Pada tahap mana kedudukan makrifat Dr.M. Mari kita sama-sama nilaikan.

Dr.M
mngh91@yahoo.com
141.0.9.172

tajuk: perkongsian ilmu& maklumat (3)
untuk renungan bersama:
rujuk al maidah:ayat 73
“sesungguhnya telah kafirlah orang yg berkata:bahawasanya allah ialah salah satu dari 3 tuhan.padahal tiada tuhan yg berhak disembah melainkan tuhan yang maha esa.dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu,sudah tentu akan dikenakan orang yang kafir diantara mereka azab seksa yg tidak terperi sakitnya”
menurut mufti selangor- dato tamyes:ayat tersebut diatas merujuk kapada konsep trinity-iaitu tuhan anak, tuhan bapa&roh suci-didalam kitab injil.
berbeza daripada kitab suci al quran- yang merujuk allah-yg maha esa.
menurutnya: umat islam boleh jatuh kufur- sekiranya meredhokan, kalimah allah digunakan dalam kitab bible berbahasa melayu. ini kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai menyokong konsep trinity- sedangkan akidah islam mempercayai-allah itu adalah maha esa.
semoga penjelasan diatas dapat memberi sedikit ilmu& panduan dalam membicarakan isu yg ditimbulkan.

Select comment Dr.M
mngh91@yahoo.com
141.0.9.172

tajuk: perkongsian ilmu& maklumat(2)
isu: menghalang orang bukan islam menggunakan perkataan allah.
rujukan dibuat berdasarkan pengalaman pentadbiran di negeri selangor.(enakmen pentadbiran islam negeri selangor-2003)
utk rujukan bersama:menurut seksyen 47- enakmen tersebut-yg telah diwartakan pd 2010-
perlu dibaca bersama perkara (1)- dlm jadual yang sama:
perkara (1) jadual tersebut menyatakan:
“lafaz allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama& umat islam.kalimah allah tidak boleh digunakan atau disamakan dgn agama2 bukan islam yang lain”.
ini bermakna- membenarkan penggunaan kalimah allah dan kitab agama bukan islam- bererti telah menghina kalimah allah itu sendiri.
oleh yang demikian masyarakat bukan islam wajib dimaklumkan mengenai wujudnya peraturan penggunaan kalimah allah.peraturan yang diujudkan perlu dipatuhi!

Select comment Dr.M
mngh91@yahoo.com
141.0.9.172

assalamualaikum sahabat semua.
tajuk: perkongsian ilmu&maklumat (1)
secara ringkas ilmu tauhid terbahagi 3;
rububiyah, uluhiyyah,asma wa sifat
1.)tauhid rububiyah
perkataan rububiyah berasal daripada kalimah rabb.- bermaksud tuan yg memiliki, yang menguasai,yang mentadbir segala sesuatu,.-menghidupkan,mematikan,memberi rezeki, mudarat&manfaat kapada semua makhluk.(sila rujuk al araf:54)
semua yg diperolehi manusia, datang dari allah,&sekadar pinjaman sahaja dari allah.
2)tauhid uluhiyyah
berasal dari perkataan ilah.- bermaksud tuhan yg patut disembah.-tauhid uluhiyyah adalah mengesakan allah Swt sebagai tuhan yang disembah sekelian makhluk.segala ibadah adalah untuk allah.manusia tidak boleh mensyirikkan allah swt& tidak boleh mengharapkan pertolongan selain dari allah.(sila rujuk al an am:162).
3.)tauhid asma wa sifat.
asma ialah perkataan jamak yg berasal daripada ‘ism’.- bermaksud nama2.tauhid asma wa sifat-adalah mengesakan allah swt melalui nama2nya &sifatnya.setiap umat islam wajib mengetahui segala nama&sifat allah swt sepertimana yg terdapat dim nas alquran,&hadith.allah memerintahkan,manusia supaya melakukan segala perbuatan dgn menyebut nama2nya-agar segala perbuatan itu diberkati dan di muliakan oleh allah swt.
note: semoga nota ringkas diatas dapat membantu kita semua utk lebih memahami ilmu tauhid.

Select comment Dr.M
mngh91@yahoo.com
141.0.9.172

Bukankah tuhan itu Allah

Pada hari ini kedudukkan Allah sebagai hak muktlak
Orang islam sering dipersoalkan oleh penganut agama lain terutamanya dari kalangan orang kristian.
Dan lebih malangnya ada kalangan orang islam sendiri yang berpendapat bahawa ini tidak bersalahan dengan akidah kita.
Pada golongan ini mereka tidak faham erti sebenar syahadah.
Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun islam yang pertama yang bermaksud “Aku bersaksi/bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”.
Maka apabila kita teliti atau halusi bab ‘Tidak ada tuhan melain Allah’, apa maksud sebenar Allah menafikan kedudukannya sebagai tuhan.
Bukankah Allah itu tuhan?.
Kita bersaksi/ bersumpah atas nama Allah dan bersaksi/ bersumpah atas nama Muhammad.
Kita pecahkan kapada bab (alam) Allah dan bab (alam) Muhammad.
Tengok kapada tiada tuhan melainkan Allah dengan perkataan yang kebiasaan orang kampung bila berkunjung kerumah jiran, bila tuan rumah akan bercakap; ‘tiada orang dirumah, aku saja dirumah masuklah’.
Tuan rumah menafikan tidak ada orang, tetapi Aku itu bukan orang ke?. Apa maksud tuan rumah itu berkata sedemikian?.
Balik pada persoalan tiada tuhan? Allah itu bukan tuhan Ke?
Disini kita sebagai orang islam akur bahawasanya tiada tuhan-tuhan yang lain tetapi memperakui bahawa tuhan yang ada itu khusus yang bernama Allah (keesaan Allah)- bermaksud tuhan itu hanya satu.
Sila rujuk kepada surah Al Ikhlas.
Mana mungkin kita sebagai orang islam membenarkan penganut lain menguna Allah sebagai tuhan mereka. Hanya orang kristian yang tidak perakui nabi Isa sebagai anak tuhan berhak menyatakan Allah sebagai tuhan mereka (ahli kitab).
Akhirkata pada orang-orang islam yang tidak pertahankan hak muktlak Allah sebagai hak muktlak Islam dikira syahadahnya terpalik. Mereka ini sebenarnya buta hati. Itu yang maksud tak faham syahadah. Allah dah menyatakan keesaannya dan dia tak bersekutu. Allah is exclusive to orang islam sahaja. Allah tak terima konsep trinity orang kristian. Orang islam membenarkannya adalah blasphemous. Berkongsikan Allah adalah ibarat membenar isteri kita dikongsikan.
Apa akan jadi bila House of God ditukar kepada House of Allah. Ketika itu maruah, masjid kita dan terutamanya Bandar Mecca dan kaabah hendak diletak dimana?

17 Replies to “Pada tahap mana kedudukan makrifat Dr.M. Mari kita sama-sama nilaikan.”

  1. salam Tuan Guru Haji Shaari dan Kawan kawan sekelian. Izin kan saya , adakah Tuhan kita lain dari tuhan orang cina, orang India, Kristian, Buddha (Kita panggil kafir) ???? Orang buddha dan orang cina percaya Tuhan kita sama !!! Saya pun begitu, saya tak caya Tuhan yang menjadikan kita ada macam2 . Saya percaya yang satu. YANG KITA DUDUK pertahankan ini ialah bahasa sahaja yang kita gunakan. Dulu orang Melayu sebut IYANG (Yang Maha AGONG). sebab ITU orang Melayu sebut sembahIYANG (Sembahyang) . Arab sebut SOLAT. Ini hanya bahasa. Sampai sekarang pun orang melayu guna perkataan SEMBAHYANG (Sembah Yang Maha AGONG – IYANG). Trinity itu tafsiran mereka tentang ILMU ketuhanan – KONSEP – God The Father, God The HOLY Son, and God The HOLY GHOST / (atau Spirit )- macam kopi 3 in 1. Konsep satu mereka tapi disebut trinity. Mereka tetap mengatakan satu TUHAN cuma berkonsepkan trinity.

    ke mana sahaja di halakan pandangan hanya Wajah-Nya yang kelihatan. Wajah-Nya disaksikan sebagai:

    Surah Al Baqarah Ayat 115 – Wa Lillahil Masyriqu walmaqribu fainama tawallu fasamma wajhullah innallaha wasi’un alim. (adakah maksudnya ALLAH ramai).Jadi kalau orang kristian tanyakan ayat ini pada orang Islam , maka jawapannya apa pula ??? Maka biarlah orang kristian percaya begitu, dan kita Islam percaya begini. Bahasa hanya pemisah. HANYA ALLAH YANG MAHA TAHU atau saya guna ini HANYA SANG MAHA AGONG YANG MAHA TAHU.

    Yang Kita sebut ALLAH hanya nama, habis yang 99 nama ALLAH tu bagaimana pula ???? yang pakai nama Rahman, Rahim jom kita hentikan !!!! Kita sebut nama, adakah kita kenal ??? Dr Mahathir saya hanya kenal nama sahaja. TUAN Haji Shaari , saya kenal nama dan kenal dia. (Yang menulis buku dua tu !!!) tapi kalau panggil haji shaari yg tak tulis buku saya tak kenallah. dah orang kristian nak guna nama ALLAH biarlah , kerana mereka kenal ALLAH versi kristian dan saya kenal ALLAH versi ISLAM yang saya benar kenal dan bukan menyebut nyebut namanya sahaja. Dah kenal nama pun tak sebut – mcm refer kat ayat atas Pandang mana pun…DIA YANG SATU – ALLAH, ALLAH, ALLAH – AHAD.

    Kalau saya guna nama YANG MAHA ESA, MAHA AGUNG pun orang dah faham !!! dan byk sangat maha hingga tak tersebut MAKA SAYA GUNA MAHA SEGALAnya (saya tetap merujuk kepada ALLAH yang satu).
    Kalau pergi Jordan, Lubnan yang banyak ARAB KRISTIAN memang dia panggil tuhan ALLAH sebagai tuhanya TETAPI sembahyang kepada Mary (mariam kalau orthodox kristian) dan ada juga kepada Yesus (kalau protestant)

    Kenapa lah masa masuk mahkamah ALLAH tak matikan sahaja peguam peguam yang mewakili orang kristian yang cuba nak guna NAMA ALLAH PADA tempat salah (konsep trinity). kalau ALLAH sendiri nak jaga kesucian namanya. NAMA ITU HANYA SEBUTAN MANUSIA SAHAJA. KATAKANLAH ORANG ORANG AMERIKA PANDAI CAKAP MELAYU DAN BACA BIBLE VERSI MELAYU TETAPI DI AMERIKA. MEREKA HERET ORANG ISLAM AMERIKA MASUK MAHKAMAH , JANGAN GUNA NAMA ALLAH MEREKA YANG NAK GUNA, APA PERASAAN KITA ORANG ISLAM PULA ??? BAHASA HANYA ALAT KOMMUNIKASI SAHAJA. ADAKAH NAK BERINTERAKSI DENGAN ALLAH HANYA GUNA BAHASA ARAB SAHAJA ???? KALAU GITU KAN LEBIH BAIK ALLAH CIPTAKAN HANYA BANGSA ARAB SAHAJA DIMUKA BUMI INI.

    Like

    1. Sungguh hebat kepercayaan dan pegangan tuan kepada mentauhidkan Allah. Inilah tauhid yang sebenar dan tauhid yang putus. saya minta tuan ubah suai semula ayat-ayat dan susun atur semula ayat2 itu, supaya kelihatanlagi terang dan cantik. Guna nokhtah dan koma agar bahasanya mudah dan senang difaham. Berhenti tempat yang patut berhenti (titik) atau koma. Tulisan itu sudah cantik, tinggal lagi tuan ubah lenggok bahasa. syabas, syabas. Ubah semula, ubah pada bahasa ayat tetapi jgn ubah makna ayat!.

      Like

  2. Salam tuan guru haji shaari dan kawan kawan,ni tak komen lagi pasal pasal nama nabi terdahulu. kalau saya lontarkan persoalan ???? ramai yang tertanya tanya ??? Apa ada pada nama ??? nabi ibrahim ,kita sebut versi ARAB !!! Ibrahim. tetapi dalam bible dan old testament – ABRAHAM. ISA sebagai ISAAC. Mariam sebagai Mary??? Tuan tuan boleh ke tukar NAMA KHAS suka suka atau suka hati. Kita kan kena beriman kepada KITAB KITAB. Dah tentu Quran kitab akhir diturunkan pada bangsa arab, nama nama tu lebih awal, mcm mana pula boleh jadi nama ARAB ??? Abdullah maksud nya APA ??? HAMBA ALLAH. dah ini nama bapa RASUL S.A.W. adakah bapa rasul itu ISLAM ??? arab dah guna nama ni sebelum Muhamad Jadi Rasul dan Nabi Muhammad Lahir. Nama kita sekarang nama arab bukan nama islam ??? Nama orang Melayu melur, Jumaat, Isnin ,selasa. kemboja !!!! TARIQ AZIZ itu Islam ke Tuan ???? bila kita dengar aziz kita ingat islam !!!

    ZAKARIA – nama arab. Zakar yang happy !!! Gurau aje. Siapa yang nama BAKAR nanti tukar nama BURN !!! Boleh ke nama khas ditukar sesuka hati. Nama Isa, bila duduk amerika kita tukar nama ISAAC. Yusuf kita tukar jadi Joseph. Abraham tukar jadi Ibrahim. Sebab tu rukun iman percaya kitab kitab (termasuk kitab kitab mendahului quran). sebab nama khas bukan boleh sesuka hati tukar. Kerana YANG MAHA KUASA itu ALLAH. bahasa itu kalam sahaja sebagai memberi faham.

    Tapi kalau kita argue dari kaedah bahasa, Nama Khas tak boleh tukar. Saudara saya nak letak nama Raden depan nama dia pun kena mohon dengan KDN !!!

    Like

  3. Ayahanda,

    Anakanda merasakan bahawa perkongsian ilmu dan maklumat oleh Dr M itu, ada baiknya jika tidak diulas atau dijawap.

    Anakanda merasakan bahawa persoalan yang dibawa oleh Dr M itu adalah isu “panas” yang sangat sensitif untuk dibicarakan sekarang.

    Isu kalimah Allah yang telah dikaitkan dengan pandangan Mufti dan tafsiran ilmu tauhid mengikut sudut pandangan ilmuwan agama, pastinya boleh menjadi polemik politik dan perbahasan antara agama yang tidak berkesudahan jika ianya dibicarakan secara terbuka di sini.

    Juteru itu anakanda berpendapat, adalah lebih baik jika pandangan ini dibiarkan senyap tanpa diulas. Lagipun Dr M tidak bertanyakan soalan, hanya sekadar berkongsi maklumat.

    Terima kasih atas segala curahan ilmu yang ayahanda berikan di blog makrifattokkenali.com.

    Sesungguhnya tunjuk ajar ayahanda amat tidak ternilai bagi anakanda.

    Jutaan terima kasih diucapkan.

    Like

    1. Allah itu, mengikut apa yang kita sanggka-sanggka. Kita sanggka apa, itulah Allah, sebab Allah meliputi sekalian sangkaan hambaNya. Allah meliputi sekalian alam, sebutlah apapun, itulah Allah, katalah apapun itulah Allah dan lafaskanlah apupun itulah Allah………………………..Benar kata tuan itu, Alah itu, Allah………………………………………….

      Like

  4. tidak ada tuhan…tidak pernah sama sekali tuhan itu ada…yang ada hanya allah…allah itu bukan tuhan…allah itu adalah allah…betul tak pemahaman saya…islam tidak ada tuhan yg ada pada islam hanya allah…

    Like

  5. Kata Arifbillah,

    “Belum tentu ALLAH yang engkau sebut itu adalah Tuhan yang engkau kenal ! Selagi ALLAH itu masih berkalamkan A.L.L.A.H maka semakin jauh kalam itu menenggelamkan engkau dalam mengenal Tuhanmu yang tidak berkalam” !

    Kalam “ALLAH” itu kelihatannya dari perkataan yang satu, tapi dari perkataan yang satu itu menampakkan huruf A, menampakkan huruf L, menyatakan lagi huruf L, menunjukkan lagi huruf A dan menzahirkan jua huruf H.

    Huruf A, huruf L, huruf L, huruf A dan huruf H (A.L.L.A.H) menampakkan kalam “ALLAH” dan kalam “ALLAH” itu menampakkan huruf A, huruf L, huruf L, huruf A dan huruf H. Saling nyata menyatakan di antara satu dengan lainnya, namun kalam bukan huruf dan huruf bukan kalam !

    Setiap huruf bermula dengan Titik dan setiap Titik dizahirkan oleh dakwat. Hakikat dakwat itu air. Air tidak berbentuk, tetapi air mengikut bentuk. Jika “cross” yang dibentukkan ke atas air, maka akan berbentuk “cross” lah air itu. Jika bulan bintang yang dibentukkan ke atas air maka berbentuk bulan dan bintanglah air itu ! Jika acuannya berbentuk patung, maka berbentuk patunglah akan air itu !

    Maka atas bentuk mana air itu yang ingin kita “exclusive” kan ?

    Like

    1. sungguh dalam makna yang tersirat disebalik tulisan ananda. Apakah tulisan ayahnda yang terakhbir itu, keterlaluan. Jika ayahnda tidak zahirkan sekarang, sampai bila lagi nak tunggu. harap mendapat respon dari ananda tentang tulisan ayanda. apakah ianya keterlaluan, atau apakah perlu disembunyi lagi?

      Like

  6. Saya pun suka untuk berdiam diri sahaja kerana apa yang di sampaikan itu juga ‘benar’ di tahap syariat sahaja dan tidak ada apa2 pada mereka yang sudah tidak berkalam dan berbunyi. Amin.

    Like

  7. Ya benar tuan guruku,
    Saya pun suka untuk berdiam diri kerana apa yang di sampaikan itu juga ‘benar’ ,di tahap syariat dan tidak ada apa2 pada mereka yang sudah tidak berkalam dan berbunyi. Amin.

    Like

  8. salam isu utama perkongsian nama ALLAH. yg nk berkongsi adalah makhluk. allah itu esa. satu. x berkongsilah dngn mana2 jabatan . islam dan kristian siapa lebih utama . sejarah mengatakan nabi isa a.s . mendahului nabi muhammad. iaitu kristian . semasa zaman nabi isa Apa nama ALLAh ketika itu . adakah lain dari ALLAH ? dan hingga zaman nabi muhammad saw pula apakah NAmA ALLAH ketika itu?.. adakah SAMA sahaja… atau semasa ke zaman Tuhan itu bertukar2 namaya..???
    sebenarnya bknlah isu nama yg hendak war war kan tetapi isu akidah pegangan siapa yg lebih benar .. Ini sebenarnya peperangan perjuangan akidah fahaman sahaja… ALLAH Milik siapa… sdgkn bkn begitu sbnrnya. tapi milik ALLAH blaka…. kita sebagai org islam adakah patot mengadakan atau menghadkan ALLAH itu kpd islam shja. sdgkan ALLAH itu tiada had kecil besar dsb. kita pula meletakkn had Atau menyempitkan allah tanpa sedar…. apa kita. kita tauke kah nak mnetapkan HAD kpd ALLAH… jika pndangan sy salah mohon perbetulkn….. tq

    Like

    1. Apa boleh buat, mengajinya orang feqah itu begitu. Itulah makanya pandangan org makrifat dengan org feqah itu, selalunya bertentangan. Bagi saya pendapat tuan itu, adalah merujuk kepada fahaman ilmu makrifat. Terima kasih krn memahami makrifat.drp hj shaari

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s