Untuk dinilai oleh tuan-tuan!.Komen terhadap saya!

syofyan
syofyan_amran@yahoo.com
180.241.197.8
Submitted on 2013/09/20 at 5:10 pm | In reply to makrifattokkenali.

Maaf tuan saya baca tuan mengajak mario sama-sama mencari ilmu menyatakan Allah, saya simpulkan berarti Tuan masih dalam perjalanan alias bertarikat?
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Link : Facebook
27 View Page
Select comment syofyan
syofyan_amran@yahoo.com
180.241.197.8
Submitted on 2013/09/20 at 5:08 pm

Assalamu alaikum saya lihat ada diskusi tentang ilmu makrifat tok kenali ini menurut saya jika ilmu makrifat didiskusikan apakah bisa akal ini memahaminya,selanjutnya jika berdiskusi carilah orang tepat yang sudah sampai pada puncaknya Makrifatullah sehingga dia bisa menceritakan pengalaman spritualnya jika berdiskusi sama – sama orang buta bukan nanti akan masuk lubang.

Advertisements

24 Replies to “Untuk dinilai oleh tuan-tuan!.Komen terhadap saya!”

  1. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan Tuan syofyan, saya rasa ini mudah. Kita sama2 tahu garam itu rasanya masin, tetapi adakah rasa masin tuan syofyan sama dengan saya ??? Tuan pernah dengar orang selalu berkata, rasa sedap itu hanya sejengkal. Maknanya lebih kurang sejengkal sahaja. Nah kamu makan, cuma kamu jengkal jari tuan, selepas ditelan tuan tak tahu apa rasanya langsung. sama juga kalau tuan sama isteri. senjata tuan juga purata panjang sejengkal. maka rasa sedapnya juga sejengkal. Maka RASA itu hanyalah subjektif, tiada sama yang dapat menceritakannya. Ia tetap rahsia. Cuma diskusi web ini hanya kaedah untuk menyatakan ALLAH sahaja. Faham sesama manusia juga berbeda , sama sahaja perjalanan rasa tak akan sama. Kalau orang dapat merasakan apa sahaja yang diajar oleh NABI MUHAMMAD ITU sama, maka kita tak akan ada syiah atau sunnah !!! Yang ada hanya pengikut Nabi Muhammad. Di Malaysia dan juga Indonesia punya pandangan Islam yang berbeza beza. Tetapi kenapa kami pengikut blog haji shaari, semuanya menyatakan ALLAH dan semuanya adalah kebesaran ALLAH tiada beda beda, yang ada hanya AHAD, AHAD, AHAD, – kamu nak meditasi ke ? Kamu nak duduk di Kali jadi sama seperti sunan kali jaga, atau kamu mahu jadi nabi semuanya ketetapan ALLAH. PERSONAL DESTINY. Kalau kamu ditentukan terjun lubang, maka kamu juga akan terjun lubang. Kalau semua orang kenal itu ISLAM sama, maka tiada mahzab. Semuanya menyatakan ALLAH. Semuanya ketetapan ALLAH. Nah nama tuan saya anggarkan dari Indonesia, nah cuba tuan hapuskan KORUPSI di Indonesia, tuan hanya mampu berkata kata sahaja….maka itu lah ketetapan ALLAH. Hanya ALLAH yang bisa merubahnya. Indonesia ada lebih kurang 250 juta orang islam, dan indonesia juga salah satu negara terkorup dunia. tapi saya tak apa apa, saya hanya mampu menyerahkan semuanya dan segalanya kepada ALLAH. aku tak punya apa2. dirilku pun tak ada……….

    Like

  2. Assalamualaikum,
    Orang makrifat yang telah jelas sampai ke makamnya menerima dengan redha kedudukan yang Allah swt. kurniakan kepadanya dan melaksanakan amanat Allah swt yang di ilhamkan kepadanya dengan kudrat dan iradat Ilahi. Tuan Guru adalah hamba Allah swt. yang dikurniakan untuk berkhidmat kepada Allah petunjuk jalan menuju Jalan Ilahi ..penyuluh kepada cahaya Ilahi..Orang seperti Tuan Guru inilah yang tempatnya dimuliakan disisi Allah..menyebarkan Ilmu Allah dengan petunjuk Ilahi dengan jelas dan mudah..

    Bagi orang-orang seperti saya yang masih dalam perjalanan atau hendak memulakan perjalanan amat memerlukan bimbingan dari Tuan Guru yang Mursyid..Ingatlah..Allah swt akan membuka jalan kepada hambanya yang ingin ditemui Nya..sebarang keraguan dan kata-kata ini adalah juga merupakan tarikan ketuhanan atau tarikan langsung dari Allah swt. agar hamba yang ingin ditemui-Nya selamat sampai kepada-Nya.

    Ingatlah, Allah swt hanya boleh dikenal jika DIA sendiri mahu DIA dikenali

    Sahabat-sahabat..dalam mengharungi perjalanan menuju Allah swt, jika ada keraguan tiliklah hati..sucikanlah hati agar mata hati kita dapat terbuka dan diterangi dengan Nur Ilahi. Ingatlah..nafsu dan akal perlu dihapuskan dan dimatikan kerana nafsu menjadikan mata hati menjadi buta dan akal sentiasa mencari hujah, alasan dan dalil yang menjadikan kita terpesong atau tersesat jalan.

    Bimbingan Tuan Guru amat diperlukan untuk orang-orang seperti kami agar tidak terjatuh dalam kelalaian dan tidak terpedaya dengan bayangan makhluk dan alam.

    Sahabat-sahabat..perjalanan ini bukanlah perjalanan untuk mencari kekaramatan atau kasyaf tapi ini adalah perjalanan menuju Allah Yang Esa. Orang makrifat yang telah sampai kepada Makam yang telah ditentukan Mati Akal dari Berkata-kata..memperolehi rahsia-rahsia ketuhanan..dimana hati
    seperti Tuan Guru yang telah mengalami rasa, zauk dan hakikat tidak mungkin dapat digambarkan dan dibahaskan..perkara-perkara seperti ini tidak akan dibicarakan dengan orang lain sekalipun dengan anak muridnya. Hal-hal kurniaan, kekeramatan dan kasyaf tidak perlu dibangkit kerana ia akan menambahkan kejahilan, kelalaian dan kederhakaan serta melanggar batasan Syariat Allah swt.

    “TIADA SESUATU SEBANDING ALLAH”
    Tidak ada nama yang mampu menceritakan tentang Zat-Nya, Tidak ada sifat yang mampu menggambarkan tentang Zat-Nya, Tidak ada isyarat yang mampu memperkenalkan Zat-Nya. Itulah Allah swt yang tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.Maha Suci Allah swt dari apa yang disifatkan.

    Sahabat-sahabat..sekali lagi ingin saya kongsikan..sucikan hati kita dan peliharalan adab sopan kita dalam perjalanan ini…Tidak perlu kita fikirkan dimana “Stesen” kita akan dihentikan..redhalah dan bertawakallah dengan Qada dan Qadar…teruskan kelangsungan hidup dengan kudrat dan iradat Ilahi.

    Like

  3. . Aslm Tuan Sofyan,

    Apabila kita berbicara,berdiskusi atau ingin belajar ilmu makrifat, sememangnya kegairahan akan timbul untuk mengetahui perkara-perkara yang mencarik adat seperti blh terbang,tembak tak lut dll.Malah bagi penulis sendiri di awal zaman remaja dahulu.Pengiktirafan penulis dlm menilai keMURSYIDAN” seorang guru dinilai berdasarkan perkara-perkara tersebut.Sama ada melihat sendiri, atau mendengar cerita tentang kehebatan sesorang yang punya kehebatan ilmu kebatinan sebegitu, makin tinggilah piawaian penulis terhadap individu tersebut, bahawa inilah insan yang amat hampir atau yg telah sampai ke hadirat Allah SWT.

    Justeru itu, tidak hairan kalau ada yang menilai kelayakan seseorang yg mahu menjabarkan ilmu makrifat hanya bedasarkan keupayaan/kehebatan ilmu kebatinan yang dipertontonkan.

    Namun jalan (torikat) untuk menuju ke hadirat Allah SWT bukan berdasarkan perkara tersebut.Kerana tidak semua perkara yang mencarik adat itu keramat anugerah yang empunya segala-galanya.kerana di situ ada yang dipanggil uluran, maunah dan juga sihir lantaran sesuatu amalan yang sememangnya didasarkan untuk memperolehi perkara tersebut.Nah….bukan sedikit yang kecundang dijalan yang diterokai untuk menuju ke hadiral Illahi dek kerana tersalah memilih guru dikeranakan terpesona dengan keupayaan kebatinan yang mencarik adat yang dimiliki oleh individu yg dijadikan guru untuk bermakrifatullah.

    Seperti yang sama-sama dimaklumi,jalan untuk menuju ke hadirat Allah SWT berbagai cabang atau tarikat telah wujud sejak zaman berzaman seperti ahmadiah, naqsabandiyah dll.Setiap tarikat mempunyai keistimewaan,wirid amalan dan sebagainya. Terdapat tarikat yang selain wirid amalan yg perlu diamalkan setiap hari, malah menekankan uslub mujahadah, uslub bersuluk dan sebagainya.Seperti yang Tn Hj Shaari tekankan, pilihlah jalan mana yg diingini(sebenarnya yg DIA taqdirkan) kerana apapun jalan yg dipilih atau yang diberi.Matlamatnya tetap satu adalah sampai ke hadirat Allah, dapat menyatakanNYA atau makrifatullah.

    Pengalaman kerohanian,apalagi yg pelik-pelik semasa menelusuri jalan menuju ke hadirat Rabbuljalil biasanya akan ditempuh atau dimiliki oleh para SALIK (murid yg menjalani jln tarikat)malah keasyikkan untuk mengenali TOK KENALI sendiri, ramai yang lebih tertarik tentang keupayaan kerohanian yg Allah anugerahkan kepada beliau seperti membiarkan ulat hidup di kaki beliau dan sebagainya.Maka kegairahan yg cuma ditumpukan kepekara tersebut, sehingga terlupa kehebatan ILMU RASA yang dimiliki OLEH Tok Kenali dalam bermakrifat.Namun demikian, bukan bermakna yg memilih jalan Tok Kenali tidak mengalami pengalaman aneh. Ada…..tetapi bukan itu tujuan utama, kerana keutamaan dlm ilmu beliau yang dijabar oleh Tn Guru Hj Shaari adalah dapat mengenal serta menyatakan Allah SWT.sesudah mematikan/menyerahkan segala sifat,asma dan afaal kepada yang empunya DAN…….dikala itulah menyedari bahawa tidak wujud pun yang bernama makluk, kerana WUJUD itu adalah hanya DIA semata-mata.

    Justeru itu,kalau Tuan Sofyan hanya berminat untuk menerima/menilai seseorang yang layak untuk menjabarkan ilmu serta pengetahuan berkenaan makrifat berdasarkan pengalaman kerohanian, rasanya makrifat Tok Kenali bukanlah jalan yg sesuai untuk mendengar semua itu.Tn Guru Hj Shaari tidak pernah tunjuk kepada kami boleh terbang, tak lut dan sebagainya.

    Tn Hj Shaari tidak mengajar bab jampi mentera atau untuk jadi kebal.Tetapi beliau mengajar jalan untuk mengenal diri yang akhirnya dengan kenalnya diri maka akan kenallah kepada yang empunya diri serta menyatakanNYA.

    Kebimbangan Tuan tentang kesesatan(masuk lubang) ada asasnya, namun sesuatu itu adalah berdasarkan niat yang terbit tanpa huruf dan suara.Penulis amat berkeyakinan, sekiranya niat ikhlas untuk menuju ke hadiratNYA.Pasti Allah akan menuntun serta menunjukkan jalan-jalanNYA.Namun sekiranya sebaliknya, itu adalah kuasaNYA . semata-mata.Namun janji Allah, jika hambaKU menujuKU sehasta , sejengkal AKU merapatinya.

    Bagi penulis kewujudan medium diskusi ini,yang dirintis oleh Tn Hj Shaari merupakan suatu yang perlu disyukuri, setidak-tidaknya bagi yg ingin mengetahui dan sedang mencari maka taulah serba sedikit dan masalah faham adalah milik Allah SWT.Sebab bagi penulis sendiri sedari zaman remaja, sering bertemu kalangan yang memancing soalan-soalan yg ingin memperlihatkan bahawa dia mempunyai pengetahuan dalam bab hakikat,makrifat SOALAN LAZIM –“SIAPA KITA INI? DARI MANA KITA? Dan seumpamanyalah yg penulis yakin kebanyakkan kita pernah mengalaminya. DAN apabila diminta untuk menjelaskan soalan yang ditanya. TIGA jawapan standard yang terucap 1. Carilah guru mursyid 2.Carilah sendiri 3. Ko tak layak.Akhirnya….jawapan tak diperolehi, hati sakit,mula berprasangka tidak elok dan fikiran jadi kacau.Mula timbul dakwaan sesat dan lain-lain. Habis dah orang tak tau, ditanya, bila yang tak tau minta diberitahu tak mahu beritahu.Maka inilah bagi penulis mengapa ilmu makrifat jadi terpingir dan asing bagi kebanyakan orang dan dicurigai oleh kalangan yang tidak tau……sebabnya….manusia seperti yang suka menyoal tulah…..padahal…….entah-entah dia pun tak tau manapun, Cuma dengan menyoal sesuatu yang orang lain tak dapat jawab……MAKA….kelihatan hebat serta alimnya dia.Wallahualam…. Oleh yang demikian taqdir Allah SWT yang mengizinkan untuk serta menggerakan Tn Hj Shaari untuk berkongsi pengetahuan tentang hakikat/makrifat adalah sesuatu yg penulis amat meraikannya.Lain padang lain belalang……

    Penulis berkeyakinan bahawa Tuan Sofyan mempunyai pengalaman kerohanian yang hebat dan menarik jika berdasarkan bicara yang diucap lewat tulisan tuan.Maka alangkah murninya jika tuan sudi berkongsi pengalaman tersebut bagi kami anak murid Tuan Hj Shaari yang tidak punya pengalaman seperti tuan ,kerana guru kami tidak pernah menjanjikan perkara tersebut.KERANA………..segala-galanya hanya DIA…DIA dan DIA semata-mata.

    Akhir bicara,marilah dengan izin Allah empunya segala-galanya kita bertolong bantu dalam menekuni serta memperkasa ilmu yang selama ini tersembunyi agar dapat diketahui oleh umum, semoga dengan itu akan redalah api bangkangan(atau permusuhan/kebencian) kalangan yg tidak menyukai ilmu ini.

    Salam ukhwah buat Tuan Sofyan.Maaf jika terdapat lafas kata yang menguris sanubari. Penulis tidak punya apa-apa, kerana gerak serta upaya dan bicara yg tersurat ini adalah kerana DIA dan milik dia.
    Salam makrifat untuk ikhwan semua

    Like

  4. Makrifat….lapar kenyang,mulia hina,kaya miskin,siang malam,adalah sama.yang kenal adalah yang tak mengenal,yang tak mengenal adalah yang kenal.setelah tahu jadi tak tahu,setelah tak tahu itulah yang mengetahui. Bertemu dengan allah di dunia jangan tunggu di akhirat. Karna akhirat itu adanya di dunia.

    Like

  5. Jika ilmu makrifat itu dinilai dari pengalaman spiritualnya maksud nya kita hanya bertujuan kepada perkara2 seumpamanya. Sedang kan kita bermakrifat adalah utk Mengenal Allah. .. orang yang tidak bermakrifat juga ada yang mengalami pengalaman spiritualnya

    Like

  6. Salam tn sofyan……
    Sekiranya takdir tn makrifat diri…
    Tn pasti berkata..
    “sewajarnya tn guru hj shaari dimartabatkan WIRA WIRA MELAYU KEILMUAN yg menyambung perjuangan tok kenali sendiri sebaris dgn pejuang2 ilmu makrifat yg terdahulu….
    Sy dgn yakin katakan pasti…
    Insyahallah…
    Cubalah tn soyfan masuk ke pintu gerbang “MAKRIFATULLAH”
    tn akan bertemu JAWAPAN

    Like

  7. Salam Ayahnda Guru Hj. Shaari

    Salam Tuan syofyan…, saya hanya ingin berpesan kepada tuan…. Bahwa perkecillah diri tuan, maka diri tuanpun akan tumbuh lebih besar dari pada dunia dan isinya. Tiadakan diri tuan syofyan terlebih dahulu, maka Jatidiri tuanpun akan terungkap tanpa kata-kata…

    Semoga tuan syofyan dapat menyelami apa maksud isi kata – kata yang sedikit ini… Dan mungkin juga kata-kata yang sedikit ini tiada arti bagi tuan…

    Salam…

    Like

  8. Apakah orang2 yg mengalami pengalaman spiritual shj yg bole d gelar orang2 Makrifat???? Sesungguhnya pengalaman itu adalah anugerah Nya bg menunjukkan kebesaranNya bukan utk diceritakan kpd sesiapa…. Pengalaman spiritual bukanlah terjadi pd orang2 Makrifat shj orang kebanyakkan jg mengalaminya hanya saja bgmn cara orang tersebut mentadbir dn mentafsirnya…. Walau apapun semua ini sdh tercatat d SANA…

    Like

  9. salam tuan hj dan semua
    saya bersetuju dgn tn azmi…pendapat saya yg paling mudah sekiranya kita tidak memahami atau berasa was was dgn apa yg tn hj sampaikan tentang makrifat tok kenali atau kita tidak bersetuju dgn ilmu ketuhanan yg disampaikan,rasanya elok kita diam atau jgn ikuti langsung sebab kita takut nanti akan timbul sebarang fitnah…ramai dikalangan pengikut blog tn hj sudah faham tentang ilmu makrifat ini dan juga yg masih baru faham…nasihat saya kalau kita tidak bersetuju dgn apa yg tn hj sampaikan disini kita boleh mencari guru guru yg lain.pendapat saya disini bukan tempat untuk mencari atau membandingkan ketinggian ilmu.Minta maaflah pd sesiapa,yg rasa atau menyertai blog ini semata-mata untuk membandingkan ketinggian ilmu.sekian.

    Like

  10. Mengenal Allah di kekurangan diri menyebab akan menjadi hampir.kpd saudara sofyan fahami dan renung lah pemilik karamah itu bukan kita tpi Dia.mendapat Allah boleh melupakan karamah dan sakti kerana itu sementara.JANGAN SAMPAI TERLIHATA ADANYA diri.masuklah dan intai lah pintu gerbang makrifat…jangan slhkan tuan guru hj saari kerana kunci Rasa itu milik Allah Mohon la kerana Dia punya barang yg banyak,

    Like

  11. Tuan guru mengajar kembali kepada bukan di tarikat tapi di makrifat cuba kita fikir.menafi keberadaan bukan mengadakan diri yg tiada.cuba kita fikirkan tahukah kita akan lahir ke dunia nanti?mahukah kita hidup susah dan hanya merasa senang?di luar jangkaan akal melainkan yg hidup itu hanya ALLAH swt untuk menyatakan DiriNya..bila dah rasa sebenar benar rasa hidup pasrah ikut perintah saja..tiada ukur mengukur.yg diukur pun sama yg mengukur pn sama..bebaskan la diri dari sangkar nescaya bebas kemana sja bila pulang ke sangkar semula pasti rasa diri tiada merasa.syukran tn hj kerana sudi menumpahkan Khazanah itu.

    Like

  12. AS Salam ,

    Suatu hari, suatu masalah mengusik benakku Jiwaku tertekan. Kuberkata: “Aku menginginkan kematian, yang di dalamnya tiada kehidupan, dan kehidupan, yang di dalamnya tiada kematian.”

    Aku ditanya, kematian apakah yang di dalamnya tiada kehidupan, dan kehidupan apakah yang didalamnya tiada kematian yang tiada memiliki kehidupan ialah kematianku dari sesamaku, sehingga aku tak melihat manfaat dan mudharat mereka, dan kematianku dari diriku, dari keinginanku, dari tujuanku di dalam kehidupan duniawi dan kehidupan setelah matiku, sehingga aku tak berada di dalam kehidupan setelah matiku, sehingga aku tak berada di dalam ini semua. Kehidupan yang tak memiliki kematian ialah kehidupanku dengan kehendak-Nya, sehingga aku tak maujud di dalamnya, dan kematianku di dalamnya ialah kemaujudanku dengan-Nya.

    Like

  13. as salam
    yg bahas di atas semua Dia, utk menujukkan Maha Kaya & Maha KesempurnaanNya Dia… ambik semuanya jadikan ianya satu. kita menuju satu jadi satu itulah tujuan kita.

    satu..satu..satu..

    terima tuan2 puan2 semua dan terima kasih tuah guru yg disayangi lagi dihormati…

    Like

  14. Pelita banyak dan berbeza
    Cahaya sama dan satu jua
    Jika anda lihat lampu saja
    Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.

    Pandanglah pd cahaya
    Anda akan lihat satu jua
    Berbilang-bilang hanya bentuk jua
    Boleh dibilang satu, dua dan tiga
    Begitu jua pendapat manusia
    Berlain-lain dan berbeza-beza
    Timbulah pelbagai mazhab agama
    Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.
    Jikalau kita ada cahaya
    Dapat memandang keseluruhan
    Tidaklah lg ada perbezaan
    Lenyaplah segala perbalahan.
    Semoga manfaat

    Like

  15. benar itu segalanya Allah – saya amat setuju pendapat sdr!!!

    bagi yg memahami segala penglihatan, pendengaran, pemahaman, pemerhatian,pembacaan, penyelesaian hanya akan bertumpu kpd yang SATU!!! waimah apa saja ketentuanNya samada kita digolongkan ahli syariatin atau ahli musyahadah – SATU LAH JUA ADANYA!!!!!! bilangan2 itu semata2 sifat jua dan bila terkumpul semua tiada lain lagi dah tuh. putus dah………….tiada apa2 lagi!!! putus………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    satu segalanya! segalanya satu!

    tiada lain dah tuh….!!!!!

    Like

  16. Ilmi ini adalah KEBENARAN dan KEBENARAN itu TIDAK BOLEH DITUTUPI APALAGI DIRAHASIAKAN…………..

    firman Allah swt dalam surat Albaqarah 159,yaitu :“ SESUNGGUHNYA ORANG – ORANG YANG MENYEMBUNYIKAN APA YANG TELAH KAMI TURUNKAN BERUPA KETERANGAN-KETERANGAN YANG JELAS DAN PETUNJUK,SETELAH KAMI MENERANGKANNYA KEPADA MANUSIA DALAM AL KITAB,MEREKA ITU DILAKNATI ALLAH DAN DILAKNATI PULA OLEH SEMUA MAHKLUK YANG DAPAT MELAKNAT “

    Like

    1. nama yg.1 mana blh.tunjok,tu rahsia atas rahsia dan byk lagi rahsia2. org. dpt tu kena sembunyikan tak kan nak jelaskan atau di petunjokan.jadi jgn.tersalah dlm..penyampaian.maaf jika sy.tersalah bahasa

      Like

      1. Allah lagikan terang, lebih terang dari cahaya matahari, inikan pula nama!. Apa lagi yg nak disembunyikan, sampai bila nak sembunyi?. Kenapa org nak sembunyi nama Allah?. Apakah yang ada pada nama?. …………………..drp hj shaari

        Like

  17. Salam, bolekah sekiranya ilmu yg dirasai itu melebihi atau mengurangi dari setiap sudut saudara saudari sekalian maka hendaklah kita bersama sama untuk memikul tanggungjawab setelah tanggungan itu telah dipersetujui utk ditanggung,marilah sama kita menuju jalan itu agar kekal dlm jlnnya.kita perlu bersatu,ini kerana jaln kamu masing masing tidak sama walaupun tempat tujuannya sama.semua arah adalh wajahnya,marilah kita sama menetapkan satu tujuan yang sama dgn meredhai jalan yg berwarna warni ini hanya sebagai qada’ dan qadarnya.salam

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s