Terima Kasih Drp Hj Shaari

Rata-rata saya dapati, kefahaman para pembaca blog sekarang ini amat tinggi. Tingginya diluar jangkaan saya. Dari tulisan-tulisan dan karangan-karangan tuan-tuan, saya dapati kenyataan serta jawapan yang tuan-tuan bagi itu, teramat matang, tinggi dan padat. Yang mengambarkan fahamnya truan-tuan sekarang terhadap ilmu amkrifat!.

 

Saya amat berbangga apabila membaca setiap tulisan tuan-tuan. Rata-rata saya dapati amat hebat. Syabas dan terima kasih kepada tuan-tuan. Dihari muka, saya harap, jawapan tuan-tuan akan lagi berbisa. Jangan berselindung-selindung  dan jangan lagi rasa takut-takut untuk bersuara. Adapun saya tidak boleh berbuat begitu, kerana menjaga fatonah, Hanya saya minta dibahu tuan-tuanlah saya tumpang berselindung fatonah itu bagi merialisasi atau menterjemahkan maksud hati saya!.

 

Tuan-tuan tak payah berlapik dalam menyatakan kalam Allah. Jika saya duduk ditempat tuan, saya akan bercakap dengan kata yang tiada lapik, biar dunia luar tahu apa itu makrifat!. Kata saya kata berlapik, bagi menjaga fatonah, kerana semua orang kenal saya, jika saya tidak dikenali, akan saya siat-siatkan kulit syariaat, bagi memperlihatkan isi makrifat.

 

Apa kita nak takut, jika ilmu kita benar!……………………………amin dan banyak-banyak terima kasih drp hj shaari

Advertisements

15 Replies to “Terima Kasih Drp Hj Shaari”

  1. Assalammualaikum Tuan Haji….
    Sebenarnya saya tidak sampai hati nak biarkan orang mengatakan tuan haji sesat. Maafkan saya tuan haji. Terus terang saya katakan hasil coretan tuan haji banyak membantu saya dalam ILMU MAKRIFAT ini. Cuma saya sedih dengan orang sekarang ini. Lebih suka buat tuduhan dari membuat kajian serta berfikir sedalam dalamnya. Tidak terlambat lagi, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada tuan haji dan para pembaca sekelian. Harap tuan haji tidak kering idea untuk mencoret lagi. Wallahualam. Amin

    Like

  2. Salam sejahtera buat hj. Shaari dan juga kawan smua yg selalu menerangi dunia yg gelap dgn ilmu allah. Sekarang, kemarin, dan yg akan datang yg ada tetap allah. Allah sedia nyata, apakah kita takut dgn bayang? Tentu tidak.Dunia ibarat tempat pertunjukan,tokoh, cerita, dan peran smua dlm ketetapan ilmu allah. Smua hrs dihadapi baik buruknya. Maaf kalau ada silap kata smua datang dr allah

    Like

  3. Assalamualaikum Haji Shaari.Terkadang saya dapati ulasan dpd pembaca yg menuduh kesesatan ilmu Tok Kenali kerana tak memahami tangga-tangga menuju kesempurnaan makrifaat. Kerana seperti kata Almarhum Tok Ayah Su Al Fathani rmt (Anak murid Pok Dael Al Fathani rmt Syeikh Ku Jalil Mekah rmt, Syeikh Karim Al Banjari rmt). Tangga ilmu makrifat itu 7.Makrifat Iktikadi : didapati dgn sifat 20. 2) Ilmu yakin zauqi didapati dgn muraqabah Afal. 3) Ainul yakin zauqi didapati dgn musyahadahAsma’ 4) Haqqul Yakin zauqi didapati dgn Syuhud akan Sifat, 5) Fana, 6) Fana ul fana 7) Baqa dgn Allah.Jadi komen al klangi itu benar kalu di tangga 1.Cerita panadol itu benar kalau kita di tangga 5 fana.Kalu seseorang itu masih di tangga 1, mana dia akan faham cerita panadol itu.Wassalam tuan haji..demikianlah serba sedikit bekalan ilmu dpd Almarhum Baba utk saya yg fakir ini.

    Like

  4. Salam Tuan Guru, dan Tuan Puan saya dah buat group dalam FB, sila join aje…. ni group nya: MAKRIFATTOKKENALI (HAJI SHAARI TOK GURUnya)
    Sila Search dan Join aje , open group

    Like

  5. apa nak ditakutkan………diorang makan nasi….saya pun makan nasi……..yang saya takut akan lalai Allah tidak bersama……..kalau diorang gatal tangan…gatal otak/fikiran……..menuduh tanpa usul…..dipersilakan…….saya juga kekadangnya gatal juga otak nak menjawab………

    Like

  6. Assalamu’alaikum Tuan Guru Hj Shaari! Nama saya Muhammad bin Ramli bin Awang bin Ishak bin Jalaluddin dari Nyior Sebatang ,Seberang Perai. Datuk saya Tok Awang adalah anak murid kepada anak murid Tok Kenali yang datang ke Seberang Perai menyebarkan ilmu makrifat Tok Kenali ( saya tidak tahu nama murid Tok Kenali) Anak murid Tok Kenali itu telah menyerahkan kepada datuk saya untuk menyambung tugasnya, mulanya datuk saya enggan terima tugas itu. selepas gurunya pulang ke Kelantan, datuk say jalani kehidupan seperti orang biasa. namun segala apa yang dia lakukan tak pernah mendapat hasil. Kerjakan sawah padi,tapi tak ada hasi;l. Memelihra kerbau, kerbau pun mati sebab dia tampar belakang kerbau. Akhirnya dia ambil kembali tugas yang gurunya amanahkannya iaitu menyampaikan ilmu makrifat tok kenali. Kemudian setelah datuk saya mati, bapa saya pula yang sambung hinggalah hari ini, saya sambung pula. Alhamdulillah Allah Taala Yang Maha Kaya menemukan saya dengan Ustaz Tuan Guru Hj Shaari. dengan kiasan-kiasan yang saya pelajari melalui ustaz dan saya cantumkan kiasan yang saya belajar dari almarhum kekanda saya dahulu. kini jelas dan terang secerah bulan purnama ilmu ini. Saya kita terasa jika Allah panggil saya balik kembali ke pangkuan-Nya, saya sudah bersedia. bukan saya sudah bersedia kerana bagaimana saya nak bersedia sedangkan saya tidak wujud. ALLAH YANG MENYEDIAKAN SAYA UNTUK KEMBALI KE PANGKUAN-NYA bukan saya yang buat persediaan. hakikatnya ALLAH Yang Buat semuanya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s