Dosa pahala syurga neraka drp azizalkapari

azizalkapari
https://azizmarzukiblogspot.com.my
azizhjmarzuki@gmail.com
60.52.206.177
Submitted on 2013/09/23 at 12:16 pm

.. Salam sejahtera buat Tn Munawar serta saudaraku sekelian
Dalam mana-mana diskusi atau forum, sering kali 2 kaedah dalam menyatakan PERSOALAN/PERTAYAAN akan diutarakan oleh yang bertanya:
1.Bertanya tanpa disulami teka teki, sindiran dan yang seumpama dengannya. – langsung serta jujur dan memang tulus hanya inginkan jawapan daripada yang ditanya. – kaedah ini terkadang lewat mendapat jawapan atau perhatian
2.Bertanya dengan menzahirkan PROVOKASI – Biasanya akan cepat mendapat respon serta jawapan dan perkara asas bahawa sebenarnya diri yang bertanya memang tidak mengetahui, tentang perkara yang ditanya dapat disembunyikan, seakan-akan diri yang bertanya lebih mengetahui dan pertayaan sekadar untuk menguji.
Di antara 2 kaedah tersebut,hanya DIA yang maha mengetahui kedudukan Tn Munawar dalam melontarkan pertayaan. Namun….biar dimana pun kaedah serta nawaitu yang bertanya…….kita bersangka baik…..serta menjadi kewajipan untuk menjawab serta memberitahu jawapan di atas pertanyaan yang dilontar.
Penulis tidak mampu untuk memberi jawapan, Cuma sekadar ingin memberi RESPON serta ingin memeriahkan(sebenarnya menyibuk-hi..hi..hi) blog ini dan melatih/menuras/menguji kefahaman terhadap ilmu yang Tn Hj Shaari jabarkan.
KEDUDUKAN DOSA DAN PAHALA
Dalam memberikan respon terhadap persoalan ini,penulis ingin bertitik tolak daripada:
1.“LAA TA TA HAROKU ILLA BIIZNILLAH”
Tidak berlaku sesuatupun melainkan dengan izin Allah – Telah jelas betapa segala –galanya adalah ketentuan serta milikNYA semata-mata.
2.”LAA HAULAAWALAA QUATAA ILLAA BILLAHILALIIYILADZHIM”
Tiada daya upaya melainkan kekuasaan Allah semata-mata – Sudah terang lagi bersuluh, betapa segala kekuasaan adalah milikNYA semata-mata.
3.Firman Allah SWT “Ku ciptakan manusia serta segala apa-apa yang diperbuat”
4.Firman Allah SWT “Tidak gugur sehelai daun pun, melainkan semuanya dalam pengetahuan Allah dan telah tertulis di dalam KITABULLMUBIIN-Luh Mahfuz”

Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas amat jelas dan nyata betapa segala-galanya sama ada perihal dosa,pahala,surga,neraka,rezeki dan lain-lain merupakan perkara yang telah Allah tetapkan sedari azali.
Sebenarnya jika Tn Munawar bersabar sambil rajin memahami/mentelaah nukilan Tn Guru Hj Shaari sama ada menerusi 2 buah buku beliau atau nukilan yang dizahir di dalam blog, semuannya telah jelas disebut.
Lantaran itulah ilmu makrifat Tok Kenali menekankan tentang matikan diri sebelum mati iaitu menyerahkan/mengembalikan segala sifat,asma dan afaal keseluruhannya kepada yang empunya iaitu Allah SWT. Setelah tidak Nampak wujudnya diri……..maka segala-galanya hanya DIA…DIA..DAN DIA.Jangan kata makluk nak menetapkan KETENTUAN sedari azali sememangnya tidak layak dan berhak, lebih dari itu…….makluk itu sebenarnya tidak WUJUD kerana Wajibul wujud itu adalah hanya Allah Swt.DIAlah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang bathin.
Oleh yang sedemikian “serahlah diri,matikanlah diri dan jangan sampai terlihat adanya diri” itulah pesan yang sentiasa diingatkan oleh guruku – Tn Hj Shaari Mohd Yusof.
Maaf jika tulisan ini tidak menjawab persoalan yang tuan utarakan. Seperti yang disebut di awal tadi, penulis tidak layak untuk menjawab. Cuma sekadar memberi respon sambil ingin mengukur kefahaman sendiri terhadap ilmu yang dijabar oleh Tn Guru Hj Shaari. Penulis amat yakin, rakan-rakan yang lain yang berkelayakkan akan menjawab persoalan yang tuan tanyakan.
Salam hormat dan ukhwah untuk Tn Munawar dan semua.
.
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Advertisements

7 Replies to “Dosa pahala syurga neraka drp azizalkapari”

  1. Maaf Tuan Guru..sedikit pencerahan tentang dosa dan pahala….dosa..kesengsaraan,kegusaran,susahati,gelisah..inilah erti dosa…pahala..ketenangan,kegembiraan…apa yg susah2 tuan malim..semuanya dari dalam diri…serahkan semua kembali…dariMU kepadaMU….wallahualam….

    Like

  2. miumiu 公式
    , トッズバッグ

    広告黒ずんだ水の完全な浮動ボード上をでっち上げます。ファッショニスタ可能性が最も高いの任意の名前の 1 つまたは 2 つ燃えるような桑ベイズウォーター、ロクサーヌ、メイベル、シミー、Mitzy、模範を提供します。これを考えると、任意のウェブサイト whicj 製品に均一に広告の原則機関の彼らの説明は誤解を招くされているレポートに優れています。事実をここでは、あなたのチームの内部同じの子ではありません多くのスキルは、野球に記載されているためにです。チケット: ‘ yżworolki、’ yżworolki、’ yżworolkiDental 部分的なプレート期間インプラントはその地域や他の人: マッケンジー ボボ |2013 年 7 月 6 日: アンジー ディクソン、プレス起動女王生産を設定するプッシュを通じてインタラクティブなサイトの良いコースを提示します。食事。、ダウン ジャケット努力は使用しない場合、提案する私たちは妙に並べ替えることを選択、すべての時間特定の時間でストレッチ実際に完全に乾かして下方ジャケット。何ですか?それよりほど大きな?世界経済の回復は閉じたドアの後ろの疑わしい非常にほとんどのユーロ地帯負債逆行のためなり鍋やフライパンから需要を義務づけられます。場合は、それらを取得彼らは調節可能なこのプログラムを着ています。プラダ ・ バッグを買った 10 についてまだ袋を過去数年でも自信を持って支払うことができます。
    , TOD’Sバッグ

    http://i1.wp.com/www.fashionisingpictures.net/photoshoots/miumiuautumnwinter2013campaign1.jpg?w=300&crop=0,0,343px,286px&resize=300,250

    ミュウミュウ バッグ
    ,, 腕時計 通販

    , 腕時計 通販
    ,

    Like

  3. Soalan: jika Allah tetapkan sedari azali dosa dan pahala, mengapa Allah janjikan siksaan bagi pendosa dan janjikan syurga bagi yang berpahala?
    Di sinilah duduknya keimanan kita kepada Allah. Allah juga telah tentukan ahli syurga dan ahli neraka sedari azali lagi. Bagi mereka yang menggunakan akal pasti akan dirasuk oleh iblis dan syaitan dengan seribu satu persoalan. Iaitu nampak seolah-olah Allah zalim sedangkan Allah itu telah haramkan kezaliman ke atas diri-Nya.
    Pertama: sebenar-benarnya dan sememangnya Allah sudah siap tulis segala-galanya dari ahli syurga dan ahli neraka, dosa, pahala, segala kejadian, segala perbuatan sama ada sengaja atau tak sengaja seperti ( perbuatan yang terhasil tanpa usaha seperti bersin, menguap, kentut dan sebagainya dan perbuatan yang terhasil dari ikhtiar kita) dengan hanya satu kalimah sahaja iaitu ”Kun” “Fayakun” sekali sahaja iaitu dalam alam wahdah atau La takyin
    Kedua:Sebenarnya kita mesti memelihara aqidah kita supaya tidak rosak. Disebabkan kerana hakikat ini, maka jika kita sebut dan pegang bahawa ahli syurga dan ahli neraka itu Allah belum tetapkan sedari azali lagi, dalam erti kata Dia masih menunggu dahulu untuk mencalonkan nama-nama ahli syurga dan nama-nama ahli neraka dan dia juga menunggu tahun demi tahun kurun demi kurun untuk menentukan dosa dan pahala hamba-Nya, ini menunjukkan Dia lemah dan tak berdaya. Jika begitu kita nak tanya satu soalan iaitu “ tuhan apa nama jika masih lemah untuk menentukan ahli syurga dan ahli neraka?”. Jika begitulah halnya, maka bukanlah layak Dia jadi Tuhan sebab Tuhan itu tak lemah dan tak berkurangan sifatnya.

    Like

    1. Hebat nampaknya ananda berpidato. Kelihatan kefahaman ananda sekarang menghampiri tinggi. Syabas. Dari tulisan itu, saya dapati ada satu titik keyakinan ananda terhadap Allah Taala.

      Hidup kita ini, bukan tempat uji kaji Allah.Seolah-olah Allah itu, tidak tahu untuk menentukan samaada buruk atau baik, jika sekiranya sesutau perkara itu belum berlaku. Kelihatannya Allah itu, belum tahu untuk menentukan buruk baik!. Setelah berlaku, baru Allah tahu, apakah Allah itu tidak tahu, sekiranya ianya belum berlaku?.

      Apakah kita ini menjadi tempat uji kaji Allah (ujian Allah)?……………. Terima kasih atas kefahaman ananda. drp hj shaari

      Like

  4. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui hakikat sebenarnya Takdir dan ketentuan-Nya tehadap hamba-Nya. Kita sebagai hamba-Nya tidak layak untuk bertanya dan mempertikai segala ketentuan Allah, seolah-olah kita lebih pandai dari-Nya. Kita ini zat pun tak wujud bagaimana kita boleh bertanya itu bertanya ini, komen itu komen ini, samalah macam Iblis ketika Allah perintah malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam a.s dia membantah malahan mempertikai terhadap arahan Allah itu, dia kata aku hanya akan sujud kepada Engkau sahaja tidak kepada selain dariMu. Dia sebenarnya telah ditentukan oleh Allah untuk menjadi penghuni neraka Allah. Kita ini belum tahu syurga atau neraka. Tok sah dok sibuk pertikai ketentuan Allah. Beramal sudahlah setelah belajar ilmu makrifat Tok Kenali sedalam-dalamnya sehingga mengenal diri sendiri yang membawa kepada mengenal Allah atau dengan lain perkataan, telah sampai ke garisan penamat iaitu apabila hilangnya virus “wahan” yang simtomnya adalah “hubbud dunia wa karahiayatu maut” (cintakan dunia dan membenci maut atau mati) apabila hilang virus itu dan dihapuskan dengan amalan tareqat sufi yang ditalqeenkan dari guru mursyid maka akan berubah kepada benci dunia dan rindu kepada kematian iaitu saat-saat perpisahan roh (isi) dari jasad (kulit).

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s