Aside

Sudah lama saya tidak mengukir kata melalui web (universiti Qalbu mukmin), rasanya teramat rindu untuk bertemu peminat2 di luar sana. Apa kahabar ananda semua?, semoga dirahmati Allah hendaknya.

Diruangan yang sesingkat ini, inginlah ayahnda bertanya kepada sakalian peminat universiti ayahnda ini, dengan satu pertanyaan. Kalin semua sudah mengaji, belajar dan menuntut di universiti Qalbu Mukmin sydah sekian lama, oleh itu inginlah saya buat satu ujian bertulis melalui blog ini. Ujian ini, adalah bertujuan untuk mengukur samada lulus atau gagal (tahu atau tidak) perkara mengenal diri?. Untuk menentukan lulus atau gagal, saya ingin ajukan satu solan, manakah yang dikatakan diri? (sebenar-benar diri).

Contohnya tuan-tuan bernama mamat bin dollah, saya ingin bertanya kepada pelajar-pelajar sekalin, manakah yang diletaknya atau bertempatnya mamat bin Dolah, cuba tunjukkan kepada saya mana bertempat atau letaknya mamat bin dollah diatas diri tuan-tuan.

Jika tuan-tuan angkat tangan bagi mengisyaratkan diri tuan-tuan itu mamat bin dollah, tangan yang tuan-tuan anggkat itu, bukan mamat bin dollah, itu bernama tangan. Jika tuan-tuan mengisyareatkan dengan menunjuk ke arah dada, dada yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, yang ditunjuk itu adalah dada (dada bukanya mamat bin dollah).

Dimanakah bertempatnya mamat bin dolah atas batang tubuh tuan-tuan kiranya ada?. Tuan mengaku diri tuan-tuan seumpama bernama mamat bin dolah tetapi dimanakah letaknya mamat bin dollah.Tangan bukan mamat bin dollah dan dadapun juga bukan mamat bin dollah. Anggota yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, itu anggota dada dan itu anggota tangan. Dimanakah letak atau bertempatnya mamat bin dollah. Yang saya mahu tahu, manakah yang dikatakan mamat bin dollah atas diri tuan-tuan, kiranya ada?.

Jika tuan-tuan tidak dapat jumpa nama sendiri di atas diri (batang tubuh) tuan-tuan, bagaimanakah tuan-tuan semua boleh mendabik dada mengaku mengenal diri?. Barang siapa berjumpa jawapan manakah nama diri sendiri di atas batang tubuh, bererti tuan-tuan adalah tergolong dalam mereka yang mengenal diri.

Jika ada berjumpa dengan diri sendiri, sila jawab melalui laman ini, agar semua orang diluar sana dapat membaca dan menilainyanya. Jika nama sendiripun tidak dapat ditemui, bagaimanakah pula ingin mengenal Allah (sedang diri sendiripun belum lepas dan tidak dapat dicari, mana mungkin dapat mengenal Allah!). Saya berseru kepada mereka-mereka yang diluar sana, yang selalu bercakap tentang mengenal Allah, sila beri jawapan…………….

Belajar ilmu makrtifat itu, bukan sekadar tahu bercakap atau tahu berpidato sahaja, lebihnya ilmu makrifat itu, adalah diatas faham, faham dan faham…………………Jika benar-benar faham, sila beri jawapan supaya kita semua dapat mempelajari dan menilainya.

Sila beri komen, baik murid lama atau murid baru……………………………… daripada haji Shaari

Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

Advertisements

14 comments on “Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

  1. Nama cuma sekadar kata untuk menyata. Beribu nama cuma kata-kata. Hakikatnya semuanya tiada dan tidak memberi makna.

    Like

  2. as salam…

    alhamdullilah- segala puji bagi Allah swt akhirnya terpanggil jua ayahanda tuan guru utk menulis tentang tajuk “diri sebenar diri” setelah agak lama menyepi diri. di komen saya terdahulu ada mengatakan… diri sebenar diri….dot…dot..dot (komen saya di video clip yang dikongsikan oleh sahabat azmi). sesungguhnya kami semua di sinilah yang patut berterima kasih kpd tuan guru ayahanda kerana membimbing kami selama ini dan menyediakan “platform” ini utk berkongsi dan menimba ilmu Yang Maha Luas ini.

    Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma’rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. ” La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun” Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A’fal kamu diisbatkan A’fal Allah, Nafikan asma’ kamu, diisbatkan Asma’ Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dalam memahami istilah diri sebenar diri.

    banyak istilah lain diri umpamanya seperti diri tajalli, diri terperi dan sebagainya dan kalau istilah roh pula banyak juga ada yang istilahkan kepada 9 jenis roh dan fungsi2 serta tugasnya masing2…. waimah apa sekalipon apa yang saya faham tentang pelbagai istilah di atas hanyalah istilah bagi memberi faham mengikut aliran masing2 dan bila terbuka hakikatnya akan terpandang lah kita akan terkenal lah kita akan Yang Maha Satu jua tiada yang lain.

    terima kasih sekali lagi ayahanda tuan guru dan sahabat2 sekelian.

    ikhlas

    1

    Like

  3. Ni faham dari diri saya yang benih duriannya baru nak bercambah,belum kukuh pun lagi batangnya ditiup angin kuat sedikit patahlah ia. Bila sudah mengenal diri sebenar diri maka diri sebenar diri itu sudah tidak ada zat/dirinya, sudah tidak ada sifatnya, sudah tidak ada asma’nya sudah tidak ada afaalnya kerana zat sifat asma afaal diri sebenar diri itu telah tenggelam dalam lautan Zat yang haq & baqo, tenggelam dalam lautan sifat yang haq & baqo, tenggelam dalam lautan asma’yang haq & baqo,tenggelam dalam lautan afaal yang haq & baqo. Maka tidaklah lagi aku itu bernama kerana sesungguhnya aku itu sudah tidak berwujud lagi, aku itu sudah tiada zat/diri lagi. Asma’ku itu adalah asma’NYA jua yang telah ditentukanNYA di LUH MAHFUZ, bukannya ibu bapaku yang menentukan namaku itu.

    Setelah aku mengenal aku, maka Engkau ku kenal dengan nyata, maka Engkau itu sudah tidak ada zat, Engkau itu sudah tidak ada sifat, engkau itu sudah tidak ada asma’,Engkau itu sudah tidak ada afaal kerana Engkau telah nyatakan semua itu ke atas aku yang mengenal aku.

    Like

  4. Salam Tuan Guru, salam untuk semua yang sukakan blog Haji Shaari. Saya suka suka, dan sesiapa faham maksud saya, dia dapat diskaun ke syurga !!!!

    Ada 2 orang yang hidup di satu daerah di India. Di tempat mereka ada seorang guru rohani terkenal. Salah seorang yang yang 2 orang ni, warak dan suka beramal. Hari hari dia beramal dan mengabdi diri pada tuhan. Satu hari dia terfikir, adakah tuhan ??? Kalau tuhan tak ada maknanya selama ini dia buang masa !!! Dia pun jumpa guru sufi ini. Dia tanya guru, adakah TUHAN WUJUD ??? Guru ini jawap TUHAN TAK ADA !!! Dia sungguh kecewa kerana guru tu kata TUHAN TAK ADA. Jadi dia rasa apa dia buat selama ini sia sia. dia frust !!!

    Seorang lagi pula, dia memang tak percaya Tuhan itu ada. Hari hari dia memberi ceramah suruh manusia jangan percaya Tuhan. Kerja sia sia. Satu hari dia pula terfikir, kalau TUHAN ada, dia tentu akan dihukum oleh Tuhan kerana mengajak manusia tak percaya Tuhan. Dia juga sebelah petangnya jumpa guru yang sama. Guru ini kata TUHAN itu wujud. Dia mulai takut.

    Guru rohani yang sama , sebelah PAGI DIA KATA TUHAN TIDAK ADA dan PETANGNYA , GURU ITU KATA TUHAN ADA. Pelikkan, bagaimana guru yang sama memberi jawapan yang berlainan kepada 2 orang ini ?? 2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……

    maaf , saya SUKA SANGAT SANGAT apa yang tuan Hamba Pasrah dan Hamizah sampaikan, boleh tolong ulas apa maksud saya, kerana sepertinya tulisan tuan dan puan, sudah benar benar nyata !!

    Like

    • as salam…

      sahabat ku azmi ini adalah pandangan dan penglihatan peribadi saya atas apa yang sahabat azmi utarakan di atas. dan dari pengamatan saya telah 2 kali sahabat azmi utarakan perihal ini. di sini menunjukkan sahabat azmi bersungguh-sungguh untuk mengetahui pandangan sahabat2 yang lain. diharapkan sahabat2 yang lain juga bisa membantu mengupas persoalan sahabat azmi secara bersama dan berhemah. lagi banyak pandangan lagi bagus. cuma apa jua yang diperkatakan oleh para sahabat disini terima lah dengan hati terbuka dan berpeganglah hanya kepada Allah- iktikadkan di dalam hati hanya Allah sahajalah Yang Maha Benar. kita semua disini digerakkan dan didiamkan olehNya jua tiada yang lain di dalam ilmuNya yang Maha Hikmah.

      sebelum itu di harapkan sahabat azmi bisa baca tentang nafi/isbat yang terdapat dalam kalimah tauhid (kalimah yg dilihatkan oleh Allah swt sebaik sahaja bapa jasad kita Nabi Adam membuka matanya) di atas berulang2 kali dan cuba fahamkan maksudnya sebenar2 maksud dan iringkan ia dengan nukilan sdri hamisah harun di atas serta komen saya atas nukilan sdri hamisah tersebut dan penutupnya cuba sahabat azmi baca nukilan sahabat kita yang lain iaitu mohamad hambami utarakan di komen beliau di bawah dan fahamkan sebenar2 faham firman Allah swt di dalam surah a–anaan ayat 6:32. insyaAllah sahabat ku azmi akan faham maksud kami bertiga.

      saya ada nukilkan tentang pengalaman saya berjumpa dengan seorang guru rohani dan ariffbillah di melaka ini yang ditemukan oleh sahabat lama saya tempoh hari di komen saya sebelum ini di tajuk post ini https://makrifattokkenali.com/2014/01/31/nafsu-bukan-diri-diri-sebenar-diri-itu-adalah/#comments. tetapi ulasan saya telah tidak di pertontonkan secara umum lagi disitu kerana ianya sensitif. tidak dipertontonkan oleh tuan guru kita dengan gerak dari Allah swt atas kehendakNya kerana untuk menjaga kemurnian blog ini dan untuk tidak dijadikan modal sanggahan oleh yang lain yang tidak faham apa yang cuba kita semua sampaikan disini secara tersirat. dan untuk pengetahuan sahabat azmi guru kita ini ayahanda tuan guru hj shaari adalah juga seorang guru rohani dan ariffbillah yang mengetahui yang mendengar dan yang melihat dengan menggunakan “indera dalaman”.

      jadi untuk memanfaatkan ilmu dari seorang ariffibillah kita perlu menggunakan “indera dalaman” – iaitu “penglihatan dalaman” dan jua “pendengaran dalaman” barulah akan terbuka segala hakikat dengan izinNya jua

      dari nukilan sahabat di atas itu adalah contoh “iktibar” yang kita boleh dapat dari seorang guru rohani di benua India. Allah swt sebenarnya telah dan akan membuka dan menyampaikan “iktibarNya” ke seluruh pelusuk dunia untuk seluruh zaman dan untuk seluruh umat (bila kita katakan umat bukan hanya tertuju kepada manusia sahaja, ia tertuju jua kepada makhluk2 yang ghaib seperti jin dan seumpamanya bagi kelangsungan ilmu dan kenyataanNya di kerajaaanNya disini) bagi memperlihatkan semata2 kekuasaanNya, kebesaranNya, kebijaksanaanNya yang dinyatakan olehNya kepada para utusanNya.

      maka dengan itu jika kita gunakan “indera luaran” maka akan terlihatlah kita kepelikan sifat2 seorang guru ariffbillah tersebut dan mungkin akan membingungkan kita. ianya adalah umpama “hijab” yang ditutup sendiri oleh Yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa ke atas diri guru rohani tersebut. maka dengan itu sukar untuk kita fahami bahasa, sebutan, istilah dan sebagainya yang di persembahkan olehnya. ada hikmahnya sahabat ku azmi.

      guru adalah utusanNya jua untuk menunjuki kita semua setelah tertutupnya “pintu kenabian/ kerasulan” di tanah Mekah mengikut ajaran syariat dan feqah dan kita wajib mempercayainya. tetapi ingatlah sahabatku azmi “Kalam Allah” tidak berputus2 adanya. sesungguhnya hakikat kenabian dan kerasulan ini jua akan terbuka hanya dengan izin Allah swt kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah swt telah menurunkan beratus ribu nabi kepada umat2Nya (sila rujuk pengertian umat di atas) tetapi yang wajib kita ketahui ada berapa….? dan kalau rasul pula ada berapa yang wajib kita ketahui..? ada hikmah disebaliknya sahabat ku azmi.

      berbalik kepada persoalan sahabat azmi di atas, mengapakah guru rohani yang sama berbeda memberikan pendapat beliau kepada 2 orang tersebut…??? inilah yang dikatakan “kebijaksanaan” dan “hikmah” yang dikurniakan oleh Allah swt.

      dari cerita di atas guru tersebut sebenarnya bertujuan untuk “menunjukki jalan yang benar” yang perlu di lalui oleh 2 orang yang berbeda tersebut. dan guru tersebut telah mengambil contoh teladan terbaik dari Rasullullah saw junjungan Nabi kita Muhammad saw dalam menangani segala permasalah yang dikemukakan kepada beliau ketika hidop beliau. key disini adalah “kebijaksanaan” dan saya rasa sahabat azmi telah pon ketahui sifat2 nabi yang lain. itulah terladan terbaik untuk seluruh zaman.

      ketahuilah sahabat ku azmi seorang guru rohani dan ariffbillah itu (sebutan ramai) adalah seorang yang “bijaksana” dan bisa melihat dengan “indera dalaman” beliau bisa lihat di dalam lihat dan dengar di dalam dengar dan mengetahui hakikat2 kejadian yang ada (maujud). di perkatakan oleh beliau kepada si A “Tuhan itu tidak ada/tiada wujud” dan dikatakan kepada si B “Tuhan itu ada/wujud” ada hikmahnya bagi tujuan “mendidik hati” keduanya.

      maaf…saya akan bersambung dengan izinNya. ada hal/urusan anak yang perlu saya utamakan.

      terima kasih dan sehingga ketemu lagi….

      ikhlas

      1

      Like

    • Saudara azmi saya cuba menjawab maksud disebalik kisah 2 situasi tersebut, Guru berkata kepada si alim yang abid Tuhan itu tidak wujud kerana si guru beranggapan bahawa si alim yang abid ini seorang yang mengenal akan dirinya, bila si alim yang abid ini mengenal akan dirinya maka dia pasti akan mengenal tuhannya, maka sebab itulah si guru menyatakan bahawa tuhan itu tidak wujud. Bila engkau sudah mengenal tuhan maka tuhan itu sudah tiada zatNya, sudah tiada sifatNya, sudah tiada asma’Nya dan sudah tiada afaalNya. Bila zat,sifat,asma’ dan afaal tiada maka benarlah kata si guru bahawa tuhan itu tiada kerana zat, sifat,asma’ dan afaal tuhan itu telah ditajali/dinyata/dizahirkan ke atas diri si alim yang abid itu.

      si guru berkata diri yang tidak percaya kepada tuhan bahawa tuhan itu wujud kerana si guru beranggapan bahawa dia tidak mengenal dirinya, bila tidak mengenal diri maka sudah pastilah tidak mengenal tuhannya. Bila mana tidak mengenal tuhannya maka tuhan itu mempunyai zat, sifat, asma’dan afaal (wujudlah tuhan) kerana diri yg tidak mengenal tidak dapat melihat/menilik zat, sifat, asma’ dan afaal tuhan ke atas dirinya. Semoga para pembaca beroleh faham.

      Like

  5. Salam tuan haji Sesungguhnya Pada hakikanya diri kita ini tidak Wujud yang wujud allah
    “:pada permulaan allah sahaja yang ada dan tiada apa pun bersamanya ”
    sesungguhnya segala yang alah laku hanya lah pada dirinya (sudah Ditulis di Loh Mahfuz sejak azali lagi ) baginya tiadalah kehidupan dunia ini selain main2 dan senda gurau (al Anaan 6:32) . maka peranan inilah yang dilakonkan oleh diri yang tak wujud ini .

    Like

  6. Assalamualaikum tuan guru …kpd sahabat semua…semoga sihat..
    terima kasih tuan guru mberi ujian ini dapat la diri ini mgukur kefahaman ini yg selama ini ditaburkan seperti hujan oleh tuan guru…..
    DIMANA TETAK NAMA?
    Kalau ditanya di mana letak nya mohd hisham bin mohd noor pd diri ini jawapan sudah tiada tempat didiri ini…semuanya sudah bernama….jd faham la sebenarnya mohd hisham tiada tmpat didiri ini ianya hanyalah sekadar nama dn sebutan…NAMA tidak mberi apa apa makna. ..leburkan segala sifat nama…tiada la mohd hisham bin mohd noor. ..tiada la diri ini………….

    kefahaman nya……
    segala yg ada pd batang tubuh diri ini , dr kepala hingga ke hujung kuku kaki…diberikan sifat nama…mohd hisham bin mohd noor. …..
    “(Siapa yg mengenal akn dirinya pasti ia akn kenal akan tuhannya)”….
    Segala yg ada dibumi…di langit. .segala yg ada di 7 petala langit …segala penglihatan. ..segala pendengaran…segala pergerakan. ..segala yg tahu..yg tdk tahu…segala yg pandai segala yg bodoh ..yg faham yg tdk faham….segala yg terfikir yg tak terfikir” (hati ini sebak hendak meneruskannya..air mati jatuh sndiri…)”dan segala yg BERSIFAT NAMA..itu la tuhan ku ALLAH ALLAH ALLAH. …..

    Faham..rupanya aku tdk faham….semngkin aku faham semangkin aku bodoh….
    Maaf tuan guruku…diri ini tdk pndai mbuat karang..tp ini la yg ALLAH faham kn..
    ujian ini lulus ke tdk lulus sudah tdk mjd keutamaan..
    lulus itu Allah. ..tdk lulus pon ALLAH. ..
    TIADA DAYA UPAYAKU SELAIN ALLAH. ..
    Assalamualaikum …

    Like

  7. Salam untuk semua dan tuan guru….Apakah message sebenar yang ingin disampaikan ???? Tuan puan cerita pusing sana, pusing sini . Tapi apakan INTIPATI atau ISInya……..ceritanya apa ye ???

    Like

  8. salam untuk, seandainya tuan ada perasaan marah maknanya belum mati lagi !!! Apa kata saya jemput saudara Wira Satria untuk memberikan pandangan !!! Apapun salam, siapa rasa nak marah, nak geram – matikan diri dulu…heheeeee
    Kalau tidak belum mati lagi….

    Like

    • Pada pendapat hamba, Intipati yang ingin disampaikan ialah :

      Tuhan itu meliputi segala sesuatu YANG WUJUD (Ada) dan meliputi segala sesuatu YANG TIDAK WUJUD ! (Tiada)

      Dalam ADA-Nya itu, Dia menyatakan KETIADAAN DiriNya !

      Itulah bukti yang DiriNya Maha Suci lagi Maha Esa. Tuhan Maha Tunggal, yang tiada segala sesuatu pun serupa dan tiada segala sesuatupun yang dapat menyerupaiNya. Tiada segala sesuatupun boleh memahamiNya melainkan DiriNya sendiri.

      ADA-Nya tidak dapat dinyatakan. Nyata ADA-Nya, tidak dapat dicari. Makin dicari makin TIADA! Tiada BUKAN kerana TIDAK ADA. Tiada kerana dek terlalu NYATA !

      Mana nyataNya DIA ?

      NyataNya DIA pada ‘IDENTITI Pengenalan DiriNya’ yang meliputi 4 tanda pengenalan :

      1. NAMA
      2. SIFAT
      3. PERBUATAN
      4. ASAL USUL (ZAT)

      Kesemua 4 tanda pengenalan diri ini NYATA pada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2) yang ada pada setiap manusia.

      DERIA PENGAMATAN :

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap PENGLIHATAN yang dilihat.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap PENDENGARAN yang didengar.
      Nyata IDENTITI Nya yang 4 , pada setiap BAU yang Dihidu.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap RASA di lidah.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap SENTUHAN di kulit.

      ORGAN TINDAKAN

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT TANGAN yang berkuasa
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KAKI yang berjalan
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT MULUT yang berkata-kata
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KELAMIN yang nikmat
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KUMUH yang membersihkan

      PANCAINDERA BATIN

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap pertimbangan AKAL
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap rasa di HATI (Roh)

      Jika IDENTITI yang 4 ini TIDAK dapat dikenal pasti oleh PANCAINDERA BATIN,
      maka DERIA PENGAMATAN tidak dapat SYNCRONIZE dengan ORGAN TINDAKAN.

      Bila tidak Syncronize, akibatnya Akal tidak akan FAHAM dan HATI tidak akan ME-RASA Faham itu. Bila tidak merasa faham, maka inilah yang dikatakan TIDAK KENAL. Bila tidak KENAL, maka dikatakan DIA itu TIDAK ADA.

      TIDAK ADA bukan kerana tidak wujud atau bukan kerana tidak nyata. TIDAK ADA kerana TIDAK KENAL, meskipun Identiti Pengenalan DiriNya telah dizahirkan kepada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2)

      Umpama melihat diri manusia yang bernama WIRA.

      Yang nyata dilihat pada pandangan mata ialah makhluk manusia yang bertubuh jasad yang ber- NAMA : WIRA.

      Namun bila diri yang bernama WIRA itu dicari, tidak pula berjumpa. Bila cari WIRA, ternampak tubuh yang berbentuk (SIFAT).

      Disentuh tubuh terpegang tangan.

      Untuk menyentuh atau untuk memegang itu memerlukan GERAK. Bergerak itu PERBUATAN. Bila bergerak, maka nyatalah PERBUATAN. Bila nyata PERBUATAN (dari gerak) dan bila nyata SIFAT (dari tangan), maka ternyatalah itu gerak tangan (PERBUATAN) milik si WIRA. Ternyata itu SIFAT tangan milik si WIRA, namun diri si WIRA itu masih belum juga ketemu.

      Tangan itu BUKAN diri si WIRA tetapi tangan milik jasad yang bernama WIRA.

      Nampak SERUPA, tetapi TIDAK SAMA.

      Dibelek tangan, ternampak kulit, dibelek kulit ternampak urat, dicari urat, yang ternampak daging, ternampak darah, ternampak tulang. Direnung tulang, terlihat sel, dikaji sel ternampak ATOM, namun diri si WIRA itu masih juga tidak dijumpai !

      Bila tidak dijumpai, maka inilah yang dimaksudkan TIDAK WUJUD!

      Nampak macam si WIRA itu ADA, namun bila dicari, TIADA pula berjumpa!

      TIADA itu mengenalkan ADA. Jika TIADA mustahil kita boleh tahu yang WIRA itu ADA!

      dan…

      ADA itu mengenalkan TIADA. Jika ADA, kenapa bila dicari si WIRA itu TIADA?

      Ibarat bila TIADA malam, barulah nyata ADAnya siang dan bila ADA malam barulah nyata TIADAnya siang.

      ADA nya si WIRA itu hanya pada NAMA dan “GANTINAMA” nya sahaja.

      Dalam mencari si WIRA itu, dirinya dirujuk dengan gantinama ‘DIA’, ‘MAKHLUK’, ‘MANUSIA’, ‘LAKI-LAKI’, ‘ORANG’, ‘PEMILIK NAMA’ ‘SAUDARA’ dan pelbagai lagi Nama dan gantinama.

      Di kalangan sahabat, ada yang memanggil dia Satria. Ada yang memanggilnya Boss. Pada anak dia panggil Papa. Pada kekasih, dia dipanggil Sayang. Pada adik, dia digelar Abang. Pada murid, dia digelar Guru. Pada guru, dia dipanggil Murid. Pada ibu, dia dikatakan Anak. Di Jakarta, dia di panggil Akang. Di US, dia dipanggil Mr. Di Saudi, dia dipanggil Brother. Di UK, dia dipanggil Sir. Di KL dia dipangil Bro dan di dalam blog ini, dia digelar Tuan !

      Apa jua Nama dan Gantinama yang diberikan, ia tetap merujuk kepada diri si WIRA yang satu itu juga bergantung kepada siapa yang memanggilnya mengikut kesesuaian.

      Bila dipanggil WIRA maka yang ADA dan Nyata terdengar adalah WIRA. Maka segala nama-nama lain itu TIADA terdengar. Bila TIADA didengar, maka TIDAK WUJUD lah nama-nama lain pada pendengaran telinga.

      Tidak wujud itu BUKAN kerana TIADA, tetapi kerana ia tidak didengar ! Bila disebut Nyatalah Dia ! Nyata itu tanda ADA !

      KESIMPULAN

      ADA dan TIADA, Wujud dan Maujud (penzahiran), kedua-duanya saling nyata menyata ! Berpisah tidak bersatu Tiada !

      Pada pihak yang mengatakan WUJUD. Memang Dia Wujud ! WujudNya Dia pada Hati diri yang dapat merasakanNya.

      Pada pihak yang mengatakan TIDAK WUJUD. Memang Dia itu tidak wujud TETAPI tidak wujudNya itu hanya terpakai, bila kita mencari ! Bila tidak bertemu dalam pencarian, maka tidak merasa Kenal di hati. Bila tidak Kenal, maka Tidak Wujudlah Dia pada hati orang yang tidak mengenal, meskipun Dia NYATA-SENYATANYA !

      Wujud itu tanda NYATA penzahiran diriNya!

      Tidak Wujud itu tanda TIDAK NYATA penzahiran hakikat diriNya. Bila di cari Dia Tiada !

      Jika tiada, bagaimana kita boleh membicarakan perihal sesuatu yang TIADA ?

      Jika boleh berbicara tentangNya, itu tanda Dia ADA !

      Aku………

      KELU !

      Like

  9. Semoga kita senantiasa dirahmati Allah SWT, Menurut hemat saya yang “TIDAK ADA ” tidak bisa menjadi dalil dan atau pembuktian adanya “YANG ADA” . Aku bukan Dia tetapi tak lain dari Dia. Yang ada hanya “DIA” kita dan atau segala sesuatu sejatinya “TIDAK ADA” . Kita dan atau segala sesuatu adalah “KENYATAAN DIA” . Senang atau tidak senang, sadar atau tidak sadar kita dan atau segala sesuatu sudah menanggung ” KENYATAAN-NYA”. Yang ada hanya “SANG MAHA SEGALA-GALANYA”. Kata kunci = AKU (DIRI) ADALAH KENYATAAN TUHAN , Berbahagilah bagi yang sudah mengengenal diri karena otomatis mengenal Allah SWT akan datang sendiri. Salam hormat kami buat Tuan Haji Shaari dan para pembaca yang budiman , tks

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s