Terima Kasih Johor

Kerana Johor suatu ketika dulu kitab Tok Kenali ini mendapat tentangan (dituduh sesat), kerana johor juga kitab Tok Kenali ini menjadi terkenal dan kerana Johor juga hati saya merasa bangga dan terharu. Biarpun saya bukan berjawatan menteri atau bukan berjawatan wakil rakyat, saya merasa sungguh bangga dan terharu dengan sambutan yang hebat dan sungguh luar biasa ramainya dari orang Johor, semata-mata untuk bertemu mata denngan saya.  Bagi saya, selagu cikgu kecil, kehadiran yang sebegitu ramai , hanya sekadar untuk merai kehadiran saya walaupun hanya sekadar untuk menemani saya minum kopi pada malam pertama, amat luar biasa.  Jika sekadar minum kopi, sudah menunjukan kehadiran yang begitu ramai, apa lagi kiranya mendengar ceramah saya.

 

Lagi terharu setelah masuk malam kedua, bilamana saya mengadakan ceramah di surau kota masai yang suraunya sebesar masjid.  Lebih membanggakan lagi bilamana melihat kehadiran yang sebegitu ramai. Saya tidak sanggka yang penduduk disitu sudah lama menunggu-nunggu kehadiran saya, sehingga ada salah seorang darinya yang sanggup membatalkan penerbangannya keJakarta, semata-mata untuk menemui saya. Sambutan yang begitu ramai yang luar biasa itu, saya ucapkan terima kasih.

 

Sanjungan ini, sebenarnya bukan untuk saya, tetapi semata-mata untuk ilmu Tok Kenali. Saya sedar, mereka bukan tunggu batang tubuh saya, tetapi mereka tunggu ilmu Makrifat Tok Kenali.

 

Terima kasih Johor, kerana mulah bermula dan berkembangnya ilmu makrifat Tok Kenali. amin drp hj shaari

 

Terima kasih Johor, dengan sambutan yang hebat dan dengan kehadiran yang sebegitu ramai……………………………………………..

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s