Buktikan kepada saya apakah tuan-tuan sudah mengenal Allah!!

Bilamana kita mendakwa mengenal Allah, pastinya kita boleh lihat, boleh pandang, boleh tengok dan pastinya kita boleh “NAMPAK”. Jika Allah tidak pernah kita nampak, bagaimana mungkin boleh kita mengaku yang kita mengenal Allah. Yang dikatakan kenal itu, pastinya dilihat, ditengok dan pastinya  “NAMPAK”. Apakah tuan-tuan sudah “NAMPAK” Allah?. Jika tidak “NAMPAK” Allah, bagaimana mengaku mengenal?.

Persoalannya disini, bagaiaman untuk nampak Allah?, sedangkan Allah tidak bersifat, tidak berain dan tidak berjirim mahupun berjisim.

Beri saya jawapan, siapa yang “NAMPAK” Allah?…………………………

78 Replies to “Buktikan kepada saya apakah tuan-tuan sudah mengenal Allah!!”

  1. Tiada bukti dalam melihat dan mengenal Nya. Makin dilihat makin tak nampak. Kiranya tak nampak bagaimana bisa mengenal. aku tak mampu mengenalNya cuma hanya Dia yang mampu mengenalku.

    Like

      1. Salam Tuan Guru,
        Hanya Nurmuhammad yg melihat Allah.
        Nurmuhammad hakikatnya Allah.
        Sifat dan zat tiada berpisah.
        Itulah sifat itulah zat.
        Maka, hanya Allah melihat Allah.
        Dianya ESA.

        Mohon tuan guru perbetulkan kiranya salah pendapat saya.

        Dari Abdul Hafiz Ismail

        Like

  2. seloka jumaat~~~…
    Assalamualaikum…

    Aku berada di tmpt terang
    tdk tertutup tdk terhijab
    barangsiapa mengenal yg empat
    tahulah ia martabat makrifat

    tutup dirimu tampaklah Aku
    wujud dirimu itulah hijabmu
    klu kau mahu buangkan ‘akumu’
    sgtlah pasti kau bertemu dgnKu..

    pada dirimu jgn kau amin
    bukan lakumu itulah lakuKu
    sangat mustahil kau melihatKu
    kerna yg melihat itu,juga Aku

    Allah namaKu mana rupaKu???
    renung dirimu itulah Aku
    Aku dan kau tiada bersatu
    pulangkan diriKu,pasti kau tahu!

    selokaKu akalmu tidak kan paham
    rendahkan dirimu carilah ilmu
    mencari sang guru bukannya senang
    sebaik-baik guru…itu juga kan Aku…

    Amin….Allahu, wahuwa Ana…

    P/s: utk pengetahuan tuan guru…saya baru mengarang seloka ini setelah solat jumaat td…sedikit sebnyk topik tuan guru dijawab seloka ini..

    Like

    1. Dalam tulisan ananda,Saya dapati ananda sudah menjawap pertanyaan saya, tetapi mungkin ananda sendiri tidak perasan. Ananda ada jawab melalui 6 patah perkataan. Cuba cari semula yang 6 patah itu, itulah jawapannya. drp hj shaari

      Like

  3. Assalamualaikum.. Ayahanda Tuan Guru, izinkan anakda mencoret secoret kata…..TerlebihDahulu anakda yg jahil lagi bodoh ini mnyusun 10 jari memohon maaf……..ini coretan nye……..Setelah Tiada nye diri maka Nampaklah Allah Dengan Terang Jelas, Hanya Dia Yang Kenal Dia, Hanya Dia Yang Nampak Dia, Hanya dia yang dpt mngakui kenal Dia. Tiada Bukti untuk menyatakan kenal Allah, Jika kita mengatakan kita kenal Allah itu makanya kita tidak kenal, sebab Allah tak mampu, xleh, xdpt utk kita kenal.sebab dia x bersuara x berhuruf x bersifat x berjisim, Hanya Dia yang Kenal Dia.. Yang tak Kenal itu lah Kenal, Yang tak Nampak itulah Nampak…x leh sesekali mngaku kita kenal Allah. Hanya Tuan empunya Diri Kenal Akan Tuan Empunya Diri. Kenal@mengenal Allah itu Tiada Dalil, Tiada Bukti, Tiada Tanda.. Itulah Yang Kenal…..MYPDR..>”JA

    Like

    1. Cantik sekali jawapannya. Itulah baru dikatakan sebenar-benar mengenal. Terima kasih kerana telah memberi jawapan mengenal Allah yang amat baik sekali. Tetapi masih belum menjawap pertanyaan saya, siapakah yang nampak Allah?………………………

      Tentang mengenal Allah, tuan sudah menjawap dengan baik, sehingga tdk ada lagi syak dari segi bahasa, terima kasih krn jawapan yang hebat. harap kita sama-sama cari, siapa yang nampak Allahh?…………………….drp hhj shaari

      Like

  4. Assalamualaikum.. Ayahanda Tuan Guru, izinkan anakda mencoret secoret kata…..TerlebihDahulu anakda yg jahil lagi bodoh ini mnyusun 10 jari memohon maaf……..ini coretan nye……..Setelah Tiada nye diri maka Nampaklah Allah Dengan Terang Jelas, Hanya Dia Yang Kenal Dia, Hanya Dia Yang Nampak Dia, Hanya dia yang dpt mngakui kenal Dia. Tiada Bukti untuk menyatakan kenal Allah, Jika kita mengatakan kita kenal Allah itu makanya kita tidak kenal, sebab Allah tak mampu, xleh, xdpt utk kita kenal.sebab dia x bersuara x berhuruf x bersifat x berjisim, Hanya Dia yang Kenal Dia.. Yang tak Kenal itu lah Kenal, Yang tak Nampak itulah Nampak…x leh sesekali mngaku kita kenal Allah. Hanya Tuan empunya Diri Kenal Akan Tuan Empunya Diri. Kenal@mengenal Allah itu Tiada Dalil, Tiada Bukti, Tiada Tanda.. Itulah Yang Kenal…..MYPDR..>”JA

    Like

    1. Cantik sekali jawapannya. Itulah baru dikatakan sebenar-benar mengenal. Terima kasih kerana telah memberi jawapan mengenal Allah yang amat baik sekali. Tetapi masih belum menjawap pertanyaan saya, siapakah yang nampak Allah?………………………

      Tentang mengenal Allah, tuan sudah menjawap dengan baik, sehingga tdk ada lagi syak dari segi bahasa, terima kasih krn jawapan yang hebat. harap kita sama-sama cari, siapa yang nampak Allahh?…………………….drp hhj shaari

      Like

  5. Macamana nak nampak Allah?
    Allah itu tidak berjirim dan berjisim.
    Tidak hitam, tidak putih.
    Allah itu teramat jelas dan nyata.
    Barang siap yang mengenal, NAMPAK lah ia akan Allah.
    Amin.

    Like

    1. Belajar ilmu itu, hendaklah sampai putus, jangan hanya sekadar beristilah barang yang tidak jelas. Kenallah Allah sehingga jelas, terang dan nyata.Jika kita benar-benar mengenal Allah, hendaklah Allah dapat ditengok, siapakah yang nampak Allah?. Kenal pasti nampak, biarpun Allah itu tidak berjirim dan berjisim. Itulah tanda Allah itu nyata dan terang, lebih terang dari cahaya matahari!. Harap dapat dicari jawapannya. amin drp hj shaari

      Like

  6. Assalammu’alaikum Ayahanda Hj Shaari! Yang Nampak Allah, Yang Kenal Allah, Yang Ingat Allah, Yang Saksi Allah, Yang Sembah Allah dan sebagainya adalah Allah juga. Kita bukannya Allah sebagaimana masin itu bukan garam tapi garam itu masin dan masin itu adalah raanya dan sifat kepada garam . Yang wujud adalah garam dan masin itu tak wujud sebab dia adalah garam itu jua. Kita bukannya Allah sebab kita Tak wujud, jika kita kita wujud pun wujud kita hanyalah “waham” sebagaimana kat Sheikh Yusuf Muhyuddin Al-Bakhour Al-Hasani. “Waham” maknanya fantasi, ilusi atau dislusi. Wujd yang tidak sebenar wujud. Sebagaimana mimpi. Sewaktu kita bermimpi, kita jadi raja yang berdaulat. Semasa mimpi kita menyangka kita benar-benar Raja yang memerintah sebuah kerajaan antah berantah. Tapi apabila kita jaga dari tidur rupa-rupanya hanya mimpi dan kita tetap sebagai seorang petani jika kita adalah petani, kita tetap sebagai guru jika kita guru dan begitu setrusnya. Menjadi raja dalam mimpi adalah waham semata-mata. Betulakn say jika saya tersasar ayahanda Tuan Guru

    Like

    1. Takwa, ertinya takut kepada Allah. persoalannya disini, buat apa nak takut kepada Allah, tidakah Allah itu baik, Allah itu, maha pemurah, pengasih lagi penyayang sehingga dosa seumpama buah dilautan atau setinggi bumi sehingga mencecah langit, lagikan Allah ampun, jadi buat apa nak takut Allah!……………..

      Takwa itu, ertinya takut kepada Allah. Manakala takut kepada Allah itu, ertinya ” TIDAK TAKUT KEPADA MAKLUK”. Setelahh tidak takut kepada makhluk, barulahh dikatakan takwa kepada Allah. Seumpama tidak takut neraka, tidak takut mati, tidak takut drp tidak dapat pahala, tidak takut miskin dan tidak takut kepada selain Allah, itulah erti, maksud atau makna “takwa” (takut kpd Allah).

      Seperkara lagi kita ini, seumpama garam dan Allah itu seumpama masin, bila garam dicampak ke dalam lautan, bererti garam tidak lagi kelihatan, melainkan yang ada itu, adalah masin, masin dan masin…………….

      Jadi campakanlah garam diri ke dalam lautan masin (Allah), agar garam (diri) tidak lagi kelihatan itu, melainkan yang tingggal itu, hanya masin……………derp hhj shaari

      Like

  7. Diri sendiri yg kita boleh nampak pun kita masih belum kenal,apa lagi nak mengenal benda yang tak nampak,kan.Ramai yg mengaku telah mengenal diri sendiri tapi masih tak mampu mengawal nafsu,fikiran,ego marah dsbgnya.Adakah mata ku yang melihat itu sebahagian daripada aku sedangkan mata ini cuma dipinjamkan?Dimana aku yang dapat melihat disebalik mata yang Engkau pinjamkan ya Allah?Siapakah yang melihat dan yang mengetahui apa yang dilihat??

    Like

    1. Ini bukan berupa jawapan, yang tuan bagi itu, adalahh berupa soalan. Saya minta tuan jelaskan jawapan, mari kita sama-sama berkongsi jawapan, siapakah yang melihat, memandang atau yang menengok Allah. drp hhj shaari

      Like

  8. salam Tuan Guru dan sahabat sahabat , saya kenal TUHAN SEMESTA ALAM DAN TAK KENAL TUHAN SELAIN LAIN DIA. HANYA DIA. DAN SAYA MEMPERTUHAN DIRI SAYA DENGAN SIFAT SIFAT KETUHANAN SEJATI – TIADA IRIHATI, TIADA DENDAM, TIADA BERBURUK SANGKA, MANUSIA SEMUA SAMA TIADA TARAF DAN PERBEZAAN, DAN MENGHORMATI SEMUA….

    KERANA TUHAN YANG SAYA KENAL TAK pernah confused – ni tuhan confused

    ***Pernah tak tuan tuan terbaca mana mana atau terdengar mana2, YAHUDI CHOSEN RACE (BANGSA PILIHAN/TERPILIH). mula mula terpilih lepas tu terkutuk. Umat islam pula kena bunuh. confused…………(dah pilih dan lepas tu terkutuk)***

    ***salam kawan kawan, pernah tak kawan terbaca atau terlihat mana mana nabi dari Jalur Isaac (ISHAK) pergi haji. seolah nabi ibrahim ajar kat anak beliau yang nabi Ismail aje @ (ARAB) sahaja.***

    ***Kalau ikut jalur, tak pernahkah tuan tuan terfikir Nabi nabi ni semua Jalur Keluarga sahaja (no outsiders)*** Tuhan practik KRONISM.

    Maka saya bertuhankan diri, yg lain semua confusing – kalau tuhan cipta lepas tu dia suruh kita membunuh sama sendiri yg dianjurkan semua Ugama – kerana masing masing semua rasa mereka betul, MAKA tuhan mereka confused…

    Like

  9. Ku peluk ke dakap kau saktiku
    Ku junjung ku kasih setiap waktu
    Jangan dilerai saat bertemu
    Kerana aku hanya tamumu
    Hangat cintamu rasa di kalbu
    Geloranya nyata pada diriku
    Kau Sakti pujaan dendamnya aku
    Kau wujud hanya untuk diriku
    Bukan rupa bayang mataku
    Tapi asyik di dalam rindu
    Itulah aku pemegang rahsiamu
    Jadilah kau punita haqnya aku

    Like

  10. BISSMILLAH
    TG HJ SHAARI.SEKADAR PENDAPAT DARIPADA MANUSIA KERDIL DARI RASA DALAM BINASA.BILA KENAL DIRI MAKA KENAL ALLAH DENGAN DUDUK TAFAKUR HISAB DIRI DENGAN APA YG ALLAH BERIKAN KEPADA DIRI KITA YANG SEBENARNYA HANYA DENGAN IZIN DAN KEKUATAN DARIPADA ALLAH SAHAJA YANG SEBENARNYA KITA TIADA UPAYA TANPA ALLAH.JADI DALAM DIRI SENDIRI ADA ALLAH YANG SENTIASA BERSAMA CUMA KITA YANG LALAI MENJADIKAN NAFSU AMARAH SEBAGAI IKUTAN PADA HAL NAFSU ITU JUGA CIPTAAN ALLAH.

    Like

  11. Salam tuan guru….mengikut penilaian saya yg jahil ini apa lagi yg kita nak lihat Allah sesungguhnya Allah itu amat nyatadan jelas seumpama terangnya cahaya matahari terang lg wajah Allah dan dekatnye mata putih dan mata hitam dekat lg Allah. Sessungguhnye Allah itu tidak perlu dicari krna yang mncari itu juga yg dicari.
    Allah itu ada dimana mana dan jelas sejelas_jelasnye.Dimana kamu brada disitu Allah itu jelas nyata.Bukankah begitu tuan guru yg ku cintai……?
    LA MAUJUD BIHAQ KI ILAULLAH DAN FAINNAMA TUALLU AFSAHUM WAJHULLAH..

    Like

    1. Benar kata ananda itu, sedikitpun tdk salah. persoalannya disini, kita kata Allah itu terang, siapa yang nampak Allah itu terang. Kita kata Allah itu dekat, siapa yang nampak Allah itu dekat?. kita kata Allah itu hampir, siapa nampak yang Allah itu hampir. Benar, benar dan benar sehgala-galanya Allah, tetapi siapa yang nampak Allah sehingga boleh dikatakan yang ianya Allah……..drp hj shaari

      Like

  12. Wahai ayahanda,
    Inilah dari dalam diri ku.
    Aku Zat,
    Aku Nur,
    Aku Roh,
    Aku Hati.
    Akulah Hu,
    Akulah Allah … Hu Allah!
    Wajah Allah wajah ku jua,
    wajah ku wajah Allah jua.
    Aku Mu, Mu Aku.
    Maka akulah yang melihat Allah dan aku juga tahu tiadalah Allah berpisah dari aku.
    Sungguh yang ku lihat itu aku jua tiada berbeza zahir dan batin.
    Sungguh Allah itu lebih dekat dari urat merah ku. Teramat dekatnya Allah sehingga tersingkap hijab
    AKU MU MU AKU tiada apa lagi kecuali AHAD AHAD AHAD ….

    Like

    1. Benar jawapan ananda itu. sedikitpun tidak salah. tetapi jika ananda bertanya soalan kepada orang, apakah yang ananda harap dari jawapan itu?, pastinya yang putus dan tidak lagi boleh diragui. Allahh tidak berjirim dan berjisim, siapakah yang nampak Allah?………………. drp hj shaari

      Like

  13. Allah dapat dilihat melalui tilikan hati setelah berjaya meleburkan diri, fana, mati sebelum mati, atau pun setelah tidak terlihat adanya diri disebabkan akal telah lemah. Ketika itu yang terlihat hanyalah kenyataan ALLAH. Diri kita sebenarnya mati kerana yang hidup hanyalah Allah. Begitu juga yang dahulu, yang sekarang dan selepasnya hanyalah wujud ALLAH.

    Like

    1. Jika kita lebur, binasa atau tidak ada, siapa yang hendak menyatakan Allah?. Dalam bahasa lain siapa yang nampak Allah, bilamana Allah itu tidak berjirim, tidak berjisim, tidak bersifat dan tidak berjirm, siapa yang nampak Allahh?…………………drp hj shaari

      Like

  14. Abu Hurairah pernah tanya isteri nabi yang pernahkah nabi melihat Allah. Isteri nabi kata tak pernah kerana Allah itu ditabiri oleh 70 lapisan cahaya. Bila terbuka sahaja satu tabir nescaya terbakar musnahlah segala yang bersifat makhluk di galaksi maya pada ini. Jadi Allah tak boleh dilihat dengan mata kasar dan mata minda. Jika dapat dilihat itu bukan Allah lagi.

    Like

    1. Kita semua mengaji dan mengaku, bahawasanya seterang-terang cahaya matahari itu, malahan terang lagi Allah, semua kita tahu yang Allah itu tidak ada hijab dan tidak ada tabir, jika Alla tidak ada hhijab, kenapa pula cahaya boleh menghalang kita dari menengok Allah, siapakah makhluk cahaya itu, sehingga boleh tutup Allah dari dipandang, apakah cahaya itul lebih kebal atau lebih tebal dari Allah ?.

      Allah tidak ada hijab, tidak ada dinding dan Allah tidak ada tembok, kenapa sehingga cahhaya boleh menghalang kita dari terpandang Allah. Bilamana Allah tidak berjirim atau berjisim, Siapa yang tengok Allah. drp hj shaari

      Like

  15. Tuan guru yang saya hormati… Saya belum mengenali Allah, Saya belum nampak Allah, Untuk melihat Allah kena kpd tahap rasa… sehingga tiada rasa sesudah itu… Benar Allah itu tidak berjisim, bera’ain, berwarna, bersalahan Allah itu dengan setiap perkara yang baharu… namun utk “melihat” dia bukan dengan mata kepala, bulan dengan pancaindera, dengan roh… Roh melihat Allah… rasa rasa rasa….. Allllahhhhhhhhhhh…….

    Like

    1. Rasa macam mana?, rasa manis seperti tebu, rasa pahit seperti peria dan rasa tengok Allah itu, siapa?. semua orang mengaku mengenal Allah, bilamana dikenal pastinya ditengok, siapa yang menengok Allah?.drp hj shaari. Jika tak tengok, bagaimana mengakku mengenal Allah?………..drp hj shaari

      Like

  16. Assalamualaikum ustaz,

    pandangan saya, nampak itu bukan dengan bijik mata, tapi dengan mata hati. sekiranya nampak dengan bijik mata bermakna Allah itu bertempat.

    Like

  17. diketahui Allah tidak berjisim dan berjirim, mestilah tidak boleh nampak dengan mata atau dipegang dengan tangan atau apa2 yang berfizik tetapi ia boleh dengan IMAN kita… insyallah

    Like

  18. Tuan Guru Hj Shaari yang dikasihi,

    Apa yang dapat dikatakan hanyalah..”aku melihat tuhanku serupa aku”
    Tiada qias,tiada istilah…hanya itu yang terpacul

    Like

    1. Belum lagi putus anandaku. ada satu patah perkataan yang digunakan oleh ulamak terdahhulu, bagi menjawap pertanyaan itu. cukup hanyadengan 7 huruf utk ejak perkataan itu. Jawapannya adalah begini ” Yang tengok Allah itu, adalah yang ——-” ?. Hanya 7 huruf……drp hhj shaari

      Like

  19. Bila sudah tiada terpandang makhluk… kemana saja menghadap dsitu wajah allah… betulkan saya ustaz kalau pemahaman saya salah

    Like

  20. Hanya Allah yang mengenal Allah!……………………………..
    Allah tidak akan bisa di kenal selagi ada sifat mahluk, mati sebelum mati, fanakan diri dan alam hingga tidak ada yang terlihat lagi, hanya ada allah…dan allah esa adanya…
    maaf kalau tersalahkan

    Like

  21. orang yg tak nampak krn ditutupi oleh was was alqanas dalam jasad zahir dan batin,mengikut imam ghazali nabi bersabda mafhumnya apabila hancur jin yg menutupi hatinya ,maka akan terbukalah alam malakut,apb dihancurkan jin dalam diri barulah seseorang akan dapat menerima penyampaian-us fahmee

    Like

  22. Assalamualaikum…
    Pendapat sy yg hina..maaf jka tdak bnar ye ustaz..sy budak br belajar kiranya salah hrap tunjuki..

    Seseorang Yg telah mengetahui rahsia diri..yg tlah mengetahui rahsia hati..keungulan dimatanya mencerminkan cinta..dia melihat cahaya yg terang benderang menyuluh pjalanan nyatanya..di matanya adalah kenyataan..sehingga tenggelam didlm lautan wajah dn kasih sayangNYA..bagai pejal yg keras dcampakan kedalam dan tidak akan timbul2 semula..mati dan tkuburlah ia dngan tiada btanda walau masih dialam nyata..hidupnya bagaikan patong yg digerakan oleh perekanya..kelurah,kelurah lah perginya..ke dataran,kedataran lah gerak perginya..hanya redo dn tersenyum saja..

    Dirinya telah lebur selebur2nya..sifat manusia yg ada padanya sudah tdak dmiliki lg..zahir dn batinnya telah binasa..
    Keberadaan dirinya tlah tiada..sgala sifat yg ada adalah pakaian penciptanya ..dirinya dapat melihat dngan seyakin2nya itu adalah DIA..dngan tidak perlu lg besandar pd dalil,nama,huruf..tdak lah sesuatu itu DIRINYA..DIA tdak lah sesuatu akan tetapi zahir pda tiap2 sesuatu itu..pada diri dan matanya adalah segalanya DIA..bila dimatanya adalah DIA..apa yg dilihat pun adalah DIA jua..

    Lalu “NAMPAK” lah ia yg sejelas2 nya pda diri dan sgala yg di lihat adalah DIA..yg nampak itu DIA..yg melihat itu DIA yg hendak dilihat itu pun DIA jga…tidak lah ujud slain DIA..DIA lah yg esa..DIALAH SEDIA-DIANYA..

    Like

  23. sALAM tUAN GURU HJ SHAARI YG DIKASIHI..NAK NAMPAK BAGAIMANA LAGI ..KERNA YG MEMANDANG ,YG MELIHAT ITU SUDAH DIA..SEGALA GALANYA DIA..DIA YG HIDUP SELAMA- LAMANYA…MALAH SEGALA- GALANYA ADALAH DIA – AHAD..ESA ,YG TUNGGAL,SATU …APA YANG DILIHAT DAN YANG DIPANDANG APA YANG TERNAMPAK ITULAH DI…MAAF TUAN GURU..ITU DARI FAHAMAN YANG MENGENAL DARI DIA

    Like

  24. Assalamualaukum ustaz yg dirahmati Allah….maaf diatas penerangan saya…..

    Rasa dan Kenal…

    Dapatkah Allah dikenal dgn nyata dan terang? Jikalau boleh bagaimana caranya? ya…inilah yang perlu jelas bagi salik mencari Tuhannya. alquran telah telah memberikan panduan kpd kita tentang Tuhan semesta alam, bahawa Allah tidak dapat dijangkaukan akal fikiran, tidak dapat dibayangkan dan tiada suatu pun yang menyerupainya. Disamping itu Allah juga maha meliputi, dan disinilah banyak salik yg keliru, mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat. Ini adalah persoalan yg rumit jika hanya kita memakai akal fikiran, sedangkan Alquran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dgn akal fikiran, bagi saya kalau siapa yg mahu mengenalNya jangan pakai Akal Fikiran, kerna ia tidak akan sampai kpadaNya…..
    Nah, kembali pd yg asal, dapatkah Dia dilihat? Dgn nyata dan terang? Bagi saya sudah pasti boleh….kerana Sufi terkenal “Hasan Albanna” telah menyatakan, ” Aku tidak menyembah Tuhan yg tidak Aku kenal”… Bermakna beliau kenal pd Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya….kerna kenal dgn melihat itu pasti seiringan. Perlu saya nyatakan……memang Benar….Allah tidak dapat dilihat dgn mata zahir, tetapi melihat Allah adalah dgn ‘Mata Hati’….bukankah kita ini ‘dua dalam satu’ zahir dan bathin. Yang zahir tidak dapat melihatNya….jadi…apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yg bathin. Alangkah rugi mereka yg sebegini….Allah dapat dikenal dgn “Mata Hati” dan dgn mempelajari dgn sifat2Nya, hanya dgn jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dgn nyata dan terang, iaitu dgn pandangan ‘Mata Hati’. Jika ada org menyatakan ada jalan lain yg dapat mengenalkan Dia dgn sebenar2 perkenalan, itu bagi saya hanya dusta belaka, dan mereka sendiri saya pasti, mereka juga belum melihatNya dgn Nyata dan Terang. MelihatNya dgn Nyata dan Terang adalah dgn merasakan kehadiranNya, tanpa shak wasangka lagi, inilah yg dikatakan “Ilmu Rasa” hanya yg merasa yg mengenal dan melihatNya dgn Nyata dan Terang……

    Like

  25. Bismillah.
    Dari dulu, sekarang dan akan datang, aku memang dah mati. Yang hidup sekarang ini adalah kebesaran Allah. Hanya yang hidup sahaja boleh melihat. Aku ini buta. Bagaimana aku boleh melihat Allah sedangkan aku ini buta. Hanya Allah sahaja yang boleh melihat Allah.

    Like

  26. As Salam…ayahda yg dikasihi…
    Maafkan anakda..
    Sesungguhnya kita ini tiada apa2 bagaimana sebatas nama sahaja bisa melihat akan Allah.Sdh tentu yg melihat diri adalah emempuynya diri itu jua..

    Apa jua pun yang melihat ALLAH adalah ALLAH jua..di mana saja wajah Allah itu yg melihat adalah ALLAH jg..

    Seumpamanya,,
    Seorang lelaki telah tercicir dompetnya dijalanan..siapa yg melihat dompet itu?? Bknkah yg melihat dompet itu adalah yang MELIHAT..!! tidak kan dompet itu boleh di nampak oleh orang tidak melihat.. mestilah yang melihat itu yang NAMPAK…

    Bagi anakda yg dilihat itu bukan APA2 dan yg melihat itu bukan SIAPA-SIAPA..
    MELIHAT YG DILIHAT ITU ALLAH LAH.. tiada apa2 lg dah..

    Salam..

    Like

    1. Wahai guru yg dikasihi setelah ketiadaan diri mana lagi yg dikatakan wujud selain Allah. Hanya yg wujud dapat melihat yg wujud… yakni ‘baqa melihat baqa’. Sesungguhnya guruku yg melihat itu juga dilihat, yg dicari itu juga mencari. Hanya Allah mengenal akan Allah.

      Like

      1. Salam warga malaya muslimin muslimat
        Ambo asse k asal dari indonesia
        MAN ARAB PA NAFSAHU AKOB BARABAHU barang siapa mengenal dirinya rata rata maka megenal tuhan Nya yg nyata…
        sebelum mengenal diri maka kenalilah asal diri dahulu..
        ARAB TU RABI BI RABI
        tiada megnal Allah kecuali Allah itu sendiri yg megenalkn diriNya
        Al INSAN NUSIRIHI WA ANA SIRRUHU WA SIPATI
        manusia itu adalah rahsia ku
        dan aku adalah rahsianya serta sifat2 ku…dan bila ia mengenalku maka binasa lah dia…maka aku lah yang ADA
        lahmahjudu ilallah tiada yang ADA kecuali Allah saw..lamaksud ilallah tiada yg dimaksud kecuali Allah saw
        wahai saudara2 ku muslimin dan muslimat tuntut lah agama Allah saw dgn sesungguh sungguh nya supaya kamu mendapatkn rahmat addunia wal akhirat amen ya rabal alamin
        Dan pesan yg terakhir saya tegakan lah hukum2 Allah saw dengan sesungguh sungguh nya dan sebenar benarNya itulah tujuan hidup kita..dari Allah Utk Allah saw insyallah wasalam

        Like

      2. Assalam, Alhamdulillah….saya berminat untuk mendapatkan kitab kitab karangan Tok Kenali….bagaimana cara untuk saya mendapatkannya….

        Like

      3. Assalamualaikum cik gu h.shaari, saye ni dari pade indonesie, domisili di batam kepulauan riau, saye berminat untuk memiliki kitab kitab warisan tok kenali dan sejumlah keping dvd koleksinye semue kire komplitlah, bagaimane care untuk mendapatkannye. Terime kaseh cik gu…wassalam syoni hendri

        Like

  27. Allah Berfirman : “Dimana saja kau hadapkan wajahmu,di situ pula wajah Allah “,,
    Mata zohir dan mata hati takkan mampu melihat Allah,,yang boleh nampak Allah hanyalah mata Qolbu atau mata batin, sebab hati dan qolbu itu beda,,Baitullah qolbun mukminin,,Sesungguhnya Rumah Allah adalah Qolbunya orang mukmin,,bagaimana cara memasukinya?,,tentu harus menggunakan kunci,,dan bagaimana cara menggunakan kuncinya?,tentu harus melalui bimbingan seorang mursyid,,tak payah cari ilmu jauh2,,ilmu itu ada di dalam diri,,tapi kau harus mampu masuk ke dalam dirimu sendiri,,macam mana caranya?,kau fikir lah sorang…..(.)

    Like

  28. As salam Ayahanda guruku yg dikasihi…bagaimana mahu melihat ALLAH??..sedangkan penglihatan itulah Dia…terhijabnya kita pada sangkaan ‘ diriku ada ‘

    Like

  29. Asalamualaikum.. Dengan Nama Allah yg Maha Mengetahui.

    Maafkan saya tuan, saya cuma ingin berkongsi satu perkara yang mungkin memberi putik ilmu kepada tuan & saudara2 yang lain,..
    Allah,adalah nama kepada zat-Nya yang tidak nyata pada mata zahir manusia.Tapi nescaya kita sebenarnya sudah sedia melihatnya setiap waktu, setiap ketika. Cuba tuan cari Allah dalam batang kangkung, nescaya dia ada disana, carilah DIA di mana-man pun,nescaya dia sebenarnya sudah sedia wujud atas sifatnya yang tiada kedudukan,malah dalam Al-Quran ada nyatakan bahawa DIA adalah lebih dekat dan rapat dengan kita lebih daripada urat leher kita sendiri.Maka, dengan sifat-Nya itu,kini sebenarnya DIA sekian lama sudah ada dihadapan tuan sejak tuan lahir lagi. Cuma lihatlah Allah pada sifatnya bukan mencarinya pada fizikalnya. Nescaya tuan akan bertemu dengan-Nya yang penuh dengan sifat Maha Penyayang.

    Yang baik datangnya dari Allah, yang salah & silap itu dari kelemahan saya sendiri yang masih mncari hidayahnya..

    Like

  30. assalamualaikum…
    Apakah yg dialami oleh sang hamba pada kejadian Alastu birobbikum? adakah Dia yg melihat Dia? mohon pencerahan

    Like

    1. Kepada blog yang bernama melihat Tuhannya, ini jawapan saya, dialam alstu birobbikom itu, siapa melihat siapa?, jawapannya adalah seumpama hayat melihat hidup dan seumpama masin melihat garam……….drp hj shaari

      Like

  31. Allah itu tidak bergirim dan berjisim. Contoh jika tuan didalam bilik keseorangan tiada org lain cuma tuan saja, mahukah tuan kenalkan diri dan nama tuan pada diri sendiri, sudah tentu tidak sebab anda sudah tahu nama dan diri tuan .inilah kiasan nak cari allah yg tidak bersuara bergirim dan berjisim.

    Like

  32. Salam tuan guru menurut saya orang dapat melihat Allah bila orang tersebut sudah MATI,dalam kitab sunan bonang pun mengatakan demikian(saya yakin itu bahasa kiasan) dan andapun mengungkap mati sebelum mati
    Jd menurut pemahaman saya siapa yg mematikan diri yaitu lepas dari keduniawian maka iya dapat melihat Allah.
    Maaf bila salah dan mohon koreksi

    Like

  33. Assalamualaikum wm.
    Soalan tuan : Beri saya jawapan, siapa yang “NAMPAK” Allah?
    Pandangan saya: Bolehkah saya mengatakan hanya ‘Muhammad’ yang ‘NAMPAK’ Allah.
    Bila kita mengatakan ‘Muhammad’ ianya adalah khusus, ianya bersifat dengan sifat Salbiah Nya.
    Seperti Sifat mengenal Zat. Sifat dan Zat macam serupa tetapi Sifat bukan Zat.
    Betulkan saya kiranya silap.
    Wassalamualaikum.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s