Jawapan yang bernas dari saidin. T.kasih drp hj. shaari

saidin
sa.ja72@yahoo.com.my
183.171.164.32

terima kasih tuan guru Hj Shaari kerana setiap input yang diperoleh dari blog, kitab makrifat tok kenali dan vcd dapat menambahkan lagi kefahaman kata nafi dan isbat dalam bersahadat. Sifat yang muhadis(baharu) telah diganti dengan sifat yang kadim. Segala hal, istilah dan gelaran yang terlekat pada makhluk selama ini seperti jin, iblis dan syaitan telah gugur, terlucut, tertanggal dan telah hilang. Ke mana pun arah yang dilihat akan hanya terlihat adanya ALLAH.

12 Replies to “Jawapan yang bernas dari saidin. T.kasih drp hj. shaari”

  1. sahabat,

    hari nih aku mulakan diari aku. sesempoinya sbg rekod atau jurnal kehidupan aku seharian. bila rajin aku akan update. apa aku rasa dan sebagainya.
    1) perjalanan aku dlm ilmu ini dlm pelbagai rasa. hanya aku saja yg ketahui. biarlah menjadi rahsia diri aku. kalau dedahkan kpd org yg tidak faham pasti dia cakap aku nih gila dll…dot…dot..dot. itu tak penting bagi aku yg penting aku tahu apa yg aku buat dan aku semakin memahami diri aku sendiri dan diri sebenar diri yg tidak lain melainkan dia jua. umpama yg satu yg ori hanya ditempelkan atau di copy paste kepada yg lain ikut kehendaknya. memang dia maha berkehendak. tiada siapa yg boleh menghalangnya. memang maha besar dan maha kaya. aku semakin paham hakikat ini tentang kuasanya yg maha besar. apa pon boleh dia perbuat tanpa campurtangan sesiapa. siapa yg berani masuk campur urusannya????
    memang berkecamuk dan berselirat perjalanan ini. kekadang jalan itu terang kekadang sangat kusut. sungguh kusut. aku pasrah jadinya. tapi aku yakin kalau aku mencarinya secara iklhas aku akan menjumpainya. alhamdullilah aku telah jumpa dalam diri ini. tiliklah aku dalam diri aku ini zahir dan batin. tilik punya tilik mulanya semakin bingung. akhirnya kebingungan itu terlerai apabila aku serahkan segalanya kepadanya. siapa aku untuk menolak yg telah dipersiapkan untuk diri aku. tak der kudrat langsung bagiku. hanya perlihatkan sajalah apa yg diperbuatnya ke atas diriku ini.
    banyak persoalan perlahan-lahan telah terjawab. kehidupan ini mengajar aku segalanya. ikut istilah pengajian memang sangat pening. lain guru lain istilah lain cerita. tapi sebenar guru adalah diri aku sendiri. aku mesti jadi kapten untuk diri aku sendiri. aku jadi kapten kehidupan aku sendiri dalam dunia ini. tapi aku hanyalah kapten boneka yg boleh disuruh perbuat apa saja ikut acuannya.
    aku cuba mencari hakikat ini. bagaimana itu? bagaimana ini? ada pilihan kah aku? aku nak jadi begini dan aku nak jadi begitu. hmmm mcm2 meledak dalam dada dan kotak fikiran aku ini. tapi semuanya hampa. aku semakin menyedari kewujudannya secara hakikik. hakiki diri aku sendiri. aku empunya bayang2 yg bergantung kpd yg empunya bayang. jadi patutkah aku bersyukur..?
    hmmm sukar nak kata tentang hal ini. bila aku mendalami lagi dasar lautan yg tidak bertepi yg terlalu dalam diri aku sendiri ini aku mula menguak dan mengikut rentak badai ombak arus air kuat laju perlahan yg aku hadapi seharian dalam kehidupan aku ini.
    memang aku masih berjalan di perjalanan rasa ini yg pelbagai sampailah aku mati sementara bertukar alam menuju kepadanya. saat itu pasti akan tiba. jadi apa yg perlu aku perbuat sekarang…???
    aku perlu bersedia terima hakikat aku seadanya yg melainkan dia. aku kena ikut skrip dan arahan saja. aku harap lakonan aku tidak kaku. dan aku bisa dapat memuaskan hatinya. biar dia katakan aku lakonan aku ini sangat superb.
    aku pasrah. jalan ini semakin terang. aku pasrah. liku2nya masih ada dan tetap menunggu di depan aku. aku pasrah.
    aku munajat padamu kau teguhkan lah hati aku ini biar cantik lakonan aku ini. moga aku bisa bertemu dengan senyuman yg paling manis nanti.
    2) dari segi kehiupan saraan aku juga perlu pasrah padamu. banyak bingung, kelam …dot dot…dot.. aku pasrah. apa perlu aku perbuat..? aku terima hakikatnya aku tidak mampu perbuat apa2. tidak mampu langsung mendahului kamu.
    jadi tetapkan lah aku dalam jalan aku ini… tiada lagi aku yg satu kau yg satu….melainkan SATU aje.
    baru aku paham….!!!!

    Like

  2. rupa2nya aku tak pernah hidup pun melainkan mati itu adalah pakaian sebenar aku. dulu aku mati sekarang pun aku mati.

    tak per lah janji mati ku ini mati disisi MU….

    baru aku faham!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Like

  3. Hamba juga bersetuju terhadap pandangan tuan hamba yang mengatakan : “Segala hal, istilah dan gelaran yang terlekat pada makhluk selama ini seperti jin, iblis dan syaitan telah gugur, terlucut, tertanggal dan telah hilang. Ke mana pun arah yang dilihat akan hanya terlihat adanya ALLAH”.

    Mustahil Iblis atau Syaitan itu lebih berkuasa dari Allah !! Pastinya ada rahsia atau kias kenapa Allah itu menjadikan Iblis.

    Apakah Allah mencipta Iblis untuk membencinya? Mustahil ! karena Allah Maha Sempurna dari segala sifat-sifat tercela. Apakah Iblis musuh Allah? Juga Mustahil ! Bagaimana mungkin Tuhan Dunia Akhirat, Pemilik Seluruh Alam mempunyai musuh?

    Iblis adalah makhluk “yang pernah” dicintai Allah. Mengapa Kekasih yang sangat dicintaiNya ini boleh dimurkai olehNya? Kenapa Iblis yang asalnya dari “Swarga” ini sinonim dengan “Narakha”? Bahkan kenapa Iblis makhluk Allah yang sangat taat dan teramat cinta kepada TuhanNya ini, sanggup menjadi penghuni kekal “Narakha”?

    Tentu saja Allah yang berkehendakkan sedemikian ! Kenapa? Supaya makhluk dapat mengenali DiriNya samada dengan jalan baik atau dengan jalan buruk. Segala Baik dan Buruk itu dari Allah dan Allah lah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa untuk melakukan segala sesuatu, bukan Iblis, apatah lagi manusia !

    Untuk membolehkan manusia itu mengenaliNya, maka Allah telah membuat Dua Jalan sebagai pedoman.
    Jalan Pertama; via “Adam” Road dan Jalan Kedua; via “Iblis” Road. Setiap makhluk, samada keturunan makhluk Adam atau keturunan makhluk Iblis semuanya telah dihidupkan Allah dari sekelumit penzahiran RohNya Yang Maha Agung. Dari sekelumit Roh yang dizahirkan ke atas makhluk inilah, kita diberi kebebasan untuk memilih jalan MENGENAL yang mana yang sesuai.

    Boleh saja kita memilih mengenal via “Iblis” Road, namun sebagai manusia berbangsa Adam yang dijadikan dari tanah, apakah jalan “Iblis” itu sesuai buat kita? Jalan “Iblis” itu jalan “berapi” yang sangat sangat berisiko untuk membakar segala sesuatu yang melaluinya. Kenapa tidak memilih via “Adam” Road, jalan yang lebih sesuai untuk makhluk manusia? Pilihlah samada Jalan Adam atau Jalan Iblis kerana kedua-dua jalan itu boleh membawa Jalan Mengenal. Bila sudah mengenal, nantinya kita akan mengerti bahawa yang memilih dan yang dipilih, yang mengenal dan yang dikenal, samada Adam atau Iblis adalah merujuk kepada Diri yang sama jua.

    Jika dengan melalui Jalan “Iblis” itu kita boleh mengenal dan menyatakan Tuhan, kenapa tidak?

    Like

    1. benar kata ananda itu. lemparkan syaitan dan iblis mari kita ambil Allah, Mari kita pilih Allah dan mari kita tuju hanya kepada Allah. Persetankan dengan setan atau iblis. mereka itu, tidak boleh mengapa-apakan kita walau sezarah!. Mari kita lemparkan syurga atau neraka, tidakkah dengan melemparkan syurga neraka itu, menandakan kita mengeasakan Allah!. Buat apa lagi kita nak kejar syurga atau takutkan kpd neraka, tidakkah kedua-duanya makhluk seperti kita juga!. Buat apa nak takutkan makhluk?. Sudah-sudahlah kita mencintai selain Allah. Terima kasih ananda kerana telah memberi komen yanng berguna. drp hj shaari

      Like

  4. Salam Tuan Tuan Dan Puan Puan, pernahkah kamu terfikir ??? Dari Mana datangnya AIR ??? Cuba perhatikan air yang TUAN GURU HAJI SHAARI sebut sebut ??? Air Yang Suci dan Mensucikan !! Air Mutlaq. Air ini bila disimpan, ia akan berkeladak atau berhampas. Itulah kita yang dikiaskan sebagai HAMPAS. Setelah kita tumpaskan hampas itu, maka kita FREE. We are FREE as BIRDS in the sky…..

    Kita sudah jadi AIR NURANI, bila ini terjadi seterusnya KITA BEBAS…

    KITA TIDAK LAGI TERTAKLUK PADA HUKUM, KITA BEBAS………………..KITA BEBAS SEPERTI BURUNG.

    Pernahkah Tuan2 Puan2 lihat, orang yang menghadiri ceramah ugama disampaikan ustaz2 atau ustazah2, mereka ada yang mengantuk dan menguap. Cuba panggilkan hadirin yang sama termasuk ustaz2 dan ustazah2 sekali, hidangkan dengan muzik muzik atau lagu lagu kesukaaan mereka, tiada Nguapan dan tiada rasa mengantuk, semuanya segar kerana tiada lagi HUKUM, semua bebas…..itulah ibaratnya….

    Like

  5. Apabila matinya Anak ADAM itu sesungguh DIA hidup di sisi tuhannya(ALLAH) adalah kerana telah karam ia dalam wajahnya dan telah fana’ ia dalam zahirnya makanya simpanlah jasad ini walau dimana sekalipun sesungguhnya hanyalah diri (ALLAH) semata maka bersatulah diri ini(ROH) dalam dirinya(ALLAH) sesungguhnya tiada lagi daripada dan kepada kerana hanya dirinya yg SATU…….Mohon pencerahan dari Tn.haji dan rakan2 jika saya tersasar wassalam

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s