Dimana Haramnya Arak?……………………………….

DI MANA HARAMNYA ARAK?

Arak itu diperbuat dari anggur yang bercampur dengan air. Anggur dan air, tidak haram!. Anggur boleh dibuat makan dan air juga boleh dibuat minum. Manakah yang dikatakan anggur atau air itu haram?.

Ada orang yang mengatakan bahawa haram itu, bilamana ianya diperam. Setahu saya, semasa hayat ibu saya dahulu, dia pun ada melakukan proses peram untuk menjadikan tempoyak dan budu. Hendak buat tapai, sama ada tapai ubi atau tapai beras, juga diperam. Selepas diperam baru jadi budu, tempoyak atau tapai. Tetapi, kenapa tempoyak, tapai atau budu  tidak haram bila diperam?.

Bermaknanya di sini, arak itu haram, bukan pada airnya, bukan pada anggurnya dan bukan pada peramnya. Jadi, dimanakah haramnya arak itu?.

Apa-apapun yang hendak saya ketengahkan untuk tatapan semua, iaitu mengenai perkara lalai, lupa dan alpa kepada Allah, iaitu kepada yang tidak minum arak itu. Apakah dan bagaimanakah hukumnya bagi mereka-mereka yang lalai kepada Allah tanpa minum setitik arak?. Sememang dan selayaknya orang yang minum arak itu lupa kepada Allah. Mereka lupa kepada Allah kerana bersebab, iaitu sebab minum arak!. Tetapi yang menjadi kemusykilannya, bagaimana dengan orang yang tidak minum arak?. Orang yang tidak minum arak boleh sampai lupa Allah, apakah hukumnya?.

Kata kita, solat itu tanda ingat kepada Allah. Sedangkan, ingat itu hendaklah mendahului solat, bukannya solat mendahului ingat!. Bukannya solat dahulu, baru ingat, tetapi yang sebetulnya ingat dahulu barulah solat!. Kebanyakkan kita ini, bukan sahaja mabuk, lupa, lalai dan tidak ingat setelah minum arak, tetapi dalam masa bersolat pun boleh tidak ingat Allah. Apakah hukumnya?.

Orang yang minum arak itu, sudah tentu lupa kepada Allah, tetapi yang menjadi persoalannya di sini, bagaimanakah hukumnya, jika orang yang tengah sembahyang, tidak ingat kepada Allah?. Satu perkara lagi, bagaimanakah caranya hendak ingat Allah?. Adakah dengan hanya menyebut namaNya itu,  telah dikatakan sudah cukup ingat kepada Allah?.

Soal: Apakah maksud mabuk dan apakah maksud arak?

 

Jawab: Mabuk disini, bukam nerujuk kepada anggur, bukan merujuk kepada air,  bukan merujuk kepada peram dan bukan merujuk kepada minum. Mabuk disini adalah merujuk kepada lupa dan merujuk kepada lalai kepada Allah Taala.

 

Lalai dan lupa (tidak ingat) Allah itulah pengertian, makna atau maksud kepada perkara mabuk!. Cuba tuan-tuan bayangkan, apakah air itu mabuk?. Air tidak memabukkan, anggur tidak memabukkan dan peram juga tidak memabukan dan minumpun tidak memabukkan jika minum itu hanya satu titik!.

 

Permasalahan mabuk disini, bukan merujuk kepada perkara minumnya arak tetapi mabuk disini adalah merujuk kepada lupa atau lalai kepada Allah. Arak itu, adalah percampuran diantara minum air, buah angguir dan peram.  Ketiga-tiga itu, adalah perkara yang dihahalkan didalam Islam dan hukum. Tetapi yang menjadi haram pada suluhan ilmu makrifat itu, adalah perkara lupa dan lalai kepada Allah Taala.

 

Yang menjadi kita lupa dan lalai kepada Allah itu, mestilah bersebab dan mestilah berkerana?. Sebab apa kita lupa dan kerana apa kita lupa kepada Allah?. Kita tidak minum arak sekalipun, sesungghnya  kita selalu dalam berkeadaan lupa kepada Allah. Lupa dan lalai kepada Allah itu, bukan dikeranakan atau bukan disebabkan minum arak, tetapi dikeranakan atau disebabkan tidak mengenalnya kita kepada Allah Taala dan bukannya kerana minum arak.  Bila tidak mengenal Allah, maka semestinya kita lupa kepada Allah. Untuk tidak lupa kepada Allah, hendaklah kita mengenal Allah.

 

Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah tuan-tuan ingat kepada Allah?. Sekiranya tuan-tuan tidak mengenal Allah,  bererti tuan-tuan tidak akan ingat kepada Allah. Bilamana tidak ingat kepada Allah, itulah tandanya mabuk!. Inilah istilah mabuk yang difaham oleh golongan-golongan arifinbillah tentang arak!.

Pengertian  sebenar-benar mabuk itu, adalah bagi mengambar mereka-mereka yang tidak ingat kepada Allah. Tidak ingat (mabuk) kepada Allah dalam  keadaan tidak minum arak itu, adalah  lebih zalim dari mereka yang benar-benar tidak ingat (mabuk) kepada Allah semasa dalam keadaan sedang  minum arak!.

Untuk mengelak mabuk yang disebabkan oleh kerana tidak minum arak, hendaklah kita mengenal Allah. Hanya dengan cara mengenal Allah sahaja, menjadikan kita ingat (tidak mabuk)  selamanya  kepada Allah.

 

 

18 Replies to “Dimana Haramnya Arak?……………………………….”

  1. Tn hj,
    Pokok segala galanya ialah lalai,lupa dan hilang akal.Kenapa jd lupa,lalai dan hilang ingatan?Tidak lain drp perbuatan membinasakan diri sendiri.Minum arak,kalau tak mabok,apa bezanya dgn air teh atau kopi.Kalau minum kopi atau teh,dan kita menjadi mabuk,maka hukum haram terkena atas kita.
    Kalau arak tidak memabukkan,ia bukan bernama arak.Kalau pasti arak itu mabok,maka peminumnya akan dihukum.Sama juga kalau minum kopi atau teh atau seven Up dan coca cola,kalaulah memabukkan,maka terhukum ia sebagai haram.
    Persoalan disini adakah sipeminum tahu minuman itu mendatangkan mudharat sehingga memabukkan.Sngaja atau tidak sengaja perbuatan kita itu,terserah pada keikhlasan hati.Jadi yg haram sebenarnya ialah perbuatan kita,bukannya arak atau anjing atau babi.Kalaulah anjing daan babi itu haram,agaknya salahlah Tuhan menjadikannya.
    Jadi siapa yg menempah untuk menjadi lupa,lalai dan hilang akal adalah terhukum dgn sendirinya.Juga yg memakan daging babi dan menyentuh anjing tidak akan terhukum sekiranya ia tidak membawa kpd kecacatan aqidah.
    Wallahualam.

    Like

    1. Tuan telah didapati berani membuka rahsia Allah, itulah sebaiknya. Kenyataan tuan itu, adalah kenyataan yang berani!. Saya takut untuk menmceritakan sebagaimana tuan. Syabas sahabatku, mari kita dokong bersama ilmu makrifat sehingga kehujung nyawa!. Benar kata tuan itu, haram dan mabuk itu, adalah terletak pada takrifan lalai dari mengingati Allah dan bukan tertakluk kepada perkara makan atau sentuh. amin

      Like

  2. Salam tn haji… izinkan sy mencubanya…
    Haram bkn pd mknan atau selain diri..
    Haram itu terletak pd diri sendiri yg lalai atau lupa diri/kesedaran diri..
    Kerana jika tdk kenal diri maka tak kenallah kt akan ALLAH…
    ORG MAKRIFAT tak takut mati tetapi takut lalai drpd mengingati ALLAH..

    Like

  3. Maha Suci Tuhan Yang Maha Mengetahui,

    Wahai Ayahanda Tuan Hj Shaari yang Ariff, izinkan hamba memberi pendapat…

    Pada pendapat hamba yang lagi sahaya ini, Babi, Anjing dan Arak itu HARAM nya terletak pada HUKUM ! Bukan pada kejadiannya ! Sesungguhnya, jika Tuhan itu mengharamkan Babi atau anjing atau arak, maka TIDAK akan wujudlah diri babi atau diri anjing atau diri arak itu.

    Umpama Babi,

    HARAM nya babi bukan pada kejadiannya, kerana jika haram kejadian diri babi itu maka haramlah akan kejadian Tuhan. Jika kejadian Tuhan itu haram, maka tidak akan wujudlah diri babi itu. Dek kerana Tuhan tidak mengharamkan kejadian diri babi itu, maka wujudlah babi itu !

    Haram babi bukan pada kejadiannya. Haram babi pada HUKUM. Bila jatuh hukum? Jatuh hukum bila kita sentuh atau bila kita makan babi. Jika tidak disentuh atau jika tidak dimakan, maka tidaklah jatuh hukum haramnya. Jatuh hukum haram ke atas siapa? Jatuh hukum haram ke atas orang yang memegang atau orang yang memakan babi ! Bukan jatuh hukum haram ke atas diri babi !

    Kenapa jatuh hukum ke atas diri orang yang memegang atau orang yang memakan babi? Jatuh hukum kepada mereka kerana, merekalah “orang” yang menjadi tempat tujuan tamsil (perumpamaan) babi itu ditujukan. Bukan tamsil babi itu ditujukan untuk diri babi. Segala Hukum (Syariat) dan segala tamsil itu tertuju kepada diri manusia itu sendiri.

    Apa itu HUKUM ? Hukum bermakna Syariat. Syariat itu bermakna Undang-undang atau Peraturan. Apakah syariat yang hendak ditamsilkan melalui babi?

    Syariatnya ialah; Tidak Boleh (Haram) jadikan diri kita zahir dan batin seperti diri babi yang “keji” hanya tahu makan, berak, tidur dan makan lagi hingga mati kekenyangan, malah jika tiada makanan, babi sanggup makan tahinya sendiri atau tahi babi lain semata-mata untuk kenyang ! Haram jadikan diri kita, seperti diri babi yang buruk rupa (SIFAT), buruk PERBUATAN, buruk NAMA (Babi) dan buruk akhlak (ZAT) yang hanya tahu menyondol untuk mendapat apa yang diinginkan, meskipun hidung tempat bernafas (nyawa) terus penyek dek kerana suka menyondol termasuk menyondol anak sendiri !

    Jika babi itu tidak haram pada kejadiannya apakah ianya boleh disentuh atau dimakan? Tidak boleh! Haram! KECUALI dalam keadaan DARURAT !

    Apakah itu darurat? Darurat itu adalah hal keadaan yang tidak lagi tertakuk kepada undang-undang atau hukum. Jika sudah tidak tertakluk kepada hukum bermakna, segala hukum itu sudah tidak lagi mendatangkan mudarat kepada seseorang !! Bila sudah tidak mudarat, maka segalanya Selamat !

    Selamat itu maknanya Islam ! Bagaimana mencapai Islam (Selamat) ? Dengan jalan MENGENAL ! Mengenal apa ? Mengenal Allah ! Bagaimana mengenal Allah ? Mengenal Allah dengan jalan Mengenal Diri. Bagaimana Mengenal Diri ? Mengenal Diri itu adalah dengan cara melupakan segala sesuatu perihal makhluk. Bila segalanya telah dilupakan, inilah umpamanya Mati ! Bila segala sesuatu perihal makhluk itu telah dilupakan atau telah “di MATI kan, maka yang nyata atas segala sesuatu itu adalah Allah !

    Maka kita dituntut untuk belajar ilmu Mati Sebelum Mati ! Mati Sebelum Mati inilah tamsilan Syariat yang disyariatkan dari hal babi, anjing dan arak !

    Ilmu Mati Sebelum Mati Inilah yang diajarkan oleh Ilmu Makrifat Tok Kenali. Belajar kenal hakikat haramnya Babi. Belajar kenal hakikat haramnya Anjing dan belajar kenal hakikat haramnya Arak boleh membawa mengenal erti Mati Sebelum Mati !

    Jika makhluk itu melihat dirinya sebagai diri makhluk yang hidup, maka itulah yang diibaratkan hukum HARAM nya seperti Babi ! Malah lebih hina daripada Babi itu sendiri !

    Namun, jika diri sudah Mati, mana HARAMnya ?

    Like

    1. Terima kasih krn ananda telah memberi ulasan yg baik. Haram itu, adalah pada diri yang tidak mengenal diri, apa lagi bilamana diri yang tidak mengenal Allah. Orang yang tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah itu, sifat perangai serta tingkah laku perbuatannya pasti seperti babi. Jika tidak nak jadi seperti babi, maka jagalah mulut, jaga mata, jaga telinga, jaga tangan, jaga perut dan jaga kaki. Haram guna sifat tubuh badan (diri kita) untuk menyebabkan orang sakit, menyebabkan orang menjadi susah kerana kita, menyebabkan orang menderita kerana kita. Gunakanalah sifat tubuh badan kita yang berupa rahmat Allah itu, kepada jalan kebaikan dan jalan yang disenangi oleh orang ramai. Inilah kiasan kepada sifat babi.

      Haramnya perbuatan jahat itu, bukan sahaja haram semasa melakukannya (umpama kiasan babi), malahan menghampirinya sahaja sudah cukup dilarang!. Perbuatan haram (perbuatan jahat) itu, bukan sahaja dilarang melakukannya, malahan dihampirinyapun dilarang dan ditegah (umpama kiasan anjing).

      Haramnya anjing itu, sehingga dilarang menghampiri (meyentuh) manakala haramnya babi itu, sehingga dilarang meyentuh dan dilarang juga memakannya. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa, perbuatan buruk itu, jangan dihampiri (seumpama menghampiri atau tersentuh anjing) dan jika dihampiri pula, jangan diperbuat (seumpama memakan daging babi)!. Bermaknanya disini, barang yang buruk itu, jangan dilakukan dan jangan menghampiri.

      Sifat binatangn anjing dan babi itu, adalah semata-mata dikias atau merujuk kepada diri kita!. Haram anjing dan babi itu, bukannya merujuk kepada anjing atau babi, tetapi merujuk kepada diri kita yang berkelakuan jahat dan berperangai buruk!.!. Bagi kejadian diri anjing dan babi itu sendiri, mereka tidak menhgaramkan diri mereka sendiri (Bagi mereka diri mereka tidak haram). Anjing dan babi, tidak pernah mengharamkan diri mereka sendiri, adapun haramnya diri anjing dan babi itu, adalah bertujuan untuk dikias atau bertujuan untuk dirujuk kepada diri kita selaku makhluk manusia!.

      Haramnya anjing dan babi itu, adalah semata-mata untuk merujuk kepada perangai atau tingkah laku diri orang yang jahat!, bukan merujuk kepada diri anjing atau diri babi!. Untuk itu, jangan lagi kita keji atau salahkan kejadian anjing atau babi!. Jangan seksa anjing dan jangan lagi kita baling batu kepada anjing. Sebagaimana sakitnya kita bilamana orang baling batu kepada kita, begitulah sakitnya anjing bilamana dibaling batu!. Jangan salahkan kejadian annjing dan babi, mereka juga adalah makhluk seperti kita, yang berperasaan lapar dan sakit. Selepas baca blog ini, jangan lagi kita membaling batu kepada anjing. Sakitnya anjing itu, sebagaimana sakinya kita!.

      Sifat tidak lalai kepada Allah itu, hendaklah diamalkan setiap detik dan setiap saat. Untuk menjadi tidak lalai kepada Allah itu, hendaklah kita mengenal diri. Setelah kita mengenal diri, saya pasti dengan sepasti pastinya, seseorang yang mengenal diri itu, tidak akan sekali-kali melupai Allah. Malahan saya berani mengatakan bahawa orang atau sesiapa yang mengenal diri itu, pasti yang bersifat wajib, tidak akan sekali-kali lupa dan lalai dari mengigati Allah. Orang yang mengenal diri itu, akan ingat kepada Allah, sekalipun dalam waktu tidur, dalam waktu koma, dalam waktu pengsan, dalam waktu mati dan dalam waktu minmum arak sekalipun!. Orang yang mengenal diri itu, tidak akan pernah lupa kepada Allah, sekalipun minum arak sebanyak satu kontena!.

      Mulai pada hari ini, jam ini, saat ini dan detik ini, marilah kita jangan lagi meletakkan haram itu pada anjing dan babi (itu semata-mata kiasan Allah kepada kitta). Yang terlebih haram itu, adalah busuknya hati kita!.Busuk hati kita bilamana tidak mengenal Allah dan tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri maka tidak mengenal Allah. Bilamana tidak mengenal Allah, disitulah datang dan timbulnya perasaan hasat dengki, kianat, tipu sana tipu sini, tuduh sana tuduh sini, pandang orang sana tidak betul, oranng sini salah, timbulkah tuduh menuduh, mulalah timbul iri didalam hati melihat orang senang, melihat orang berjaya. Tidak kurang juga yang iri hati melihat saya memertabatkan ilmu makrifat kepada khalayak ramai!. Bilamana kita memngenal Allah dan mengenal diri, maka tidaklah timbul sifat dan tabiat anjing dan babi didalam hati.

      Begitu juga dengan haramnya arak. Haramnya arak itu, bukan pada araknya, tetapi kepada diri yang lupa dan lalai kepada Allah Taala. Bilamana lupa dan bilamana lalai, maka timbullah sebagaimana perangai anjing dan babi………………………………..

      Terima kasih ananda Wira Satria.

      Like

  4. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan rakan seperjalanan. Semalam saya kata saya tak tahu sahaja tentang Babi dan Anjing sebab segalanya Balik Kepada ALLAH. Kisah Babi kisah nabi Noh, dan saya lupa mimpi saya pasal anjing. seolahnya ada nabi yang lari dari dikejar oleh musuhnya Tetapi ALLAH telah menyelamatkan nabi ini Melalui anjing, maka nabi terselamat. Maka mungkin bertolak dari titik ini cerita Anjing itu. Saya kata mungkin dan Anjing bukanlah makanan manusia dan anjing lebih sebagai rakan manusia seperti kucing binatang kesayangan Rasulullah.

    Jadi , tak ada orang yg makan anjing melainkan sesetengah manusia. Sama juga dari Hukum akal tak masuk akal orang akan Bunuh Mak dan Bapa mereka, dan ini berlaku. Maka HANYA ALLAH YANG MAHA TAHU dan ALLAH YANG MAHA BERKEHENDAK.

    Hukium Haram pada sesuatu itu manusia yang buat sebenarnya. BIASA dengar CUKA. Cuka juga melalui proses sama dengan Buat ARAk cuma ianya tidak memabukkan. Jadi dari sudut Zat, kandungan dan segalanya sama dengan ARAK tetapi kerana ianya tak memabukkan , maka hukumnya lain kan. Sama juga dengan minuman MALTA yang cara buat nya sama dengan BEER tapi tak memabukkan. Jadi hukumnya tak HARAM. Bila Majlis Ugama tahu Malta dikeluarkan oleh syarikat beer maka ada pula fatwa mengatakan Guinness Malta haram kerana ianya dikeluarkan dari Kilang yg sama buat guiness Stout. Inilah hukum yg saya kata manusia buat.

    Sekarang berlambak air MALTA dari IRAN namanya BERANTIN menjadi kegemaran pak pak haji yg lepas solat Jumaah duduk kedai kopi minum air ni kerana mereka suka RASA MALTA tapi tak ada fatwa HARAM.

    Jadi haram ni jelas jatuh bila benda itu memabukkan sahaja. tetapi seperti KOMEN DIATAS, mabuk ini jangan sampai LUPA ALLAH sebenarnya. Sekarang banyak dadah moden yg memabukkan yg belum mempunyai FATWA cuma hukum negara sahaja.

    Cuma tuan tuan TILIK RABITAH (Tarian sufi). Sebenarnya kalau tuan tuan benar mengenal !!! YANG ADA HANYA ALLAH YANG ESA. ALLAH itu kata Mansur Al-HALLAJ CINTA. RUMI mentafsirkan CINTA yang membuatnya karam.

    Inilah CINTA SEJATI, CINTA dengan KEGHAIBan yang tak terlihat mata , CINTA YANG TIDAK tiada pengharapan, INI LAH CINTA SEBENAR. CINTA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. Marilah kita mabukkan diri kita kepada ALLAH. Mabuk kepada ALLAH. JADI buatlah apa yang kamu suka, selagi ianya MENYEMARAKKAN CINTA KEPADA ALLAH YANG ESA. Nak Mati, nak karam, nak binasa , nak khayal dengan DANCE of THE SUFI , silakan. Mabukkanlah diri dengan CINTA KEPADA YANG MAHA ESA.

    Lagu lagu juga boleh MEMABUKKAN cinta kepada ALLAH

    Mari kita mabukkan DIRI , biar orang orang jatuhkan hukum haram kepada kita TETAPI BUKAN ALLAH.

    Like

  5. salam Tuan Guru dan sahabat2 seperjalanan. Manusia lupa, segala yang ada dalam dunia ini ALLAH yang punya. Segalanya ciptaan ALLAH dan Milik ALLAH. Jadi , kepada yang dapat hidayah masing masing, jangan cuba ubah apa apa. serahkan segalanya kepada yang EMPUNYA. ALLAH YANG MAHA ESA. PASRAHkan segalanya pada ALLAH. bukan tawakkal , tawakkal masih mengatakan diri ada………..Benar tak tuan guru ????

    Like

  6. katakan yang Haq hilangkan yg Bathil , yanG Haram itu ialah suatu kaum mengunjing kaum lainnya! & suatu kaum yg Merasa paling benar . yg terpenting adalah Manusia yg belum mengenal Tuhannya dgn sebenar-benarnya yaitu bersaksi akan Dia . itulah yg disebut Manusia yg Haram!

    Like

    1. Benar dan teramat benar kata tuan itu. Orang ramai dan ulamak sekarang, hanya memandang anjing dan babi yang berkaki 4. sedangkan babi dan anjing yang berkaki 2, tidak kelihatan baginya!. Sebenar-benar kiasan itu, bukanlah tertakluk pada yang berkaki 4. Yang berkaki 4 itu, sebenarnya mereka tidak tahu bahawa yang mereka itu haram atau halal. Yang tahu haram dan halal itu, adalah yang berkaki 2. Kenapa yang berkaki 2 hanya terlihat haram itu kepada yang berkaki 4.

      Sebenar-benar haram itu, adalah mereka yang tidak mengenal Allah. Orang yang tidak mengenal Allahlah sebenar-benar orang yang haram!. Inilah orangnya yang teramat-amat haram melebihi haram anjing dan babi. anjing dan babi dan seluruh binatang alam ini, semuanya mengenal Allah, manakala yang berkaki 2 ini, ramai yang tidak mengenal Allah.

      Terima kasih diatas kefahaman tuan. amin drp hj shaari

      Like

  7. Benar guru …mabuk itu lupa lalai kepada Allah….walaupun dlm smbahyang zikirdan bagainya ibadah…
    Kerana tidak mengenal kepada Allah….mabuklah smpai bila2 didalam kehidupan yg tiada hidup….sebenarnya bukanlah mabuk arak itu yang hendak diperkatakan…kerana sudah menjadi faham yg menebal sehingga tidak lagi nampak kepada mabuk yg sebenar yang lebih berat , sentiasa diminum …

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s