Kemana Hilangnya Makrifat

sedutan dari karangan penulis blog wira satria. inilah sebab hilangnya ilmu makrifat

Orang makrifat tidak perlu kepada segala sesuatu kerana dia telah MATI ! Manakala penguasa berkehendak kepada kuasa dan tidak ingin mati! Pertembungan dua sifat yang bertentangan !
Masakan orang yang mengejar dan berkehendakkan kuasa ingin MATI ? Kalau ingin MATI, tak perlu bersusah payah mengejar dan mencari kuasa! Bagaimana ingin menguruskan “manusia hidup” kalau diri sendiri telah MATI ? Orang MATI tak perlu apa-apa lagi yang perlu diuruskan termasuk dirinya sendiri.Justeru itu, tidak perlulah kita mengharapkan mana-mana kerajaan memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum. Sememangnya mereka tidak akan memperkenalkannya kerana mereka memang tidak mahu !! Jika mereka mahu, itu tandanya, mereka telah tidak lagi jadi penguasa! Mereka telah letak jawatan atau mungkin juga mereka telah MATI ! Selagi mereka berkehendakkan kuasa, selagi itulah kita tidak boleh mengharapkan mereka menyampaikan ilmu ini kepada umum.

Sebaiknya, kitalah yang patut melantik diri kita menjadi anggota kerajaan, di dalam “kerajaan diri” kita sendiri. Sememangnya kita sebahagian dari kerajaan. Jika tuan, puan, abang, kakak, saudara, saudari, datuk, nenek semuanya bersatu dalam kesatuan diri kita, maka kitalah kerajaan itu. Kitalah Kerajaan Orang Mati.
Kitalah yang perlu mengembangkan ilmu makrifat ini kepada masyarakat umum yang ingin sama-sama mengecapi nikmat MATI melalui ilmu makrifat. Berikan kepada sesiapa yang mahu MATI, yang tidak mahu, jangan dipaksa ; لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ : Tidak ada paksaan dalam agama ( Albaqarah : 256). Mahu atau tidak bukan kita yang menentukannya. Faham atau tidak bukan kita juga yang menentukannya. Tuhan itulah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tugas kita, zahirkan saja.
Tidak perlu lagi mengharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak penguasa sekalipun. Para pemimpin dan para penguasa di semua peringkat pimpinan, baik di kampung, di daerah, di jabatan, di kementerian, di negeri, di negara, di dalam persatuan, di dalam sekolah, di dalam organisasi, di dalam penjara, malah di dalam masjid sekalipun tidak terlepas dari tipu daya dan dakyah puak-puak NWO ini. Diri kita yang kerdil ini telah diracun dengan pelbagai penyakit samada penyakit fizikal, penyakit minda ataupun penyakit spiritual oleh puak-puak NWO ini.
Dari sudut yang lain, bagaimana mungkin para penguasa dapat memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum jika mereka SAKIT ? Para penguasa itu sama seperti kita, manusia kerdil yang telah diracun pemikirannya, diracun jasadnya, diracun jiwanya, diracun makanannya, diracun agamanya. Mungkin ada di antara para penguasa ini terdiri dari keluarga kita, adik-adik kita, anak-anak kita, saudara mara kita, malah mungkin diri kita yang sedang membaca inipun adalah seorang penguasa.

Advertisements

29 Replies to “Kemana Hilangnya Makrifat”

  1. Salam….

    izinkan saya berkongsi pendapat….Allah sendiri lah yang memelihara ilmu ini. Rasanya ilmu ini tidak hilang ke mana….sentiasa berlegar2 di kalangan orang2 yang dipilihNYA. kerna DIA sendirilah yang mengenalkan diri kepada DIRINYA…..

    tetapi menjadi kewajipan kepada kerajaan orang2 mati seperti kita utk menyampaikan jika ada yang bertanya…

    sekian…terima kasih guru…

    Like

  2. Setuju dan redho diatas kematian diri sendiri, kerana diri ini hanya bayangan yang berselindung disebalik patung yang tidak empunya kudrat dan iradat. NWO tu apa tuan guru yang mulia?

    Like

  3. Aslkum ustad. Pandangan manusia ini semua adalah ujian. Pandangan allah adalah atas kenyataannya, perbuatannya, sifatnya, namanya. Tiada mengeluh sesiapa yg meniadakan diri. Cukup pedih bg yg mengadakan diri. Saja dijadikan cerita untuk perbezaan. Sedangkan bukan perbezaan yg nak dilihat. Pandang pada allah, bukanlah diri untuk menghadapi semua ini. Tiada yg nyata
    hanya allah

    Like

  4. Pengembara dari Kota Singa

    Assalamualaikum…..

    Sekadar mengongsi pengalaman sipiritual setelah mula mengenal makrifat. Saya bukanlah ahli dan arif didalam ilmu makrifat didalam mengenal Allah. Saya memang tidak tahu pun tentang ilmu makrifat pada mulanya. Tetapi setelah mengetahui serba sedikit tentang ilmu ini dan mengamalkan nya, saya telah mendapat sedikit percikan dari ilmu tersebut. Pengalaman bertemu dgn kekasih Allah, Sayidina Rasulullah dimana Kota Madinah sewaktu mengerjakan Haji pada tahun 2001 dan telah beberapa kali bermimpi bertemu dgn Baginda. Begitu sukar utk saya menggambarkan dan membayangkan perasaan serta kesyukuran saya kepada Allah SWT. Alhamdulillah….Ya Allah.. Engkau lah yg maha esa……..

    Renungkanlah….ilmu makrifat menuju kpd Rabb…..

    Like

  5. hilangnya ilmu makrifat adalah krn..
    Mulanya tidak diajar ilmu mgenal diri..
    Terus diajar syahadah smpai haji..
    Buat ikut dgn tak payah ngaji..
    Selalu di usik dengan ilmu ini sesat dipelajari…
    Akhirnya ramai menjauhkan diri…
    Yang menuduh sesatpun tak reti nak perbaiki …
    Krn sudah terkena peluh orang kafir sejak dulu lagi..
    Terlalu takut mati ,suka crita duniawi..
    Suka tengok pada yang pandai berlagu dlm mengaji..
    Katanya itulah ya paling ahli..
    Itulah dunia hari ini …
    Suka memandang bekas ,tapi bukan isi…
    Wahai dunia melayu masnawi ..
    Banyak pasal ilmu makrifat terkubur kini…
    Kerana ilmu ini tiada lagi diminati..
    Krn ilmu ini tiada ramai mencari..
    Krn ilmu ini sudah ditutupi..
    Krn ilmu ini tidak dibenar didedahi..
    Krn ilmu ini sudah dianggap menyesati…
    Lalu ambil mudah tanpa siasati..
    Tuntut lah dulu ,biarlah reti
    biar hilang keberadaan diri
    baru mata tak buta lagi.
    Jgn mati baru nak sedar dari mimpi….
    Pjg pulak dah ni…

    Like

  6. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA ZULMAJID ‘NWO’ BERERTI NEW WORLD ORDER..YG AKAN DI GERAKKAN KERAJAAN INI OLEH ILUMINATI,FREEMASON,JESUIT,THE HIDEN HAND,ATAU LEBIH TEPAT LAGI.EJEN2 DAJAL..

    Like

  7. dari awal pun diri ini mati tiada kepunyaan apa2,kalau sudah mati yg ada allah,tidak melihat aku yg melihat allah.tidak mendengar aku yg mendengar allah.tidak berkata-kata aku yg berkata-kata allah,tidak berkuasa diri ini melainkan allah yg berkuasa,segala galanya allah.allah,allah.
    YA BAGI ALLAH
    TIDAK BAGI makhluk.
    semoga tuan guru selalu di berkahi allah.amien

    Like

    1. Ya Allah, sy berdoa kpd Allah, agar tuan selayaknya mendapat rahmat Allah. Berkata tuan denngan ilmu haq. Terima kasih kerana tuan telah dikurniakan faham bermakrifat!. syukur, inilah baru dikatakan berilmu makrifat, syabas.

      Like

  8. Salam ustaz.
    Saya ingin bercerita pengalaman yg sy lalui dan sy mohon ustaz jelaskan secara panjang lebar mengenai apa yg telah sy lalui….
    Sy pernah ‘SAKIT’, jalan ceritanya amat sukar utk sy ungkapkan dgn kata2. Semuanya berterabur, tidak jelas, faham tapi seolah2 tidak faham, misteri, keliru dan sy amat memerlukan penjelasan dr ustaz. Sy pernah berkursus, semasa sy berkursus, sy telah menjadi hilang ingatan. Apa yg sy ingat, sy tidak dapat mendengar, bingung, tercium bau wangi, sy menjerit, sy terdengar tiupan sangkala, kiamat, seolah2 melalui perjalanan ke alam barzakh. Sy acapkali SAKIT, pernah semasa sy sakit sy merasa spt re incarnation, sy rasa sy spt seorang kanak2, wanita, haiwan, rasulullah, malaikat dan Allah. Semuanya berlaku dlm masa yg singkat. Sy berkata2 seolah2 sayalah Allah, sy keliru ustaz. Mohon ustaz jelaskan apa yg sebenarnya telah berlaku.

    Like

  9. Ilmu ma’rifat ini tidak akan hilang hanya kerana tidak ditrima oleh penguasa2 tetapi ia akan hilang jika sudah tiada pengamalnya. Maka sebarkanlah kpd yg mahu dn dihidayahkan ALLAH kpd mereka. Jika lenyap ia dibumi bertuah ini maka huharalah negara, kerana pengamal ilmu ini adalah sebenarnya menguasai kerajaan. Maaf kalau saya sensitif.

    Like

  10. PETIKAN DARI KITAB TULISAN Mufti Kerajaan Inderagiri, Kitab Risalah Amal MaKrifat oleh Shaikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad Afif al-Banjari keturunan Syaikh Arsyad al-Banjari (1288H/1867M – 1358H/1939M) SEBAGAI MENYOKONG DAKWAH TUAN GURU HAJI SHAARI MEMANG SEIRING DENGAN ULAMAK TERDAHULU. OLEH ITU, TUAN-TUAN BERAMALLAH DENGAN PENUH YAQIN.

    Syahdan bermula kaifiat mengEsakan Allah Taala pada afal iaitu bahwa engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan itiqad yang putus bahwasanya sekalian perbuatan yang berlaku didalam alam sama ada perbuatan yang baik seperti iman dan taat atau perbuatan yang jahat seperti kufur dan maksiat dan samada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya dan samada perbuatan mubasyarah atau perbuatan tawallud. Maka arti perbuatan mubasyarah itu iaitu yang beserta usaha ikhtiar hamba seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyurat. Dan arti perbuatan tawallud itu iaitu yang jadi daripada perbuatan mubasyarah seperti jadi huruf yang tersurat oleh orang yang menyurat. Maka apabila tetap pada pandang matahatimu dan mata kepalamu sekelian perbuatan yang berlaku dalam alam ini semuanya perbuatan Allah Taala [pada haqiqatnya] dengan haqqul yaqin baharulah engkau mendapat makrifat wahdaniyah afaal. dan fana sekelian afaal makhluq. Maka ketika itu lepaslah engkau dari syirik khofi dan ujub dan riya’ dan sum’ah dan lainnya. Dan jadilah engkau daripada ahli tauhid yang sebenarnya lagi muwafaqat makrifah engkau dengan Quran dan hadits dan ijmak ulamak seperti firman Allah Taala

    Artinya bermula Allah Ta’ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu [surah as-Shaffat: 96]

    Like

  11. Salam ustaz,
    Saya telah menelefon ustaz baru2 ini dan telah menceritakan pengalaman sy kpd ustaz. Bolehkah ustaz jelaskan tentang makna majzub? Adakah sy ini mengalami majzub dahulunya?

    Like

  12. Makhluk tidak lebih sekadar hanya menjalankan takdir yang sudah tersedia.
    Matikan dari pengakuan itu AKU! matinya aku tidak menjadikan takdir itu terkaku..takdir berjalan di atas takdir.. jgn sampai mati itu datang disebabkan takdir itu menemui noktahnya.. baru menyesal tiada bersudah…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s