Jawapan yang indah dari penulis blog

Tn Guru Hj Saari,
Saya rasa amat beruntung kerana walau saya jauh di Terengganu tapi berpeluang untuk merasai air tangan tn guru – tn guru semua. Memang bermenafaat muzakarah sebegini. Hanya keikhlasan sahajalah yang akn menentukan berjaya atau gagal dlm ujian makrifat ini. Maka tentunya semua ini adalah rencana Allah.
Dengan pendedahan ini air tangan Tn Guru Hj Saari semakin jelas dan terang. Ianya umpama pancaran Nur ke hati sanubari saya. Semakin terang dan cerah. Semakin teguh kefahaman dan semakin nampak yang ilmu makrifat itu sepatutnya mudah.
Sekarang ini tiada lagilah cerita tentang zat, sifat, asmak, dan afal. Selagi boleh diceritakan atau dimithal-mithalkan maka selagi itulah ianya bukan Allah. Subhanallah. Maka barulah benar “bersalahan Allah itu dengan segala yang baharu”. Tiadalah perlu lagi risau jika terasa susah nak faham mertabat 7 atau mertabat 9 dan seangkatan dengannya.
Allah itu Maha Esa yang tidak boleh dibahagikan. Yang boleh diceritakan ialah Diri kita atau Diri sebenar kita. Kemudian kita hanya mampu bertawakal dan berharap agar Allah lah sendiri mengenalkan diri Dia sendiri. Tiada rasa, tiada perkataan mampu untuk menceritakan siapa itu Allah.
Maka saya mohon panduan dan doa Tn Guru Hj semoga saya didalam jalan yang benar.

3 Replies to “Jawapan yang indah dari penulis blog”

  1. Setuju dengan pendapat tuan….memang benar setelah benar-benar mengenal Allah, Allah tidak bersamaan dengan segala yang baharu. “bersalahan Allah itu dengan segala yang baharu”…..tiada kata harus diperkatakan tentang Allah……hanya Allah sahaja yang Maha Esa terlihat… malah benar kata tuan, amat mudah untuk memahami ilmu tak perlu dirisau dan terima kasih buat Hj. Shaari..kerana ketabahan dan penjelasan yag tak putus-putus walau pun banyak rintangan……namun tak pernah undur..begitulah teguhnya pendirian setelah benar-benar mengenal Allah, ilmu mati sebelum mati adalah ilmu yang perlu dicari dan dituntut…. kerana ia akan membuatkan kita tidak terlihat akan keberadaan diri…. sehingga tidak terlihat diri sendiri…itulah kata-kata azimat Hj. Shaari untuk kita semua…amiin…

    Like

  2. kenali Sejatidirimu maka engkau akan mengenal Tuhanmu . hadist Nabi : Berfikir 1 detik sambil berMusyahadah lebih baik Dari pd Sholat 70 thn Lamanya .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s