Ini ada satu lagi hamba Allah, yg blh dibuat guru. Sila buat komen

Rahman
makrifattokkenali.com/ x
azzohry@gmail.com
1.9.129.56

Tajuk hebat menyeramkan tp sayang isinya tak seberapa kalau setakat ini penjelasan Tn Hj belum kenal sebenar2 kenal.Tn Hj ceritakan lg sejauh manakah yg dikatakan kenal sebenarnya kenal.saya berani katakan Tn Hj hanya boleh bercerita setakat Asma,sifat & afaal shj.persoalannya? bagaimana dgn Zat!

Advertisements

35 Replies to “Ini ada satu lagi hamba Allah, yg blh dibuat guru. Sila buat komen”

  1. beginilah en.rahman…..tuan menyatakan penjelasan tn. hj shaari belum lagi kenal sebenar2 kenal…dan tuan juga BERANI menyatakan tn.hj shaari hanya boleh berceita….allah maha hebat…saya berani cabar kehebatan tuan pula untuk bercerita…..silakan

    Like

  2. Salam Tuan kalau kita masih menceritakan pasal zat tuan masih tidak mengenal diri lagi kerana tuan masih ada sifat keakuan lagi . Orang yang mengenal diri dan mengenal allah dengan nyata adalah orang yang yang diri tiada wujud , tiada hidup kecuali hayyun allah dan tiada daya bergerak kecuali pengerakan allah belaka . Oleh itu yang sebetulnya apabila diri ini tiada yang ada allah , kalau diri ini mati yang ada hayyun allah dan oleh itu apabila orang yang mati bagaimana nak cerita pasal zat lagi (layak untuk makhluk sahaja ) apabila mengenal allah semuanya nyata allah belaka .

    Like

  3. Assalammualaikum….
    Wow…. Nak juga saya belajar berkenaan Zat Allah jika tuan rahman tahu. Tetapi setahu saya didalam Hadis Qudsi, Allah Berfirman… BERFIKIRLAH KAMU TENTANG UJUD KU, DAN JANGAN KAMU BERFIKIR TENTANG ZAT KU.
    Sesungguhnya, Allah telah memberi ingat iaitu ZatNya jangan dicari… Kalau dicari juga nanti………
    Amin.

    Like

      1. wahai manusia, katakanlah apa yg engkau ingin katakan.. kata2 kamu itu sdh tertulis di loh mahfuz.. cuma biarlah ALLAH yg berkata2 itu dan engkau manusia biarlah kosong dan fana.. bila ALLAH yg berkata2 jgnlah engkau marah.. jgn smpi engkau merasa.. tiada yg tinggi mahupun rendah, semuanya fatamorgana hanya ALLAH yg Maha Tinggi.. MasyaALLAH..

        Like

  4. salam tn hj dan semua…izinkan saya memberikan komen tetang apa pertayaan tn rahman….saya bersetuju dgn tn hj.tentang zat allah…setakad yg saya faham dari belajar makrifat ini…baik dr tn hj dan lain guru…saya sendiri tidak pernah belajar tentang zat allah dan setahu saya allah tidak berzat…allah itu adalah allah..allah tidak perlu kepada zat…zat adalah bersifat makluk..cuma dari sudut pandangan dan panggilan atau sebutan untuk mudah memahami tentang menyatakan allah…itu yg saya faham…jadi minta maaf,sekiranya ada yg boleh menerangkan tetang allah itu berzat sebagaimana tn hj saya pun ingin belajar dari tn rahman.setakad ini yg allah nyatakan dan memberi saya faham tentang zat allah…allah tidak berzat…allah adalah allah……sekian

    Like

  5. Salam Tuan Guru dan sahabat2 seperjalanan , setahu saya kalau ada pun orang nak menceritakan mengenai zat, ada yang saya tengok mereka EJA sebagai DZAT merujuk kepada ALLAH dan manusia dieja sebagai ZAT. Ini pun kalau pembelajaran mereka begitu. Ini jelas sebagai untuk membezakan ALLAH dengan MAHLUK sebab tu ejaannya ada dua. satu ZAT dan satu DZAT. Apapun , I am not interested kepada DUA DUAnya. SAYA HANYA TAHU ALLAH YANG MAHA ESA. ITU SAHAJA. Yang lain , saya tak tahu kerana RASUL PUN TAK TAHU ***nota: yang setakat yang RASUL TAHU SAHAJA. Saya juga begitu, setakat yang saya tahu sahaja. Saya rasa tuan ni, bandingkan manusia dengan ALLAH. ALLAH melihat, manusia melihat. TAPI mungkin tuan terfikir ALLAH melihat mcm manusia, mendengar macam manusia. begitulah seterusnya……….JANGAN SEKALI melihat sifat yang ada pada diri……ILMU YANG TUAN TAHU SETAKAT YANG TUAN TAHU AJE. seolah setitik nila dilautan. Mana sama, ALLAH ITU SELUAS LAUTAN ILMUnya (ini pun nak bagi tuan faham aje).

    Like

  6. Assalam tn guru Rahman…Hamba pun teringin juga rasanya nak berguru dengan tuan.Mungkin juga ramai di luar sana yang dahagakan air tangan tuan guru..

    Like

  7. Salam Tuan Guru dan Rakan2 seperjalanan , Semua ini YANG TUAN GURU RAHMAN SEBUT , Asma,sifat & afaal shj.persoalannya? bagaimana dgn Zat! – mana satu yang ALLAH beritahu itu merujuk DIA. Sedangkan nama ALLAH itu sendiri ialah bahasa Arab untuk menyebut ALLAH yang ESA. Dulu orang Melayu sebut TUHAN YANG MAHA KUASA atau TUHAN YANG MAHA AGONG. Orang Jawa panggil GUSTI.

    Bak kata Tuan Guru, anjing panggil anaknya makan bahasa anjing, kucing panggil bahasa kucing, Mat salleh panggil bahasa mat salleh tetapi apapun anaknya tetap datang makan….KITA RUMUSKAN , ini semua bahasa menunjukkan BAHASA yang kita sebut sebut aje. Bak Kata TUAN GURU, gelas tak pernah kata dia GELAS tetapi manusia yang panggil dia gelas. Apa pun semua ini menjurus menunjukkan KEESAAN ALLAH

    Like

  8. Agungnya En. Rahman… NamaNYA yang diguna… Rasanya En Rahman yang perlu bercerita. Yang tahu perlu memberi tahu. Jangan yang Tahu menyalahkan yang tak Tahu. Kerana Dia sebenar-benarnya yang memberi Tahu.

    Like

  9. Assalamualaikum izinkan diri yang kosong ini berkongsi mengenai tajuk Zat.SYAHADAT adalah merupakan himpunan antara SIFAT KITA menjadi kepada kita ISTINJA namanya dan ertinya bersuci.Sebenar_benar ISTINJA itu RAHASIA kita ertinya tidak syak lagi di dalam makrifat kita siang dan malam bila nafas kita masuk hendaklah kita berhakekat dengan RAHASIA yang QUDDUS,bila nafas kita keluar hakekat kita bahawa kita telah menerima dengan penerimaan yang putus di jadikan manusia.Telah berkata syeikh Darji R.A :Barang siapa yang tidak tahu hakekat dirinya,kafir lah dia.Ketahuilah apa yang di katakan SIFAT dan apa yang di katakan ZAT.Allah itu apa?Muhamad itu apa?Manusia itu apa dan JASMANI itu apa kepada kita?dan manusia itu apa ?dan Muhamad itu apa kepada Allah?Maka kita kira yang di kenal itu apa?bukan sifat .SIFAT itu ada kepada Allah,dan Allah apa kepada SIFAT?BERFIRMAN ALLAH KEPADA MUHAMAD :Engkaulah SifatKu dan Aku ZATmu>Muhamad itu lah SIFATkU yang Zahir,Engkaulah ya muhamad gantiKu yang mempunyai Sifat itu.Engkaulah bernama Muhamad,AKUlah yang bernama TUHAN.kemudian bertanya Muhamad:Wahai Tuhan ku bagaimana aku hendak mengenal ENGKAU?Berkata Allah lagi:Hai kekasihKu muhamad ,pandanglah sifatmu niscaya bertemulah engkau dengan AKU.Ku JADIKAN sifatmu kerana AKU ADA.berkata muhamad;Hai Tuhanku,ada MU itu kepada SIFATMU.Kemudian firman Allah:Hai kekasihKU muhamad,ada AKU itu kepadamu,ada mu itu kepadaKU,kerana AKU.yakni engkau di dalam AKU dan AKU di dalam hukummu.berkata muhamada;Hai Tuhanku…Apakah yang di katakan nyawa itu?Firman Allah lagi:Hai muhamad kekasih KU,yang di katakan nyawa itu sifat KU dan SIFAT KU itu ada lah dirimu.berkata muhamad:Hai Tuhanku apakah yang di katakan sebenar -benarnya SIFAT?Firman ALLAH :itulah ROHmu.berkata pula muhamad:Hai tuhanku apa kah yang di katakan sebenar-benarnya ZAT itu?firman ALLAH….:Sepertinya engkau baru bangun tidur,di saat engkau sedar pada dirimu itulah bernama diri Zat.Bernama lah ia ZAT ALLAH SWT.Umpama besi di dalam api,semuanya menjadi merah,maka hilanglah sifat dan rupa besi oleh merahnya api,hanya mersahnya saja yang kelihatan,adalah yang demikian itu semata-mata ZAT ALLAH,SIFAT ALLAH DAN AFAAL ALLAH apabila di tetapkan syuhudnya dan di kersakan syuhudnya di dalam keadaan kita yang demikian nescaya hilanglah keadaan kita serta tidak tertinggal bekas-bekasnya kembali kepada tiada@maqam fana fillah dan baqa billah.Semoga kita dapat berkongsi di lipatan pengetahuan Allah yang tiada sempadan.

    Like

      1. Semasa pertemuan kita pada malam itu, saya dah berpesan kepada tuan, Jgn lagi duduk pada tangga torikat!. Nampaknya tuan masih lagi berpegang dengan ilmu torikat biarpun pada malam itu, tuan sudah mengaku faham!. Jika betul tuan faham, kenapa masih berbalik kepada torikat!. Jika tuan masih duduk pada tahap torikat, saya nasihatkan kepada tuan, agar jangan sekali-kali bercakap tentang makrifat! (duduk pada tahap torikat tetapi nak bercakap tentanng makrifat), nanti sumbang bila didengar orang.

        Tambahan pula bilamana tuan telah membenarkan tulisan rahman!, bermakna kedudukkan iktikad tuan dengan rahman adalah sama (berfahaman sama). Bermaknanya diusini, percakapan dan pengakuan tuan pada malam itu, adalah hanya sekadar lafazan dibibir shj dan bukannya kefahaman yang dihati yg putus. Saya kira kefahaman tuan pada malam itu, adalah kefahaman yang putus, ternyata pengakuan tuan itu, hanya permain dibibir!.

        Apa-apapun saya tidak menyalahkan tuan dalam hal ini. Itu adalah pendapat tuan, segala pendapat itu, adalah benar belaka. Cuma, sebagai sahabat, ada kalanya kita ini salin nasihat menasihati. amin drp hj shaari

        Like

    1. Benar!. Adapun istilah yang puan gunakan itu, adalah ilmu pengajian pada peringkat torikat (tahap torikat)!. Setelah kita sampai kepada tahap makrifat, kita tidak lagi membilang-bilang zat, sifat, afaal atau asma’, Jika kita masih lagi berkeadaan membilang-bilang atau jika kita masih lagi berkeadaan berkira-kira,itu tandanya puan masih dalam tahap torikat (mencari dan belum berjumpa dgn stesyen atau belumberjumpa parking!).

      Bagi pengajian makrifat yg putus, tidak ada bezanya zat dgn sifat, tidak ada bezanya afaal dengan asma, tidak ada bezanya kain denga warna, tidakada bezanya antara siang dengan amalam dan tidak ada bezanya antara garam dengan masin!. Jika masih ada beza antara zat ,sifat,afaal dan asma’, itu ertinya belumputus danbelum bulat!, Belum laisa kamislihi syaiun!.

      Saya nak tanya puan, siapa sebenarnya muhamad?. Siapa sebenar roh dan siapa sebenarnya nyawa?. Bilamana besi sudah lebur didalam api,apakah terllihat lagi besi?. Kenapa tersebut lagi sifat besi,bilamana lebur?. Baca semula ayat yang puan tulis (ini ayast puan sendiri);
      “nescaya hilanglah keadaan kita serta tidak tertinggal bekas-bekasnya kembali kepada tiada@maqam fana fillah dan baqa billah”. Bilamana tiada, apakah masih lagi berkehendak kepada nama, sifat,afaal atau zat makhluk?.

      Kepada sahabat saya Muhamad Sidek lam yg sependapat dengan tulisan zee, saya kira tuan juga adalah sebagaimana yg saya katakan semasa pertemuan kita pada malam itu!. Pengajian dan pegangan tuan itu, adalah pengajian pada tahap torikat. Adapun tulisan dan pengajian ilmu yg saya paparkan ini, adalah tulisan dan ilmu yang duduk pada tangga makrifat!. Ilmu makrifat, sudah tidak lagi membilanng roh atau nyawa!. Roh dan nyawa itu masih bersifat asap,bukan bersifat api!.Adapun ilmu makrifat itu, adalah ilmu api yg tidak lagi berdalil asap!. Kalau nak bercakap tentang asap, selama manapun puan tidak akan tersentuh api!.

      Tinggallah perkara asap, mari kita duduk dalam ilmu api!. Adapun perkara Zat, sifat,afaal dan asma’ dan sudah tidak lagi membilang roh atau nyawa, melainkan semua itu adalah satu (perkara sama). Keempat-empat perkara itu adalah satu pada hakikatnya, bukan berdua, bukan bertiga dan bukan berempat!. Ia adalah satu jua.

      Apa-apapun saya mengucap terima kasih kepada kak zee (sahabat saya ditermerloh), kerana penerangan yang baik, tetapi penerangan itu, adalah penerangan yang masih lagi duduk pada kedudukkan ilmu torikat!.

      Orang yang duduk pada tangga makrifat, sudah tidak lagi membilang sifat,afaal,asma’ atau zat, kedudukan itu, adalah kedudukkan yang masih berada pada tahap yang bersifat makhluk, ruangan kita ini adalah ruangan makrifat yang membicarakan “tidak lain selain Allah”. Jika sudah tidak ada yg lain selain Allah,buat apa lagi masih nak berdalil dgn selain Allah!……………………….

      Like

  10. jika tuan masih berkira-kira siapa yg hebat….bermakna idtikat tauhid tuan juga masih terumbang ambing….macam yoyo……..saya nak tanya tuan……apakah hebatnya tuan bila dapat melihat?apakah hebatnya tuan bila dapat mendengar?apakah hebatnya tuan bila dapat berdiri?…..usah di diduga lautan dalam kalau kail pjg sejengkal…….ibarat kambing menanduk bukit…bukit tak runtuh tanduk yg patah………

    Like

    1. Tuan, jika kita bersifat hamba, kita tidak layak mengaku kita kuat, kita gagah, kita berdiri atau kita yanng bersifat besar. Sifat kebesaran itu, adalah sifat Allah. Dgn kuasa dan kudrat siap tuan berdiri atau bertutur?. Jika kita sebagai hamba jangan berlagak sebagai tuan. Kail kita pendek (hanya sejengkal sekalipun panjang), jika kail kita pendek, jangan lautan ilmu Allah hendak dibanding-bandingkan!.

      Like

  11. terimakasih tuan guru Hj Sharii. atas ilmu yg tuan berikan. terjawab sdh pertanyaan yg mengganjal di hati saya: perahu memuat seluruh samudra. mencari api membawa pelita. mencari air memikul air. kain putih tertutup warna putih. kain hitam tertutup warna hitam. ayam jago berkokok dalam telor.
    jawabannya : lamaujuda bilhaqi illloh

    terima kasih tuan guru
    jazakallohu khoiron katsiron

    Like

  12. berkata2lah kamu wahai manusia, semua itu sdh tertulis diloh mahfuz, cuma biarlah ALLAH yg berkata2 itu, jgnlah terlekat dgn perasaan mu.. biarkan semua berlaku tanpa mengena perasaan mu,, ALLAH sdg menguji DiriNYA sendiri.. Subhanallah..

    Like

  13. Salam Tuan Guru dan Sahabat2 seperjalanan, Semua ini YANG TUAN GURU RAHMAN SEBUT , Asma, sifat & afaal , dan juga ZAT adalah ciptaan manusia dalam perjalanan manusia mencari TUHANnya sahaja. Saya dengan yakin mengatakan yang ada HANYA ALLAH YANG MAHA ESA

    Mari kita tengok makna ayat ini – Man ‘arafa nafsahu, ‘arafa rabbahu, faqad ‘arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya…

    Dan Saidinna Ali RA pernah mengatakan: Aku menyembah Allah yang aku nampak…Pada sisi aliran fekah serta aliran orang yang mahu memahami satu-satu ucapan atau perkataan secara lafzi semata-mata (termasuklah ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis bukan hanya kata-kata hikmah tertentu sahaja), mana boleh kan? Nampak Allah yang disembah sebab Allah tu laisa kamitslihi syai’un, ertinya Allah itu tidak sama dengan segala sesuatu

    ULAMAK MCM Tuan Rahman akan kata Saidinna Ali tak betul. Maka itu jgn suka komen aje. kena faham betul betul apa yang Tuan Haji Shaari sampaikan. Saya nampak segala yang disampaikan Tuan Haji Shaari dan yakin ITU LAH ILMU MENGENAL ALLAH. Segalanya ALLAH, dan Segalanya KEESAAAN ALLAH BELAKA. Selagi Tuan Nampak syaitan dan Iblis, maknanya Tuan Belum kenal ERTI KEESAAN ALLAH. ALLAH ITU YANG MAHA ESA DAN MAHA SEGALA NYA, tak ada satu perkataan boleh menggambarkan ITU ALLAH, cuma saya kenal HANYA ALLAH YANG ESA dan segalanya ALLAH. dan TIADA SELAIN ALLAH

    Awak nak kata ada Iblis ke , Sayaitan Ke , Dajjal Ke ? Semua saya nampak keesaan ALLAH. Tiada selain ALLAH.

    Like

    1. Saya terlihat ada kefahaman yang hebat didada tuan. Benar sebagaimana yang tuan katakan, kita ini tidask ada, yanng ada adalah hanya Allah Taala. Keberadaan kita inipun, hanya bayang, apa ada pada bayang?……………………………………..
      terima kasih walli allah, pewaris wali sogo

      Like

  14. salam untuk semua. ..Telah lama saya mengikuti siri demi siri malah tidak pernah ketinggalan…Mengapakah Tn Guru Rahman masih lagi berhujah ..menghentam orang lain..Kalau beliau benar-benar mengenal Zat Allah keluarkan blogs agar kita sama-sama bolih belajar…tentang Zat yang beliau kata beliau Arif bin Tahu mengenai perkara tersebut..Paling tidak keluarkan buku karangan Tn Guru Rahman mengenai Zat Allah. Tak tahu lah pulak kalau rakan diluar dah baca buku tersebut boleh kita kongsi bersama..T.kasih

    Like

  15. Cerita mengenai zat sifat asma afaal itu kira2nya diperkenalkan kepada ahli ato murid yang baru dalam proses pelajaran agar supaya mudah mendapat faham … tetapi bagi yang sudah memahami tidak perlu lagi kepada itu , kerana Allah tidak ada zat sifat asma afaal …itu hnya sekadar untuk mmberi faham semasa dalam pejalanan belajar.
    Sekiranya masih berkira2 dengan masalah itu menandakan masih lagi berada dalam kesamaran….masih lagi berkehendakkan zat , sedangkan yg berkehendakkan itu masih lagi rasa ada , hidup…sedangkn bagi yg telah mati tidak tidak ada apa2 lagi kecuali Allah…
    Jadi teliti baik2 itu hnyalah kaedah ato jalan kepada matlamat… susurilah dulu , jangan mudah berperasangka .

    Like

  16. Ayahanda Hj Shaari. bila anakanda baca dlm tulisan tajuk martabat 7, pada perkataan yang keras sedikit iaitu “MUHAMMAD ADALAH PERTAMANYA” yakni Nuhammad itu adalah salunan zatNya yang pertama dari diriNya Yg Original. Allah tak bagi kita kenali diriNya yg asali yg asal. lalu Dia buat salinan pertama dan kita ini adalah salinan dari salinan pertama. Jika saya tersasar pohon tuan guru betulkan ys

    Like

    1. Cuba tuan perhatikan benih kelapa. Setelah dia tumbuh jadi batang, adalahkah ianya berupa batang durian, pastinya yg keluar menjadi batang itu, adalah juga batang kelapa kerana asalnya benih kelapa.

      Tumbuh dahan daun, buah dan bunganyapun tetap kelapa selama-lamanya. Tidak lain dari kelapa, biarpun asalnya dari benih yg kosong dan berubah menjadi batang sehingga kepucut.
      Begitu juga dengan iri kita!. Jika asalnya dari Muhamad, maka selama-lamanya tetap Muhamad…………………………sekalipun berubah bentuk atau tempat………………………….drp hj shaari

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s