Jangan sampai terlihat adanya diri

Muhammad bin Ramli
abuya59@gmail.com
113.210.129.69
Submitted on 2013/10/01 at 1:20 am

Assalamu’alaikum ayahanda Tuan Guru Hj Shaari! izinkan anakanda yang baru setahun jangung ini berkongsi kefahaman yang cetek ini. Entah betul entah tidak. Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah sahaja. Maqam tawakal bagi ahli feqah adalah berserah kepada Allah setelah berusaha dengan segala kudrat dan iradat yang ada pada diri kita. Sementara tawakal bagi ahli makrifat dan ahli hakikat adalah bermula dari “rasa” mati sebelum mati. dan penyerahan diri zahir, diri batin ,kemampuan, kehendak , perasaan hati dan natijah serta keputusan dari ikhtiar kepada Allah menjadi milik Allah secara mutlak (total) sedang ikhtiar itupun milik Allah jua. bukan milik peribadi kita. Yang sebenar-benar bertawakkal adalah Allah jua, dari Allah kepada Allah dan untuk Allah. Sama macam solat dan ibadah yang menyembah itulah juga yang disembah. Diri kita milik mutlak Allah tiada wujud secara hakiki, Bagaimanakah kita boleh pula bertawakkal? Tak perlulah kita nyatakan bahawa kita tak ada kudrat dan iradat. Cukuplah menyatakan bahawa kita tak wujud sudah memadai. Apabila kita tak wujud, Yang Wujud hanyalah Allah sahaja, maka Allah lah Yang bertawakal, bukannya kita. Allah lah Yang Sabar dengan sifat Nya As-Sobur.
Unapprove | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Advertisements

24 Replies to “Jangan sampai terlihat adanya diri”

      1. benar bagi yg mengerti, tp bagi yg tidak mengerti perkataan “la haulawala”, dia hanya akan guna sekiranya dia perlu. Jika tak setuju dihatinya, dia buang dan jika setuju dihatinya, dia pakai. Ituylah taraf atau kedudukan firman Allah atau kalam Allah yg kini telah diperbudak-budak atau diperkuda-kuda oleh kita yg bernama manusia.

        Dah kita sebut dalam solat, hai yakala solah (mari kita bersolat), lalu kita jawab “la haulawala kuwata illabillah (tidak ada daya upaya aku untuk bersolat, jika tidak engkau izin)

        Tapi ayat atau firman atau kalam itu, hanya diguna pakai setelah hatinya mahu dan jika tidak setuju baginya, maka mereka menolak ayat–ayat Allah mengikut selera mereka……………..(lain dibibir dan lain dimulut).drp hj shaari……”

        Like

    1. Solat itu pada pangangan kaca mata makrifat bukanlah yg berdiri, rukuk, sujud, duduk ITU… tapi solat hanyalah semata2 menyatakan ALLAH didalam keadaan sekalipun.. dikala duduk..di kala berdiri..di kala berbaring…atau di kala zahir jgk di kala bathin..
      Solatun Daim yang tidak PUTUS daripada
      MENYAKSIKAN WUJUD ALLAH…
      Adapun sembahyang pula”tidak ada tuhan yang berhak disembah, melainkan ALLAH”
      pada saya tidak ada tuhan yg disembah..tidak jgk ada hamba yg menyembah…tidak jgk ada istilah sembah menyembah..
      MELAINKAN SEMATA2 ALLAH…

      Bukan ikut skrip TAPI MENYAKSIKAN SKRIP!!!!
      skrip suruh solat…yg solat itu jgk skrip….
      Skrip tak suruh solat…yg tak solat itu jgk skrip….

      Nyatanya ALLAH tidak boleh dibahagi2kan oleh BAIK dan BURUK…
      ALLAH tidak BAIK
      ALLAH tidak BURUK
      SEBAB………
      BAIK tu pun ALLAH DAH!!!!!
      BURUK tu pun ALLAH DAH!!!!
      segalanyaALLAH..

      Like

      1. Ini menunjukkan bahawa yang solat dan tidak solat itu adalah atas keupayaan dan kehendakNya juga…. walaupun turunnya perintah wajib untuk bersolat…… bagi pendapat saya makna solat yg diwajibkan itu adalah perintah kewajiban Menyata Allah bukannya solat untuk menyembah…dan apabila telah menyata maka segala perlakuan pada skrip yang tertulis adalah atas perbuatanNya ……. dan cuba renung dalam-dalam apabila tuan punya skrip melakukan/tidak segala perbuatannya itu adakah akan mendatangkan dosa dan pahala… namun hanya segelintir sahaja akan diberi faham tentang rasa ini… mohon pembetulan dari hj. shaari…jikalau tersilap tafsir….

        Like

      2. Pisau yang puan lontarkan itu, teramatlah tajamnya, sehingga tidak tertanggung oleh org sekarang.Sungguh hebat kenyataan dan kefahgaman puan. Itu makanya tidak salah saya katakan yang puan adalah wali Allah!………………….

        Kita hanya tahu berkata “la haulawala kuuwatailla” (tiada daya dan upaya aku). Tetapi bila jatuh pada soal solat, kita rasa kita yang berupaya bersolat. Sedangkan kita tidak berupaya biar sekecil zarah, bolehkah kita bergerak, jika tidak atas kehendak Allah……

        Mari kita sama2 kerjakan apa yang Allah catat. Bukan mengerjakan apa yang kita buat!. Kita tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Melainkan apa-apa yang berbuat itu, adalah juga Dia.Jika suratan takdir sudah tertulis, maka terjadilah sebagaimana yang ada sekarang ini. Jika tidak tertulis, tidaklah kita boleh berdiri.

        Jangan anggkuh mengatakan kita yang beribadah, sesungguhnya yang beribadah itu, adalah juga pemberian rahman dan rahim Allah, bukan datangnya dari pemberian kita kepada Allah!. Yang membuat kita berdiri lama itu, bukan kaki kita, yang membuat kita sujud lama itu, bukan kerana taatnya kita. Yang membuat kita berdiri solat itu, adalah Allah dan yang membuat rokuk lamaa dan sujud lama itu, adalah Allah.Allah yang membuat kita berdiri lama dan Allah yang membuat kita sujud lama, berdiri, rukuk dan sujud itu, bukan atas keupayaan kita. Kita hanya melakonkannya semula dari apa yang sudah tertulis.

        Setelah kita tahu itu, barulah membuatkan kita bertambah lama sujud dan bertambah lama berdiri, kerana apa, kerana yang berdiri dan sujud itu tidak lain dari Dia (yang bersifat rahman dan rahim) Allah menzahirkan diriNya dalam bentuk kaki berdiri, dalam bentuk sujud dan dalam bentuk diam dan gerak kita). Akhir sekali, segala-galanya Allah………………..drp hj shaari

        Like

      3. Sehingga saya tak terkata, kerana terlampau tajamnya bahasa tuan. Itulah ilmu pemutus dalam bermakrifat. Baunya tengek dan busuk tetapi, itulah yang dikatakan ibu minyak wangi. Terima kasih diatas kefanaan dan kekaraman diri didalam lautan wajah Allah.drp hj shaari

        Like

    2. Salam kanda faizal…

      Jika dalam sript pun suruh tak sholat… Maka tak mungkinlah kita kena jalankan sholat…

      Sebagai contoh pemahaman saja :
      Shalat 5 waktu : jika kita tertidur diwaktu malam sampai timbulnya matahari…, Allah tak gerak kita ( bangunkan kita ) diwaktu subuh… Artinya Allah pun jua yang tak gerakkan kita untuk shalat subuh…
      Hendak sholat dhuhur pun jika kita kena stroke tiba2x tak sadarkan diri (pingsan) sampai masa dibawa ke hospital… Tak sholatlah kita…, artinya Allah jua tak bagi kita untuk shalat dhuhur…
      Jika shalat subuhpun kita dah bangun…, tapi malas untuk shalat subuh… ( janganlah berpijak bahwa Allah tak Shalatkan kita, maka jahil lah kita ) lantas kita kena lalaikan shalat tsb, itu tak lain dan tak bukan kita tanya diri sendiri apakah kita telah ‘ikhlas’ dengan sebenar ‘ikhlas’… ( sebagai orang yang kena perintah / suruh ).

      Mungkin begitu kanda faizal, daripada hamba yg bodoh ini…

      Salam…

      Like

    3. Kepada Faizal: terima kasih atas soalan anda. Saya nak Tanya anda adakah kita tahu skrip yang Allah tulis itu apa isinya? sama ada Dia suruh Solat atau tidak? Sudah tentu kita tak tahu kan… Jadi dalam Al-Quran Surah Al-Israa ayat 78 Allah perintah kpd kita supaya kita menunaikan solat

      Like

    4. Skrip yang Allah tulis di Luh Mahfuz tiada siapa pun yang tahu kecuali DIA sahaja. jadi kita tak usah cari alas an itu alasan ini kerana sebab malas solat atau tak tahu cara bersolat. Asalkan kita ada kekuatan dan keinginan yang sebenarnya kekuatan dan keinginan itu adalah hak milik Allah, maka kita kena lakukan solat itu.

      Like

  1. Matikan diri sebelum mati baru dapat mengenal diri..bila sudah mengenal diri maka secara automatik dapat mengenal Allah…Tidur umpama mati.Bila tidur saja kita maka lupalah kita akan keberadaan diri,bukan diri saja yang kita lupakan/tak ingat, MALAH seluruh alam dan seisinya kita akan lupa/Tak ingat.Maka dari pelajaran TIDUR itulah mengajar bagaimana cara berserah diri dan segala2nya kepada Allah..Bila diri dan segalanya sudah diserahkan secara total kepada Allah..maka apa lagi yang tinggal?? Segalanya Allah belaka..Allah..Allah…itulah anak kunci KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN..bagi yang mahu mangambil FAHAM..Sesungguhnya Faham itu pun dari Allah jua.Allah..Allah.Allah…Alhamdulillah..Amin.

    Like

    1. Benar sekali hujan ananda itu.Kenal diri itu, sehingga sampai kepada tahap tidak lagi mengenal kepada yang hendak dikenal!. Yg mengenal dan yang hendak dikenal itu, rupa-rupanya org yang sama (satu atau ahad). Setelah kita dapati mu itu aku dan aku itu mu, tak perlu lagi kenal mengenal, mari kita salin nyata menyatakan.Nyatakahlah mu aku dan aku itu mu yg tidak lagi perlu kepada kenal atau dikenal.

      Cuba rapatkan telinga tuan-tuan kpd komputer. Adatak komputer itu, mengatakan yang dia komputer!. Sebab apa dia tidak kata dia komputer, sebab dia tak kata dia kompouter adalah kerana sememangnya dia sudahpun komputer. Komputer tidak akan mengaku aqtau tidak akan kata dia komputer, yg kata dia komputer adalah org lain, dia tidak kata yg dia itu koimputer, kerana sememangnya dia sudah nyata dirinya komputer yg tidak lagi perlu kepada huruf dan suara.

      Inilah kaedah kita menyatakan Allah yg tidak berhuruf dan tidak bersuara. Inilah yg dikatakan nyatanya Allah itu, nyatanya Allah itu, sehingga tidak lagi perlu mengenal atau memperkenalkan dirinya…………………….

      Orang yg mengenal diri itu, adalah org yg setelah tidak lagi mengenal diri sendiri, itulah yg dikatakan sebenar-benar mengenal diri dan mengenal Allah, sebagaimana contoh komputer. drp hj shaari

      Like

  2. Jika skrip dah siap sejak azali lg tinggal lakon kan sja tiada pertanyaan lg ..AKU dah TU…yg memerintah pun sama yg di perintah …keluh lidah,hilang diri..NYATA AKU…

    Like

  3. Allah itu satu. Yang satu pandang pd yg ramai. Yg ramai pandang pd yg satu.. Apa jua yg kita buat adalah gerak dr Allah swt. jugak. Kita adalah hamba yg tidak berupaya.. LAUHAWALA QUWATA ILLABILLAH…Tiada daya upayaku melainkan kuasa Allah jua. Bangun dr tidur dgn izin Allah jugak setelah roh kita ditiup kp kita.. Hujah yg menguatkan lagi ialah firman Allah LATAT HARAKU ZAHRATUN ILLABI IZNILLAH SALAMUN KAULAN MIN RABBI RAHIM FASAYAK FI KAHUMULLAH WAHUWAS SAMIUN ALIM..(Sila rujuk sendiri pd AlQuran…Ya Allah ampunkan aku jika ayat kutaip ini tersilap) Maknanya bergeraklah aku ini dgn izin Allah taala jua. Keluarlah anda pagi-pagi cari rezekipun dgn mendpt izinnya tetapi anda pagi-pagi pergi merompak pun mendapat izinnya. Itulah Akal yg dibekalkan kp kamu ketika hidup di dunia ini yg dapat membezakan antara pekerjaan jahat atau yg baik. Allah beri balasan kemudian nanti. Yg baik duduk dgnNya di syurga dan yg jahat tinggal dgn syaitan di neraka. Contoh yg membuatkan kita senang faham dgn situasi ini ialah (Sepatutnya tidak boleh dijadikan contoh dlm hal mengenai Allah..ampunkan aku ya Allah) Konon-konon sultan pinjamkan kereta baginda pada kita. Dengan izinnya pergilah kau jalan-jalan. Mlm nanti pulangkan semula. Dlm masa kita memandu kereta baginda bersiar-siar, sudah tentu kita bercermat dan berhati-hati memandu kereta baginda w/p baginda tidak turut serta dgn kita. Kita pilih jln yg cantik. Jln kotor kita tak laluinya kerana kereta itu bukan milik kita. Ha…begitulah jasad kita ini yg dipinjamkan oleh Allah taala. Pasai tu Allah mengutuk org yg suka kata mengata kerana dia sebenarnya mengata ciptaan Allah taala jua. Apa yg ada pd kita, kita terima dgn redha. Cacat jasad kita, kita redha saja. Bukan kuasa kita. Kesemuanya dgn Kun Fayakun Allah taala jugak. ……Cukuplah sampai disini. Sebenarnya byk lagi yg nak diterangkan. Ini pun datang dr Allah taala jugak. Aku hanya mengayakan saja kehendak Allah. (Ya Allah ampunkan aku jika aku tersilap)

    Like

    1. Tulisan anada itu, bagus, tetapi belum berpijak dibumi nyata! dan blm berpegang pd paksi. Tulisan ananda itu, kelihatan seperti bilamana panas dilepas dan bila sejuk dipegang!. Apa2pun syabas kerana berani. amin drp hj shaari

      Like

  4. Salam wbt bismillahirahmanirahim bismillahX3 Astaghfirullah Subhanallah Walhamdulillah Wala ila Ha illallah Muhammadar Rasulullah Wallahu akhbar Wala haula wala quwatta illah billah, La quwatta illah billahil Aliyyil Adhziim Wa inna lillahi wa inna illahi rojiiun Wahu wa ilaihi tawakkalt Alluma solli a’la sayyidina muhammad wa a’la aliihi wa shobihi wa salim wallahus somad Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Awwal Ya Akhir Ya Zahir Ya Batin Ya Bashir Ya Samii Ya Roqib Ya khobir Ya Syahid Ya Rashid Ya Salam Ya Mani Ya Hafizh Ya Hayyu Ya quyyum Ya Malik Ya Quddus Ya Wadud Ya Badi Ya Baqi Ya Dzul Jalali Wal Ikram Ya Adhziim Ya A’la Ya Matim Ya Jabbar Ya Qahhar Ya Ya Hakim Ya Adl Ya Afu Ya Ghofur Ya Tawwab Ya Soburr Ya Jamii Ya Hisab Ya Hadi Ya Fattah Ya Nur Ya Haqq Ya Kholiq Ya Baari Ya Mushowwir Ya Yuhyi Ya Mumit Ya Syakur Ya Mujib X3 aminX3 dgn izin n khendak(N)ama(Y)a(A)llah Allahuma solli a’la muhammad wa a’la ali muhammadX3 Hasbunallahu wa ni’mal wakilX3 Allahus somadur rahmanir rahim Ya MujibX3 bismillahX3 maaf jika pertanyaan ini bisa menyakiti tuan/skalian… ALLAH SEMPURNA SIFATNYA DR YG SGALA YG ADA DIDLMNYA N DILUARNYA YG X BISA MENCACATKAN / MENCELAKAN / MENGOTORI MILIKNYA.. BismillahX3 maksud tuan menyatakan bahwa ALLAH mencipta Azazil dilaknat menjdi iblis hgga kiamat memang utk mbuat salah dgn mengingkari sgala perintah allah… disini tuan menyatakan bahwa allah itu ada niat jahat n menunjukkan ktidaksempurnaan ALLAH SAYA.. maaf tuan dikanan n kirimu tuan n sy ada saksinya n tika ini terakam jgk video cctv allah utk kita perdebatan diatas kelak n disini sy menyangkal pendapat hujah tuan krn ALLAH sy x bgitu krn ia telah mberi peluang berkali2 pd iblis agar tunduk pd perintahnya dgn menyatakan dimana iblis nak pilihan HITAM(jahat) PUTIH(baik) ttpi iblis x guna akalnya bersama hati utk disatukan agar terlahirnya persetujuan bersama diantara AKAL + HATI = IDEA/ILHAM(Logik/Bernas) ttpi diwaktu (i)blislah(A)ku itu hanya mengikut hatinya yg berperasaan sendiri disbbkan x memahami apa yg dimaksudkan ALLAH krn perbuatannya x ikhlas dlm stiap perbuatan diatas niat yg tersurat ditunjuki ttpi yg tersirat ada yg samar lgi x jelas ttpi terang n nmpk pd allah krn ialah pemilik alam smesta krn ALLAH MENYATA ku ciptakan kamu dr segumpal darah sudah ku tahu akan kjdian awal n akhir zohir n batin bahwa kamu(MANUSIA) mmg melampaui batas n mmg melampaui batas… bermakna ?????? tuan fhm walau mcmanapun kita semua termasuk iblis adala makhluknya… fhm krn khadiranku disini adala ujian utkmu n terlihat penjelasan tuan disana(yg tetpapar ole tuan) adala ujian utkku ttpi bkn nak menghukum skalian skadar berkata sama ada ia baik atau tak skalian yg letakkan diri skalian dimana skalian nak letakkanya krn pilihan tuan krn itu kata2 dr tuan n bkn dr ALLAH SY n bgitula jgk yg dismpikan pd iblis krn APA???? adakah sy ne suka2 dtg ke sini n berkata sesuka hati n menunjukan seakan2 tahu sgala ilmu… maaf sy tiada apa2 pun dgn lafazan BISMILLAHx3 LA HAULA WALA QUWATTA ILLAH BILLAH.. LA QUWATTA ILLAH BILLAHIL ALIYYIL ADHZIIM N INNALLAHA A’LA KULLI SYAIIN QODIR WA INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJIIUN WAHU ILAIHI TAWAKKAL ALLAHU BASHIRI HISAB… krn kita diciptakan dgn cukup sempurna(LIHATLAH ADA YG KRG DIBADANMU) ttpi dalam x ksempurnaan(AKAL & HATI KOSONG) bermakna kita krn belajar mcmana mencri ALLAH krn kdtganku adalah memperelokan akan keindahannya semerbak seharumnya maka terserlah ia akan kserlahannya yg ada di depan sy ini disbbkan sesuatu yg ia ketahui & x ia ketahui TTPI ALLAH LAH JUA YG MAHA LEBIH MENGETAHUI SGALA2NYA WALLAHU A’LAM BISH SHOWAB WSLM

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s