Air Tangan Kekasih

Hanya Dari Air Tangan Kekasih

Erti atau makna “berkekalan menggunakan” sifat Allah s.w.t itu, adalah seumpama kita ada seorang kekasih atau seorang buah hati yang sangat dicintai.

Dalam keadaan kita bercinta atau berkasih sayang, sudah tentu kita mahu tangan kekasih yang membelai rambut kita, tangan kekasih yang menyuap nasi ke mulut kita, tangan kekasih yang menyikat rambut, tangan kekasih yang menggosok pipi kita dan kita mahu tangan kekasih memegang tangan kita.

Cinta dan kasih kepada orang yang dicintai itu, boleh ditafsirkan sebegini, seumpama kita membeli rumah, belilah rumah atas nama kekasih. Beli kereta, belilah atas nama kekasih, beli tanah, belilah atas nama kekasih dan beli baju, belilah baju yang warnanya disukai kekasih. Segalanya atas kehendak dan atas nama kekasih. Barulah cinta dan kasih serta rindu dendam kita itu, terlihat, terpandang dan tertilik hanya oleh kekasih.

Kita mahu pakai baju yang digosok kekasih, nasi yang dimasak oleh kekasih dan mahu tidur sebantal dengan kekasih. Jika boleh, kita mahu satukan badan dan jasad kita ini dengan jasad kekasih!. Segala-galanya kita hendak guna hasil tangan kekasih.

 

Pandang Kehadiran Kekasih (Allah) Itu, Sehingga Tidak Lagi Terlihat Kehadiran Diri Sendiri!.

Yang bersifat melihat dan yang bersifat memandang itu, itulah Allah s.w.t. Untuk terus duduk bersama Allah (kekasih awal dan akhir), janganlah sampai terlihat adanya diri kita sendiri!.

Untuk sampai kepada tahap iman yang hidup itu, kita hendaklah mempergunakan sepenuhnya sifat Allah s.w.t. Biar sifat Allah s.w.t sahaja yang melihat, biar sifat Allah s.w.t sahaja yang mendengar dan biar sifat Allah sahaja yang berkata-kata!. Setelah terlihat segala-galanya Allah s.w.t, maka terkuburlah adanya diri. Setelah terkuburnya sifat adanya diri, maka terzahirlah sifat Allah s.w.t dengan nyata lagi terang!.

Pandang-memandang dan lihat-melihat itu, serahkan sahaja kepada kekasih (Allah). Itulah orang yang cinta, kasih dan rindu kepada Allah s.w.t. Itulah iman yang hidup dengan hanya Allah s.w.t. Sehinggalah diri kita ini tidak melihat, dan yang melihat itu Allah s.w.t. Diri kita ini tidak memandang, dan yang memandang itu Allah s.w.t. Orang yang hidup imannya kepada Allah s.w.t itu, adalah orang yang menggunakan mata kekasih untuk melihat, menggunakan tangan kekasih untuk memegang, menggunakan telinga kekasih untuk mendengar dan menggunakan nyawa kekasih untuk bernafas. Itulah kasih yang hidup dan itulah iman yang hidup!. Biar kita hidup dengan sifat kekasih. Apa yang penting, untuk hidup dengan sifat kekasih itu, hendaknya janganlah sampai terlihat lagi kehadiran diri sendiri!. Jadi, barulah boleh dikatakan hidup dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t. Beriman kepada Allah s.w.t itu, adalah setelah segalanya itu adalah sentiasa Allah, Allah, Allah ……………

 

Maaf kiranya tidak berkesempatan untuk mengarang, saya terlalu sibuk untuk menyiapkan kitab ketiga dan keempat serentak, amin

 

26 Replies to “Air Tangan Kekasih”

  1. Terharu membaca entry yang. Naam semuanya atas Cop Mohor Dia.
    Semoga Allah lanjut usia Tn Guru dan diberi lebih makrifat untuk ditebar kpd masyarakat.

    Tak pa la Tn Guru focus la pada buku. Saya dah buat tempahan awal ngan zarazairin. Moga Allah buka lagi makrifat dgn jalan ini. Semoga anank cucu kita dapat ikut jalan yang sama. …. Amin

    Like

  2. salam hormat Tuan Haji. . berbalik pada segala2nya Dia pelaksana kehidupan ini merangkumi Zat, Sifat, Asma dan Afal Nya. Dari suluhan pandangan makrifat bagaimanakah kaitan Kun Fa Yakun pada kedudukan ini ? Saya berharap sangat Tuan Haji faham maksud soalan rahsia dan maafkan saya ye !!!

    Like

    1. Apa lagi nak kun fayakun, kitakan dah mati dan kitakan dah tidak ada, setelah kita tidak ada, apa lagi nak kun fayakun. Ramai yang mengaku kita Allah, sebab itu mrk berkehendak kepada kun fa yakun.
      Ingat pesan saya, jangan sampai terlihat ada nya diri, setelah diri kita sudah tidak ada, apakah lagi hendak mengharapkan kun fa yakun?………………………………….

      Selagi mengaku “aku Allah” selagi itulah tuan tidak dikatakan mengenal diri!.

      Like

  3. salam hormat Tuan Haji. . berbalik pada segala2nya Dia pelaksana kehidupan ini merangkumi Zat, Sifat, Asma dan Afal Nya. Dari suluhan pandangan makrifat bagaimanakah kaitan Kun Fa Yakun pada kedudukan ini ? Saya berharap sangat Tuan Haji faham maksud soalan rahsia ini maafkan saya ye !!!

    Like

  4. Bergembira dalam kenestapaan / berhariraya dalam ketentuan Takdir /pasrah seluruh kepastian / Dalam kenikmatan anugerah …….ALLAH.

    Like

  5. Salam Tuan Guru.Tidak Ada yang lain!. Nafi dan ithbat dalam syahadah itulah terasnya. Itulah sebabnya diharamkan api neraka menyentuh sesiapa yang bersyahadah dengan syahadah Cara makrifat. Yang baharu tidak boleh memberi bekas sama sekali. Mana munkin si baharu membakar segala sesuatu yang tidak lain dari Dia. Salam

    Like

  6. Didalam ayat pertama alquran, iaitu lafaz bismillah, disebut perasaan-perasaan maha kasih dan maha penyayang Allah.. Rasa kasih dan rasa sayang yang kita ‘rasa’ itulah rasa Allah. Diciptakan makhluk olehNya adalah atas dasar rasa kasih dan rasa sayangNya. Rasa lah ‘rasaNya’.
    Dalam ayat kedua alfatihah, disebutkan juga segala puji adalah bagi Allah. Tidak Ada pujian kepada makhluk. Pujian kepada makhluk bermakna pujian kepada Allah Jua. segalanya Allah. Mengapa meraka masih tidak menetahuinya?. Minta maaf sekiranya saya salah.
    Ayat ketiga alfatihah pun menyebut kasih dan sayang Allah.
    Rasa lah ‘rasa kasih dan rasa sayangNya’ dengan tidak menampakkan adanya ‘rasa diri’.

    Like

    1. benar kata tuan itu, makanya dalam kita membaca ayat2 suci Al-Quraan, semasa ayat mengatakan perkataan “aku” (Allah), kita tidak menyebut perkataan “aku” itu diganti dengan nama kita. Bererti apa yangn kita baca itu, itulah Allah.

      Seumpama Dr. Mahadir (PM dahulu), tidak boleh menghadiri sesuatu majlis perasmian, lalu disuruhnya Dato’ Mohd Najib yang mewakili beliau. Semasa Dato’ Najib membaca tek ucapan beliau, Dato’ Najib tidak pernah mengatakan yang namanya, malah perkataan saya (aku) dalam tek ucapan itu, adalah tetap membawa maksud Dr.Mahadir. Sungguhpun Dato’ Najis sebut perkataan “saya”, saya dalam tek ucapan Najib itu, tetap melambangkan ucapan Dr.Mahadir.

      Terima kasih atas kefaham itu. Saya perakui yang ianya benar. amin

      Like

  7. Assalamualaikum Tuan Hj Shaari,
    Setelah selesai membaca bahagian yg cermin diri dan praktik dengan menggunakan cermin… maka jelas sekali apa yang nak Tuan Hj Shaari ingin sampaikan….. terima kasih semoga rahmat iman sentiasa tercurah pada Tuan Hj Shaari dan mereka yg mengikuti jalan ini…amin.

    Like

  8. Kekasih sejati sukar dicari..
    Hendaklah kita matikan diri..
    Barulah IA datang kemari..
    Memberi cinta suci lagi menyuci…
    Moga guru sihat slalu….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s