Kita ini hanya kiasan sepertimana air

Ustaz Muhammad bin Ramli
cucutokawang48@gmail.com
123.136.106.224
Submitted on 2013/12/04 at 5:46 am

Sesungguhnya diri saya yang hina dan faqer ini menerima ilmu makrifat Tok Kenali pada awalnya dari almarhum kekanda saya yang berbai’ah dengan almarhum ayahanda saya Ustaz Ramli Awang yang berbai’ah dengan datuk saya Tok Awang yang merupakan anak murid kepada salah seorang murid Tok Kenali yang dihantar ke utara Tanah Melayu sewaktu dahulu untuk menyampaikan ilmu ini. Saya hanya belajar kiasan air lau sahaja, namun dari kiasan air laut ini Alhamdulillah Allah bukakan hakikat diri ini. Cuba kita lihat kejadian air hujan. Dari mana air hujan yang dikandung oleh awan datang? Jawabnya dari wap air laut bukankah begitu? Pada hari siang dan matahari terik memanaskan air laut sehingga berlaku pengelewuapan dan wap naik ke langit dan awan menangkap wap lalu dikendung dan angina membawa awan ke gunung dan bertaburan titis-tiis hujan lalu menuruni bukit hingga ke sungai dan terus kemuara lalu bersatu semua dengan laut menjadi air laut semula. Itu yang selalu kita lihat setiap hari. Apabila terwujudnya wap, maka wap itu kita tak namakan air malahan tak namakan air laut pun. Tapi hakikatnya ianya air juga bukankah begitu? Maka diri kita ini zahir dan batin berasal dari Allah juga. Akan kembali semula kepada-Nya. Kita bukannya Allah kita hanyalah bayangan sahaja. Seumpama diri dalam cermin. Kembalikan diri kita kepada Allah dan hilangkan diri kita sehilang-hilangnya dan setiada-tiadanya. Inilah yang hendak disampaikan oleh Tok Kenali kepada kita.dituduh sesat oleh fuqahak syarie
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

7 Replies to “Kita ini hanya kiasan sepertimana air”

  1. Benar ustad.. Ibarat pokok dengan bayangnya. adanya bayang kerana pokok. Pergerakan bayang, rupa bayang, kecantikan bayang semuanya datang dari pokok.. Tapi bayang bukan pokok, dan pokok bukan bayang. Pokok tetap pokok dan bayang hanyalah bayang. bayang hanya menzahirkan adanya pokok..Takkan ada bayang tanpa pokok, tetapi pokok sentiasa ada meskipun tanpa bayangnya!……..Allahuakbar…..

    Like

  2. Tuan yg dihormati,
    Syukur kepada Allah SWT dan ternyata apa yang tuan perkatakan sedikit pun tidak menyalahi dengan apa yang guru kami (Tuan Hj Shaari) ajarkan.Jelas dan sahihlah betapa, walau dari mana pun guru tempat seseorang itu menerima ilmu ini asalkan bersumber daripada Makrifat Tok Kenali maka itulah isi pengajarannya. Bukan seorang kata begitu, seorang kata begini tetapi “matikan diri” serta “jangan terlihat adanya diri” adalah intipati ilmu makrifat Tok Kenali. Bagi yg masih penasaran untuk menyakini apa yg Hj Shaari sampaikan, coretan tuan merupakan TESTIMONI” yg boleh menhadirkan keyakinan. Namun….segalanya ketentuan dariNYA jua sama ada memberi/menyingkap ketidakyakinan atau sebaliknya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s