Nafsu Bukan Diri, Diri Sebenar Diri Itu Adalah…

Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan Pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.

Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri! Nafsu itu adalah sebahagian daripada diri tetapi bukannya diri. Nafsu itu adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?

Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu? Bolehkah kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati? Jadi nyatalah bahawa nafsu itu bukan diri. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa!

Daripada Hj. Shaari.

170 Replies to “Nafsu Bukan Diri, Diri Sebenar Diri Itu Adalah…”

  1. salam buat Ayah Haji..maaf sijahil mncelah..golongn ni slalunya takde sebab nak kenal tuhan..apalagi nak kenal diri..org suruh cari tuhan dia pun ikut cari tuhan..pah ngaku kenal.dia jump bila?kat mana?pah kalu tak jumpa bila nak brasa ada tuhan??..sedangkan tuhan itu amat nyata skali..mung dohhhh….nii dohhh….akuuu dohhh…semuaaa dohh..nak tengok mana lagii??nak cari mana lagi??NYATA BLAKO DOH..!!!..kalu kenal DIRI,,abih terbuka…nak apa lagi??..taknak dah kpd yang lain..ALLAH…ALLAH..ALLAH..dah habis dah MASA nak main sorok2 sembunyi2 dgn ALLAH”Jauhkanlah diri kamu dari hawa nafsu kamu DENGAN PERINTAH ALLAH,dan dari kehendak kamu dengan LAKUAN ALLAH jua, agar kamu layak mnjadi bekas untuk mngisi ilmu ALLAH….amin..{mohon pncerahan}..jangan cari unta saMpai unta ngukah tengkok kita..

    Like

  2. salam buat Ayah Haji..maaf sijahil mncelah..golongn ni slalunya takde sebab nak kenal tuhan..apalagi nak kenal diri..org suruh cari tuhan dia pun ikut cari tuhan..pah ngaku kenal.dia jump bila?kat mana?pah kalu tak jumpa bila nak brasa ada tuhan??..sedangkan tuhan itu amat nyata skali..mung dohhhh….nii dohhh….akuuu dohhh…semuaaa dohh..nak tengok mana lagii??nak cari mana lagi??NYATA BLAKO DOH..!!!..kalu kenal DIRI,,abih terbuka…nak apa lagi??..taknak dah kpd yang lain..ALLAH…ALLAH..ALLAH..dah habis dah MASA nak main sorok2 sembunyi2 dgn ALLAH”Jauhkanlah diri kamu dari hawa nafsu kamu DENGAN PERINTAH ALLAH,dan dari kehendak kamu dengan LAKUAN ALLAH jua, agar kamu layak mnjadi bekas untuk mngisi ilmu ALLAH….amin..{mohon pncerahan}..jangan cari unta saMpai unta ngukah tengkok kita..

    Like

  3. Salam Bicarahati dan sahabat2 sekelian,

    Soalan yg sama juga pernah ditujukan pada Nabi Muhammad S.A.W. dn jawapan darinye adalah supaya hidup seperti biasa dng jng melampaui batas…

    Kalau lapar makan, haus minum, sakit cari penyembuhnye, dll. Jng memohon sesuatu yg melebihi batas seperti ingin kaya raya, senang lenang dng tidak mahu berkerja, menunggu rezki turun dari langit!

    mohon maaf jika tersalah bahasa dn harap Ayahnda Hj. Shaari dpt memberi pencerahan selanjutnye..

    Like

  4. Kita selalu mendengar ungkapan bahawa Adam itu 9 akal 1 nafsu, Hawa itu 9 nafsu 1 akal. Semoga sahabat2 dapat memberikan pendapat/huraian apakah rahsianya? Terima kasih sahabat2 yang sudi memberikan pendapat semoga kefahaman kita makin jelas berkembang dengan adanya perbincangan dalam Jemaah.

    Like

    1. as salam sdri hamisah…

      saya hanya berkongsi pandangan peribadi perihal di atas…

      tidak terlihat lagi adam, hawa, nafsu, akal dan sebagainya setelah terlihatkan pada Yang Satu. semua itu berjalan selari dgn sunatullah dan iktibar dari luh mahfuz. “KUN” kata Allah semuanya telah siap. tiada kejadian sekalian (maujud) sebelum kata “KUN” itu melainkan Nur Muhammad.

      cuma saya agak tertarik dengan sifir di atas iaitu 9+1=10 dan saya melihatnya mungkin dari sudut yg berlainan iaitu bagi saya angka2 tersebut membawa saya ke dalam hakikat huruf dan angka sedemikian:-

      bila saya lihat angka 10 (angka 1 dan angka 0) di atas ia memberi maksud kpd saya bahawa untuk mencari @ mengenal Yang Satu maka kita haruslah lihat kpd angka yang kosong utk mewakili diri kita ini iaitu “tiada” – maka seterusnya ia memberi laluan kpd kita utk terlihat kpd yang SATU…SATU..SATU…. tidak yang lain! selagi tidak dipakaikan angka 0 @ kosong itu kpd diri kita, maka teramat sukar utk kita melihat akan kepada Yang 1 @ Satu.

      pengenalan Allah oleh Allah teramatlah luas mencakupi segala bidang bukan sekadar ilmu matematik dan ilmu bahasa/huruf/angka dan sebagainya kerana setiap ilmu di dunia ini akan menuju kepadaNya Yang Satu bila terbuka sahaja hakikatnya. dan bagi pengkaji huruf dan angka pasti mereka akan katakan bahawa 1 adalah pemula angka dan 9 itu adalah pengakhir angka atau nombor dan 0 @ kosong itu biasanya merujuk kpd infiniti.

      jadi mari kita bermain nombor2 dan angka2 ini sebentar utk melihat akan hakikat dan rahsianya:-

      rumusan 1

      1+9 @ 9+1 = 10
      yang awal + yang akhir @ yang akhir + yang awal = Satu (Ahad) Tiada (mewakili angka 0)

      rumusan 2

      bila Allah yang awal dan Allah yang akhir bila masa pulak boleh kita ada di tengah2nya atau ditepinya. (maka diberi faham bahawa angka 0 itu maksudnya kosong dan memang tiada maka yang tinggal, tunggal hanyalah Yang Satu @ Esa iaitu Allah yang berdiri sendiri. angka 1 itu bolehlah kita samakan dgn maksud huruf alif yg berdiri tegak dan sebagai pemula huruf dan pemula ayat Al Quran iaitu Alif Lam Min.

      rumusan 3

      bagi yang dalam pengajian makrifat hendak lah berpegang pada Tauhid Yang Satu iaitu Allah Itu Satu tiada pernah berdua, bertiga dan sebagainya.

      jadi angka 0 atau biasanya di rujuk kpd maksud infiniti memberi maksud bahawa segala kejadian (maujud) yang berbillion bertillion takat ini dan seterusnya yang kita pon tidak pasti adalah cuma imej @ sangkaan2 belaka @ cuma bayang2 sahaja. dan pabila kita kembalikan segalanya pada Allah tiada sekumit yg tinggal maka MATA HATI KITA HANYA AKAN TERLIHAT HAKIKAT ALLAH YANG SATU TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH JUA!

      rumusan 4

      sebut apa lah saja, katakan apalah sahaja yang kita lihat dan yang kita dengar dan sebagainya hanyalah Allah….Allah….Allah…

      rumusan 5

      matikan nama maka akan timbulah empunya nama….

      Ahad…Ahad…Ahad…

      sekadar berkongsi pandangan peribadi. jangan dipakai dibuang saja…

      p/s saya mintak maaf tidak dapat berkongsi fahaman/pandangan tentang kejadian adam, hawa dan sebagainya kerana versi yang saya terima dari pengalaman peribadi saya setelah terbuka hijab alam ini sangatlah berbeza. biarlah ia menjadi rahsia diri saya hingga ke hujung nyawa. ianya terlalu sensitif utk diperkatakan secara terbuka di sini kerana akan menimbulkan fitnah. jadi kaedah terbaik adalah berdiam diri dan simpan sendiri.

      memang sangat berbeza dan sangat berbeza. dengan penuh keyakinan bahawa Allah tidak akan menzalimi hambanya ketika itu saya tanyakan banyak perihal dan perkara. maka dari situ terjawablah iktibar adam, adam sebelum adam, kehidupan sebelum adam dan dot….dot…dot……!!!

      ikhlas….

      1

      Like

      1. Pencerahan dr TG Shaari dr semua kitabnya adalah sumber utama rujukan saya bagi menimba lautan ilmu ini…selain itu saya perlu juga menimba ilmu dari rakan sejemaah yg lebih arif dan berpengalaman utk mnjadi pmbimbing dan penunjuk jalan krn ‘dlm prjlanan mncari tmpt brteduh, banyak pokok berduri, semak-samun dan binatang buas’ msti ditempuhi…makanya perlu ada teman penunjuk jalan utk menuju jalan kefahaman….Rambut sama hitam, hati berlainan faham mk ianya prlukan prbincngan sprt yg disarankan Hamisah Harun utk lbh jelas ‘pengenalan’ itu……..pe pun tk Hamba Pasrah atas prkongsian pngalaman tuan….

        Oh ye, tuan dkt Serkam Darat atau Serkam Pantai, saya selalu krn ada keluarga….

        Like

      2. Benar apa yg suadara Hamba Pasrah tuliskan kerana segala kefahaman itu datangnya dari Allah, maka tiada yang salahnya. Seperti antara syarat sah untuk mendirikan solat jumaat jemaah hendaklah sekuramg-kurangnya 40 orang, jika kurang itu 40 orang maka solat jumaat tidak boleh didirikan. Di sini adalah rahsia yang tersirat.Dari apa yang saya faham jumaat itu bermaksud jemaah, jemaah itu dari yang banyak berkumpul menjadi 1. Tilik ke dalam diri sbenar diri kita 4 anasir zat, sifat asma,afaal dikumpulkan(dijemaahkan/jumaat) kembalikan kepada Allah yang 1 maka yang 4 anasir itu telah kosong(0). Bila sudah cukup nyata 4 menjadi kosong(0) (diri sudah tiada ) maka barulah boleh solat jumaat(maksud solat itu menyatakan Allah).

        Like

      3. Pandainya ananda berpidato, ayahnda sangat suka pidato ananda yang penuh erti dan maksud. Teruskan wahai anandaku mengarang terus mengarang. Ayahnada dibelakang ananda. drp hj shaari

        Like

      4. Adam 9 akal 1 nafsu, hawa 9 nafsu 1 akal. Dalam makrifat tiada lelaki tiada perempuan. Sebelum Allah menjadikan jasad, Allah telah terlebih dahulu menjadikan akal dan hawa/nafsu. Allah bertanya kepda akal “siapakah engkau dan siapakah Aku?” akal makhluk yang mengenal Allah, maka jawab akal “Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku”. Maka jadilah akal itu makhluk yang mengenal Allah untuk selama-lamanya. Akal bermaksud ikhtiar/gerak allah.

        Allah bertanya kepada hawa/nafsu “Siapakah engkau da siapakah Aku?”. Nafsu makhluk yang tidak mengenal Allah maka jawab nafsu “aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”. Allah murka kepada hawa/nafsu lalu dicampakkan nafsu ke dalam api neraka. Allah perintahkan hawa/nafsu keluar dari api neraka lalu Allah bertanya lagi soalan yang sama kepada hawa/nafsu, hawa/nafsu tetap memberikan jawapan yg sama, lalu hawa/nafsu dicampakkan lagi ke dalam api neraka. Maka jadilah hawa/nafsu itu makhluk yang tidak mengenal Allah untuk selama-lamanya.

        Adam bermaksud tiada. Adam 1 nafsu 9 akal bermakna adam itu mengenal Allah hanya mempunyai 1 hawa/nafsu/ keinginan untuk kembali kpd Allah yang 1 maka setelah kembali kosong (0)/mati/tiada lah adam itu yang ada hanya 9 akal/gerak Allah atau adam itu bergantung penuh kepada akal/gerak Allah, 1 Allah 0 adam.

        Hawa bermaksud nafsu/keinginan. Hawa/nafsu tidak mengenal Allah sebab itu akal/gerak Allah nya 1,nafsunya 9 tidak bergantung sepenuhnya kepada Allah mengaku adanya aku/diri/terlihat adanya diri.

        Like

      5. p/s saya mintak maaf tidak dapat berkongsi fahaman/pandangan tentang kejadian adam, hawa dan sebagainya kerana versi yang saya terima dari pengalaman peribadi saya setelah terbuka hijab alam ini sangatlah berbeza. biarlah ia menjadi rahsia diri saya hingga ke hujung nyawa. ianya terlalu sensitif utk diperkatakan secara terbuka di sini kerana akan menimbulkan fitnah. jadi kaedah terbaik adalah berdiam diri dan simpan sendiri.

        memang sangat berbeza dan sangat berbeza. dengan penuh keyakinan bahawa Allah tidak akan menzalimi hambanya ketika itu saya tanyakan banyak perihal dan perkara. maka dari situ terjawablah iktibar adam, adam sebelum adam, kehidupan sebelum adam dan dot….dot…dot……!!!
        Assalamualaikum.. hati sye sgt terpanggil dgn fahaman tuan..blhkah sye mohon jasa baik tuan utk kongsikan dengan sye diemail sye saja atau diinbox fb sye.tq

        Like

    2. Benar Hamisah Harun, prbincangan sesama jemaah perlu bg merungkai kedalaman ilmu makrifat ini, bg yg sdh putus dan sampai matlamat sglnye sdh ‘0’ bg mrk….pmhaman yg Allah berikan kpd setiap insan tdk sama utk menunjukkan KesempurnaanNya mk tima kasih kpd yg sudi ‘membuka kunci utk kefahaman itu’ trutama pd TG Hj. Shaari, Hamba Pasrah dll…krn sglanya hendak dikembalikan kpd yg Satu itu….
      Puan jg bnyk persoalan utk mndpatkan jawapan…Hamba Pasrah sdh mnymbutnya…Semuga ada menafaatnya dan kejernihan rasa di situ!!!!!

      Like

    3. Hamisah Harun – nnt saya bina wsap 2….tk krn semangat Puan bgtu kukuh bg myatukan jemaah, mdh2an ia mmbri menafaat & kebaikan kpd jemh itu sndiri……..Aminnnn……..

      Like

  5. as salam

    sekadar berkongsi pertemuan ini… (bagi yang ingin dalil). bagi yang tidak inginkan dalil lagi dan tidak terlihat akan dalil lagi di dalam hati mereka marilah panjatkan kesyukuran kpd Yang Maha Satu, Tunggal Lagi Esa kerana tiada berkeinginan yang lain melainkanNya jua.

    “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al Hujurat 13)

    di atas adalah firman Allah swt di dalam Al-Quran…. ianya merupakan satu firman yang umum (general) kpd sekelian umat manusia yang dijadikan berkaum2.

    kalau di terjemahkan dan ditafsirkan hanya kpd lapisan pertama di atas adalah terjemahan/ tafsiran terus yg mudah difahami oleh umum dan ahli2 syariat serta feqah. tetapi sebenar2nya kefahaman Al-Quran itu adalah berlapis adanya yang katakan 7 lapisan, 9 lapisan dan 10 lapisan kefahaman (dalam ke dalam dan ke dalam maksudnya) mengikut riwayat hadith nabi saw.

    saya sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi. dari pandangan dan penglihatan saya ayat di atas Allah swt turunkan dengan keywordnya tersendiri bagi membuka lapisan2 seterusnya spt yg disabdakan oleh nabi saw. membuka lapisan maksud saya adalah keyword dari ayat umum utk dibuka hijabnya kpd yang khusus kepada yang khusus dan kpd yang khusus khusus.

    kita ambil ayat pertama terlebih dahulu:-

    “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling kenal-mengenal”

    kunci kata ayat di atas adalah manusia, laki2, perempuan, bangsa, suku (kaum) hanyalah kunci kata sahaja dan diakhir ayat pertama terdapat perkataan “kenal”.

    keyword utama disini adalah – KENAL

    ayat kedua pula-:

    “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al Hujurat 13)

    kunci kata ayat di atas mulia, disisi Allah, taqwa dan di akhir ayat “Maha Mengenal”.

    keyword utama disini adalah – MAHA KENAL

    mengikut kefahaman dan penglihatan saya ayat di atas adalah sebesar2 ayat sebagai pembuka hijab kpd sekelian manusia tidak kira ugama, budaya bangsa kaum dan sebagainya utk melihat kpd yang Satu.

    memadailah saya katakan bahawa ayat di atas mewakili sekelian umat manusia sekali lagi dan matikanlah segala istilah dan sebutan yang terpakai pada sekelian umat manusia akan terlihatlah kita kepada Yang Satu.

    pada Allah atau di sisi Allah tidak terpakai itu semua. yang Allah mahukan adalah kenal lah akan Dia. disini kita dapati keunikan dan kecantikan serta kehalusan Maha Suci ayat2 Al-Quran di mana kedua2 ayat di atas di akhiri dengan perkataan “kenal” dan “Maha Kenal”.

    maksudnya Allah berkehendakkan sekelian umat manusia untuk mengenal akan Allah sebenar2nya seperti sebelumnya. kalau dulu sebelum dizahirkan kita mengaku (roh) mengenal Allah swt jadi persolannya sekarang kenapa sekarang setelah dizahirkan kita semua tidak mengenalNya…????

    sebab itu di dalam ilmu tauhid sebenar tauhid tidak perlukan ilmu lain melainkan ilmu menyatakanNya…. sebesar2 ilmu sebelum kita semua meninggalkan dunia ini. yang zahir inilah utk menyatakanNya Yang Satu.

    dalam ayat diatas Allah tidak mengatakan sekian2 umat, sekian2 kaum, sekian2 ugama, sekian2 budaya dan sebagainya sebaliknya Allah swt mulakan seruan dengan perkataan “Hai Manusia” di tengahnya Allah swt berfirman “Kenal” dan diakhir firmanNya “Maha Kenal”

    Hai manusia – Kenal – Maha Kenal !!!!!!!!!!!!!

    inilah perintah ayat di atas. setelah diputuskan fahamlah akan kita setelah diberi faham oleh Allah swt bahawasanya yang kenal itu jua lah yang mengenal. di dalam pengajian tauhid ini adalah titik noktahnya. tiadalah yang lain kita pegang melainkan Allah!

    kalau dalam pengajian biasa mengikut ayat di atas adalah ayat utk mengajak kita untuk menghormati kaum2, bangsa2 lain yang berlainan agama dan budaya tetapi di dalam pengajian makrifat bukan setakat itu sahaja (di dasar permukaan) sebaliknya kita akan melihat ayat di atas adalah ayat yang mengajar dan mengajak kita semua untuk mengenal dan melihat Allah Yang Satu setelah matikan dan binasakan sekeliannya. jangan lagi diambil lain sebagai hijab biarlah Allah sahaja yang menjadi hijab kita…apa jua Allah yang kita lihat apa jua Allah yang kita dengar dan sebagainya Allah…Allah…Allah. lain2 selainNya telah lebur seleburnya.

    tiada lagi hijab di hati kita semua setelah kita tidak lagi beranggap-anggapan dan bersangka-sangkaan dengan Allah.

    saya berkongsi perihal di atas adalah kerana sebelum ini, secara jujur saya katakan hijab ugama adalah antara hijab yang paling sukar peringkatnya utk diputuskan – sukar utk saya hilangkan syak wasangka, zan, waham dan sebagainya. di peringkat utk putuskan bab agama dan “keadilan Tuhan” ini ketika itu saya di beri ilham utk matikan segalanya berkaitan tentang perkara2 di atas dan di bawa kpd sekelian ugama di dunia ini dari ugama tertua di dunia mengikut fakta sejarah iatiu hindu dan sebagainya sehingga banyak kitab2 lama dan agama lain saya baca dan kaji seperti kitab veda, kitab2 ugama budha, injil dan lain2 selain Al-Quran (sebagai orang islam kitab suci ini adalah sumber utama saya). dan sehinggalah saya tergamam, kaku, kelu, terpaku, tercengang, menggigil…dot…dot…dot…. maka dapatlah saya lihat didalam lihat bahawasanya ayat2 atau baris2 al-quran yang merupakan seperti cerita2 yang berulang2 (umpamanya kisah nabi musa adalah antara kisah paling popular yang diulang2 cerita di dalam al-quran) – rupa-rupanya tersembunyi ayat2 atau baris2 yang tersembunyi di dalamnya dan saya kategorikan ayat atau baris2 tersebut sebagai “kata kunci” dan “keyword”. rupanya dalam ayat ada ayat ada ayat dan ayat ayat dan kekuncinya!!!!!

    setelah itu alhamdullilah- sekelian pujian2 hanya Allah terbukalah hijab agama bagi saya dan berjumpalah saya dengan hakikat agama itu sendiri. jadi benarlah kata tuan guru marilah kita berpegang pada Allah sahaja, Allah semata2 tidak yang lain kerana yang lain tidak kekal………………………………………..!!!!!!!!

    p/s saya mintak maaf tidak dapat berkongsi penemuan dan pengalaman saya dalam kajian2 di atas. ianya sangat sensitif dan biarlah menjadi rahsia utk diri saya sendiri hingga ke hujung nyawa dan utk tidak menjadi fitnah. ketika itu tuan guru kita yang di kasihi iaitu tuan guru hj shaarilah yang banyak membantu membimbing saya utk memahamkan sesuatu keadaan saya ketika itu. sebab itu sehingga sekarang saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan tuan guru. sememangnya jasa tuan guru akan saya kenang selama-lamanya.

    agak panjang lebar perkongsian saya di pagi ini. saya tidak tahu dan memang tidak tahu tidak semena2 saya boleh cerita di blog tuan guru sepanjang ini. sepatutnya saya nak tidur tadi. tapi terselak jua akan blog tuan guru ini. saya tidak tahu kenapa saya berkongsi perkara ini. apa pun saya serahkan segalanya kepada yang Maha Berurusan!!!

    ya sahabat ya muslimin ya muslimat marilah kita semua mentauhidkan Allah Yang Satu semata2 Allah Yang Tidak berdua, bertiga bersertanya.

    diharapkan perkongsian ikhlas dari hati terdalam saya ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat utk sahabat2 semua. saya memang tidak berilmu dan tidak tahu apa2… sekadar berkongsi apa yang saya rasa. dan ingatlah dan peganglah walau apa sekali pon hanya Allah Yang Maha Benar….

    selamat malam dan salam istirehat utk sekelian sahabat seperjuangan…….

    ikhlas

    1

    Like

      1. Wira Satria – beginilah klau org berkawan; yg lemah dibimbing tangannya, yg rabun diatur langkahnya, dadanya yg penuh dgn ilmu dan pengalaman dicurahkan utk yg lain turut merasa kemanisan ‘pandangan matahatinya’………..Benarlah! perkongsian ‘pencarian utk mengenal’ dlm jemaah perlu lebih dari itu agar matlamat dituju menjadi satu dlm semangat ukhwah yg kukuh dan berpanjangan……Aminnnnnn!!!

        Like

      2. as salam..

        terima kasih kembali wira satria, bicarahati dan sekelian sahabat yang dihormati lagi dicintai….. saya juga banyak menimba ilmu dari perkongsian anda sekelian disini….moga Allah swt merahmati dan menunjuki perjuangan kita semua disini… Amin Ya Rabbal Alamin… (Rabb Penguasa Sekelian Alam & Sekelian Yang Maujud)

        Like

    1. Hamba Pasrah – kalau tdk keberatan dan ada masa trluang bleh x kte brsembang “menyuluh di dalam terang’ krn pd tuan tdk ada lg istilah’kegelapan’……..

      Like

      1. as salam..

        sahabat bicarahati saya rasa tidak ada masalah tentang cadangan sdr itu… insyaAllah dengan izin Allah swt kita akan berjumpa dan boleh bertukar pandangan..insyaAllah sahabat…

        sila tinggalkan no talipon di sini, saya akan menghubungi sahabat…

        terima kasih

        ikhlas

        1

        Like

    2. Kepada sahabat hamba pasrah, Bicarahati dan sahabat2 yang lain izinkan saya untuk menyertai jemaah kalian kerana sesungguhnya semakin ramai jemaah semakin besar fadilatnya, semoga ukhwah dalam jemaah dapat menghuraikan banyak perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat. Harap sahabat2 semua dapat sms ke nombor telefon saya 0145106066 untuk saya mendapatkan nombor telefon sahabat2 semua. Jemaah saya yang sering bertukar2 ilmu sekarang hanya 3 orang sahaja. Terima kasih kepada sahabat yang sudi sms saya.

      Like

      1. Hamisah Harun – dlm hakikat hidup ini sebenarnya tdk ada sebarang kekusutan yg hdk dihuraikan…. cerita maknusia, aku, kami, dia dan mereka atau apa saja adalah cerita yg berulang-ulang sejak dr Nabi Adam dijadikan….kisah pembunuhan adik beradik Habil dan Qabil krn nafsu smpai hari ini masih berlaku, ada org membunuh anak perempuan di zaman jahiliah masih tetap berlaku hari ini malahan lebih teruk dari itu krn anak di dlm kndungan lagi pun sanggup dibunuhnya, apa lg dgn perang, saudara bermusuh dgn saudara sendiri adalah ‘cerita kehidupan’ ulang-berulang di mana klau kita semua mengaku ‘tidak ada yang ujud melainkan Allah’ dan ‘tiada yang berkuasa melainkan Allah’ maka akan amanlah kehidupan ini tanpa sengketa….namun hikmah Allah menjadikan semua ini amatlah besar ertinya kpd mereka yg ‘berilmu dan berfikir’ utk ‘meniadakan keakuan ( nafsu dan egonya )” nescaya mereka inilah yg mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat nanti………….!!!

        Like

    3. Duhai tubuh yang bernama Hamba Peserah, ayahnda secara peribadi, sudah dapat menyelami hati ananda. Hati ananda sungguh peserah sebagaimana nama empunya badan. Harap ananad pegang dan kunci keyakinan itu, sesungguhnya keyakinan ananda itu,sudah berada pada kemuncak landasan yang benar. Tinggal lagi harap beristikomah jgn sejuk digengam dan bila panas dilepas. Sejuk dan panas itu satu, ingat itu, nafi dan isbat itu satu dan awal dan akhir itu satu. garam dan masin itu satu. ingat pesan ayahnda itu, dengan isyarat yang sedikit itu, harap ananda faham. drp hj shaari

      Like

  6. Salam..

    Terlebih dahulu ,syukur yg tidak terhingga kpd Empunya Diri kerana hidayah Nya dapat peroleh faham dan kenal akan sebenar benar Diri… tiadalah yg beri faham dan kenal melainkn yg empunya diri… terima kasih juga diucapkan kpd tn hj shaari sbg pencetus kpd pengenalan ini yg ditakdirkanNya sejak azali lagi penyambung warisan ilmu tok kenali. Apa yg ditakdirkn tuan karang dgn izinNya adalah merupakan bukti kekuasaanNya ,rahmat dan kasih sayangNya kpd sekalian alam meliputi 7 petala langit dan bumi… pandang satu dari yg banyak, dan pandang yang banyak kpd yg satu…. tiada lain hanyalah ( ), (. ), ( l ), ( الله) yg memiliki kekuasaan dan kebesaran yg tidak dapat difikirkan oleh akal dan tiada boleh mengambil iktibar….

    Like

  7. Salam Tuan Guru, salam untuk semua yang sukakan blog Haji Shaari. Saya suka suka, dan sesiapa faham maksud saya, dia dapat diskaun ke syurga !!!!

    Ada 2 orang yang hidup di satu daerah di India. Di tempat mereka ada seorang guru rohani terkenal. Salah seorang yang yang 2 orang ni, warak dan suka beramal. Hari hari dia beramal dan mengabdi diri pada tuhan. Satu hari dia terfikir, adakah tuhan ??? Kalau tuhan tak ada maknanya selama ini dia buang masa !!! Dia pun jumpa guru sufi ini. Dia tanya guru, adakah TUHAN WUJUD ??? Guru ini jawap TUHAN TAK ADA !!! Dia sungguh kecewa kerana guru tu kata TUHAN TAK ADA. Jadi dia rasa apa dia buat selama ini sia sia. dia frust !!!

    Seorang lagi pula, dia memang tak percaya Tuhan itu ada. Hari hari dia memberi ceramah suruh manusia jangan percaya Tuhan. Kerja sia sia. Satu hari dia pula terfikir, kalau TUHAN ada, dia tentu akan dihukum oleh Tuhan kerana mengajak manusia tak percaya Tuhan. Dia juga sebelah petangnya jumpa guru yang sama. Guru ini kata TUHAN itu wujud. Dia mulai takut.

    Guru rohani yang sama , sebelah PAGI DIA KATA TUHAN TIDAK ADA dan PETANGNYA , GURU ITU KATA TUHAN ADA. Pelikkan, bagaimana guru yang sama memberi jawapan yang berlainan kepada 2 orang ini ?? 2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……

    So siapa boleh jawap apa yang saya ingin sampaikan, heeeheeee….

    Soalan ini dan jawapannya ada lah ajaran yang ingin disampaikan oleh tuan guru tapi saya olahkan supaya maksud saya tersembunyi….siapa tahu rahsia tersembunyi…..maknanya dia tahu….

    Like

    1. Terima kasih krn memberi soalan supaya orang dapat berfikir. Inilah menunjukkan bahawa Yang adapun dia dan yang tidak adapun dia. Perrkara ada atau perkara tidak ada itu, sebenarnya bukan berbeza atau bukan berlainan. Tidak bercerai diantara nafi dengan isbat. Isbat dan nafi, fana dan baqa serta ada atau tidak ada itu, tidak boleh berpisah, keduanya adalah satu (ahad). terima kasih ananda. Diketika kita mengatakan tuhan itu ada, bererti kita tidak ada. Bilamana kita mengatakan Tuhan itu tidak ada, ertinya adalah juga bermaksud kita tidak ada. Kedua-dua jawapana itu, tetap kita tidak ada, jadi katakanlah apa saja yang tuan-tuan nak kata, kita tetap tidak ada. Kita katakan yang garam itu masin dan masin itu garam, sama saja. drp hj shaari

      drp hj shaari

      Like

  8. as salam…

    oleh kerana ada sahabat yang menyentuh tentang guru rohani maka saya akan berkongsi pengalaman saya terkini. ada yang istilahkan guru rohani sebagai ahli sufi atau ariffbillah dan sebagainya. ianya berlaku 3 hari yg lepas. saya di datangi oleh seorang sahabat lama yg juga mengaji pengajian ini dengan guru yg sama di melaka ini suatu masa dulu. tetapi sekarang beliau telah dapatkan seorang guru baru katanya dan bisa baiah dan bisa dipertanggungjawabkan mengenai apa saja ajarannya di akhirat kelak. pada mulanya memang saya tidak mahu pergi, berat hati saya ini kerana saya sudah tidak mahu lagi berbincang2 dan lebih suka menyendiri. aktiviti saya seharian banyak di rumah melayan anak2 kesayangan saya kalau saya keluar pun hanya utk mencari rezeki dan berjumpa dengan client saya sahaja. habis kerja saya akan balik rumah dan buat aktiviti saya sendiri. saya sudah merasai ketenangan hidop ini setelah mengetahui hakikat hidop ini. saya lebih suka simpan sendiri dan biarlah menjadi ‘rahsia’ diri saya sendiri dan tidak suka untuk berbual2 berkaitan tentangnya lagi. memang berbeza dulu saya yg suka bersosial tetapi tidak semena2 suka menyendiri dan lebih cenderung kepada hanya melihat dan mendengar apa jua yang berlaku di persekitaran saya. dan dipanjatkan kesyukuran kepada Yang Satu memang hati terdalam saya tidak lekang “menyatakanNya”..Allah…Allah….Allah..

    saya bertanya kpd sahabat tersebut “perlukah ini semua?”…”perlu” katanya untuk keselamatan kita di akhirat kelak. dan saya berkata lagi “tidak kah hanya Allah sahaja yang perlu kita pegang dan bisa menjamin keselamatan kita bukan yang lain?” dan saya berikan contoh seperti nabi luth sendiri tidak bisa menyelamatkan isterinya dan nabi nuh sendiri tidak bisa menyelamatkan anak kandungnya sendiri!!!!!!!!!! tetapi untuk menjaga hati seorang sahabat lama saya ikut juga beliau.

    maka di satu petang saya pun berjumpalah dengan guru beliau di melaka ini yang dikatakan guru suci dan ariffbillah. di sepanjang pertemuan itu seperti biasa hati terdalam saya tidak lekang dengan menyebut sebutan Allah…Allah…Allah di dalamnya. memang kalau gunakan mata zahir ini maka akan kelihatan lah “kepelikan” sifat2 yang dinyatakan oleh guru tersebut. orangnya lewat 70 an dan masih sihat lagi. kami berbual2 biasa sahaja. kekadang akan terpacul kata2 berbentuk makian, cacian, istilah syiah, wahabi, politik dan sebagainya di mulut guru tersebut. dan semasa kami minum bersama di sebuah kedai minum tiba2 laungan azan berkumandang di masjid tiba2 beliau katakan cara bang atau laungan azan itu tidak betul dan orang itu sendiri tidak mengenal Allah dan sebagainya. saya hanya perhatikan sahaja gerak geri tuan guru tersebut. beliau katakan beribu anak muridnya dan sebagainya. saya banyak diam dan perhatikan sahaja.

    (sebelum keluar minum petang), maka tiba lah yang sahabat saya katakan saya sebelum ini iaitu tuan guru ini bisa “sempurnakan” ilmu. saya disuruh mandi limau dan selepas itu barulah akan di baiah. mulanya berat hati saya hendak lakukan. tetapi untuk menjaga hati sekelian yang ada ketika itu (kami berempat ketika itu) saya pon buka baju memakai sarung di bilik air di belakang. semasa mandi memang hati terdalam saya tidak akan lekang menyebut dan menyatakan Allah…Allah…Allah. tiada lagi saya terpandang terlihat dan terdengar melainkanNya. tiba2 di dalam hati saya ketika itu semasa air limau purut (yang telah dijampi oleh seorang anak murid tuan guru) dijiruskan oleh sahabat saya dari atas kepala saya…di dalam hati saya tiba2 tersebut “Ya Allah tiada lagi pelindungku melainkanMu Ya Allah…”. saya turutkan sahaja apa yang disuruh oleh sahabat saya. saya disuruh meminum 3 titik air limau tersebut dari jirusan tersebut dan melumur seluruh badan hingga ke pusat utk mensucikan diri saya.

    setelah mandi saya disuruh duduk berdepan dengan tuan guru dan tuan guru menyuruh saya menyebut 2 ayat (perkataan melayu – 4 perkataan jumlahnya) dan disuruh saya mengingatinya di dalam hati setiap masa. semasa bersalam (baiah) dengan tuan guru tersebut saya dapati ada besi (sepit kuku seingat saya) di dalam genggaman saya dan tuan guru tersebut menyatakan sedemikian kpd saya ketika itu “kalau kau nak kenal aku di akhirat nanti ingatlah bahawa kau akan bersalam dengan aku sebelum kau berjumpa nabi mu Muhammad saw, kalau ada besi ini dalam genggamanku itulah aku, dan kalau tidak ada itu bukan aku…..”. dan saya mintak maaf tidak dapat menyatakan apa perkataan dan ayat tersebut kpd umum. biarlah menjadi rahsia diri saya. tujuan saya berkongsi ini adalah untuk memberi pandangan dari sudut diri saya apa yang dikatakan seorang guru suci atau ariffbillah. jadi sahabat2 sekelian bacalah perkongsian hati saya ini dengan hati dan minda terbuka. waimah apa sekalipon kefahaman Allah swt lah jua yang memberinya.

    saya anggukan kepala dan ikuti apa suruhan dia dan tuan guru mengenggam sekejap tangan saya dan selesai. mengikut kata sahabat saya dengan bersalam dengan tuan guru tersebut dia akan turunkan ilmunya sendiri.

    saya berhenti seketika tulisan saya ini di sini terlebih dahulu. saya akan bersambung bila free nanti. saya hendak keluar utk urusan anak saya. saya harap sahabat sekelian habiskan dulu pembacaan tulisan saya ini dan fahamkan baik2. saya akan sambung nanti. jangan mengandaikan apa2 kerana perkongsian inilah adalah ikhlas dari hati terdalam saya dan mungkin boleh dimanfaatkan oleh sahabat sekelian.

    biarkan saya habisakan tulisan ini dulu..insyaAllah….

    ikhlas

    1

    Like

    1. Pengalaman yang dilalui oleh hamba pasrah ini pernah dilalui oleh seorang hamba Allah perempuan ketika awal2 mencari Tuhan sekitar 16 tahun lepas. Guru makrifat ini dikatakan boleh/mampu memberi nur atau ilmu kepada muridnya yang berbaiah dengannya dan menurut segala kata dan kehendaknya. Muridnya disuruh minum air basuhan tangannya, dimandikan oleh guru tersebut. Guru ini telah mengambil kesempatan ke atas diri perempuan tersebut dengan melakukan hubungan jenis konon2 untuk menaikkan seri/nur wajah perempuan itu.

      Bagi saya ini bukanlah guru makrifat yang sebenarnya. Guru ini yang mengambil kesempatan di atas kesucian makrifat itu sendiri, guru yang tidak kesampaian. Berhati-hati dengan guru yang seperti ini.

      Like

      1. as salam…

        sahabatku sdri hamisah harun itu adalah versi saudari tentang perihal ini. utk pengalaman saya ini biarkanlah saya habiskan perkongsian saya ini. jangan cepat menjatuhkan hukum sahabatku…bersihkan lah pandangan, bersihkan lah pendengaran dan sucikan lah sekeliannya…

        sdri mempunyai pandangan sendiri tidak mengapa. tetapi apa yang ingin saya kongsikan berlainan sama sekali dengan apa yang sdri utarakan di atas. dan kesimpulan saya mungkin amat berlaianan dgn apa yang terlintas di fikiran sdri.

        disini saya hanya berkongsi mengikut pandangan hati terdalam saya bukan selainNya. gerak diam Allah lah jua tiada berdua, bertiga dan sebagainya.

        izinkan saya habiskan perkongsian. saya tidak minta untuk dibahaskan krn perkongsian saya belum pon selesai.

        insyaAllah bila digerakkan untuk berkongsi saya akan teruskan….. dan sekali lagi ingin saya katakan pandangan/ penglihatan terdalam saya berkaitan pengalaman saya sendiri itu amat berlainan dengan apa yang sdri katakan di atas.

        sehingga berjumpa lagi….

        ikhlas

        1

        Like

      2. Saya mohon maaf dari sahabat hamba pasrah. Semuanya dari gerak Allah jua baik yang baik maupun yang buruk. Tilik Allah pada setiap perkara. Yg saya nampak Allah semuanya.

        Like

    2. Saya suka baca coretan pengalaman tuan. Hanya satu yang saya hendak pesan kepada semua, nak mandi apapun boleh, tetapi tidak akan dapat menyuci rohani mu denngan hanya mandi air limau purut. Melainkan suci itu bila mengenal Allah dan meniadakan diri. drp hj shaari

      Like

  9. as salam

    saya sambung perkongsian saya di atas.

    saya rasa tidak perlu untuk saya katakan balik apa yang guru tersebut katakan pada saya kerana tidak elok diperkatakan secara umum disini. memadailah saya katakan “sama” sebenarnya dan menuju kepada “Yang Satu” cuma berbeza kaedah dan olahannya. dari segi zahir memang amat berbeza dari segi penggunaan istilah, sebutan,pendekatan dan olahan ceritanya tetapi alhamdullilah – segala pujian2 hanya Allah kerana semasa berdepan dengan guru arif tersebut saya langsung tidak ternampak perbezaan dengan apa jua yg diperkatakan kpd saya. saya akan kongsi sedikit dialog saya dengan tuan guru arif tersebut di bawah nanti. dialog2 sensitif tidak akan saya kemukakan secara terbuka disini kerana akan kelihatan terlalu janggal dan mengelirukan. jadi bagi menghormati sekelian yang ada dan pembaca blog tuan guru shaari yang kita kasihi ini, biarlah ia menjadi rahsia diri saya untuk mengelakkan fitnah dan sebagainya.

    jadi untuk mengenal guru rohani sebenar rohani dan ariffbillah bukanlah dengan menggunakan mata yang zahir dan untuk memanfaatkan ilmunya jua bukanlah dengan menggunakan telinga yang zahir. bila digunakan indera yang zahir maka tidak akan kelihatan apa jua yang bermanfaat melainkan pelbagai andaian kasar yang tergambar di mata kasar kita (berupa sangka2an/ anggap2an). maka dengan itu akan membuka jurang perbezaan dan bila berbeza pastinya kita akan katakan kita yang benar dan orang itu dan orang ini tidak benar, sesat dan sebagainya. jadi gunakanlah indera yang batin untuk melihat dan mendengar kepada yang Maha Benar dan Haq.

    banyak perkara yang tidak bisa saya kongsikan di sini kerana guru tersebut menggunakan ayat yang dalam. cukuplah saya katakan disini saya sudah faham maksud tuan guru tersebut bila ditemukan dengan beliau. umpamanya kalau ditanam benih ciku akan menjadilah pokok ciku dan merasalah kita buahnya ciku yang manis sedap dimakan. saya pendekkan cerita.

    dan berkenaan 2 ayat (4 perkataan melayu lama) yang disuruh saya sebut dan ingat semasa berbaiah (salam) dengan beliau ada dailognya…. spt demikian:-

    “tok… saya dah cuba tetapi didalam hati saya tetap mengatakan itulah Allah…Allah…Allah…” soalan saya pada tuan guru arif.

    “itulah sebenar2nya….. tapi kalau sebutan itu tidak benar…maka ayat aku akan terpakai akan dikau…” tuan guru.

    sememangnya itu yang terjadi kerana sebutan Allah..Allah…Allah yang tidak berhenti2 di dalam hati terdalam saya setiap masa (mula saya buka mata tidur hinggalah saya tidur) bukanlah buat2an saya…ianya sememangnya terjadi secara automatik dan sendiri dan sehingga sekarang tidak terpakai dan tidak bisa dimasuki yang lain. sememangnya apa jua disebut diperkatakan tetap ia mengatakan Allah…Allah…Allah… tiada yang lain.

    pada malam tersebut selepas minum balik dari kedai minum saya singgah balik bersembang di rumah tok guru bersama sahabat2 yang lain. agak banyak perkara yang tuan guru cerita pada malam tersebut.

    di atas adalah cerita pertemuan saya dengan seorang guru ariffbillah disini…cukoplah saya rasa apa yang saya hidangkan.

    dan ptg tadi saya terima sms dari sahabat saya utk berjumpa. saya faham maksud perjumpaan tersebut. sahabat saya itu ingin tahu feedback pertemuan tempoh hari bersama guru beliau.

    saya katakan pada beliau ok aje dan ucapkan terima kasih kerana menemukan saya dengan guru beliau. bagi saya tidak salah kerana niat sahabat saya itu sememangnya baik. dan beliau katakan kepada saya bernasib baik kerana baru kali pertama berjumpa tuan guru banyak bab dibukanya. masa beliau bersama tuan guru jangan harap dapat banyak macam itu katanya.kekadang berjam-jam tunggu baru sepatah dua perkataan keluar dari mulut guru beliau.yang lain2 hanya berbual kosong. tak tahulah saya perkara itu kerana saya anggap ia hanya usikan sahabat saya terhadap saya tanda gembira beliau kerana saya memenuhi pemintaannya untuk berjumpa dengan guru beliau. bagi saya tidak menjadi masalah itu semua.

    jadi disini dapatlah kita lihat bahawa kehendak Allah mengatasi segalanya contohnya saya sememangnya sudah tidak hendak lagi berjumpa sesiapa berkaitan tentang perkara ini tetapi siapa yang boleh menghalang kehendak Allah…??? akhirnya bertemu jua saya dengan guru tersebut.

    cuma di petang tadi saya secara ikhlas mengatakan kepada sahabat saya bahawa saya tidak akan ketemu lagi dengan guru beliau. cukuplah sekadar pertemuan tersebut. saya seronok dengan pertemuan tersebut. dan saya tidak menafikan ilmu tok guru tersebut waimah segala peralatan spt limau purut, mandian, kemenyan dan sebagainya serta apa jua yang dipersembahkan kepada saya kerana sememangnya – sebutlah apa saja katakanlah apa saja hati saya tetap mengatakan Allah….Allah….Allah.

    dengan kata lain, dengan bahasa yang lebih mudah saya katakan demikian – janganlah oleh dek kerana istilah kita berbeza, sebutan kita berbeza, pendekatan kita berbeza, cerita kita berbeza maka sehingga kita menafikan Yang Maha Satu!!

    saya kongsikan perkara ini kepada sahabat2 sekelian kerana kemungkinan sahabat2 pernah melaluinya dan akan melaluinya dengan pendekatan yang berbeza2 di masa lalu dan masa hadapan. gunakanlah “indera batin” maka akan terlihatlah akan Yang Maha Satu – maka akan terhindarlah kita akan “ketaksuban” dan “keujuban” kepada diri sendiri, “ketaksuban” dan “keujuban” kepada ilmu sendiri…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    maka jika diri itu tiada lagi, ilmu itu tiada lagi…..jadi apakah yang tinggal…????

    Ahad…..Ahad….Ahad….

    ikhlas

    1

    Like

    1. salam buat hamba pasrah dan semua peminat blog tuan guru..semoga setiap ulasan ilmu disini dapat manfaat bagi mereka2 yg masih hijau seperti diri saya..

      Like

    2. Tahniah atas sifat yang mulia anananda itu. Harap ananda tidak sekali2 mengecil2kan guru orang lain. Biarlah dia dengan limau purut, kemeyang atau mandi bunga. Kita tidak boleh mengecilkan ilmu orang lain, yang pentingn tidak sekali-kali hilang bisanya, bila ular menyusul akar. Saya sekali2 tidak benar anak didik saya merendah2kan ilmu atau guru orang lain.Drp hj shaari

      Like

  10. Terima kasih kepada hamba pasrah dan bicarahati atas teguran,nasihat, ingatan kepada saya. Tuan berdua seumpama sebatang pokok durian yang sudah cukup matang dan kukuh. Yang telah mengeluarkan hasil dan yang telah pun menikmati hasilnya, sedangkan saya seumpama benih/ biji durian yang baru disemai 5 bulan lepas, baru nak mula bercambah, batangnya belum ada hanya daun 2,3 helai yang keluar, belum matang,belum kukuh.
    Dalam keadaan ini terkadang saya teralfa untuk menilik kepada tuan yang empunya afaal, bukan kehendak saya jadi begitu semua itu atas kehendakNya jua. Dengan kehendakNya jua saya disedarkan kembali untuk menilik dia yang empunya afaal. Oleh yang demikian saya memerlukan orang yang lebih matang ilmunya untuk menyedarkan saya.
    Pagi Jumaat baru ni sahabat dari shah alam (awie no tel 0133989877) telah pun membuat group watsapp, jemaah hanya ada 6 org je, itu tujuan saya meminta nombor tel sahabat semua. Kami memerlukan bimbingan ilmu, nasihat dan teguran dari suadara hamba pasrah, bicara hati dan y6ang lain2 semoga kami dapat mengukuhkan pokok durian yang baru nak mula tumbuh. Harap sahabat2 semua sudi untuk join group makrifat tok kenali.

    Like

    1. as salam…

      tidak mengapa itu sdri hamisah harun. kita semua sama disini tiada yang lebih tiada yang kurang disini cuma Allah swt berikan kefahaman yang berbeza utk memperlihatkan Maha KayaNya Dia!! kita semua disini adalah anak didik tuan haji shaari yang di kasihi samada secara langsung atau tidak langsung. marilah kita semua panjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kurniaNya dan berterima kasih kita kepada tuan guru haji shaari kita yang telah menyediakan “platform” weblog ini untuk kita semua menimba ilmu sesama kita selain hasil2 nukilan terbaik tuan guru sendiri yang terdapat di blog ini.

      terima kasih ayahanda tuan guru dan terima kasih jua kpd sahabat2 seperjuangan sekelian….

      ikhlas,

      1

      Like

      1. Benar Hamba Pasrah – kita bersyukur pd Allah & berterima kasih srta stinngi pghargaan pd TG Hj. Shaari yg sudi mendidik dan menunjuk jalan…hrta benda, wang ringgit, nama dan pgkat tdk kemana dan tdk akan kekal di tgn kita, hari ini harta bertimbun, apakah esok masih kita punya lg? w/pun kita kaya raya tp ‘mata-hati kita miskin’ dan apalah gunanya kita hidup seribu tahyn klau tdk dpt ‘keredhaan dan RahmatNya’…….!!!

        Like

    1. as salam….

      terima kasih kpd sahabat azmi yang berkongsi vclip di atas. sangat bermanfaat utk saya dan juga yang lain di sini.

      teruskan berkongsi sahabat!

      mari kita fahamkan sedalam2nya lirik di atas. ahmad dhani pernah di cop “yahudi” krn menggunakan lambang2 illuminati di cover/ kulit album band beliau sebelum ini dan kecoh di indonesia sekejap tempoh hari (salah satunya adalah simbol “mata satu”).

      kok rupanya ahmad dhani ini lebih “mengerti” akan maksud lambang2, simbol2 purba tersebut….????????????????????????????????????????

      apa pon simbol dan lambang itu mempunyai hakikatnya tersendiri begitu jua hakikat syurga dan neraka. selagi namanya makhluk dan “tersimbol” mempunyai hakikat2nya tersendiri yang di cipta oleh Allah swt bagi menyatakan kekayaan, kebesaran, kebijaksanaan, kesempuraan kerajaanNya.

      seperti kejadian yang lain berpasang-pasangan begitu juga kerajaan ini yang “ternyata” di universe ini (sekelian alam maujud), pasti ada pasangan di sebelahnya.

      dan lagu ini serta lagu2 yang lain juga terdiri dari kompenen2 hakikat tersendiri dan kalau terbuka akan pasti menuju Yang Satu. sebab itu bagi yang memegang tauhid sebenar tauhid tiada akan lagi mendengar selainNya.

      hakikat syurga dan neraka terlalu kritis utk di rencanakan secara umum di blog semurni ini ditakuti bisa mengundang “fitnah” dan kekeliruan bagi yang lainnya.

      jadi – benarlah apa yang ditanyakan ahmad dhani itu “jika syurga dan neraka tidak pernah ada masihkah kau sujud padanya..?” mari kita fikir dan renungkan sedalam2nya maksud tersirat ini. maka dengan itu carilah hakikat “sujud” itu sendiri maka akan terbongkarlah rahsia diri sebenar diri……………….dot…dot..dot.

      setiap bunyian adalah laungan kenyataanNya bagi yang bisa mendengarnya dengan pendengaran dalaman. indera batin ini sememangnya amat halus untuk diperkatakan. maka akan terasalah kemerduan dalam kemerduan dan kerseronokan dalam keseronokan yang hakiki. dan segala “bunyian” itu tidak sia2 pada “pendengaran Tuhan”.

      maka dengan itu marilah kita bersujud sebenar2 sujud, menyebut dengan sebenar2 sebut dan juga memuja dengan sebenar2 puja pada namaNya Yang Satu!!!!!

      Ahad…Ahad….Ahad!

      ikhlas

      1

      Like

  11. Assalamualaikum. .

    mohon Tn Hj terang kan. .

    kita ni xde..kita ni hanya fikiran Nya..kun fayakun Dia..
    contoh bile kita berfikir..yg kita fikir itu lah kita..tiada apa apa..

    Like

  12. Assalamulaikum. Saya rasa ilmu makrifat, mengenal diri dan lain-lain sabit dengan roh, nyawa, nafsu adalah urusan Allah semata-mata dan tidak juga satu kepastian bagi orang muslim mesti mengetahui perkara-perkara rumit ini untuk bersolat, puasa, zakat dan lain-lain. Sekiranya perkara ini yang dituntut pasti Rasul (SAW) telah mengajarkan kita semua dengan terperinci, firman Allah juga ada sebut bahawa roh itu urusan Allah sahaja. Sekian, harap maaf.

    Like

  13. Salam kepada yang ber agama islam .
    Siapa Aku ,siapa Allah ,siapa mula-mula kenali Allah ber nama Allah .Alif lam lam ha .atau nama bumi itu bumi ,pokok itu pokok ,alif itu alif sampai ya itu ya.. A itu A SAMPAI Z ITU Z. SIAPA NAMA KAN ….INGAT BELAJAR PERLUKAN GURU SEBENAR GURU….CALL NO SAYA 013 3484947 .NO 0 HINGGA 9 DI NAMA KAN NO ITU SIAPA BAGI NAMA. SIAPA MEMPERKENALKAN ZAT ALLAH ,SIFAT ALLAH ,AFALL PERBUATAN ALLAH ,ASMA ATAU NAMA ALLAH ITU ASMA ALLAH.SIAPA BAGI MULA MULA …..FAHAMI BETUL-BETUL AMALAN…..KITA DUDUK TAHAP MENGKAJI DAN MENGAJI…CUBA TENGOK ORANG BUKAN ISLAM SUDAH ZAHIRKAN APA SAHAJA YANG DIA RASA NAK ZAHIRKAN SUDAH DI ZAHIRKAN…FIKIR SAHAJA DAPAT DI ZAHIRKAN….KITA YANG PAKAI KERETA ,MOTOR,TELEPUN ,SEMUA NYA DIA ORANG ZAHIRKAN….JANGAN KITA JADI SEPERTI MAKHLUK GHAIB ,JIN ,SYAITAN ,IBLIS YANG TAK DAPAT ZAHIRKAN APA APA PUN…JADILAH MANUSIA DI NAMA MANUSIA YANG DAPAT MEMBERI MANAFAAT …KPADA YANG DI JADI MAKHLUK DI NAMA KAN MAKHLUK NYA BERNAMA ATAS NAMA ALLAH.

    Like

  14. Nama tanah tetap tanah cuma di nama kan tanah apa ..tanah bukit ,tanah gunung lain2,air apa di nama kan air apa tetap air cuma di nama kan air ombak ,air terjun lain2,api tetap nama api cuma di nama kan api marak ,api terbakar,api perut bumi api gunung berapi lain2,angin tetap angin di nama kan sahaja nama angin ribut ,taufan ,dan lain2.

    Like

  15. Hamba pasrah, sy pelajar yang tinggal di merlimau jaya, sy masih dalam keadaan bersangka-sangka dalam pembelajaran ilmu makrifat. Bolehkah mungkin kita bertemu untuk sy mendapat lebih kefahaman?

    Like

  16. sebuah hikayat tentang nafsu …

    ketika Allah menciptakan nafsu , Dia pun mengambil ikrar dan perjanjian dngn nafsu itu .
    Allah berfirman kpdnya ;

    “bukankah Aku ini Tuhanmu ?” ,
    nafsu menjawab ;
    “bukan ,Engkau bukan Tuhanku , melainkan akulah tuhanMu” .

    Tuhanpun memerintahkan kpd api untk membakarnya , maka dibakarlah nafsu itu dalam kobaran api selama 1000 tahun ,
    kemudian Allah kembali bertanya kpdnya ;

    “bukankah Aku ini Tuhanmu ?” .
    namun nafsupun kembali membantah ;
    “Engkau bukan Tuhanku , melaikan akulah tuhanmu” .

    Allah pun kembali menghukumnya , Dia memerintahkan kpd suhu yg sangat dingin untk membekukannya , nafsupun dbekukan dalam suhu yg sangat dingin selama 1000 tahun .

    kemudian Allah kembali menuntut pengakuannya , namun nafsu tetap membantahNya .

    hingga kemudian nafsu itu dibelenggu dan dikurung selama 1000 tahun tanpa makan dan minum , nafsupun menjadi lemah , lapar tak berdaya .
    kemudian Tuhan kembali bertanya kpdnya ;

    “alastu birobbikum? (bukankah Aku ini Tuhanmu?) ”
    dalam keadaan lemah dan lunglai , nafsupun akhirnya menjawab dan berikrar ;

    “balaa , syahid,na (benar , kami bersaksi bahwa Engkaulah Tuhan kami) ”

    mohon penjelasan da hj shaari…..

    Like

  17. Nafsu adalah Maya yg ada pada setiap makluk yg bernama MANUSIA. Nafsu tiada kaitan dgn roh jauh sama sekali.roh adalah oksigen yg keluar masuk dalam diri kita.Klau roh ada pada diri kita Cuba tuan2 terjun kedalam lautan dalam Tampa oksigen boleh ke tuan2 hidup???? sebab tu di sebut Allah ada dimana2.Allah di jadikan Tampa zat sifat ujud tu bukti yg nyata.klau nak belajar tu Biar ada tekad DLM diri.kenal diri x semestinya kenal yg maha esa. Di dalam roh ada rah.di dalam rah ada brahmana.roh ITU suci.rah paling suci Dan brahmana pula suci lg mencucikan.

    Like

  18. Quran jantungnya al fatihah.al fatihah jantungnya bismillah.bismillah jantungnya Alif lam min.Alif lam min jantungnya yasin.JD kita harus kanji APA ITU Yasin atau manusia.kenapa ada 7mubin Dan dimana letaknya mubin 1-7.bru kita nampak bukti yg nyata bismillah.kenapa bismillah 19hurup Dan kenapa bismillah ITU sifat 20. Dlam tingkatan ilmu yg di pelajari kita bermula
    1.syariat
    2.terikat
    3.marifat
    4.hakikat
    5.hakiki
    6.hawajakar
    7.Solok
    8.wadi (7petala bumi 7 petala langit)
    9.karmadi
    10.menitis
    11.menungal
    12.sejiwa
    13.seraga
    14.sukma
    15.sainasi

    Like

  19. INI adalah perjalanan perguruan gunung muria wali songgo yg mulia kanjeng sunan ampel Dan anaknya kanjeng sunan bonang.sunan Kali jogo (nama sebenarnya raden sahid)menantu sunan bonang.sekarang ada di sekitar johor guna nama din diar.mints maaf semua diluar sana.sy pun masih merangkak2 Cuba mengenal Alif sampai ya.

    Like

  20. saya baca penerangan dan komen diatas…masalahnya fikiran ni dok piker jer…bagaimana cara nak mematikan diri sebelum mati…bagaimana nak jelmakan roh…mana boleh bayang-bayang..benda yang ghaib nak dijelmakan..macamana..pening dah kepala pikir dah.. kalau tidur tahu roh itu pun cam mimpi rasa.. kalau dalam bangun dalam sedar cam sekarang macam mana nak lakukan/nak menhadirkan diri..harap dapat huraian.dari ustaz atau saudara2 yang mengetahui. Alhamdulillah terima kasih..

    Like

  21. yang melihat itu allah…saya buta… memang tak terbayang… yang boleh kenal allah boleh kenal allah…saya rasa macam terpisah saja ustaz.. saya dalam sedar macam ini bagaimana nak rasa yang melihat itu allah, yang dgr itu allah..yg ada itu allah..sampai terbawa2 dalam solat /melayang2 pikiran saya rasa ustaz…tak terasa saya itu allah..sekadar tahu kita milik allah..itu ini allah yg gerakan.. Tolong ustaz tunjuk jalannya…jem pala

    Like

  22. Tumpang lalu..
    Apabila ilmu laduni ‘disyariatkan’ ….ginilah jadinya. Setiap tahap ilmu itu ada ahlinya…ada adabnya….ada disiplinnya. Jika ia dicampuradukkan …..ginilah jadinya.

    Like

  23. hj ashaari ni dah tua sangat ka dok gelar kami “anak muda” hehehe . KIta ni umur sebaya lebih kurang la tuan ….. Saya antara yg bertemu dgn hj asyaari malam tu . Tak sampai 15 minit berbincang nak blah . Lepas tu tak pertahankan yang ilmu hj asyaari tu betui 2 dri tuk kenali .. kita ni sebaya la hj asyaari . tok saya arwah TUan Cholan dgn guru saya Arwah Hj mat Saman Kati tu yg betui layak panggil kami anak muda pasai di pernah bertalaqqi dgn arwah tok kenali .
    yg benar ,,, saya Ayahlang / Ipoh Perak .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s