Saya mahu tuan-tuan cari, mana letaknya nama tuan-tuan atas diri kita?. Sekarang saya mau tuan-tuan anggkat tangan. Yang tuan-tuan anggkat itu, adalah anggota tangan bukan anggkat nama kita. Saya mau tuan-tuan tunjuk mana letaknya nama tuan-tuan atas diri tuan-tuan.

Seandainya tuan bernama Abu Syed, cuba tuan abu syed cari dimanakah letaknya abu syed pada batang tubuh tuan syed?. Cuba tuan anggkat tangan, yang tuan angkat itu, adalah tangan bukan anggkat abu syed. Sekarang bagi tahu saya, mana abu syed pada tubuh kita?

Seandainya tuan bernama pak den, Cuba pak den anggkat kaki, yang pak den anggkat itu adalahh anggota kaki, bukan anggkat pak den. Cuba cari mana letaknya pak den pada diri ?. Mana nama tuan-tuan atas batang tubuh ?. cuba jawab.

Usah kata nak nampak Allah, nak nampak nama diri sendiripun belum tentu?, cuba jawab kepada saya bagaimana nak cari nama kita sendiri atas diri kita, apalagi bilamana nak tengok Allah, nak tengok nama diri pun tak mampu?…………………………..

Siapa yang nampak nama diri sendiri?…………………………….

drp hhj shaari

Advertisements

42 Replies to “”

  1. Salam, wahai Ayahda, tuan Guru yg saya kasihi lagi hormati, memang benar kata Tuan guru, dgn rendah hati saya masih mencari diri, masih lagi terkial- kial memahami akan diri ini. InsyaAllah akan berjumpa jua dgn tunjuk ajar dan nasehat Tuan Guru. Terima kasih atas jasa baik Tuan Guru selama ini.

    Like

  2. salam tuan guru h.shaari.yang sebenarnya nama itu tidak pernah melekat pada batang tubuh kita.letak nama itu hanya pada roh kalau tidak ada roh mana mungkin ada nama.betulkan jikalau salah.

    Like

  3. Salam tuan guru yg dikasehi….
    Ingin saya nukilkan kefahaman jahil saya didalam mmberi jawapantentang nama…..Setlah smua keberadaan diri tlah trjual,trleburkedalam rahmat Allah msih ada lagikah nama pd diri..smuanyekosong sekosongnye trmasoklah zat sifat dan afaal .Yang kekal hanyelah Allah. Itulah yg dinamakan Allah itu bukan sesuatu tapi nyata dalam sesutu sehinggakan kita tidaknampak sesuatu selain Allah….

    Like

  4. nama diri sendiri baru bisa nampak kalau namanya ada yang sebut, kalau tak ada yang sebut apalah gunanya seribu nama, yang menyebut saya SuraDuja itulah dia yang menyebut saya itu yang sebenarnya SuraDuja.
    Kalau saya sebut kelapa mana yang disebut kelapa, apakah buahnya, batangnya, pelepahnya atau akarnya..
    Sayalah kelapanya karna saya yang sebut.
    maaf saya jadi bingung hehe..
    tetapi kalau sudah mati , apa lagi yang mau di sebut..yang ada hanya yang punya empu-Nya nama..

    Like

  5. Tuan Guru yg dihormati, umpama saya berjalan di pasar malam, terlihat kelibat seorang rakan, mungkin hanya belakangnya sahaja. Dalam perjalanan pulang, bila ditanya orang, adakah ternampak sipulan tadi di pasar malam. Dengan yakin, saya akan menjawab,ada nampak. Walaupun hanya melihat belakangnya sahaja, tapi kerana telah kenal, cukuplah utk benar2 yakin akan adanya. Allah itu laisa kamithlihi, namun keNyataannya tidak dapat disangkal lagi…cukup diyakinkan sahaja..tak perlu utk sejuta dalil.
    Umpama kita mengangkat tangan, urat manakah yg menggerakkan tangan tersebut? apakah yg menggerakkan urat tersebut..cukup diyakinkan sahaja rohlah yg berperanan mengangkat tangan, siapakah pula mengerakkan roh? Kalau tiada roh, apalah ertinya jasad..akhirnya kita ini..tiada dan tiada dan tiada…tapi ada. Penghujungnya lidah kelu.

    Like

  6. Kiamat sepuluh kali pun cari nama pak den pada batang tubuhnya tak kan kita jumpa. Orang lain tidak bisa kenal pak den kecuali tuan yang empunya batang tubuh itu sendiri yang mengaku dia lah pak din. Orang akan kenal pak din apabila pak din sendiri memperkenalkan dirinya pada orang yang tidak mengenalinya. Pak Din sebenarnya hanya ganti nama kepada pada orang yang bermakrifat. Pak Din harus menyahut sekiranya dipanggil namanya oleh orang yang memanggil untuk mengelakkan fatonah syariat. Kita sebenarnya tidak bernama. Nama sebenar Pak Din adalah Muhamad. Pak Din hanya nama timangan dan gelaran orang shariat sahaja.Yang nyata dan akhirnya semua nya Allah.

    Like

  7. Sesungguhnya nama saya spt mohd fauzi itu tiada…kerana nama itu trlalu am,dan tiada tempat yg tepat utk ditujukan pada anggota tubuh badan,hanya nama utk membezakan batang tubuh antara satu sama lain,kerana asalnya nama itu diberi oleh orgtua ketika lahir…yg mana sblum itu nama hanya lah bayi,sblum bayi nama janin,sblum janin namanya segumpal darah dan daging ….dan yg mana sblumnya namanya dari setitis air mani dan yg sblum itu namanya adalah Roh…

    Like

  8. salam sejahtera…
    Sebagaimana yang disampaikan :-

    Seandainya tuan bernama Abu Syed, cuba tuan abu syed cari dimanakah letaknya abu syed pada batang tubuh tuan syed?

    letaknya adalah tiada lain dan bukan di sebutan….

    Like

  9. as salam…

    pernah ku tanyakan pada khidir..

    “siapa nama ku khidir sebenar nama….” tanya ku…

    “hati (rasa) mu menyebutNya dahulu, sekarang dan selamanya….” jawab khidir lantas melemparkan senyum mendalam pada ku.

    “itulah nama Mu sebenarNya ya Muhammad….” sambung khidir.

    tiba2 titisan air mata bergantungan dalam kotak mataku…..perasaan “rindu” ku membuak2 terfanaa dlm nikmatNya selama ini…. dulu tidak kedengaran sekarang terpanggil2, memanggil2 dan semakin jelas panggilan itu….

    oooh….. tak biasa aku meneruskannya…..

    ikhlas

    1

    Like

  10. Salam Tuan Guru – hebat !!! manusia mati meninggalkan nama…Apa sahaja yang merujuk kepada diri itulah namanya semasa Hidup. Dah Mati orang panggil mayat si penama. yang dalam tidak punya nama………..

    Like

  11. Asalam Tuan Guru,

    Kefahaman saya, waima apapun nama yang ada semuanya adalah DIA belaka kerana asmaNYA adalah berbilang seperti mana sifat dan afaalNYA namun esaNYA tetap AHAD.
    Wallahhualam bissawab

    Like

  12. Assalamualaikum ustaz,

    saya nak tahu bagaimana nak kenal diri dan tidak mahu lagi kenal ALLAH. Kerana ALLAH kata nak kenal Aku hendaklah kenal dirimu dulu. Macamna caraya?

    Nazli Che Yusoff

    Hospital Bera Pahang

    Jentrik Sdn Bhd

    Like

  13. assalamualaikum Ayahnda,
    lama ananda tak kunjung dalam blog ini, karena adanya satu kesibukan…
    ijinkan ananda memberikan jawaban, nama yang ada dalam diri sebenarnyapun tak ada, adapun sebuah nama hanyalah sebagai pengenal bagi jasad…, setelahpun kenal dengan nama, terkadang kitapun sering menoleh juga hanya karena kita dipanggil oi, hai, pak, dsb…
    mungkin itu jawaban yang dapat ananda berikan. salam rindu untuk Ayahnda disana…

    Like

  14. Assalamualaikum ya ayahanda Hj Saari,
    anakanda amat berbesar hati dan bersyukur kerana telah digerakkan tanganNya mencari catatan ayahanda, tidak diduga bahawa impian anakanda selama berbelas tahun mencari guru makrifat akhirnya ketemu.Apa yang ayahanda sampaikan adalah BENAR, TEPAT DAN HAKIKAT seperti mana ilmu makrifat yang telah anakanda terima daripada guru anakanda, yang mana dikhabarkan telah menjadi amalan sebahagian tokoh-tokoh besar seperti Arwah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Ku Paloh dan tokoh2 seangkatan mereka. Sebagai bukti kebenaran ilmu ini ialah apabila guru makrifat MAMPU menghurai setiap inci persoalan AKIDAH dan SYARIAT dengan JELAS, dan ada titik penyelesaiannya, tidak seperti mana ulama2 atau ustaz2 yang berceramah hari ini, isinya tergantung. Cuma hari ini anakanda hendak menyatakan hajat anakanda kepada ayahanda bahawa anakanda akan menyokong dan menolong ayahanda dalam perjuangan ayahanda, tetapi anakanda ingin memaklumkan kepada ayahanda mengenai hasrat ayahanda yang ingin menyaman ‘ustaz’ yang telah memfitnah ayahanda, anakanda harap ayahanda biarkan sahaja “ustaz ” tersebut dengan kejahatan lidahnya, kerana berdasarkan pengalaman anakanda sepanjang mendalami ilmu makrifat ini mereka yang memusuhi kita, mereka akan binasa dengan sendirinya, kerana tiada yang mereka fitnah melainkan DIA juga yang kena fitnah. Bukankah kita sudah mengenal “yang Menggerak dan Mendiamkan itu adalah ALLAH”? Tunggu dan lihat. ……… sambung

    Like

  15. Assalamualaikum Ayahanda,
    1. Anakanda faham hasrat murni ayahanda yang hendak menyebarkan kebenaran dan menyampai antara satu2 ilmu yang TULEN dalam mengenal ALLAH, namun anakanda hendak memaklumkan kepada ayahnda betapa liku2 dan ranjau2 yang menanti ayahda bukan sedikit, bahkan menuntut pengorbanan semangat yang kental,jiwa yang teguh dan sokongan yang padu. Kerana guru anaknada sudah menempuhnya, bukan setakat maki hamun dan dipulau, tidak dibenarkan orang bertandang ke rumah bahkan terpaksa turun naik mahkamah dan pejabat agama. Sampai ketika meninggal pun tiada orang yang berani datang menyembahyangkan jenazah kononnyaTok guru Ajaran SESAT. Sedihnya melibatkan semua ahli keluarga dan anak2 murid. Kesannya sangat mendalam.

    2.Ayahanda, berdasarkan pengalaman anakanda, belajar ilmu makrifat ini tidak akan mudah diterima dan difahami. Murid yang belajar bertahun2 belum tentu faham dan boleh beramal. Mengikut kekuatan ILMU MANTIQ seseorang dan perlu pula ada sedikit asas ilmu syariat baru mudah nampak perjalanan dan kebenaran ilmu makrifat. Oleh itu ayahanda, anakanda sarankan ayahanda dapatkan kebenaran dan kelulusan pihak Jabatan Agama Islam Kelantan untuk mengajar ilmu ini dan bukalah pusat pengajian di Kelantan. Lebih baik di kawasan pondok Tok Kenali, sambung………………

    boleh disampaikan

    Like

  16. Assalamualaikum ayahanda,
    1. Adalah menjadi tanggungjawab KITA untuk menjaga ILMUNYA agar tidak “TERKUBUR”, maka anakanda sarankan agar ayahanda dapatlah menjaga kebajikan dan keselamatan ILMU dan ketenteraman ayahanda sendiri agar tidak dihidu dan dibunuh oleh “tangan2” MUSUH ALLAH, dengan cara menyampaikannya dengan cara yang lebih tertib dan SELAMAT!!!!

    2.Tolong janganlah ayahanda menyamakan cara menyampaikan ilmu makrifat ini sama seperti cara penyampaian ilmu2 lain, kerana ianya hanya mengundang bahaya ke atas diri ayahanda sahaja.Bayangkan jika ada 100,000 orang ustaz menyampaikan dakwah dan ceramah belum tentu 1 daripada mereka dapat menerima KEBENARAN ilmu makrifat ini !!!!!!! (berdasarkan pengalaman)MUSUH ilmu ini bukan daripada mereka yang JAHIL tetapi daripada mereka yang ARIF lagi ALIM dalam semua bidang agama!!!!!!!

    Like

    1. Sangat beterima kasih kepada ananda diatas saranan ikhlas, Ayahnda juga berpendapat sedemikian tetapi apa boleh buat ini semua sudah ditakdirkan Allah. Jika ayahnada tidak berani meyampaikan walaupun pahit, siapa lagi yang akan membenarkan ilmu makrifat?. Apapun terjadi, itu sudah tulisan Allah ayahnda redha. yterima kasih atas nasihat itu, dan akan ayahnda ambil perhatian dan aknn mengurangkan pendedahan. amin kerana ada juga yang bimbang tentang keselamatan saya. terima kasih ananda.

      Like

  17. Nama saya Syed Mustafa.. Tubuh saya tulah Syed Mustafa.. Kalau nk tengok nama saya, tengoklah tubuh saya. Inilah syuhudul wahdah fil wahdah.

    Like

  18. Salam,,,
    (Daripada yang Satu kepada yang banyak)
    Asalnya hanya Satu nama, Dua nama, Tiga nama dan seterusnya sampailah kepada nama kito
    walaupun nama kito berada di angka ke berapa sekalipun di dalam dunia ini yang asal itu hanya
    Satu nama iatu Satu (so),,, yang bernama itu tiada sebenarnya,kerana nak memudahkan faham
    maka jadilah ia bernama Mamat,Kadir Musa,,, wallahu

    Like

    1. Benar kata ananda itu, tingginya Allah itu, teramatlah maha tingginya, sehingga lemah akal untuk mengenal Allah. Melainkan hanya Allah yang mengenal dirinya sendiri.Ajakan para guru untuk mengernal Allah itu, adalah sekadar istilah kepada anak murid yang baru menduduki sempadan makrifat. Sesudah sampai kepada satu tahap, makrifatpun sudah tidak ada. drp hj shaari

      Like

  19. Sebenarnya nama itu tidak ada apa-apa makna pada diri sebenar diri. Nama sekadar untuk makhluk lain mengenal jasad(diri zahir) kita. Nama saya hamisah, orang yang tidak mengenal saya akan bertanya mana orangnya(jasadnya) yang bernama Hamisah. Bila orang sudah kenal saya maka mereka tidak akan bertanyakan nama saya lagi dah, terus menuju/berjumpa dengan saya.
    Begitu jualah perumpaan nama Allah, bagi yang belum kenal akan sentiasa menyebut nama atau perkataan Allah tanpa mengenal diriNYA.

    Like

  20. salam ayahanda..
    saya tumpang bertanya.. ini pendapat saya.. segala-galanya adalah dia pada zat sifat asma dan afaal.. diri yg sebenardalah zat yg mana mencetuskan atau yg mewujudkan sifat asma dan afaal..maka zat itu pada martabat tuhan dan afaal itu pda martabat hamba dan hakikat yg sebenar-benarnya adalah kesemuanya zat allah wajibul wujud bilamana diri yg palsu ini lenyap selenyapnya.. nama kita merupakan nama yg diberikan hasil dari pengaruh hal duniawi yg merupakan suatu ilusi yg sgt menghalang kita mengenal diri yg sesungguhnya.. jadinya disini nama itu sebenarnya tidak ada pada diri kita bahkan diri kita yg kita anggap ada selama ini pon sebenarnya tidak ada..yg ada hanyalah sifat2Nya yg menyata pada diri ini bagi menggambaran diri yg sesungguhnya yg tidak berwajah..kita ini sepenuhnya miliknya, penyata bagi diri yg esa..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s