Tuduhan sesat oleh al-kelangi

maaf ulangan

Assalamualaikum, kepada tuan penulis kitab PUSAKA ILMU TOK KENALI berjudul makrifatullah) alhamdulillah buku ini telah membuka minda masyarakat untuk mengenal ALLAH melalui kaedah yang mudah di fahami, mudah-mudahan ALLAH akan memberi kefahaman kepada kita

Walaubagaimana ada beberapa kesilapan yang boleh membawa kesesatan dan tergelincir aqidah ahlis suluk yang biasa dialami oleh beberapa masyarakat melayu atau para murid kita . Penulis PUSAKA TOK KENALI MENYEBUTpada halaman 147

” Walaupun ALLAH tidak dapat di letak di hadapan kain sejadah semasa sembahyang, sebagaimana patung agama-agama lain, sesunguuhnya Allah itu tetap ada dan tetap nyata DI MANA -MANA. ALLAH ada di hadapan, di kiri, di kanan, di atas, di bawah di tepi, di tengah, dan ada di mana-mana. Barng ke mana kita alihkan muka kita, di situlah wajah ALLAH, kerana ALLAH itu meliputi sekelian yang ada”

Ungkapan ini bukan ungkapan ahli sufi tetapi ungkapan orang yang sesat. Menurut Jumhur ulama ahlis sunah dan para ulama sufi menyatakan Allah itu tidak bertempat. Perkataan ” ALLAH BERADA DI MANA-MANA” menunjukkan ALLAH itu bertempat padahal ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT الله وجود بغير مكان atau menafikan jihah ( tempat)

Kata Maulana Hamzah Fansuri dalam kitabnya Syarabul ‘asyqin شراب العاشقين yang telah saya tahqiq dan tanslit pada manukrip di Bab Yang Ke 4 Pada Menerangkan Mengenali ALLAH berbunyi halamn 24:

Sekelian Ahli Suluk dan Hukamak dan Ahli Kalam Muwafiq (sepakat) tetapi terlebih ( lagi) ahli suluk mengatakan bahawa
Dia (Allah) tiada berhingga dan
tiada berkesudahan dan
tiada di atas akan Dia dan
tiada di bawah akan Dia dan
tiada kanan akan Dia dan
tiada kiri akan Dia dan
tiada hadapan akan Dia dan
tiada belakang akan Dia.

Yakni ( DIA) suatu wujud yang TIDAK BERENAM jihat [atas, bawah,depan,kiri, kanan dan belakang] seperti laut yang tiada berhingga dan tiada kesudahan

wallahu ‘alam

daripada
al-ghazali

Select comment makrifattokkenali
makrifattokkenali.wordpress.com
makrifattokkenali@gmail.com
180.74.36.29
Submitted on 2013/08/16 at 10:17 am | In reply to al kelangi.

 

Memang saya adalah penulis yang tersangat sesat (sesat yang diperinggkat tinggi) sebagaimana yang tuan nyatakan!. Memang saya akui tulisan tuan itulah yang sebenar-benar BENAR.Oleh itu saya minta izin untuk berguru dengan tuan. Wahai Tuan guruku, ajarkanlah kepada kami erti, makna, terjemahan serta tafsiran tentang Firman Allah didalam Al-Quraan yang berbunyi “faainama tuwallu, fasamma wajuhullh” (barang kemana kamu hadapkan muka mu, disitulah wajah Aku).Bertempat dan sesatkah kita, bilamana mempercayaai ayat itu?.

Selagi tuan terlihat adanya diri, selagi itulah Allah itu bertempat!. Tidak bertempatnya Allah itu, setelah diri terkaram, terbinasa dan terbakar dalam wajahnya. Selagi terlafas perkataan “tiada” sebagaimana kenyataan tuan, selagi itulah Allah itu masih bertempat. Setahu saya setelah diri kita tidak ada, barulah Allah itu, benar-benar tidak bertempat. Selagi tuan melafaz perkataan “tiada”, selagi itulah tuan telah menempatkan Allah!.

Terima kasih tuan guru, kerana menegur saya. Janganlah tuan baca kitab saya yang sesat itu!.amin drp hj shaari.Saya minta seluruh pembaca blog saya, supaya mari kita beramai-ramai memuhun maaf kepada tuan guru al-kelangi.

Memang benarlah tuduhan al-kelangi, kitab Tok Kenali dan penulisnya SESAT!. Terima kasih tuan guru al-kelangi. Drp hj shaari

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s