Nak serban ke atau nak ilmunya?………………….

Submitted on 2013/03/05 at 3:37 pm

HJ SHAARI NAMPAK SEMPOI TAK BERJANGGUT TAK BERSERBAN TAK BERJUBAH, ANA TENGOK TOK GURU LAIN LEBIH2 LAGI PARA HABIB BERSERBAN, BERJUBAH BERJANGGUT. DEPA AMAL SEKECIL-KECIL SUNNAH SEDANGKAN MEREKAPUN AHLI MAKRIFAT DAN SYEIKH TARIKAT YANG MASYHUR JUGA. CUBA TENGOK TG AHMAD FAHMI ZAM ZAM, SYEIKH NAZIM DLL.
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Advertisements

28 Replies to “Nak serban ke atau nak ilmunya?………………….”

    1. jangan lihat joget sufi , jangan tengok yang ini, lagi panas. Siapa yang melakukan yang ini – THE ONE AND ONLY. Mother Theresa pernah ditanya, bagaimana dia take care begitu ramai kanak kanak jalanan yang terbiar di kota CULCATTA INDIA. Katanya begini, i dont take ALL the children , I ONLY TAKE CARE THE ONE. Lihatlah yang satu……ini semua hanya kepalsuan

      Like

  1. Ass’kum…

    Adakah bergantung kepada serban atau pakaian untuk menunjukkan makrifat seseorang..??? Apa ingat Allah Taala tak tahu ke kita makrifat ke tidak kalau pakai kemeja dan seluar panjang..?????? Ada juga manusia macam ni ye tuan haji… Terima kasih tuan guru kerana ibu minyak wangi dah mula mengharum…. payah juga pada mulanya, tetapi saya yakin dengan izinnya jua lah segalanya ini berlaku….

    Like

  2. Bila kita duduk di ILMU KULIT kulit la juga yg kita pandang….kulit jugalah yg kita makan…
    Sehinggah lupa bahawa sanya rasa sedap itu terletak pada isinya bukan pada kulitnya…
    Sukalah sy mengambil kira fitra kejadian alam mahupun kejadian alam diri sendiri… istilahnya berbunyi seperti malam dan siang tak kan berlaku dalam satu masa yg sama…
    Dalam satu masa yg sama bila anda ingin memandang keburukan saudara anda, maka masa yg sama juga anda takkan terlihat kebaikan yg ada padanya..
    Hati ini memang khusus hanya utk satu perkara didalamnya tak boleh ada dua.. jika hati memandang ALLAH…akan terpandanglah ALLAH saja… jika memandang makhluk.. akan terpandanglah makhluk… kedua2 hal takkan berlaku serentak.. jadi kena MENTEN..
    Antara ilmu dgn serban…
    Serban perlukan ilmu…TAPI
    ilmu tak perlukan serban……….
    Serban itu kulit,
    Ilmu itu isinya…
    ALLAH tak perlukan kulit sebab kulit ALLAH yg duluan buat..
    Tapi.. ALLAH hanya memandang pada hati yang suci..

    Like

  3. as salam….
    sdr segalanya Allah…Subhanaallah sungguh indah kupasan sdr. sempoi tapi itulah hakikatnya. kita disarankan oleh tuan guru utk menghormati semua golongan dan diajar utk melihat hanya yang satu. benar kata sdr kalau kita terpandang selainnya umpama kita menduakanNya. biarkan lah Dia menunjukkan dan tajallikan sifat2,asma2, afaal2 Nya siapa kita utk menghalangnya. moga hati kita tetap teguh memandang pada yang SATU waimah apa sekalipon berlaku waimah langit dijunjung terhempas jatuh di kepala kita ini tapi KITA SEMUA INGINKAN BERSAMANYA SAHAJA..TIDAK YG LAIN DAN SEMEMANGNYA TIADA!!!!!!

    apa pon jua janji bersamaMU, jangan dipisahkan hati ini – cinta kita satu dan napas kita satu!!!!!!!!!!!

    inilah akuan terdahulu jangan sekali2 kita mungkiri dan jgn sekali2 kita engkar pada Kun-Nya!!!!

    seperti biasa kelihatan tuan guru kita tersenyum dan berlapang dada…alhamdullilah…guru kita ini kuat diberiNya kekuatan…insyaAllah!

    terima kasih tuan guru, sejujurnya kekadang anakanda tersentuh hati melihat perjuangan ayahanda di sana tapi manakan mampu anakanda perbuat apa2 melainkan bersegera terucap lafaz keramat lahaulawalakuwataillahbillah!!!

    ikhlas

    1

    Like

  4. sdri zie
    as salam…
    benar tuh sya setuju. ramai guru2 yg tidak berani dan berasa bertanggungjawab utk memutuskan pengajian makrifat seseorang anak murid itu spt tuan guru hj shaari. kebanyakan hanya berlegar2 disekeliling 4 makam didasar permukaan sahaja dan dibiarkan anak2 murid2 menjadi tidak keruan, syak, zan dan waham pada pengajian itu sendiri.

    masih teringat kata2 tuan guru kita “hari ini juga kita parking….”. sebab itu tuan guru kurang gemar menggunakan pelbagai istilah yg menyukarkan dan terus pergi kepada puncak pengajian dan kemudian beliau akan bawa dan bimbing menuruni anak2 tangga. dengan kata lain bila puncak dicapai yg lain2 senang digapai. kefahaman beginilah yg kita perlukan krn akhir zaman ini keadaan yg penuh pancaroba, sanggahan dan kesibukan.

    banyak pengalaman sya rasa yg telah mengaji berpuluh tahun tidak kesampaian tetapi bila berjumpa tuan guru hj shaari dan membaca 2 kitab beliau, mendengar vcd beliau, banyak hijab terbuka dan kefahaman yg padat dan putus telah ditemui. ini adalah keberkatan ilmu wali Allah tok kenali dan juga karomah yg Allah telah berikan kpd tuan guru kita hj shaari utk umat akhir zaman ini.

    apa pon semua ini adalah kehendak Dia Yang Satu Jua!!!!! sebab itu saya sendiri sering tertunggu2 hasil buah tangan tuan guru di blog ini untuk memantapkan lagi kefahaman saya ini. bukan kita menafikan jasa2 dan ilmu guru2 yg lain atau taksub pada tuan guru kita tetapi saya hanya menyampaikan apa yg saya rasa dari pengalaman dan pengamatan saya sendiri. guru2 adalah penyambung tugas nabi.

    ikhlas

    1

    Like

  5. Salam Sesungguhnya allah tidak melihat pada rupa paras makhluk ianya melihat pada keyakinan dan keimanan seseorang . allah maha halus maha bersih sesunggahnya hati yang bersih sahaja yang diterima bukan terletak pada pakaian , amalan serta benda lain walaupun sebesar zarah ada dihati kita .

    Like

    1. Cintalah hanya kepada Allah. Jangan terpaut atau tersangkut hati kepada selain Allah. Biarpun suami, biarpun isteri dan biarpun anak!. Cintalah kepada Allah, lantaran cintakan Allah, nanti akan diberi Allah cinta yang sebenar!. Kerana cinta kepada Allahlah makanya kita akan menikmati cinta sebenar!. drp hj shaari

      Like

  6. Don’t judge a book by its cover…
    Jgn di nilai buku mll kulitnya shj…
    bukan kah ini pepatah yg selalu digunakan…
    tanpa serban, jubah, janggut dn sbginya ilmu tetap masi bole d sampaikn…

    Like

  7. NAK SERBAN KE ATAU NAK ILMUNYA ?

    Aku pilih Serban !!

    Mulanya, aku inginkan Ilmu… namun, beberapa ketika, setelah ku fikir dan fikir dan fikir, bagaimana aku boleh mendapatkan ilmu jika serban itu tidak ku kenal?

    Untuk mendapatkan ilmu terhadap sesuatu, maka “sesuatu” itu mesti terlebih dahulu dikenal. Kita perlu tahu “subjek” yang ingin diperkatakan, baru kita boleh membicarakan perihal ilmu dari subjek itu. Jika aku ingin ilmu serban, aku perlu tahu atau lihat atau kenal serbannya dulu. Jika serban itu tidak pernah ku tahu, tidak pernah ku lihat atau kenal, maka, bagaimana aku nak tahu yang “inilah bendanya (serban) yang aku nak ilmu darinya” ?

    Umpama, aku nak belajar ilmu perihal Tok Kenali. Tentunya, aku sudah pernah melihat sesuatu benda yang berkaitan Tok Kenali atau melihat sesuatu maklumat berkaitan Tok Kenali atau mendengar perkataan Tok Kenali atau merasanya atau bermimpi akan sesuatu perihal Tok Kenali itu dulu ! Bila telah melihat atau mendengar atau merasa atau bermimpi akan sesuatu yang berkaitan Tok Kenali, barulah aku tahu yang “Tok Kenali” itulah subjek ilmu yang ingin aku cari. Jika perkataan “Tok Kenali” pun aku tak pernah dengar atau tak pernah jumpa atau tak pernah bermimpi akannya, maka ilmu apa yang nak dicari ?

    Syarat ilmu adalah perlu mengenal. Ilmu baru dikatakan ilmu jika telah mengenal. Jika belum mengenal, itu cuma maklumat ! Untuk mengenal, aku terlebih dahulu, perlu tahu akan “subjek” yang ingin dikenal.

    Soalnya…

    Bagaimana pula aku boleh tahu “subjek” yang aku nampak atau aku dengar akannya atau yang aku mimpi tentangnya itu adalah “Serban” atau “ Tok Kenali” ? Jika aku telah tahu akan “subjek” itu, bukankah ini bermakna aku sudah ada ilmu mengenainya? Dari mana pula datang ilmu ini, sedangkan aku tidak pernah tahu akannya sebelum ini?

    Aku bingung…….

    Buku “Mengenal Diri” Pusaka Ilmu Tok Kenali, ku buka sebagai rujukan mencari faham. Bila ku baca dan ku baca dan ku baca, lantas aku menemui jawapannya !

    “Serban” dan “Ilmu” itu adalah ibarat “ Api” dengan “Panas”nya, ibarat “Gula” dengan “Manis”nya, ibarat “Roh” dengan “Jasad”. Tidak terpisah tetapi tidak juga bersatu ! Saling nyata menyata di antara satu dengan lainnya !

    Bila ingin mencari serban, ilmu akan mengikut. Bila mencari ilmu, serban akan mengikut. Seperti gula dengan manisnya. Bila mencari gula, manis juga dapat, bila mencari manis, gula juga dapat !

    Lantas…

    Ku katakan pada diriku…

    “Biarkan orang lain pilih Ilmu ! Aku inginkan Serban ! Apakah salah jika aku pilih serban” ?

    Jika soalan bertanya; “Nak Serban atau Nak Ilmunya” maka jawapanku…

    “Aku inginkan SERBAN” !

    Kenapa ? Aku tidak tahu !! Yang aku tahu, samada pilih ilmu atau pilih serban, itu sudah tidak menjadi hal. Yang menjadi hal, ialah bagaimana aku boleh mengenal ? Yang aku tahu, aku perlu mencari justifikasi kenapa aku memilih serban !

    Lantas serban ku ambil, ku renung, ku belek, ku pegang, ku ikat dan ku lipat. Aku bertanya kepada diriku, kenapa serban ini dinamakan serban? Lantas ku amati dalam dan dalam dan dalam. Aku mencari yang mana yang dikatakan serban? Kenapa serban ini dinamakan serban? Jawapan ku terjawap !

    Serban ini dinamakan serban, hanya kerana ia di-NAMA-kan serban oleh orang yang memanggilnya, sekadar untuk mengenal akan diri serban. Jika tidak bernama, bagaimana nak menunjuk atau bercerita perihal serban? Boleh saja serban itu dinamakan “Kain” atau “Turban” atau “Talaipakkai” atau “Aimamah” atau “Toujin” atau apa saja. Walau apa pun namanya, ia tetap merujuk perihal “serban” yang sama !

    NAMA “serban” diberi oleh orang yang menamakannya sesuai dengan SIFAT, KEGUNAAN (penggunaannya) dan Bahan Mentahnya (ROH/ZAT). Serban itu tidak dinamakan serban jika ia berbentuk cawan (SIFAT). Serban juga tidak dikatakan serban jika, ia digunakan di kaki (KEGUNAAN). Juga tidak bernama serban jika ianya dibuat dari tepung !

    Baru Aku faham bahawa, Hukum Sifat, Hukum Penggunaan, Hukum Zat inilah yang sebenarnya menjadi Syariat (peraturan) yang menentukan Hukum Nama yang membolehkan SERBAN itu bernama SERBAN!

    Aku tercengang !!

    Lantas……

    Serban itu lagi ku tenung, lagi ku belek dan lagi ku rasa dalam dan dalam dan dalam. Kali ini aku tidak lagi nampak serban.

    Yang Aku nampa adalah KAIN !! Kain itu ku tarik, ku koyak, ku gunting, ku renyuk dan ku siat hingga hilang bentuknya…

    Kain juga hilang ! Yang Aku nampak kini adalah BENANG !

    Ku amati benang itu satu per satu. Ada benang putih, ada merah ada panjang ada pendek ada tebal ada halus. Dalam khusyuk mengamati benang, baru ku sedar yang benang itu sebenarnya adalah KAPAS !

    Kapas ? Mana pula munculnya kapas? Rupanya dari POKOK ! Lantas ku cari pokok. Setelah ku amat-amati, aku jumpa BENIH yang menumbuhkan pokok !

    Ya Tuhannnnnn…

    Baru aku sedar yang hajatku yang mulanya berkehendakkan kepada SERBAN itu telah menemukan aku dengan BENIH. Baru aku tahu bahawa asal SERBAN itu sebenarnya dari BENIH !

    Benih ? Bagaimana mungkin ? Lantas ku buka biji benih. Kosong ! Tiada apa-apa ? Mustahil !! Aku periksa dalam dan dalam dan dalam dan dalam… Masih tiada ! Lantas ku rujuk di dalam buku “ A Brief History of Seeds and Plant” yang ada di dalam almari.

    Aku jumpa jawapan !

    Rupanya benih itu juga dipanggil SEL. Dalam sel ada NUKLEUS dan dalam nukleus ada ATOM !

    Ku cari makna ATOM…. Maknanya ku temui begini : “An atom is the defining structure of an element, which cannot be broken by any chemical means. A typical atom consists of a Nucleus of protons (+) and neutrons (-) with electronsorbiting this Nucleus”. (ATOM adalah suatu unsur yang paling terkecil yang tidak lagi boleh dipecah atau dibahagikan secara kimia. Atom mempunyai Nukleus yang dikelilingi oleh proton (+) dan neutron(-).

    ATOM wujud di dalam setiap SEL.

    Aku tertanya, jika ATOM tidak boleh dipecahkan lagi secara kimia, apakah bermakna ianya masih boleh lagi dipecahkan secara kaedah lain? Jika boleh, apa caranya?

    Aku pasrah ! Tiada lagi terdaya mencari jawapan.

    Tiba-tiba…

    Dalam kepasrahan itu, aku didatangkan Ilham ! Ilham itu terbit dari sanubariku yang mengatakan bahawa ATOM bukan perkara zahir. ATOM perkara batin (tak nampak). Untuk melihat perkara batin, harus menggunakan kaedah batin. Hanya yang batin dapat melihat yang batin !

    Rupanya, walaupun Atom itu tidak dapat dipecahkan melalui kaedah kimia, namun, Atom itu masih boleh “dipecahkan” melalui kaedah “batin” atau “spiritual”. Kaedah batin bermaksud kaedah yang tidak nampak melalui pancaindera zahir. Ia hanya nampak atau hanya dapat dirasakan oleh pancaindera batin seperti akal atau hati melalui kaedah batin seperti mimpi dan ilham (idea/laduni).

    Maha Suci Allah !

    Ilham itu membawa aku “menerawang” ke alam ‘batin’. Aku seolah-olah melihat diriku. Aku nampak diri yang bertubuh jasad. Diri jasad itu pula kelihatan hidup dengan dipenuhi billion-trillion sel. Setiap sel-sel ini pula ada dua objek berbentuk “bulan” yang kelihatan seperti bola mengelilingi “atom” sel. Namun atom sel itu tidak kelihatan. Atom sel itu seolah-olah “fatamorgana” air. Nampak seperti ada, tapi tiada. Air yang tidak berbentuk, tapi air yang mengikut bentuk !

    Kedua-dua objek “bulan” itu terus mengelilingi setiap sel. Terkadang, kelihatan sel sesama sel seolah-olah “bergaduh” sesama mereka dalam berebutkan sesuatu. Sel yang menang, mendominasi sel-sel lainnya. Ia menjadi sel yang lebih besar, ibarat “Raja” yang menguasai “rakyat”. Bila satu sel mati, sel baru pun tumbuh menggantikan yang mati. Yang mati hilang dan kembali kepada ATOMnya…

    Tiba-tiba aku tersedar !

    Khayal ku hanya sekejap, tapi sekejapnya itu bagai suatu pengembaraan yang berlaku bertahun-tahun ! Khayal itu telah memberi aku jawapan !!

    Ku simpulkan jawapannya begini :

    ATOM wujud dalam setiap sel yang bilangannya billion-trillion. Namun hakikat Atom itu tidak nampak. ATOM hanya dizahirkan oleh Sel. Diri sel itu pula ada Nukleus. Nukleus inilah nadinya sel. Tanpa nukleus, sel tidak akan hidup !

    ATOM itu ibaratnya Tuhan.
    Sel itu ibaratnya diri makhluk !
    Nukleus itu ibaratnya Roh !

    Dua simbol yang kelihatan seperti bentuk bulan iaitu “proton”(+) dan “neutron”(-) yang sentiasa mengelilingi Nukleus (makhluk) itu ialah simbol kepada “Baik (+) dan Buruk (-), ATAU Pahala (+) dan Dosa (-) ATAU Syurga (+) dan Neraka (-) ATAU Malaikat Atid (+) dan Malaikat Raqib (-) ATAU apa saja kejadian berpasang-pasang yang Tuhan jadikan !

    Ya Tuhannnnnnn….

    Pada serban itu ada ATOM ! Ada Sel dan ada Nukleus ada proton(+) dan ada neutron(-) !

    Barulah lah aku faham, ASAL serban itu adalah dari ATOM ! Tanpa ATOM serban tidak akan wujud !! ATOM itu menzahirkan dirinya melalui Nukleus dan Nukleus menzahirkan dirinya melalui Sel (Benih), Sel pula melalui Kapas dan Kapas melalui Benang dan Benang melalui Kain dan Kain melalui Serban !!
    Inilah ilmu Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi yang aku cari-cari ! Aku jumpa ilmu ini di dalam Serban !!

    Maha Suci Tuhan…

    Mulanya, aku hanya ingin mengenal SERBAN, tetapi melalui SERBAN itu aku telah mengenal Diri MU…

    Maka, apakah salah jika aku memilih SERBAN ?

    Like

  8. Assalamualaikum Tuan Guru. Saya nak dua2 sekali. Saya nk serba yang tujuh tingkat dan ilmu yang tujuh tingkat. Boleh tolong beri pencerahan? Kerana saya langsung tidak faham. Terima kasih

    Like

  9. Assalamualaikum Tuan Guru, saya nak dua2 sekali. Saya nak serban yang tujuh tingkat dan ilmu tahap ke tujuh. Boleh tolong beri pencerahan , kerana saya betul2 tidak faham. Terima kasih Tuan Guru.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s