Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.

Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.

Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.

Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.

Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………

Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).

Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.

Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.

Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).

Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).

Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.

Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.

Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

87 Replies to “Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.”

  1. Zikir (ingat kepada Allah) itu apabila tidak ada lagi diri. Bila tiada lagi diri, yang ada hanya Allah.. Allah.. Allah..
    Mohon tunjuk ajar Tuan Guru..

    Like

  2. Salam,,,

    MengingatiMu dalam jaga adalah kelupaanku
    MengingatiMu dalam diri adalah kelupaanku
    MengingatiMu dalam perbuatan adalah kelupaanku
    MengingatiMu dalam langkah adalah kelupaanku

    kalau begitu bagaimana harus aku tidak lupa
    sedangkan yang ada pada aku hanyalah kelupaan.

    Like

  3. pandang wujud yang esa pada wujud yang banyak, karna allah nyata dan zahir pada mahluk ciptaannya….
    tetapi allah bukan sesuatu dan tidak sama dengan mahluk tetapi allah nyata adanya, pandanglah dengan mata kepala dengan batinnya allah, tiada yang berwujud hanya allah yang berwujud..

    insyaallah dengan latihan terus menerus akan ingat sampai tahap tidak ingat (otomatis ingat tanpa mengingat) dan saya juga masih belajar dan terus belajar , walaupun kadang masih dilupakan.

    Like

    1. Berzikir (ingat) kepada Allah itu, tidak semestinya dibunyikan dengan mulut, tidak semestinya dengan menggunkan gendang, tidak semestinya kena bertepok tangan, tidak semestinya bergeleng kepala dan tidak semestinya berlompat-lompat. Ingat (berzikir) kepada Allah itu, boleh semasa tidur, boleh semasa koma, boleh semasa pengsan, boleh semasa panjat kelapa, boleh semasa memancing ikan, memikat burung, menoreh getah, boleh berlari, boleh duduk dan boleh juga dengan cara melompat.

      Tidakkah gerak dan diam itu, adalah Allah, buat apa lagi nak ingat apa-apa atau sesuatu, sedangkan apa-apa atau sesuatu itu, itulah Allah (Allah itu bkn sesuatu, tetapi tetap terzahir pada tiap suatu)………drp hj shaari

      Like

  4. Assalamualaikum ayahanda izin anakanda ygmasih berhingus ni kongsi kefahaman. Zikir dgn pengelihatan, pendengaran, penciuman itu adalah setiap kali kita melihat dgn mata kita kita keyakinan dihati bahawa yg memandang itu adalah Dia jua. Bila dah kenal diri sendiri tiada daya upaya dan kekuatan serta tiada kehendak tersendiri. Maka yg sebenar melihat adalah Allah jua. Kita bukannya Allah. Kita hanya alatNya.

    Like

  5. mengingat allah dengan berkekalan itu ialah dengan memandang diri zahir..diri zahir itu ada lah sebenarnya roh (allah), sebenar benar diri adalah roh (allah)..sebagaimana huruf alif..alif terdiri dari tiitk,,dan sebenar benar alif itu hanyalah titik… jadi alif tak ada, yg ada hanya titik!!!!

    Like

    1. Benar dan teramat benar kata tuan itu, tapi yang tak sedap didengar oleh telinga itu, adalah apabila tuan samakan roh dengan Allah. Roh bukan Allah!. Bila kita samakan roh dengan Allah, seolah-olah Allah itu sama dengan makhlkuk. Roh itu, masih bersifat makhlok kerana masih bernama. Allah tidak bernama, tidak berhuruf, tidak bersuara , tdk berjirim dan berjisim. Allah itu, sehingga tidak boleh dilafazkan Allah………………………………..Apapun saya kagum dgn kefahaman tuan, jika digilap sedikit lagi, pasti, tuan adalah orang yang hebat. drp hj shaari

      Like

  6. Assalamualaikum WW

    Untuk ingat ALLAH , ialah inggat ALL
    untuk mengingat ALLAH (( ZIKIR , BERDOA , MEMBANTU ,

    membantu fakir miskin……………mengingat ALLAH
    membuang kotoran(kaca,paku) di jalan (labuh) ………mengingat ALLAH
    membantu orang dalam kesusahan…………….mengingat ALLAH

    makan dan berdoa…………..mengingat ALLAH
    nak jalan-jalan( pergi sekolah,kerja,belanja) dan berdoa………..mengingat ALLAH
    nak mandi dan berdoa………….mengingat ALLAH
    mendengar ( ceramah agama, baca Alquran , ikut pengajian ) …mengingat ALLAH

    menjadi saksi dengan jujur
    membaca , belajar ,mendengar,
    memberi nasihat
    tidak membuat kegaduhan ( mencuri , merampok , menyakiti , membunuh,lain-lain )
    tidak menghina orang
    kecil di sayang besar dihormati
    tidak mengharap balasan ( iklas )

    menyayangi ALL ah = menyayangi semua ciptaan

    benarkah begitu pak guru
    jika saya salah tolong di maafkan
    saya orang kurang pendidikan hanya pada ALLAH saya menyerah diri
    moga ALLAH jadikan saya orang yang dekat dengan nya.
    wassalam

    H elison pekanbaru riau

    Like

  7. ingat itu sehingga semua yg dilakukan adalah dia. Itu baru di katakan ingat kepada Allah.yang ingat juga adalah Allah.

    Ikhlas itu Allah, taat itu Allah, ilmu itu juga Allah. Baru betul semua Allah..Allah..Allah.

    Like

  8. Surah Ali -Imran,ayat92–Allah berfirman,”Kamu sekali-kali tidak sampai kpd kebaikan(yg sempurna),sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yg kamu cintai.& apa saja yg kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah maha mengetahuinya.–pernyataannya didalam ayat ini,Allah telah menjelaskan bahwa kita jgn sekali-kali menginginkan yg lebih,sedangkan kita masih ada sifat memilih atau 50/50 dlm melaksanakan keinginanNYA,yakni berkorban.Allah tak minta apa yg tidak kita sanggupi,tetapi Allah ingin melihat apakah kita sanggup berkorban harta & jiwa keranaNYA.syaitan menakut2kan manusia dgn kemiskinan sedang Allah mengajak manusia kpd firdaus. “Tiada daya upaya hamba,hanyalah segala2nya atas pertolongan,perlindungan,bimbingan,izin & hak milikMU jua ya Allah”.

    Like

  9. Akum semua sahabat dan tok ayah..
    Bagi saya tiada zikir khusus yg sy lakukan just saya hanya pegang prinsip selagi kita bernyawa dan bernafas itu lah zikir..

    Like

  10. Maaf atas bahasa saya, saya ingin berlajar, bagaimana mahu ingat sekiranya kita tidak ingat…kebanyakkan jawapan penuh dengan puitis,dramatis bahasa dalam…tanpa kita sedari rahsia yang dikatakan, bukan rahsia lagi…seolah perbendaharaan sudah diagihkan dan dinikmati. Adakah kita redha atas perbuatan yang menzalimi diri sendiri,manusia serta makhluk lain…ini adalah atas ilmu.Pada pandangan saya bagaimana kita hendak menyatakan membunuh itu bukan menzalimi sekiranya situasi itu tanpa ilmu…dan kehendak…sudah pasti kita akan dikatakan pembunuh. Dalami dulu hukum alam dimana membunuh untuk kebaikan dan membunuh atas sebab perasaan…penyebab dan penyudah perlu dialami..sungguh jauh kita dlm situasi makrifat sebegitu hanya nama atas perbuatan yang dirasakan sudah makrifat..hanya pendapat utk dibincangkan

    Like

    1. Lihat saja kisah Nabi Khaidir, Apakah baik seorang nabi membunuh anak kecil yg belum balikh?. Apakah nabi itu jahat?. Jangnan kita lihat kepada sebab, musabab atau penyebab, lihatlah pemilik sebab, pemilik penyebab dan pemilik musabab itu siapa?.Perkara membunuh dengan cara kebaikan dengan membunuh dengan cara perasaan itu, apakah ada berbeza?. Jika kita kata ada beza, ingin saya bertanya, perkara baik adalah selalunya kkita sabit kepada Allah, apakah perkara buruk atau perkara jahat itu ada Allah lain yang jadikan?.sudah-sudahlah meletakkan gerak itu datangnya dari makhLuk, malahan SEGALA GERAK ITU, WALAU SEEBESAR ZARAH SEKALIPUN, ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH. drp hj shaari

      Like

  11. jika hendak berdzikir, maka kita harus meNyatakan dahulu yang punya dzikir.
    bkn hanya di dalam dzikir tetapi d setiap apapun, seperti :
    mau makan..
    mau minum..
    mau shalat..
    mau berwudhu..
    mau baring..
    mau duduk..
    mau mandi..
    mau gosok gigi…dan lain-lain…
    karena manusia itu tak punya daya dan upaya untuk melakukan itu semua.
    melainkan krn allah
    Dia-lah yang meliputi setiap keadaan itu
    agar mudah untuk kita meng-esa-kanNya.

    maafknlah kami kalau jawapan kami kurang tepat…mohon tunjuk ajar Tuan Guru Hj Shaari…

    Like

  12. salam guru
    zikir saat makan dgn cara sadar bahwa tangan ini allah,mulut allah ,nasi allah yg mengenyangkan bukan nasi,karena tiada lagi makluk tapi allah…..
    zikir saat mandi sadar bhwa air itu allah yg menggerakkan tangan allah……

    tpi knpa trkdng kita bisa lupa/gksadar

    Like

  13. Assalamualaikum warahmatullah.
    Mohon maaf kepada tuan guru.
    Saya mohon bimbingan langsung kepada tuan guru, ada hal2 yang ingin saya tanyakan kepada tuan guru yang tidak bisa saya utarakan di blog ini. Kemana kiranya saya bisa menghubungi tuan guru.
    Mohon dengan sangat.
    Wassalamualaikum warahmatullah.

    Like

  14. Benar Tuan Guru.
    Suatu masa dahulu saya pun pernah kononnya berzikir menyebut salah satu Nama dalam Asma ul Husna sebanyak 70,000 dalam satu malam. Maka saya bersengkang mata menghabiskannya. Kemudian saya juga pernah berbaiah sebuah tariqat yang wajib keatas saya membaca ayat2 tertentu, dalam bilangan tertentu pada jumlah yg tertentu setiap kali lepas solat. Saya telah mendisiplinkan diri utk memenuhinya tetapi……

    Akhlak saya tetap saja kurang molek, mudah marah, kurang pemaaf dan cepat terlibat dgn perkara2 yg lagha. Sehingga saya bertemu dgn ilmu makrifat ini, saya dapati konsep zikir itu menjadi lebih mudah, santai dan ringan. Iaitu dengan memandang kepada Allah pada setiap yg terpandang, setiap yang terdengar, setiap yg terasa, setiap yg terjadi , setiap perbuatan dan perkataan dan segala2 nya ini tidak ada yang lain melainkan Allah, Allah, Allah……Tidak akan bergerak sesuatu apa pun melainkan dgn qudrat dan iradat Allah. Yang bestnya, zikir itu sudah menjadi zikir daim yang tidak putus2 termasuk waktu tidur.

    Maka bagi menjawab soalan ini, zikir yang paling tinggi sebagai jawaban saya ialah bilamana kita tidak lagi membilang, tidak lagi menyebut atau mengingat …..secara terus menerus dalam keadaan berserah diri sepenuhnya kpd Allah.

    Jika jawaban saya ini salah, mohon Tuan Guru perbetulkan sbg jawaban yang sebenarnya.

    Like

  15. Ass..sebelumnye saye minta diizinkan utk mengambil dan mendapatkan berbagai tulisan
    TUAN HAJI yang begitu mudah dapat memberikan pemahaman tentang pengenalan diri serta mohon diizinkan utk mengamalkannya dunia dan akhirat.
    Utk zikir yang mane lg nak dilakukan, setiap saat bukankah kite berzikir. Zikir artinye ingat…kalau msh waras (maaf tdk gile) kite terus akan berzikir dg sendirinye, naik turunnafas, melihat, mendengar , bergerak dlsbnye..apelagi nak dihitug dah tak terhitung lg zikir kite dg dah tahu bhw kite tdk ade(wujud) yg wujud adelah Allah…aku tak ade…yg hanye ade, adelah Allah sahaje…Mohon maaf jike salah wassalam Abdul Anas Badrun di Makassar Sulawesi Selatan Indonesia.

    Like

  16. Ass..sebelumnye saye minta diizinkan utk mengambil dan mendapatkan berbagai tulisan
    TUAN HAJI yang begitu mudah dapat memberikan pemahaman tentang pengenalan diri serta mohon diizinkan utk mengamalkannya dunia dan akhirat.
    Utk zikir yang mane lg nak dilakukan, setiap saat bukankah kite berzikir. Zikir artinye ingat…kalau msh waras (maaf tdk gile) kite terus akan berzikir dg sendirinye, naik turunnafas, melihat, mendengar , bergerak dlsbnye..apelagi nak dihitug dah tak terhitung lg zikir kite dg dah tahu bhw kite tdk ade(wujud) yg wujud adelah Allah…aku tak ade (aku tak ingat )..yg hanye ade, adelah Allah sahaje…Amalan ye Ikutilah syariat Islam sesuai Sunatullah dan Sunahnye Rasul kembali kepade syariat buatlah seperti biase.Mohon maaf jike salah wassalam Abdul Anas Badrun di Makassar Sulawesi Selatan Indonesia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s