Hj Shaari Di Tawau Pada 16hb Sept dan di Sandakan pada 17hb dan 18hbSept

Tempat ceramah: Masjid Besar Nurul Jihad, Taman Kinabatutan Ria, Jln Apas Bt 5. 91007. Tawau Sabah

Tarikh                   : Pada 16hb Sept 2013, Jam selepas Magrib sampai………….. setakat sudi

Tajuk                     : Bagaimana caranya untuk ingat kepada Allah, supaya jangan lupa selamanya…………………..

Rujukan                : Sila hubungi Wali Allah Nurul Syuhada ditalian  019-843 6360

Kepada Nurul Syuhada diTawau, pesawat saya dijanggka mendarat dilapangan terbang tawau pada jam 9.00 pagi. Untuk itu, pada jam 10.00 pagi (isnen) saya mahu Nurul Syuhada aturkan pertemuan saya dengan semua saudara-saudara baru “mualaf”.

Aturkan disuatu tempat, samaada dihotel tempat saya menginap atau dewan atau dimana-mana rumah yang agak boleh saya buat kuliah. Sapa-sapa yang berhajat, tidak kiralah walau yang hadir hanya sekadar satu orang.

Pada sebelah petang saya mahu. ananda Wali Allah Tuan Guru Fairul (Guru persilatan seluruh Sabah) datang dari Sandakan aturkan pertemuan saya dengan ahli-ahli persilatan seluruh Tawau. Dan pada belah malamnya saya akan berceramah diMasjid Nurul Jihat Kinabatutan.

Pada sebelah pagi 17hb Sep (hari selasa), saya bersama 3 orang rombongan sahabat dari Kuala Lumpur yang ikut serta bersama saya, akan bertolak dari Taewau ke Sandakan melalui jalan darat, yang memakan masa hampir 5 ke 6 jam perjalanan. Selepas zuhur, berkemungkinan sampai keSandakan dengan izin Allah.

Dengan izin Allah juga, pada jam 3 petang kita akan adakan sesi soal jawab agama di Kota Sandakan sehingga jam magrib. Manakala selepas magrib mungkin ananda Fairul  ( 012- 8648 461) berkemungkinan sudah mengatur untuk ceramah dimasjid yang belum lagi diketahui lokasinya.

Pada keesukan harinya jam 8.00 pagi, sebelum berangkat pulang ke kuala lumpur jam 6.00 petang, kita adakan sesi soal jawab dengan anak murid ahli persilatan Sandakan, seberapa ramai yang mungkin seperti perhimpunan perjumpaan kita pada tahun lepas. Kita adakan sesi soal jawab agama dari jam 8.00 pagi sehingga jam magrib. jam 9.00 malam saya dan 3 orang rombongan akan ke airport Sandakan, untuk berangkat balik ke Kuala Lumpur.

 

Semoga kita dirahmati Allah. Gunalah dan menafaatkanlah sepenuhnya kedatangan saya……………………drp Hj Shaari

7 Replies to “Hj Shaari Di Tawau Pada 16hb Sept dan di Sandakan pada 17hb dan 18hbSept”

  1. MAKNA ISLAM YANG SAYA FAHAM ????

    ISLAM itu ialah, menyerahkan diri kepada Allah taala, tunduk kepada segala macam perintah samada suruhan atau larangan Allah taala, serta turut akan segala syariat yang Allah taala turunkan, walaupun BERLAINAN pada sesetengah KEWAJIPAN dan corak amalannya, inilah perihal Islam yang telah diwasiatkan kepada para para RASUL dan NABI

    Adapun ORANG YANG BETUL BETUL ISLAM ialah, orang yang bersih dari sebarang bentuk SYIRIK, ikhlas dalam amalannya , yakin dan percaya kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh Allah, dan PADA APA PUN ZAMAN DIA BERADA

    Sayyidina Ali karramallahu wajhah telah berkata: “ISLAM itu ialah taslim (MENYERAH DIRI), dan taslim itu ialah yakin, dan yakin itu ialah percaya, dan percaya itu ialah berikrar, dan berikrar itu ialah menunaikan, dan menunaikan itu ialah beramal.”

    Berkata lagi Sayyidina Ali: “Bahawasanya orang MUKMIN (yang beriman) mengambil agama dari ALLAH, dan tidak mengambil agama dari pendapatnya. Orang Mukmin dikenal keimanannya dari amalnya, adapun orang kafir dikenal kekafirannya dari keingkarannya (keengganannya). Wahai manusia, Islam adalah agama kamu! Islam adalah agama kamu! Pertahankanlah dan peganglah teguh-teguh. Sesungguhnya keburukan dalam keadaan kamu beragama, lebih baik dari kebaikan sedangkan kamu dalam keadaan tidak mahu beragama. Kerana keburukan itu ada kemungkinan dapat DIAMPUNI, tetapi kebaikan kalaulah tidak pada tempatnya, tidak dapat diterima sama sekali.”

    ISLAM bererti TUNDUK dan MENYERAH DIRI kepada Allah taala serta mentaati Allah, yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang sungguh sungguh , tanpa memikirkan/ perhitungan PAHALA dan DOSA (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 83 dan 85)

    QADA DAN QADAR

    Qada’ (Bahasa Arab: قَضَاء, transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)) dan Qadar (Bahasa Arab: قدر, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir)[1] ialah takdir ketuhanan dalam Islam.[2] Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.[3]Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut”[4]

    Hadith:-
    Dari Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akhirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab “jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad [5]
    Sebagai seorang Islam, wajiblah Muslim Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan TIDAK MAMPU UNTUK BUAT MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH JUA. Seseorang hendak BUAT BAIK ATAU BURUK PERLUKAN IZIN ALLAH. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan Allah.. Namun YAKINILAH BAIK DAN BURUK DARI ALLAH adalah Rukun Iman.

    Kalau saya sentuh beriman kepada KITAB KITAB (bukan hanya ALQURAN), maka saya rasa ramai orang lupakan part ni. mereka tak baca pun kitab old testament (MUSA) dan New Testament BIBLE. Salah ke baca ??? sebab kita kena beriman dengan kitab ini. 10 peringatan dalam kitab (10 commandments) ini ALLAH serahkan kepada MUSA bukan DITULIS manusia . sekarang yang tinggal memanglah dah ditulis. cuba tengok ayat ini petikan bible:

    “The LORD God formed the man from the dust of the ground and breathed into his nostrils the breath of life, and the man became a living being” (Genesis 2:7). The supreme Creator of heaven and earth did two things in creating man. First, He formed him from the very dust of the ground, and, second, He breathed His own breath into the nostrils of Adam. This distinguished man from all of God’s other creations – maksudnya ALLAH jadikan manusia dari tanah, dan akhirnya dihembuskan roh.

    Dalam quran ada ayat yang maksud sama !!!

    Bila kita sudah 100% beriman kepada Qada dan Qadar, jiwa kita kan tenang, redha, tidak rasa sombong dan tidak mudah berputus asa kerana kita percaya segala-galanya adalah ketentuan ALLAH sejak azali lagi

    Baru kita DAMAI, SEJAHTERA, DAN SELAMAT – ISLAM.

    Like

    1. Yang ini, tulisan tuan jelas dan teratur. Mudah faham dan amat baik. Mungkin kenyataan yang mula-mula itu, tuan tulis dengan bahasa sepontan. Saya faham apa yang tuan tulis. Saya mahu orang lain faham sebagaimana saya faham,. untuk itu adalah lebih baik guna bahasa yang mudah. Kali ini tulisan tuan teratur dan jelas juga mudah faham. Terima kasih tuan. komen saya ini hanya tuan sahaja yang dapat baca kerana saya tak approve kpd publik. Komen saya hanya utk tuan shj. Saya sunggguh bangga dengan tulisan tuan yang mirip wira satria.

      Tuan adalah seorang yang hebat dalam pengkajian dan penulisan. Tidak sia-sia tuan menuntut sampai keUniversiti, Tuan bergeliga. Syabas Radin, semoga moyang tuan berbahagia dengan kelahiran tuan selaku penggantinya. InsyaAllahh……………………………

      Like

  2. Hari ini baca surat khabar, dikhabarkan Amerika Syarikat akan menyerang Syria. Rata rata orang sebut Amerika sekutu Israel alias Yahudi . Golongan yang memburukkan SYIAH pula mengatakan SYIAH @Syria @ Iran juga sekutu YAHUDI @ Israel. Kalau macam ini !!! mana yang betul . Kalau AMERIKA serang SYRIA , gulungan sunnah wal jamaah senyum aje. Dunia ni macam macam ada macam ASTRO juga ,macam macam ada.Warna warni kehidupan menunjukkan KESEMPURNAAN ALLAH. ALLAH yang BESAR dan ALLAH YANG MAHA KUASA. ALLAH SEGALANYA

    Like

  3. maaf tuan saya ini orang indonesia jadi tutur bahasa yang saya gunakan itu agak berbeda.terus berkarya tuan saya tunggu karya tuan.jarang orang yang berani membahas ilmu makrifat pada umum.kebanyakan bahas ilmu makrifat banyak yang menuduh sesat.ilmu makrifat itu lebih tajam daripada pedang dan lebih keras daripada batu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s