Yang Mana Kaca dan Yang Mana Intan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebenarnya, saya tidak sedikitpun berhajat untuk menyaman sesiapa, cukuplah sekadar membuat laporan polis. Adapun pengumuman meminta dikumpulkan dana berupa wang ringgit itu, hanyalah suatu helah yang sengaja saya BESAR-BESAR semata-mata, bagi tujuan untuk melihat setakat mana pengorbanan sahabat-sahabat diluar sana terhadap saya.

Saya bertujuan untuk mengetahui setakat mana pengorbanan saudara saudari diluar sana terhadap saya, saya telah bertungkus lumus memperjuangankan ilmu makrifat secara bersendirian, jadi setakat mana pula pengorbanan tuan-tuan terhadap saya dan terhadap ilmu makrifat.

Kini sedar dan fahamlah saya bahawa dalam memperjuankan ilmu makrifat ini, tidak ramai yang sanggup bekorban. Setelah satu minggu berita ini saya siarkan dalam blog, ternyata tidak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan. Kepada yang telah sudi bekorban menghulurkan bantuan berupa wang ringgit untuk tujuan membiayai peguam, akan saya pulangkan kembali wang ringgit tuan-tuan itu bersama sedekah saya satu set koleksi ceramah yang megandungi 17 keping (berharga 170.00) secara percuma, tanda penghargaan terima kasih saya terhadap tuan-tuan, disamping memulangkan semula wang kepada akaun tuan-tuan yang telah menderma.

Di situ baru saya dapat ukur dan dapat menilai setakat mana pengorbanan tuan-tuan. Cukuplah dengan laporan polis yang telah saya buat, tidaklah sampai hati kepada tahap hendak saman menyaman.

Terima kasih kepada yang sanggup menghulurkan derma yang berupa wang ringgit kepada saya. Terubat juga kesedihan yang saya alami, bilamana ada sahabat-sahabat dibelakang saya, yang sangggup membantu dan menyokong bila saya dalam kesusahan, terima kasih. Walaupun jumlahnya tidak seberapa.

Saya sendiripun faham, siapalah yang sanggup bersama saya, bilamana saya telah dituduh sesat. Segala-galanya kita kembali kepada ketetapan Allah. Bantu ke atau tidak ke, kan itu adalah kehendak atau ketetapan Allah, jadi kita kena redha dan akur. Yang sanggup menghulurkan bantuanpun Dia dan yang tidak sudi bantupun Dia juga.

Kepada sahabat yang telah menghulurkan bantuan berupa wang ringgit mahupun hanya sekadar pendapat, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih, terutamanya ananda dari kalangan kariah di Singapora. Terima kasih

Secara peribadi, penderma yang telah menghulurkan bantuan itu, akan saya hubungi secara peribadi melalui talipon, untuk memulangkan kembali wang itu bersama 17 keping koleksi ceramah.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Drp hj shaari

Advertisements

One comment on “Yang Mana Kaca dan Yang Mana Intan

  1. Wahai Ayahda Kekasih Allah, sesunguhnya begitulah hamba2 yg bermarifat yg tulus lagi ikhlas. Anakda tak sabar rasa nya utk bertemua dgn ayahda bersama kekanda Zahidi dan isterinya. Harapan kedatangan kami di rahsia kan. Walau bagaimanapun adalah tanggung jawab murid utk bebakti sedaya upaya kpd guru wahai Ayahda kekasih Allah.Aameen.

    Dari

    Azhar bin Ahmad bin Solleh bin Muhammad Habib bin ????????

    Like

Comments are closed.