya tuan dapat ukur setakat mana  ilmu saya dan setakat mana ilmu orang!. Tinggi atau rendah ilmu makrifat  saya itu, tidak akan dapat diketahui sebelum ianya diuji. . Jika tidak diuji, masakan kita tahu tingggi rendahnya makrifat Tok Kenali.

Sebelum anggota tangan Tuan Gapar dan Mohd Sidek Mohd Lam menulis diruangan komen blog ini, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal menulis sebagaimana mereka tulis!. Mereka berdua itu, hanya sekadar melakonkannya semula!. Jadi kita tidak boleh marah kepada meraka. kerana itupun juga Allah…………………………………

Baik buruk itu, adalah kenyataan kebesaran Allah.  Jika berlaku baik, kita selalu katakan dari Allah, bilamana berlaku buruk , apakah ada Allah lain yang buat?…………..Sedikitpun saya tidak berkecil hati!. Kenyataan dari mereka berdua itu, baru sedikit dan kecil, berbanding yang lepas-lepas!………………

Ada orang yang berasal dari kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur, telah menalipon sahabat kita yang diPadang Besar melalui (019 5189 667), mengatakan yang ilmu makrifat Tok kenali ini sesat dan salah. Untuk megetahui siapa orang itu, tuan callah nombor diatas.

Ada orang yang melaporkan sampai ke majlis Agama Islam Putera jaya dan jakim puterajaya. Ternyata saya sebagaiman yang tuan-tuan lihat sekarang (dengan izin Allah). Ada orang yang sanggup melaporkan ceramah saya takda tauliah kejabatan agama, ternyata saya ada lesen Penceramah Motivasi Kerohanian (speritual Motivasi), pengedar, penerbit, penjual, penulis, pengarang, pencetak………..yang sah disisi Undang-undang!.

Sampai KDN menyiasat sampai kerumah peningggalan arwah ibubapa saya diTanah Merah kelantan. Ternyata kuasa Allahh masih meyebelahi saya! Dari mulut pegawai KDN, sendiri menalipon saya melalui telinga saya sendiri mendengar yang bahawasanya “TIDAK ADA APA-APA ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN”.

Ramai orang yang tuduh kitab Mengenal diri (merah) dan Mengenal Allah (hijau)  itu, diharamkan oleh JAKIM. Saya minta dengan hormat, mana yang menuduh sesat itu, talipon sendiri ke JAKIM Puterajaya dan KDN dan saya minta bukalah diruangan pengharaman kitab!. Kitab saya tidak termasuk dalam senarai diharamkan!.

Itulah cabaran yang saya hadapi sepanjang berkecimpong dalam dunia makrifat!. Dengan dua tiga orang yang menudoh ilmu Tok Kenali sesat, salah dan saya bodoh itu, tidak memungkinkan saya berhenti dari berkariya!. Patah sayap bertongkat paroh, namun berundur tidak sekali, melainkan mati………………………………….

Sahabat-sahabat diluar sana, kejilah saya, cacilah saya dan fitnahlah saya, itu sudah menjadi “nasi makan dan air minum” bagi orang makrifat seperti saya, yang tidak sunyi dari difitnah!.

Sepanjang saya berkariya, saya hanya baru jumpa tiga orang yang membantah ilmu Tok kenali. Pertama saudara IKHWAN  kedua saudara GAPAR dan saudara MOHD SIDEK MUHAMAD LAN ADFALAH. Terima kasih, denngan kehadiran tuan, lebih menceriakan ruangan blog!. Saya minta maaf, andainya  sepanjang saya berkariya, ianya telah meyinggong atau menguris hati tuan.

Terima kasih kerana menceriakan suasana. Dulu HARIAN METRO JOHOR, keluar kenyataan yang kitab ini, boleh mengelirukan. Dgn kelularnya berita itu dalam Harian Metro dua hari berturut-turut, kitab Tok kenali ini sekarang, sudah menerima banyak tempahan demi tempahan.

Kepada berpuloh ribu orang yang menjadi pembaca blog saya, saya ucapkan terima kasih dan amat berpuas hati dengan kefahaman yang tuan-tuan tulis dalam ruangan komen!. Komen tuan itu, dibaca oleh seluruh sahabat-sahabat diluar sana!………………..

Satu pesan saya

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Drp Hj Shaari

Advertisements

17 comments on “Terharu Bercampur Bangga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s