Bolehkan untuk kita melihat roh?………………..

Bilamana ada orang bertanya untuk melihat roh!. Katakanlah kepada merek , bagaimana cara untuk melihat roh, sedangkan yang melihat itu, adalah roh!.

Mereka minta untuk melihat, menilik dan untuk menengok roh!. Kita tidak perlu melihat, menilik atau menengok roh. Kerana apa kita tidak boleh melihat roh?, kerana yang melihat itu sendiri adalah roh.

Cuba tuan-tuan tengok orang mati. Tidakkah orang mati itu ada mata!. Sungguhpun orang mati itu ada mata, apakah mereka itu boleh melihat?. Sudah tentu orang mati tidak boleh melihat biarpun mereka ada mata!. Itu tandanya sungguhpun ada mata, mata tidak boleh untuk melihat melainak kerana adanya roh.

Oleh itu, sebnar-benar yang melihat itu, bukan mata tetapi yang sebenar-benar melihat itu, adalah roh.  Roh lah yang sebenar-benar melihat!.  Mata tidak sedikitpun boleh melihat jika tidak ada roh.

Jadi roh tidak perlu dilihat atau dicari , kerana yang melihat, mendengar, berkata-kata itu sendiri itu,  adalah kerana adanya roh. Persoalannya siapakah roh?…………………………………….

67 Replies to “Bolehkan untuk kita melihat roh?………………..”

  1. Perumpamaan :— manis itu .. mana dapat dilihat , dan ditilik ..begitulah roh (perumpamaan Manis ) tadi ..hanya dapat ditilik gula itu .. yang bersifat manis itu … sedang kan manis itu hanya dapat dirasa ..

    Like

  2. Salam tuan haji….
    Setahu saya Muhammad itulah Roh yang membawa tujuh sifat ma’ani… Yang ada pada diri setiap insan. Cuma sedar atau tidak sedar je. Kita ni tidak ada. Jadinya Allah Taala menzahirkan sifat Dia melalui roh. Lihatlah ke dalam cermin, yang nampak itulah kenyataan bagi roh…

    Like

  3. Salam Tuan Guru,
    Roh itu adalah sebenar² Diri..ia tidak berada di dalam atau di luar jasad..roh itulah yg di namakan kalbu mukmin baitullah atau rumah Allah..tujuan roh itu di ciptakan adalah utk menyatakan Allah..setelah Allah itu nyata maka binasalah karamlah sekelian roh yg ada dalam wajah Allah aminn..

    Like

  4. Assalamualaikum tuan guru.
    Maaf saya yg kurang faham ini bertanya, adakah mimpi itu perjalanan roh. Kenapa kadang-kadang kita bermimpi dan kadang-kadang tidak. Apa kah roh yg brjalan masa kita mimpi.Kenapa mimpi yang kita lalui itu ada yang ngeri dan ada yang bahagia di alam manakah kita pada masa itu.Harap dapat penjelasan dari tuan.

    Like

  5. roh ,diri sebenar diri
    diri yang ditiup dari ilahi
    lenyap di Adam sebagai ganti
    utk melihat tajalli sendiri

    yang mgenal diri(roh)NYA
    yang mgenal tuhanNYA…

    Roh umpama sifat
    Allah umpama zat
    sifat bukanlah zat ,ttapi bukan lain dari zat..

    Sifat itulah zat
    zat itulah sifat
    tiada nafi tiada isbab
    yg satu lihat dan di lihat

    Aku dan Engkau dari
    wujud yang satu
    Aku adalah Engkau
    Engkau adalah Aku

    Engkau dan Aku
    bukan berdua
    tetapi sama
    dekat tak bersentuh…

    Jika ada yg tak kena pd pandangan haji ,silalah perbetulkn ,dsini sedia terima dn mendengar pencerahan dari guru …

    Like

  6. Salam Tuan Guru Hj Saari,
    Asap bkn api tetapi tidak lain dari api begitulah juga perihal mengenai roh..roh bkn Allah tetapi tidak lain dari Allah jua..roh itu adalah diri sebenar² diri atau diri batin..utk mengenal lebih halus lagi binasakan dan tumbangkanlah roh itu serahkan kpd Allah..setelah roh itu binasa karam hilang dan tiada maka tahulah kita bahawa org yg mengenal roh itu roh sudah tidak ada krn telah karam dlm wajah Allah.. melainkan yg ada seada adanya itu ialah Allah,Allah,Allah..mohon maaf tuan guru seandainya kurang tepat kefahaman saya ini aminn..

    Like

  7. Tuan haji…..adakah solat itu cermin haq…..yg melihat adalah yg dilihat…..? Bermaksud kekuasaan Allah itu terpampang dalam solat kerana ia cermin ‘aku’ ?

    Like

  8. Tuan guru, ananda ingin blajar cara mematikan diri,, cara ntk kmbali pada-NYA, …
    mohon sudi kirany tuan guru membagi ilmu NYA

    Like

  9. As Salam…

    Semoga Kita Mendapat Hidayah dan Petunjuk Dari ALLAH S.W.T..

    Saya ambil petikan dari seorang Arif Billah Tuan haji Hussein b. Abdul Latif.

    Cerita Sebalik Cerita Sebenarnya…………Mari Kita Renung2kan

    1.PERMENTASAN

    “Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurauan.”(Surah muhammad Ayat 36.)
    (ArifBillah Berkata Firman Ini Bukan Bermaksud kepada manusia Tapi Untuk “DIRINYA SENDIRI”.)

    2.SKRIP

    “Sesungguhnya segala sesuatu kami kumpulkan dalam kitab induk(LOH MAHFUZ) yang nyata”
    (surah yasin ayat 12)

    3.PENGARAH FILEM.

    “Maka ALLAH mengilhamkan jiwa itu kefasikan dan ketakwaan”
    (surah asy sham ayat 8)

    4.PERWATAKAN.

    “Demi sesungguhnya kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam kitab ALLAH sampai ke hari kebangkitan”
    (surah al rom ayat 56)

    5.SENIMAN/PELAKON

    “AKU Yang Zahir dan AKU Yang Batin”
    (surah al hadid ayat 3)

    “Sesungguhnya ALLAH tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah”
    (surah an nisa ayat 77)

    “Kamu tidak dianiaya sedikitpun”
    (surah an nisa 40)

    * Ribuan terima kasih kepada Hj shaari kerana adanya beliau ilmu ni sampai kepada kita atas kehendakNYA juga.
    Saya faham ini bukan kehendak beliau juga…Tetapi amanah Dari ALLAH dan Rasulullah serta para sahabat kepada beliau.
    Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya…..Carilah Beliau ilmunya penuh di dada…sebelum beliau masih ada..
    sebelum kita kehilangan beliau…..Yakin apa di sampai oleh beliau seperti Saidina Abu Bakar yang Membenar Apa Di sampai
    oleh Rasullullah…..pesan saya bacalah AL quran selalu dan memahaminya akan sampai kita kepada kebenarannya dan hadith-
    hadith banyak2 kiasaannya dan lain mohon pertolongan kpd ALLAH SWT………Dari hamba tak tahu dan tak ada ilmu..

    Like

  10. Salam …roh yang melihat kesedaran hakikat roh melihat setelah tiada kehadiran diri yang kasar kerana roh adalah penglihatan ALLAH swt.itu sbb kita ada di situ Dia ada hanya Allah yg Nyata.

    Like

  11. salam..
    Maaf Tuan Haji, saya ingin bertanya dan mohon penjelasan dari Tuan Haji.
    Benar kata Tuan Haji, sesungguhnya tiada lagi erti AKU pada diri. Sememangnya yg ada itu adalah Allah jua.
    tapi, saya kadang2 terkeliru dan menjadi goyah sedikit bila memikirkan tentang tanggungjawab seorang muslim. Tuan Haji,
    bagaimana dengan tuntutan ibadah kita? maksud saya, adakah solat kita itu masih suatu tuntutan atau tidak? samada kita beribadah atau tidak itu semua atas takdir dan kehendak Allah jua? bererti jika kita saja lengah2 atau tidak menunaikan ibadah itu jua adalah kehendak Allah jua kah? yang melengahkan jua Allah dan yang langsung mengerjakan ibadah jua Allah?
    Maaf Tuan Haji…niat saya tiada yang lain, hanya ingin mencari redha Allah jua
    mudah2an, atas kehendak Allah jua akan dapat saya berjumpa dan berbual2 dengan Tuan Haji…
    amin…

    Like

      1. Bagaimana tentang ibadah ? Adakah solat itu masih menjadi tujuan ?Adakah beribadah atau tidak itu atas kehendak Allah jua? Adakah lengah-lengah atau tidak menunaikan ibadah itu atas kehendak Allah jua? Yang melengahkan Allah dan yang mengerjakan jua Allah?

        Memang benar kata Yang Arif Tuan Guru Hj Shaari yang mengatakan bukan mudah untuk menjawap soalan ini didalam blog kerana kebarangkalian untuk keliru amat besar.

        Walaubagaimanapun, izinkan hamba menukilkan sesuatu sekadar memberi pandangan. Pandangan ini mungkin salah dan bukan tujuan untuk berhujah. Kalau salah, bimbinglah hamba atau anggap saja ianya sebagai pendapat kosong dari budak baru belajar yang tak sekolah. Pinggirkan saja…

        KELIRU?

        Keliru adalah perkara biasa dalam mempelajari sebarang disiplin ilmu. Kita yang dilahirkan sebagai bangsa Malai-U, yang berlidah Malai-U dan sehari-hari bertutur bahasa Malai-U inipun sering terkeliru tatkala belajar Bahasa Malai-U. Itu belum lagi keliru tatkala belajar ilmu sains, matematik atau bahasa Inggeris. Apatah lagi bertambah keliru tatkala belajar ilmu agama yang banyak menggunakan istilah Arab, baik dari disiplin syariat, tariqat, hakikat mahupun makrifat.

        Kita tidak akan pernah terlepas dari kekeliruan, bahkan golongan yang bergelar “ulamak” sekalipun ramai yang terkeliru dan berbeza pendapat. Inilah yang dikatakan “khilaf” (keliru atau salah). Pendapat golongan aliran hakikat sering saja dikata mengelirukan bahkan sesat oleh golongan aliran syariat. Begitu juga sebaliknya, tidak kurang juga terdapat golongan aliran hakikat yang mengatakan bahawa aliran syariat lah yang sebenarnya terkeliru, bukan mereka. Demi untuk mengelakkan kekeliruan, maka keluarlah pelbagai fatwa dan pelbagai ijmak (kesepakatan pendapat) dari ulamak-ulamak. Lahirlah pelbagai aliran dalam agama Islam atas alasan ingin memperbetulkan kekeliruan. Namun, makin banyak pendapat, makin banyak kekeliruan yang timbul.

        Kekeliruan timbul dalam pelbagai agama, tidak terhad di dalam agama Islam sahaja. Tidakkah tuan hamba keliru bahawa, Tuhan Maha Esa, Tuhan yang Satu, yang disembah oleh orang-orang beragama Islam turut dikatakan Esa dan Satu juga oleh penganut agama Yahudi, tetapi Tuhan yang satu ini dipanggil “YHWH” (Yahweh) ? Turut dikatakan satu oleh penganut agama Hindu tetapi Tuhan yang satu ini dipanggil” Brahman”? Diikatakan satu juga oleh agama Kristian, tetapi Tuhan yang satu ini dipanggil “Jesus”? Dipanggil “Ahura Mazda” dalam agama Zoroaster. Dipanggil “Ranying” dalam kepercayaan Kaharingan. Dipanggil “Khami” dalam kepercayaan Shinto. Dipanggil “Mawulu Tau-Wajii Tau” dalam agama Marrapu. Dipanggil Ik Onkar dalam agama Sikhisme, dan banyak lagi panggilan yang berbeza dalam kepercayaan-kepercayaan lain.

        Apakah tuan hamba tidak keliru bila ada ulamak aliran Syiah mengatakan bahawa Syiah adalah golongan yang benar dalam Islam kerana mereka berpandukan kepada ahlul bait yang sahih dan mengatakan yang golongan ahli sunnah itu terkeliru? Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu pula kemudiannya mengatakan bahawa aliran Syiah lah yang sebenarnya keliru dan sesat dan mereka perlu dibenteras! Apakah tuan hamba tidak keliru bilamana kedua-dua aliran dalam agama Islam yang bertuhankan Allah yang sama dan Nabi Muhammad saw yang sama ini, saling tuduh menuduh?

        Apakah tuan hamba tidak keliru bila musyaf (lembaran/helaian) al-quran terawal dalam Rasm Abu Bakar (bentuk ragam tulisan al quran dalam era khalifah Abu Bakar) kemudiannya, ditukar kepada Rasm Uthmani (bentuk ragam tulisan al quran era khalifah Uthman), kira-kira dalam tahun 25 Hijrah? Tujuan ditukar, atas alasan al quran rasm Abu Bakar dikatakan banyak yang mengelirukan dan salah. Pengikut-pengikut aliran rasm Abu Bakar mengatakan rasm al quran merekalah yang betul dan pendapat aliran rasm Uthmani itulah yang salah.

        Apakah tuan hamba tidak keliru bila membaca tafsiran atau terjemahan kitab al quran yang mempunyai maksud dan terjemahan yang berbeza-beza mengikut si penterjemahnya?

        Apakah tuan hamba tidak keliru bila ulama hadis mendapati kitab tersohor Ihya Ulumiddin karangan ulama besar, Imam al Ghazali, mengandungi banyak hadis-hadis palsu?

        Apakah tuan hamba tidak keliru bila ada tuduhan yang mengatakan Ajaran Tok Kenali itu sesat? Sedangkan ada pula sebahagian pendapat mengatakan ilmu Ajaran Tok Kenali inilah hakikat ilmu yang benar-benar menunjuk jalan makrifat?

        Soal keliru, soal sesat, soal salah adalah persoalan yang amat subjektif dan tidak berkesudahan!! Keliru tidak pernah habis !!

        Contohnya begini :

        Bagaimana kalau hamba katakan “ Kalau kita sudah kenal ilmu hakikat, maka tak payah sembahyang !” .
        Sebelum membaca kupasan yang lebih lanjut di bawah, kita jawap dulu apa tafsiran yang pertama bermain di fikiran kita?

        Ramai orang kebanyakannya akan terus menghukum. Ini sesat ! Ini ilmu salah ! Kebanyakannya akan memandang sebab dan terus menjatuhkan hukum. Tidak ramai yang mencari sebab sebelum menjatuhkan hukum. Kalau pun mencari sebab, kebanyakannya akan mencari sebab untuk menghukum. Pelbagai nas, pelbagai dalil, pelbagai fatwa, pelbagai ijmak ulama akan dikeluarkan. Memang hukuman itu perlu bagi yang berbuat salah, tetapi sebelum menjatuhkan hukuman itu, adalah baiknya jika kita mencari sebab. Mencari sebab itu harus dahulu dilakukan daripada memandang sebab dan menjatuhkan hukum.

        Maka sebaiknya ditanya dulu, apa maksud hamba berkata begitu. Jikalau ditanya, (mencari sebab) maka bolehlah hamba menjawapnya.

        Jawapan hamba kepada pernyataan “ Kalau kita sudah kenal ilmu hakikat, maka tak payah sembahyang” bermaksud “ Kalau kita sudah kenal ilmu hakikat, maka tak susah lah sembahyang, bukan tak perlu sembahyang. Tak payah bukan bermaksud tak perlu. Tak payah bermaksud tak susah. Tetapi dek kerana kebiasaan menggunakan perkataan tak payah itu sebagai tak perlu, maka bila kita gunakan perkataan yang betul, nescaya kita akan dianggap salah. Namun, bila ada pihak yang cuba memperbetulkannya, maka usaha pembetulan itu akan dikritik, dikatakan salah, dikatakan memutar belitkan fakta, dikatakan bermain dengan kata-kata dan dilontarkan dengan pelbagai lagi pendapat yang tidak berkesudahan. Tuan hamba tidak keliru ??

        Kesimpulannya, ada masanya, betul bagi seseorang itu, mungkin salah kepada seseorang yang lain. Ada masanya, salah di satu pihak, mungkin benar di satu pihak lain. Keliru bagi tuan hamba, mungkin tidak keliru bagi hamba. Keliru bagi hamba mungkin tidak mengelirukan langsung bagi tuan hamba.

        Kadang-kadang sesuatu kekeliruan itu sengaja diadakan. Inilah yang dikatakan teori “perception”. Teori yang sering diguna pakai oleh orang-orang politik dalam memperjuangan politiking mereka. Politik berkaitan kuasa. Sesiapa saja yang berhajat kepada kuasa, ia perlukan senjata politik. Ini termasuklah kuasa untuk menguasai pemerintahan Agama !!.

        Dalam politik, kebenaran tidak penting. Yang penting, bagaimana yang salah itu dapat dipersepsikan sebagai betul dan bagaimana yang betul itu dapat dipersepsikan sebagai salah, bergantung kepada apa yang dimahukan. Bilamana “subconcious mind” (alam bawah sedar) masyarakat telah menerima “mind control game” (kawalan minda) yang dimainkan oleh mereka yang berkepentingan, maka perkara yang betul pun boleh jadi salah dan perkara yang salah pun boleh jadi betul. Inilah kekeliruan yang mereka mahukan. Inilah mainan puak-puak yang ingin mewujudkan “New Word Order” !! (Pemerintahan Dunia Baru)

        Jika perkara sebegini boleh membuatkan ramai para ulamak keliru, maka akan bertambah kelirulah diri kita yang dikategorikan sebagai golongan orang awam ini.

        Atasi Keliru Dengan Ilmu

        Usah dirisau soal keliru. Adat belajar pasti keliru. Kalau tidak keliru, tidaklah itu belajar namanya. Belajar mesti dengan banyak guru, belajar mesti dengan banyak buku. Perlu apa banyak guru? Perlu apa banyak buku? Kerana, guru dan buku adalah pembekal ilmu. Supaya mudah, jika kita tersesat dihujung jalan, kita boleh balik ke pangkal jalan.

        (Daripada Anas Bin Malik) : Menuntut ilmu itu fardhu (wajib) ke atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan.

        Apa itu ilmu?

        Ilmu adalah penjelmaan makna dari sesuatu maklumat di dalam pengetahuan, yang dapat memberi memberi faham dan dengannya, manusia mengenal.

        Tanpa mengenal, ilmu tidak dikata ilmu, sekadar maklumat pengetahuan. Maklumat tidak dapat mengenal dan tidak sampai ke tempat tujuan, ibarat kata bidalan, ke langit tak sampai, ke bumi tak tiba.

        Apa prinsip ilmu ?

        Untuk memahami ilmu sehingga tahap mengenal, kita perlu tahu prinsip atau rukun ilmu. Prinsip atau Rukun Ilmu ini dinamakan Teknologi Ilmu. Teknologi ilmu terbahagi kepada 4 bahagian:

        1. Bahasa Ilmu (Knowledge Language)
        2. Operasi Imu (Knowledge Operation)
        3. Manupulasi Ilmu (Knowledge Manupulation)
        4. Realiti Ilmu (Knowledge Reality)

        Soalnya, berapa ramai daripada kita yang faham tentang ilmu? Terlalu sedikit ! Kenapa terlalu sedikit? Sebab pencarian ilmu itu amat sukar. Ilmu itu kan sifat wajib bagi Allah di dalam pengajian sifat dua puluh? Kalau ilmu itu sifat Allah, apalah daya upaya kita makhluk ini untuk mencari dan mengenal sifatNya itu. Tiada daya upaya, melainkan Allah itu sendiri yang mengajarkannya.

        Ilmu Allah, bukan sekadar ilmu agama. Ilmu Allah maha luas. Untuk memahami ilmu Allah, perlu banyak sabar, perlu tekun dan perlu taat dan perlu mahu. Hanya mereka yang sabar, tekun, taat dan mahu sahaja, mampu beroleh hasil. Umpama menggali telaga di tanah gersang untuk mencari air. Sanggupkah orang biasa, menggali tanah kering di tengah panas demi mencari air yang entahkan ada entahkan tidak? Sebab itulah Allah membezakan dan mengangkat martabat orang yang berilmu berbanding dengan orang yang tidak berilmu. Sebab itulah mencari ilmu itu susah. Kalau mencari ilmu itu senang, maka tidaklah kita KELIRU !

        Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. ( az-zumar : 9 )

        Firman Allah s.w.t : ” Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . ” ( al-Mujadalah : 11 )

        Menjawap pertanyaan tuan, tentang soalan berikut :

        Bagaimana tentang ibadah ? Adakah solat itu masih menjadi tujuan ?Adakah beribadah atau tidak itu atas kehendak Allah jua? Adakah lengah-lengah atau tidak menunaikan ibadah itu atas kehendak Allah jua? Yang melengahkan Allah dan yang mengerjakan jua Allah?

        Selum soalan di atas boleh dijawap, kita perlu faham akan makna perkataan Ibadah dan Solat.

        Apa itu Ibadah?

        Ibadah secara bahasa (etimologi) bererti merendahkan diri serta tunduk. Dari sudut syarak (terminologi), ibadah mempunyai banyak maksud yang di antara lainnya adalah :

        1. Taat kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
        2. Merendahkan diri kepada Allah dengan rasa mahabbah (kecintaan)
        3. Ibadah adalah sebutan yang mencakupi keseluruhan apa yang dicinta dan diredhai Allah, baik yang berupa ucapan atau perbuatan, zahir dan batin.

        Ibadah dari takrifan para ariffbillah (makrifat) ialah:

        merendahkan, menundukkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, zahir dan batin melainkan Allah.

        Allah menjadikan sesuatu itu berpasang-pasang. Ada zahir ada batin, ada jahil ada tahu, ada elektron ada proton, ada bahagia ada derita. Ada yang ada, ada yang tiada. Al quran itu juga membawa maksud yang tersurat dan tersirat.

        “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin :36]
        Justeru itu, hamba akan menjawap soalan ini dari dua pandangan, pandangan tersurat dan pandangan tersirat.

        Soalan 1

        Bagaimana dengan ibadah kita?

        Berpandukan kepada takrif syarak dan takrif ariffbillah,

        Jawapan :

        Lakukanlah ibadah itu mengikut takrifan kedua-duanya asalkan sampai kepada tempat tuju dan mencapai hal tujuan ibadah itu iaitu kepada Allah.

        Tempat tuju dan hal tujuan ibadah itu ada dinyatakan di dalam kedua-dua takrif, iaitu Allah. Didalam takrif syarak, kesemua maksud yang tersurat itu, masih juga ada maksud yang tersirat, namun maksud yang tersirat di dalam takrif syarak itu, ada di dalam takrif ariffbilah.

        Soalan 2 :

        Adakah solat itu masih menjadi tujuan ?

        Sebelum menjawap soalan ini, kita perlu tahu akan maksud solat.

        Apa maksud solat ?

        Solat dari takrif bahasa (etimologi) ialah Doa.

        Pengertian solat dalam syarak (terminologi) ialah :

        “Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya kita beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.”

        Takrif solat dari pandangan Ariffbillah:

        Solat itu suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk Menyatakan Tuhan.

        Ada tiga perkataan penting yang perlu perhatian :

        1. Perhubungan
        2. Hati
        3. Tuhan

        Huraian tafsiran solat dari pandangan Ariffbillah:

        Solat itu suatu PERHUBUNGAN. Apa yang hendak dihubungkan? Menghubungkan Hati dengan Tuhan.

        Apa maksud hati ? Hati itu Roh. Maka yang hendak dihubungkan adalah Roh dengan TuhanNya. Siapa yang menghubungkan? Tuhan itu sendiri melalui perantaraan Roh. Tuhan menyatakan diriNya melalui Roh. Roh menyatakan diriNya melalui makhluk (manusia). Manusia menyatakan dirinya melalui jasad. Jasad menyatakan dirinya melalui sel. Sel menyatakan dirinya melalui nukleus. Nukleus menyatakan dirinya melalui atom dan atom itu kembali menyatakan diri TuhanNya.

        Perhubungan itu boleh membawa maksud menyaksikan, bertemu, berkomunikasi atau berinteraksi. Komunikasi yang baik adalah komunikasi dua hala (two way communication). Apalah erti komunikasi jika hanya satu pihak saja yang berkomunikasi? Apalah erti pertemuan jika tidak bertemu? Apalah erti berinteraksi jika satu pihak sahaja yang beri reaksi? Apalah erti saksi, jika tidak kenal saksi dan tidak pernah menyaksikan saksi?

        Bila telah berkomunikasi, bila telah berinteraksi, bila telah bertemu antara Roh dengan Tuhan, maka akan nyatalah Penyaksian itu. Nyata penyaksian bermakna, nyatalah Tuhan itu. Bila nyata Tuhan, maka tiadalah segala sesuatu melainkan Allah.

        Apa tugas makhluk manusia? Untuk beribadah kepada Tuhan. Apa itu ibadah? Merendahkan, menundukkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, zahir dan batin melainkan Allah. Bagaimana nak merendahkan diri? Buang segala sesuatu yang bersifat makhluk. Bila mati sifat makhluk, maka nyatalah sifat Tuhan. Bila Tuhan telah nyata, maka berhubunglah. Bagaimana untuk berhubung? Lakukan solat. Apa itu solat? Suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya ? Untuk menyatakan Tuhan. Bagaimana bersolat (berhubung) ? Matikan diri daripada segala sesuatu. Buang segala sifat makhluk. Buang segala nama yang bernama. Buang segala sifat yang bersifat, Buang segala perbuatan yang memperbuat. Buang segala zat yang berzat. Bila segalanya telah dibuang, pulangkan segala sifat itu kembali kepada pemilikNya (Tuhan). Tuhan itulah nama bagi segala yang bernama. Tuhan itulah sifat bagi segala yang bersifat. Tuhan itulah yang memperbuat segala perbuatan. Tuhan itulah zat bagi segala yang mempunyai zat.

        Hubung kait pengertian solat syarak dan solat makrifat

        Di dalam pengertian syarak, ia lebih menerangkan perihal kaedah atau cara perlakuan solat dari zahir kepada batin, manakala pengertian ariffbillah lebih tertumpu kepada perhubungan dari batin kepada diri batin, tetapi kedua-duanya bermatlamat menuju kepada tujuan yang sama iaitu, Allah.

        Syarak atau syariat itu bermakna peraturan, hukum atau undang-undang. Peraturan itu untuk manusia yang bertubuh berjasad yang bersifat zahir ini. Justeru itu pentakrifan syariat itu lebih menyentuh perihal sesuatu yang bersifat zahir kepada manusia. Sesuatu yang zahir itu tidak dapat dizahirkan melainkan ada yang batin. Perkara batin tidak dapat dihuraikan oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat menghuraikan perkara batin. Justeru itu istilah syariat banyak mengandungi kias dan perumpamaan yang perlukan ilmu untuk difahami.

        Solat dalam takrifan syarak itu ada sedikit kias. Kiasannya ialah bagaimana perkara zahir (Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam) boleh bersama dengan perkara batin? (beribadah kepada Allah). Hanya perkara batin yang dapat bersama perkara batin. Hanya batin yang mengenal batin. Bagaimana yang zahir boleh mengenal yang batin? Perkara zahir adalah perkara nampak. Perkara batin adalah perkara tak nampak. Bagaimana perkara nampak hendak melihat perkara tak nampak?

        Contohnya begini :

        Dengan keadaan sedar dan jaga, cuba kita bayangkan sebiji buah manggis yang ranum. Sekarang, cuba kita gerakkan tangan dan cuba kita ambil buah manggis yang dibayangkan itu dengan tangan yang ada. Boleh? Nescaya tidak boleh ! Tangan itu perkara zahir, mana mungkin boleh ambil manggis yang wujud hanya dalam bayangan atau hayalan.

        Sekarang, cuba pula kita letakkan diri kita dalam gelombang Alpha atau Theta (berhayal atau mimpi). Dalam hayalan itu, cuba kita ambil manggis tadi, kemudian kita kupas kulitnya, kita makan isinya dan kita rasa sedapnya. Kalau hayalan atau mimpi kita kusyuk, nescaya kita dapat merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan buah manggis itu. Malah, sedapnya rasa manggis itu, seolah-olah benar-benar terasa di tekak.

        Contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin perkara batin boleh dirasa oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat mengenal batin. Buah manggis dalam hayalan atau mimpi itu hanya boleh dirasa oleh orang yang berkhayal atau bermimpi. Mana mungkin orang yang sedar boleh merasa manggis yang wujud dalam hayal atau mimpi.

        Jika dibawa ke persoalan solat, takrif ariffbillah (makrifat), lebih mirip kepada perkara batin dan takrif syarak (syariat), lebih mirip kepada perkara zahir. Namun kedua-duanya menuju tujuan yang sama, iaitu kepada Allah! cuma, jalannya sahaja yang berbeza.

        Perlu diingat, meskipun tujuan jalan syariat dan jalan hakikat itu sama, namun ramai pengikut-pengikut aliran syariat dan ramai juga pengikut-pengikut aliran hakikat “tersesat” ketika mencari jalan. Sebabnya? kerana mereka itu, kurang ilmu, hanya penuh dengan maklumat sahaja!

        Bagaimana kita tahu kita tersesat jalan? Kita tahu kita tersesat, bila kita rasa kita masih tidak kenal dan tak jumpa akan apa yang kita cari. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita masih tak sampai-sampai ke tempat dituju. Bila kita masih tidak tahu apa itu ikhlas. Bila kita tak pernah rasa dan masih tercari cari apa itu kusyuk. Bila kita masih mengaku, ini aku punya, itu aku buat. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita mampu untuk mengucapkan syukur kepada Allah!!

        Makanya, bila kita tahu yang kita telah tersesat dihujung jalan, maka, hendaklah kita balik ke pangkal jalan. Balik ke pangkal jalan itu, adalah balik ke tempat asal, tempat bermulanya perjalanan kita…

        Bagaimana kita boleh tersesat jalan? Kita tersesat kerana kita tidak tahu jalan. Tidak tahu jalan kerana kita tidak tahu mencari jalan. Tidak tahu mencari jalan kerana kita tidak faham akan ilmu. Kebanyakan daripada kita menganggap maklumat itu sebagai ilmu. Maklumat tidak akan dapat mengenal dan tidak akan sampai ke tempat tuju (Allah). Untuk maklumat menjadi ilmu, kita perlu tahu teknologi memproses ilmu. Bila kita faham akan teknologi ilmu, maka barulah kita boleh memproses maklumat untuk dijadikan ilmu. Bila tahu cara memproses maklumat, maka barulah makna atau maksud oleh dihasilkan. Bila makna terhasil, maka barulah kita beroleh faham. Bila beroleh faham, barulah mengenal jalan. Bila mengenal jalan, baru tak sesat. Bila tak sesat, barulah sampai ke tempat tujuan. Maka, belajarlah ! Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina. Walaupun ulama hadis mengatakan hadis ini palsu dan daif, itu tidak menjadi soal, anggap saja ianya sebagai kata-kata mutiara, kerana kita cuma ingin mengambil ilmu di sebalik kata-kata itu.

        Berbalik kepada soalan 2. Apakah solat itu masih menjadi tujuan?

        Solat itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah, tetapi solat (perhubungan) itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan kerana solat adalah “perhubungan” yang perlu dilakukan untuk menyatakan Allah. Allah menyatakan diriNya melalui perantaraan roh dan roh menyatakan diriNya melalui perantaraan tubuh jasad manusia. Tubuh jasad manusia itu hanya penzahiran atau pantulan (reflextion) roh dan roh itu pula bersumberkan Allah. Maka kalau tidak bersolat, bagimana kita boleh menyatakan Allah?

        Maka bersolatlah. Jangan tinggalkan solat. Solatlah samada di dalam solat atau di luar solat. Solatlah samada solat di dalam takrifan syariat atau solat di dalam takrifan ariffbillah (makrifat).

        Bila nyatanya Allah,maka tertunduklah diri, rendahlah diri, hapuslah diri. Yang Tinggi dan yang Wujud hanya Allah. Ini lah Ibadah ! Inilah solat. Solat yang sentiasa tidak putus. Inilah Solat Daim (Perhubungan yang sentiasa tidak putus). Inilah solat yang tidak berkesudahan bermula dari subuh, sambung ke zohor, sambung ke asar, sambung, ke maghrib,sambung ke isyak dan berbalik ke subuh, tanpa batasan waktu !

        Cuma, dalam hendak menyatakan Allah itu, kita perlu ada ilmu bagaimana hendak berhubung. Perlu faham setiap takrifan syariat. Perlu tahu dan faham juga takrifan hakikat dan makrifat. Sebab itu kita perlu kepada banyak guru. Sebab itu kita perlu kepada banyak buku. Guru mengenal Tuhan, tidak semestinya guru agama. Buku mengenal Tuhan juga tidak semestinya buku agama. Guru mengenal Tuhan tak semestinya fasih berbahasa Arab. Guru mengenal Tuhan tidak semestinya bernama ala Arab. Apakah nama Sustarjo, Yuduyono, Kulup, Lebar, Timah, Kiah, Jack, Daniel, Ma Ye Tze, atau Mutthu, itu tidak Islamik? Guru mengenal Tuhan tidak semestinya bergelar al-Ustaz, as-Syeikh, al-Fadhil, al-itu atau al-ini.

        Kewajipan Solat

        Ramai orang tahu yang solat itu fadhu ain( wajib), tetapi tidak ramai yang tahu apakah ain yang difardhukan dalam solat ? Wajib (fardhu) yang lebih diwajibkan dalam solat ialah, Wajib sentiasa Menyatakan Allah ! Tidak boleh walau sedetik pun terlupa dan melupakan Dia. Menyatakan Allah pada setiap detik dan waktu, pada setiap denyutan nadi, pada setiap kerdipan mata. Bukan sekadar hanya menyatakan pada waktu-waktu tertentu di waktu subuh, zohor, asar, maghrib dan Isya sahaja. Menyatakan Allah wajib pada setiap masa, baik di dalam solat syariat mahupun di luar solat syariat.

        Samada dalam takrifan syariat mahupun makrifat keduanya bertujuan kepada Allah. Namun, solat itu perkara batin, Allah itu diri batin. Diibaratkan solat itu sebagai isi manggis dan Allah itu sebagai “rasa” isi manggis (ibarat sahaja sekadar mencari faham). Yang hendak dituju ialah “rasa” isi manggis, bukan isi manggis.

        Walaubagaimanapun, bagaimana kita boleh merasa isi manggis, jika buah manggis itu tiada kulit? Manggis tidaklah dikata manggis tanpa kulitnya. Bagaimana pula isi manggis boleh menjadi isi kalau tiada kulit buahnya? Bukankah telah dikatakan tadi bahawa Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasang-pasang? Untuk ada isi, perlu ada kulit ! Mustahil isi boleh membesar dan masak jika manggis tiada kulit? Kalaupun ada kulit, tetapi kulit rosak, kulit dimakan ulat, kulit kematu, kulit pecah. Apa kesan kepada isi? Tentunya isi juga rosak. Tentunya isi juga busuk. Bila isi rosak, macamana nak rasa isi? Kalau tak boleh rasa isi, maka sia-sialah menanam pokok manggis, pokok besar, tak dapat apa…

        Justeru itu, untuk rasa isi manggis, buah manggis perlulah dijaga kulitnya, kerana tanpa kulit, isi tidak akan dapat dirasa. Jika Allah diibaratkan sebagai rasa, isi sebagai solat, maka kulit manggis itu diibaratkan perlakuan (melakukan) solat. Kulit manggis itu wajib dijaga. Baik kulit, baik isinya. Namun, untuk mendapat kulit yang baik, keseluruhan pokok manggis itu, mestilah juga baik. Baik akarnya, baik dahannya, baik daunnya, baik bunganya, baik putiknya, baik buahnya, baik kulitnya, maka baiklah isinya. Bila baik isinya, tentu rasa isinya juga sedap tak terperi !

        Ini bermakna, solat (isi manggis) itu bukan menjadi tujuan, yang menjadi tujuan ialah Allah (rasa manggis) tetapi menjaga dan melakukan solat (kulit manggis) itu wajib dilakukan kerana tanpa menjaga dan melakukan solat (kulit manggis) bagaimana kita nak merasa Allah (isi manggis) ? Kulit manggis itulah syariat. Kulit manggis itulah peraturan, undang-undangnya atau syarat yang perlu dipenuhi, jika mahu merasa isinya. Jika kulit itu tidak dijaga, jangan harap kita nak dapat rasa isi yang sedap tidak terperi itu.

        Walaubagaimanapun, disebabkan Allah itu telah menjadikan segala sesuatu itu berpasang-pasang, maka jadilah manusia itu, ada yang arif, ada yang jahil. Manusia yang jahil ada di dalam kedua-dua aliran, baik syariat mahupun hakikat. Mereka yang jahil akan melihat solat (isi manggis) itu sebagai tujuan. Maka berbondong-bondonglah ahli-ahli hakikat menjaga “solat” versi isi manggis, bertebaranlah ahli-ahli syariat menjaga “solat” versi kulit manggis. Mereka “KELIRU” dalam pencarian mereka. Ada pihak yang terlalu menjaga “isi manggis” kerana menurut mereka, isi itulah hakikat tempat dituju. Lalu mereka pinggirkan kulit. Ada pihak yang terlalu menjaga “kulit manggis” kerana menurut mereka, bila kulit baik, maka isi pun akan baik. Maka mereka tumpukan kepada menjaga kulit dan lalaikan isi.

        Ada juga pihak lain yang mengatakan mereka telah mengenal, maka mereka telah “fana” (binasa) di dalam rasa manggis itu, hingga mereka membuang kulit manggis dan tidak mahu menjaga isi manggis itu lagi.

        Jika mereka telah membuang kulit manggis dan tidak mahu menjaga isi manggis, bagaimana mereka boleh mengatakan mereka itu telah mengenal, jika syarat untuk mengenal pun mereka telah buang? Untuk mengenal perlukan kulit, perlu kan isi, perlukan buah, perlukan putik, perlukan bunga, perlukan daun, bahkan memerlukan POKOK manggis itu sendiri.

        POKOK manggis itulah jalan menuju merasa isi manggis. Bagaimana mungkin kita dapat merasa isi manggis tanpa ada pokok manggis ? Tiada pokok manggis, maka tiadalah kulit manggis dan tiadalah isi manggis dan tiadalah dapat merasa isi manggis. Untuk merasa isi manggis, maka perlulah kenal kepada pokok manggis, bila kenal pokok manggis, barulah boleh dijaga pokoknya dan barulah dirasa akan isi buahnya.

        Pokok manggis itulah yang diibaratkan “Roh” kita. Tanpa roh (pokok manggis) bagaimana nak merasa isi manggis? Pokok manggis ini, sering dlupakan kerana ia tidak nyata. Kelihatan macam ada, tapi hakikatnya tiada. Nak lihat pokok, yang nampak daun. Nak lihat daun yang nampak hijau. Nak lihat pokok, yang nampak buah, nak lihat buah yang nampak kulit, nak lihat pokok ternampak ranting, ternampak putik bahkan ternampak jembalang !!

        Begitulah ibaratnya roh dengan diri kita.

        Soalan 3

        (Soalan ini dijawap menjadi satu kerana membicarakan persoalan yang sama)

        Adakah beribadah atau tidak itu atas kehendak Allah jua? Adakah lengah-lengah atau tidak menunaikan ibadah itu atas kehendak Allah jua? Yang melengahkan Allah dan yang mengerjakan jua Allah?

        Penggunaan perkataan “melengah-lengahkan atau tidak menunaikan ibadah itu, bila disebut sebagai kehendak Allah adalah tidak “fatonah” (tidak bijak). Kata para ariffin (orang arif), setiap kata ada pembicaraan dan setiap pembicaraan ada katanya.

        Yang melengah-lengahkan atau tidak mengerjakan ibadah itu bukan Allah dan yang mengerjakan ibadat itu juga bukan Allah !

        Allah tidak berkehendakkan kepada segala sesuatu termasuk berkehendak melakukan ibadah itu sendiri dan Allah itu juga Maha Suci daripada terpaksa menerima segala sesuatu walaupun ianya ibadah !

        Makanya kalau yang melengah-lengahkan atau yang tidak mengerjakan ibadah itu bukan kehendak Allah, siapa pula yang melakukannya? Mustahil kita makhluk yang cuma menzahirkan jasad yang tiada daya upaya ini pula yang melakukannya?

        Sebelum soalan itu dijawap, fahami ini dulu :

        Menurut seorang manusia, penyelidik dan pelopor ilmu “Psychology Humanistic” yang tersohor, Abraham Marslow, manusia itu mempunya 5 kehendak utama iaitu :

        1. Fisiologi (Physiological) seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dll
        2. Keamanan (Safety), aman hidup, aman ekonomi, aman kesihatan dll
        3. Cinta dan Kecintaan (Love and Belongings) kekeluargaan, persahabatan, seks, dll
        4. HargaDiri (Esteem), kejayaan, dihormati, yakin,
        5. Mengenal Diri (Self Actualization)

        Bila manusia itu memerlukan segala keperluan seperti yang dinyatakan Maslow, ini bermakna manusia itu lemah, manusia itu berkehendak dan bergantung hidup kepada sesuatu. Bila “sesuatu” itu, dikaji oleh Maslow, ianya adalah sesuatu yang berkaitan tentang Mengenal Diri. Di atas penemuan ini, Maslow kemudiannya menterbalikkan keperluan hiraki (susunan) itu dari bawah naik ke atas seperti berikut di bawah. Hiraki ini amat terkenal dalam bidang psikologi dan ilmu kemanusiaan. Kehendak manusia ini dinamakan Maslow’s Hierarchy of Needs.

        1. Mengenal Diri (Self Actualization)
        2. HargaDiri (Esteem)
        3. Cinta dan Kecintaan
        4. Keamanan (Safety)
        5. Fisiologi (Phsyiological)

        Keperluan Mengenal Diri itu menjadi keperluan yang utama dalam kajian Maslow. Hasil kajian beliau bertepatan dengan kata ariffbillah “ Awalludin Makrifatullah”, Awal agama mengenal Allah. Bagaimana hendak mengenal Allah? … perlulah mengenal diri. Bagaimana hendak mengenal diri? … perlulah mengenal roh? Bagaimana hendak mengenal roh? Perlulah kenal kepada jasad, kerana roh itu dizahirkan (reflection) oleh jasad. Bagaimana nak kenal jasad. Perlu ada llmu. Untuk dapatkan ilmu, maka belajarlah.
        Carilah ilmu ! Hanya dengan ilmu kita dapat mengenal Allah, kerana ilmu itu sifat wajib bagi Allah.

        Berbalik kepada soalan. Kalau yang melengah-lengahkan atau yang tidak mengerjakan ibadah itu bukan kehendak Allah, dan bukan juga manusia yang melakukannya, maka siapa pula yang melakukannya?

        Yang melengah-lengankan solat atau yang tidak melakukan solat atau yang melakukan solat itu, BUKAN Allah tetapi PENZAHIRAN roh yang bersumberkan Allah. Penzahiran Allah itu dinyatakan ke atas roh dan penzahiran roh itu pula dinyatakan ke atas manusia. Bila manusia yang bersifat zahir yang bertubuh jasad melakukan solat yang 13 rukun itu, maka yang zahir kelihatan melakukan solat di mata manusia ialah manusia itu sendiri bukan Allah !! Yang kelihatan melengah-lengahkan solat itu atau tidak melakukan solat itu, ialah manusia itu sendiri, yang dinampakkan melalui penzahiran roh dari Allah.

        Penzahiran Allah melalui roh dan penzahiran roh melalui jasad itu adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa manusia itu tidak mampu untuk melakukan segala sesuatu walaupun hendak bersolat kepada Allah sekalipun. Manusia itu perlukan Allah untuk membolehkan hati 1. melafazkan niat. Manusia memerlukan Allah untuk membolehkan kaki 2. berdiri betul. Perlukan Allah untuk tangan mengangkat 3. takbiratul ihram. Perlukan Allah untuk membolehkan lidah 4 . membaca fatihah. Perlukan Allah untuk 5. rukuk, 6. iktidal 7. sujud, 8. duduk antara dua sujud, 9. tahiyat akhir, 10. membaca tahiyat akhir 11. Selawat ke atas nabi 12. salam 13. Perlukan Allah bagi membolehkan akal memastikan segala rukun itu tertib.

        Tanpa Allah, manusia itu tidak berdaya dan tidak mampu langsung untuk solat mengikut istilah syarak atau solat mengikut istilah makrifat. Samada kita melengah lengahkan atau tidak mengerjakan ibadah itu, langsung tidaklah menjadi hal kepada Allah. Allah maha Esa, Mahu Suci daripada sebarang kehendak. Allah tidak berkehendakkan segala sesuatu, walau barang sekelumitpun daripada kita. Sifat wajib Allah, Iradat (menentukan) manakala sifat mustahil yang berlawanan ialah karahah (terpaksa). Mustahil Allah terpaksa menerima segala sesuatu termasuk ibadah dari kita.

        Perkara tersirat yang hendak dizahirkan kepada kita bila kita melambat-lambatkan solat atau tidak solat ialah, Allah itu Iradat (menentukan) segala sesuatu mengikut ketentuannya sendiri. Kalau kita tidak solat, itu menunjukkan yang Allah berkuasa menentukan apa yang kita lakukan sewaktu kita tidak solat itu. Kalau kita melambat-lambatkan solat, itu menunjukkan yang Allah berkuasa sepenuhnya samada melambatkan atau mempercepatkan segala sesuatu. Allah tidak berkehendak walau sekelumit pun akan solat kita! Solat atau tidak, lambat atau cepat, kusyuk atau tidak, ikhlas atau tidak, sampai atau tidak, segalanya ketentuan Allah.

        Walaubagaimanapun, kita selaku manusia yang bertubuh berjasad ini hendaklah menunaikan segala kehendak dan keperluan tabie jasad. Setiap yang bertubuh berjasad ada tabie, ada keperluan tubuh. Jasad itu perlu makan, maka makanlah. Tunaikan keperluan jasad. Jika tidak, jasad mati. Jasad itu perlu pakaian, maka pakaikanlah jasad dengan pakaian. Jika tidak, jasad terbogel kesejukan. Jasad itu perlu berkelamin, maka bernikahlah. Jasad itu ada roh. Tanpa roh matilah jasad. Roh juga perlukan makanan. Makanan roh ialah ibadah. Tiang Utama ibadah adalah solat. Maka bersolatlah !! Bersolat itu bukan untuk Allah, tetapi solat itu untuk jasad ! Jasad perlu solat sebab solat itu makanan roh. Kalau lambat solat, maka roh juga seolah “lambat makan” dan kalau tidak solat seolah roh juga “tidak makan”. Bila roh tidak makan, yang mudaratnya jasad. Yang sakitnya badan. Badan dan jasad itu lah kita ! Justeru itu, kita manusia yang bertubuh berjasad ini wajip tunaikan segala kehendak tabie jasad. Namun, kalau tidak ditunaikan kehendak jasad, Maha sedikitpun, Allah itu tidak terjejas, yang terjejas adalah manusia itu sendiri ! Kita yang merana, kerana jasad itulah badan kita !

        Penzahiran Allah melalui roh dan melalui jasad itu juga untuk memberitahu bahawa Allah itu Esa, Allah itu Wujud , Allah itu Maha berkuasa di atas segala sesuatu. Namun Keesaan Allah, Kewujudan Allah dan Kekuasaan Allah TIDAK boleh dilihat mahupun dirasa oleh manusia, kerana Allah itu bersifat batin, manusia bersifat zahir. Namun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ke atas setiap makhlukNya. Kerana Maha Pengasih dan Maha Penyayang itulah, maka Allah tidak pernah barang sekalipun meninggalkan kita. Allah sentiasa bersama kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap degupan jantung, mahupun pada setiap kerdipan mata.

        Kerana Maha Pengasih dan Maha Penyayang itulah Allah MENZAHIRKAN diriNya melalui perantaraan roh dan manusia bagi membolehkan segala makhluk ciptaanNya melihat dan merasakan kehadiranNya. Melalui jasad manusia itulah kita boleh melihat penzahiran Allah. Sekadar melihat penzahiranNya, bukan Hakikat DiriNya ! Masakan kita boleh melihat hakikat Diri Allah, kerana setiap sesuatu yang boleh nampak itu berbentuk. Allah suci daripada sebarang bentuk. Setiap sesuatu rasa itu dapat dirasakan. Allah suci daripada segala rasa dan perasaan. Allah itu Maha Esa, Maha Suci dan tiada sesuatupun yang serupa dan menyerupaiNya zahir dan batin.

        Oleh kerana kita tidak boleh melihat hakikat diriNya, maka dizahirkan ke atas manusia akan penzahiran diriNya, melalui perantaraan roh. Hanya manusia-manusia yang berfikir dengan perantaraan akal dan ilmu dan mendapat hidayahNya, dapat melihat penzahiranNya.

        Walaupun Allah menzahiran diriNya melalui roh dan manusia, namun hakikat diri manusia itu sendiri pun masih tidak ada! Diri kita yang bertubuh berjasad yang kita nampak melalui mata ini pun sebenarnya tidak ada dan tidak nyata!! Diri kita yang bernama Muhammad Bin Abdullah ini pun tiada. Mana manusia yang bergelar Che Mat itu? Jikalau tuan hamba bernama Siti, mana manusia yang dipanggil Siti itu? Jikalau tuan hamba bernama Amin, mana manusia bernama Amin itu?

        Cuba tuan hamba tunjuk di mana diri tuan hamba wahai manusia yang bernama Amin. Kalau tuan hamba tunjuk pada pipi, itu bukan Amin,itu pipi milik manusia yang bernama Amin. Kalau tunjuk di dada, itu bukan Amin, itu dada si Amin. Tunjuk di kaki, itu bukan Amin, itu kaki si Amin. Tunjuk di leher, tangan, kepala, hati, tulang, mata atau di mana saja. Yang ditunjuk itu masih tidak menunjukkan Amin. Yang ditunjuk itu masih menunjukkan leher, tangan kepala, hati, tulang atau mata, milik jasad manusia yang bergelar Amin.

        Mana Amin ?

        Ternyata manusia yang bernama Amin itu tiada. Yang ada hanya nama yang bernama Amin. Nama Amin itu sekadar untuk menunjukkan tubuh jasad manusia yang bernama Amin supaya orang boleh mengenal jasad itu. Bila ada nama, mudah lah kita nak kenal jasad. Mudah lah kita nak bercakap tentang jasad. Mudah lah kita nak panggil atau sapa jasad itu “ Hai Encik Amin…” Kalau jasad itu tidak bernama, maka macamana kita nak mengenal atau bercakap tentang jasad itu? Boleh saja kita panggil dia sebagai orang atau manusia, atau boleh saja kita panggil “hoi”. Tapi, bukankah panggilan orang atau manusia atau “hoi” itu pun satu nama atau gelaran yang menunjukkan jasad yang dimaksudkan? Nampak diri si Amin itu macam ada, tapi bila ditunjuk, tidak ada !! Yang ada hanya nama yang bernama Amin !

        Bila diteliti dan direnung-renungkan, wajah si Amin itu juga tiada. Dada si Amin juga tiada, kaki, tangan, mata, leher, perut, tulang dan segalanya juga tiada. Prinsip yang sama, bila ditunjuk atau bila dicari, ianya tiada. Tunjuk tangan nampak kulit, tunjuk tangan nampak siku, tunjuk tangan nampak jari, tunjuk tangan nampak bulu roma. Dibelah tangan nampak daging, dibelah daging, nampak tulang, dihancurkan tulang, nampak serbuk. Tangan? Tidak juga nampak-nampak !! Mana tangan? Tangan tiada !! Yang ada hanya nama yang bernama Tangan !

        Begitulah jasad manusia menyembunyikan diriNya. Sembunyi itu bukan tidak nampak, kalau tidak nampak macamana kita tahu yang itu jasad Amin. Kalau tidak nampak macamana kita tahu itu tangan? Kalau tidak nampak macamana kita tahu itu kaki, leher, perut, pipi dan segalanya? Kita tahu sebab kita nampak. Namun dalam nampak itu, tidak pula ada bila dicari…

        Begitulah juga kiasannya terhadap Allah. Allah cahaya langit dan bumi (An Nur : 35) Nampak ada tapi tiada. Umpama cahaya dengan mentari. Bersatu tidak, berpisah pun tidak, tetapi saling nyata menyata. Dek kerana cahaya itulah kita nampak meskipun di dalam tempat yang gelap gulita. Gelap gulita jangan disangka tak nampak, kalau tak nampak, macam mana kita tahu itu gelap?

        Atas sifat Rahman dan Rahim itulah, Allah menzahirkan diriNya melalui perantaraan makhluk agar manusia dapat mengenaliNya dan atas sifat Mukhalafatuhu lil hawadis itu lah, Allah berbeza dari makhlukNya sehingga ia tidak boleh dinampak walaupun kelihatan ada. Tidak dapat dirasa, walaupun dapat merasakan.

        KESIMPULAN

        Dalam pencarian mengenal jasad itulah, manusia ramai yang KELIRU dan tersesat jalan. Yang dijumpa hanya jasad, maka berkembanglah ilmu jasad ke merata alam. Kebenaran yang dicari, tidak ditemui, hasilnya, mereka berhenti ditempat yang sesat dan meneruskan kehidupan di tempat sesat itu tanpa menyedari yang mereka sebenarnya tersesat. Kenapa tak sedar? Kerana ramai orang seperti mereka di tempat sesat itu. Dek kerana ramai, mereka menjadi seronok dengan jasad-jasad yang tersesat seperti mereka itu. Bila seronok, apa perlunya meneruskan perjalanan? Kesesatan sudah dilihat tidak sesat kerana sudah ramai orang tersesat, maka kesesatan itu telah diaggap benar !

        Bagi yang sedang meneruskan perjalanan, teruskanlah mencari ilmu supaya kita tidak tersalah simpang. Simpang yang dijumpa semasa perjalanan itu pun sebenarnya tidaklah salah. Walaupun simpang berbeza, ia tetap membawa kepada tempat tujuan itu juga, cuma dikhuatirkan, simpang itu membawa ke jalan yang terlalu jauh dan mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke tempat tujuan, sedangkan umur makin pendek. Takut mati jasad di tengah jalan !

        Renung-renungkan lah !!

        Like

  12. Asalamualikum…Tn guru yang dikasihi semoga kita dirahmati Allah.Terima kasih diatas artikel diatas tentang roh semoga kit dapat manafaat. Saya hamba yang jahil ingin bertanya sebelum hendak belajar ilmu hakikat dan makrifat apakah kita perlu belajar mendalami dahulu ilmu syariat, tauhid atau tarikat ..? Mohon jasa baik Tn guru beri pandangan atau komen seperti kata ;
    1.Syeikh Daud Al Fathani :
    “Maka apa ‘kufur’ yang terlebih besar dari kufur ini? Dan apa fikah(pemahaman atau aliran pemikiran) daripada fikah ini yang membawa kepada zindiq dan mulhid.Maka sebab yang demikian kerana jahil ia akan hukum Ilmu Usuluddin dan jahil akan I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
    Tiada kenal apa yang wajib bagi Allah dan apa yang mustahil dan apa yang harus bagi Allah , maka segala ibadatnya (akan menjadi) debu yang berterbangan, kerana ibadat dan taat itu terhenti di atas sah I’tiqad iaitu sah iman dan Islam. Maka tiada sah sekelian ibadat dan taat maka dimana beroleh ia dapat ‘taraqqi’ daripada satu maqam kepada satu maqam ? Maka jika tiada ada taraqinya betapa dapat fana’ dan betapa dapat zauknya dan wajdan? Maka betapa ia dapat haqiqat maka jadi sekelian yang dikatakan ini DAKWA jua dan segala yang menyalahi yang keluar pada tangannya itu,j ika ada, dinamakan ‘istidraj’ jua maka tiada dinamakan karamah. Seperti kata Syeikh Muhammad Fadhlullah di dalam Tuhfatul Mursalah.
    Dan setengah daripada pekerjaan yang mustahil pada aqal dan pada syara’ ialah sampai seseorang kepada maqam yang di namakan ‘Wahdatul Wujud’ orang yang tiada menjalani dengan syariat dan tariqat maka ia dapat haqiqat yang demikian itu adalah DUSTA dakwanya dan orang yang dakwa SYAITAN. Dan segala perkataannya itu tiada dapat zauk(Yang haq) dan hanya khabaran jua. Dan dimana ada boleh ia dapat zauq pada orang sesat di dalam ‘bahrun zindiq’ dan ikhwan syaithan’. Maka inilah yang ada banyak pada akhir zaman dinamakan DAJJAL seperti yang di sabdakan di dalam hadis nabi s.a.w. : “Tiada berdiri hari qiamat hingga keluar tiga puluh Dajjal dahulu”.Na’uzubillahi min dzalik”

    2. Imam Al Ghazali dalam bab Al Kasyfu wat Tabyin fi Ghururil Khalqi Ajma’in dalam Ihya’ Ulumiddin bahawa dalam kelompok ketiga dari kalangan orang yang ingin bersufi itu bahawa:
    “Mengaku mempunyai ilmu mukasyafah(ilmu yang tersingkap segala hijab) dan mampu musyahadah dengan Allah Ta’ala melampaui maqam-maqam sufi, wushul(telah sampai ke darjat makrifat) dan menetapi haqiqat penyaksian,wushul sampai dekat. Padahal mereka ini tidak pernah wushul kepada Allah Ta’ala kecuali hanya kata-kata lisan dan nama saja.” Dan kata Imam Al Ghazali lagi:”Mereka ini mengaku dirinya telah sampai kepada Allah Ta’ala dan tergolong orang-orang muqarrabin(orang yang hampir dengan Allah Ta’ala).Padahal di sisi Allah Ta’ala tak lebih dari pengkhianatyang mungkar dan munafik”.

    3.Dalam Buku Ilmu Tasauf karangan Ulama Diraja Ustaz Muhamad Samman Khati yang di susun oleh Saudara Mokhtar Petah menjelaskan kepada kita bahawa wajib bagi orang yang ingin terjun ke dalam dunia keruhanian (Tariqat). Mesti mempelajari dan mahir dalam bidang Usuluddin supaya tidak sesat dalam perjalanannya kerana syaitan sentiasa berusaha merosak kan I’tiqad si salik supaya hancur segala amalannya.

    4.Dalam Kitab Sirrus Salikin bagi karangan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani Jilid Ketiga ada menyatakan bahawa syarat untuk seseorang itu berbai’ah tariqat terlebih dahulu mursyidnya mengajar akan taubat dan ilmu fardhu ‘ain iaitu Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tasawuf maka barulah ia ditalkinkan dia akan tariqat.Apatah lagi bukan terus belajar haqiqat !!
    5.Syeikh Daud Al Fathani bahawa:
    “Betapa ia dapat Ilmu haqiqat padahal Ilmu Usul belum ia tahu dengan baik dan ilmu syariat yang zahir tiada dapat ia faham pada pekerjaan ibadat yang fardhu dan sunat dan sah dan batalnya istimewa pula ia mengetahui ilmu Tariqat. Maka takut diri tiada ada orang yang berkepercayaan pada agamanya pada Usuluddin , ilmu yang zahir lagi mudah maka apa pula kita percayakan dia pada ilmu haqiqat yang tiada sempurna kepadanyamelainkan dengan ‘suluk’ pada guru yang mursyid lagi yang washil ilallahi Ta’ala dengan zauk dan wajdan yang di dapatnya dengan syuhud dan a’yan dan tiada lagi berkehendak kepada dalil dan burhan”.

    Like

  13. asalamu’alaikum,

    ada satu perlakuan atau kebetulan yang ingin saya rujukkan kepada Tuan agar dapat Tuan memberikan fahaman dari sudut makrifat.

    beberapa malam yang lalu saya telah bermimpi. saya telah didatangi diri saya yang serupa saya dengan berpakaian jubah puteh. paras rupa yang berseri dan raut wajah yang teramat senang dipandang. kami telah bersalaman tetapi tiada berkata apa apa. salaman yang teramat dingin dan seolah olah terlalu lembut saperti tidak bertulang. saya dalam keadaan berbaring didalam bilik tidur sendirian didalam bilik tidur yang sama dan berkain dan berbaju yang sama juga. saperti seolah olah ianya berlaku bukan dalam mimpi. kemudian saya sedar dan peristiwa mimpi masih lagi bermain difikiran saya. mohon agar dapat kiranya berkemampuan memberikan pencerahan dari sudut makrifat.

    Like

    1. sebenar-benar diri tuan itu, dalah roh. rohlah yang mendatanggi dan menyerupai tuan melalui mimpi itu, oleh itu harap tuan dapat belajar mengenal diri (roh) walaupn ilmu yg diberi Alllah tttg roh itu sedikit..

      Like

  14. salam tn haji
    saya ingin memohon penjelesan berkaitan roh…
    1)ada orang kata saya ada nyawa,jasad tapi xda roh,apa maksud?
    2)jika benar kata beliau,bagaimana cara untuk saya satukan nyawa,jasad dan roh?

    Like

  15. persoalan siapakah roh?Roh yang bergelar nyawa dan menjadi Raja kepada kerajaan jasad adalah Roh Qudus yang di tiup oleh Allah SWT dari diri Allah sendiri.bermakna ROH itu adalah Diri yang empunya Diri…amin

    Like

  16. salam tn haji
    baru-baru ni,ada org mengatakan saya ni ada jasad dengan nyawa jer…roh xda…

    1}apa maksud beliau berkata begitu?
    2}jika benar,apa yang harus saya lakukan?

    Like

  17. Buku susunan Hj Saari sangat mantap. Susah nak cari buku sebegini rupa. Jika masih mahu melanjutkan pencarian ilmu boleh juga pergi ke blog gnosticman arifbillah Hj. Hussin dari Singapura. Banyak video youtube nya. Insyaalah boleh makrifatullah dalam 1/2 jam kerana penerangannya mudah. Beliau guna makrifatullah jalan nabi-nabi. Sesetengah guru makrifat guna jalan para wali. Satu lagi keilmua makrifat terdapat dalam blog fakirabdillah oleh saudara omar dari gemas. Dalam tu makrifat cara Dr. Bagindo Muchtar ada diterangkan. Step by stepnya ada juga dinyatakan. Tujuannya sama ke ALLAH.

    Like

  18. salam…
    tuan boleh saya tahu mana perginya comment yang panjang2 sebelum ini ?? sebelum ini saya sudah habis membaca comment tersebut tetapi masih tidak faham sepenuhnya..dan apabila saya ingin membacanya semula…comment yang panjang itu telah tiada…boleh saya tahu atau boleh saya dapatkan kembali comment tersebut untuk dibaca…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s