IBU MINYAK WANGI

IBU MINYAK WANGI TOK KENALI

Perkara Sudah Siap Berlaku Sebelum Berlaku

 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Botol ibu minyak wangi, baru saya buka dibahagian penutupnya, belum lagi saya buka penututup sepenuhnya, apa lagi jika saya buka seluruh botol, kelihatannya  sudah heboh tuduhan demi tududuh yang mereka lemparkan kepada saya!. Saya kira baunya yanng hapak itu, belum masuk kelubang hidung mereka, itu baru sedikit, apa lagi kiranya saya buka semua!.

Kiranya kita tabur jagung dan tabur emas YANG SAMA-SAMA KUNING kepada ayam, JAGUNG JUGA PILIHAN AYAM. ayam itu tetap ayam juga. Mereka tidak pandai menilai antara jagung dengan emas!

Segala kejadian makhluk alam ini, termasuk  kejadian segala afaal, asma’, sifat dan zat makhluk alam ini, sebenarnya sudah sedia ada, sedia terjadi, sedia tercipta dan sudah sedia berlaku sedari azali.

 

Berlakunya segala sesuatu samaada perbuatan baik mahupun yang buruk itu, sesungguhnya sudah sedia berlaku dan sudah sedia terlaksana sedari dalam ilmu Allah (kitab Luuh Hul Mahfuz). Apa-apa yang berlaku dialam ini, samaada berlaku diatas alam dunia atau diatas alam diri (batang tubuh kita ini), sesungguhnya sudah dan telahpun berlakuk sejak azali. Sejak dimana perkataan “kun” Allah lagi.

 

Apa-apa yang berlaku sesudahnya, adalah sudah sedia berlaku sebelumnya. Bermaknanya disini, kita selaku yang menanggung atau yang memperbuat segala sesuatu itu, adalah sekadar melakonkannya semula atau sekadar memperzahirkannya saja  apa yang sudah siap tercipta oleh yang Maha Pencipta!. . Seumpama sekeping vedio atau filem wayang gambar yang kita tonton. Sebelum kita tonton vedio dikaca talevision itu, sebenarnya, perkara itu telahpun atau sudahpun dilakonkan sebelumnya. Kita hanya tinggal tonton sahaja.

 

Sedarlah wahai jamaahku yang ku sayangi sekalian, sesudah sekian lama tuan-tuan mengaji dan menuntut ilmu makrifat, rasanya sudah sampailah masanya untuk saya buka tutup ibu minyak wangi, yang selama ini tertutup rapat.

 

Sayangnya, setelah saya cuba-cuba buka penutupnya, walaupun dibuka itu hanya sedikit, ternyata telah mendatangkan fitnah!.  Itu baru buka sedikit dari penutupnya, belum buka minyak wanginya, sudah menimbulkan berbagai-bagai fitnah. Apa lagi kiranya saya limpahkan minyak wangi kehidung tuan-tuan. Tak tahulah saya apa akan jadi. Oleh itu, biarlah rahsia itu menjadi rahsia yang akan saya simpan didada diri.

 

Pada karangan saya yang lepas dan yang sudah-sudah, saya ada buka sedikit rahsia ibu minyak wangi, iaitu dalam bab penamat ilmu makrifat. Penamat ilmu makrifatullah (mengenal Allah) itu, adalah sehingga tidak ada lagi makrifat!. Tidak ada lagi mati sebelum mati, tidak ada lagi penyerahan diri (serah menyerah diri) dan tidak lagi berdalil-dalil. Tahu ertinya belum tahu, kenal ertinya belum kenal, ingat ertinya belum ingat, sembahyang ertinya belum sembahyang, puasa ertinya belum puasa, bersyahadah ertinya belum bersyahadah dan islam ertinya belum Islam!.

 

Hari ini, saya nak buka sedikit penutup ibu minyak wangi. Ibu minyak wangi yang sedikit itu berbunyi, Jika kita mengaku kita yang bersolat, ertinya tuan-tuan belum bersolat. Jika kita mengaku  kita Islam, ertinya tuan-tuan belum Islam. Jika kita mengaku yang kita ingat kepada Allah, ertinya tuan-tuan belum ingat kepada Allah. Jika kita mengaku yang kita bersyahadah, ertinya tuan-tuan belun bersyahadah, jika kita mengaku kita bersedekah, ertinya kita belum bersedekah dan begitulah seterusnya. Akhir sekali, jika kita mengaku kita yang bertauhid, bererti tuan-tuan belum bertauhid (belum mengesakan Allah). Jika kita mengaku yang Allah itu ada, sesungguhnya tuan-tuan belum bertauhidan Allah (belum mengEsakan Allah).

 

Ulasannya begini:

Kenyataan itu, adalah kenyataan ibu minyak wangi para guru-guru terdahulu, yang sememangnya tidak harum untuk dicium. Penjernihannya begini, supaya kelihatan lebih wangi.

“Jika kita mengakuk kita yang bersedekah, bererti kita belum bersedekah”.

Maksudnya begini, kita telahpun lalui jalan ilmu makrifat, dalam kita berilmu makrifat itu, kita diajar supaya mematikan diri kita sebelum kita benar-benar mati iaitu “mati sebelum mati” (jangan sampai terlihat adanya diri). Orang makrifat itu, adalah orang yang mati sebelum mati (sebelum matipun orang makrigfat itu sudahpun mati). Bilamana sudah mati, bagaimana mungkin kita boleh bersedekah?. Yang boleh bersedekah itu, adalahhanya bagi orang yang hidup!. Lagi pula bagaimana mungkin kita dapat meyembah Allah (solat), berpuasa, bersyahadah dan bagaimana mungkin kita boleh mengaku yang kita itu Islam,sedangkan kita belum mengenal Allah!.  Buat solat atau mengerjakan solat itu boleh, tapi apalah makna dan apalah ertinya solat dan sebagainya, jika Allah yang kita nak sembah, tidak kita kenal?. Itu maksud ibu minyak wangi itu!.

 

Adapun yang bersifat dengan sifat hidup itu, adalah hanya Allah. Sifat bagi kita adalah berlawanan dari sifat Allah. Bilamanna Allah bersifat hidup, bererti kita bersifat mati. Bilamana kita mati, mana mungnkin kita boleh bersedekah. Inilah yang dikatakan bahawa bilamana kita mengakuk kita yang bersedekah, bermakna kita belum bersedekah. Ini kefahaman ilmu makrifat dari kata yang sedikit itu. Tetapi bagi mereka yang sudah sememangnya tidak faham, usah kata dari kata yang sedikit, bagi penerangan yang sebagaimana panjangnpun, yang tidak faham itu, masih tetap tidak faham. Lantaran tidak faham dari kata yang sedikit itu, mulalah mereka melontar tomahan yang liar!.

 

Cuba bayangkan sekiranya kita sudah mati, mana mungkin boleh bersedekah, barang siapa yang mendakwa dirinya bersedekah, bererti ia belum bersedekah. Yang mengerjakan sedekah itu, adalah dari Allah kepada Allah. Mana ada dari kita kepada Allah atau mana mungkin dari kita kepada orang lain, sekiranya diri kita sudah mati!.

 

Dari perkara “sedekah”, begitu jugalah dengan kenyataan-kenyataan yang lain. Sekiranya  kita mengaku kita yang bersembahyang, bererti kita belum bersolat dan sekiranya kita mengaku  kita yang bersolat, bererti kita belum bersolat. Inilah diantara contoh-contoh ibu minyak wangi yang dipakai oleh ulamak makrifat terdahulu.

 

Untuk menjernihkan ibu minyak wangi, supaya kelihatan wangi, begini caranya dan begini ulasannya!.

Jika kita masih mengaku kita yang bersolat, bererti kita seolah-olah masih hidup dan kita seolah-olah masih ada (wujud)!. Sedangkan yang bersifat hidup dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Jika kita makhluk  bersifat hidup dan Allah juga bersifat hidup, bermakna disini sudah ada dua sifat hidup dan ada dua sifat wujud.

Sedangkan perjalanan ilmu makrifat itu, mengajar kita supaya menyakini bahawa yang bersifat wujud dan yang bersifat hidup itu adalah hanya Allah!. Jika yang bersifat hidup dan yang bersifat wujud itu hanya Allah, bererti kita mati dan bererti kita tidak ada. Jika kita mati dan kita tidak ada (tidak wujud), mana mungkin kita boleh mengaku bahawa kita yang bersolat dan mana mungkin kita boleh mengakuk bahawa kita yang bersembahyang?.

 

Kaki yang berdiri itu, bukan kaki kita punya, kudrat dan upaya berdirinya kaki itu, bukan kudrat atau kuasa kita!. Tangan yang bertakbir itu, bukan tangan kita dan bukan kuasa kita. Kita mana ada kuasa dan kita mana ada kudrat. Kaki, tangan, mulut, telinga, mata dan lain-lain anggota itu, semua milik Allah. Jika semuanya telah menjadi  milik Allah, mana yang dikatakan milik kita. Itulah makanya ilmu makrifat mengajar kita supaya menyakini bahawa kita itu bersifat tidak ada (diri tidak ada), yang ada dan yang wujud itu hanya Allah. Bilamana yang wujud dan yang ada itu hanya Allah, mana yang dikatakan kita yang bersembanyang dan mana yang dikatakan kita yang bersolat?.. Itulah makanya barang siapa yang mengaku dirinya bersolat,, itulah ertinya mereka belum bersolat. Kerana apa ulamak makrifat kata kita belum bersolat, sebabnya adalah kerana kita tidak ada, yang ada itu Allah!.

Itulah makanya ibu minyak wangi mengatakan barang siapa yang mengaku mereka bersolat, bererti mereka itu belum bersolat. Begitu juga dengan mereka yang mengatakan mereka itu Islam.

 

Yang mengIslam atau mengkafirkan kita itu, bukan kedua bibir mulut kita. Jika Islam itu hanya setakat  kedua bibir mulut, bererti semua orang boleh mengaku yang mereka  Islam dan penganut agama lain juga boleh mengaku mereka Islam. Islam atau tidaknya kita itu, adalah diatas ketetapan Allah, bukannya atas mulut kita. Jika kita mengaku yangn kita itu Islam, bererti diri kita masih wujud dan masih bersifat ada (masih wujud diri), bererti disitu kita masih mengadakan  dua sifat wujud!. Sedangkan pada pengajian ilmu makrifat, kita itu tidak boleh mengdakan dua yang bersifat wujud (ada), itu syirik!.

Dalam ilmu makrifat, kita diajar supaya mematikan diri sebelum mati. Iaitu dengan bertauhid kepada Allah yang satu, dengan mengaku bahawa yang bersifat ada dan yang bersifat dengan sifat hidup itu, adalah hanya Allah. Sifat bagi kita itu, adalah mati dan tidak ada (tidak wujud). Jika kita masih mengaku bahawa kita yang bersolat dan kita masih lagi mengaku kita yang bersembahyang dan kita Islam, bererti kita seolah-olah telah mengandingkan hidup kita bersama dengan hidup Allah dan telah mengandingkan wujud kita dengan wujud Allah! (ada dua sifat hidup dan ada dua sifat wujud). Seolah-olah kita telah mengadakan diri kita, sama sebagai mana ada dan wujudnya Allah (seolah-olah Allah wujud dan kitapun wujud).

 

Sedangkan sifat kita itu, tidak hidup dan tidak ada, bilamana kita tidak ada dan kita tidak hidup, bolehkan lagi kita mengaku kita yang bersolat dan bolehkah lagi kita mengakku bahawa kita yang bersembayang?. Inilah yang dimaksudkan atau yang dimengertikan oleh ibu minyak wangi.

 

Pada permulaan bacaan kata-kata itu, sudah tentu tuantuan terkejut dan sudah tentu tuan-tuan tidak dapat menerima hakikat kenyataan saya itu!. Itu baru saya buka sedikit penutup ibu minyak wangi!. Buka sedikitpun tuan-tuan sudah berbau hapak dan busuk!. Apa lagi jika saya buka penutup bejana ibu minyak wangi yang sebenar tujuh lautan!.

 

Satu perkara lagi:

Sebelum kita ada, Allah sudah terlebih dahulu ada. Sebelum kita mengaku wujud, Allah telah terlebih dahulu wujud. Sebelum kita mengaku yang Allah itu Allah, Allah sudah terlebih dahulu mengaku yang Dia itu Allah.  Sebelum mulut kita mengaku yang Allah itu ada, sebenarnya Allah sudah terlebih dahulu mengaku sebelum mulut kita mengaku!. Jika kita mengaku yang Allah itu ada, bererti kita sudah ada mendahului adanya Allah.  

 

Sebelum kita beranak, Allah telah terlebih dahulu beranak (melahirkan) kita didalam ilmu Nya( melahirkan kita di dalam kitab Luh Hul Mahfuz). Beranak (melahirkan) disini bukan bererti Allah melahirkan kita sebagaimana  ibu kita  melahirkan kita. Ertinya disini, sebelum kita lahir, Allah sudah terlebih dahulu melahirkan kita didalam ilmuNya atau melahirkan kita dalam kitab luh hul mahfuz!. Jangan pula disalah erti Allah beranak pinak pula sebagaimana beranak pinaknya makhluk (sebagaimana ibu kita melahirkan kita).

 

Orang cerdik pandai zaman sekarang, mudah sangat menghukum dan menuduh dengan tuduhan yang tak masuk akal. Dalam hal ini, ada seorang hamba Allah yang bernama  md sidek mohamed lam yang menuduh saya mengatakan Allah itu beranak pinak?. Saya sedikitpun tidak berkecil hati atas tuduhan itu, cuma rasa sedikit terkilan, kerana masih ada lagi  orang seperti itu, setelah lama belajar makrifat. Jika iapun nak buat tuduhan biarlah yang berasas yang betul. Saya bukan apa, saya kuatir kepada anak buah yang baru nak mula-mula berjinak-jinak dengan ilmu makrifat, tiba-tiba ada pula komen yang sebegini, nanti mereka yang baru-baru nak berjinak-jinak itu akan rasa tidak selesa.

 

“Ibu minyak wangi mengatakan bahawa “jika kita mengaku kita Islam, bererti kita belum Islam dan jika kita mengucap kalimah syahadah, bererti kita belum mengucap”

 

Dari busuknya ibu minyak wangi itu, jangan pula kita tuduh melulu, tanpa mendengar penjelasan atau tanpa melihat maksud disebaliknya. Maksud guru-guru terdahulu itu, adalah begini;

 

Mana muungkin kita boleh mengaku yang kita Islam dan mana mungkin kita boleh megucap dua kaliman syahadah, jika diri kita tidak ada, mulut kita tidak ada dan mata kita tidak ada!.  Yang bersifat ada itu, adalah hanya sifat Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh mengaku diriNya Allah dan hanya Allah sahaja yang boleh mengenal Allah!.

 

Contohnya seumpama sebilah pisau. Pisau telah mereka cipta sarongnya dengan seindah rupa. Pisau mencipta sarong untuk dijadikan sarang tempatnya bersemayam. Bilamana sarong pisau itu sudah siap, maka masuklah pisau itu bersemayam didalam sarong itu. Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri. Apa bolehkan sarong pisau itu mengenal pisau?. Sedangkan sarong itu sendiri, dicipta oleh pisau.  Layakkah sarongn pisau mengenal pisau?. Sebelum sarong dibuat dan sebelum sarong dicipta oleh pidsau, pisau dudah lama wujud dan sudah lama ada. Layakkah sarong mengenal pisau?. Mana mungkin barang baharu (muhadas) boleh mengenal yang asali (kadim)?. Cuba jawab…………………………………………

 

Itu makanya ibu minyak wangi, mengatakan bahawa, yang mengenal akan Allah itu, adalah Allah itu sendiri.  Kita selaku sarong, tidak akan sekali-kali mengenal pisau. Setelah siap sarong, pisaupun bersarang dan bersemadilah didalamnya, tanpa disedari dan tanpa dikenal oleh sarong!.

 

Kita selalu mengenal alat, tetapi kita lupa untuk mengenal pencipta alat!. Itu sebabnya kita selalu mengaku kita yang bersembahyang, tetapi kita tidak pernah ambil tahu untuk mengenal pencipta sembbahyang. Kita mengaku kita yang bersyahadah, sebenarnya pernahkah kita ambil tahu untuk mengenal pencipta syahadah.

 

Jika kita tidak kenal pencipta sarong, kita tidak kenal pencipta sembahyang, kita tak kenal pencipta syahadah dan tidak kita tidak kenal pencipta Islam, bagaimana kita nak bersolat, bersyahadah dan mengaku sebagai Islam?. Bererti tuan-tuan belum bersolatt, bererti tuan-tuan belum bersyahadah dan tuan-tuan belum Islam.

 

Inilah yang dimaksudkan oleh ibu minyak wangi. “Yang bersolat itu, ertinya belum bersolat, yang bersyahadah itu belum bersayahadah dan yang mengaku Islam itu, belum Islam”. Yang boleh mengaku solat, yang boleh mengaku Islam dan yang boleh mengaku bersolat itu, adalah orang yang kenal Allah!. Jika tuan-tuan tak kenal Allah,  siapa yang tuan-tuan sembah didalam solat?, cuba jawab……………………..

Sebelum kita Islam, Allah telah terlebih dahulu Islamkan kita sedari azali. Begitu juga orang Kristien atau budha, sebelum mereka Budha atau Kristien itu, sebenarnya Allah telah terlebih dahulu mengkafirkan kita sedari azali. Jika kita mengaku yang kita itu yang bersolat, berpuasa, yang beramal, Islam dan sebagainya, bererti kita telah mendahului Allah. Sebenarnya Allahlah yang mendahului kita, samaada kita itu kafir atau Islam!!

 

Itu sebab, Tok Kenali menyatakan dan menegaskan kepada anak muridnya bahawa jika kamu berkata kamu yang bersolat, bererti kamu belum bersolat dan jika kamu mendakwa yang kamu itu berpuasa, bermakna kamu belum puasa. Jika kita mendakwa kita yang ingat kepada Allah itu, bererti kita belum ingat kepada Allah. Yang mencipta solat sebelum kita bersolat itu, adalah Allah didalam ilmuNya atau didalam kitab luh hul mahfuz, kenapa kita hendak mengaku yang bersolat itu kita?. Apa ada pada kita, jika ianya tidak ditetapkan oleh Allah untuk kita bersolat sedari dulu?. Tambbahan pula apalah ertinya bersolat, jika bersolatnya kita itu dengan tidak mengenal tuan yang mencipta solat.  Cuba jawab……………………………………..

 

Tak kenal itulah sebenar kenal, tak ingat itulah sebenar ingat, tak sembahyang itulah sebenar sembahyang dan tak Islam itulah sebanar Islam!. Jika kita tilik dengan mata kasar melalui imbasan pandang mata kasar, memang ibu minyak wangi itu, teramat busuk dan hapak. Berat bumi ini, berat lagi kenyataan ibu minyak wangi. Itu makanya tidak hairan, ramai pada mulanya muduh saya bodoh, sesat, salah dan gila!. Menuduh saya meletakkan pisau dileher sendiri.

 

Sebenarnya tuan-tuan tidak pernah belajar cara-cara untuk menghurai atau kaedah untuk menterjemah ibu minyak wangi. Tuan-tuan tidak pernah belajar cara-cara mengadun ibu minyak wangi yang hapak dan busuk itu, supaya menjadi jernih, menjadi bersih, menjadi harum dan menjadi wangi serta sedap bilamana dipakai. Jika tuan-tuan tidak pandai untuk mengadun ibu minyak wangi supaya jadi harum, jangan sekali-kali tuduh orang bodoh atau sesat!.

 

Pada jam 12,39, 26hb August, saya mendapat talipon dari seorang sahabat (03-7951 9690), yang mengatakan bahawa setelah dia terbaca karangan ibu minyak wangi, barulah dia faham apa yang selami ini dia tidak faham!. Sungguh jelas dan terang.

Pada jam 12.45, saya telah mendapat panggilan dari seorang yang paling dekat dihati saya, meminta saya tarik balik kenyataan ibu minyak wangi.

 

Bilamana saya baca blog, saya dapati md sidek mohamed lam pula menuduh saya sesat. Dan bilamana baca lagi blog, ada yang mengatakan saya tidak layak dan dipatut untuk membuaka atau bercerita ibu minyak wangi. Petangnya pula sahabat dari Kedah cal, minta ditarik balik. Dalam pada itu, saya megambil keputusan untuk keluarkan karangan itu dari blog. Tidak sampai lima minit, saya masukkan semula kedalam blog dan setelah setengah jam kemudian saya tarik balik sehinggalah kepada saat ini, jam ini, tarikah ini dan hari ini, saya megambil keputusan nekad untuk memperjudiakan nasib, dengan terus mempamirkan, mambuka dan menjual ibu minyak wangi peninggalan Tok kenali kelantan. Biar apa yang terjadi, namun undur tidak sekali. Sekali melangkah tetap akan kulangkah, biar tapak kakiku berdarah lantaran tajamnya hujung pedang tuan-tuan, namun ku sangggup pertaruhkan nyawa demi agama tercinta. Sebagaimana kata pepatah melayu alang-alang mandi biar basah sekali. PERTARUHAN JIHAT KEPADA JALAN ALLAH ITU, adalah nyawa dan darah!. Berpatah sayap bertongkat paroh, namun mundur tidak sekali. Sekali aku melagkah, akan tetap aku melagkah, sekalipun petir membelah bumi!

 

Kata-kata saya kali ini, adalah kata-kata yang meyembeleh leher saya sendiri dan seumpama meletakkan pedang keleher saya sendiri. Namun saya tidak gentar walau sedikit. Sudah menjadi adat dalam setiap berjuang mesti ada halangan dan dugaan, apa lagi perjuangan dalam bidang dijalan fisabilillah. Pepatah Melayu ada mengatakan, patah sayap bertongkat paroh, namun gentar dan mundur tidak sekali-kali. Demi agama, demi bangsa yang tercinta, demi Islam yang sebenar jati dan demi tauhid, demi mengEsa dan demi mengAhadkan Allah Taala hanya nyawa dan darah sahaja yang menjadi pertaruhanku.

 

Kebanyakan orang yang tidak tahu untuk mencampur ibu minyak wangi supaya menjadi harum, itu sebab itu mereka selalu menuduh sesat. Bagi pengemar minyak wangi dan orang yang dahagakan minyak wangi, ibu minyak wangilah yang mereka cari. Dari segelintir yang tidak menerima faham, tidak mingkin saya nak korbanyak yang banyak!. Masih ramai yang mahu mencedok ibu minyak wangi dari wagian Hj Shaari, kenapa harus saya menjaga hati orang yang tidak faham makrifat dengan menafikan hak mereka-mereka yang dahagakannya!.

 

Yang mengenalkan kita kepada Allah itu, adalah Allah.. Yang menjadikan kita Islam atau kafir itu adalah pencipta. Yang menjadikan kita beribadah, beriman, berilmu, bersyahadah, berpuasa, berkahwin, makana, minum, hidup, puasa, dan yang menjadikan hidup dan yang menjadikian kita matinya itu, adalah pencipta hidup dan pencipta mati!. Jika kita tidak kenal Allah, bagaimana kita boleh mengaku kita bersolat, bersyahadah, puasa, sembahyang, zikir atau mengaku kita sebagai seoranng Islam?. Tuan-tuan belum solat semasa bersolat, belum syahadah semasa bersyadah, belum puasa semasa berpuasa, belum berzikir semasa berzikir dan belum Islam semasa tuan-tuan Islam, sekiranya tuan-tuan belum mengenal Allah………………………………………….

 Inilah yang dimaksudkan oleh ibu minyak wangi Tok kenali Kelantan, bahawa “ingat itu belum ingat, solat itu belum solat, syahadah itu belum syahadah, puasa itu belum puasa dan Islam itu belum Islam!”.

Kita tidak layak mendahului Allah dengan mengaku kita itu kuat dan kita itu gagah. Sedang sebenar yang kuat dan yangn gagah itu Allah. Kita tidak layak mengaku yang  kita itu beribadah, sedangkan yang  sebenar-benar beribadah itu Allah. Kita tidak layak mengaku yang kita mengenal Allah (makrifat), sedangkan yang sebenar-benarlayak untuk mengenal Allah itu, adalah Allah itu sendiri. Kita tidak layak untuk mengaku yang kita Islam, sebenarnnya yang layak menetapkan kita Islam atau kafir itu, adalah Allah. Sebelum kita bersyahadah, sebenar yang terlebih dahulu bersyahadah  untuk kita itu, adalah Allah, Allah dan Allah………………………………………

 

Barang siapa yang mengaku makrifat (mengenal Allah) itu, sesungguhnya mereka belum makrifat (jika belum mengenal Allah)!. Yang mengaku mereka Islam itu, sebenarnya mereka itu belum Islam (jika tidak mengenal Allah). Islam sebenar itu, adalah Islam yang mengenal penciptyanya (Allah).

Berjuang dalam agama itu, pertaruhannya adalah darah dan nyawa. Lihat sahaja Baginda Rasulullah, perjuangan Baginda Rasulullah itu, adalah pertaruhannya adalah darah dan nyawa. Sehingga dipulau, dihalau keluar dari Kota Mekkah, dibaling batu semasa berdakwah sehingga berdarah, yang darahnya menjadi alas kaki, disisih, dikejar, dihalau dan diperangi oleh masyarakat setempat!. Inikan pula saya yang kerdil lagi hamba.

 

Tuan-tuan sekarang amat beruntung dan amat bertuah, kerana mendapat ilmu makrifat denngan secara mudah (menuai padi yang telah saya semai), iaitu hanya dengan baca apa yang telah saya tulis dari ilmu yang pernah saya tuntut selama berpuloh-puloh tahun. Saya rasa tuan-tuan amat bertuah dan saya juga rasa saya amat bertuah  kerana berkesempatan untuk mewangikan tubuh tuan-tuan dengan ibu minyak wangi Tok kenali.

Pada mereka yang belum pernah minum manis, mereka tidak dapat menilai kemanisan yang saya rasa!. Pada zahirnya kelihatan agak ganjil dan luar biasa, maklumlah sebelum ini tak pernah diajar orang. Tambahan pula dengan membuka dan menjual ibu minyak wangi yang sememangnya busuk, saya rela menghadapai sebarang kemungkinan dan lebih rela berhadapan dengan sebarang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa, sekiranya ilmu yang saya sampaikan ini didapati bersalah, asal saja wangian Tok kenali ini, sampai ketubuh tuan-tuan (saya rela)!. Kemungkinan itu, sudah saya siap!, sudah siap sedari azali, jika itulah kehendakNya…………………………………………….

 

Untuk itu, saya minta kepada semua penuntut ilmu makrifat Tok Kenali yang mengikuti blog saya diseluruh dunia, jangan sekali-kali kita mengaku yang kita itu alim, lebai, pandai, ulamak, Islam, sembahyang dan bersyahadah kira kita belum mengenal Allah Taala. Berkaryalah, berdakwahlah, bertabliklah  dan berjihadlah dijalan Allah dalam  keadaan mengenal Allah Taala. Hidup atau mati kita itu, biarlah dalam kedaan mengenal Allah!. Kita tidak punya apa-apa, segala-galanya milik Allah Taala.

 

Adapun kita itu, sebenarnya terkemudian dari Allah. Allahlah sebenar-benarnya yang mendahului kita!. Ingat itu!. Jangan kita mengaku hebat, yang hebat itu Allah. Jangan kita mengaku melihat, yang melihat itu Allah, jangan kita mengaku ada, yang sebenar ada itu Allah. Jangan kita mengaku mengenal Allah, sesungguhnya yang mengenal Allah itu, adalah Allah sendiri!. Jangan kita mengaku kita yang meyembah Allah, sesungguhnya Allahlah yang menyembah Allah (kerana diri kita sudah tidak ada dan sudah tidak wujud). Yang meyembah dan yang disembah itu, adalah Allah jua (Allahlah yang meyembah Allah). Begitulah seterusnya, jika nak dibilang, jika nak dihitung, jika nak dijumlah, jika nak dikira dan jika nak dipaparkan satu persatu, lima hari lima malampun tak habis.Cukuplah dengan kata yang sedikit itu dan dengan satu dua kiasan itu, hendaknya tuan-tuan beroleh faham dan ambillah iktibar darinya!.

 

Penghujung makrifat itu, adalah tidak lagi makrifat (mengenal Allah). Hanya Allah sahaja yang mengenal Allah (hanya Allah sahaja yang mengenal diriNya).  Mulai hari ini, marilah kita semua, jangan lagi bergaduh sesama sendiri dengan menuduh orang itu sesat, orang ini salah, orang itu tak kena dan orang ini tak betul!. Segala-galanya adalah dari ketentuan Allah belaka. Apa yang saya tulis pada hari ini, punjuganya sudah tertulis dalam ilmu Allah sedari azali. Segalanya marilah sama-sama kita pulang diri kita kepada asal, iaitu dari Allah, kepada Allah dan dengan berserta Allah. Jika kita pergi ketingkatan yang lebih tinggi lagi, sudah tidak ada lagi perantaraan bahasa perkataan daripada, kepada atau bersama Allah, melainkan ahad, ahad dan ahad…………………………………….

SEGALANYA SUDAH BERLALU

Semua ketetapan Allah itu, sesungguhnya sudah berjalan, sudah terjadi dan sudahpun berlaku sedari dulu. Sekarang ini, bukan lagi zaman berjalan ketatapan Allah. Berjalan atau berlakunya ketetapan Allah itu, adalah sudah berlalu dan sudah berlaku semasa azali lagi. Adapun zaman ini, ketika ini, masa ini, saat ini dan hari ini, adalah zaman keyataan Allah. Iaitu zaman nyatanya Allah pada sekalian makhlukNya.

Zaman dulu, siapa nak menyatakan Allah (siapa yang hendak mengatakan yang Allah itu ada). Zaman dulu alam tidak ada, kita tidak ada dan makhlukpun tidak ada. Bilamana semuanya tidak ada (Tidak wujud dan belum wujud), siapa yang hendak menyatakan yang Allah itu ada, biarpun Allah itu benar-bennar ada!.

Lalu berkatalah Allah Taala dengan perkataan “kun” maka Fayakunlah segala-galanya dengan berkeadaan siap.Kita belum lahir kedunia, sebenarnya Allah dah lahirkan kita kedunia diLoh Hul Mahfus, kita belum mati, Allah dah matikan kita diLoh Hul Mahfuz, kita belum melakukan pekerjaan atau perbuatan baik atau pekerjaan buruk, sebenarnya Allah dah lakukan baik dan buruk itu di kitab azali (luh Hul Mahfuz) dan kita belum sembahyang, sebenarnya kita sudah disembahyangkan oleh Allah diLoh Hul Mahfuz begitulah seterusnya.

Kerja Allah itu, sesungguhnya sudah selesai dan sudah siap!. Kerja Allah sudah terlaksana sedari azali. Terhadap kita dan kepada seluruh alam, zaman ini adalah masa untuk menyatakan Allah, bukan masa atau bukan zaman untuk menyatakan perbuatan atau kelakuan baik atau buruk!..

Zaman ini, bukan lagi zaman perlaksanaan perintah Allah. Perintah Allah telah berjalan dan sudah berlaku sedari zaman “kun Fayakun”. Zaman ini adalah zaman untuk menyatakan Allah, menyatakan Allah dan menyatakan Allah………………………..

Ingat pesan saya ini, selama-lamanya hendaklah diingat dan diyakini!. Segalanya sudah siapa berlaku. Zaman ini bukan zaman uji kaji Allah atau bukan zaman (eksperimen) Allah. (maaf saya tak pandai nak eja perkataan “eksperiment” dalam bahasa orang putih, janji ada bunyi seakan-aakn orang puithpun jadilah ya!.

Allah tidak payah dan Allah tidak perlu nak buat kita sebagai tempat uji kaji, dengan berbagai-bagai cobaan, dugaan, bencana, kemiskinan, kesusahan,cabaran atau suka duka yang kita alami itu, bukan bertujuan Allah untuk menjadikan kita sebagai tempat uji-kajiNya. Allah tidak perlu untuk menguji tahap keimanan atau tahap ketahanan kita. Sebelum Allah ujipun, Allah dah sedia maklum dan sudah sedia tahu akan daya ketahana kita. Allah dah tahu akan kesangkupan kita sedari mula-mula Allah ciptakan kita (tak perlu Allah uji menguji kita). Jika Allah masih bersifat nak menguji kita, seolah-olah Allah itu, belum tahu keupayaan, ketahanan atau kesangggupan kita. Seumpama Allah itu masih tak tahu daya tahan kita, samaada beriman atau engkar!.

Zaman ini adalah zaman kenyataan Allah (zaman nyatanya Allah). Bahawa Allah itu nyata. Dijadikan jin dan makhluk manusia itu, adalah bertujuan untuk menyatakan Allah, bukan dijadikan kita itu, bertujuan untuk dijadikan tempat uji kaji Allah.

Selepas tuan-tuan baca karangan hasil nukilan daripada titik peluh air tangan saya (peninggalan Tok Kenali dan Mohd Yusof Cik Wook) ini, Jangan lagi tuan-tuan mengatakan yang segala musyibah, penyakit, percobaan dan penderitaan yang kita alami, yang kita tangggung dan yang kita lalui itu, merupakan ujian Allah. Allah tidak perlu menguji kita, kerana Allah sudah sedia tahu!. Pokoknya segala peristiwa dan setiap perkara yang berlaku itu, adalah bertujuan untuk menyatakan bahawa diriNya adalah Allah Rabbbul alamin!.

Akhir sekali, apa-apa yang berlaku itu, sudah tidak lagi berlaku, apa-apa yang terjadi itu, tidak lagi terjadi. Segala-galanya sudah siap berlaku dan sudah siap terjadi, sudah siap, sudah siap dan sudah siap……………

Ibu ilmu yang saya paparkan pada hari ini, adalah kenyataan berani lagi terbuka (keterbukaan) saya itu, saya rasa akan menimbulkan banyak tomahan, banyak bangkangan atau tuduhan yang akan saya terima. Semasa saya mula buka penutupnya sahaja, tuan-tuan sudah tak tahan dengan bau  hapaknya,  inikan pula menjual ibu minyak wangi!. Tetapi adat dalam perjuangan, kita tidak perlu gentar kepada sesama makhluk (melainkan takut kita itu hanya pada Allah). Adat pertempuran dimedan peperangan, semestinya ada menang dan ada kalanya kalah. Ada kalanya kita tidak kecundang oleh mata pedang, malahan ada kalanya kita kecundang hanya oleh seekur nyamuk. Apa-apapun segalanya sudah siapa sedari azali.

 

Jika tidak sekarang saya dedah atau jika tidak sekarang saya jualkan ibu minyak wangi, sampai bila lagi nak saya tunggu?.  Apakah nak tunggu saya mati dulu, baru nak dijual atau nak didedahkan?. Masa itu sudah terlambat. Sebelum saya tutup mata dan pergi buat selama-lamanya, saya tidak mahu ilmu atau ibu minyak wangi yang ada didalam dada saya ini, ikut serta terkubur bersama jasad saya, dikala itu menyesal sudah tidak berguna lagi!.

Ini baru saya buka penutup botol ibu minyak wangi (baru buka penutup), belum lagi buka habis. jika saya buka habis seluruh botol, saya kira saya tidak lagi tinggal disini. Cukuplah dulu sekadar buka penutup botol, itupun sudah macam mahu kiamat, orang itu kata begini, orang ini kata begitu. Berbagai-bagai orang dan berbagai-bagai ragam yang saya jumpa setelah saya buka ibu minyak wangi, itu baru sedikit, kalau saya buka banyak, entah apa akan jadi.

 

Saya kira, apa yang telah saya paparkan itu, saya tidak nampak ianya bercanggah dengan sunnah dan Al-Quraan. Sekiranya ada juga terdapat silap dan tersalah dalam kaedah menyusun bahasa semasa saya berkarya, saya ,menyusun jari sepuluh minta ampun dan maaf. Dalam niat yang baik untuk kita sama-sama sampai kepada Allah (makrifatullah), kita tidak berkecuali dari difitnah, dipandang serong oleh sesetengah pihak. Saya redha kera itu sudah kehendak Allah.

 

Terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi. Dengan penjelasan itu, hendaknya tidak lagi menimbulkan fitnah. Amin drp Hj Shaari 12.34 malam

 

Advertisements

22 comments on “IBU MINYAK WANGI

  1. Assalamualaikum rabiatuladawiyah semoga Allah swt senantiasa merahmati kamu. dan Tuan Guru Hj.Shaari. Rabiatuladawiyah ” Adakalanya benda yang kita lihat, Kita baca, Agak sukar untuk kita fahami maknanya. Maka janganlah khuatir. INGATLAH, Walaupun hari ini kita tidak faham, Insyallah hari esok kita akan faham. Masa, Pengalaman dan ILMU akan mengajar kita,dari masa ke semasa. InsyAllah, Allah swt akan memberi kita faham, Jika kita benar2x berhajatnya.. Allahuma amin ya Allah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s