Pengiktirafan dan penghargaan kepada Wira Satria Drp Hj Shaari

Syukur saya kepada Allah Taala, kerana telah mengembalikan mutiara saya yang telah hilang. Dulu saya ada seorang anak murid berpangkat Doktor, bagi saya beliau adalah seumpama mutiara yang teramat bersinar (yang sukar ditukar ganti) . Mutiara yang disangka akan bersinar sampai kepetang pada mulanya itu, kini telah kembali kepangkuan ilmu feqah dan telah menjauhi saya dengan begitu jauh.

Namun kini, Allah telah mengurniakan saya sebutir mutiara yang baru, yang lebih cemerlang lagi gemilang!. Benarlah sebagaimana pepatah melayu yang mengatakan bahawa, setiap yang patah itu, pasti akan tumbuh dan setiap yang hilang itupun juga, pasti akan tetap berganti. Pengantinya kini adalah terlebih bersinar, terlebih terang dan terlebih bermutu tinggi  berbanding mutiara yang sudah hilang.

Terima kasih ananda Wira Satria, Ananda bukan sahaja ahli makrifat yang putus, malahan lebih bernilai dan lebih berharga berbanding mutiara dulu!, dengan daya penulisannya yang sangat bernilai dan bermutu tinggi.

Ramai orang dan ramai ulamak yang pandai dan yang mengerti makrifat, tetapi tidak ramai yang  pandai dan tidak ramai yang bijak dalam berpidato. Ada setengahnya tersangat pandai dan terlebih pandai berpidato, sayangnya tidak ramai yang tahu kedua-duanya!.

Untuk mencari kedua-duanya sekali, adalah teramat sukar.Namun ananda Wira Satria telah memiliki kedua-duanya sekali, syabas saya ucapkan. Pidato ananda telah mengatasi pidato saya. Saya selaku seorang guru besar sekolah, namun ananda telah berjaya mencapai kepada tahap seorang menteri besar, yang pangkatnya melebihi pangkat saya. Syabas ananda. Atas didikan seorang guru besar, ananda telah berjaya sampai kepada tahap menteri besar. Sedikit yang saya ajar, banyak yang ananda faham.Teruskan perjuangan anannda itu, ayahnda selalu mendukung dan mendoakan ananda dari belakang.

Dikesempatan hari baik dan bulan baik ini, saya ingin menyeru kepada semua, agar marilah kita sama-sama kembali kepangkuan Allah Taala. Amin

Advertisements

26 Replies to “Pengiktirafan dan penghargaan kepada Wira Satria Drp Hj Shaari”

  1. Allah tak pernah hilang / Allah tak pernah ada / Tapi ………………. Allah telah sedia dalam ilmunya / harapan dan impian suatu yang sabjektif / rasa terasa indah dalam kenikmatan ………

    Like

  2. Semuga yg menerima pengiktirafan itu akan terus membakar diri demi mengesakanNya serta memberi kami sedikit cetusan ilmu buat mati selama lamanya. Amin.

    Like

  3. Salam tuan Haji Sesungguhnya Kehendak allah jua , kita ini tidak mampu satu pergi ada pengantinya . apa daya Kita Berserah sahaja dan mengikut apa rencana dan kudrat allah akhirnya . Kita serah segala- galanya kepada allah,allah,allah .

    Like

  4. Salam…

    Alhamdulillah sempat juga kami menelaah sedikit untaian siri makrifat dari Tuan blog yang hijaou sokmo ni… kami tak komen banyak lah cuma ada beberapa kengkawan suruh gatal tangan mengomen hahaha….

    Banyak cara bermakrifat, bukan satu kaedah sahaja. Ada orang yang masa tidur dalam bermimpi sahaja sudah makrifat contohnya Nabi Yusuf AS, Ada yang melihat alam terbentang bulan, matahari, bintang-bintang lalu makrifat atas Kewujudan Penciptanya…contohnya Nabi Ibrahim AS.

    Nak makrifat itu sangat mudah semudah 1,2 dan 3…hanya beberapa saat sudah bolih makrifat,…Tetapi yang payahnya untuk memperolihi RAHMAT dari Allah SWT,…dengan rahmat yang datang bersama hidayah itulah baru memperolihi pengertian keatas makna makrifah tadi … Auliya Allah ada “mengatakan aku beribadah selama hidupku, berzikir, qiamulalil, tahajut tidak tinggal … namun begitu semuanya itu tidak berguna di sisi Tuhanku,…. semuanya sebagai ritual hidup sahaja…yang meMakrifahkan serta menyelamatkan aku bukan ibadah dan amalan tetapi dengan Rahmat-Nya semata-mata…”

    Jadi rahmat itulah yang susah sedikit nak dapat. Walau Tuhan sehampir urat leher ( Surah Qaaf ;16) tanpa rahmat Allah SWT tetap juga dia tidak akan makrifat/mengenal. Jadi kita sekadar menyampaikan sahajalah yang lain kita serahkan kepada Nya jua. Kami tiada apa masalah dengan tulisan Tuan blog mengenai makrifat Tok Kenali ini…. maveles, bagussss!!!….cuma beberapa hal yang masih terkait dengan pekat fahamam mujassimah, materialisme dan kebendaan.

    “penadol itu pun Allah“. apa tu???

    Fahaman mujassimah ini sangat merbahayakan kerana terkait dengan aliran sistem Dajjal di akhir zaman ini. Tuhan adalah Khaliq… iaitu Allah adalah Pencipta…Noktah !!!… Suka atau tidak manusia wajib menerimanya. Tuhan tidak akan sekali-sekali menjadi panadol. Atau serupa dengan mahkluk. Hari ini ilmuan Islam sudah mengemaskinikan semula kefahaman yang asalnya sangat mengelirukan. Ianya telah berzaman lamanya bercampur aduk denga fahaman filsafat. Mujassimah adalah bayang-bayang, illusi, fatamorgana… jemput masuk ke link sini:-

    http://id.harunyahya.com/id/Film/2187/RAHASIA-DI-BALIK-MATERI

    http://id.harunyahya.com/

    Segala-galanya hanya gambaran yang bermain di dalam otak kita dan gambaran ini di pertontonkan olih ROH. Siapa yang membuat siaran/gambaran? Sudah tentu Allah… bohong kalau ada orang kata “tidak ada Allah melainkan Allah Allah Allah…” sebab ucapan ini menggambarkan pencipta sama sepertinya mahkluk. Nah! hari ini ilmu sudah sampai pada hakikatnya…. Makrifat yang sempurna bukan mematikan diri tetapi menafikan seluruh wujud mahkluk termasuk diri berdaging serta ROH yang masih ada sifat, anggota, warna, rupa, rasa, pancaindera dan wajah…sedangkan wujud Allah SWT ….Laisyaikamislihi syaiun… tidak ada suatu pun yang setara/menyerupaiNya (Surah Syura; 11)… baru kita lepas syirik seluruhnya termasuk syirik keatas badan halus kita… haiii.. takkan kita lupa dialam roh dahulu pun kita sudah ber-Alastu…

    Allah SWT bukan mahkluk tetapi Allah SWT yang Maha Esa meliputi segala-segalanya termasuk panadol tadi ya…maka goncanglah habis-habisan fahaman mujassimah ini jika Tuan ingin menyempurnakan makrifat yang benar dan melepaskan umat dari cengkaman iblis/setan/dajjal…. serta memerdekakan hidup mereka yang seperti robot dizaman siber ini…. wallahualam…

    tambah sedikit lagiii….bicara pasal Tok Kenali ini kami juga ada sedikit maklumat berkenaan ilmu hakikat insan, Maaf kalau tersilap…setau kami kitab ini memang dari Tok Kenali, katanya ada ramai anak murid yang lain juga mengambil sumber dari tulisan ini. Murid ini bertebaran seluruh negara, ada ilmu hakikat insan yang menjadikan alat kemaluan manusia sebagai perumpamaan dalam bermakrifah kepada Allah SWT.

    Macam tu kah nak kenal Allah cara Tok Kenali? Para Rasul dan Para Nabi, Allah memperkenalkan kewujudannya dengan mengajar zakar dan faraj kepada mereka kah? Menggunakan ZAKAR DAN FARAJ sebagai satu volume mengenali Allah sahih akan terjadi kalau mahkluk pun di setarakan dengan Allah SWT. Ada yang menafikan itu ilmu Tok Kenali anehnya mereka anak murid yang belajar dari beliau juga.. Apabila di buat kajian didapati fahaman iktikad dari kemaluan ini adalah dari fahaman hindu tantra dan ajaran penyembah phallus paganisme…simbol ini ternampak jelas dalam simbol lingga dan yoni dalam tradisi hindu… bolih google sendiri dan ada beberapa link di bawah kami sertakann…sekadar bertanya… wallahualam..

    https://www.google.com/search?q=lingga+yoni&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=rcs&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=-U4HUt3_GsW5rgeHv4G4AQ&ved=0CCkQsAQ&biw=1920&bih=987

    http://bedhesbiroe.blogspot.com/2009/07/paganism.html

    https://www.google.com/search?q=phallus+symbol&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=rcs&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=JlIHUuPcFMvNrQfwvoD4Aw&ved=0CAcQ_AUoAQ&biw=1920&bih=987

    akhirnya…pokok KESEMPURNAAN agama kita ada tiga..Islam, Iman dan Ihsan.. Penyempurnaan rukun Islam dari didikkan syariat/fiqih, rukun Iman dari didikkan Tauhid dan Usuluddin sementara rukun Ihsan dari didikkan Tasawuf…Banyak cara bermakrifat, bukan satu kaedah sahaja.

    Ahli fiqih mampu bermakrifat dengan dallil naqli (al Quran/sunnah). Ahli Tauhid mampu bermakrifat dengan kajian, buat analisa dan mantiq. Ahli Tasawuf mampu bermakrifat dengan pembersihan hati serta mukasyafah. Benarnya mereka dapat diukur apabila berjaya kembali kepada Allah SWT diatas segala rahmat dan hidayahNya jua…Sesungguhnya ada banyak lagi jalan yang …masyallah.. hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya…. sesungguhnya kita harus meraikan pandangan dan pendapat saudara kita yang lain bukan dengan jalan memperlecehkan baik mereka ahli fiqih, tasawuf atau tauhidin…

    wallahualam …
    sekadar memberi komen dari kami yang daif dan tahap kayu reput jer…Sejahtera keatas kalian… 🙂

    TQ

    Like

  5. Salam Wira Satria,
    Saya berasa amat sukacita kerana adinda Wira telah diiktirafkan oleh seorang Guru Besar bertaraf Wali. Saya juga amat bangga kerana telah dapat berkenalan dengan Adinda, semalam di majlis kenduri di Pasir Mas. Saya berharap dapat menghadiri kuliah Adinda nanti, Insya Allah. Amin.

    Like

  6. Salam Wira Satria, saya difahamkan Wira satria seorg wanita. Saya juga sama seorg wanita yg dahagakan ilmu ini. Saya berharap dpt berkenalan dan bertukar pendapat dgn saudari dlm hal ini.

    Like

  7. Maha Suci Tuhan yang memuliakan segala sesuatu. Tiada daya upaya untuk kita memuji atau mengambil faedah atas segala puji melainkan dari Tuhan, kepada Tuhan dan untuk Tuhan jua..

    Like

    1. Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…,
      Sungguh benar apa yang dikatakan Ayahnda Tuan Guru…, bahwa telah kembalinya mutiara yang hilang itu sungguh teramat berarti bagi Beliau… Dan semoga diri ini dan sahabat – sahabat yang lain diluar sana dapat belajar dengan sungguh – sungguh ilmu mengenal diri dan mengenal Allah… Melalui Tahblik seorang Guru Makrifat yang sebenarnya….
      Janganlah kita terhenti memandang Kepada Mahluk dalam hal ini Ayahnda Tuan Guru karena berGembira menemukan Mutiara yang telah lamapun hilang… Tapi Siapa… disebalik Ayahnda Tuan Guru yang terlebih Bergembira… Karena Mahluk ciptaannyapun telah kembali dengan Mengenal-Nya… Dan sungguh karena itulah kita diciptakan didunia yang fana ini…

      Like

      1. Semoga ini menjadikan semangat yang berkobar bagi Ayahnda Tuan Guru untuk terus…, terus… Dan teruuusssss berjuang demi Menyampaikan Kebenaran yang hakiki Dan kebenaran yang Mutlak…!!!

        Like

    2. Saya memang mencari-cari dan menunggu-nunggu kehadiran seorang pengarang dan penulis yang hebat.Ternyata penantian itu, ada pada tuan. Saya puji tuan adalah diatas dasar tulisan tuan yg baik. semoga bertambah semangat utk terus mengarang.

      Guru makrifat memang ramai telah saya temui dan tidak kurang hebatnya berbanding saya!. Namun sebagai pengarang, saya hanya baru bertemu seramai dua orang termasuk tuan.

      Like

      1. Maha Suci Tuhan yang Maha Mengetahui,

        Kebetulan nama yang digunakan hamba di ruangan ini juga Wira Satria. Maka, hamba juga terasa terpanggil untuk menjawap persoalan dari yu-ka-yu seperti yang ayahanda maksudkan. Namun, hamba tidak berjumpa akan soalannya. Boleh ayahanda emailkan soalan penuhnya?

        Like

  8. asalamu’alaikum,

    diharap dapat dipaparkan rujukan saudara WiraSatria, saperti No: talipon dan tempat/Negeri agar senang dijadikan tempat rujuk kiranya ada yang berdekatan

    Like

  9. Sukur aku dapat membaca tentang yang tertulis
    Sayangnya aku tidak dapat menulis tentang di ceritakan…kerana tentang ilmu harus melihat…mendengar…berbicara…dengan yang hendak mendengarnya…..yang pasti guru itu musyik(tidak terlihat)
    Sabda rasullullah kepada aisah carilah quran yang bergerak…
    Tentang 4 pekara itu dzat,sifat,asmak,afaal..
    Kalau benar-benar faham tidak akan menceritakan dengan tulisan…berjumpa ada lah jawapannya…
    Masin nya bukan garam?
    Manis nya bukan gula?
    Tawar nya bukan yang ada?
    Aku pernah di jemput tetapi aku tolak kerana ini yang akan berlaku…
    Ilmu itu rahsia…ilmu itu tidak nyata…kerana ilmu itu bukan untuk berdebat…ienya untuk mengamal kan nya(baru lah nyata)…yang penting usulnya fikahnya tasaufnya melandaskan quran dan hadis dan masih didalam sunah…
    Maaf bukannya aku ini pandai dan bukannya aku ini guru(jauh sekali)sama yang tulis dan yang menulis cuma memberi pendapat sahaja.sekiranya salah lupakan dan maafkan dan sekiranya betul carilah yang mencari didalam dirimu yang berkata betul itu kerana itu lah guru didalam diri mu…carilah diri yang tidak punya apa apa…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s