Saya bangga dgn jawapan2 drp peminat. Yg menampakkan kematangan dlm berilmu makrifat. syabas

zek komando
zekkomando@gmail.com
199.195.193.225
Submitted on 2013/09/23 at 12:02 am

Salam buat Tuan guru dan sahabat kalian mohon saya mencuba,

Pertamanya jika dikatakan telah mati maka persoalan ini tiada lagi timbul naik nya. Manakan ada dosa pahala lagi pada yang mati. Apa yang mati itu mampu mencuri kah? sedang bergerak nya pon tiada manakan lagi nak mencuri?

Pahala dan dosa itu jika diletakkan kepada pelaku nya, jika pelaku nya itu tiada lagi ada (tidak wujud) mana lagi nak disandarkan dosa dan pahala itu? letakkan dosa dan pahala pada Nya kerna Dia sahaja yang wujud.

Mungkin nanti akan bertanya, takkan lah Dia berbuat dosa? Jadi nya tanyakan kembali siapa yang telah siap menulis bahawa sa nya dosa itu akan terbuat di azali? jikalau terbuat seolah ada perbuatan. Sebelum dosa itu sendiri diperbuatkan, dosa itu sedari awal lagi sudah dicipta oleh Nya. Dosa itu juga adalah ciptaan (makhluk). Makluk itu sifatnya apa ya?

Mari kita lihat ini pula

Dosa pahala itu seolahnya siang dan malam. Betulkah ada beza antara siang dan malam? jika ya hanya dikhayalan akal atau pun dari segi bahasa, jika kita perhalusi lagi, di saat manakah bermulanya malam? 6.30 petang kah? 7.30 petang kah? 8.00 malam kah? nah, jikalau menjawab 6.30, habisnya itu 6.29 itukah siang? bezanya seminit tapi kondisi awan dan udaranya samakan? habis nya di mana malam itu bermula? Bukankah tiada beza…

jadi begitu juga pahala, di mana bermulanya pahala? contohnya ketika bersedekah… di manakah bermulanya ia? ketika mengeluarkan duit dari dompet? ketika mengisi duit itu ke dalam tabung sedekah? ketika melihat tabung? di mana mulanya? perkara yang berbeza harus ada sempadannya bukan?

Makanya tidak lah beza lagi keduanya jikalau ianya sama. maka satu jua adanya. Jika hendak di letakkan kepada perbuatan, perbuatan itu harus lah ada pembuat perbuatan, bagaimana hendak diletakkan kepada pembuat itu apabila pembuat itu telah mati dan lebih bagus lagi telah tiada. Maka dosa, pahala, segalanya ciptaan Nya itu tiada lagi. Jika masih mahu dibahasakan di mana mahu letak, letak lah pada Nya.

Mohon jawapan lebih tepat dari rakan sekalian,khususnya dari Tuan Guru sendiri, InsyaAllah.
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Advertisements

38 Replies to “Saya bangga dgn jawapan2 drp peminat. Yg menampakkan kematangan dlm berilmu makrifat. syabas”

  1. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan Rakan2 seperjalanan.

    Timbalah ilmu dari Tuan Guru, Tuan Guru ada banyak lagi Rahsia…

    Dulu lagi saya berfikir , kenapalah ALLAH perlu adakan iblis dan syaitan untuk memesongkan manusia !!! Lepas tu siapa yang terpesong (buat dosa ), kena pula dicampakkan ke neraka. Saya tanya diri , kalau Alllah hantar 2 mahluk ini, tapi yang kena masuk neraka manusia…..macam cerita tak masuk akal. Saya dari dulu nampak ALLAH punya rencana.

    Sekarang baru saya benar benar kenal, diriku pun tak ada…..setelah diri dah tak terlihat, maka yang ada AHAD, AHAD, AHAD.

    Bayangkan semua TAK ADA, atau SEMUA DAH MATI, yg ADA HANYA ALLAH

    Bukan mati sebelum mati, Tapi hidup sebelum hidup, hidup selepas hidup, dan hidup selamanya adalah AHAD JUA…..

    Sifat Qiyaamuhu Binafsihi: Alloh Berdiri dengan Sendiri-Nya – dulu saya dalam pencarian tanya diri ,takkan ALLAH sahaja ada sifat ini. Mungkin saya sendiri begitu agaknya ???

    Akhirnya saya ketemu guru Tuan Haji Shaar, DIRIku pun tak ada, kerana diri ku adalah bayangNYA

    Selalu saya katakan ALLAH sahaja yang mengenal dirinya. Mahluk tak akan mampu mengenal nya. SAYA jumpa perkataan ini MAKRIFATULLAH ITU ALLAH (mengenal ALLAH itu ALLAH) dalam tidur saya.

    Saya juga ketemu ini, diri ROHANI sahaja yang mengenal ALLAH maka syahadah yang kita lafaskan hanya satu kepalsuan.

    Sekarang saya jelas, diri Rohani kena membawa akhlak ALLAH dan diri BATIN kena berakhlak MUHAMMMAD ,apapun masing2 ada PERSONAL DESTINY ,ketentuan masing2, dengarkanlah Bisikan RASA, kerana rasa itulah ……

    Harap2 tiada komen dari orang yg bukan duduk dalam makam ini, hanya untuk share perjalanan saya sahaja kerana saya hanya menyatakan ALLAH

    Like

      1. Salam Tuan Guru Haji Shaari, dan rakan2 …dulu saya berfikir tapi sekerang baru bertemu orang yang mewarisi Ilmu dari Ayahandanya. Saya tak berani nak suka ckp ckp, nanti orang BRAND saya gila.Tapi Tuan Haji berani kata, kenapa nak cari ALLAH, BILA buka mata tu DIA DAH…..inilah keberanian Tuan Guru kerana tuan mewarisi ilmu Ayahanda. saya hanyalah belajar dari naluri rasa…….cuma sekarang ada tempat bertanya kerana tuan seorang guru yg tahu …….tutup mulut orang lepas tu terkapai kapai kerana semuanya jelas, berani , dan terang. Tuan banyak lagi cerita2 yang tuan tak mahu cakap dikhalayak umum. ada rahsia rahsia……tapi saya kadang kadang boleh rasa….Biarlah dia menjadi rasa saya.

        Mungkin nanti tuan guru terbang BEBAS seperti burung, saya ikut sama terbang…..heheeeee kerana kita telah MENEWASKAN DIRI PALSU, YANG TERLIHAT KEINDAHAN AHAD….kadang2 membuat aku tersenyum sendiri……salam Tuan Guru….

        Tuan Guru,selamat malam lagu yang mengusik….http://www.youtube.com/watch?v=pqbQr7JenU0

        Like

  2. Bila dinyatakan dialah awal dan akhir, zahir dan bathin, maka tiadanya sempadan akan setiap perkara. Jika dikatakan dosa itu baik, maka baiklah ia. Jika dikatakan pahala itu buruk maka buruklah ia.

    Like

  3. Salam buat Tuan Guru yang dihormati,

    Saya mohon sebuah penjelasan, saya sudah faham dan rasa dengan isi dua kitab, dvd dan blog ini.
    Matikan diri sebelum mati, dosa, pahala, syurga, segalanya menyatakan dia sahaja. Hanya dia sahaja di mana mana, yang dulu yang sekarang sejajar dengan ayat 3 dari surah al-hadid.

    Tiada timbul lagi apa apa apabila diri ini telah tiada.
    itu saya faham dengan sefaham nya.
    Namun ada tinggal satu sahaja persoalan yang tinggal.
    Mohon TG sahaja memberi jawapan ini.

    jikalau saya melangkah kaki ke arah maksiat, saya faham langkah saya, segalanya pernyataan dia sahaja, apakah hukum nya,
    seolah dilihat dari mata kasar orang yang belum mengenal seperti tiada pedoman. Persoalan ini timbul apabila sebelum ini saya melihat ramai yang mengambil pengajian makrifat dan tamat tiada lagi mengerjakan solat bahkan sebelum itu rajin betul dia melakukan solat.

    Ini sangat bertentangan dengan perilaku Rasulullah kita, imam al-ghazali, Syeikh Siti Jenar (walaupun banyak fitnah). Hassan Al Banna dan ramai tokoh tokoh lain.

    Seolah masih belum ada penamat nya. Persoalan ini saya ajukan kerana saya sendiri juga merasakan yang sama, perbuatanNya mendahului segalanya. Bagaimana lagi ada hukum jika semua telah tiada. Jika semua dia yang buatkan,

    Mohon TG sahaja menjawab bagi mengelakkan fitnah kerana saya mengikuti pengajian ini banyak dari TG. Terima kasih.

    Like

  4. Salam…minta izin hamba yg hina ni memanggil tn hj shaari sebagai Tuan Guru….sy merdeka!!setelah hampir 4bulan..tiap2 mlm mentelaah tulisan Tuan Guru di blog ini….sy cuba dan cuba utk mematikan diri ini…terjumpanya blog ini pun ketetapan allah…syukur ya ilahi…sy ada satu saja soalan dan minta pencerahan dari Tuan Guru…dalam ilmu makrifat..bnyk kiasan yg diterangkan…kenapa tidak bab LUHUL MAHFUZ..bukan ianya juga satu kiasan…sy amat berharap pencerahan dari Tuan Guru…maafkan sy..saya amat yakin dengan ilmu ini…..inilah ilmu yg mengatasi ilmu…semasa sy berumur 13tahun…seorang tua kata pd sy”awang oiiii…kalau hang nk hiduppp…kena mati dulu…”…setelah 22tahun berlalu..barulah sy jelas dan sejelas jelasnya!!!…allahuakbar……

    Like

  5. P.enerokaan kerohanian adalah tingkatan untuk pembukaan RASA/RAHASIA…pertemuan dgn mahluk malaikat,iblis dan jin mematangkan inti pati alam ghaib…ia nya memerlukan kekuatan batin empunya Diri…maaflah mungkin ada yg tidak setuju dgn pendapat ini…masing masing dah terletak pda yg Esa..sebagaimana wajah wajah khalifah di muka bumi demikian banyaknya cara Allah SWT perkenalkan DiriNya..tertarik dengan pengalaman para Wali Allah terdahulu …mereka telah mempertingkatkan/UPGRED melalui syariat sehingga solat diatas tikar sejadah ketika tidur dan ketika baring dan berjalan,berpuasa batin dan zahir kerana TajeliNya.semoga kita di limpahi kurnia sedemikian dan sungguhpun bukan amal yang sampai kpdNYA tapi sekadar memecah kesunyianNya selagi Nyawa di Kandung BADAN.

    Like

  6. benar apa yang tuan2 semua tulis. Cuma kita kena ceritakan juga pahala dan dosa ataupun syurga dan neraka kerana Rasulullah SAW yang lebih tinggi martabat dari kita pun mengkhabarkan perkara yang sama kepada kita. Manusia tidak akan tahu perihal syurga dan neraka sekiranya bukan Rasulullah SAW yang khabarkan. Jadi dalam hal-hal keilmuan ini biarlah kita berlapang dada untuk bermuzakarah, kerana ilmu yang kita perolehi ini pun datangnya dari Rasulullah SAW juga

    Like

    1. Benar syurga, neraka dan pahala itu, sebenar manapun syurga, neraka dan pahala, hendaklah kita letak pada tempat yang paling terkeblakang bukannya mendahului Allah. Semua mahu syurga dan pahala dan takutkan neraka. sayapun takut neraka dan mahukan syurga, apa yang sy ajar, afdalah meletakkan syurga dan pahala dan neraka itu, pada nombor 67 dan mari kita letak Allah pada tempat yang pertama!.

      Saya tidak pernah berkata yang kita tidak perlu kpd syurga. tetapi hendaklah letak syurga neraka itu pada nombor 67. Kadang2 kebanyakkan kita, selalu tersalah tangggapan terhadap karangan saya, kerana tidak baca dari mula. Mereka hanta baca tebuk sana dan tebuk sini, maka jadilah sebagaimana yang tuan agak itu. apapun saya ucap terima kasih kpd tuan kerana memberi pendapat secara baik dan berfatonah.drp hj shaari

      Like

      1. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan rakan2 seperjalanan ,

        orang makrifat takrifkan syurga itu ALLAH kerana diriku tak punya apa2. Yang tak sampai kepada ALLAH itulah neraka.

        Haji shaari ajar benar, tuan hizkal. kami percaya syurga dan neraka, dosa dan pahala. yang kita bahaskan maknanya. Cukuplah saya balik kepada ALLAH dan saya mahu kekal tanpa berkemahuan seperti dunia yang penuh kepalsuan. saya sanggup buat apa sahaja, tapi asalkan ada ALLAH. saya sanggup ke neraka atau ke syurga asal saya ada ALLAH. saya takperlu sungai sungai yang air mengalirkan air sedap2 atau isteri bidari. YANG AKU INGIN HANYA ALLAH – AHAD, AHAD, AHAD. segala didunia hanyalah kepalsuan

        Like

  7. benar sekali jika hanya mahukan syurga dan takutkan neraka menjadi beban yang teramat berat dan menjadikan kedua-duanya di hadapan mendahului Allah SWT sendiri kerana ianya menjadi tujuan utama dalam beribadat, pada hal itu semua diciptanya sebagai imbalan kpd amal yang telah dikerjakan. sebagai imbalan…harus diingat…tetapi imbalan akan dianugerahkan kpd yang meletakkan Allah No. 1 melebihi segala-galanya……..bukan bermakna membelakanginya apatah lagi ketika mendalami ilmu makrifat……cuma jika telah tenggelam dalam lautan makrifat maka semua itu tidak bermakna lagi kerana apa yang hendak dikejar jika yang telah nyata menyata…..segala perbuatan dan perlakuan…

    Like

  8. Adakah tuan pernah mengalami perasaan takut pd ALLAH… adakah takut tn itu dikeranakan takut pd neraka.. atau sesuatu itu dijadikan kerana..ini xpatut berlaku.. perasaan takut adalah satu tahap yg terbawah sekali org kata d peringkat permulaan mendekati ALLAH SWT…sebaik2nya tukarlah tahap takut itu kepada tahap cinta (marhabah)bukankah ALLAH itu “bismilahirahmanirahim” bila hadir perasaan cinta akan adalah rindu-rinduan.. pada masa itu tn tak lagi terpandang syurga neraka.. anda seperti kekasih yg setia dan rela diperbuat apa saja sehingga anda sanggup menerima apa saja semata2 hanya utk menbuktikan kecintaan anda itu..syurga neraka bagi anda pd masa itu sama saja tiada nilainya melainkan hanya ingin bertemu dgn KEKASIH YG DI KASIHI.. walau hanya 10sen anda takkan tenampak nilainya yg anda tahu 10sen itu adalah di beri oleh KEKASIHMU bukan orang LAIN…
    SYURGA dan NERAKA ada tingkatannya…
    Jika di syurga tingkatan mans yg tn MAHU????
    Adakah hanya sekadar namanya syurga sdh cukup memadai atau anda hanya ingin selamat dari api neraka…
    Tn yg sy amat kasihi,
    Sabda rasulullah”serendah-rendah manusia itu sdalah yg beramal soleh” itu serendah.. DI MANA setinggi- tinggi manusia itu???????
    Tanya dada tn sendiri……
    Apalah ertinya syurga tuan itu seandainya tn duduk di syurga yg tuan tidak dapat melihat ALLAH…melihat wajah ALLAH (KEKASIH) itu ada nikmat syurga sebenar syurga… tingkatan syurga itu adalah nilaian sejauh mana kenalnya kita pd tuhan kita bukan tingkatan nilain pahala tuan…
    Bukankah nikmat sebenar nikmat adalah memandang wajah ALLAH.. dalam Al Quran ada menjelaskan bahawa sekalian di antara kamu yg tidak mekihat AKU di dunia maka di akhirat kelak dia buta.. mahu kah anda buta sungguh pun duduk di syurga… mahu syurga tapi buta TAK KENAL SYURGA… buta TAK KENAL ALLAH SWT..
    Ilmu makrifat melihat wajah ALLAH tak perlu tunggu akhirat..tak perlu tunggu syurga…
    Di dunia yg nyata ini pun nikmatnya sudah macam syurga malahan lebih dari syurga… kerna terlalu indah..
    Alangkah beruntungnya bagi yg memahami…
    Kerana segalaNYA ALLAH…
    tapi Aku hanya KESUNYIAN DALAM KEKOSONGANKU…

    Maafkan sy tuan guru dan rakan2 jika saya terlalut lebi2…

    Like

    1. sabenar shuga bagi ahli2 sufi ia itu roh alqudus,roh idhzzofi,roh rabbani,roh rohani roh nurrani,roh jasmani dan roh hayani.wauhualam.minta maaf sakira nya sy.silap.

      Like

  9. Ass’kum tuan guru dan pembaca sekelian..

    Firman Allah.. ANALLAH LA ILAHA ILLA ANA yang bermaksud.. AKU ALLAH TIADA YANG LAIN MELAINKAN AKU…
    jadinya apalah nak difikirkan syurga, neraka, dosa, pahala, bala dsb. Dah terang lagi bersuluh… Takde lain dah.. Pandanglah apapun Yang Nyata itu tetap Dia jugakan…… amin

    Like

  10. Salam Tuan Guru…sy menanti pencerahan…sy amat yakin Luh Mahfuz juga suatu kiasan…ampun dan maaf Tuan Guru,kerana jiwa sy sudah terbuka luas utk berfikir bila mengenal ilmu makrifat ini..faham dan yg bagi faham segalanya Allah…dan gerakkan suruh bincang bab Luh Mahfuz juga dari Allah….

    Like

  11. selagi kita berkira-kira akan imbuhan atas segala amal ibadat yg dilakukan bererti melakukannya dikerana sesuatu kerana…..dan sentiasa mengunkit syurga/neraka seolah-olah Allah itu mungkir pada janji….jika itulah tujuan setiap amalan maka semakin teballah hijabnya….jika syurga yg tuan dambakan tanpa mengetahui yg empunya adakah layak untuk kesitu????begitu juga jika dambakan sufaat Nabi sedangkan tidak mengenalinya…yg dicam/kenal “min ha min dal”…nama sahaja…jd kena betul-betul kenal yg empunya amal ibadat….syurga/neraka…..tidak dinamakan solat selagi tidak merasai dipersolatkan….tidak dinamakan zikir selagi tidak merasai dizikirkan……..wallahualam…

    Like

  12. salam buat semua….
    memang tidak salah untuk membicarakan syurga dan neraka, pahala dan dosa… tapi bukankah ini semua telah diketahui umum… ada juga orang yang tahu dan faham mengenai imbalan2 yang Allah berikan ini tapi masih tetap dengan tabiat dan perangai tanpa usaha untuk berubah (itu pun sebab DIA nak jd mcm tu)…. ilmu ini seperti kita belajar di sekolah juga dari tadika ke tahun 1 dari tahun 1 sampailah ke universiti x pernah putus dan semakin meningkat…. jadi apakah kita perlu berdiam sahaja dalam pelajaran ygg sama??? bila dah tahu ABC mestilah guru akan teruskan pelajaran ke sukukata pula. Bila da tahu sukukata akan naik sukatan pelajaran ke perkataan dan seterusnya….anak2 murid di sekkolah pun akan bosan sekiranya guru asyik mengajar benda yang sama, perkara yang dia dah tahu…
    anak kecil pun tidak akan nak berbaring saja bila dah tahu bertiarap, tak kan dia nak berkaki empat saja bila dia da tahu berjalan, tak kan nak berjalan saja bila da tahu berlari…. seperti juga ilmu ini dosa pahala, syurga neraka, semua kita da ketahui…. tidak kah kita nak tahu darui mana datangnya dan siapa pencipta dosa pahala, syurga neraka ni…. dunia dan segala sesuatu (darilah terciptanya malaikat dan segala sesuatu) itu pasti bermula dengan pencipta yang sebenar2 pencipta…

    Like

  13. as salam
    yg seronoknya mendalami ilmu tok kenali ini ilmu penghujung rasa adalah kita diajar utk bercinta dgn yang satu. bagaimana perasaan kita bila dilamun cinta…?????

    memang tidak dapat dibayangkan..sendiri bercinta sendiri rasa!!! bila kemaruk cinta tak ingat yg lain dah…alhamdullilah. apa jua mendatang disambut dgn redha hati krn susah senang kita bersama kekasih hati.

    Allahu Akbar!!

    terima kasih tuan guru pembimbing kami semua menuju kpd yg SATU!

    ikhlas,

    1

    Like

    1. Cintailah pada pemberi kuasa, pemberi penglihatan dan cintailah kepada pemberi nyawa. Terima kasih kpd ananda kerana telah berjaya melewati ilmu rasa. Rasa itulah cinta.

      Rasa masih peringkat ingat (samaada rasa masin atau manis), tetapi tahap cinta, melebihi tahap rasa. Seumpama P.Ramli terbayang wajah Sarimah dalam pingan nasi. tilik nasikpun nampak “sarimah oleh P.Ramli” itulah cinta…………..drp hj shaari

      Like

  14. Secebis apa yang saya rasa. Sesungguhnya saya kurang pandai mengatur bicara dengan baik dan meminta dan memohonTuan Guru Hj Shaari membetul kan apa-apa yang tersalah dan yang tersasul.
    Perbandingan antara ilmu tok kenali dengan mazhab-mazhab Qadariah, Jabariah dan Muktazilah.
    Setelah memahami serba sedikit Ilmu rasa MakrifatTok Kenali, mungkin ramai yang menganggap bahawa Ilmu Makrifat Tok Kenali banyak dipengaruhi oleh ketiga-tiga mazhab tersebut. Ramai juga yang berfikiran bahawa ajaran makrifat Tok Kenali beranggapan maknusia bersatu dengan Allah. Mereka yang beranggapan demikian diibaratkan bahawa mereka masih ‘basah’ dalam melayari bahtera makrifat Tok Kenali. Walaubagaimanapun, saya juga ‘rasa’ yang saya masih ‘basah’ dalam ilmu ini.
    Secara rengkasnya ketiga-tiga mazhab di atas berpendapat bahawa segala takdir tidak dijadikan Allah. Dan antara anggapan signifikan yang lain ialah maknusia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya bergantung kepada apa saja yang ditakdirkan, menganggap Al Quran dan segala yang baru akan binasa dan segala yang baik dan yang buruk adalah perbuatan Allah keatas maknusia.
    Pada hakikatnya, intipati dan permulaan ilmu rasa Tok Kenali adalah dari kejadian azali Luh Mahfuz didalam ilmuNya. Di Luh mahfuz, setiap sesuatu telah diciptakan bermula dari NurNya dan dengan sempurnanya bersesuaian dengan sifat salbiahnya atau sifat kesemprnaanNya.
    Segala sesuatu adalah diibaratkan bayang kepada yang empunya bayang. Bayang hanya bergerak jika yang empunya bayang bergerak. Bersatu tiada dan berpisah pun tiada. Makhluk tidak pernah bersatu dengan Allah. Makhluk bukan Dia tapi makhluk adalah DARI Dia juga. Seperti besi yang dibakar merah oleh api hingga sukar membedakan yang mana besi dan yang mana api. Tapi pada hakikatnya api tetap api dan besi tetap besi.
    Segala sesuatu yang terjadi di Luh Mahfuz adalah qada’ Nya dan dalam ilmuNya. Segala sesuatu yang terjadi didunia pula adalah qadarNya. Maka qadar terjadi mengikut qada’.
    Ajaran Tok Kenali mengajar kita percaya kepada qada’ dan qadarNya dan menyerahkan segala sesuatu kepadaNya.
    Oleh kerana makhluk hanya bayang dan hanya bergantung kepada pergerakan empunya bayang, maka bayang-bayang tidak akan tahu pergerakan yang selanjutnya oleh yang empunya bayang. Makhluk berserah. Tapi berserahnya ajaran Tok Kenali bukan seperti berserah dengan memandu dengan keadaan tayar yang botak. Berusaha dengan menggantikan dengan tayar yang baru, dan baru berserah sepenuhnya kepadaNya.
    Alquran memang dicipta olehNya dan bersifat baru dan akan binasa akhirnya. Hakikat Alquran dan segala sesuatu tercipta cuma dengan qalam ‘kun’. Qalam ‘kun’ telah ‘dilafazkan’ tanpa huruf dan tanpa suara. Maka segala sesuatu yang ternampak, berhuruf dan bersuara adalah baharu sifatnya. Jadinya Alquran itu baharu juga sifatnya jika ia berhuruf dan bersuara. Disinilah letaknya pesanan Tok Kenali supaya jangan sampai ternampak adanya diri yang masih berhuruf dan bersuara dan hanya Allah yang mengenal Allah jua.
    Untuk melafazkan kalimah-kalimah Allah didalam Alquran, kita memerlukan antaranya mulut, bibir, lidah dan peti suara demi untuk mengeluarkan lafaz kalimah Allah. Apakah Allah memerlukan anggota-anggota ini untuk berkata?. Itulah sebabnya Allah menzahirkan diriNya agar kalimah-kalimahNya dapat dilafaz dan didengar oleh diri yang lain yang telah dizahirkan olehNya.
    Setelah kita dizahirkanNya, maka tugas kita hanya menyatakan Dia Allah. Allah yang AHAD. Segala sesuatu yang telah dizahirkan adalah bayang-bayangNya jua.
    Sekali lagi ditekankan bahawa antara Allah dan hambanya, bersatu tidak dan berpisah pun tidak.
    Terima kasih. Salam.

    Like

    1. Sungguh baik tulisan serta kefahaman shamsul bin hashim. Saya bangga atas kefahaman tuan. Menulis dengan cermat, teratur dan mudah difahami. Isi yang padat dan penuh berilmu (isi). Inilah cara penulisan yang baik!. Jarang saya temui sebaik ini. Terima kasih kerana berada pada tahap kefahaman yang tingggi. amin drp hj shaari

      Like

  15. salam buat semua….memang tidak salah untuk membicarakan syurga dan neraka, pahala dan dosa… tapi bukankah ini semua telah diketahui umum… ada juga orang yang tahu dan faham mengenai imbalan2 yang Allah berikan ini tapi masih tetap dengan tabiat dan perangai tanpa usaha untuk berubah (itu pun sebab DIA nak jd mcm tu)…. ilmu ini seperti kita belajar di sekolah juga dari tadika ke tahun 1 dari tahun 1 sampailah ke universiti x pernah putus dan semakin meningkat…. jadi apakah kita perlu berdiam sahaja dalam pelajaran ygg sama??? bila dah tahu ABC mestilah guru akan teruskan pelajaran ke sukukata pula. Bila da tahu sukukata akan naik sukatan pelajaran ke perkataan dan seterusnya….anak2 murid di sekkolah pun akan bosan sekiranya guru asyik mengajar benda yang sama, perkara yang dia dah tahu…anak kecil pun tidak akan nak berbaring saja bila dah tahu bertiarap, tak kan dia nak berkaki empat saja bila dia da tahu berjalan, tak kan nak berjalan saja bila da tahu berlari…. seperti juga ilmu ini dosa pahala, syurga neraka, semua kita da ketahui…. tidak kah kita nak tahu darui mana datangnya dan siapa pencipta dosa pahala, syurga neraka ni…. dunia dan segala sesuatu (darilah terciptanya malaikat dan segala sesuatu) itu pasti bermula dengan pencipta yang sebenar2 pencipta…

    Like

    1. Orang hanya tahu syurga neraka, tetapi tidak pernah nak ambil tahu pencipta syurga neraka atau pencipta pahala!. Ibadah hanya tahunya berkehendak kepada pahala atau syurga dan takut kepada neraka. Tidakkah lebih baik kita pilih Allah…………………..drp hj shaari

      Like

    1. minta maaf byk2. semua nya cerita pd. kabir(alam besar)cuba perhati pula saghir(alam kecil)krn.tak tilik serata2 nya diri kita,jadi nak kenal allah pon susah habis mcm.mana nak makrifat.waulahualam

      Like

      1. Benar kata ananda itu. Allahpun berfirman “tidakkah kamu tilik pada diri kamu sendiri”. tapi jarang org yang mahu meniliknya. Setelah ditilik, ternyata diri kita ini seumpama patong wayang kulit atau seumpama bayang didalam cermin. Sebenar-benar diri itu, tidak ada, yg ada hanya Allah…………….drp hj shaari

        Like

  16. syurga, neraka, dosa dan pahala mmg perlu, cuma bagi yang berilmu makrifat tidak ada yang lebih indah dan istimewa utk dibicarakan melainkan ALLAH semata-mata… kerana semua itu milikNYA… menjadi pendampingNya (kekasihNYA) lebih bahagia dari mendapat imbalanNYA… kerana semuanya bersifat sementara hanya ALLAH yang kekal selamanya…

    Like

  17. Syurga adalah kebahgiaan…neraka adalah kesengsaraan…….derita….mana mungkin telah mencapai tahap makrifatullah masih berkira2 lagi tentang syurga dan neraka…itu tidak ikhlas namanya sebab setiap perbuatan minta balasan, itu masih ditahap sogokan untuk anak2 supaya berbuat baik, supaya rajin beribadah, bersedekah, supaya melatih anak2 mencari jalan ketuhanan pabila sudah mencapai umur…takkan setelah dewasa masih meminta2 balasan seperti anak2 kecil yg minta upah gula2 setelah berbuat perkara yg baik terhadap ibu bapanya….ini ditahap melatih anak2 terhadap Jiwa qolbu, hati nurani setiap insan dalam pencarian jalan menuju ketuhanan….apabila telah mencapai keputusan Ilmu mana mungkin patah kebelakang lagi, nak bertaktih semula nk dapatkan syurga atau balasan neraka bila membuat sesuatu yg dikira melanggar undang2 yg dicipta sendiri……kerana orang yg beriman tidak akan melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri….”Akal Aidul Iman”……..orang yg masih berkira2 tentang dosa pahala biarkan ajalah…sebab tak sempurna akal lagi lah tu……sbb orang yg berakal sahaja yang beriman……

    Like

  18. Salam buat Tuan guru dan saudara semuslimin ku sekalian. mohon agar saya dapat mencelah sedikit apa yang telah disoalkan oleh saudara kita berkenaan dosa,pahala,syurga dan neraka. dan saya memohon ampun sekiranya terkhilaf dari segi penulisan atau pemahaman saudara pembaca sekalian kerana pemahaman dan pengalaman bersandarkan ilmu dan guru muktabar yg mengajar serta dimulakan dan diakhirkan dengan kasih dan izin Allah Yg Esa, tuan empunya imu dan huruf, yang menguasai dan pencipta ‘ain itu sendiri

    Apa yg sy smpikan adlh brsandarkan pengajian dan pemahaman sy setakat mana yg diizinkan-Nya jua. Adalah benar soalan yg dilontarkan saudara. Ianya soalan yg terlalu klise umpama kita bertanyakan sesuatu yg berlaku dihadapan kita. Yg memerlukan bukti, mangsa, tmpt kejadian dan pembuatnya itu sendiri. Namun, tidak salah soalan itu cuma menurut pendapat saya adalah lebih baik sekiranya tuan penyoal mengkaji dahulu apakah yang dikatakan dgn ‘rasa’, ‘mati sebelum mati’, ‘zuk’, sifat dan perbuatan makhluk dsb di dalam ilmu mengenal diri sekaligus dapat membuka matahati kita terhadap apa yg sbnrnya berlaku dan apa yg sebnrnya diinginkan ddlm kehidupan kita ini selama ini.

    Mati. Apakah yg sebnrnya disoal tuan adlh skiranya sesuatu jasad itu sendiri tlh dkatakan mati, maka, tiadalah jua apa2 perbuatan yg membolehkan ia dikatakan tlh membuat dosa atau pahala, sekiranya tdk slh pemahaman sy. Jadi izinkan sy btya satu soalan kpd tuan yg bertaya. Adakah persoalan tuan itu mengambil kira keadaan mati spt kita yg tlh dicabut nyawa oleh malaikat Izrail ataupun mati krn merasakn dunia ini tiada yg wujud melainkan Dia? Dan adakah tuan yg bertanya mngambilkira konsep ALLAH ITU TDK TERTAKLUK DGN LOGIK AKAL ATAUPUN HUKUM ALAM YG DICIPTA/DIFAHAMI OLEH KITA YG HANYA MENGGUNAKAN AKAL SAHAJA? Baiklah, sy memberi satu cth: sy merasa hampir mati kerana terlalu terkejut dgn kemalangan ngeri yg menimpa saya tempoh hari. Sy mahu btya kpd tuan yg btya, adakah sy slh ckp bkenaan hampir mati ataupun sy tlh merasakan spt sy hampir mati? Adakah kenyataan tersebut bersandarkan akal ataupun peRASAan itu sendiri? Sekiranya tuan yg btya bersandarkan akal, jadi tdk salah soalan tuan trsebut namun sy mohon agar bertya kpd yg ahli dan yg arif ttg sesuatu ilmu itu sendiri sebelum tuan mmberi pndpt yg pd sy kurang tpt pd tmpt dan ahlinya. Bkn sy menidakkan soalan tuan namun sekiranya persoalan itu ingin dijawab, maka hanya tuan sendiri yg sbnrnya boleh menjawab. Siapa tuhan? aPakah kehendak-Nya? Apakah Syurga atau Neraka? Kenapa diciptakan Luh Mahfuz sekiranya hya utk dikerjakan oleh kita yg tdk tahu untung nasib di akhirat kelak? Maka, InsyaAllah tuan akan tersedar bahawa apa yg mengisi ruang ilmu ini tdk lah lain hanyalah semata-mata untuk mengajak saudara semuslimin kita untuk mengembalikan segala sesuatu kpd Tuan Yg Empunya segala. Krn tdk terdaya oleh kita untuk memecah dinding logik akal kita utk berfikiran dan menerima sesuatu yg baru krn itulah Kun Faya Kun-Nya. Tiada lah dpt berbicara ttg syurga kalau kita tdk berfikir yg mn satu tujuan kita dicipta? untuk syurga atau neraka/ dosa atau pahala kah atau semata-mata untuk Allah Maha Besar itu sendiri. mohon tuan dpt menerima dan ikhlas dlm beribadat(bertanya). Mudah-mudahan tuan dpt petunjuk dan pemahaman serta dilorongkan jln Haq itu samada melalui guru yg muktabar dsb. Mohon maaf kpd tuan punya blog krn mgmbil byk ruangan ini. dan sy mohon tuan yg bertanya, boleh bertanyakan soalan lg sekiranya perlukan pemahaman yg lebih krn kita muslimin wajib bantu-membantu dan bersaudara.

    Like

    1. Saya tuan yg empunya blog ini, rasa amat terharu dengan sopan dan tertibnya tuan dalam mengutarakan pendapat dan pertanyaan. Inilah salah satu contoh beradap dalam berilmu. Sehingga saya rasa terpaku untuk menjawab.

      Tuan yg saya muliakan. Biarpun kita hanya bertemu diruangan udara (dialam siber), namun saya dapat bayangkan keikhlasan tuan.

      Tuan, Apalah ertinya syurga atau pahala berbanding Allah. Kenapa ramai diantara kita taksub kepada syurga, neraka, pahala atau ganjaran?. Tidakkah Allah itu lebih besar dari syurga, neraka, pahala atau ganjaran?. Tidakkah lebih baik kita memileh pemilik syurga, pemilik pahala, pemilik ganjaran, peilik dunia, pemilik akhirat dan pemilik neraka!, berbanding makhluk!.

      Org syariaat dan org feqah selalu memileh makhluk berbanding Allah, manakala org makrifat hanya tahu memileh Allah. Barang siapa memilih Allah, kita akan dapat kesemua sekali termasuk syurga dan ganjaran pahala.

      Syurga itu benar, neraka itu benar, seksa kubur itu benar. Kebenaran itu semua, mana lebih benar berbanding Allah. Kenapa kita pilih kebenaran makhluk yang tidak kekal, berbandingn memililh Allah yg mahha benar dan kekal!.

      Untuk itu tuan, bahasa pertuturan org makrifat dgn amalanan org feqah itu, jauh berbeza spt bumi dgn langit!. Org makrifat berbahasa dalam bahasa Rohani manakala org syariaat itu berbahasa dlm bahasa mulut. Jadi ruangan blog saya ini, hanya akan dimengerti oleh mereka-mereka yg berbangsa makrifat. Apapun saya harap truan faham bahasa saya ini dengan mendalam.

      Tuan katakan bahawa apakah rasa keadaan mati sebelum mati itu sebagaimana rasa diketi berlaku kemalangan jalan raya yang tak jadi mati. Bagi fahaman org makrifat, itu adalah perkara yang masih jauh dari berkeadaan rasa mati sebelum mati.

      Mati sebelum mati itu, bukan semasa mahu berlaku aksiden. Maksud mati sebelum mati itu, adalah setelah kita serahkan jiwa dan raga (jasad dan nyawa) kita kembali kepada tuan yg empunya iaitu kepada Allah Taala. Penyerahan jiwa dan raga itu, bukan semasa nazak atau bukan semasa mahu berlaku aksiden tetapi yg dimaksudkan mati sebelum matiu itu, adalah menyerah diri semasa sebelum berpisahnya nyawa dari jasad lagi!. Masa tuan baca karangan saya inipun, sebenarnya tuan sudah mati sebenarnya!. Cuba tuan jawab pertayaan saya, mana yg dikatakan milik kita. Apa adakah biar sekecil zarah yg ada atas batang tubuh kita itu yg dikatakan milik kita?. Cuba cari atas batang tubuh kita itu, apakah yg dikatakan kita punya?, cuba jawab………………Jika bukan milik kita, cuba jawab milik siapa ?……………………

      Sebab apa saya katakan tuan sudahpun mati, cuba jawab pertanyaan saya, mata milik siapa? dan penglihatan mmilik siapa?. cuba tuan jawab?………………

      Jawab lagi pertanyaan saya, tangan, kaki, mmulut, telinga, mulut, nyawa, gerak dan diam tuan sekarang milik siapa?. Adakah dan apakah ianya milik tuan?. Cuba jawab?…………..

      Jika tuan kata semuanya milik Allah, bererti itulah yg dikatakan mati sebelum mati. Contohnya, Yg berdiri sembahyang itu, apakah atas daya usaha atau ikhtiar kita?, apakah tuan boleh bergerak jika tidak diizin Allah, cuba jawab?. Bererti sebelum tuan berdiri sembahhyang itu, Allah sudah terlebih dahulu dirikan kaki tuan di dalam kitab luh hul mahfuz, berdirinya kaki tuan untuk bersolat itu, sesungguhnya telah Allah dirikan tuan sebelum tuan lahir kedunia lagi. Sebelum tuan lahir ke alam dunia lagi, Allah Talaa terlebih dahulu mencatat, tulis, nukil dan takdirkan tuan berdiri solat didalam kitab Luh hulmahfuz. Sudah tercatat didalam kitab luh mahfuz yg tuan akan berdiri pada sekian hari bulan, sekian jam dan sekian tempat (catatan itu sudah tertulis sebelum tuan lahir kedunia). Segala-gala pekerjaan solat atau ibadah kita itu, sudah Allah dahulukan diluh mahfuz sebelum tuan lahir!. jadi manakah yg dikatakan daya usaha dari diri tuan?.

      Jika saya nak jawab, memang ruangan ini tidak termuat, sy kira cukuplah dahulu setakat itu, itupun jika Allah beri tuan faham, jika Allah tak beri faham, baca satu tan kitabpun tidak akan memberi bekas dihati kita. Maafkan saya tuan kiranya saya tidak beradap dgn tuan dlm menjawab pertanyaan tuan. apa-apapun saya bangga dgn cara tuan bertanya yg penuh santun. amin drp hj shaari

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s