Tuduhan BODOH terhadap saya timbul lagi. (Terima kasih)

Submitted on 2013/08/25 at 10:27 pm | In reply to sirunnasir.

T.kerima kasih krn sudi menghargai karya saya yang berkenderaan sebuah bahtera yang kosong lagi usang. amin

Select comment majzubdariNya
arshad.mawardi@yahoo.com
1.9.139.253
Submitted on 2013/08/25 at 2:08 pm | In reply to makrifattokkenali.

Ustaz.. sy rasa ust.telah membodohkan diri ust. kerana nyatakan itu semua.. ust. sebenarnya hanya memakrifatkan pd nafsu diri sendiri… hakikatnya, “mereka-mereka” yg benar2 kenalkan Allah patut dlm “Rahsia” yg hanya dia saja yang rasa bersama tuhanNya…

Advertisements

21 Replies to “Tuduhan BODOH terhadap saya timbul lagi. (Terima kasih)”

  1. walaupun kosong bahtera tuan,tapi penuh bagi yg celik hati dan kerendahan jiwa tuan boleh menaburkan hujan yg mana bisa bercambahnya pepohon yg gersang…….

    Like

  2. Perkenankanlah Ayahnda Tuan Guru Hj. Shaari supaya ananda memberikan sedikit inti jawaban…

    Sebagaimana dikatakan tuan arshad :

    Berkata ‘saya rasa’ pun tak elok…
    Karena ‘rasa’ pun hanya Allah yang punya…

    Nak kata ‘membodohkan’ diripun juga tak layak…
    Karena yang ‘memberi’ bodoh, pintar, paham dan tak paham hanyalah Dia…

    Nak berkata ‘Nafsu’pun tak mungkin…,
    sebab bagaimana nak bernafsu jika Ayahnda Tuan Guru telah lama Mati? ?? Bagaimana orang mati nak bernafsu?

    Nak kata Rahasia pun tak boleh…, Buat apa Allah menciptakan Manusia jika bukan untuk/agar Mengenal-Nya ?

    Itulah mungkin inti jawaban daripada tuan arshad, tak banyak yang dapat ananda sampaikan disini, tapi mudah2xan jawaban yang sedikit itu bisa membawa kita agar lebih “Ikhlas” dengan sebenar – benar Ikhlas… Dengan apa yang telah siap sedia berlaku sebelum berlaku…

    Maafkanlah jika tersalah khilaf dalam bertutur kata Ayahnda…

    Like

    1. Wahai sahabat-sahabatku….

      Jika dirimu mengatakan “rasa” itu hanya Allah yang punya, maka makin jauhlah perasaan itu untuk dirimu merasakan akan Allah…

      Jika dikatakan yang memberi bodoh, pintar, paham dan tak paham itu hanyalah Dia, maka katakanlah, sesungguhnya yang memberi bodoh itu bukan Dia ! Yang memberi pintar itu bukan Dia ! Yang memberi paham itu bukan Dia ! dan yang memberi tak paham itu juga bukan Dia !

      Kerana….. Dia itu Maha Esa Lagi Maha Suci untuk engkau ketahui perihal Dia. Selagi engkau mengetahui bahawa yang memberi itu Dia, selagi itu lah engkau tidak mengetahui tentang Dia ! Apakah Dia perkara rahsia ? Jika rahsia, bagaimana engkau bisa membicarakan perihal Dia ? Apakah Dia perkara ghaib? Jika ghaib, bagaimana engkau tahu? Bukankah tahu itu tanda nyataNya Dia ?

      Makin banyak engkau membicarakan tentang Dia, makin sedikit perihal Dia yang engkau bicarakan ! Makin banyak engkau mengetahui tentang Dia, makin tiada perihal Dia yang engkau ketahui !

      Jika dikatakan bahawa Allah jadikan manusia untuk mengenalNya….. Katakanlah…., Sesungguhnya Allah Maha Suci dari berkehendak kepada segala sesuatu, walaupun sekadar berkehendak untuk makhluk mengenaliNya ! Allah tidak berhajat dan tidak berkehendak walau barang sekelumit pun perihal segala sesuatu dari makhlukNya ! Allah Maha Esa lagi Maha Suci untuk makhluk mengenali akanNya. Selagi kita masih mampu untuk mengenalNya, selagi itu kita makin jauh untuk mengenaliNya. Disangka makin ikhlas, rupanya makin riak ! Disangka makin makrifat, rupanya makin jauh tersesat !

      Jika dikatakan Ayahanda Tuan Guru itu telah lama Mati, katakanlah…. sesungguhnya Ayahanda Tuan Guru itu masih hidup ! Hanya yang hidup masih bernafsu ! Bagaimana mungkin Ayahanda Tuan Guru itu telah lama mati sedangkan hal kematian itulah yang selalu diperkatakannya ! Hanya yang hidup boleh berbicara, meskipun yang dibicarakan itu tentang hal mati ! Yang mati, segalanya mati ! Kaku ! Tiada daya upaya untuk melakukan segala sesuatu termasuk untuk mengenal akan TuhanNya ! Selagi boleh berbicara perihal makrifat akan TuhanNya,selagi itulah dia masih bernafsu meskipun bicaranya hanya perihal makrifat, Tuhan pencipta nafsu !

      Jika dia Mati, tatkala itulah segalanya…..

      KELU !!

      Like

  3. As salam…………ha…ha…ha…memang betul Tuan guru dan Guru saya….”bukan tak nak cerita kat pada mereka2 tu.. mesti mereka kata kita
    gila dan bodoh…seronok beno bunyinya…Allah memang Dahsyat betul!!!…….tapi yang bodoh adalah diri kita…mana ada org pandai didunia
    ni..Hanya DIA Pandai…..begitu saya apabila nenek memanggil saya…dan berkata kita siapa ni.?kita hamba ALLAHlah nek.. bukan kita ALLAH…berderu darah saya..dlm hati nenek dah sesat atau dah gila…..tapi itulah permulaan saya mencari diri dan Allah….dah lama saya mencari…mula2 saya mencari roh…roh ada 9 susah juga nak mengingat..,lepas tu belajar hakikat solat ,hakikat hati,hakikat diri,semua hakikat sebab nak jadi org hakikat tapi tak sampaipun….belajar zikir…diijazahkan zikir..tapi tak dapat apa saya cari…..tapi saya dapat dari Tuan guru yang sesat dan bodoh dia Tuan hj shaari…..”mati diri sebelum mati” hanya 4 perkataan saja itupun sudah amat memadai….itupun membuat tangan mengeletar….dah mati apa lagi yang ada pada diri…segala Allah..Allah..Allah…sampai hati turut serta Allah..Allah..Allah…susah nak bicara..Alhamdullilah hirabbilalamin…..Alhamdullilah kepada penulis tadi..,sebenarnya Allah hendak perkenal diriNya kepada kamu…di dalam blog ni…Dia Maha Memberi Pertunjuk Dan Hidayah…..

    Like

  4. salam tuan hj.takpalah tuan hj.saya sentiasa ikuti tulisan tuan hj.pun jd bodoh juga.sama samalah kita memperbodohkan diri,apabila sudah tiada memakfifatkan lg maka tiada rahsia lg..semuanya nyata senyatanya…..allah…allah…allah. apa lg nak berahsia,apa lg nak sembunyi,apa lg nak tutup,allah tak terhijab oleh apa apa…

    Like

  5. Salam Tuan Guru Haji Shaari, rakan rakan seperjalanan. Tuan Guru Haji Shaari mengajar ilmu warisan Tok Kenali. Tok Kenali , disebut sebagai 1 dari 7 wali di Tanah Melayu ini. Saya tak nampak ilmu yang diajar oleh Haji Shaari itu ilmu bodoh. Haji Shaari mengajar ILMU MAKRIFAT. Ilmu makrifat ialah ilmu mengenal ALLAH. Ilmu warisan tok kenali adalah satu kaedah mengenal ALLAH yang diajar oleh Tok Kenali. Di dunia ini byk jalan yang diajar. Mcm kalau kita nak ke satu tempat contohnya KL ke Singapura. Kita Boeh naik bus,motosikal, kapalterbang, basikal,dan berbagai bagai. Adakah orang naik bus bodoh ? atau naik Kapalterbang bodoh ? Rasa saya, yang kata bodoh itulah yang paling bodoh. Kerana itulah kaedah yang kita boleh gunakan untuk ke singapura

    Mari kita umpamakan sebagai belajar memasak ayam goring. Dan salah satu bahannya ialah ajinomoto. Belum tentu rasa makanan yang dimasak oleh guru sama dengan anak muridnya. Kerana bila sebut rasa tak siapa yang dapat mentakrifkan rasa. macam kita makan gula, semua akan kata manis,tapi adakah manis yang kita rasa serupa. Melainkan Tuan tuan guna sukatan atau ukuran, mcm ukur jalan guna pengukur. JAWAPAN YG KITA DAPAT tetap sama. Bila melibatkan RASA , tak semua rasa itu sama. Sebab itu orang selalu sebut “RASA HANYA SEJENGKAL” , cuba awak makan,awak boleh rasa makanan itu hanya lebih kurang sejenkal dari mulut awak Dah telan tak tahu pun apa rasanya. Saya anggap awak semua dah ada pasangan (suami isteri). Bila awak sama isteri, sedap tu pun awak rasa ABOUT SEJENGKAL AJE.

    Haji shaari ajar – AJARAN/ILMU, dan penerimaan awak tak akan sama dengan saya. saya anggap ilmu yang Tuan Guru ajar cukup sempurna. Kalau awak tak faham, adakah ilmu atau guru yang salah ??? Akhir kata AMBILKATA KATA INI dan fikirkan : ADAKAH KITA DAPAT MENGENAL ALLAH – MAKRIFAT ???? sejauh manapun ILMU MANUSIA, manusia tidak akan dapat mengenal ALLAH. Senang kata begini, Pencipta akan kenal CIPTAAN nya dan DIRINYA. CIPTAAN nya tak akan dapat mengenal PENCIPTAnya. Maka PENCIPTA lah yang MENGENAL PENCIPTA. .(Ini ayat awak: hakikatnya, “mereka-mereka” yg benar2 kenalkan Allah patut dlm “Rahsia” yg hanya dia saja yang rasa bersama tuhanNyA ) Cuba awak fahamkan ayat awak, seolah orang makrifat yang awak faham wujud berdua dengan ALLAH. Mari kita gunakan konsep makrifat awak, Awak makrifat, (awak dengan ALLAH), Saya makrifat , saya dengan ALLAH, kalau orang lain makrifat,orang lain dengan ALLAH. Makrifat yang sebenarnya ialah YANG ADA HANYA ALLAH. Diriku pun tak ada. YANG ADA HANYA ALLAH itulah makrifat. Makrifat awak belum sempurna kot ???? kalau tak suka dengar saya, tuan dengar kiai ini….dengar sampai habis:

    nanti lepas dengar, awak akan tahu siapa yang bodoh…

    Like

    1. Tuan yang saya kasihi, dgn izin Allah, sy melafaskan ucapan terima kasih kepada tuan krn telah memperdengarkan saya ucapan dari mulut seorang guru, yang sekian lama ucapan itu sudah lama tidak kedengaran lagi dizaman ini. Sy sungguh mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, kerana memperdengarkan kata-kata ucapan ilmu seumpama itu. Biar sepatah kata, biarpun berupa rakaman vidio, dengan nama Allah, saya meganggap bahawa beliau adalah guru saya dunia dan akhirat (terima kasih guru) biarpun hanya melalui rakaman vidio. kepada tuan yang memperkenalkan guru itu kepada saya, saya ucap berbanyak terima kasih, semoha Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada tuan dan semoga Allah merahmati keluarga anak isteri tuan,, saya benar-benar ucap terima kasih. saya dahagakan ucapan ilmu seperti itu, dari mulut seorangn guru!.

      Sudah tidak ada lagi ucapan bibir dari seorang guru yang seumpama itu, dimasa sekarang. Jika ada lagi rakaman seumpama itu, siarkanlah, siarkanlah dan siarkanlah.amin

      Like

  6. salam….

    izinkan saya…juga memberi pendapat…

    rasanya tuan arshad tidak perlu sampai membodohkan orang lain….teguran itu perlu…tapi pada hakikatnya tuan arshad sendiri menunjukkan tingkatan nafsu dan pemahaman makrifat tuan setakat mana…tapi AKU paham…bukan tuan yang menunjukkannya. tapi Allah sendirilah yang menunjukkan tahap kefahaman tuan kepada umum.

    sa rasa yang ada di sini mahupun tuan guru hj.shaari sedikitpun tidak terguris dgn kata2..malahan senyum sendiri melihat komen dari tuan. biar AKU tembus lagi kataKU…..tingkatan orang yang masih di dalam perjalanan….

    membaca komenKU atau teman2 yang ada di sini…mgkn akn terdetik di hati tuan arshad kami yang di sini…taksub kepada tuan guru sehingga tidak boleh ditegur…bukan begitu wahai saudaraKU tuan arshad…cuma bukankah perbuatan nafsu suka menganggap orang lain lebih rendah dan merasa diri lebih handal dlm bermakrifat???? nah!!, itulah sebenarnya yang ditunjukkan oleh diri tuan tatkala melakukan teguran. Jadi, diri tuan sendirilah yang masih berada pada tingkatan nafsu yang pertama sekali…..

    AKU sendiri belum pernah bertemu tuan guru hj.shaari utk belajar…tetapi AKU menyokong dari belakang perjuangan murni ini….tapi perlukah AKU juga belajar ilmu makrifat TOK KENALI baru boleh makrifat…??? nama sahaja yang berbeza tuan arshad…matlamat makrifat tetap sama…sebagai contoh seperti yang tuan Azmie ghani komen di atas…Kiyai Abah Syamsuri tidak menamakan pun…MAKRIFAT ABAH SYAMSURI…apa yg ptg matlamat dan tujuan itu jelas dan nyata……

    Dengarkanlah apa yang dikatakan Kiyai Abah Syamsuri tersebut…” egomu tidak akan membawa kau ke jln Allah, tapi TAWADHUKMU (kerendahanmu) lah yang akan membawa kau ke jalan Allah…lihatlah betapa Abah Syamsuri berada pada kelasnya dlm bermakrifat…mendengar kata2nya sahaja meremang bulu romaKU…sebenarnya video ini sdh lama juga KU perdengarkan. so, terima kasih tuan Azmie….kerana meletakkan video ini….bnyk juga video Abah Syamsuri ini yang kita boleh ambil sebagai pelajaran. carilah di youtube wahai tuan arshad…dgrkan bait2 kata arwah Abah syamsuri ini…penuh hikmah. Sebelum ini, pada ruangan komen…AKU pernah menceritakan ketokohan Kiyai ini. Dari kata2nya kita boleh tahu…beliau bukan sahaja hebat pada syariaat…tetapi seorang yang handal dlm tasawuf(hakikat/makrifat). susah mencari ulamak akhir zmn yang ada sebegini….

    Akhir kata…teruskan perjalanan tuan arshad……….sehingga sampai ke matlamatnya. tatkala tuan arshad benar2 sampai ke tujuan. bacalah komen tuan itu semula. Mungkin tuan sendiri akan tersenyum….wassalam…..

    terima kasih tuan guru HJ.SHAARI…amin…

    Like

  7. salam TUAN GURU H.SHAARI.komen itu menurut pendapat saya itu merupakan ujian dari ALLAH gimana tuan guru bisa menjalaninya itu semua.jangan menyerah terus berkarya.orang makrifat tidak akan takut dan gentar.cuma segitu pendapat saya.maaf kalau ada kata2 ini tidak berkenan.

    Like

  8. Tiada sesuatu yg sama dengannya,akan tetapi setiap yang berlaku tidak sia sia hanya semata mata tuju kearahya,tiada nafsu tiada kemahuan maka tiada cerita,bila ada jalan tiada diri,tiada diri baru kenal cerita oleh itu kiranya setiap usaha tiada guna maka janganlah menghina,adakah pastinya diri ikut cerita jika kita pun tidak tahu jalan cerita,marilah kita memahami awal cerita kalau bole katam semuanya baru mudah utk memegang watak,kerana akuan tidak difahami maka jgnlah menyalahkan watak lain walau salah menyalah itu benar agar dipahami.jernihkan agar terang dan tuju pada yang ditentukan.salam semua

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s