Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehinga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?.

Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudahpun dibahu tuan-tuan!.

Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada diatas belakang unta yang hilang!, bagaimana mungkin akan ketemu?.

Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).

Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada diluar mata!. Mana mungkin akan bertemu.

Pandangan mata itu buta!. Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu mengguna mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata!. Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada diluar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!.

Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu melihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah………………..

Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan!.Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya!.Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA,  itulah makrifat!. Hal itu, adalah tterlebih baik berbandingn celik tetapi buta (CELIK TETAPI BUTA).

Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).

Apa ada pada nama?, nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGAMBARKAN APA-APA  BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN).  Sebenarnya Allah itu berada diluar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata!. Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.

Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata.Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).

Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata!. Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan!. Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk!. Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!.

Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta, oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tiddak buta mata hatinya………. drp hj shaari, sebagai santapan pagi jumaat.

Advertisements

39 Replies to “Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)”

  1. Salam, tuan..saya selalu bawa unta kemana saja saya pergi, berak, kencing,mkn, minum, waktu jaga, waktu tidur, hari2 saya belai dia dgn penuh kasih dan sayang..takkan dibiarkan terluka sedikit pun…

    Like

  2. Sebelum saya ditemukan dengan ayahanda pada tanggal 5.10.2013 saya termasuk di kalangan orang-orang yang buta dan pekak. Pada tahun 1990-an ada beberapa orang kaum keluarga saya mengaji ilmu makrifat dan ada bercerita serba sedikit kepada saya berkenaannya-setelah mengenal diri dan Allah, siapa yang menyembah dan siapa yang disembah, kita tiada yang ada hanya Allah (berkaitan dengan hukum wajib & haram). Saya yang buta & pekak pada waktu itu juga menyatakan bahawa itu adalah ajaran sesat kerana mereka tidak memberi penerangan yang jelas sebagaiamana yang ayahanda berikan.

    Alhamdulillah setelah bertemu ayahanda kali pertama, kedua dan bertanya melalui telefon pada tahun lepas serta membaca kitab2 ayahanda saya menjadi seorang yang celik penglihatannya dan mendengar ilmu dan diberi faham oleh tuan yang empunya diri maka saya tidak lagi mengatakan bahawa ILMUNYA ini sesat. Malah inilah ibu segala ilmu, ilmu penyuluh dunia akhirat.

    Hadis nabi bermaksud “syurga di bawah tapak kaki ibu” “Taat dan berbuat baiklah kepada ibu (tiga kali melebihi bapa) dan bapa”. Yang dikatakan syurga dibawah tapak kaki ibu itu merujuk kepada ILMU MAKRIFATULLAH. Jika sudah makrifatullah syurgalah kita akan dapat rasa. Syurga itu bahagia, indah, damai dan tiada keluh kesah resah gelisah (redo dengan segala ketentuan Allah). Kehidupan yg redo sekarang itulah syurganya.

    Taat dan berbuat baik kepada ibu (tiga kali melebihi bapa) dan bapa bermakna ILMU MAKRIFATULLAH itu hendaklah diutamakan melebihi ilmu-ilmu yang lain(bapa) kerana dengan ILMU MAKRIFATULLAH itulah yang akan membawa kita ke syurga (merasa bahagia sentiasa).

    Like

  3. Sekarang setelah saya mengenal diri dan mengenal Allah maka saya kembali menjadi buta, pekak, bisu, hilang akal (bodoh), tidak berdaya untuk bergerak lalu terus mati. Saya mati tetapi hidup(hayat).

    Like

  4. salam tuan guru.terima kasih masih meluahkan ilmunya dengan ikhlas cuma ini yang saya haturkan.semoga tuan guru sehat selalu sehingga bisa meluahkan ilmunya lagi.

    Like

  5. Segala yang UJUD……………..Segala yang tidak UJUD………….Adalah lah…….segala yang UJUD………….UJUD tidak berarti ada…………..UJUD ada berdiri sendiri………….UJUD tiada juga berdiri sendiri…………UJUD………..yang ada hanya ALLAH…………….UJUD tiada yang lain………HANYA ALLAH……… KEUJUDAN KHALEK meliputi sekelian ALAM…………..amin .

    Like

  6. assalamu alaikum tuan guru. salam kenal dr sampit kalimantan tengah indonesia. trima ksih atas kesediaan tuan guru mberikan pnjelasan dlm mslh ilmu ini. sy sering mgikuti blog tuan guru. mhn doakn sy tuan guru spy mudah mengamalkn warisan ilmu dr Tok Kenali rahimahullah.

    Like

  7. Salam Tuan Haji Yang ada dalam Tubuh kita itu apa tak dapat kah lagi nyatakan kan allah sesungguh diri tidak wujud yang wujud hanya allah semata- mata , yang hidup hanya dia yang mati kita , maka dialah allah semata- mata .

    Like

  8. Assalamualaikum ayahandaku hj Shaari. Izinkan anakanda yg tak berapa tahu ini kongsi ilmu ni. Katakan saya cipta robot android. Muka nya macam muka saya . Ada dua mata. Dia bergerak dgn mengguna remote control dan kedua matanya itu ada camera yg pandangannya bersambung terus melalui wireless dan boleh nampak pandangan camera tu dlm computer dirumah saya. Saya turn on robot itu dan kawal gerakannya keluar dari rumah. Dia buka pintu rumah dan keluar ke kedai tepi jalan. Sebelum kedai itu ada parit. Robot itu bila sampai parit itu dia perhati bolehkah dia lompat parit itu. Tiba2 dia terlihat ada jambatan kecil. Lalu dia menuju jambatan itu dan melalui jambatan itu. Ok cukup setakat tu saya merapu. Cuma saya nak tanya bila dia keluar dari rumah saya dia buka pintu. Siapa sebenar yang buka pintu? Sewaktu dia sampai ke parit dia lihat ada jambatan. Siapa yg melihat jambatan? Yg nampak tu dan yg atur langkah itu bukan dia. Dia itu tak hidup. Saya yg melihat dgn camera dimatanya. Camera tu pun tak berfungsi dgn sendiri. Saya nampak dgn screen computer. Begitulah kot kot Allah yang memiliki pandangan ketika kita pandang. Bukan kita yang pandang tapi Allah Yang pandang. Kita bukan Allah. Kita hamba Dia. Kekuatan pandangan kekuatan gerakan hati dan anggota zahir itu adalah Qudrat dan Iradat Allah jua. Kita bukannya ada. Yang wajib ada hanyalah Allah. Betul tak pandangan saya ini ?

    Like

  9. tuan menerangkan ilmu makrifat dalam bahasa yang indah dan mudah difaham, semoga semua dapat memahami, apa perlu mencari bila yg disangka hilang itu sebenarnya tidak pernah hilang dan sentiasa ada. benda dah ada buat apa cari, cuma perlu kenal.. ilmu kenal..ilmu yang tiada..

    Like

  10. Bersesuaian dengan ayat ini “Dia tidak dapat dijangkau oleh penglihatan sedang Dia menjangkaui penglihatan, dan Dia Mahahalus lagi Mahaluas PengetahuanNya”. (Al-Anam 6:103)

    Biarlah yang Melihat itu, DiriNya Sendiri.
    Kalau Wujud pun tidak, masakan ada lakuan lainnya.
    Benarlah kata Ayahnda Guru, “Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri”.

    LA MUJUD BI HAQQI ILLA ALLAH

    Like

  11. Mencari Allah itu tidak susah!
    Mencari Allah itu tidak susah?

    Gabungan 5 patah perkataan yang membentuk satu Ayat Penyata. Di dalam ayat itu ada subjek (Mencari Allah itu) dan ada predikat ( tidak susah).

    Di dalam ayat itu juga mengandungi maksud dan mengandungi pengertian yang dimaksudkan. Maksud ayat itu juga bergantung kepada tanda “!” atau tanda “?” yang digunakan. Jika ayat : “Mencari Allah itu tidak susah!” digantikan dengan “Mencari Allah itu tidak susah?”, maka Ayat Penyata akan bertukar kepada Ayat Tanya dan pertukaran tanda itu juga akan membawa kepada maksud yang berbeda.

    Maksud ayat itu juga bergantung kepada setiap patah perkataan yang terkandung di dalamnya. Jika salah satu perkataan di dalam ayat itu dibuang, maka maksud ayat juga akan berubah.

    Contoh :

    “Mencari itu tidak susah!” (dibuang perkataan Allah), atau “ Allah itu tidak susah!” (dibuang perkataan Mencari) atau “Mencari Allah itu susah!” (dibuang perkataan tidak)

    Renungkan…

    Dalam membicara dan merungkaikan SATU ayat ini sahaja kita berhadapan dengan banyak perbedaan pendapat, apatah lagi jika kita cuba merungkai dan mencari faham kepada bilangan ayat-ayat yang BANYAK.

    Pengertian dan kefahaman itu pula akan berbeda-beda dengan diri orang yang mentafsirkannya. Umpama 3 orang asing mencari unta yang hilang, sedangkan unta yang disangka hilang itu sedang ditunggang.

    Namun dek kerana tidak faham perkataan “unta” maka terus tercari-carilah akan unta yang dimaksudkan. Rupanya, “unta” yang dicari itu, Si Mat Salleh mengenalinya dengan perkataan “Camel” manakala Si Arab pula menggelarkannya “Jamal” dan Si Cina memanggilnya “Luotuo”.

    Camel, Jamal dan Luotuo rupanya adalah unta yang sama yang ditunggang mereka untuk mencari “Unta” yang disangka hilang. Hilang bukan tiada, hilang dek kerana kefahaman yang berbeda!

    Pada pandangan orang yang mengenal akan perkataan unta, maka unta yang dicari itu akan nampak lagi nyata. Namun, pada pandangan orang yang tidak mengenal perkataan “unta”, maka “unta” itu tidak nampak dan tidak nyata. Tidak nyata bukan kerana tidak ada, unta itu tetap ada dan nyata, bahkan sedang ditunggangnya. Tidak nyata kerana fahaman perkataan nama (Asma)“unta” yang berbeda !

    Jika perihal Nama 1.(Asma) saja sudah berbeda-beda apatah lagi jika diketengahkan perihal 2. Perbuatan (Af’al), 3. Sifat dan 4. Zat (hakikat).

    Sejarah membuktikan bahawa kefahaman tentang 4 perkara ini tidak pernah menemui jalan sehala. Ianya sentiasa menemukan mega banyak bilangan jawapan dan jalan-jalan kefahaman yang pelbagai.

    Si pencari kebenaran akan gah dengan kebenaran yang ditemuinya. Maka, “benarlah” dia dan salahlah yang lain. Si pencari faham pula terangguk-angguk tanda mengerti.

    Aku ?
    Kelu !

    Like

  12. salam sahabat semua…dah lama ingin berkongsi pandangan disini…kali ni baru berjaya…..dah byk kali tuan guru kita beritahu….nak cari Allah apa lagi sdgkan Allah itu dekat dan setiasa bersama kita…..bak kata tuan guru mencari cincin yang sdgkan berada dijari sendiri….ya….tinggal sedar atau tidak,perasan atau tidak…dan RASA atau tidak…guna lah pandangan dan penglihatan dari diri….kerana Allah lah yang akan mengenal Allah…seperti kata tuan guru…
    naik unta, nak cari unta…yang naik dia, yang nak dicari pun dia….segalanya dia…maha esa.wallahu a’lam.maaf tuan guru jika ada tersilap paham dari pandangan ana.

    Like

    1. Benar kata ananda itu. Nak cari unta yang hilang, sedangkan unta yang hilang itulah unta yang sedang ditunggangi. masakan mungkin berjumpa unta yang hilamng, sedang yang ditunggangi itulah untanya ng hilang. Yang ditilik itu, itulah yang menilik, apa lagi yang hendak dicari……….. drp hj shaari

      Like

  13. Akum tok ayah semoga sihat hendaknya..terima kasih kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat ini..
    Saya nak bertanya sesuatu..benarkah kita dpt melihat Allah dgn mata kasar kita?
    Kalu ada org boleh tunjukkannya macamana?
    Apa komen Tok Ayah..

    Like

  14. sy sangat berbahagia sekali bertemu tuan guru yg mulia. sy juga awalnya sempat bingung mencari allah, tapi setelah sy baca buah tangan sang tuan guru. alhamdulillah sy bisa melihat allah dg penglihatan yg nyata,semoga tuan guru tdak pernah bosan mencurahkan ilmunya, salam sy dari indonesia,

    Like

  15. assalamualaikum tuan haji shaari,saya wan dari gemas negeri sembilan,saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah dikurniakan seorang khalifah bagi mengganti pewaris ilmu makrifat yang telah luntur ditelan zaman,kini dunia bergembira dengan kedatangan kamu,saya sendiri meraba raba sebelum ini,kini sinar mentari telah menyinar dengan ilmu ALLAH yang ada pada tuan,

    Like

  16. Assalamualaikum, saya selalu membaca tulisan2 tuan haji dan ada membeli kitab2 tuan haji dikedai buku setakat ini sudah 3 kitab tuan haji yang saya beli. Banyak tulisan tuan haji mengenai bab ketuhanan Allah sehingga kadang2 saya terlupa kepada Rasullah. BOlehkah kalau tidak keberatan menulis mengenai Rasullah. Saya suka membaca tulisan tuan haji bagi menambah ilmu. Terima Kasih. Wasalam

    Like

  17. Mautu antal kablal mautu..Matikan la dirimu sebelum Kamu mati…nafikan LA muridun..wala qodirun ..wala samiun..wala mutakallimun..wala hayyun..wala basirun..bilhaqqi illallah . yg ada cuma Allah..Allah..lalu yg nyata ITU cuma Allah Jua.. Tetapi setelah fana..lebur..hilangnya diri Kita dalam uhu diah Allah DaLAM ilmu Allah yg qadim..Trima kasih guruku tuan Hj Saari.

    Like

  18. saya setuju dgn tuan haji shaari.saya pun dulu ada belajar ilmu ini.tapi kabur kabur kefahaman saya.semasa saya ditanya guru ,dimana Allah?..dia beri jawapan yg kurang jelas.dia lemparkan sesuatu depan saya lalu bertanya awak nampak tak barang tu?.saya jawab nampak.apa yg nampak?.saya jawab baranglah.guru kata sebelum nampak barang yg kita nampak Allah.hari ini baru saya jelas dan faham.guru saya kata tak apa tak faham…lama lama kita faham jika ada usaha nak faham.sebab allah lah yg beri faham..tuan adalah asbab saja.

    Like

  19. seronoknya bukan main jika kita kenal Allah.kenal dgn tahu itu berbeza.tak dinafikan memang susah nak faham ilmu ni.kadang kadang ia nampak jelas adakalanya ia kabur.tapi insyaallah ia sudah jelas apabila saya dah mati.walaupun isteri kita,jika belum diberi faham oleh Allah mcm mana kita ckp pun dia tak faham juga.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s