DIMANAKAH HARAMNYA ANJING dan DIMANA HARAMNYA BABI?

DIMANAKAH HARAMNYA ANJING dan DIMANA HARAMNYA BABI?

 

Haramnya anjing!

Bilamana menyentuh anjing dalam sama-sama berkeadaan kering, ianya tidak mendatangkan haram. Bilamana salah satunya darinya basah, barulah ianya bertukar menjadi haram!. Adakah haramnya anjing  itu disebabkan oleh kerana bercampurnya dengan air, maka ianya menjadi haram?.

Pada asalnya, antara anjing dengan kita, boleh salin bersentuhan bilamana kedua-duanya berada dalam keadaan sama-sama kering. Bilamana salah satunya dalam berkeadaan basah (bercampur air), barulah ianya menjadi haram. Kering sama kering tidak haram. Bilamana salah satu darinya basah atau kedua-duanya basah, ianya akan menjadi haram. Dimanakah haramnya?, adakah haram itu pada kulit tangan, adakah haram itu pada kulit anjing atau haram itu pada air?.

Jika haram itu terletak pada anjing, kenapa bilamana anjing itu dalam berkeadaan kering (sama-sama kering), ianya tidak menjadi haram?. Bilamana salah satunya berkedaan basah atau kedua-duanya dalam berkeadaan basah, baru dikatakan haram!. Sedangkan yang basahpun anjing dan yang keringpun anjing yang sama  (kenapa bilamana basah baru dikatakan haram?). Anjing tetap anjing biarpun dalam keadaan basah atau dalam berkeadaan kering!. Biarpun basah dan biarpun kering, tidakkah yang dipegang itu tetap seekor anjing dan tidakkah tangan yang memegang itu, adalah tetap dari tangan yang sama. Dimanakah terletak haramnya anjing itu?. Pada kulit anjing kah, pada tangan kita kah atau pada air kah?.

Bilamana salah satu dalam berkedaan basah, ianya menjadi haram. Sedangkan basahpun anjing yang sama dan keringpun dari anjing yang sama (sama-sama berasal dari anjing yang sama). Sebagai contoh, kita simbah air zam-zam pada anjing, kemudian kita sentuh!. Jika hendak dikatakan haramnya anjing itu berpunca  dari air, mustahil air zam-zam yang boleh dibuat minum itu, boleh menjadikan anjing itu haram. Tambahan pula air yang kita gunakan itu adalah air zam-zam yang boleh dibuat minum dan yang boleh dibuat air sembahyang!.

1)     Soal: Dimanakah haramnya anjing?

Jawab: Adapun haramnya anjing itu, adalah terletak pada “basahnya”. Pada suluhan ilmu makrifat, haramnya anjing itu, bukan terletak pada airnya, bukan terletak pada kulit tangan dan bukan terletak pada kulit anjing. Haramnya anjing itu, adalah terletak pada basahnya.

Permasalahannya disini, apakah maksud perkataan “basah”?.  Bilamana basah, kita selalu merujuk kepada perkara air. Sedangkan mengikut suluhan ilmu makrifat, pengertian basah itu, bukan merujuk kepada air!. Basah disini adalah merujuk kepada maksud “tidak suci” atau “tidak putus” atau  “tidak khatam” atau  “tidak habis belajar” atau “pengajian belum tamat” atau “kepercayaan belum belum yakin!. Basah disitu, mengambarkan sesuatu pengajian atau tuntutan ilmu yang belum kering, belum tamat dan belum selasai.

Contoh:

Seumpama kita menulis dengan dakwat basah, pastinya kena tunggu kering dulu baru boleh dipegang dengan tangan. Sekiranya kita baru tulis dan terus kita pegang dengan tangan, pasti tulisan itu akan tercemar dan terpadam. Sekiranya dakwat tulisan itu sudah kering, peganglah sekuat mana sekalipun tulisan itu tidak akan tercemar dan utuh sebagaimana asal!.

Begitu juga dengan maksud basah. Maksud basah disini, adalah merujuk kepada orang yang belum kuat berpegangan kepada agama, pengajian yang belum putus atau pembelajaran ilmu yang belum tamat. Yang masih dalam keadaan was-was, percaya atau tidak percaya itu, masih dalam keadaan sama berat atau sama banyak dan tingkatan ilmu yang masih mentah (belum matang atau belum putus). Itulah maksud, erti dan terjemahan kepada perkataan basah.

Yang dimaksudkan kepada basah itu, contohnya kita hendak mengerjakan sembahyang, dalam masa kita hendak mengerjakan sembahyang, hati kita berada dalam keadaan ragu-ragu, was-was dan samar-samar samaada ingatan kita kepada Allah itu benar-benar betul atau sebaliknya atau hanya sekadar menyebut nama atau juga sekadar ikut-ikutan. Erti, makna dan maksud basah itu, adalah apabila ingatan kepada Allah berada didalam keadaan was-was atau ragu-ragu. Inilah yang dikatakan haram atau basah. Haram mengerjakan sesuatu yang kita belum pasti atau yang kita tidak yakin. Inilah yang dikatan maksud, erti atau makna basah (haram).

Seumpama kita mengerjakan solat, tetapi kita tidak tahu siapa yang disembah, kita tidak tahu siapa tuan yang empunya solat dan tidak tahu siapa pencipta solat. Sekiranya kita tidak tahu  dan tidak kenal siapa pencipta solat, disinilah yang dikatakan haram, iaitu mengerjakan barang sesuatu yang kita sendiri tidak tahu dan barang yang kita sendiri tidak yakin. Inilah pengertian kepada perkataan basah!. Adapun erti basah itu, adalah bermaksud pengajian atau keyakinan yang tidak putus atau belum tamat (khatam).

Inilah kiasan atau pengertian haramnya anjing itu, iaitu pada basahnya. Inilah maksud yang dikatakan haramnya meyentuh anjing diketika salah satu darinya basah atau kedua-duanya basah. Yang dimaksudkan dengan perkataan basah itu, adalah erti tidak kering. Manakala erti, maksdud atau pengertian perkataan tidak kering itu pula, adalah bermaksud merujuk kepada ilmu yang tidak tamat, ilmu yang tidak putus, ilmu yang tidak habis dan tidak yakin dengan ilmu yang diamal. Seolah-olah kita mengamal ibadah yang bercanggah antara ilmu dengan amal (perbuatan). Iaitu ilmu yang sama sekali tidak mengenal amal. Iaitu mengerjakan ibadah dengan tidak tahu dan mendirikan ibadah dengan tidak faham (buat dengan membabi buta).

2)     Soal: Mana haramnya babi?

Jawab: Adapun haramnya babi itu, adalah kiasan kepada babi yang didalam hati kita. Babi yang bermaksud dengki kianat, busuk hati, mengumpat orang, keji mengeji, cela mencela orang, bergaduh dengan jiran, marah-marah (panas baran), tendang kucing, curah air asid atas belakang lembu, iri hati kepada kekayaan jiran, selalu bercakap bohong, tak tepati janji dan sebagainya. Inilah kiasan kepada perkara haramnya babi (kinzir), iaitu yang merujuk kepada haram hati yang  ada didalam dada kita. Haram yang ada didalam dada kita itu,  adalah haram yang  melebihi haram yang ada pada tubuh anjing dan babi.

Jika anjing dan babi itu dikatakan haram, sedari dulu lagi Allah tidak jadikan atau tidak ciptakan anjing dan babi. Melainkan diciptakan anjing dan babi itu, adalah sebagai kiasan, sindiran atau sebagai gambaran maklumat kepada haramnya hati seseorang yang busuk.

Apa-apapun, jangan pula setelah kita belajar maksud sebenar haram anjing dan babi itu, bermakna kita dibolehkan  pegang anjing dan makan daging babi pula. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh meyentuh anjing dalam berkeadaan basah dan tidak boleh memakan daging babi!. Kita kena patuh kepada syariaat atau hukum feqah. Adapun suluhan dari sudut pandang ilmu makrifat itu, adalah bagi mengajar kita supaya tahu dimana hakikat haram yang sebenar dan mengajar kita supaya tahu dan sedar bahawa dimanakah yang dikatakan haramnya anjing dan babi!.

Haramnya anjing itu, adalah kerana ada tersimpan sifat buruk didalam dada. Manakala haramnya makan babi itu, adalah merujuk kepada memperbuat perkara-perkara keji. Haramnya anjing itu, adalah kiasan kepada adanya perasaan buruk didalam dada hati. Manakala haramnya babi itu, dikias atau dirujuk kepada perkara yang terzahir pada perbuaan.

Kedua-dua perkara itu, adalah haram. Samaada niat buruk itu berada didalam dada, apa lagi kiranya niat buruk itu diperbuat atau diperzahirkan.  Haramnya anjing itu, adalah dimaksudkan kepada niat buruk yang ada didalam dada. Manakala haramnya babi itu, adalah dimaksudkan kepada niat buruk yang ada tersimpan didalam dada kita, kita perzahirkan dengan kelakuan (iaitu bilamana sifat buruk itu, dibuat dengan kelakuan).

Dalam pengajian ilmu makrifat itu, kita tidak boleh menzalimi anjing mahupun babi, apa lagi kucing. Selepas dan setelah tuan-tuan belajar ilmu makrifat, hendaknya jangan lagi anjing, dibaling batu. Anjing juga makhluk Allah kenapa kita hendak membenci ciptaan Allah. Anjing tidak minta dilahir sebagai anjing.  Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya tuan-tuan dicipta sebagai anjing, mahukah tuan-tuan dibaling batu?. Cuba jawab?…………………………

Anjing dan babi itu, adalah kiasan atau tamsil Allah kepada kita. Jika tidak ada anjing dan babi, mana mungkin kita mengenal haram!.  Jika tidak ada hitam, mana mungkin kita kenal putih. Jika tidak ada anjing dan babi, mana mungkin kita kenal haram!.

Advertisements

21 Replies to “DIMANAKAH HARAMNYA ANJING dan DIMANA HARAMNYA BABI?”

  1. Anjing yang basah… Ramai yang tak beri pegang….
    Babi yang haram ramai tak berani sentuh apatah lagi makan…
    tapi..
    Arak yang haram masih ramai yang minum dan mabuk.

    Orang terdahulu menyatakan ‘sedetik melupakan Allah’ kafirlah ia.
    Sedangkan kesan arak boleh menyebabkan…
    Kita lupa segala-galanya termasuk lupakan Allah.

    Maaf kalau tersilap… Boleh Tuan Guru huraikan sedikit.

    Like

  2. Assalamu’alaikum Ustaz! saya murid ustaz yang hina ini nak buat sedikit pembetulan. Sebelum itu maafkan saya jika saya silap. Sebenarnya anjng dan babi jika kita sentuh sama ada basah atau tidaknya bukan “haram” yang menjadi persoalannya. Saya “rasa” istilah najis atau tidaknya yang jadi persoalan. di sini harap mendapat pembetulan ustaz.

    Like

  3. Yang menjadi haram itu bukanlah sentuhan tetapi adalah jika dijadikan makanan kita. Itulah maksud haram dan bukan sentuhan sama ada ada air atau tidak itu tak kisahlah. Tetapi article ustaz yang selanjutnya adalah satu ilmu baru bagi saya dan dapat menambahkan kiasan yang sedia ada

    Like

    1. Maaf tuan Muhammad bin Ramli bin Awang bin Ishak bin Jalaluddin Al-Fatoni : kalau haram itu pada makanan dan bukan pada sentuhan, apakah sentuh laki2 @ wanita2 yang bukan mahram itu adalah haram hukumnya?

      Like

  4. menyentuh anjing dalam keadaan basah tak haram dan tak berdosa. Cuma perlu wajib suci dengan samak mengikut kaedah Syari’at Islam.

    Like

  5. salam..tn hj dan sahabat2 sekelian.trimakasih pada tuan hj krna dgan tulisan tuan hj dan komen2 sahabat di luar sana sya beroleh faham…sesungguhnya yg memberi faham adalah ALLAH…….cuma atas alasan prbualan sya ucap trimakasih dgan ujudnya blog ini.

    maaf sya tak bijak menutur kata tapi sya memang suka apa yg tn hj coretkan .minta tn hj buka lagi botol ibu minyak wangi itu

    Like

  6. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan sahabat2 seperjalanan. Sebenarnya saya tak tahu!!! Cuma dalam keadaan darurat , ketiadaan makanan yang mendesak, dua2 pun tak haram. Cuma ada pelajaran dari dua2 Kejadian ALLAH yang ESA ini. Beribadah kepada ALLAH lurus macam BABI dan TAAT macam Anjing. Babi sejarah nya dalam bahtera nabi NOH adalah ALLAH jadikan untuk mmbersihkan NAJIS2 yg berada dalam bahtera nabi NOH, mungkin nabi NOH haramkan semua pengikutnya makan selepas kejadian itu hinggalah ke hari ini sebagai mengenang JASA BABI. Anjing saya tak ada cerita, tapi kalau tengok perangainya seolah ianya sahabat manusia yang sanggup berkorban nyawa kerana tuannya dalam byk kesah. Jadi ianya bukanlah binatang yang dibuat makanan. Tradisi tradisi jadi pedoman dan ikutan manusia. Manusia atau alias ulamak yang membuat hukum, jadi byk yg saya tak tahu. sebagai orang Islam, saya ikut sahaja – Haram makan, dan Najis untuk disentuh sekiranya basah. Tapi semasa saya di US, ramai orang2 ARAB yang pakai baju kulit BABI dan bawa masuk dalam masjid. mereka kata najis kalau basah……kering tidak. Jadi tuan2 sendiri tilik, basah najis. Jadi, kalau tengah pakai kena HUJAN bagaimana? bila kering tidak. Jadi banyak benda benda YANG KITA SEBENARNYA TAK TAU !!!

    tapi cuba tuan2 singkap rahsia zaman Rasulullah. Anjing yg digunakan berburu kenapa binatang yg dibunuh oleh anjing itu tak ada cerita samak (cuci dengan tanah, dan boleh dimakan). Zaman Syeikh Jamidil Kubro (AL-Hussaini) ke trengganu dan kelantan, kapal nya hampir karam dan diselamatkan oleh ALLAH melalui ikan kekacang. Maka beliau LARANG (bagaimana kalau saya guna ayat HARAMKAN?) 7 keturunan beliau makan ikan itu. Saya juga mempunyai larangan ini 7 keturunan dilarang makan ikan TAPAH, kerana ikan ini allah hantar untuk selamatkan keturunan WALI dari sebelah keturunan AL-HASSANI semasa pelayaran . Ini semua ada cerita sebalik cerita.

    Kita ambil contoh air yang boleh dibuat bersuci) . Saya ambil contoh air Air Mutlaq:

    Air Mutlaq ialah air yang suci lagi menyucikan YANG KEKAL dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

    Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut . (CUBA TUAN TUAN TILIK AIR PAIP YANG TELAH SENGAJA DIBUBUH ALUM dan CHLORINE boleh lagi ke dikategorikan sebagai AIR MUTLAQ). Nah , apa pun hukum manusia buat semua boleh berubah. Jadi Tuan Tilik sendiri.

    Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    “Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan” .

    Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

    Orang2 yang ikut SYIAH dilarang makan INTERNAL ORGAN BINATANG ! IKAN IKAN YANG TAK BERSISIK (contoh pari , keli). Kerana Pari bukan pun kita panggil IKAN kerana tak bersisik tapi MAMMALIA kerana ia beranak. Juga dilarang makan ikan yang hampir mati dan terapung. DILARANG disini macam boleh tukar perkataan dan guna diharamkan.

    Like

  7. salam……
    ALLAH maha mengetahu di belakang mahupun si hadapan kamu…
    ilmu ALLAH luas tak terjangkau oleh akal fikiran kamu….
    tidaklah ALLAH ciptakan sesuatu tanpa manfaatnya(gunanya)…
    secara logikal marilah kita renung dgn akal shja….
    maafkan sy tuan hj jika saya tersilap penulisan ini…
    HARAM yg mudah difahami bermaksud ALLAH melarang keras atau TIDAK BOLEH..
    AMBIL CONTOH;
    lelaki dan perempuan bukan muhrim tidak oleh bersentuh ALLAH kata hukumnya HARAM.. Maksudnya di sini bukan lelaki itu haram atau bukan pula perempuan itu haram… TAPI ada sebabnya kenapa sesunggunnya ALLAH Maha mengetahui…supaya tidak berlaku ini,itu,dan begini…..
    begitu jgk dgn haramnya anjing dan babi…mesti ada sebab musababnya yg tersendiri itulah ALLAH MAHA BIJAK SANA,,, sekiranya ALLAH menhalalkan anjing,babi,atau biawak sudah tentu boleh menjejaskan kesihatan,,,, bukan sahaja kesihatan mungkin melemahkan kerohanian pasal tu Islam di haram memakannya..
    ALLAH MEMBUKTIKAN KEBIJAKSANAANNYA…
    ALLAH TAK PERNAH LUPA MENGERJAAKAN SESUATU
    BESAR MAHUPUN SEKECIL ZARAH SEMUA DALAM PENGETAHUAN NYA..
    ALLAHU AKHBAR

    Like

  8. Haramnya anjinh dan babi itu terletak pada basah…itulah kebenaran , iaitu basah ianya sifat yang perlu ditanggalkan dibuang ato dihapuskan dari hati kita….umpama sifat anjing ianyasangat suka kepada salakkan , begitu juga dengan orang sentiasa menyalak apabila setiap kiinginannya tidak dipenuhi , ada sahaja yg akan keluar pd perkataanya yg tidak akan menyedapkn telingayg mendengar…
    Begitu juga sifat babi kotor….jdi kotor yg mana ,? Yg didalam hati itu..yg berbaur dengki kianat cemburu dn bgainya…
    Allah jdikan setiap haiwan itu supaya menilik perangai sifatnya agar tidak meletakkn pada hati …tapi bukanlah untuk menganayai haiwan itu , iapun makluk Allah sama punya hati perasaan…

    Like

  9. Dalam surah Al maidah Allah menghalalkan makan makanan buruan olih anjing dengan syarat kita sebut dengan namaNya..

    Dalam surah Al Kahfi Allah menceritakan beberapa orang pemuda yang beriman pada Allah yang tidor bersama anjing mereka dalam gua selama 200 tahun lebih..

    Tidak ada nas yang mengatakan ajing itu haram dalam AlQuran..kalau anjing menangkap binantang buruan sudah pasti binatang itu basah dengan aor liurnya..jika di gigit air liur angjing pasti masuh dalam darah dan tubuh binatang itu..Tapi Allah telah tetapkan binatang itu halal di makan..tidak pula Allah kata Haram…

    Begitu juga apabila tidur bersama anjing…pasti anjing menjilat tubuh tuannya…didah di prrintah haram…

    Tangan dan kulit manusia tidak pernah kering..ianya tetap basah kerana peluh…

    Dalam hadist Nabi SAW menyatakan bahawa seorang perempuan pelacur memberi minum anjing dahaga dalam kasutnya akan masuk syurga. Tidak pula di katkan najis dan perlu samak.

    Dalam hadist..terdapat “beberapa” ekor anjing masuk dalam masjid dan kencing dalam masjid..tapi Nabi tidak perontak para sahabat membersihkannya…walhal dalam satu hadist yang lain seorang baduin kenching dalam masjid Nabi arah dengan segera memasuh nya..

    Satu hadis di mana anjing menjilat bekas makanan sahabat ..Nabi arah bekas itu di basuh 7 kali dan sekali dengan tanah..persoalannya apa kena megena anjing jilat tubuh manusia dengan jilat bekas makanan?

    Imam malik…guru pada imam syafii mengatakan tidak haram mebela anjing…dan tidak ada dalam kitab imam syafii yang kata anjing itu haram…

    Ya ada hadist lain tentang anjing perliharaan dan maklaikat tak masusuk rumah yang ada anjing tapi tidak ada nas yang kata anjing itu haram

    Like

  10. Bodohnya orang beriman jika takkenal yang haram oleh Allah.. Babi dan setiap bahagiannya dan keturunannya haram..minum arak haram..makan riba haram..makan hasil judi haram..makam binatang hidup dua alam haram..makam binatang yang makan mangsanya dengan taring dan menyambar haram…tapi 95 % UMAT ISLAM MAKAN RIBA..RAMAI UMAT ISLAM MAKAN TELOR PENYU…DAN SEBAGAINYA…DNA BAI DI KATAKAN HALAL…PINGGAN BONE CINA YG DI BUAT DARI TULANG BABI HALAL…INILAH KEBODOHAN MANUSIA…

    Like

  11. JAKIM mengeluarkan fatwa berkenaan hukum menyentuh benda najis terutamanya anjing TANPA KEPERLUAN adalah HARAM. Fatwa yang dikeluarkan ini berlandaskan sebuah fatwa yang telah dikeluarkan oleh salah seorang ulama besar mazhab Syafi’ie iaitu al-Imam Syamsuddin al-Ramli -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘Nihayah al-Muhtaj’:

    التضمخ بالنجاسة وهو حرام.
    (نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج, كتاب الجنائز, التعزية لأهل الميت سنة, شروط صحة صلاة الجنازة)
    Maksudnya: Meletakkan (atau menyentuh) najis pada anggota badan adalah haram.

    NAMUN ada segelintir yang mencemuh fatwa ini yang kononnya JUMUD, contohnya menghalang para doktor atau pakar bedah menyentuh benda-benda najis seperti darah dan seumpamanya. Ada yang lebih sinis, tak boleh cebok atas bersihkan kemaluan setelah buang air di tandas.

    Sebelum membuat kenyataan yang kurang berasas, seseorang itu perlu memperhalusi maksud fatwa yang dimaksudkan oleh Imam al-Ramli. Sheikh al-Syabramullisi telah menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Imam al-Ramli tersebut, kata beliau:

    فإن التضمخ بالنجاسة إنما يحرم حيث كان عبثا
    (حاشية الشبراملسي على نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج, كتاب صلاة الجماعة وأحكامها, فصل في صفة الأئمة ومتعلقاتها)

    Maknanya: “Meletakkan (atau menyentuh) najis hanya diharamkan yang mana ianya perkara yang sia-sia.”

    Like

  12. Selalu habis baca tapi tak pernah Khatam,
    lalu bila mahu dikhatamkan kalau muka pertama dibaca udah sampai berhari,berbulan malah bertahun masanya,
    makin dibaca makin ” Aku tidak tahu “.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s