BUKTI KITAB MAKRIFAT TOK’ KENALI TAK HARAM

Makrifat Tok Kenali Salam tuan yang mulia Ustaz Rosli yang saya hormati. Saya hj Shaari Mohd Yusof, pengarang, peyunting, penerbit dan pengedar kitab-kitab makrifat dan kitab mengenal diri Tok Kenali kelantan.
21 minutes ago · Like
Saya dapati tuan dengan lantang menfitnah dan mendakwa bahawa kitab-kitab itu diharam oleh JAKIM. Pada jam 11 pagi 3hb Okt, sya sendiri telah kepejabat JAKIM Putrajaya untuk menentukan status pengharaman kitab sebagaimana tuan dakwa. Ternyata setelah disemak oleh pegawai JAKIM tingkat 6 bahagian semakan, terbukti, kitab-kitab TOK KENALI itu, tidak ada dalam senari pengharaman.

Oleh yang demikian saya telah dinasihati oleh penerbit-penerbit buku yag lain supaya membuat laporan polis, bertujuan untuk mendakwa tuan diatas kenyataan lantang tuan didalam facebook tuan.Dengan ini sebelum saya membuat tindakan pendakwaan, saya masih memberi peluang kepada tuan untuk menarik balik apa yang tuan dakwa itu. Jika tidak tuan lakukan, tindakan undang-undang akan tetap saya jalankan. Bukan saya nak menganiaya tuan ustaz, tetapi sekadar memberi pengajaran, supaya dilain kali buat dulu penyelidikan sebelum menuduh atau mendakwa penerbitan orang lain sesat atau haram. Disini saya sertakan no fon saya untuk tuan hubungi, 019 4444 713. Disini saya sertakan salinan no report yang telah saya buat pada jam 5.45 petang ini.

Tuan telah mendakwa bahawa tuan adalah seorang pakar dalam bidang akidah. Jika benar tuan pakar dalam bidang akidah, tentu tuan tidak akan melakukan perbuatan untuk mengeji orang lain tanpa usul periksa. Apa-apapun saya tetap bersyukur kepada Allah atas apa yang tuan lakukan terhadap kitab makrifat Tok Kenali.Segala-galanya dari ketentuan Allah. Tuan dan saya telah ditentukan Allah dari azali untuk mendakwa dan didakwa.Saya harap tuan berlapang dada dan buatlah penafian dan kenyataan, agar kes ini tidak saya panjangkan untuk tujuan pendakwaan.

Kepada peminat blog makrifattokkenali.com (Hj Shaari), ini sahaja yang dapat saya buktikan yang ilmu TOK KENALI itu tidak haram dan tidak sesat. Ini telah diperakui sendiri oleh pihak KDN Putrajaya. Sekian dari hj shaari
about a minute ago · Like

Advertisements

5 comments on “BUKTI KITAB MAKRIFAT TOK’ KENALI TAK HARAM

  1. Assalamualaikum wr wb Tuan Guru Hj Shaari dan semua sahabat

    Ini Satu lagi blog, http://kaboitanduk.blogspot.sg/ yang menuduh didalam blognya bahwa ceramah yang bertajuk “Punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s yang pernah disampaikan oleh Tuan Guru Hj Shaari adalah bathil malah sama seperti ajaran syiah.

    Dakwaan tersebut ditulis didalam blognya pada Wednesday, September 25, 2013

    Berikut adalah tuduhan yang saya copy n paste dari blog sikaboitanduk :

    Iblis: Antara Tauhid dan Takabbur

    Penulisan entry ini adalah berdasarkan komen aku di facebook berkenaan seorang penceramah yang bercakap tentang punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Beliau terkenal sebagai pemilik sebenar dan penyunting kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook. Apa yang beliau sampaikan ini tidaklah asing kerana perbualan sebegini pernah aku dengar di kedai kopi.

    PERHATIAN: APA YANG BELIAU SAMPAIKAN ADALAH BATHIL!

    Sejujurnya pedih untuk saya katakan, yang benarnya pemilik sebenar kitab terlebih dahulu tafsir dengan melulu. Lihatlah kekeliruan beliau di dalam kuliahnya ketika menyatakan punca Iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam (lihat sini – https://www.facebook.com/photo.php…) adalah kerana Iblis tidak mahu sembah selain Allah (beliau telah salah menerjemahkan sujud dengan makna sembah), atau dalam erti kata yang lain Iblis tidak mahu syirik kepada Allah dan ia demi menjaga kemurnian tauhidnya. Kemudian lihat pula perbandingan yang dibuat melalui video ini – http://youtu.be/pgbnyiRGENY.

    Kita boleh lihat tafsiran yang dinyatakan oleh beliau itu serupa dengan salah satu tafsiran golongan bathil Syiah (di akhir video perbandingan) dan ianya jelas sekali berbeza dengan mereka yang sepakat berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah di mana punca sebenar Iblis tidak mahu sujud kepada Adam adalah kerana takabbur yakni sombong (rujuk surah al-Baqarah 2:34, al-A’raf 7:11-13, Saad 38:73-74). Malah, Iblis kemudiannya dihukum kafir seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah. Namun, penceramah menyifatkan tindakan Iblis itu sebagai cerdik (lihat minit 2:18) dan bagi menyokong tafsiran beliau itu, beliau mengatakan bahawa Iblis berasal daripada malaikat (lihat minit 4:01), sedangkan Iblis berasal daripada golongan jin (rujuk surah al-Kahfi 18:50).

    Pada pandangan saya, kekeliruan seperti ini terjadi tidak lain dan tidak bukan kerana dipengaruhi oleh falsafah yang zahirnya mengujakan, menjadi lebih parah apabila kita menganggapnya sebagai satu kebenaran, padahal hakikatnya penuh kebathilan. Ya, ilmu Allah sememangnya luas dan tak terjangkau oleh akal fikiran, maka cukuplah kita menilainya dengan kembali kepada apa yang disampaikan-Nya melalui kitab-Nya (al-Quran) dan melalui Rasul-Nya (as-Sunnah) dan melalui kefahaman generasi terbaik sebagaimana yang diisyaratkan Nabi saw di dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, iaitu merujuk kepada generasi para Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ut Tabi’in.

    Like

    • Org makrifat memandang bahawa yg bertiup itu, adalah angin. manakala org awam melihat yg bergoyang itu pokok. Mereka tidak nampak yg batin, itulah makanya org awam selalu menuduh ilmu makrifat itu salah!.

      Asal iblis itu, adalah drp Malaikat Azazil (ketua sekalian Malaikat). Setelah Malaikat Azazil tidak mahu sujud kpd Adam, baru bertukar ia kpd Iblis!.

      Ketua Malaikat, telah mengajar kepada anak buahnya supaya tidak sujud kpd selain Allah. Kemana perginya sifat seorang guru, bilamana dia sendiri yg sujud kepada makhluk!. Kemana hilangnya taraf seorang guru yg mengajar supaya anak buahnya jangan sujud kepada makhluk, bilamana dia sendiri selaku ketua malaikat, tiba-tiba harus sujud kepada Adam (makhluk).

      Iblis terjadi, setelah Malaikat Azazil tidak sujud kepada ASdam, baru berlakunya perubahan Malaikat bertukar kpd Iblis. Bukannya Iblis dulu baru jadi malaikat, tetapi asalnya Malaikat dulu, baru berubah jadi Iblis. Menjadi Iblis, setelah berlaku engkar sujud, bari jadi iblis!.Tidak ikut perintah atau engkar itu, adalah semasa masih lagi bergelar malaikat, Perkara ingkar itu, bukannya berlaku semasa sudah menjadi iblis tetapi sebelum menjadi Iblis!.

      Engkar perintah Allah atau tidak sujud kepada Adam itu, adalah semasa masih lagi bergelar Malaikat Azazil. Azazil tidak mahu sujud kepada Adam semasa itu, adalah kerana pada pendapat seorang ketua malaikat diketika itu, mereka merasa mereka tidak layak untuk sujud kepada Adam, kerana Adam itu, adalah malkhluk yg diciptakan dan Malaikatpun makhluk diciptakan. Mana mungkin, makhluk meyembah makhluk!.

      Inilah inti pati dari kisah Adam dan Iblis!. Azazil mengajat anak buah (malaikat yg lain) supaya sujud hanya kepada Allah, tiba-tiba guru besar sendiri (Malaikat Azazil), meyembah makhluk, tidakkah itu bertentang dengan ajarannya selaku guru besar!.

      Sebenarnya cerita Malaikat Azazil tidak sujud itu, adalah cerita yang sudah siap ditulis, direka, dirancang, ditetapkan dan dicadangkan oleh Allah didalam kitab Luh mahfuz sedari dulu!. Bukan saja-saja ketua Malaikat (Azazil) tidak mahu sujud, jika tidak dari rancangan atau cadangan Allah sedari awal!. Tidak sujudnya ketua malaikat semasa itu, adalah diatas dasar patuhnya kepada ketetapan Allah yg sudah siap tertulis.

      Ketua malaikat (Azazil) ketika itu, adalah hanya sarong parang yang dicipta oleh parang. “Tidak bergerak walau sekecil zarah, jika tidak diizinkan Allah”, jadi ketidak patuhan Malaikat Azazil selaku ketua kepada sekalian Malaikat-Malaikat uintuk meyembah Adam itu, adalah kerana berlandaskan atau berdasarkan kepada ketetapan Allah yg siap tertulis. Azazil tidak berkuasa menulis atau mengarang karangan riwayat cerita hidupnya sendiri. Allah sudah siap tulis SKRIP ini, sebelum Iblis tercipta!. Segala-galanya telah ditetapkan Allah sebelumnya!.

      Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, siapakah yg menulis kitab Luh hul mahfuz?. Siapakah yg menetapkan sujud atau tidak sujudnya Iblis (malaikat Azazil)?. Apakah Malaikat Azazil (iblis) atau Allah yg karang cerita ini. Sila jawab pertanyaan saya. Sebelum Malaikat, sebelum Iblis dan sebelum Adam tercipta, siapakah yg mengaranng isi kitab Luh mahfuz?…………

      Perkara sujud atau perkara tidak sujudnya Malaikat Azazil (iblis) itu, sebenarnya bukan perkara baru yang dilakonkan oleh Iblis atau Azazil, tetapi ianya adalah perkara yang datangnya dari SKRIP atau karangan dari cerita Allah yg telah ternukil sedari sebelum kejadian Malaikat atau iblis!.Engar atau ptuhnya Azazil atau iblis itu, adalah diatas landasan ketetapan tulisan Allah……………….

      Org awam, hanya tahu melihat Malaikat tetapi tidak melihat tuan pencipta malaikat. Org awam hanya tahu melihat Iblis, tetapi tidak pernah lihat pencipta iblis. Org awam hanya tahu syurga dan pahala tetapi tanpa melihat kepada pencipta syurga atau pencipta pahala. Mereka org ayam, hanya tahu ibadah yang memberi kita syurga sedangkan org makrifat itu melihat, bahawa yg memberi syurga atau neraka itu, bukan ibadah tetapi Allah……….

      Yg menyembah (sujud) dan yang tidak meyembah (tidak sujud) itu, bagi suluhan org makrifat itu, bukan datangnya dari kehendak sujud atau bukan datang dari kehendak tidak sujud. Tetapi yang menjadikan Azazil atau Iblis itu tidak sujud, adalah datangnya dari penyangn maha cipta. Yg mencipta karangan ciptaanNya itu, adalah Allah!. Datangnya ciptaan itu, adalah dari tangan yg mencipta! dan bukan ciptaan itu datangnya dari tangan iblis atau tangan Malaikat.

      Segala cerita itu, buka dituju kepada Malaikat atau Iblis tetapi segala cerita itu, adalah dikias atau dituju kepada diri kita, supaya megambil fikir!…

      Tuan, biarlah mereka tuduh saya sesat, salah, Syiah, Wahdatul wujud, Syek Siti Jenar, Al-Halaj atau apa-apa yug mereka nak kata!. Merswka itu hanya tahu tuduh sahaja, sedangkan mereka itu tidak pernah sampai ditempat yg saya sampai.

      Tuan ajukan pertanyaan seperti yg saya karangn diatas kepada mereka yg tuduh saya Syiah. Cuba tuan cal dia dan tanya sebagaimana yg saya tanya, bolehkan mereka jawab dan bolehkah mereka kata yg perbuatan Azazil atau Iblis itu datangnya dari kehendak Iblis atau Azazil sendiri, tanpa Allah tahu sebelumnya atau tanpa tertulis didalam kitab Luh Mahfuz dan apakah Iblis itu bergerak diatas kuasa atau kudrat iblis itu sendiri, seolah-olah Allah tidak ada kuasa?……………………….

      Saya ini selalu dituduh sesat, salah dan berbagai tomahan, sehingga mereka rasa, tidak ada sedikit kebaikan dari tuliasan air tangan saya. Keluhan dan kehampaan dari dada seorang guru makrifat……drp hj shaari

      Liked by 2 people

      • llah bertanya pada Azazil, “Mengapa kau enggan bersujud kepada Adam?”,

        Azazil menjawab, “Tiada yang patut kuAgungkan selain Diri-Mu”.

        Allah bertanya balik, “Walaupun kau akan menerima kutukan-Ku?”.

        Azazil menjawab, “Tidak mengapa, karena hasrat hatiku tak sudi condong pada yang lain. Hamba hanyalah pencinta yang hina”.

        Kemudian Azazil bersyair:  “Walaupun Kau membakarku dengan Api Suci-Mu yang menyala-nyala untuk selamanya/aku tak akan pernah sudi tunduk pada kesadaran ego (manusiawi)/pernyataanku berasal darihati yang tulus/dalam Cinta aku berjaya, bagaimana tidak?”

        Azazil melanjutkan syairnya:  “Sesungguhnya tiada jarak yang memisahkan Dikau denganku/ketika tujuan tercapai/kedekatan dan jarak adalah satu/kendati aku ditinggal derita/keadaan itu akan menjadikaribku/jika Kasih itu satu, bagaimana kita bisa berpisah?/dalam kemurnian yang mutlak, Diri-Mu kuagungkan/bagi seorang hamba dengan hati yang benar/bagaimanadia menyembah sesuatu selain Dikau?”.

        Ribuan kali, Allah memerintahkan Azazil bersujud,, tetapi dia tetap enggan, lalu ia bersyair:  “Ya Allah, segala sesuatu termasuk diriku ini adalah milik-Mu. Kau telah memberikanku pilihan, namun Kau telah menentukan pilihan-Mu bagiku. Jika Kau melarangku dari bersujud, Kau adalah Pelarang. Jika aku salah paham, jangan Kau tinggalkan daku. Jika Kau menginginkanku bersujud dihadapannya, hamba patuh, namun tak seorangpun lebih mengetahui tentang Maksud-Mu selain Nuraniku ini” 

        Atas penolakannya, YangMaha Agung menganugerahkan “A highest gift” pada Azazil berupa kutukan dan penderitaan. Dengan legowo, tanpa bertanya lagi, tanpa mengeluh, ia menerima Anugerah-Nya yang Tertinggi, sekaligus terberat. 

        Sang Kekasih bertanya, “Tidakkah kau menolak Anugerah-Ku?”. 

        Azazil, sang pencinta sejati menjawab, “Dalam Cinta di sana ada penderitaan..di sana pula ada kesetiaan. Dengan begitu, seorang pencinta menjadi sepenuhnya matang, berkatkelembutan dan keadilan Sang Kekasih.” Dakwa Azazil yang mengatakan bahwa ia terbuat dari api dan Adam dari tanah, sehingga ia enggan bersujud, sangat simbolik.

        Menurut pemahaman saya, seorang Azazil, dengan”Divine Consciousness”-nya mustahil mempermasalahkan hal-hal fisikjasadi semacam itu. Melalui cermin Azazil, sebetulnya Allah sedang mengajarkan manusia tentang bahaya ego dan kesombongan akibat kesadaran rendah, di sisi lain Dia mengajari para malaikat tentang devosi murni model Azazil. Di sisi lain lagi, melalui para malaikat, Dia mengajarkan kesalehan pada manusia.Alhasil, sesungguhnya iblis merupakan Guru yang mengajarkan kesalehan pada para malaikat dan para malaikat mengajarkan kesalehan itu pada manusia. Pada saat yang sama, iblis mempertunjukkan jalan keburukan pada manusia, agar manusia menghindarinya. Tampak bertentangan, ibarat kain bagus yang ditenun di atas bahan kasar (a fine garment is woven on a coarse,black backing). Dengan kata lain, “whoever does not know vice will not know virtue!”. Inilah”opposite science” menurut Hallaj. Jenaka Ilahi ini penuh makna,ibarat masquerade, natak penyamaran. Bersujud kepada Adam bukanlah perintah, melainkan ujian. Iblis mengetahui hal ini melalui bisikan-Nya melalui Nuraninya.

        Al-Hallaj mengakui iblis sebagai Ahli Tauhid sejati,begitu pula “Muhammad”, simbolik bagi para Nabi, Kristus, Avatar, Buddha, Wali. Mereka adalah perangkat Ilahi. Sebagaimana iblis, NabiMuhammad pernah mengalami ujian serupa. Beliau diperintahkan-Nya,”Lihatlah!”.Beliau tidak bergeming, tidak berputar ke kanan, tidak pula ke kiri (beliau tahu bahwa Dia bersemayam di Dalam Diri). Jangan mengkambing hitamkan iblis atas perilaku buruk kita. Manusia benar-benar mandiri dan bertanggungjawab sendiri untuk memilih jalan yang baik atau buruk. Baik (good) dan buruk (evil) hanyalah refleksi Kebenaran (Truth). Dan Allah Allah di atas baik dan buruk, diatas cahaya dan kegelapan. Nur ‘ala nur, Allah itu Cahaya di atas cahaya.

        Renungkan syair Azazil berikut: “Ya Allah, Kaumembebaskanku karena hijabku terbuka. Kau membuka hijabku karena Keesaan-Ku, membuatkusatu dengan-Mu dari perpisahan, demi Keberadaan-Mu Yang Nyata, aku tak bersalah telah bersekongkol dalam kejahatan, tidak pula menolak nasibku, tidak pula gelisah dengan perubahan yang kualami dan aku bukanlah orang yang membentangkan di hadapan manusia jalan kesesatan!”

        Dalam kitab Almilal wannihal, malaikat ditantang berdebat dengan iblis :

        Malaikat : Iblis, mengapa kamu tidak mau sujud kepada Adam

        Iblis : “Malaikat, Allah sudah membuatundang-undang, jangan sampai kita sujud kepada lainya Allah dalam Alquran suratfusssilat ayat 37 diterangkan : “Janganlah bersujud kepada matahari dan janganbersujud kepada bulan tetapi bersujudlah kepada allah yang menciptakannya (matahari dan bulan )”.

        Barang siapa yg bersujud kepada selain Allah akan jatuh musyrik dan musyrik adalah dosa yg tidak mungkin diampuni lagi.

        Jadi saya tidak mau bersujud kepada Adamdikarenakan saya tahu bahwa Adam itu mahluk , kalau saya sujud pd ADam makasaya musrik , maka saya tidak diampuni , dan saya mutlak sujud hanya padaALLAHta’ala saja dan tidak sujud lainnya Allah.

        Malaikat : Iblis, kamu tidak tahu tidak sujudkepada Adam itu perintah Allah bukan kehendak Adam, tetapi kehendak Allahta’ala , jadi kalau kamu bersujud kepada Adam artinya kamu sujud kepada Allah karenaitu perintah Allah.

        Iblis : Memang betul, ini perintah Allah tapi perintah tersebut adalah untuk menguji katauhidan kita. perintah itu memang ada yg semata-mata perintah, tapi ada juga perintah yang sifat untuk mengguji ketauhidan kita

        Dari pembicaran tersebut ada dua hal yg menarik iaitu – Apakah benar semata-mata perintah – Apakah perintah yang bersifat menguji

        Iblis jelas mengetahui bahwa perintah itu adalah perintah yang bersifat untuk menguji katauhidan kita sebab yg mengetahui bahwa adam itu adalah mahluk yg diciptakan dari tanah masakan perlu sujud kepada mahluk dari tanah.

        Malaikat : Darimana kamu mengetahui bahwa sujud kepada Adam itu semata-mata untuk menguji tidak semata-mata perintah ..???

        Iblis : buktinya ada larangan sujud kepada selainya Allah itu belum dicabut . Dari satu segi dilarang sujud kepada selainnya Allah dan segi lain diperintah sujud kepada selainnya Allah

        Iblis mengetahui bahawa sujud kepada Adam itu semata-mata perintah kalau larangan belum dicabut, kalau larangan bersujud selain darinya Allah dicabut , maka Iblis akan mengetahui sujud kepada Adam  -mata adalah perintah Allah .oleh karena itu larangan belum dicabut maka jelaslah perintah sujud kepada Adam itu Adalah UJIAN

        Demikian percakapan malaikat dan iblis dalam kitab tersebut. Memang kalau kita lihat sepintas lalu menyalahkan IBLIS sangat mudah akan tetapi seperti diatas iblis diuji ketauhidan yg sangat sulit sekali iblis pertama menggunakan alasan materi alasan ke 2 kemudian iblis menggunakan alasan tauhid , alasan ubuddiyyah.

         

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s