Apakah dosa pahala itu, kita yang buat dan kita yang tetapkan diazali (luh hulmahfuz)?……………………….

mualim munawar
zaidiabidin@gmail.com
175.136.124.88
Submitted on 2013/09/10 at 4:07 am

asalamualaikum. . ..tuan ingin saya tanyakan pada tuan jika benar tuan ini betul faham akan makrifat tok kenali….DI MANAKAH LETAKNYA PAHALA DAN DOSA ITU. dan jika tuan tidak mengetahui ini alangkah sedehnya tok kenali….
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Advertisements

27 Replies to “Apakah dosa pahala itu, kita yang buat dan kita yang tetapkan diazali (luh hulmahfuz)?……………………….”

  1. Salam buat Tuan guru dan sahabat kalian mohon saya mencuba,

    Pertamanya jika dikatakan telah mati maka persoalan ini tiada lagi timbul naik nya. Manakan ada dosa pahala lagi pada yang mati. Apa yang mati itu mampu mencuri kah? sedang bergerak nya pon tiada manakan lagi nak mencuri?

    Pahala dan dosa itu jika diletakkan kepada pelaku nya, jika pelaku nya itu tiada lagi ada (tidak wujud) mana lagi nak disandarkan dosa dan pahala itu? letakkan dosa dan pahala pada Nya kerna Dia sahaja yang wujud.

    Mungkin nanti akan bertanya, takkan lah Dia berbuat dosa? Jadi nya tanyakan kembali siapa yang telah siap menulis bahawa sa nya dosa itu akan terbuat di azali? jikalau terbuat seolah ada perbuatan. Sebelum dosa itu sendiri diperbuatkan, dosa itu sedari awal lagi sudah dicipta oleh Nya. Dosa itu juga adalah ciptaan (makhluk). Makluk itu sifatnya apa ya?

    Mari kita lihat ini pula

    Dosa pahala itu seolahnya siang dan malam. Betulkah ada beza antara siang dan malam? jika ya hanya dikhayalan akal atau pun dari segi bahasa, jika kita perhalusi lagi, di saat manakah bermulanya malam? 6.30 petang kah? 7.30 petang kah? 8.00 malam kah? nah, jikalau menjawab 6.30, habisnya itu 6.29 itukah siang? bezanya seminit tapi kondisi awan dan udaranya samakan? habis nya di mana malam itu bermula? Bukankah tiada beza…

    jadi begitu juga pahala, di mana bermulanya pahala? contohnya ketika bersedekah… di manakah bermulanya ia? ketika mengeluarkan duit dari dompet? ketika mengisi duit itu ke dalam tabung sedekah? ketika melihat tabung? di mana mulanya? perkara yang berbeza harus ada sempadannya bukan?

    Makanya tidak lah beza lagi keduanya jikalau ianya sama. maka satu jua adanya. Jika hendak di letakkan kepada perbuatan, perbuatan itu harus lah ada pembuat perbuatan, bagaimana hendak diletakkan kepada pembuat itu apabila pembuat itu telah mati dan lebih bagus lagi telah tiada. Maka dosa, pahala, segalanya ciptaan Nya itu tiada lagi. Jika masih mahu dibahasakan di mana mahu letak, letak lah pada Nya.

    Mohon jawapan lebih tepat dari rakan sekalian,khususnya dari Tuan Guru sendiri, InsyaAllah.

    Like

  2. as salam
    pahala itu bayangan syurga dan dosa itu bayangan neraka. saya tak mahu bayang2 sayang nak YANG NYATA. saya tetap berpegang pada kalimah keramat LA ILLAHA ILLA ALLAH!!!!
    bawalah kemana jua ketaatan tidak sekali2 menduakan!!!

    kata2 Allah “KUN” itu meliputi. disini letaknya..disini jualah putusnya!!!!!

    lahawlawalakuwataillahbillah….!!!

    Like

  3. Syurga dan neraka sudah tercatat di Loh Mahfuz.gambaran penempatan syurga atau neraka ada di RASA..yang dah makrifat sudah faham.HAQULYAQIN mengkhabar.TOKKENALI tidak akan bersedih peninggalan beliau sudah membuktikan melalui pengalamanKU..silap benar wahai sdr munawar ,tajamkan lg pandanganmu agar bisa menembusi alam demensimu sendiri.

    Like

  4. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan rakan2 seperjuangan.

    Makam manusia memang berbeza beza. Makam ini kita sebut PERSONAL DESTINY atau KETENTUAN @Qada dan Qadar. Tiada siapa yang salah dan betul. Tengok kat makam mana kamu duduk. Pahala, Syurga, Dosa, Neraka itu benar kalau tuan duduk dimakam itu.

    Jadi, yang ini webblog MAKRIFAT – cerita makrifat , CERITA AHAD, AHAD, AHAD – Cerita ALLAH, bukan cerita orang tak de. Dah orang takde, nak hukum siapa ????? Cerita yg dihukum dan menghukum itu SATU, SAMA – AHAD, AHAD, AHAD.

    Tak faham lagi ???? dah itu makam kamulah…….

    Like

  5. Salam alaikum,…

    Orang makrifat sudah tak makom lagi/ sdh tak ada tempat lg urus perkara Pahala & Dosa, sudah tak da lagi keinginan dan ke khawatiran,…. sebab dah ” mati ” dah NOL, tak ada lg Annaniyah …..

    Maju terus perkhabarkan makrifat tok kenali…. syukron Tuan Guru Haji Shaari,,,

    Like

    1. benar kata tuan itu. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang sudah melewati (sudah melepasi) syurga neraka. Syurga neraka itu, adalah tempat yg rendah!. Yg lebih tinggi dan yg lebih teratas drp syurga neraka atau ganjaran pahala itu, adalah Allah. kenapa masih nak memilih yang rendah, berbanding Allah yg tinggi?. Sy hairan dan rasa amat kesal dgn org sekarang yg lebih memilih perkara rendah berbanding yg tinggi. Ketahuilah bahawa Allah itu tinggi, jadi ambillah dan pilihlah yg tinggi. drp hj shaari

      Like

  6. Dosa/Neraka dan Pahala/Surga sudah nyata sekarang di dunia ini…
    contoh ketika kita mencuri sudah jelas nerakanya dipukul orang atau masuk penjara, sedangkan Surga yang luhur terletak pada ketenangan jiwa dan hati yang ikhlas.
    dalam menjalani hidup di dunia kita harus tahu Perintah dan Larangan, walaupun segala perbuatan datangnya dari allah kita harus tau apakah itu perintah atau larangan, intinya kita harus selalu mawas diri, kesadaran harus tinggi, berjalanlah secara ruhani dan jangan lupa tauhid. segala sesuatunya harus ikhlas jangan mengharap kan imbalan seperti surga atau takut kepada neraka karena mereka juga mahluk yang di ciptakan allah, kalau berbuat kebaikan janganlah mengaku-ngaku bahwa engkau yang berbuat (matikan diri) insyaallah sempurna..

    Like

  7. .. Salam sejahtera buat Tn Munawar serta saudaraku sekelian
    Dalam mana-mana diskusi atau forum, sering kali 2 kaedah dalam menyatakan PERSOALAN/PERTAYAAN akan diutarakan oleh yang bertanya:
    1.Bertanya tanpa disulami teka teki, sindiran dan yang seumpama dengannya. – langsung serta jujur dan memang tulus hanya inginkan jawapan daripada yang ditanya. – kaedah ini terkadang lewat mendapat jawapan atau perhatian
    2.Bertanya dengan menzahirkan PROVOKASI – Biasanya akan cepat mendapat respon serta jawapan dan perkara asas bahawa sebenarnya diri yang bertanya memang tidak mengetahui, tentang perkara yang ditanya dapat disembunyikan, seakan-akan diri yang bertanya lebih mengetahui dan pertayaan sekadar untuk menguji.
    Di antara 2 kaedah tersebut,hanya DIA yang maha mengetahui kedudukan Tn Munawar dalam melontarkan pertayaan. Namun….biar dimana pun kaedah serta nawaitu yang bertanya…….kita bersangka baik…..serta menjadi kewajipan untuk menjawab serta memberitahu jawapan di atas pertanyaan yang dilontar.
    Penulis tidak mampu untuk memberi jawapan, Cuma sekadar ingin memberi RESPON serta ingin memeriahkan(sebenarnya menyibuk-hi..hi..hi) blog ini dan melatih/menuras/menguji kefahaman terhadap ilmu yang Tn Hj Shaari jabarkan.
    KEDUDUKAN DOSA DAN PAHALA
    Dalam memberikan respon terhadap persoalan ini,penulis ingin bertitik tolak daripada:
    1.“LAA TA TA HAROKU ILLA BIIZNILLAH”
    Tidak berlaku sesuatupun melainkan dengan izin Allah – Telah jelas betapa segala –galanya adalah ketentuan serta milikNYA semata-mata.
    2.”LAA HAULAAWALAA QUATAA ILLAA BILLAHILALIIYILADZHIM”
    Tiada daya upaya melainkan kekuasaan Allah semata-mata – Sudah terang lagi bersuluh, betapa segala kekuasaan adalah milikNYA semata-mata.
    3.Firman Allah SWT “Ku ciptakan manusia serta segala apa-apa yang diperbuat”
    4.Firman Allah SWT “Tidak gugur sehelai daun pun, melainkan semuanya dalam pengetahuan Allah dan telah tertulis di dalam KITABULLMUBIIN-Luh Mahfuz”

    Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas amat jelas dan nyata betapa segala-galanya sama ada perihal dosa,pahala,surga,neraka,rezeki dan lain-lain merupakan perkara yang telah Allah tetapkan sedari azali.
    Sebenarnya jika Tn Munawar bersabar sambil rajin memahami/mentelaah nukilan Tn Guru Hj Shaari sama ada menerusi 2 buah buku beliau atau nukilan yang dizahir di dalam blog, semuannya telah jelas disebut.
    Lantaran itulah ilmu makrifat Tok Kenali menekankan tentang matikan diri sebelum mati iaitu menyerahkan/mengembalikan segala sifat,asma dan afaal keseluruhannya kepada yang empunya iaitu Allah SWT. Setelah tidak Nampak wujudnya diri……..maka segala-galanya hanya DIA…DIA..DAN DIA.Jangan kata makluk nak menetapkan KETENTUAN sedari azali sememangnya tidak layak dan berhak, lebih dari itu…….makluk itu sebenarnya tidak WUJUD kerana Wajibul wujud itu adalah hanya Allah Swt.DIAlah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang bathin.
    Oleh yang sedemikian “serahlah diri,matikanlah diri dan jangan sampai terlihat adanya diri” itulah pesan yang sentiasa diingatkan oleh guruku – Tn Hj Shaari Mohd Yusof.
    Maaf jika tulisan ini tidak menjawab persoalan yang tuan utarakan. Seperti yang disebut di awal tadi, penulis tidak layak untuk menjawab. Cuma sekadar memberi respon sambil ingin mengukur kefahaman sendiri terhadap ilmu yang dijabar oleh Tn Guru Hj Shaari. Penulis amat yakin, rakan-rakan yang lain yang berkelayakkan akan menjawab persoalan yang tuan tanyakan.
    Salam hormat dan ukhwah untuk Tn Munawar dan semua.
    .

    Like

  8. benar2 itu sahabat2 ku diatas…. sunatullah itu berjalan di dunia ini dan tidak berubah setelah keringnya pena @ ink @ dakwat di luhul mahfuz.

    semuanya urusanNya dan kefahaman juga dibawah taklukNya…..!!!!

    saya amat bersetuju dgn pendapat sdr azmi…. kalau yg paham maksud beliau…satu…satu…satu… itu yg terpahat di hati sanubari dan qalbun mukminin sekalian kami anak2 murid tn haji shaari dan tok kenali!!!!!

    terima kasih sekali lagi kpd tuan guru kami!!!! kami tidak akan biarkan tuan guru kami bersendirian mengharungi ranjau duri demi kebenaran!!!! dan kami akur dan taat kpd ketetapanNya yang satu.

    itu yg diajar kpd kami!!!!!

    wassalam…

    Like

    1. tentang loh mahfuz ter bahagi 2 .1.didlm.alam kabir ia tu alam besar 2.alam saghir iatu alam kecil ni pd.diri kita.alam kabir-yg.skrg. kita nampak.waula hualam

      Like

      1. Pada hukum syariaat (kulit) memang alam itu terbahagi dua. Tetapi sedarlah bahawa alam itu hanya satu, iaitu alam Allah zahir dan batin, awal dan akhir drp hj shaari…………………………….

        Like

  9. “dalam tenang air di kali
    ku cari yang abadi
    ku lihat ia bukan lagi cinta dan benci
    perlahan seolah debu ia pergi
    berjalan laju di urat dan sendi
    lalu segalanya mati
    di genggaman ilahi”

    Like

  10. Masih cerita surga neraka eahai munawir…tak cukup lagikah matehari diatas kepala kamu selama ini….
    Adakah kamu blum menjalani suasana neraka…? Macam mana kamu ingin manikmati surga..?

    Like

  11. maksud pahala itu adalah menyucikan,apabila kita faham yg melaksanakan ibadah itu semata Allah,itulah kesucian,yg mensucikan kita juga Allah,kita hamba hanya digerakkan untuk melakonkan perlaksanaannya,Firman Allah :Kami menunjukkan dua jalan,iaitu baik dan buruk,iaitu pahala dan dosa.bermaksud Allah dah tetapkan pahala untuk kita dgn mensucikan kita,Allah jua yg berkuasa menetapkan dosa atas perbuatan hamba dan Allah berfirman maksud dan aku tidak mengubah suatu kaum kecuali kaum itu mengubah dirinya.Jibraillah yg membawa jalan pahala iaitu sirotol mustaqim,azazillah yg membawa jalan dosa.persoalannya sebelum jibrail menjadi ketua malaikat bukankah azazil itu ketua malaikat?apa ceritanya?jadi itulah Roh yg satu dr Allah jua, cuma atas fungsi masing2,atas pakaian masing2.manusia itulah perlu memilih 2 jalan krn Allah telah kurniakan roh dan akal untuk bergerak,fi sabilillah fi maksudnya dalam iaitu dalam diri manusia hendaklah disucikan baru bertemu jalan Allah,itulah pahala,semuanya tlh ditetapkan oleh Allah,hamba hanya melakonkan sahaja.-us fahmee

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s