Penghujung Ilmu Makrifat Itu, Adalah ………………….

Ilmu Penamat, Penutut Dan Penghabisan Segala Ilmu!

 

Mereka yang berjaya sampai kepada tahap makrifat itu, adalah mereka-mereka yang telah mencapai makan atau tingkatan ilmu kerohanian yang tertinggi. Tahap atau makam ilmu makrifat yang tertinggi itu, adalah tahap pencapaian atau tahap persingahan ilmu pada garis penamat yang penghabisan dan terakhir. Inilah yang dikatakan pencarian di penghujuan tujuan.

 

Ucapan, perasaan atau pengakuan qalbu dihujung pencarian itu, adalah qalbu yang meluap, pecah dan meletup denngaan ucapan “la haulawala kuuwatailla billahhilaliyilzim” (tiada daya upaya kita, melainkan segalanya dari Allah). Perkataan yang lahir dari pandangan qalbu itu, tidak lagi boleh menurut pengertian akal. Bilamana pengertian qalbu, tidak lagi dapat dibaca oleh akal itu, maka lahirlah perkataan  “aku tidak ada”. Bahasa pengakuan hati atau bahasa pengakuan qalbu yang makrifat kepada Allah Taala itu, tidak lagi boleh berdalil, bersandar, berpaut atau bergantung lagi pada akal!. Segala ikhtiar atau usaha akal kita itu, sesungguhnya sudah berakhir, binasa dan karam kerana tenggelam dalam lautan makrifat Allah. Inilah yang dikatakan penamat, penutup dan ibu segala ilmu!.

 

Sekiranya tuan-tuan lalu  ditepi sungai, saya minta tuan-tuan kutib seketul batu dan campakkan ia kedalam sungai yang dalam. Saya mahu bertanya, apakah lagi yang tuan-tuan nampak dan apakah lagi yang terlihat, cuba jawab?……………………..Begitulah dalil dan contohnya jika diri kita, kita tengelamkan atau campakkan kedalam dasar lautan makriffat!.

 

Makrifat (mengenal Tuhan) itu, adalah tauhid. Tauhid itu, adalah hijrah akal menuju qalbu dalam mengesakan Allah!. Hijrah akal menuju qalbu, itulah intipati ilmu makrifatullah.  Hijrah akal menuju qalbu itu, adalah hijrah jahil kepada alim. Hijrah akal kepada perbicaraan qalbu para-para arifin billah itu, membawa kita kepada ilmu megesakan Allah  (penutup segala ilmu). Hijrah akal kepada makam qalbu inilah yang menyebabkan arifin billah seperti Dzunnum Al-Misri, Al-Junaid Al-Baghdadi dan Al-Halaj dihukum bunuh. Tidak kurang pula di tuduh ilmu salah, kafir, sesat dan zindik.

 

Maaf  Kiranya Saya Keterlaluan

 

Kebanyakkan dari ulamak kita, tidak ramai yang didedahkan dengan pengajian ilmu makrifat (ilmu rohani). Ketidak pakaran dalam ilmu makrifat itu, bagaimana mungkin mereka boleh menghukum ulamak-ualamk yanng mengajar ilmu makrifat itu, sesat atau salah?. Jika sekiranya pihak ulamak feqah mendakwa yang mereka juga memiliki kepakaran dalam bidang ilmu makrifat, cuba jelas dan terangkan kepada kami, dimanakah sekolah, dimanakah pondok atau dimanakah pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar ilmu makrifat. Mari kita tanya ulamak feqah, dimana mereka belajar ilmu makrifat, supaya kita juga boleh dengan beramai-ramai turut serta meuntut ditempat yang didakwa!.

 

Cuba tuan jawab pertanyaan saya secara jujur dan secara ikhlas, selama tuan-tuan hidup dan tinggal dibumi Malaysia ini, pernahkah kita jumpa pusat-pusat pengajian ilmu makrifat?. Samaada berupa pengajian pondok, pak guru, pak Ustaz atau pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar atau yang menyediakan bidang pengajian makrifat?. Sedangkan tidakkah kita tahu yang bidang ilmu makrifat itu, adalah bidang ilmu yang wajib, bidang ilmu fardhu ain (suatu bidang ilmu yang wajib) bagi setiap umat yang begelar Islam!. Tidakkah tuan-tuan tahu, apakah itu ertinya wajiab?.

 

Ulamak feqah selalu menuduh ilmu makrifat itu sesat, salah dan sebagainya. Disini saya ingin bertanya, yang dikatakan ilmu makrifat itu sesat atau salah itu, apakah ulamak feqah pernah menuntut ilmu makrifat?. Sekiranya jawapan memihak kepada belum, bagaimana tuan-tuan feqah boleh menuduh sesat?.

 

Fakta atau kenyataan sesat yang tuan-tuan feqah bawa itu, dari mana asasnya dan dimana ulamak-ulamak feqah, belajar atau beguru ilmu makrifat, sehingga dapat menuduh sesat?. Saya sebagai pengarang ilmu makrifat yang sudah  berkecimpung dalam bidang ini selama 38.00 tahun, saya tidak pernah jumpa ada pusat pengajian ilmu makrifat, guru atau sekolah ilmu makrifat, baik didalam negeri mahupun diluar negara!. Dengan berbekalkan ilmu syarie, ilmu fiqah atau dengan berbekalkan dengan ilmu akal, apakah layak tuan-tuan feqah menuduh, menanggkap dan menghukum golongan makrifat, sebagaimana yang berlaku kepada pentadbiran-pentadbiran terdahulu?.

 

Namun pesan dan nasihat saya kepada para arifin billah sekalian yang ada, terutama kepada yang memperjuankan ilmu makrifat, hadapilah kenyataan pemerintah dan golongan feqah hari ini dengan tabah dan jangan sekali-kali berputus asa. Kayu ukur atau tanda aras pentadbiran ulamak atau pemerintah yang ada pada dunia hari ini, untuk menghukum adalah melalui bacaan ilmu akal (hukum feqah). Mereka tidak sekali-kali memandang pada bacaan ilmu rohani (Ilmu makrifat). Mereka tidak faham apa itu makrifat! (diri yang fana’, diri yang lebur, diri yang  baqa’ atau diri yang karam dengan Allah!).

 

Bilamana tidak faham dan tidak arif dalam bidang ilmu fana’ atau ilmu baqa’, mana mungkin golongan yang beilmu feqah itu dapat menyelami ilmu makrifat!. Bilamana tidak faham ilmu makrifat, itulah makanya tuduhan demi tuduhan mereka lontarkan kepada pengamal ilmu makrifat!. Mereka itu, hanya berpandukan kayu pengukr ilmu feqah, untuk menghukum dan menuduh kesesatan ilmu makrifat. Yang menjadi mangsa ulamak feqah itu, adalah orang-orang yang berilmu makrifat. Itulah makanya golongan makrifat itu,  selalu dituduh sesat dan selalu dipandang salah dimata golongan ahli feqah.

 

 

System pendidikan pada hari ini, banyak mengeluarkan ulamak dengan berbekalkan kelulusan ilmu feqah. Kemanakah hilangnya system pendidikan untuk mengeluarkan ulamak makrifat?.

 

Dengan menuduh, menangkap, menghukum dan melebel mereka-mereka yang mengajar ilmu makrifat dengan ajaran sesat, salah dan menuduh ilmu makrifat itu, sebagai ilmu yang boleh memesongkan akidah orang ramai, apakah ada ulamak feqah bercadang untuk mengajar ilmu makrifat yang tidak salah?.  Menuduh salah itu memang teramat senang, tetapi manakah ilmu makrifat yang tidak salah?. Bilamana ilmu makrifat itu didapati salah tetapi manakah makrifat yang benar?. Kebanyakkan mereka hanya tahu menghukum ilmu makrifat itu salah, tetapi tidak ada ulamak feqah yang berani untuk mengajar dan menunjuk jalan ilmu makrifat yang benar?. Bilamana salah, mana yang benarnya?. Siapa, dimana dan kemana perginya ilmu makrifat yang benar?. Kenapa tidak diajar atau diadakan kelas pengajian yang khusus tentang ilmu makrifat?. Kemana hilangnya ilmu makrifat?. Cuba jawap pertayaan itu…………………………………………………………………..

 

Dengan berbekalkan ilmu feqah yang telah mereka pelajari itu, saya nasihatkan kepada ulamak-ulamak feqah, jangan sewenang-wenangnya mudah menuduh ulamak ilmu makrifat itu salah!. Sebenarnya yang salah itu, adalah diri tuan-tuan sendii, yang tidak pernah mendekati dan tidak pernah menghampiri ilmu makrifat!. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sekali menceburkan diri kedalam bidang ilmu makrifat, saya pasti dengan sesungguh pasti, tuan-tuan tidak akan menuduh ilmu makrifatlah itu salah! tempat perhentian atau tempat persingahan terakhir pencarian mereka!.

 

Sesunggunya bidang ilmu makrifat itu, adalah cabang ilmu rohani (ilmu mantik) yang tidak memungkinkan difahami oleh kebanyakkan ulamak feqah. Jika kita tidak faham ilmu makrifat, sekurang-kurangnya jangan mudah menuduh sesat kepada golongan makrifat!. Ulamak keluaran dari pusat pengajian tinggi itu, hanya belajar dalam bidang ilmu feqah sedangkan mereka tidak pernah dididik atau didedah dengan ilmu makrifat!. Mana mungkin akan memahami ilmu makrifat!.  Namun siapa yang akan peduli dan siapakah yang akan faham luahan hati orang-orang makrifat!, Saranan demi saranan diutarakan kepada pucuk pimpinan agama, namun keluhan serta laungan kita itu, sekadar menjadi menjadi hiasan mata dan hawa telinga mereka semata-mata.

 

Pun begitu, kita tidak boleh sekali-kali memandang rendah atau menyalahkan penjawab awam atau menyalahkan para ulamak feqah dalam hal ini. Mereka-mereka itu, terdidik dan terasuh dengan ilmu feqah tanpa didedahkan dengan  ilmu makrifat. Selayaknyalah mereka begitu!.

 

Kita harus sadar bahawa tanpa sekatan atau tanpa pemantauan, sudah tentu gejala ilmu makrifat yang benar-benar sesat akan memenuhi ruang negara kita, jika ianya tidak dikawal oleh golongan ulamak feqah, sudah tentu ilmu makrifat yang benar-bnar salah akan berleluasa!. Dengan adanya ulamak feqah dan pihak jabatan agama serta pemerintah syariat, sekurang-kurangnya dapat mengawal pertumbuhan ilmu yang benar-benar salah dan sesat!. Para ulamak feqah sudah sedaya upaya mempertahankan kesucian agama Islam yang suci ini, supaya ianya terkawal, terpelihara dan terbela dengan baik mengikut pandangan serta perundangan negara. Untuk itu, jangan kita menyalahkan seratus persen kepada golongan feqah, namun dalam masa yang sama, pihak feqah pula jangan selalu menuduh atau berpandangan serong terhadap golongan ulamak yang berilmu makrifat!. Kerana ilmu makrifat itu, adalah persingahan terakhir segala ilmu! (ibu segala ilmu).

 

Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

 

 

Konsep ilmu ketuhanan orang arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah konsep ilmu yang melewati hayalan akal atau mengatasi kenyataan akal. Konsep ilmu ketuhanan para-para arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah berlandaskan hanya dengan satu jalan, satu konsep, satu kaedah dan satu cara, iaitu jalan fana’, jalan baqa’ dan jalan berserah diri kepada Allah Taala.  Berkonsepkan “hanya Allah yang wujud, hanya Allah yang ujud dan hanya Allah yang maujud”.

 

Kenyataan atau pendapat ahad itu, bukan berlandas atau bukan berkonsepkan kepada konsep hulul atau konsep wahdatul wujud!. Konsep ilmu makrifat itu, adalah konsep mengEsakan Allah Taala. Konsep mengEsakan Allah Taala itu, adalah konsep yang tidak berdalil kepada sebarang konsep dan konsep yang tidak pergantungan kepada dalil akal!. Allah itu, adalah Allah. Allah yang tidak ada seumpama, tidak seumapama sebagaimana yang difikir oleh akal, oleh angan-angan atau hayalan.

 

Makrifat itu, adalah konsep yang sudah tengelam dalam lautan makrifat kepada Allah!. Iaitu konsep yang menengelamkan diri dalam lautan ahadiah (ahad atau Esa). Iaitu suatu konsep yang semestinya tidak difahami oleh akal!. Konsep yang melewati hayalan atau melewati keyataan akal!. Untuk memahaminya hendaklah tuan-tuan ceburkan diri tuan-tuan kedalam kolam air makrifatullah!.

 

Ilmu Makrifat Bukan Konsep Yang DiBuat-Buat!

(Tetapi Dari Ilmu Rasulullah Dan Iman Ghazali Sendiri)

 

Pendapat, pegangan, pengakuan serta fahaman ilmu makrifat itu, sesungguhnya bukan dibuat-buat atau diada-adakan tetapi ianya, adalah datangnya dari Baginda Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan Iman Al-Ghazali sendiri. Namun tidak ramai yang mendalami, menyelami dan memahaminya!.  Konsep ini, adalah satu-satunya konsep yang boleh menunjang tauhid kedalam qalbu para arifin billah, sebagaimana iman Ghazali sendiri. Inilah makam tauhid, makam ilmu rasa dan makam ilmu para arifin billah terdahulu!. Yang menjadi pegangan, pangakuan dan yang menyebabkan menunjangnya keyakinan tauhid kepada Allah Taala. Ilmu makrifat itu, merupakan inti tertinggi para ulamak arifin billah terdahulu. Yang mana sesungguhnya tidak sedikitpun menjadi percangahan atau berlawanan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah!.

 

Hanya bagi yang tidak arif dengan ilmu makrifat sahaja yang memandang bahawa ilmu makrifa itu, salah atau sesat!. Sedangkan hanya melalui ilmu makrifat sahajalah sat-satunya ilmu yang boleh membawa, mengarah dan menghala hati-hati kita kepada arah meEsakan Allah Taala. Inilah konsep dan inilah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasulullah, semasa mula-mula Baginda berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah!. Iaitu konsep ilmu tauhid atau konsep ilmu megEsakan Allah Taala.

 

Soal:-

Bagaimanakah caranya untuk mengatakan yang Allah itu benar-benar Esa?.

 

Untuk menyatakan yang Allah itu benar-benar Esa, ianya bukan dengan sebutan kalimah syahadah, bukan dengan mengerjakan ibadah sembahyang,  puasa, zakat atau bukan dengan ibadah perkerjaan ibadah haji!.

 

Menyatakan keEsaan Allah itu, adalah hendaknya dan sepatutnya sebelum melafas kalimah syahadah, sebelum ibadah sembahyang atau sebagainya!. Menyatakan Allah itu, bukan perkara untuk dinyatakan sesudah sembahyang atau bukan untuk dinyatakan didalam waktu ketika tengah sembahyang, apa lagi diketika sesudah sembahyang!. Bagi menyatakan Allah itu, bukannya semasa didalam berpuasa atau selepas berbuka puasa!. Ataupun bukan didalam ketika menyebut perkataan syahadah!.

 

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu menyatakan Allah (ilmu menyatakan keEsaan Allah), ilmu mengEsakan Allah dan ilmu menzahirkan Allah, dengan nyata dan senyata-nyatanya!. Bukan ilmu hanya bercakap dibibir!. Kita boleh menyebut perkataan syahadah (perkataan mentauhidkan Allah) sebanyak mungkin yang kita mampu menyebut, tetapi Islam itu bukan agama bunyi atau agama suara yang keluar dari lidah atau dibibr!. Islam itu, adalah agama benar, agama nyata dan agama pasti!. Kemuskilannya disini, apakah tuan-tuan telah nyata Allah, sebagaimana nyata dan lantangnya suara yang keluar dari kedua bibir mulut tuan-tuan?.

 

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak sekali-kali mengasingkan Tuhan dengan alam!.  Imu makrifat itu, adalah ilmu menEsakan Allah, iaitu ilmu yang tidak menduakan Allah (tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu). Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak menwujudkan Allah dengan wujud yang lain selain Allah Taala.

 

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak memandang bahawa Allah dan makhluk itu, dua wujud yang berbeza atau “dua yang bersifat wujud”. Dari kaca mata ilmu makrifat, barangsiapa yang memandang, barangapan atau beriktikad bahawa adanya wujud Allah dan adanya wujud alam makhluk, bersama-sama dengan wujud Allah, maka hukumnya adalah syirik. Allah lain dan makhluk lain itu, maka terputuslah seluruh kesedaran batinnya terhadap Allah Taala dan terputus juga kesedaran rohaninya terhadap makhluk. Tetapi jangan pula hendaknya disatukan makhluk dengan Allah!, Ingat itu………………….

 

Allah dengan makhluk itu, bercerai tidak dan bersatu tiada, ini adalah terjemahan mengikut suluhan bahasa makrifat dan bahasa rohani yang tidak sama sekali difahami atau dimengerti oleh akal, apa lagi oleh ahl ilmu feqah. Allah dan makhluk itu, bercerai tidak dan berpisah tiada!.

 

Sebagaimana kata orang tua-tua kita dahulu, belajar ilmu makrifat itu, susahnya “seumpama mati”, manakala setelah mengenal makrifat, senangya “seumpama tidur”. Belajar ilmu makifat itu, senang, mudah dan tak payah. Belajar ilmu makrifat atau ilmu megenal Allah itu, hanya memakan masa tak habis sebatang rokok.

 

Apa tidaknya, terang cahaya mata hari itu, terang lagi Allah, dekatnya  mata putih dengan mata hitam itu, dekat lagi Allah, mana mungkin megenal Allah itu payah!. Mengenal Allah itu, adalah ilmu yang paling senang dan paling mudah, berbanding dengan ilmu-ilmu yang lain. Allah tidak terhijab atau terdinding, tidak tertutup atau terhalang oleh seuatu!. Masakan kita tidak mengenal Allah dengan mudah!. Mudahnya sekolah tadika atau sekolah kafa itu, mudah dan senang lagi ilmu mengenl Allah!. Kenapa tidak kenal?……………………………………….

 

Ini bukan bertujuan untuk menerap nilai-nilai hulul atau unsur-unsur wahdatul wujud!. Ini semata-mata bertujuan untuk membuka mata pehak-pehak yang mendakwa bahawa para ulamak makrifat itu salah atau sesat.  Tafsir kalimah ahad, ianya adalah suatu perkara yang berbeza berbanding dengan tafsiran kalimah wahdatul wujud!. Selama ini pihak berwajib mahupun ulamak fiqah menuduh pengamal ilmu makrifat itu sesat, salah dan sebagainya dalam mentafsir ulamak makrifat itu telah meyamakan antara wujud Allah dengan wujudnya makhluk. Terkeliru dengan itu, lalu mendakwa dan menuduh pengamal ilmu makrifat itu, mengamalkan ajaran wahdatul wujud atau hulul. Sebenarnya ilmu makrifat sejati dan sebenar itu, tidak mensamakan Allah dengan makhuk, tetapi tidak juga memisahkan dengan makhkuk!. Seumapama “asap bukan api, tetapi tidak lain dari api”. Faham itu baik-baik………………………………..

 

Advertisements

21 comments on “Penghujung Ilmu Makrifat Itu, Adalah ………………….

  1. Masa mula-mula dulu rasa macam takut juga nak baca, sebab rasa macam susah jer.Takut tak terjangkau dek akal kita yg lemah ini.rasa konfius pun yer.Takut gila pun yer.(Hahahaaa,maaf..)Tapi bila dah baca blog tn hj lama-lama,tgk video kat youtube sikit,tonton siri ceramah dari CD tn hj(ayah saya beli original utk anak2nya).

    Akhirnya,saya faham dengan apa yang nak tn hj sampaikan.Pada pendapat saya,apa yang susah mengenai ilmu makfirat ialah untuk faham apa yang guru ajarkan.Untuk baca blog memang senang,tapi tak faham…Hahahha,tu yang payah.

    Saya sarankan kepada yang belum dapat,baca pelan-pelan.Ulang perenggan yang tak faham.Bila tak faham juga, relek dulu.Stop.Esok lusa boleh sambung baca.

    Benda belajar ni ambil masa,Akhir sekali,bila dah nampak macam dah faham, sinar tu datang sikit sikit.Rasa binasa pun ya, rasa sedih pun ya,rasa gelap pun ya,rasa berserah pun ya,rasa aku tiada pun ya.Lepas beberapa hari,rasa nak tersenyum pun ya!

    Terima kasih guru guru semua.Biar jauh dimata,tapi dekat dihati.
    Wassalam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s