Ulasan Mengenai Anjing dan Babi

Submitted on 2013/09/04 at 9:41 am | In reply to Wira Satria.

Terima kasih krn ananda telah memberi ulasan yg baik. Haram itu, adalah pada diri yang tidak mengenal diri, apa lagi bilamana diri yang tidak mengenal Allah. Orang yang tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah itu, sifat perangai serta tingkah laku perbuatannya pasti seperti babi. Jika tidak nak jadi seperti babi, maka jagalah mulut, jaga mata, jaga telinga, jaga tangan, jaga perut dan jaga kaki. Haram guna sifat tubuh badan (diri kita) untuk menyebabkan orang sakit, menyebabkan orang menjadi susah kerana kita, menyebabkan orang menderita kerana kita. Gunakanalah sifat tubuh badan kita yang berupa rahmat Allah itu, kepada jalan kebaikan dan jalan yang disenangi oleh orang ramai. Inilah kiasan kepada sifat babi.

Haramnya perbuatan jahat itu, bukan sahaja haram semasa melakukannya (umpama kiasan babi), malahan menghampirinya sahaja sudah cukup dilarang!. Perbuatan haram (perbuatan jahat) itu, bukan sahaja dilarang melakukannya, malahan dihampirinyapun dilarang dan ditegah (umpama kiasan anjing).

Haramnya anjing itu, sehingga dilarang menghampiri (meyentuh) manakala haramnya babi itu, sehingga dilarang meyentuh dan dilarang juga memakannya. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa, perbuatan buruk itu, jangan dihampiri (seumpama menghampiri atau tersentuh anjing) dan jika dihampiri pula, jangan diperbuat (seumpama memakan daging babi)!. Bermaknanya disini, barang yang buruk itu, jangan dilakukan dan jangan menghampiri.

Sifat binatangn anjing dan babi itu, adalah semata-mata dikias atau merujuk kepada diri kita!. Haram anjing dan babi itu, bukannya merujuk kepada anjing atau babi, tetapi merujuk kepada diri kita yang berkelakuan jahat dan berperangai buruk!.!. Bagi kejadian diri anjing dan babi itu sendiri, mereka tidak menhgaramkan diri mereka sendiri (Bagi mereka diri mereka tidak haram). Anjing dan babi, tidak pernah mengharamkan diri mereka sendiri, adapun haramnya diri anjing dan babi itu, adalah bertujuan untuk dikias atau bertujuan untuk dirujuk kepada diri kita selaku makhluk manusia!.

Haramnya anjing dan babi itu, adalah semata-mata untuk merujuk kepada perangai atau tingkah laku diri orang yang jahat!, bukan merujuk kepada diri anjing atau diri babi!. Untuk itu, jangan lagi kita keji atau salahkan kejadian anjing atau babi!. Jangan seksa anjing dan jangan lagi kita baling batu kepada anjing. Sebagaimana sakitnya kita bilamana orang baling batu kepada kita, begitulah sakitnya anjing bilamana dibaling batu!. Jangan salahkan kejadian annjing dan babi, mereka juga adalah makhluk seperti kita, yang berperasaan lapar dan sakit. Selepas baca blog ini, jangan lagi kita membaling batu kepada anjing. Sakitnya anjing itu, sebagaimana sakinya kita!.

Sifat tidak lalai kepada Allah itu, hendaklah diamalkan setiap detik dan setiap saat. Untuk menjadi tidak lalai kepada Allah itu, hendaklah kita mengenal diri. Setelah kita mengenal diri, saya pasti dengan sepasti pastinya, seseorang yang mengenal diri itu, tidak akan sekali-kali melupai Allah. Malahan saya berani mengatakan bahawa orang atau sesiapa yang mengenal diri itu, pasti yang bersifat wajib, tidak akan sekali-kali lupa dan lalai dari mengigati Allah. Orang yang mengenal diri itu, akan ingat kepada Allah, sekalipun dalam waktu tidur, dalam waktu koma, dalam waktu pengsan, dalam waktu mati dan dalam waktu minmum arak sekalipun!. Orang yang mengenal diri itu, tidak akan pernah lupa kepada Allah, sekalipun minum arak sebanyak satu kontena!. (kpd ulamak diluar sana, jangan pula tuduh saya halalkan minum arak pula, itu hanya satu kiasan). Mereka yang diluar sana, hanya tunggu masa dan tungggu peluang untuk menuduh saya halalkan arak!, Sebelum orang tuduh, terlebih baik saya nyatakan terlebih dahulu, bahawa kata saya itu, hanya kiasan. Oleh itu, jangan pula lori kontena arak pula yang kita kejar!………………………(Maaf sekadar bergurau)……………………………………..

Mulai pada hari ini, jam ini, saat ini dan detik ini, marilah kita jangan lagi meletakkan haram itu pada anjing dan babi (itu semata-mata kiasan Allah kepada kitta). Yang terlebih haram itu, adalah busuknya hati kita!.Busuk hati kita bilamana tidak mengenal Allah dan tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri maka tidak mengenal Allah. Bilamana tidak mengenal Allah, disitulah datang dan timbulnya perasaan hasat dengki, kianat, tipu sana tipu sini, tuduh sana tuduh sini, pandang orang sana tidak betul, oranng sini salah, timbulkah tuduh menuduh, mulalah timbul iri didalam hati melihat orang senang, melihat orang berjaya. Tidak kurang juga yang iri hati melihat saya memertabatkan ilmu makrifat kepada khalayak ramai!. Bilamana kita memngenal Allah dan mengenal diri, maka tidaklah timbul sifat dan tabiat anjing dan babi didalam hati.

Begitu juga dengan haramnya arak. Haramnya arak itu, bukan pada araknya, tetapi kepada diri yang lupa dan lalai kepada Allah Taala. Bilamana lupa dan bilamana lalai, maka timbullah sebagaimana perangai anjing dan babi………………………………..

Terima kasih ananda .

Advertisements

11 comments on “Ulasan Mengenai Anjing dan Babi

  1. Salam tn hj. Maafkan saya untuk memberi pandangan.
    Tn mengajar agar tidak menghina anjing dan babi tapi pada masa yg sama tuan mengkiaskan perangai keji manusia dengan perangai babi yg menjelekkan. Tidakkah itu juga menghina anjing dan babi?
    Penerangan tn ttg haramnya kedua haiwan yg diqiaskan kepada manusia yg tak mengenal diri dan Allah sukar diterima dan difahami org awam. Ini kerana tn banyak menggunakan akal fikiran dan kurang ilmiah dlm penerangan. Saya tidak gemar menulis dan tidak pandai untuk translate rasa kepada tulisan.
    Tapi yg jelasnya haiwan terbahagi kpd 3. Yg haram dimkn d hrm disentuh. Yg haram dimkn d boleh disentuh. Yg halal dimkn d boleh disentuh. Begitu juga bab air. Ada air najis. Ada air mustakmal. Ada air mutlak. Begitu juga islam. Ada kafir. Ada kufur. Ada mukmin. Cuba tuan huraikan agar orm awam akan dapat menerima dengan lapang dada. Maafkan saya.

    Like

    • Saya kira tuan lagi pandai dan lagi berilmu dari saya, apa kata kiranya tuan sj yg cerita. Mungkin cerita tuan lagi hebat berbanding saya. Saya hanya tahu bercerita tentang ilmu yang menggunakan akal, (sebagaimana yang tuan dakwa), nanti apa yang akan saya sampaikan itu, akan didapati kurang ilmiah (sebagaimana yang tuan dakwa).

      Ceritalah tuan ilmu yang tuan tahu tentang anjing, babi dan arak!. Saya sedi berguru dengan tuan!. Tuan suruh saya huarai, sedangkan apa yang saya huraikan itu, tuan tuduh saya tidak ilmiah dan hanya setakat ilmu akal!. Saya kira tuan sajalah yang bercerita, ramai diluar sana yang menunggu hasil air tangan tuan, termasuk saya sendiri.

      Orang tidak akan terima ilmu saya dengan berlapanng dada, kerana ianya tidak ilmiah. Bagaimanakah ilmu yang dikatakan ilmiah dan ilmu yang tidak menggunakan akal fikiran sebagaimana dakwaan tuan terhadap saya?.

      Cuba beri tahu saya, binatang apa yang haram dipegang dan haram dimakan dan binatang apa yang haram dimakan dan halal dipegang

      Saya dan ramai peminat diluar sana sedang menunggu ilmu ilmiah dari tuan.amin drp hj shaari

      Like

  2. Maafkan saya jika kata kata sy di sini agak kurang menyenangi para peminat pembaca sekalian…sy cukup memandang tinggi ilmu makrifat tokkenali yang begitu sinonim di mata kita namun sy amat kecewa sekali semasa ketiadaan beliau di saat ini ilmu yang beliau pelihara tertibnya sudah tidak begitu sama penjagaannya dari segi penyampaian pada hal ilmu tokkenali ini menjadi lambang kesucian di sisi Allah Swt kerana itu Ilmu Allah yang Mutlak.Jika kita ikhlas menyebarkan Ilmu tokdengan kata kata kenali tolonglah letakkan di atas taktha sebaris dengan tokoh tokoh dan para wali Allah yang Agung.kadang-kadang kita terlupa maka kembalilah dengan sopan santunNya.kita tidak di larang asalkan ilmu yang di sebarkan itu memberi manafaat kepada mahluk Allah yang lain dan jika hendak Makrifat harus jangan lupa kepada yang tiga itu.syariat,tarekat dan hakekat.jika kita pegang ke empat empat itu maka sempurna lah ia.bila sy terbaca dari mana mana pendapat sy dapati terkurang adabnya banyak yang lari dari nilai nilai murni kebanyakkanya mengambarkan identiti yang sombong.angkuh dan taksub…ambilah contoh dari sifat Rassullah kan mudah sebab itu Allah Zahirkan DiriNya agar kita mencontohi akhlak baginda.sy ingatkan diri sy sendiri jika hendak menjadi contoh perbaikilah diri sendiri agar boleh menjadi ikutan di kalangan jamaah kita.jika ada yang nak marah atau nak maki hamun sekali pun jangan lah kita balas dengan perkataan yang sama…masing masing kena ingat Allah walau apa jadi sekalipun InnsyaAllah pasti terpelihara.Cuba hayati….renungilah….jika ada yang terasa sy memohon maaf sy hanya berkata mengikut perintahNya.SegalaNya Allah….Kesempurnaan Allah terletak di bahu perbezaanNya.

    Like

  3. Jangan pula ada yang berkata yang halal dan haram, perbuatan baik buruk, jiwa yang gelisah jiwa yg tenang adalah segalanya Allah…. selagi diri masih bekata-kata maka berhala diri masih ada. Andainya tidak diberkan hidayah mengenalNya, pasrahlah atas ketentuan dan ketetapanNya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s