Belajarlah Makrifat Sehingga Sampai Kpd Tidak Terlihat Keberadaan Diri

Belajar ilmu makrifat itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak terlihat keberadaan diri. Bila diri kita telah binasa (diri telah tidak ada) disitulah baru kita tahu dengan penuh yakin bahawa yanng ada itu, adalah hanya Allah!.

Bila sampai kepada tahap makrifat, istilah fana, istilah baqa, istilah mati sebelum mati dan istilah menafikan sekalian yang wujud itupun sudah tidak ada dan sudah tidak lagi terpakai. Bahasa mati sebelum mati, bahasa binasa diri, bahasa serah diri dan bahasa menafikan sekalian yang wujud itu semua, adalah istilah bahasa. Bilamana sudah sampai kepada tahap makam  makrifat, bahasa istilah itu,  dengan sendirinya terbatal. Bahasa-bahasa yang kita gunakan selama ini , adalah hanya semata-mata istilah dan semata-mata bagi mempermudahkan faham.

Tidak salah bahasa yu- ka-yu reput, tidak salah pendapat al-Kelangi dan tidak benar bahasa mati sebelum mati yang selama ini saya perkatakan. kedua-duanya tidak betul. Yang betulnya adalah sudah tidak ada mati sebelum mati dan tidak ada serah menyerah atau tidak ada untuk kita menafikan sekalian yang wujud. Jika kita benar-benar sampai kepada tahap makam makrifat, mana ada lagi istilah mati sebelum mati dan mana ada lagi istilah nafi menafi. Mati sebelum mati atau nafi sekalian yang hidup itu, adalah pelajaran orang yang belum makrifat!. Sesudah makrifat, semua itu tidak ada (terbatal).!.

Selama ini sengaja saya sembunyikan perkara ini. Demi mendirik dan mengajar cara-cara makrifat. Setelah sampai makrifat, bahasa istilah itu hendaklah kita tinggalkan!. Setelah kita tidak ada, apa lagi yang hendak kita serah dan setelah kita tidak ada, apa lagi yang hendak dimakrifatkan. Setelah kita tidak ada, nak makrifatpun sudah tidak boleh lagi. Jika kita masih nak bermakrifat, bererti kita masih ada dan masih wujud. Orang yang benar-benar makrifat itu, adalah orang yang sudah tidak bermakrifat………………………………………………………….

 

Ingat pesan saya. segala kata saya yang terdahulu itu, dengan sendirinya terbatal, bila kita sudah makrifat………………Dari pada haji shaari. …………………………………………………

45 Replies to “Belajarlah Makrifat Sehingga Sampai Kpd Tidak Terlihat Keberadaan Diri”

  1. Selagi yang terlihat itu “SYIRIK” , DIA YANG SATU “AHAD” , itu tak kita nampak. Bila TAUHID KITA BENAR, maka yang ternampak itu “AHAD”, maka syirik itu tak ada. YANG ADA HANYA ALLAH – KEKAL dan KONSTAN.

    Like

  2. SALAM TUAN,saya mau mengeluarkan sedikit pendapat.apa-apa yang berlaku hanya ALLAH,semua istilah sudah tidak berlaku lagi.inilah yang disebut maqam penelanjangan tuhan.mohon dibetulkan kalau salah.

    Like

    1. Semua ketetapan Allah itu, sesungguhnya sudah berjalan, sudah terjadi dan sudahpun berlaku sedari dulu. Sekarang ini, bukan lagi zaman berjalan ketatapan Allah. Berjalan atau berlakunya ketetapan Allah itu, adalah sudah berlalu dan sudah berlaku semasa azali lagi. Adapun zaman ini, ketika ini, masa ini, saat ini dan hari ini, adalah zaman keyataan Allah. Iaitu zaman nyatanya Allah pada sekalian makhlukNya.

      Zaman dulu, siapa nak menyatakan Allah (siapa yang hendak mengatakan yang Allah itu ada). Zaman dulu alam tidak ada, kita tidak ada dan makhlukpun tidak ada. Bilamana semuanya tidak ada (Tidak wujud dan belum wujud), siapa yang hendak menyatakan yang Allah itu ada, biarpun Allah itu benar-bennar ada!.

      Lalu berkatalah Allah Taala dengan perkataan “kun” maka Fayakunlah segala-galanya dengan berkeadaan siap.Kita belum lahir kedunia, sebenarnya Allah dah lahirkan kita kedunia diLoh Hul Mahfus, kita belum mati, Allah dah matikan kita diLoh Hul Mahfuz, kita belum melakukan pekerjaan atau perbuatan baik atau pekerjaan buruk, sebenarnya Allah dah lakukan baik dan buruk itu di kitab azali (luh Hul Mahfuz) dan kita belum sembahyang, sebenarnya kita sudah disembahyangkan oleh Allah diLoh Hul Mahfuz begitulah seterusnya.

      Kerja Allah itu, sesungguhnya sudah selesai dan sudah siap!. Kerja Allah sudah terlaksana sedari azali. Terhadap kita dan kepada seluruh alam, zaman ini adalah masa untuk menyatakan Allah, bukan masa atau bukan zaman untuk menyatakan perbuatan atau kelakuan baik atau buruk!..

      Zaman ini, bukan lagi zaman perlaksanaan perintah Allah. Perintah Allah telah berjalan dan sudah berlaku sedari zaman “kun Fayakun”. Zaman ini adalah zaman untuk menyatakan Allah, menyatakan Allah dan menyatakan Allah………………………..

      Ingat pesan saya ini, selama-lamanya hendaklah diingat dan diyakini!. Segalanya sudah siapa berlaku. Zaman ini bukan zaman uji kaji Allah atau bukan zaman (eksperimen) Allah. (maaf saya tak pandai nak eja perkataan “eksperiment” dalam bahasa orang putih, janji ada bunyi seakan-aakn orang puithpun jadilah ya!.

      Allah tidak payah dan Allah tidak perlu nak buat kita sebagai tempat uji kaji, dengan berbagai-bagai cobaan, dugaan, bencana, kemiskinan, kesusahan,cabaran atau suka duka yang kita alami itu, bukan bertujuan Allah untuk menjadikan kita sebagai tempat uji-kajiNya. Allah tidak perlu untuk menguji tahap keimanan atau tahap ketahanan kita. Sebelum Allah ujipun, Allah dah sedia maklum dan sudah sedia tahu akan daya ketahana kita. Allah dah tahu akan kesangkupan kita sedari mula-mula Allah ciptakan kita (tak perlu Allah uji menguji kita). Jika Allah masih bersifat nak menguji kita, seolah-olah Allah itu, belum tahu keupayaan, ketahanan atau kesangggupan kita. Seumpama Allah itu masih tak tahu daya tahan kita, samaada beriman atau engkar!.

      Zaman ini adalah zaman kenyataan Allah (zaman nyatanya Allah). Bahawa Allah itu nyata. Dijadikan jin dan makhluk manusia itu, adalah bertujuan untuk menyatakan Allah, bukan dijadikan kita itu, bertujuan untuk dijadikan tempat uji kaji Allah.

      Selepas tuan-tuan baca karangan hasil nukilan daripada titik peluh air tangan saya (peninggalan Tok Kenali dan Mohd Yusof Cik Wook) ini,
      Jangan lagi tuan-tuan mengatakan yang segala musyibah, penyakit, percobaan dan penderitaan yang kita alami, yang kita tangggung dan yang kita lalui itu, merupakan ujian Allah. Allah tidak perlu menguji kita, kerana Allah sudah sedia tahu!. Pokoknya segala peristiwa dan setiap perkara yang berlaku itu, adalah bertujuan untuk menyatakan bahawa diriNya adalah Allah Rabbbul alamin!.

      Akhir sekali, apa-apa yang berlaku itu, sudah tidak lagi berlaku, apa-apa yang terjadi itu, tidak lagi terjadi. Segala-galanya sudah siap berlaku dan sudah siap terjadi, sudah siap, sudah siap dan sudah siap………………………………..

      Air tangan dari orang jahil!.amin drp Hj Shaari

      Like

  3. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. [Ar-Rahman, 55: 26-27]

    Like

  4. Penghujubg makrifat yang menghentikan segala kalam dan membekukan segala amal dan membatukan segala gala hukum . Tiaada hijab dan tirai antara allah dengan kita

    Like

  5. Sememangnya sudah Allah yg nyata ini. Tiada yg lain. Bergerak dia dan berkehendak pun dia. Tiadanya kita. Alhamdulillah. Terima kasih Allah

    Like

  6. setelah mengenal diri, maka kenallah allah, setelah mengenal allah, pasti akan timbul rindu merindu kasih mengasihi, setelah rindu merindu pasti hendak bertemu…. yang merindu itulah yang dirindu… maka nyatalah allah yang selama ini terselindung… (maafkan hamba klu tersalah)….

    Like

      1. Tiada mungkin ananda dapat seperti sekarang ini kalau tidak kerana Berkah, Rahmat dan Nikmat serta Ridha Allah Taala melalui Kasih dan Sayang serta Ridha dari Ayahnda Tuan Guru Hj. Shaari…
        Teruslah menyirami hati ananda duhai Ayahnda tercinta… karena semakin ananda belajar semakin juga ananda menemui kedahagaan dan kekosongan… Dan Ananda meyakini sampai suatu saat nantinya diri ini hanya bisa menitikkan air mata… Dan dekapan kasih sayang dari seorang Ayahnda…

        Like

  7. Mengenal Allah sehingga tidak ada diri sendiri. Diri sendiri sudah tidak wujud. Yang wajib wujud adalah hanya Allah semata-mata. Allah tidak boleh dikenali sebab Dia bukan benda, bukan jirim, bukan jisim dan bukan sesuatu. Tetapi Dia ada di dalam sesuatu. Mengenal Allah itu bukan bererti mengenal Allah tetapi merujuk kepada mengenal diri sendiri. Iaitu “diri” dalam diri kasar. Diri kasar fizikal adalan umpama sarung atau kulit yang menutupi sesuatu yang tersangat tinggi nilainya di sisi Allah. Dengan sebab tinggi nilanya “sesuatu” itu maka Allah perintahkan supaya para malaikat semuanya sujud kepada “sesuatu” itu. Semua malaikat akur kepada arahan Allah dan terus tersungkur sujud kepada “sesuatu” itu. “sesuatu” itu adalah ROH yang mendiami jasad yang mati yang dijadikan dari tanah ini. Malaikat semua berjaya mematuhi arahan Allah sebab Allah bukakan mata hati mereka. Mereka tidak buta mata hati sebab tiada nafsu. Iblis buta mata hati sebab dia ada nafsu. maka dia sangka Allah suruh sujud kepada lembaga Adam. Dia terlepas pandang “ROH” yang ada di dalam jasad Adam a.s. Allah juga Yang butakan mata hati Iblis. Allah berhak memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Oleh sebab itulah kita perlu memohon hidayah dari Allah untuk Allah dan kerana Allah. Sebab itu nafsu perlu diupgredkan sehingga mencapai sekurang-kurangnya tahap Nafsu Muthmainnah. Apabila nafsu kita diupgredkan naik taraf permulaannya adalah nafsu muthmainnah, Radhiah, mardhiah dan Kamilah. Maka ketika itu kita akan dikurniakan kefahaman yang halus pada kiasan yang halus. Sebab yang akaan memahaminya adalah Allah juga. Roh itu adalah salinan zat asal Allah. “zat” Allah yang original hanya ada satu, esa dan wahdah. Tiada sekutu bagi-Nya sementara salinan-Nya, bayangan-Nya atau wajah-Nya ada banyak. Dalam kitab Siirus Salikeen di sebut. Syuhud Al-Wahdah ‘ala Al-Kasroh wa syuhud Al-Kasroh ‘ala Al-Wahdah. Menyaksikan yang banyak pada yang satu dan menyaksikan yang satu pada yang banyak Yakni yang banyak adalah merujuk kepada salinan dari zat Yang asal. Salinan dibuat banyak. Allah muliakan salinan-Nya ketika Allah perintahkan kepada malaikat supaya sujud kepada Adam. Ini bererti sebenar-nya kita adalah salinan zat Allah atau bayangan Allah atau Allah sebut sebagai KHALIFAH ALLAH iaitu PENGGANTI ALLAH. Pengganti itu bukan Allah tapi tak lain dan tak bukan adalah DIA juga.

    Like

    1. Tuan, saya rasa tuan masih dalam tahap kedudukkan ilmu torikat, sebabnya hanya org torikat shj yg masih memakai Allah ada zat!. Tahap ilmu makrifat, Allah sudah tidak lagi memakai zat. Perkara zat itu,adalah anasir makhluk.

      Soal kedua adalah mengenai anjing dan babi, Saya ingin bertanya kepada tuan, dimana haramnya anjing dan babi?.
      Tuan mempertikaikan soal haramnya anjing dan babi itu, adalah pada daginngnya tidak boleh dimakan!. Tuan mendakwa bahawa haramnya anjing itu pada dagingnya (yg tidak boleh dimakan). Tuan keliru, haramnya anjing dan babi itu, bukan setakat dagingnya tetapi haramnya anjing dan babi itu, sehingga sampai kepada tahap tidak boleh disentuh!.

      Saya buka pertikai haram pada dagingnya tetapi saya pertikaikan haram pada sentuhan kulitnya. Haram meyentuh anjinng dan babi, sehingga jika tersentuh diwajibkan samak. Sentuhpun haram………………………….

      Tuan kata haram anjing bdan babi itu, pada dagingnya, Jika haram itu pada dagingnya, kenapa kita tidak boleh makan biawak?, apakah biawak juga dinisbah pada benda haram?. Setahu saya biawak tak haram untuk disentuh tetapi haram untuk dimakan!. Apakah biawah juga sama haramnya dengan anjing dan babi, sehingga haram untuk dimakkan?.

      Buayapun haram dimakan, kura-kurapun haram dimakan, apakah kura-kura dan buaya itu haram disentuh? sedangkan dagingnya juga haram dimakan?. Apakah binatangnya dagingnya haram dimakan itu, tidak boleh disentuh?. Soalnya disini dimana haramnya anjing dan babi. Haram anjing dan babi, bukan pada makan daging tetapi haramnya anjing dan babi itu, adalah sehingga tidak boleh disentuh, apa lagi kalau untuk dimakan!. Dimanakah haramnya anjing dan babi?. Apakah haramnya anjing dan babi itu pada dagingnya sahaja?, yang tidak boleh dibuat makanan, seddangkan biawak, buaya, kura-kura, kuda, gajah, tenggiling dan najis kitapun tidak boleh di buat makan, apakah yg tidak boleh dibuat makan itu haram?. Sy kira tuan kena perbetulkan istilah baru boleh berbahasa ya!.

      Haramnya anjing itu, bukan setakat tidak boleh dibuat makanan, tetapi sehingga tidak boleh disentuh!. Persoalan saya, kenapa anjing dan babi haramnya sehingga sampai kepada tahap tidak boleh disentuh?,

      Like

  8. bila tiada diri dan tiada apa cerita maka bersyariatlah kita dengan torikat yg hak dan berhakikatlah kita mengadapnya sepanjang masa kerana yg lain2 telah lebur dan bergerak diamlah kita ikut kehendaknya. setelah ketahui setelah mengenal setelah mengaku yg tinggal hanya lah “AKU”!!!!!!

    terima kasih tuan guru…..

    Like

  9. Syukur alhamdulillah, rahmst allah melimpah utk semua….. Tn guru hanya menberi pencerahan. Terima atau tidak, bernilai atau tidak, baik atau tidak jauhari saja mengenal maanikam. Ambil peluang rezki yg dtg . Rasa dulu , lihat dgn mata nurani, kalau dul gelap sy tercari cari mana nk dpt guru yg murshid kini allah sudah tunjukan . Samoga allah kurniakan kekuatan ,ketabahan, gigih sabar yg berkekaln kpd Tn Guru Hj Shaari agar semua kita yg dahagakan ilmu mengenal allah ini dpt berkat faham dgn sempurna…Teruskan usaha mu Tn guru, laut tdk pernah tenang bumi juga tdk rata, berdiri aku berdirilah bayang , hilang kabus nampaklah Ia.Amin

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s