Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rasa, bukannya ilmu rasa-rasa..

T.kasih Ustaz Muhamad. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rasa, bukannya ilmu rasa-rasa

Ustaz Muhammad bin Ramli

cucutokawang48@gmail.com

113.210.128.6

Submitted on 2013/12/20 at 2:38 am

Assalamu’alaikum teman-teman seperjuangan! teringat dahulu datuk saya almarhum al-’arif bilah al-waliyullah Tok Awang sewaktu beliau menerima ilmu ini dari salah seorang anak ,murid Tok Kenali yang datang ke Penang dekat Masjid India (kalau saya tak salah) Tapi nama anak murid Tok Kenali ini kami anak cucu Tok Awang tak ingat namanya. Apabila anak murid Tok Kenali nak balik (mungkin balik Kelantan kot) dia lantik Tok Awang utk menambung tugasnya. Namun Tok Awang pada mula-mullanya tak mahu. Dia ambil tak kesah lantikan gurunya itu. Dia jalani kehidupan seperti org lain. Usahakan sawah padi tapi tak bernah berhasil, dia ternak kerbau, tapi kerbaunya mati apabila dia tepuk belakang sebab kerbau itu berhenti. Apabila dia lihat semua kerja yang dia lakukan tak menjadi, maka dia ketahui ini alamat dia kena teruskan amanah gurunya. Lalu dia pun mengajarlah ilmu makrifat. Ramai juga yang ikut dia. Hingga paada suatu hari ketika dia mengajar, mari ayat menyatakan hak milik Allah semua yang ada di langit dan di bumi. Lalu dia bagi contoh “Apabila kita kentut, yang kentut itu bukannya kita, tetapi Allah yg kentut”. Maka timbullah fitnah kepadanya dituduh sesat oleh org yg tak ada mata hati. Lalu Tuan Samad seorang alim adakah majlis tahkim utu Tok Awang di Masjid Tuan Samad Permatang Sg Dua. Tuan Samad yg menjadi hakim bertanya Tok Awang ada kta bila kita kentut, Allah yg kentut betul kah ? Tok Awang jawab Ya betul/ Lalu Tuan Saman bertanya : “Kenapa tak kata bila kita berak (buang air besar) Allah yang berak dan najis itu adalah najis Allah? Lalu Tok Awang jawab : “Ya betul najis itu najis Allah juga! Tuan Samad jadi keliru lalu bethujjah :”macam man ni kita berak kita kata ALlh yang berak dan tahi itu tahi Allah? lalu Tok Awang bertanya Tuan Samad: Tuan Samad jika tahi itu hak milik Tuan Samad,cuba bagi dia Wangi tengok! boleh tak? Tanya Tok Awang. Tuan Samad menjawab :”Tak boleh lah !. Lalu Tok Awang membuat kesimpulan: Jadi tahi itu hak milik Allah lah jika hak milik kita kita boleh jadikannya wangai. Akhirnya Tuan Samad Allah bukakan mata hatinya dan Nampak apa sebenarnya maksud Tok Awang. lalu dia kata Tok Awang kamu dan anak cucu kamu apabila mati datamglah simpan jenazah di masjid ini. Saya duduk di Nyior Sebatang lebih kurang 5 km dari Masjid Tuan Samad. tapi keluarga saya apabila kematian tidak di simpan di masjid Nyior Sebatang. Rupa-rupanya Tuan Samad malu alah dengan Tok Awang. Jadi jika siapa yang cuba untuk mengenengahkan ilmu makrifat ini, pastinya akan menemui musuh yang paling ramai. malahan sahabat yang rapat pun boleh jaid musuh kita. Ketentuan Allah Yang atur semua ii. Kita kena sabar. Tapi apabila kita kata kita sabar, bukan kita yang sabar sebenar-benarnya Allah lah Yang Sabar dengan sifat Nya As-Sabur Maha Sabar. Kita mana layak mendabik dada mengatakan bahawa kita sabar, kkta kenal dan kita ingat Allah. Allah Yang Sabar, Ingat dan Kenal DiriNya. Bukannya kita. JAdi kita binasakan diri kita, hancurkan diri kita, fana’kan diri kita dan serahkan semuanya kepada Allah menjadi milik Allah dan hanya Allah tiada yang lain melainkan Allah

Advertisements

14 Replies to “Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rasa, bukannya ilmu rasa-rasa..”

  1. Sang Guru memanggil tiga anak murid kesayangannya dan berkata, “Wahai anak murid kesayangan ku, telah ku ajar kepada mu apa yang aku ketahui, tibalah masanya kamu bertemu dengannya yang kamu dambakan. Tempatnya tidak jauh, di bukit tu…, di sana. Jika kamu bertemu tempatnya ,hendaklah kamu membuka pintunya dengan anak kunci ini”. Maka diberi anak kunci yang sama kepada ketiga-tiga anak murid kesayangannya.

    Anak murid yang pertama telah sampai dahulu, dia terpegun melihat keindahan tempat itu dengan taman yang indah, air yang jernih, burung-burung berkicauan dan rama-rama berterbangan. Terlekalah dia begitu lama disana. Setelah sekian lama, teringatlah anak kunci yang diberi dan terjumpalah pintu yang didambakan. Cuba dibukanya berkali-kali, pintu masih terkunci. Maka kembalilah dia kepada Sang Guru dan menceritakan ehwalnya. Sang Guru berkata “ Baliklah kamu ke kampung mu, datang lah ke sini semula tahun hadapan, Guru yang lain akan mengganti ku dan mengajar mu ke pintu yang kau dambakan”. Maka pulanglah murid itu ke kampungnya.

    Anak murid yang kedua juga sampai ke tempat yang sama, dia terpegun melihat keindahan tempat itu, tetapi meneruskan tujuannya mencari pintu yang didambakan. Maka sampailah dihadapan pintu itu dan diambil anak kunci yang diberi, rupa anak kunci itu pelik, tidak lah seperti anak kunci biasa, rupa anak kunci itu berbentuk tulisan “Laa ilaaha illallah”. Maka cuba dibuka pintu itu sendiri dengan kudratnya memutar anak kunci itu, pintu masih tidak terbuka. Dicuba berkali-kali, gagal jua. Dia cukup yakin anak kunci ini mampu membukanya tetapi pintu masih terkunci. Maka terlihatlah dia akan pancaran cahaya yang sangat bersinar keluar dari lubang anak kunci itu yang sinarnya belum pernah dilihat sebelum ini. Maka tersangat gembira dia lalu pulanglah dia. Maka kembalilah dia kepada Sang Guru dan menceritakan ehwalnya. Sang Guru berkata “ Baliklah kamu ke kampung mu, datang lah ke sini semula tahun hadapan, Guru yang lain akan mengganti ku dan mengajar mu ke pintu yang kau dambakan.” Maka pulanglah murid itu ke kampungnya.

    Anak murid yang ketiga, juga sampai ke tempat yang sama, dia terpegun melihat keindahan tempat itu, tetapi meneruskan tujuannya mencari pintu yang didambakan. Maka sampailah dihadapan pintu itu dan diambil anak kunci yang diberi, rupa anak kunci itu pelik, tidak lah seperti anak kunci biasa, rupa anak kunci itu berbentuk tulisan “Laa ilaaha illallah”. Maka cuba dibuka pintu itu sendiri dengan kudratnya memutar anak kunci itu, pintu masih tidak terbuka. Dicuba berkali-kali, gagal jua. Dia cukup yakin anak kunci ini mampu membukanya tetapi pintu masih terkunci.

    Telah dicuba ratusan kali, gagal jua. Tersimpuh duduk didepan pintu itu dengan rasa kesedihan dan kekecewaan. Ditenung betul-betul anak kunci itu sedalam-dalamnya. “ Kenapa Sang Guru memberi aku kunci ini?” Ditenungnya kembali…. Ditenung, ditenung… Laa ilaaha illallah…maka meresaplah kunci itu menusuk hatinya menjalar keseluruh jiwanya, menjalar keseluruh darahnya, dagingnya, tulang-tulangnya sehingga seluruh nyawanya… sehingga tidak sedar dia akan dirinya atau sekelilingnya. Maka pintu itu terbuka dengan sendiri, dia diangkat kedalam bukan dengan kuasanya… Apabila dia tersedar, dia berkeadaan berketawa dan tiba-tiba sayu menitis air mata, fahamilah dia. Kunci itu adalah dirinya sendiri.

    Bergegas dia pulang bertemu Sang Guru dan menceritakan ehwalnya. Sang Guru bertanya “ Apa yang kamu jumpa?” Jawabnya “Aku tidak tahu…lidah ku kelu..”. Guru bertanya lagi, “Apa yang kau tahu?” Jawabnya “ Aku tidak tahu apa-apa…” Guru tersenyum, lalu menitis air matanya dan memeluk anak murid kesanyangannya itu. Kedua-duanya menitis air mata.. Sang Guru pun bangun…. berjalan terus dengan air mata masih berlinang… memandang muridnya itu dan berkata…. “Sampai disini sahaja aku disini, engkaulah pengganti ku, ajari pula kepada kedua adik mu itu… Lalu pergi ….menghilang tidak kembali.

    Like

  2. as salam…

    hanya utk berkongsi dgn sahabat2 sekelian…

    saya pernah belajar makrifat di melaka dgn seorang guru yg dihormati disini. tapi sekarang tidak lagi kerana bila sahabat saya orang melaka menyatakan pendapat beliau guru tersebut mengatakan qadariah dan sesat.

    dan sya seminggu selepas itu bila berani mengatakan pendapat peribadi saya dikatakan saya pula jabariah. allah hu akhbar. dan dikatakan saya terpengaruh dgn ajaran hj shaari (tok kenali) dan terlalu bulat.

    persoalan saya kalau tak bulat yakin kpd Allah swt bentuk apakah keyakinan yg boleh diterima pakai..??? subahanallah…. sejak itu sya tidak terbuka hati lagi utk mengaji dgn guru tersebut.

    alhamdullilah saya dan sahabat tadi yg dicop istilah qadariah dan jabariah telah bersahabat sekian lama hampir 20 tahun di melaka ini. walaupun berbeza rasa antara kami berdua tetapi itu tidak menafikan yang SATU. saya tidak taksub pada kefahaman saya sendiri kerana semuanya dari Allah jua.

    dan sya disindir di dalam kelas mengaji tasawuf hindu, budha dll…subahanaallah…. tapi saya tidak kisah krn pandangan saya tepat siapa itu yang berkata2!! . salahkan saya mencari ugama yang satu yg akan menuju kepada tuhan yang satu. adakah tuhan lain yang mencipta agama2 yg lain……..?????? bukan sya mengikut syariat mereka tetapi sya mengkaji hakikat ugama yang satu. apakah sebenarnya yg diajar oleh ugama2 tersebut. saya kaji kitab veda hindu, budha dll dan ianya memberikan saya keyakinan yg bulat bahawa TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH!!!

    sya htr sms pada guru tersebut “tak per lah jika saya jabariah janji BERSERTA ALLAH”…. sya agak terkilan krn manakah yg dikatakan guru makrifah yg mengajar kalimah tauhid sebenarnya tauhid tetapi menjatuhkan hukum kpd yg lain.

    sememangnya perkara sedemikian memang sangat sensitif utk diucapkan waimah pada guru makrifah. bukan saya berniat utk menjatuhkan maruah beliau disini (dan sya pon tidak memberikan nama guru tersebut di blog ini) tetapi hanya berkongsi pengalaman saya sendiri.

    jadi saya sangat bersetuju dgn tajuk di atas – ilmu makrifah ini ilmu rasa dan bukan ilmu rasa2. rasa yang satu!!!

    sekarang ini saya tenang jalani kehidupan saya dan saya tidak akan merujuk kpd mana2 guru lagi RASA YANG SAYA RASA SEKARANG INI kerana tidak mahu menimbulkan fitnah atas diri saya. saya telah serahkan segala2nya sebulat2nya kepada YANG SATU…. !!!

    banyak perkara saya luahkan kpd tuan hj shaari sebelum ini dan saya rasa tuan guru kita ini faham pengalaman yang saya alami.

    jadi biarlah yang “bulat” ini menyimpan rashsiaNya….. lahaulawalakuwataillah…!!!

    terima kasih tuan guru….

    ikhlas

    1

    Like

  3. Assalammualaikum semua….
    Saya kurang bersetuju dengan contoh kentot, berak dan najis yang digunakan oleh Tok Awang. Pada pendapat saya ada kekurangan disitu. Yang berak dan kentut itu manusia…. Adakah Allah pun macam manusia????? Maksud yang tersirat saya boleh faham tuan guru dari petikan diatas. Tetapi contoh yang semacam ini tidak boleh dijadikan iktibar. Memanglah saya belajar LA ILAHA ILLALLAH… Tiada yang lain melainkan Allah. Tetapi sampai hati ke nak cakap Allah kentut. Kita ini siapa…?? Maafkan saya tuan guru tetapi saya kurang bersetuju tentang petikan dari Ustaz Muhammad.

    Like

  4. Saya teringat kata guru saya Maulana wa Murabbina Sheikh Yusuf Muhyuddin Al-Bakhour Al-Hasani ketika saya berbai’ah menerima talqeen zikkr Al-Hasani, dia beritahu hakikat taqwa. Katanya taqwa itu adalah asalnya “Mahabbatullah” yakini kasigh dan cinta kepada Allah. Bukan takut siksaan neraka Allah. Al-Mahabbtu minallah yakni kasih wa ilallah “dan cinta itu adalah dari Allah dan untuk diserahkan kembali kepada Allah. Gerak hati untuk penyerahan itu adalah juga dari kudrat dan iradat Allah dan bukannya dari kudrat dan ieadat kita. Kita mana ada kudrat dan iradat. Sama macam seorang hamba sahya yang dimiliki oleh seorang hartawan yang dermawan. Pada satu hari sihamba ini pergi ke marlit dan menabur wang yang terlalu banyak kepada orang ramai. Ada seorang berkata apabila dia melihat pemuda ini menaburkan wang kepada orang ramai dgn katanya ” Huii kaya lah beb budak ini sebab dia sanggup bagi wang berjuta-juta kepada orang ramai. Lalu berkat seorang yang mengenali hamba sahya itu. “Mana kaya budak ini. dia pun papa kedana macam kita. wang itu bukan wang milik dia. Wang itu milik tuannya, dia hanya menyampaikan sahaja sebab dia ditugaskan oleh tuannya untuk menyerahkan wang itunkepada orang ramai. Inilah kiasan diri kita ini adalah milik Allah dan kita disuruh serahkan kembali kepada Allah semuanya. Penyerahan itu juga bukan hak milik kita. Tetapi ianya adalah datang dari Allah kepada Allah dan kerana Allah. Kita tak wujud kita hanya baying sahaja sekian

    Like

  5. Baarakallah ya Hamba Pasrah! Ilmu makrifat Tok Kenali ini hanya nak ajar kita utk kembalikan masin kpd garam dan bukannya kpd lidah. Walaupun lidah yg merasa kemasinan garam. Tapi bukanlah masin itu milik lidah. Tapi masin itu bukannya garam. Dia adalah sifat bagi garam. Kita ini adalah umpama masin bagi garam. Jangan kita kata kitalah garam. Allah itu umpama garam. (Allah itu tak ada umpama yg boleh dimisalkan sebab LAISA KAMISLIHI SYAIUN tak serupa dgn apa pun. Hanya kita sebut umpama garam utk mendekatkan faham shj. Maksud sebenar hanya Allah Yg mengetahuinya.

    Like

  6. Tanpa kita makan buah limau mana kita tau rasanya manis atau masamnya buah itu. Begitu juga lah tanpa kita ‘makan’ ilmu makrifatullah ini mana mungkin boleh rasa. Nak rasa kenalah makrifatullah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s