Ingkarnya Iblis itu, Siapa Yang cipta?……………….

Soal: Siapa yang mengarah, memerintah, menetap atau memerintahkan iblis supaya jadi engkar?

Jawab: Iblis tidak memiliki apa-apa kuasa walau sebesar zarah bagi bertindak sendiri untuk ingkar perintah Allah. Iblis juga bergerak atau bertindak, adalah mengikut kehendak yang sudah siap tertulis oleh Allah sedari azali!. Ingkar atau patuhnya iblis itu, adalah sudah ditetap dan sudah ditentukan oleh Allah. Yang menetapkan iblis itu tidak sujud dan tidak patuh kepada arahan Allah itu, adalah Allah itu sendiri!. Bukannya atas kehendak iblis!.

Iblis itu, adalah sarong parang (keris) yang dicipta olek parang (keris). Mana mungkin sarong parang ada kuasa, menentukan bentuk rupa sarong, melainkan keris atau paranglah yang menentukan ianya menjadi sarong dan menentukan bentuk sarong!.

Iblis atau syaitan itu, adalah sarong parang dan parang itu adalah pencipta sarong!. Yang menetukan sarong itu, adalah parang atau yang menetukan iblis syaitan itu, adalah pencipta syaitan dan iblis, iaitu Allah!. Yang menentukan iblis atau syaitan itu, adalah Allah sendiri!. Mana mungkin sarong menentukan parang, melainkan paranglah yang menentu dan yang membentuk sarong. Yang menetukan iblis dan syaitan itu, adalah penciptanya, iaitu Allahh!.

Jadi yang menentukan iblis dan syaitan tidak patuh dan tidak tunduk kepada Allah itu, adalah Allah itu sendiri dan diatas kehendak, kemahuan dan ketetapan Allahlah makanya syaitan dan iblis tidak tunduk dan tidak patuh kepada Allah!.

Engkarnya iblis itu, adalah mengikut tulisan Allah, ketetapan Allah dan mengikut catatan yang sudah Allah tulis dan yang sudah Allah tetapkan sebelum ciptaan Iblis. Allah sudah tetapkan ketetapan iblis atau syaitan itu, semasa sebelum kejadian syaitan dan iblis. Sebelum kejadian atau sebelum terciptanya iblis dan syaitan, Allah sudah tulis, sudah sedia tetapkan ketetapan iblis dan syaitan!. Sujud, patuh atau ingkarnya syaitan dan iblis itu, sudah Allah tetapkan sedari azali. Allah sudah catat dan sudah siap tulis bahawa sekian masa, sekian jam, sekian tempat dan sekian keadaan iblis akan engkar. Yang mencipta Iblils itu engkar, adalah Allah itu sendiri melalui tulisanNya di Luh hul mahfuz dan bukannya pilihan iblis atau kehendak syaitan!.

Segala gerak Iblis itu, adalah telah ditentu dan telah ditetapkan oleh Allah Taala sedari azali. Iblis juga bergerak melalui gerak yang diizinkan oleh Allah. Iblis tidak boleh bergerak berseorangan tanpa izin Allah. Iblis atau syaitan, tidak boleh bertindak atau bergerak sendiri untuk mengoda kita, melainkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi segala gerak atau segala diamnya iblis atau syaitan itu, adalah atas perintah Allah. Iblis dan syaitan tidak ada kusa walau sebesar zarah untuk bergerak!.

Setelah kita kenal syaitan dan kenal iblis, bererti syaitan dan iblis itu sekarang ini, sebenarnya bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa.. Oleh itu, jangan kita kisah lagi kepada iblis atau syaitan. Apa ada pada iblis atau syaitan!. Iblis atau syaitan itu, sama seperti kejadian kita, yang tidak ada daya upaya. Jangan kita ambil kisah tentang iblis atau syaitan.  Iblis dan syaitan bukan apa-apa dan tiada sesiapa!., mari kita beralih untuk  ambil kisah tentang Allah, dari ambil kisah tentang syaitan atau iblis yang sama tarafnya dengan kita, . adalah lebih baik kita ambil tahu Allah (mengenal Allah) berbanding mengenal  iblis atau syaitan!.

Buat apa kita nak takut kepada iblis, syaitan, jembalang, hantu, pocong, hantu pari, hantu raya dan ganguan makhluk halus, tidakkah itu semua sarong. Jika mereka adalah selaku sarong, kita juga adalah sarong, buat apa nak takut kepada sesama sarong?. Marilah kita mengenal pemilik sarong atau pencipta sarong!. Buat apa mengenal sesama sarong, sarong tidak boleh memberi apa-apa bekas kepada kita. Hantu syaitan atau iblis, tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas kepada kita. Yang memberi bekas kepada kita itu, adalah Allah!.

Setelah kita tahu dan kenal iblis dan syaitan (yang tidak memiliki apa-apa kuasa), mari kita tilik pula kuasa Allah!. Mari kita mengenal Allah dan jangan ambil kisah lagi tentang iblis atau syaitan!. Untuk itu, mari kita mengenal Allah melalui perkara “nokhtah atau titik”. drp Hj Shaari

Mengenal Allah Hanya Melalui Satu Titik Nokhtah

Advertisements

51 Replies to “Ingkarnya Iblis itu, Siapa Yang cipta?……………….”

    1. kenapa baru bersuara, tidakkah puan adalah wali Allah?. selaku waliallah, teruskan perjalanan puan. Pendapat serta kefahama puan, tidak ternilai mahalnya. teruskan berdakwah. Keji dan caci itu, adalah makanan orang makrifat, jadi jgn berkecil hati atas sindiran org. drp hj shaari

      Like

      1. pd.org.yg.telah dpt.makrifat atau khasaf teleps ia dari iblis dan shaitan.tapi bagi org2 yg.tidak atau dlm.perjalanan mcm.mana? sbb.iblis pon ada penjag nya,quran pon tanah pon langit pon,tlg.beri pencerahan.waulahualam

        Like

  1. Setan dan iblis juga belulang kering .yang digerakkan oleh TOK DALANG .setan dan iblis penyata bagi T0K DALANG . TOK DALANGLAH yang mencipta watakwatak rama sita petrok gareng rawana .bagi memeriahkan panggong perdana .apapun watakwatak ini adalah penyata penciptanya……………………………….JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI ….terima kaseh ……….

    Like

  2. siapa tok dalangnya…hehehe..hidup ni penuh senda gurau…bersenda dan bergurau sesama,,,selamat menonton semua..jangan terlihat keberadaan diri..jalan terus

    Like

  3. Alhamdulillah dibukakan kefahaman mengenai iblis dan syaitan pada waktu maghrib tadi. Bila buka blog jam 3.40 pagi ni, Tuan guru pula menukilkannya . Segalanya adalah ketentuanNya. Makhluk yang bernama iblis teramat patuh dan cuma menjalankan perancangan yang ditetapkan keatasnya… Iblis juga makhluk. Pedulikanlah dia. Ingat Allah bila tidak lagi ingat kepada makhluk.

    Like

  4. Kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan iblis menyakat umat manusia itu akan dianugerahkan ganjaran neraka Allah di sana nanti. Dari api dia didatangkan kepada api dia dikembalikan. Nampaklah keadilan Allah di situ. Fitrah semulajadi yang Allah telah tetapkan telah berlaku di situ. Tidak ada dakwa-dakwi lagi. Allah bersandiwara dengan zatnya sendiri.

    Like

  5. Salam Tuan Guru Haji Shaari Dan Sahabat seperjalanan, DALAM KEESAAN ALLAH, rasa rasa kita semua dah pernah tengok Gambaran CAKRAWALA. Itulah kita, dalam KEESAAN ALLAH, kita bergerak atas PAKSI KITA, seperti bulan dan Matahari. Satu pun tak tergelincir……SEMUANYA menyerah kepada ketentuan. Yang membuat kita terlupa ialah EGO dan Nafsu kita, SEMUA KEJADIAN DARI YANG MAHA ESA ITU PERFECT/SEMPURNA SEPERTI PENJADINYA JUGA

    Like

    1. Benar kata tuan, cakrawala lagikan patuh kepada ketetapan Allah, kini pula makhluk manusia. Tetapi manusia tidak sedar perkara ini. Sedang seluruh alam boleh patuh kpd Allah, tetapi makhluk manusia tidak!. Terima kasih pencerahan tuan itu. drp hj shaari

      Like

  6. TERZAHIRLAH AKU DARI SETIAP SESUATU TIADA YANG BISA MELEPASI AKU KECUALI AKU…MAHLUK ADALAH PERBENDAHARAAN KU MAKA CARILAH AKU,TILIK LAH AKU NESCAYA BERTEMU AKU DENGAN DIRIKU…AKU TERSEMBUNYI DI DALAM ADAM MAKA ZAHIRLAH AKU DARI LEMBAGA ADAM……

    Like

    1. benar, nampaknya tuan kini sudah menghampiri faham ilmu makrifat. tidak seperti tulisan tuan terdahulu yang jauh meyimpang dari makrifat. Tetapi kini, saya lihat tuan sudah dapat mengerti. T.Kasih daripada Hj. Shaari

      Like

  7. terima kasih tuan guru Hj Shaari kerana setiap input yang diperoleh dari blog, kitab makrifat tok kenali dan vcd dapat menambahkan lagi kefahaman kata nafi dan isbat dalam bersahadat. Sifat yang muhadis(baharu) telah diganti dengan sifat yang kadim. Segala hal, istilah dan gelaran yang terlekat pada makhluk selama ini seperti jin, iblis dan syaitan telah gugur, terlucut, tertanggal dan telah hilang. Ke mana pun arah yang dilihat akan hanya terlihat adanya ALLAH.

    Like

  8. Benarlah apa yang terkandung dalam surat Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: dan (ingatlah) ketika tuhan mu berfirman kepada para malaikat, “aku hendak menjadikan khalifah “di bumi”. Mereka berkata, ” apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu?”. Dia berfirman, “sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Jawapan malaikat (apakah engkau hendak menjadikan…….) adalah kiasan yang mempunyai rahsia disebaliknya semata. Mana munkin para Malaikat sudah tahu yang maknusia (khalifah) akan merosak dan menumpahkan darah di dunia sedangkan maknusia dan bumi belum wujud lagi.
    Inilah sebahagian ajaran Makrifat Tok Kenali yang mengajar kita bahawa sebenarnya yang menjawab nya adalah Allah sendiri. Para Malaikat hanya melakon kan saja. Tidak lebih dari itu. Segalanya Allah jua. Dan pelakonnya bukan hanya para Malaikat malah segala sesuatu. Segalanya ada dalam ilmuNya. Jika maknusia ada dalam ilmuNya, siapakah kita? Tidak lain dariNya.
    Tuan Guru Haji Shaari yang saya hormati. Saya ingin meminta maaf kiranya pencerahan saya ini silap dan mohon pencerahan dari tuan.
    Sekian. Assalaamu’alaikum.

    Like

  9. Seperti terkandung dlm surah Al-Baqarah, disini kita dapati malaikat lebih mempersoalkan kejadian manusia dari Iblis atau syaitan yg akan dijadikan dimuka bumi!

    Sedikit pun tidak dipersoalkan tentang Iblis atau Syaitan yg selama ini dipercayai (fegah) adalah perosak sebenar! Sesungguhnye, mereka lebih taat dari manusia sehingga tidak bersujud melainkan pada Allah S.W.T….manakala manusia??

    Like

  10. t.guru yg sy hormati…setelah anakanad faham apa itu garam dn masin nafi dn isbatah asas awal mengenal diri itu…alhamdu segala2nya sudah terang dn jelas siapakh diri sbnarnya2…segala bak apa ciptaan Allah adlh asalnya dri satu titik..dn segala pelakun2nya akhirnya akan kembali dlm satu tong…begitu lh maha suci Allah tdk skali2 menzalimi ciptaanya sbb pelakun2 itu adalh DIRI NYA JUA..

    Like

  11. malaikat adalah simbol dari ketaatan,, iblis adalah simbol dari keingkaran,, keduanya adalah bentuk yang dinamakan dari keMahasempurnaanNya. dan keduanya tiada dapat berlaku kecuali atas ijinNya jua. lahawlawalaquwataillabillah…

    Like

  12. as-salam…

    sekali baca dan dengar agak janggal. tetapi inilah hakikat sebenarnya kalau kita sudah berpegang pada yang satu ahad. tiada yg lain lagi utk digambarkan dikiaskan digandingkan di dalilkan. mungkin setengah pihak tidak sependapat demikian. tidak kisah lah itu. semua darinya jua. berterima kasihlah kita pada tuahn yang satu sekiranya kita sudah merasanya. tidak lain tidak bukan itu….

    terima kasih

    Like

  13. Alhamdulillah, sy semkin jelas sgt2 skrg, penerangan yg trlalu jelas, t.ksih tuan guru hj shaari, semoga Allah mmberkati dn merahmati tuan guru

    Like

  14. Benarlah… iblis pasti terlepas hukuman, segala kekafirannya dikembalikan kepada Allah jua. Tiadalah iblis itu bersalah, melainkan kekafirannya adalah merupakan kepatuhan kpd kehendak Allah jua…

    Like

  15. Benar guru….setan iblis itu hnya alat sahaja…seperti kata guru umpama sarung keris saja , iaiti sifat…
    Setan iblis tidak ada kuasa apapun dan ianya hnya dilakonkan oleh Allah mengikut skrip yg Allah telah gariskan….
    Sifat setan yg suka menyuruh kpd kejahatan dan iblis yg sifatnya suka merayu manis….itu hnyalah sifat…
    Jadinya kita hendaklah tilik kepada pencipta sifat itu , iaitu Allah….

    Like

  16. Salam,maaf.sekiranya kata kata ini dari titik hitam yang kelam bukan titik putih yang nyata.penciptaan luh mahfuz dijadikan sebelum iblis, jin,malaikat,manusia dll dijadikan maka cerita sudah direncanakan mengikut kehendak dan qada’ dan qadarnya dari azali iaitu sebelum terciptanya alam yg hanya ada dia (AKU KAU, KAU AKU-pemahaman ini perlu dicari dan dirungkai dgn kerap membaca AL quran)oleh itu watak watak dipertonton secara berulang sehingga sempurna.setiap sesuatu bersalahan diantara satu sama lain utk mencapai tujuan yang satu,iaitu kembali kepada ALLAH.Pemahaman juga perlu dgn jiwa yg bersih dari sifat yg tercela maka setiap cerita atau perkara yg berlaku itu disebabkan kesesuaian atau penyesuaian setiap ruang ruang.Iblis dipilih atas dasar kejahatannya ataupun disebabkan namanya,afaalnya,sifatnya,zatnya.maka dipahami iblis diciptakan dari api yang paling panas dan dalam oleh itu ia tidak nyata akan tetapi bahangnya terasa jika kita nyatakannya walaupun bukan dr fizikalnya.keenganan utk sujud merupakan satu hikmah utk makhluk yang berjasad ini kerana sifat sifatnya bole memudaratkan makhluk yang berjasad.maka rencana yg diketahui melalui firmannya di alquran utk menjadikan kita sebagai khalifah telah disusun dan diadun secara sempurna sehingga diperintahkan utk menjadi khalifah dimuka bumi.bagsimana malaikat mengetahui manusia akan melakukan kerosakan sedangkan manusia baru hendak dijadikan,oleh itu kita fahami disini bahawa watak itu perlu dinyatakan utk dipertontonkan utk menyatakan dirinya (afaal,asma,sifat,zatnya) bahawasanya sematamatanya iaitu LAAILAAHAILLALLAHH ALLAHUAKBAR SUBHANALLAH ALLHAMDULLILLAH ASTAGPIRULLAHHALLAZI LAAILAAHAILLAHUWALAWALLU WALAKHIRU WAL ZAHIRU WAL BATINU yang wujud dan nyata dan menguasai segala sesuatu dengan qadarnya.dgn nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.maka yang nyata hanya dia.oleh itu penyerahan itu perlu diserahkan kepadamdia semata mata.salam

    Like

  17. alhamdulillah, tanpa iblis maka tiadalah cerita… tidak Allah jadikan sesuatu cerita melainkan ada hikmah dan sebab… sama ada tersembunyi atau terang

    Like

  18. Assalamualaikum Tuan Guru.
    Saya berminat dgn ilmu makrifat ini. Terlalu-lalu minat. Atas kekangan masa sy hanya smpat mentelaah drpda buku2 dan mendegr ceramah sesekali. Mgg tak di nafikan amat sukar memahami ilmu ini jika tak bersungguhan. Namun sy mohon Allah akan memberikan sy faham, insyaallah.
    Niat sy hanya ingin menhampirkan diri kpd Allah saja dan tidak lain. Sy akan cuba bertanya pd Ust2 yg sy kenali namun jawapan kebanyakan tidak memuaskan hati sy. Ada yg menjwb ilmu ini hanya falsafah dr pemikir2 Yunani. Falsafah dr Muktazilah dan sbgnya. Krn katanya, tiada hadis2 yg bercerita sprt pengamal2 ilmu makrifat ini bercerita. Diminta sy membaca buku Dr Muhammad Aidh Al Qorni. Sy makin teringin utk tahu ilmu makrifat ini. Bolehkah Tuan Guru doakan sy agar beroleh dan dpt menggenggam kemas ilmu ini suatu hari nnt? Mintak tlg Tuan Guru….terima kasih.

    Like

  19. Dakwat tinta sudah kering…x apa2 yg akan berubah…doapun tidak akan dpt merubah apa yg sudh tertulis….jalani saja hidup dgn pasrah kpd pencipta kita…..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s