Best Tak Belajar Ilmu Makrifat Tok Kenali?

Sila tuan-tuan beri komen untuk menambahkan keyakinan dan untuk membakar semangat saya supaya dapat bertahan untuk terus berkarya. Sila kemukakan komen, jika tak suka, saya boleh berhenti di sini saja. Sayapun sudah letih dan penat.

 

Advertisements

219 Replies to “Best Tak Belajar Ilmu Makrifat Tok Kenali?”

  1. Salam Tuan haji, teruskan berkarya kami sentiasa menanti ilmu2 tersebut. Usah pedulikan mereka yg tidak faham dan suka menuduh ilmu makrifat. Akal mereka belum mencapai pd pengetahuan ketuhanan sebab hati mereka belum lagi dibersihkan atau diberi petunjuk. Kita redha dan terus berdoa semoga semua diberi petunjuk yg sebenar2

    Like

  2. Sejahtera buat Tn Guru…Muga sentiasa berada didalam rahmatNYA.

    Masih ramai yang mencari dan ingin menadah akan keilmuan ini.

    Yang berilmu DIA Yang berkalam juga DIA.

    Like

  3. Salam ustaz yang saya kasihi… Tanggal 24hb Julai 2013 pukul 11:40 mlm tamatlah sudah saya membaca kitab pusaka tok kenali Mengenal Diri… Sesungguhnya apa yang dinukilkan itu adalah benar melainkan benar belaka… segala persoalan saya selama ini sudah pun terjawab… Bukan mudah untuk membicarakan sesuatu yang ghaib dan tak terlihat oleh mata namun ustaz berjaya membawa saya ke “alam” lain dengan izin Allah… Hanya air mata yang mampu menerangkan “diri Aku” yang sebenarnya… Semoga ustaz terus berkarya dan mendapat keredhaan dariNya InsyaAllah… Jangan berhenti ustaz dalam berkarya, saya menyokong dan menghargai penat, usaha, jerit perit ustaz selama ini… Tiada siapa yang berani menerbitkan buku makrifat seperti ini… Tapi ustaz mampu dan berkefahaman tinggi dalam ilmu makrifat… Syukur Alhamdulillah… teruskan usahamu… teruskanlahhhhh…………

    Like

  4. Assalamualaikkum Tn. Guru..sy mmang sentiase mengikuti coretan tuan guru melalui email sy..sy mmang subscribe link tuan guru..byk pngetahuan yg sy dpt melalui penulisan tuan guru..buku mngenal diri dan mengenal allah pon hampir selesai dibaca..tgh mnanti keluaran buku yg ssterusnye..moga tuan guru tidak berputus asa dgn ape yg telah tuan guru usahakan selama ini..

    Like

  5. Assalamualaikum Tuan Guru, saya tidak layak hendak memberi komen tetapi saya welcome semua ilmuan Makrifat dari Tuan Guru. Setiap hari saya mengintai-intai kalau ada post baru dari Tuan Guru. Ternyata amat banyak dan best sekali untuk di telaah. Alhamdulillah.

    Like

  6. Salam ustaz, Alhamdulilah syukur Allah pertemukan Kitab ilmu Makrifat Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan suntingan Ustaz Shaari, sangat tertarik untuk belajar dan mendalami ilmu yang tersangat istimewa dan tak ternilai bandingan nya.. Mohon di teruskan nukilan teristimewa ini..

    Like

  7. Assalam, mestilah Best belajar ilmu yang tak ada langsung di mana-mana universiti. Tuan Guru lah guru yang mengajar ilmu makrifat, yang paling baik dan paling rendah hati…tidak sombong seperti mana-mana guru-guru makrifat yang lain. Kenyataan ini langsung daripada hati saya, tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak. Pertama kali pandang wajah tuan guru dalam DVD ceramah, terus jatuh kasih pada WajahAllah ….sukar saya nak luahkan perasaan ini…hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, betapa saya teringin sangat bertentang mata bersua muka dengan Tuan Guru yang sangat saya kasihi. Teruskan berkarya…..

    Like

  8. Wahai tuan guru yg di kasihi allah jikalau engkau berhenti Siapa lagi yg hendak mengajarkan kami.allah memberi paham kepada kami melalui kerja tanganmu yg tiada lain datangnya dari allah.allah telah tulis di kitab agungya bahwa semua yg berlaku hari ini telah tertulis sejak dulu.
    wahai yg di kasihi allah
    allah selalu bersama mu
    allah selalu bersamamu
    karena kebersama.an mu dengan allah membuat kami melangkah bersama allah.
    allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai kami.maka kami mencintai engkau sebagaimana kami mencintai allah.dg cinta rasa kepada allah sehingga tiada lain selain allah.
    berjuanglah wahai yg di kasihi allah,allah senantiasa bersamamu.amien

    Like

  9. Salam dan rahmat buat Tuan Guru.
    Makrifat dan Haqiqat…..ilmu yg diluar kebiasaan lingkup akal tetapi bersangatan didambakan oleh hati.
    Pencerahan oleh Tuan menyingkap lapisan2 hijap yg menggelapkan jiwa.
    Syukran………….

    Like

  10. Jangan begitu tuan..mestilah best…sebatas ilmu tuan beri, Allah jua yg memberi faham… Ilmu tanpa disulami perbersihan hati lebih mudarat daripada org yang tak berilmu…maka kami di sini juga wajib membersihkan hati dalam menerima ilmu daripada tuan…insyaallah dipermudahkn…=)

    Like

  11. Alhamdulillah di penghujung jalan ada sinar yang dapat mencerahkan kubuntuan yang telah lama terbuku kini dengan ada Tuan Guru setidak-tidaknya ILMU MAKRIFAT ini beroleh kesinambungan INSYAALLAH hingga ke hari terakhir ketentuanNYA . Hamba yang naif ini bersyukur kerana dipertemukan ALLAH dengan susurgalur TOK KENALI moga ALLAH memberkati dan meredhoi kita semua agar diberiNYA kefahaman dalam ilmu ini. Teruskan perjuangan yang belum selesai selagi hayat dikandung jasad. Amiiin.

    Like

  12. Tersangat best dan dengan adanya keberanian, kecekalan dan keyakinan yang teramat teguh dan tidak boleh tergugat oleh sesiapa pun di keranakan Dia yg berdiri dengan kekuatan pancaran makrifat yg telah dianugerahkan kpd Hj. maka kami yg tercari-cari telah terbuka jalan sehingga sampai di penghujung ilmu…. aamin… sudah tertulis kehadiran Hj bersama blog dan buku2 tulisan Hj sebagai jalan paling-paling termudah untuk kami mengenal dan menyatakan Allah sebenar-benar Allah…..

    Like

    1. teruskan lagi tuan guru… msih byk ilmu yg perlu dicurahkan…. lagi mendalam belajar mengenai makrifat terlebih aman rsanya…. terlebih lagi ingin tahu..

      Like

  13. “jika tak suka, saya boleh berhenti disini saja. Sayapun sudah letih dan penat………………………….”
    luahan rasaTuan menambah keyakinan saya, ini antara ujian bagi mereka yang ingin benar mengenal dan memperkenalkan TuhanNya…
    biar nafas berhenti tuan guru…

    Like

  14. Assalamualaikum tuan haji…
    Masih lagi mahu membaca dan melihat coretan tuan haji… Janganlah berhenti lagi ye… Ilmu makrifat ini tak kan habis bagi saya. Apa yang ada pada haji yang ingin tuan haji curahkan pada para pembaca diharap teruskanlah.. Kerana Ilmu ini diibarat mencelup jari kedalam laut. Yang basah dijari itulah ilmu yang dapat. Sedangkan selautan lagi yang perlu diketahui. Itupun yang melekat dijari kita pun bukan milik kita. Milik Allah belaka. Jadinya janganlah tuan haji give up dari bercoret dalam laman web tuan haji ni. Selalu bebenor buka laman web ini dan menjadi routine. InsyaAllah semoga dirahmati oleh Allah hendaknya…

    Like

  15. Best……………………………kerana, inilah sebelum ini yang saya rasakan……..mana mungkin kita merubah Qada dan Qadar ALLAH, rata-rata didunia saya rasakan mcm menafikannya tetapi ia sebenar makna islam dan rukun iman…

    Like

  16. Teruskan tn. hj. sebab setakat ini tn. hj. seorang sahaja yang berani memnculkan diri dalam membawa dan memberi faham kepada khalayak tentang makna makrifat. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk berhadapan dengan masyarakat bagi menegakkan kebenaran jalan makrifat, belum ada bukan. Ini bermaksud tuan kena terus melangkah kerana langkah tuan adalah kehendakNya jua.

    Like

  17. Jika dunia kami yang dulu kosong…. tak pernah kau isi mungkin hanya ada warna, gelap dan tak tahu kemana arah tujuan….
    Tapi kini dunia kami penuh warna Dengan goresan di hati, juga kata Yang dulu hanya jadi mimpi Kini mulai terlihat bukan lagi mimpi Itu karena Ridha-Mu ya Allah melalui Ayahnda Tuan Guru yang mengajarkan kami tentang mana warna yang indah Tentang garis yang harus dilukis Juga tentang kata yang harus dibaca dan tindakan mana yg sebenar harus dilakukan…
    Terimakasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… Engkau berikan Guru Kepada kami untuk mengisi kekosongan hati kami.Dengan Rahmat-Mu, Berkah-Mu dan Nikmat-Mu lah engkau hantarkan melalui Guru Kami siapa sebenarnya diri ini… Yg dulu merasa angkuh, sombong, pemarah, Mengakui akan kuasa diri… Padahal sesungguhnya kami bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa.
    Ya Allah… Berilah kesehatan yg baik, semangat yang berkobar tanpa pantang menyerah Kepada Ayahnda Tuan Guru kami… Untuk selalu bertakhblik di jalan-Mu… Hingga tiba saatnya untuk berpulang Kepada-Mu… Dan berikan Ridha-Mu untuk pemahaman kepada Kami agar mengenal diri-Mu dengan sebenar mengenal… Hingga kamipun siap untuk berpulang Kepada-Mu…Amin amin Ya Rabbal alamin….

    Like

  18. Tentulah bestt tuan hj..bestt yg sgt sgt…..tak pernah rasa begini selama 40 thn hidup…..buat syariat tanpa ada tujuan selain berpandu matlamat syurga & balasan kebaikan semata…..walaupun berkiblat tapi tak sampai tempat dituju…..Tuan hj seumpama bagi saya GPS…..ada orang dpt GPS tapi tak dpt signal satelit…..tapi GPS tuan hj ada semua…..Kini…..saya kembara mengenal diri…..utk matlamat karam bersama limpahan kasihNya…..Setiap benda yg dilihat seumpama melihat benda baru dgn mata hati yg celik…..Semoga dpt tercapai syurga sebelum syurga…..Jln menuju kejayaan…..Jln mereka yg terdahulu…..Yg Dia redhai…..

    Like

  19. Tentulah bestt tuan hj..bestt yg sgt sgt…..tak pernah rasa begini selama 40 thn hidup…..buat syariat tanpa ada tujuan selain berpandu matlamat syurga & balasan kebaikan semata…..walaupun berkiblat tapi tak sampai tempat dituju…..Tuan hj seumpama bagi saya GPS…..ada orang dpt GPS tapi tak dpt signal satelit…..tapi GPS tuan hj ada semua…..Kini…..saya kembara mengenal diri…..utk matlamat karam bersama limpahan kasihNya…..Setiap benda yg dilihat seumpama melihat benda baru dgn mata hati yg celik…..Semoga dpt tercapai syurga sebelum syurga…..Jln menuju kejayaan…..Jln mereka yg terdahulu…..Yg Dia redhai…..

    Like

    1. Terima kasih diatas kefahaman yang telah Allah hidayahkan kepada tuan itu. Saya hanya sekadar menghulur galah sahaja, sedangkan tuan sendirilah yang menjoloknya. Tidak ada apa-apa yang nak saya beri kepada tuan-tuan semua, melainkan sekadar sekelumit ilmu yang selalu mendapat fitnah dan cemuhan orang.

      Hari ini, tanggal 26hb July, saya berterima kasih kerana mendapat pujian dari tuan yang penuh semangat,sebagai tanda menyokong perjuangan saya selama ini. terima kasih tuan!. saya amat menghargai pujian tuan, semoga pujian tuan itu akan kembali kepada Allah jua. Ayat-ayat tulisan tuan itu, menarik hati saya, sehingga terasa sebak semasa membacanya. amin

      Like

  20. Masyaallah tuan guru,,,sbnrnya seronoknya hati ini berlayar bersma ilmu mkrifat tok kenali ni tidak terkata,, tujuh anggota ini sentiasa mnanti nukilan tuan guru,,mata mnanti untuk mlihat tulisan,tlinga menanti utk mndgr mutiara hikmah,mulut mnnti untuk mngulangi kata2 yg indah,hidung mnnti utk sentiasa mghidu khadiran ilmu mkrifat rindu katanya, tangan mennt utk mnulis klimat2 agung,

    Like

    1. Perut mnanti untuk utk dpenuhi dgn ilmu2nya,,kaki mnnti utk sentiasa berjalan dlandasan sirotol mustaqim,,aku kami kita semua sentiasa mnanti jiwa dan raga nukilan mu guru,,andai kau mnyepi gelap gelita dunia kami,,trusknlah perjuanganmu itu,pngorbanan mu itu kami hargai dgn laungan Allahuakhbar!!

      Like

  21. Assalammualaikum,

    tiada kata ,tiada ungkapan dapat dikata hanya memandang pada yang Esa,Dalam menyata akan DIRInya Sahaja.BaqaNYA dalam fana aku yang meyata , tiada ceraiNYA akan DIRInya Dalam tiada Terpisah Dalam cintaNYA . Cinta yang nyata terzahir bila menyata ,terbuka KalamNYa dalam berbicara , Dalam IlmuNYA hingga Karam Dalam lautan CIntaNYA .Dalam memandang AKU yang sudah Binasa hingga Hakikat DIRI terzahir sudah ,RahsiaNYA terbuka pada yang cinta pada akan DIRINYA sahaja ,Bila tercalit sedikit wangi setitik nila ,maka tidak keruan dalam menagih akan CiNTAnya yang tiada puas MerasaNYA,RIndunya tiada noktah untuk dinyata.Hanya Mengungkap Dengan tagisan rindu tiada terkata ………

    Like

    1. tersangat asyik dan karam tulisan ananda itu,sehingga segala perkataan ananda itu, penuh makna yang mendalam. mengambar hati yang karam dengan Allah. alhamdulillah jika dapat beristikomah selalu secara berpanjangan.

      Like

  22. salam tuan guru….

    secara jujur dan hematnya….walaupun pengajian makrifat saya berasal dari ayahanda dan bonda, namun mereka tidak pernah sesekali mendidik untuk menidakkan ilmu makrifat orang lain. Kerna ibu saya sehingga kini berpesan ilmu makrifat itu tetap sama pengakhirannya yakni nikmat “rasa”. Sebelum ini berpandukan kitab ilmu makrifat dari arwah bapa saya, Jadi…selain sedikit sebanyak menimba ilmu di sini…..ini adalah sebagai tanda sokongan saya kepada ilmuan tasauf, hakikat dan makrifat.

    Adanya platform yg tuan guru sediakan ini….sekurang-kurangnya…menjemput dan memartabat ilmu makrifat ini di tempat yang sepatutnya. Sungguhpun nama pengajian sahaja yang berbeza, namun saya gembira dapat bertemu tuan guru yang initipatinya berkesan, mudah difahami….dan sama seperti apa yang saya ketahui. Jadi ketahuilah olehmu tuan guru…ilmu makrifat Tok kenali ini tidak berjuang bersendirian…ramai lagi yang akan terus menyokong di belakang tuan guru pejuang-pejuang kecil seperti saya. Cuma..mungkin dibataskan melalui ruang(lokasi sabah) dan waktu sahaja…

    Tetapi jika berkesempatan…sekiranya ditakdirkan tuan guru akan ke sabah…insyallah…pasti saya akan memberikan sokongan.

    terima kasih tuan guru hj.shaari….

    Like

  23. MENGENAL DIRI MELALUI GELOMBANG RADIO DAN TV
    Semua orang memiliki set TV, Hand Set dan radio. Namun tak ramai yang dapat menjadikan alat-alat ini sebagai iktibar bagi mengenal diri yang akan membawa kepada mengenal Allah. Alatan seperti tv, handset dan radio tidak akan bernilai jika tidak dapat siaran liputan dari station dan pemancar. Liputan atau coverage siaran itu dipancarkan dari station tv dan radio melalui gelombang atau wave. Apabila gelombang itu dipancarkan melalui udara, dan tv di rumah kita menerimanya dan alatan dalam tv akan menukarkan gelombang itu kepada bentuk suara dan gambar. Di dalam gelombang itu tidak nampak pun gambar dan tidak dengar pun suara. Tetapi apabila sampai kepada entena tv dan set tv akan tukarkannya kepada bentuk suara dan gambar.
    Maka begitulah dengan kejadian kita manusia ini. Di dalam diri kita ada empat unsur ciptaan Allah yang mempunyai dua pengertian. Pada pengertian pertama keempat-empat unsur itu tidaklah sama antara satu sama lain. Namun pada pengertian kedua, keempat-empat unsur itu adalah sama pada namanya, iaitu latifah rabbaniyyah ruhaniyyah. Keempat unsur itu adalah :

    1- Roh
    2- Hati
    3- Akal
    4- Nafsu
    Hidayah Allah dipancarkan kepada roh dalam bentuk nur, lalu roh menerima hidayah itu dan ditembak kepada hati kita. Hati akan mengarahkan otak supaya mengerakkan anggota badan untuk melakukan arahan bersolat yang datang melalui nur dari Allah. Sebenarnya Allah lah yang mulakan dahulu solat dari awal hingga akhir. Nur itu dipancarkan dari sisi Allah dan Allah lah sumber nur itu. Apabila roh menerima nur itu, dia akan pancarkan kepada hati seseorang. Maka hati itulah raja kepada anggota badan. Apabila hati itu baik maka rakyatnya akan patuh kepada perintah Allah dengan bersujud, rukuk dan bersolat. Tetapi apabila hati itu dikotori dengan dosa dan noda disebabkan nafsu ammarah dan lawwamah ini menyebabkan mata hati jadi kelabu atau terus buta.
    Apabila mata hati kita buta, biarpun betapa terangnya nur yang dipancarkan oleh Allah, maka hati itu tidaklah akan dapat melihat kepada kebenaran Islam yang dipancarkan kepadanya. Dengan sebab dia akan menolak semua kebenaran yang disampaikan oleh guru makrifat. Sekalipun orang itu memiliki ijazah PhD dari Universiti Al-Azhar As-Syarif, tetapi disebabkan dia bernafsu lawwamah maka dia tak akan nampak bahawa yang benar itu adalah benar di sisi Allah. Kerana ada orang yang Allah sesatkan dengan ilmunya.
    Dalam kitab Sirrus salikeen jilid 3 edisi rumi susunan Ustaz Fahmi Zamzam pada muka surat 17 pada baris ke 13 dari atas disebut:
    “Dan martabat yang kedua ini (martabat nafsu lawwamah) iaitu permulaan jalan orang yang menjalani tariqat dan kesudahan marabat ulamak yang belum menjalani akan tareqat”
    Cuba bayangkan ulamak yang hebat sekali pun jika tidak mahu tariqat sufi kedudukan mereka adalah pada martabat nafsu lawwamah sahaja dan tak akan naik ke martabat nafsu muthmainnah. Maka sebab itu ramai ustaz diluar sana tapi sangat ego dan sombong. Saya tahu mereka tentu marah kepada saya, marah marah lah saya hanya hamba yang menyampai sahaja. Ingat! Allah hanya berjanji syurga bagi nafsu muthmainnah sahaja. Ingat tuu..
    Allah Taala boleh sahaja memberikan hati yang matanya buta itu dapat melihat kebenaran dan menerimanya. Allah Maha Berkuasa untuk buat semua itu. Tetapi sunnatullah tidak berubah sebagamana dinyatakan di dalam ayat berikut:
    •          •   
    62. Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah Yang telah lalu; dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” itu.
    Allah Mampu memberi petunjuk kepada seluruh makhluk-Nya, tetapi Allah tidak akan memberikan hidayah kecuali kepada siapa yang dia suka sahaja. Iaitu mereka-mereka yang berusaha untuk mengenali-Nya dan memperhambakan diri kepada-Nya dan menghina diri di hadapan-Nya serta tidak membesarkan dirinya. Maka mereka inilah yang Allah pilih untuk diberikan hidayah-Nya.
    Allah bekalkan akal kepada kita untuk memilih jalan yang baik dan buruk. Allah bantu pula dengan perkara-perkara yang lain demi untuk memberi peluang kepada hamba-Nya agar berjaya dalam pemilihan jalan hidup yang lurus. Umpamanya kepada nabi dan rasul a.s. Allah bekalkan mukjizat yang menjadi tanda kebenaran risalah yang mereka bawa. Kepada para wali Allah bekalkan karamah untuk membuktikan kebenaran ajaran yang mereka bawa. Seperti yang berlaku kepada Tok Kenali, pada mula dia memulakan pengajarannya kepada masyarakat Islam setelah pulang dari pengajiannya, dia tidak mendapat sambutan. Kuliahnya tidak dihadiri oleh orang ramai (samalah macam hari ini kuliah umumi tasauf berapa kerat sangat yang ikut). Maka atas sebab itu Tok Kenali membaca kitabnya di hadapan seekor kambing. Setelah tamat bacaannya itu dia sembelih kambing itu dan memanggil masyarakat datang melapah kambing itu untuk dibuat kenduri kesyukuran. Apabila dilapah kambing itu ternyata di sebelah dalam kulit kambing itu tertulis semua isi kandungan kitab yang dia baca. Maka selepas itu ramailah anak muridnya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Allah bantu lagi dengan berbagai karamah kepada wali ini demi menyatakan bahawa ilmu makrifat yang dia ajarkan adalah benar dari Allah. Walaupun pelik bunyinya umpamanya : bila kita kentut, sebenarnya yang kentut itu bukannya kita, yang kentut itu adalah Allah juga bukan kita yang kentut. Terdengar agak ganjil kenyataan ini sehingga jika tidak difahami akan menimbulkan fitnah kepada guru yang berkata seperti itu. Orang akan menyangkakan bahawa guru itu mengaku dirinya sebagai tuhan sebab dia yang kentut. Jika kita rujuk kepada Al-Quran ternyata benar ungkapan itu.
    Firman Allah di dalam Surah As-Saafaat ayat 96:
        
    96. “Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!”
    Di dalam ayat di atas Allah yang mencipta kita dan juga Dia lah yang lakukan semua perbuatan kita seperti kentut. Kentut itu kita yang buat tetapi sebenarnya perbuatan Allah juga. Cuba Allah stop kentut sehingga tak dapat kentut berhari-hari. Makan ubat demi unbat pun tak mahu juga kentut. Sehingga sakit perut dibuatnya. Macam mana jika kita yang buat kentut itu, maka cubalah kentut kalau boleh! Ini menunjukkan bahawa kentut pun kerja buat Allah juga. Sedarlah bahawa sebenarnya kita tidak ada kuasa dan kehendak sedikitpun. Adanya kita adalah waham sahaja dan adanya Allah adalah ada yang sebenar-benar. Waham ertinya fantasi atau mimpi. Kita ini hanya seperti watak dalam mimpi sahaja. Bukannya real pun atau sebenar-benarnya. Adanya kita ini adalah seperti bayang-bayang. Bayang-bayang itu nampak bergerak-gerak tetapi sebenarnya yang bergerak itu adalah objek yang darinya terhasil bayang-bayang itu. Kita adalah bayang itu.. cuba fahami baik-baik….
    Oleh sebab itu serahkan kembali kepada Allah semua pergerakan, perbuatan, sifat diri, perasaan hati dan segala-gala harta benda yang kita miliki kembali menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Jangan dijadikan hak milik Allah sebagai hak milik kita, nanti Allah murka kepada kita. Nanti menyesal di hari yang tiada guna hara dan anak pinak kecuali mereka yang datang bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera dari kerosakan dan dosa. Sudahlah dan cukuplah menuduh bahawa guru makrifat itu sesat selama ini. Buangkan lah rasa hati yang terbit dari hati hitam anda wahai ulamak fekah yang tak mahu menyertai ilmu tareqat sufi. Marilah bersama-sama meneroka ilmu makrifat Tok Kenali ini sebelum anda meninggalkan dunia ini. Saya sedar kenyataan saya ini akan tidak disenangi oleh ramai ustaz-ustaz yang setengahnya juga adalah sahabat saya sendiri. Tapi pesanan guru saya supaya tugas kita hanya menyampaikan risalah ini. Hidayah itu milik Allah Taala dan saya tidak mampu memberi hidayah kepada para pembaca sekelian.
    Oleh dengan sebab itulah masyayikh tareqat amat menitik berat kepada penyucian hati atau qalbu dari dosa dan sifat-sifat keji. Ulamak yang tidak atau belum lagi terlibat dengan tareqat sufi, biasanya memiliki sifat mazmumah seperti ujub, riyyak, sum’ah dan sebagainya. Maka mereka biasanya tidak akan memahami kiasan yang halus dan akan cepat menuduh guru makrifat itu sesat, pelik dan sebagainya. Inilah nasib malang umat Islam yang mempunyai beratus-ulamak tetapi tidak dapat membawa petunjuk yang sebenar melainkan kekaburan sehingga mencetuskan fitnah khususnya kepada guru makrifat.
    Maka terhijablah ajaran asli Islam yang dibawa oleh para ulamak akhirat yang susur galur nya sampai kepada Nabi S.A.W. Ilmu tareqat dahulu begitu terasing kepada masyarakat Islam, sehingga dituduh sesat. Memang ada juga tareqat yang menyesatkan. Tareqat itu adalah ciptaan orang yang sebenarna adalah musuh Islam iaitu kaum munafiq. Sehingga tareqat yang benar dimasukkan ke dalam kandang orang yang salah.
    Sedarlah wahai masyarakat Islam mainan kuasa besar dunia sejak kejatuhan empayer Kristian di bawah kuasa Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Di dalam peperangan salib yang berlarutan hingga ke hari ini. Saya berdoa semoga ilmu yang mulia dan suci ini dikembangkan demi kebenaran dan Al-Haq. Saya pun berasa tak akan hidup lama lagi kerana entah besok atau lusa Allah panggil saya balik. Tak sabarnya nak melangkah kakiku menerusi gerbang “al-maut” untuk bertemu semula kekasih yang dirindui.
    Semoga mendapat kefahaman dari Allah dan saya ulangi sentiasa. Saya bukan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca, kerana saya pada hakikatnya tidak ada. Yang wajib Ada hanyalah Allah Taala. Maka bagaimanakah orang yang tidak ada mampu memberi kefahaman. Saya hanya minta anda membaca sahaja dan pulangkanlah kefahaman anda kepada Allah pemilik sebenar kefahaman ini. Allah lah Yang akan memberikan kefahaman kepada anda semua.. sekian dan salam hormat dari saya Al-Faqeer ilallah Anak cucu Tok Awang ( Tok Awang adalah murid kepada anak murid Tok Kenali)

    Like

    1. Terima kasih atas coretan ilmu yang tuan sampaikan itu, amat bernilai dan beharga. Sebelum ini, ada yang menghantar tuliasan yang berjela-jela seperti tuan, tetapi tawar bila membacanya. Adapun tulisan tuan ini sungguh manis dan bermadu, sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

      Kepada peminat blog haji shaari, sy minta kepada semua, baca kembali tulisan saudara kita ini dengan baik dan berhati-hati agar ianya boleh dijadikan pegangan dan pedoman. Tulisan ini, bukan dari sembarangan orang. Saya sendiri turut kagum dan berbanga krn masih ada dua tiga kerat orang seumpama tuan, yang masih sudi berkongsi ilmu yang baik.

      Saya minta tuan teruskanlah melayari laman web kami agar kami dapat kutib ilmu tuan. amin drp hj shaari

      Like

  24. Assalamu’alaikum Ustaz ! nama saya Muhammad bin Ramli nak ucapkan alhamdulillah dan terima kasih kepada ustaz atas ilmu yang disampaikan. walaupun betapa berat memikul amanah ini sehingga ada yang tuduh sesat dan pelik kepada ilmu yang disampaikan, namun saya teruskan juga. Apabila bertemu dengan Sheikh Yusuf dari Syria dia membenarkan ilmu yang saya sampaikan. Ketika itu dia dengan beberapa orang sedang berbual tentang Allah Taala. Kata Sheikh Yusuf Allah itu ada sebenar-benar ada, sementara adanya kita adalah waham (fantasi) .lalu saya menambah katanya: ada kita adalah seumpama adanya bayang, saya tunjukkan bayang tangan saya di dinding dan berkata adanya kita adalah seumpama bayang tangan saya ini. Sheikh Yusuf berkata ” TEPAT SEKALI” maka dia membenarkan kiasan saya itu. Al-hamdulillah dengan itu semakin bersemangat untuk teruskan dakwah ini. Biarlah ada orang nak kata sesat sekali pun, asalkan Allah bersama dengan kita

    Like

  25. USTAZ JANGAN BERHENTI TERUSKAN PERJUANGAN, INSYA ALLAH NANTI KITA BERTEMU DI HADAPAN RABBUL JALIL. MASA ITU BARULAH MEREKA-MEREKA YANG TUDUH KITA SESAT AKAN MENYESAL CUMA SEMOGA ALLAH KEKALKAN KITA DALAM JALAN INI ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMDU

    Like

      1. tuan guru,
        sy mohon izin dari tuan guru utk. poskan semula komen dari salah seorang pembaca blok tuan guru yg d katakan bukan orang sembarangan..supaya dpt d kongsi bersama dgn pembaca yg lain.. mohon maaf jika sy keterlanjuran..

        Like

  26. Ilmu baik yang berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis memang menjadi pelecehan manusia. Itu dah ketetapan yang disebut dalam Quran. Sekiranya ada Musa dan Harun, maka akan adalah Firaun dan Haman. Jika ada Ibrahim maka akan adalah Namrud, dan jika ada Muhammad maka akan adalah Abu Jahal. Jadi tuan guru, sekiranya tuan guru berjuang untuk dikenali maka lebih baiklah berhenti kerana itu bukanlah sifatnya Muhammad akan tetapi sekiranya tuan guru berjuang untuk menyedarkan umat dengan mengembalikan umat kepada ajaran sebenar Rasulullah SAW serta tanpa mengharapkan imbalan daripada mana2 pihak pun maka teruskanlah sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik tempat tujuan. Apa yang tuan guru hadapi dan mana2 pendakwah hadapi tidaklah sama yang dihadapi oleh Musa dan Harun a.s, yang diburu untuk dibunuh, tidaklah sama seperti Ibrahim a.s. yang dilemparkan ke dalam api oleh ayahnya sendiri, dan tidaklah sama seperti Muhammad SAW yang dicerca, dihina, dipulau dan dilemparkan batu hingga berdarah. Alhamdulillah, pendakwah-pendakwah kita sekarang tidaklah lagi susah untuk menyebarkan syiar Islam, malah ada yang diberi elaun dan imbuhan, dan diberi blog-blog untuk menyampaikan seruan dakwah Rasulullah SAW. Kuatkan semangat tuan guru, sepertimana kuatnya semangat Muhammad Al-Fateh

    Like

  27. Ilmu makrifat tuan guru hj shaari begitu tinggi dan mendalam.Guru begitu sungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmunya.Kupasannya begitu terperinci,terang dan jelas.Jarang-jarang didapati di zaman moden serba begini.Saya yakin masih ramai lagi di sana tertunggu-tunggu dan mahu meneruskan pengajian ini.Teruskan lah berkarya wahai Guru,sesungguhnya Allah lagi Mengetahui Segala-galanya dan Allah sentiasa merahmati dan meredhai tuan guru haji shaari.

    Like

  28. Saya rasa cukuplah dulu setakat ini tn hj berkarya kerana byk ilmu yg disampaikan tidaklah bertaraf makrifat sangat melainkan hanya sekadar menganjurkan perkataan kita ini sudah mati..suatu fantasi yg amat sukar utk direalisasikan.Amalan2 tarikat dan makrifat tdk pernah tn hj anjurkan sedangkan benda inilah yg akan menghubungkan kerohanian kita dgn Allah.Guru yg sebenar guru akan mentauliahkan anak muridnya apabila khatam pengajian Makrifatnya dgn meninggalkan amalan pembukaan rohani utk menjadi teman muridnya.Saya percaya tn hj ada menerima pusaka ilmu ini dari arwah ayahnda tn hj.Saya juga percaya amanah memegang dan menyebarkan ilmu juga diberikan supaya jaminannya ( integriti) terjaga.
    Kalau memasak nasi biarlah sampai berasnya jadi lembut dan masak.Kalau masak saperti biji limau,ertinya bukan lg masak namanya.Akibatnya org yg memakannya akan sakit perut.Jadi jgnlah mengajak orang yg lapar memakan nasi yg separuh masak…itulah sebab saya berani memberi pandangan ikhlas supaya ilmu makrifat ini terpelihara.Biarlah guru yg mursyid membuka rahsia makrifat ini krn beliau mempunyai autoriti yg besar dlm hal ini.
    Kita kena berdepan dgn hakikat bahawa ilmu hakikat ini adalah pakaian wali2 dan orang2 mukmin yg kalau dicari mungkin ada disekitar kita.Salahkah kita kalau mengambil orang2 ini utk dijadikan guru secara formal dan bukan berkomunikasi secara siber.demi untuk menjaga ketertiban pengajian ilmu hakikat dan makrifat,Kalau nak hulurkan tali pun biarlah talinya itu betul2 kuat,dan utuh.Rahsia Ilmu makrifat ini bukan sebarangan dan bukan blh dijaja merata demi utk mencari populariri.Minta maaf byk2 tn hj kerana byk mengganggu dgn kririkan2 yg mungkin pedas atau kurang senang.Allah jua yg Maha Mengetahui,,,Wassalam

    Like

  29. salam tuan guru hj Saari,

    Saya rasa sekarang ni telah ramai orang yg telah membaca syarahan2 tuan melalui blog ataupun buku2 yg tuan hj
    karangkan, .Alhamdulillah dari hari ke sehari nmpaknya saya telah tetarik dgn ilmu makrifat Tok kenali…Saya berharap tuan teruskan berkarya demi mengangkat dan mermertabatkan ilmu makrifat yang sekarang ini mulai mendapat tempat di negara kita.

    ak ramai guru yg berani membuka ilmu makrifat di khalayak ramai sebagaimana yg tuan guru buat

    Akhirnya saya berharaf tuan guru terus berkarya supaya insaalah satu hari nanti lahirlah masyarakat islam yg hidup
    sebagaimana yg dikehendaki Allah dan Rasul saw.

    Like

  30. assalamualaikum tuan guru….

    ilmu makrifat tok kenali ini begitu bermanfaat bagi saya…saya belajar makrifat dari guru saya di suarabaya sejak masih sekolah SMK…..
    saya juga sudah pesan kitabnya melalui ibu saya yang kerja di malaysia..meskipun masih belum sampai ke indo karena keterbatasan biaya…terima kasih untuk tuan guru hj.shaari yang selalu terus berkarya meski saya belum bertemu dengan tuan guru….maaf jika ada salah kata harap maklum adanya….

    salam….cinta kasih selalu……

    Like

  31. Salam alaikum……alhamdulillah..bagus sekali,bermanfaat sekali buat saya,semoga amal penulis dibalas Allah dengan kebaikan dan nikmat berkali lipat………..aamiin…..usulan saya buat kedepan , agar semua kandungan buku hendaklah dimuat secara terang dan jelas dan percuma / gratis di blog,terima kasih n wassalam…..mm

    Like

    1. Ilmu Allah tidak ada terjual dan terbeli dgn wang ringgit. Tetapi jika barang yang diberi secara percuma, ianya tidak dihargai orang. Org sekarang tidak boleh diberi percuma, jika diberi percuma segala kitab-kitab Allah, kebanyakkannya akan tersimpan diatas almari untuk dijadikan perhiasan bukannya untuk dikaji atau dibaca. Untuk itulah dimahalkan nilai harga kitab ini supaya orang tahu untuk menilai betapa beharganya ilmu makrifat itu, lalu akan mendapat penghargaan untuk dibaca!.

      Like

  32. Seronok baca dan menghayati ilmu yang tuan haji titipkan melalui kedua-dua buku tu. Begitu juga ilmu yang tuan tuliskan dalam blog ini. Nak tanya tuan haji sikitlah. Seorang Arifbillah dari Singapura bernama Hj. Hussin dalam blog Gnosticman. org yang mana di dalam tu banyak youtube ceramah dan syarah makrifatullahnya ada menyatakan bila Allah berkata KUN kepada diriNya sendiri maka sekelumit dari zat Allah itu telah menjadi luhmahfuz yang di dalamnya terkarang lengkap segala penzahiran zatnya apa yang sudah, sedang dan akan datang tanpa berubah setitik pun. Maksudnya teori bigbang sains itu adalah KUN Allah. Bila Allah sudah KUN kepada dirinya maka terzahirlah God partikel iaitu seluruh ciptaan di 7 petala langit dan bumi ini . Adakah pandangan itu benar.

    Like

    1. Jika saya jawab, nanti dituduh saya menfitnah orang atau memperkecil-kecilkan ilmu orang sebagaimana tuduhan yang dibuat oleh sahabat kita baru-baru ini. Jika saya tidak jawab nanti kebimbangan tuan-tuan terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang kurafat dan yang tidak langsung Islamik.

      Serba salah saya jadinya. Untuk itu, tuan talipon saja saya melal;ui tallian 019 4444 713, akan saya jawab secara persenal. Maaf, dari sepintas lalu kelihatan seperti ada yang tak kena, ………………………………….

      Like

  33. alhamdullilah… ilmu yang di cari selama ini… syukur kepada Allah.. di perkenalkan oleh teman mengenai blog makrifat tok kenali ini…

    Like

  34. Salam Tuan Haji,

    Jnglah ade anggapan yang kami disini tidak manghayati kata2 mutiara dari tuan. Berkemungkinan kami adalah hamba2 yang tidak pandai bertanye apalagi memberi komen tentang ape2 yang masih lagi dipelari menerusi nukilan tuan.

    Sy sngat berharap tuan tidak putus memberi pelajaran tentang ilmu2 makrifat yang tidak ade bandingnye setakat ini setahu saya. Sy kagum dng karya tuan yg begitu mudah dibaca akan tetapi kadangkala agak sukar untuk difahami, sesunguhnye seperti kata2 tuan, hanya Allah saja yang memberi faham.

    Akan tetapi, bilamana tuan berkarya berterusan, semakin banyak ilmu dan kefahaman yang dapat sy pelajari. Jadi sy sangat2 berharap tuan tidak putus memberi ilmu yang ade didada tuan menerusi laman ini.

    Semoga tuan dirahmati Allah selalu,

    Amin

    Like

  35. Salam tuan haji,
    Saya adalah pelajar baru dlm ilmu makrifat ni, alhamdulillah dipertemukan Allah dgn website ni. Saya dah pun dapatkan kitab2 tu dan baru habis sekali baca. Saya amat berharap tuan haji teruskan berkarya kerana kami masih memerlukan bimbingan dan tunjukajar dr tuan haji. Teruskan perjuangan… ramai lagi yg masih memerlukan pendedahan kepada ilmu makrifat ini. Sekian

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s