Aside

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sesudah saya meneliti jawapan dari sahabat-sahabat, saya sangat tertarik dan teramat berpuas hati dengan kebanyakan jawapan dari tuan-tuan yang  rata-rata telah menunjukan kematangan dalam bermakrifat. Untuk mencari sebenar-benar diri dan dimana sebenar-benar  yang dikatakan NAMA  kita, marilah ikuti dan marilah sama-sama kita hayati dengan cermat misalan, perumpamaan atau kiasan yang akan saya nukilkan dibawah ini.

Dikampung Jelakong Batang Merbau Tanah Merah Kelantan ada seorang budak lelaki (umurnya diketika itu lingkungan sebaya darjah 4 atau 10 hingga ke 11 tahun). Sedari kecil lagi kehidupan budak ini, di dapati agak pelek dan berbeza dari kanak-kanak sebayanya.  Walaupun ianya dibesarkan disuasana kampong, namun kehidupannya penuh mesteri.Jika nak ikut cerita asal, ianya memakan masa tiga malam untuk menghabiskan cerita itu. Dari cerita itu, apakah kesimpulan dan apakah kena mengena dengan mencari dimanakah terletaknya NAMA pada kita?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sesudah saya meneliti jawapan dari sahabat-sahabat, saya sangat tertarik dan teramat berpuas hati dengan kebanyakan jawapan dari tuan-tuan yang  rata-rata telah menunjukan kematangan dalam bermakrifat.

Untuk mencari sebenar-benar diri dan dimana sebenar-benar  yang dikatakan NAMA  kita, marilah ikuti dan marilah sama-sama kita hayati dengan cermat misalan, perumpamaan atau kiasan yang akan saya nukilkan dibawah ini.

Dikampung Jelakong Batang Merbau Tanah Merah Kelantan ada seorang budak lelaki (umurnya diketika itu lingkungan sebaya darjah 4 atau 10 hingga ke 11 tahun). Sedari kecil lagi kehidupan budak ini, di dapati agak pelek dan berbeza dari kanak-kanak sebayanya.  Walaupun ianya dibesarkan disuasana kampong, namun kehidupannya penuh mesteri. Beliau tidak banyak bercampur dengan kanak-kanak  (kawan-kawan) yang selalunya anak-anak kampong itu, selalunya bermain-main seumpama mandi sungai, menangkap burung, main guli, main getah urat, menjerat burung dan sebagainya. Adapun kanak-kanak ini, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah neneknya, dengan menyapu sampah dihalaman, menyapu rumah, cuci kain baju neneknya dan banyak menghayal perkara-perkara yang akan terjadi dimasa-masa hadapan.

Bilamana balik dari sekolah, selalunya dia singgah dikedai tempat emaknya berniaga. Emaknya berniaga kecil-kecilan menjual barang-barang runcit di kedai merpati (market).  Keberkebetulan kedai emaknya adalah tempat tempat laluan pergi dan balik kesekolah.  Kelihatan emak sifulan sibuk menempah pisang, keledek dan tapai ubi untuk digoreng. Dalam waktu yang sama, dilihatnya padang sekolah tempat beliau belajar (sekolah kebangsaan batang merbau tanah merah kelantan) telah dipagar dengan daun kelapa kering.  Sebesar-besar padang bola  atau disekeliling padang bola itu, telah dipagar dengan mengunakan daun kelapa kering. Daun kelapa kering yang jatuh berselerakan dihalaman-halaman rumah dan di kebun-kebun kelapa itu, dipungut untuk dijadikan pagar di sekeliling padang bola, pada kebiasaannya untuk dijadikan sebagai tempat upacara permainan seumpama dikir barat, mak yong (menora) atau wayang kulit.

Pada kebiasaannya bilamana padang bola sekolah itu pagar, mesti ada upacara kebudayaan samaada dikir barat, mak yong (menora) atau wayang kulit. Selang 2 hari, pisang yang dibeli mula menguning (masak), ubi kelihatan sudah dikupas dan ada satu dua orang sahabat emaknya diajak untuk membantu.

Pada sebelah petang kira-kira jam 5, mulalah segala peralatan mengoreng dibawa masuk ke padang sekolah, kanak-kanak itupun juga turut meganggkat mana yang ringan, dibawa masuk kepadang sekolah, setelah masuk ke dalam kawasan padang sekolah yang dikepong dengan daun kelapa kering, barulah dia tahu yang bahawasanya pada malam nanti ada permainan wayang kulit.

Ringkaskan cerita, selepas waktu insyak, mulalah permainan wayang kulit, ramailah penduduk kampong keluar beramai-ramai menontonnya. Maaklumlah pada zaman dahulu tidak sebagaimana sekarang. Sekarang sudah ada wayang gambar, siber kafe,  kelab malam, ada talivision, karaokey, dangdut dan sebagainya untuk dijadikan tempat berhibur. Adapun pada masa zaman dahulu, hiburan orang kampong terutama penduduk di sebelah pantai timur (kelantan), tidak banyak hiburan. Kalaupun ada hiburan, hanyalah seumpama permainan wayang kulit, mak yong dan wayang kulit.

Seorang anak yanng baik, budak sifulan itu, kelihatan masuk lebih awal bagi membantu maknya yang berjual kecil-kecilan dengan mengoreng pisangn, gorengn ubi keledik, goreng tapai ubi, ada juga disulami dengan jualan mee goreng, kacang rebus dan sedikit kueh mueh. Masa itu, tidak ada warung atau kedai di dalam panggung, cuma berjualan di atas tanah beralaskan tikar buruk dan meja kecil yang diperbuat dari kotak-kotak terbuang. Jika dikenangkan ibu bapa dahulu, alangkah susahnya untuk mencari sesuap nasi demi membesarkan anak-anak.

Sebelum waktu insyak atau selepas magrib, kelihatan sudah berduyung-duyung orang kampong datang memenuhi padang sekolah. Kelihatan ada yang tuan, ada yang muda dan tidak ketinggal pula kanak-kanak yang sebaya dengan sifulan, tidak ketinggal untuk ikut sama menonton wayang kulit. Yang tua kelihatan berkumpul sambil berbual-bual sesama mereka (entah apa yanng diperbualkan), hanya kelihatan asap rokok yang memenuhi ruang. Dengan semutar (kain yang dibelit atas kepala), seorang tuan yang agak bongkok, kelihatan masuk kepanggung dengan megambil tempat dipenjuru panggung, kelihatannya agak uzur sambil memegang paip rokok, dengan berkeadaan batuk-batuk, namun tidak mahu ketinggalan menonton wayang kulit, itulah budaya orang Kelantan zaman dahulu. Walaupun kelihatan agak uzur, namun kebudayaan wayang kulit itu, boleh menyegarkan badan dan boleh menambah semangat, sehingga yang sakit boleh kelihatan sembuh, yang tuan kelihatan bertambah muda dan yang murung boleh kembali ceria.

Untuk masuk menonton wayang kulit, dikenakan bayaran, bayaran masuk bagi orang dewasa adalah 50 sen dan 30 sen bagi kanak-kanak. Di situ kita boleh lihat berbagai-bagai lapisan masyarakat, kecil besar, ada yang sanggup gendong anak kecil semata-mata untuk melihat wayang kulit. Bila ada hari keramain seumpama itu, kebanyakan orang kampung dimasa itu, masing-masing berhias dengan mempamirkan pakain yang cantik-cantik, wangi-wangian yang harum dan seolah-olah mengalahkan untuk menghadiri upaca kenduri.

Di situ kelihatan kanak-kanak sebaya sifulan berlari-lari kesana kemari, bergurau sana dan bergurau sini sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri. Namun sifulan bin sifulan selaku anak yang baik dan anak yang selalu berbakti kepada oranng tuannya, beliau tidak jauh dari tempat emaknya berniaga, untuk membantu emaknya berjualan. Kelihatan sifulan sibuk membungkus kacang rebus, disukatnya kacang sekira-kira satu tin susu lalu dimasukkan (dibungkus) dalam kertas cina (surau khabar cina yang terpakai), dihulurnya kepada pembeli sambil menjaga api (memasukkan putung kayu), untuk masak jagung rebus. Jagung rebus sangat laris semasa hari-hari keramain ketika itu. Begitulah sikap dan asuhan sifulan terhadap ibunya yang dikasihi lagi disayangi.

Di situlah orang kampong dahulu cari jodoh (bertemu jodoh), usik mengunsik dan intai megintai anak dara bagi yang bujang dan sebagainya. Anak muda (sifulan bin sifulan) sebaya darjah 4 atau darjah 5 (sebaya 10 atau 11 tahun) itu, selalu suka memerhatikan gelagat orang ramai. Sambil menolong emaknya mengoreng pisang, budak sifulan itu, mata dan hatinya selalu memerhatikan suasana sekeliling, melihat gelagat orang ramai dan melihat panorama dunia.

Pada jam 8.30 bermulalah permainan wayang kulit, jika tak salah  TOK DALANG nya pada hari itu adalah bernama  Dollah Baju Merah. Gendangpun dibunyikan memecah kesuyian malam, lalu bergemalah suara Tok Dalang membaca mentera. Kelihatan orang kampung masing-masing megambil tempat namun ditangan masing-masing bagi yang lelaki tidak pernah lekang dengan rokok (maklumlah orang zaman dahulu, bukan kata lelaki, malahan perempuan (nenek tua) pun hisap rokok).

Bagi yang biasa dengan permainan wayang kulit, bilamana mendengar sahaja gendang dipalu, hatinya sudah seolah-olah menjadi terpukau. Terpukau dan terpakulah jiwa dan raga orang zaman dahulu sebaik sahaja muzik atau bilamana gendang mula dipalu. Dengan tiupan  serunai yang mendayu dan bunyi gong yang menusuk jiwa, di situlah semangat dalaman  orang kampung zaman dahulu digasak, ditumbuk, ditusuk dan dilonjak untuk menjadi lebih gagah, lebih muda, lebih ceria dan lebih sihat, hanya dengan mendengar muzik (gendang) bertabuh.

Anak kecil yang dikendung emaknya yang tadinya merenget atau menangis, tiba-tiba menjadi diam dan ada yang terus tertidur dipankuan emaknya manakala kanak-kanak pula pada kebiasaannya duduk dibahagian hadapan panggung, masing-masing membawa alas untuk dijadikan tempat duduk, maklumlah semuanya atas tanah, bukan seperti sekarang, bermain di dalam dewan (hawa dingin). Ada juga kelihatan sesetengah keluarga bawa tikar dari rumah untuk dijadikan lapik duduk anak beranak.

Budak sifulan ini, duduk bersebelahan emaknya sambil membantu emaknya berjualan, sambil mengikuti cerita wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dallang dengan penuh kyusyuk, di perhati dan di amati kisah wayang kulit itu bab demi bab dan babak demi babak di semat didalam dada segala kata-kata dan segala perjalanan kisah dimainkan oleh Tok Dalang diikuti dengan cermat, sehingga tahu dan hafal  jalan ceritanya.

Wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dalang pada hari itu adalah  cerita yang bertajuk len lobek dan len lobat (sayapun tak tahu apa itu len lobek dan lan lobak, setahu atau seingat saya ianya adalah nama salah satu watak dalam cerita wayang kulit, jika tak salah len lobak dan len lobek itu adalah anak Seri Rama ).

Di tengah-tengah gegak gempita gendang dan suara Tok Dalang melakonkan patong wayang kulit , ada sesekali terdengar suara budak menangis dan ada dikalangannya kanak-kanak itu berlari-lari dan bermain-main dihadapan panggung yang ada kalanya menganggu penonton tapi apakan daya, itulah sifat budak, hendak dimarah ia seorang kanak-kanak, walaupun beberapa kali dimarah dan dilarang oleh orangn tua, dia berhenti sekejab kemudian tak sampai 5 minit, sambung kembali mainannya. Emak sifulan, sibuk dengan jualan, sambil menjual, sambail tengok wayang kulit, tetapi lebih banyak masa dihabiskan untuk menjual berbanding tengok wayang. Satu lagi yang saya terlupa nak bagi tahu, iaitu emak sifulan selain goreng pisang, dia juga mengoreng keropok dan menjual kacang rebus.

Diantara watak wayang kulit itu, ada yang bernama Raja Seri Rama, Isterinya yang bernama Siti Dewi, anaknya bernama Hanuman kera putih, Lak Juna, Lan lobek, lan lobak, manakala di kalangan hamba rakyatnya bernama Pak Dogol, Wak yah, Wak Long, Abang Samat parang Tumpul, Eteng dan makhluk Jin dari kayangan dan berbagai-bagai lagi NAMA yang dinama-namakan.

Direngkaskan cerita, pada suatu hari negara yang diberi Nama Tanah Jawa Perbuangan Sari yang diperintah oleh seorang raja yang  NAMA nya bergelar Raja Seri Rama, yang katanya memerintah sebuah negara yang ber nama Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari. Tanah jawa perbuangan sari itu telah berlaku suatu peperangan besar. Negaranya telah diserang oleh kumpulan jin dari atas kayangan (dari atas langit) di atas sebab Raja Seri Rama telah menolak peminangan Raja Jin untuk memperisterikan anak Raja Seri Rama.

Dikeranakan Raja Seri Rama menolak pinangan Raja Jin dari atas kayangan tidak berpuas hati maka berlakulah peperangan besar.  Habislah rakyat Seri Rama dibunuh dan kucar kacirlah negara Tanah Jawa Perbuangan Sari. Maka runsinglah Raja Seri Rama di dalam istana negara memikirkan kesengsaraan rakyat yang banyak mati dibunuh, makanan berkurang, tanaman dibakar dan musuh sudah hampir-hampir menghampiri istana.

INGAT, INGAT DAN INGAT dalam asyek mendengar cerita wayang kulit itu, jangan lupa ambil perhatian, ini cerita bukan sekadar cerita tetapi adalah salah satu kaedah untuk saya memperkhabarkan atau untuk saya memperkenalkan siapakah sebenar-benar nama dan dimanakah letaknya nama kita!!!!!!!…………………………………………..

Zaman kanak-kanak seronok bila diimbas dan bila dingatkan kembali, dikala lapar, tidak ingat wang samada beras ada atau tidak, tahu-tahu pergi kedapur makan. Bila nak pakai baju, tinngal pakai saja tidak ingat betapa susahnya ibu bapa mencari rezeki untuk keperluan makan dan pakai kita. Di zaman kanak-kanak, kita tidak pernah terfikir untuk bayar bil letrik, bil air, bil astro, yuran sekolah, ansuran motosikal, ansuran rumah sewa dan sebagainya. Tahu-tahu celik mata makan…………………………….

Berbalik kepada cerita wayang kulit dan di dalam keseronokkan menonton wayang kulit, sifulan (budak sebaya 10 tahun hingga 11 tahun) itu, tidak sekadar menonton wayang kulit, malahan akal fikirannya jauh melayang menilik disebalik cerita.  Melayang akal fikiran sifulan menjankau Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari dan jauh ke alam antah berantah. Sungguhpun jauh negara kayangan tempat tinggal jin, jauh lagi lamunan dan hayan akal sifulan bin sifulan. Budak yang bernama sifulan bin sifulan ini (anak Hj. Halimah bt Ismail dan anak kepada ayahnya yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook) , akalnya mengatasi akal jin dan mengatasi akal Raja Seri Rama, wallaupun setahun jagung, itulah kelebihan kanak-kanak itu. Kelebihan kanak-kanak itu, sudah dapat dihidu oleh ayahandanya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,  untuk menyelesaikan cerita ini, pengarang (saya), sudah beberapa kali mengalir air mata mengenalkan nasib kanak-kanak (yang bernama sifulan bin sifulan) dan mengenangkan ibu bapanya yang teramat-amat dirindui dan dikasihi, yang kini sudah kembali pulang kerahmatullah. Untuk menghabiskan bait-bait ayat ini, air mata pengarang tetap terus mengali dan mengalir tidak henti-henti, (setakat cerita di atas  sudah lebih 10 kali menangis). Air mata pengarang yang bercucuran mengalir membasahi pipi sambil tangan mengetok butang komputer menahan sebak di dada menahan pilu m,engenal ayah dan ibu. Setiap kali perkataan ayah dan perkataan ibu di sebut dan diketok melalui komputer ini, setiap kali air mata bercucuran (entah mengapa). Mungkin itulah yang dikatakan tanda kasih dan sayangnya seorang anak yang bertuan kepada emaknya.

Tuah sayang kepada ibu dan kasihkan bapak makanya sifulan menjadi seorang anak yang bertuah. Bertuahnya sifulan mungkin selalu mendapat doa dari ibu bapa. Untuk menjadi anak bertuan maka marilah kita sama-sama berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Mata sifulan melihat wayang kulit, tetapi rohaninya seolah-olah sudah berada di negara Seri Rama dan sedang duduk di Negara Tanah Jawa perbuangan Sari dan sama-sama ikut berperang dengan Jin bagi membantu Raja Seri Rama.

Berbekalkan didikan ayahandanya, HANYA DENGAN MELIHAT WAYANG KULIT, sentuhan rohani  budak yang BERNAMA sifulan itu,  telah dapat MENGENAL DIRI dan TAHU TEMPAT LETAKNYA NAMANYA.

Di kala Tok Dalang masih meneruskan permainan wayangnya, cemburu melihat sifulan mengasihi ibunya, embun jantan mula kelihatan turun membasahi bumi untuk mengirigi kasih sifulan terhadap ibunya (tanda sama-sama mengasihi ibu sifulan dan turut mengasihi sifulan sianak bertuan). Embun jantan juga tidak mahu ketinggalan untuk ikut serta untuk membasahi kepala ibunda tersayang (yang dikala itu tudung kepala belum lagi dibudayakan). Orang sezaman ibunda, belum lagi dibudayakan dengan bertudung, sungguhpun belum bertudung, namun iman kepada Allah tidak kurangnya berbanding dengan orang sekarang yang pakai tudung atau purdah! (malahan berkemungkinan lebih beriman).

Walaupun sejuk malam yang dingin diselubiungi embun, kelilhatan ibunda sifulan menyapu air di mukanya dengan kain batik lepas yang disangkut di bahu tetapi air yang disapu itu bukan air embun, ternaya air yang disapu itu adalah air peluh (demi mencari nafkah) untuk membesarkan anak bertuah yangn bernama sifulan. Dalam hati kecil yang mengiringi peloh Hjh Halimah bt Ismail itu, berkemungkinan mengalir bersama doa kepada anak tersayangnya (sifulan) supaya besar nanti akan menjadi sebutir mutiara yang boleh membawa penduduk dunia Allah ini, disinari dengan cahaya makrifat (mengenal Allah, mengenal diri, mengenal penyerahan diri, matikan diri sebelum matti dan mengenal tempat letaknya NAMA?). Di dalam banyak-banyak mengarang kitab, yang paling banyak mengalirnya air mata pengarang adalah semasa mengarang kisah ini (wayang kulit kerana banyak menyebut perkatan ibu).

Berbalik kepada cerita wayang kulit, Melihat rakyatnya mati, hibalah hati Raja seri Rama lalu megambil kesempatan untuk turun sendiri kemedan peparangan untuk bertempur sendiri dengan jin. Maka berperanglah Raja Seri Rama dengan Jin, lalu Raja seri Rama mengalami kekalahan dan berundurlah Raja Seri Rama mencari perlindungan. Di dalam buangan Raja Seri Rama memikirkan keadaan hiba mengenangkan negara dan rakyatnya. Tiba-tiba datanglah yang  BERNAMA Wak Dogol, salah seorang hamba abdi Seri Rama yang paling tua (giginya hanya tinggak sebatang), datang meghadap sembah di hadapan Raja yang sedang hiba.  Wahai “RAJA HAMBA”, apakah gerangan yang sedang “TUAN KU” fikirkan, KATA Wak Dogol. Wahai “HAMBA KU”,  tidakkah engkau ketahui wahai “HAMBA KU” (Wak Dogol) yang negara kita sekaranmg dalam huru hara kerana kalah berperang dengan Jin dari kayangan.

Jawab Wak Dogol, manalah hamba tahu ya Tuan ku, semasa peperangan sedang berlaku hambakan sedang pergi bertapa di atas kemuncak gunung. Kerana melihat kepulan debu-debu menjulang kelangit (kerana dahsyatnya peperangan berlaku dimasa itu, sehingga medan pertempuran itu menjadi berdebu dan semacam asap naik kelangit), membuatkan Wak Dogol turun kebawah untuk melihat. Wak Dogol sebenarnya sudah tahu akan hal ini, cuma saja-saja atau berpura-pura buat-buat tak tahu. Berkatalah Seri Rama kepada Wak Dogol, memandangkan engkaulah  HAMBA KU” yang paling tua di dalam negara ku ini, inginlah aku bertanya barang sepatah dua, kalau-kalau ada buah fikiran kamu, wahai  “HAMBA KU”  Wak Dogol?.

Tuan-tuan, diketika tuan-tuan asyik mengikuti kesudahannya cerita ini selanjutnya, yang paling pentingnya, saya nak nasihatkan di sini adalah supaya tuan-tuan ambil perhatian sedikit bilamana sampai kepada perkataan yang tulisan berhuruf besar! (ada maksud yang tersembunyi yang akan saya jelaskan diakhir nanti).

Tahukah tuan-tuan semasa saya mengarang ini, saya sedang mendengar dendangan lagu-lagu Melayu Deli (berbahasa minang) dengan kuatnya. Cuba tuan-tuan bayangkan, ditempat saya mengarang sekarang ini, adanya set audia (home teater), maaf ejaan home teater jika salah. Berbekalkan sebiji lampu meja bagi menerangi butir-butir key bord komputer, saya juga ditemani muzik.  Di kerana mengenang (ingatkan) kepada ibu yang selalu mendengar radio atau kaset dikir barat dengan kuat, untuk mengenang dan kerana ingat yang teramat sangat kepada mak, makanya  saya juga megambil kesempatan ini mengarang dengan bunyi radia dengnan kuat, saya telah pasang home theater sehabis kuat yang boleh, sebagaimana yang dibuat olek ibu saya. Tempat saya mengarang ini,  terletakjauh dari rumah orangn, sekitar sini tidak ada jiran, saya duduk berjauhan dari orang. Ditepi belukar inilah terhasil dan mengalir air tangan saya yang menjadi santapan rohani dan tatapan tuan-tuan.

Sekali lagi saya tidak boleh menahan air mata, sehingga saya meraung-raung memanggil-manggil nama mak saya, saya menangis dan meraung-raung bagaikan budak, memanggil-manggil NAMA  mak saya!. Tuan-tuan tidak tahu betapa payahnya untuk saya menghabiskan cerita ini, untuk menghabiskan cerita ini (setakat ini),  berpuloh kali saya meraung, raungan atau pekikkan saya itu sama kuatnya dengan home theater yang saya pasang. Di sini, bukan niat saya untuk nyatakan “menangis”, yang saya nak sampaikan kepada tuan-tuan sekalian di sini, adalah besarnya nilai kasih sayang seorang anak (yang bertuan lagi berjaya hidupnya yang bernama sifulan) bilamana mengasihi terhadap kedua ibu bapa, dengan kasih sayang itulah maka membuatkan seoarang anak akan menangis dan hiba bila kepada masa menulis perkataan ibu (mak). Bila sampai kepada tulisan perkataan mak atau ibu, dengan sendiri hati menjadi sayu, dengan sendiri juga air mata mengalir dengan derasnya sama deransnya dengan volume set theater.

(maaf kerana mengherat sidang pembaca kepada kisah pengarang). Berbalik kepada cerita hura hara yang melanda di seluruh Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari, di bawah pemerintahan Raja seri Rama. Lalu setelah Seri Rama bertanya pendapat kepada orang tua yang bernama Wak Dogol. Walaupun Dogol sudah tahu akan cerita sebenar, dia berpura-pura bodoh dihadapan raja, sedangkan segalanya sudah dilihat melalui puncak gunung tempat pertapaannya.

Lalu berkatalah Dogol memberi pendapat kepada “RAJANYA”.  Wahai “TUANKU”  raja pemilik seluruh  pemerintahan Negara Tanah jawa Perbuangan Sari, “HAMBAMU” ini ingin memberi pendapat barang sepatah, jika salah silap harap jangan dimurkai. Setahu hamba, tuanku ada dua oranng anak lagi yang “BERNAMA”  len lobek dan len lobak hasil perkongsian Tuanku dengan perempuan (entah perempuan mana, sayapun sudah tak ingat). Hanya anak Tuanku berdua itu sahaja yang akan dapat mengalahkan  yang “BERNAMA” Raja jin tersebut.

Dipendekkan cerita, maka disuruhlah yang BERNAMA Wak Dogol mencari akan kedua anaknya itu. Berkata Wak Dogol berpura-pura tidak tahu, “dimakah akna hamba cari kedua anak tuanku itu, sedangkan hamba patik ini tidak tahu tempat duduknya”.  Murkalah Raja Seri Rama terhadap Wak Dogol, walaupun Seri Rama dalam keadaan kalah perang dan terbuang ditempat buangan, selaku Raja ,dia tetap Raja, walupun terbuang. Sikap rajanya tidak boleh dihakis dari hati Seri rama, walaupun beliau selaku raja yang sudah bernegara (sudah hilang negara) dan sudah tidak ada rakyat selain Wak Dogol, namun ego seorang raja tetap raja. Berkatalah Raja, “jika kamu tidak boleh bawa pulang kedua anak aku yang bernama len lobek dan len lobak, akan aku bunuh engkau sampai mati”.

Akur dengan perintah raja, maka pergilah Dogol mencari anak Seri Rama yang bernama len lobek dan len lobak di tempat yang sudah orang tuan Wak Dogol ketahui melalui ilmunya. Sebenarnya orang tua yang bernama Wak Dogol itu, sebenarnya dialah raja segala dewa (wali segala wali kalau bahasa kita sekarang), cuma menjelma sebagai hamba abdi danyang  berselindung disebalik Wak Dogol, itu makanya dia tahu apa yang belum terjadi. Keluarlah Dogol mencari kedua putra Seri Rama itu.

Diorengkaskan cerita, baliklah kedua anak Seri Rama ke Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari (ini adalah pertemuan kali pertama mereka berdua bertentang mata dan bertemu dengan ayah kandung).

Berperanglah mereka berdua dengan Raja Jin, dengan pertolongan Wak Dogol yang sakti, maka tewaslah Raja Jin dan dihumbanlah oleh Raja Seri Rama ke dalam lautan api yang melewati tujuh gunung.

Direngkaskan cerita, tamatlah di sini cerita len lobek dan len lobak, Jika nak ikut cerita asal, ianya memakan masa tiga malam untuk menghabiskan cerita itu. Dari cerita itu, apakah kesimpulan dan apakah kena mengena dengan mencari dimanakah terletaknya NAMA pada kita?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat serta para-para sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Manakah pendirian, manakah pegangan dan manakah iktikad tuan-tuan dalam soal ini?. Belajar sudah, berguru sudah dan mendengar ceramah  sudah, apa lagi yang tuan-tuan rasa tidak yakin untuk menjawap persoalan ini?.

Untuk itu, mari saya yakinkan dada tuan-tuan dengan sebenar-benar ilmu makrifat. Adapun jawapan kepada soalan dimanakah “NAMA”  kita?. Seumpama kita bernama Mamat bin Dolah, dimanakah letaknya diri Mamat bin Dollah?. Yang kita ada melekat kepada tubuh kita itu, seumpama anggota tangan, kaki, mulut dan sebagainya (7 anggota), tetapi dimanakah diri Mamat bin Dolah?.

Dari cerita yang panjang lebar di atas, marilah kita sama-sama megambil iktibar. Iktibar apakah yang dapat kita kutib dari cerita wayang kulit dalam kisah len lobat dan len lobek?. Iktibar yangh dapat kita kutib adalah seumpama, siapakah yang bernama Raja seri Rama, Siapakah Wak Dogal, siapakah Wak Yah, siapakah Abang Samat, siapakah Raja Jin, siapakah yang berperang, siapakah yang menang perang, siapakah yang bertapa diatas gununng yang tingggi, siapakah lautan api dan siapakah yangn mati………………………………………

Sesungguhnya yang bernama itu, adalah dari suara mulut ‘TOK DALANG”.. Yang berperang itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang, Yang menang dan yang kalah perang itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang bertapa diatas gunung yang tinggi itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang menjadi Raja Jin itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang menjadi lautan api itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang mati dan yang hidup itu, semuanya adalah dari suara mulut ”TOK DALANG  YANG SATU”……………………………………………………………….

Mana ada sekalian jasad, mana ada sekalian diri, mana ada sekalian tubuh dan mana ada sekalian nama, melainkan dari mulut Tok Dalang yang satu!. Sedarlah,sedarlah dan sedarlah bahawasanya kita ini, tidak lain seumpama patong wayang kulit.  Yang berkata-kata itu, adalah Tok Dalang, yang sakit itu, adalah Tok Dalang, Yang kaya itu, adalahh Tok Dalang, yang Besar itu, adalah Tok dalang dan yang Hidup itu, adalah Tok dalang.

Diri dan nama kita itu, sebenarnya adalah dari kalam, dari kata-kata, dari sebutan, dari lafaz atau dari suara Tok dalang semata-mata. Sedarlah bahawasanya kita ini sebenarnya seumpama belulang kering. Tidak bercakap, tidak bergerak, tidak berbini, tidak makan, tidak hidup kita ini, melainkan itulah Tok Dalang.

Jangan lagi mengaku yang kita ini, ada!. Dimanakah diri dan nama kita?. Diri dan nama kita itu, adalah datangnya dari mulut Tok Dalang iaitu datangnya dari kalam Allah atau datangnya dari “KUN” Allah.

Sudah-sudahlah mengaku yang diri, nama, gagah, cantik, kaya dan sebagainya itu milik kita. Kita tidak memeliki, mempunyai dan tidak ada hak apa-apa!. Kita ini hanya nama dan nama itupun juga adalah milik Allah (milik Tok Dalang)……………………………………………

Mari kita sama-sama pulangkan seluruh diri, seluruh nama,  seluruh upaya, seluruh kehendak dan seluruh jiwa dan raga kita ( zat, sifat, afaal dan asma’) kepada tuan yang empunya. Sebenar nama tidak ada dan sebenar-benar diri itu, tidak ada. Yang ada yanng wujud, yang ujud dan yanbg maujud itu, adalah hanya Allah selaku Tok Dalang di dalam permainan wayang kulit.

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, segalanya hak Allah, jangan lagi kita mendakwa diri kita sendiri, kelak akan didakwa Allah. Dakwaan Allah kelak, tidak ada peguam atau tidak ada pembela yang menang dalam mahkamah Allah, melainkan mereka-mereka yang berserah diri kepada Allah, orang-orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah sahaja adalah  orang yang sebenar-benar menang!.

Marilah sama-sama kita mati (kembali kealam kubur, alam barzakh dan alam baqa) esuk dengan berkeadaan suci (kosong). Jangan dibawa sombong, anggkuh, tamak dan kebesaran diri. Untuk memnghilang kebesaran diri itu, caranya adalah dengan berserah, menyerah diri dan memulangkan kembali  hak Allah kepada Allah. Apa yang ada pada kita?, melainkan semuanya hak Allah, jadi kembalilah segalanya kepada Allah, barulah kita itu dikatakan suci bersih.

Kembalilah kepada Allah semasa kita masih hidup, jangan tunggu untuk kembali semasa kita sudah mati. Kembali sesudah kita mati itu, adalah kembali yang sudah terlambat. Apa ada pada isteri, apa ada pada suami, apa ada pada anak dan apa ada pada harta. Demua itu tidak akan sekali-kali dapat membantu kita. Ingat pesan saya ini, jangan bergantung harap kepada anak, isteri, suami, harta atau jangnan berharap kepada kesihatan. Pasti suatu hari kita akan tinggal seorang diri. Marilah kita bergantung harap hanya kepada Allah Taala.

Ada isteri yang dicerai suami, ada suami yang ditinggal isteri, ada harta banyak, sesungguhnya dengan harta itulah membuat kita lupa kepada Allah dan masa kita sihat, kita anggkuh dan setelah diri kita lumpuh, mana perginya kekuatan dan mana pergi gagahnya kita?.  Sunguhpun kita ada anak, kadang-kadang anak kita itulah yang  menipu harta kita, menipu  perniagaan kita. Belot dalam memegang amanah, kita suruh lain, anak kita akan buat lain.

RAMAI ORANG TUAN (IBU BAPA) KECEWA DENGAN  ANAK-ANAK!. Setelah nampak duit (wang), ada anak yang sanggup menikam bapa dari belakang. Sanggup menutup periuk nasi ibu bapa, sanggup menutup perniagaan ibubapa  (asal mereka dapat wang). Jadi untuk mengelak orang tuan kecewa terhadap anak-anak, lebih baik kita percaya, yakin dan bergantung kepada Allah dan jangan sekali-kali berharap kepada anak-anak, isteri atau suami. Dengan cara berserah diri kepada Allah, kita tidak akan berhadapan dengan kekecewaan.

Jangan berserah diri kepada perniagaan, kerana ada kalanya perniagaan kita akan mengalami kerugian, nanti kita kecewa.  Jangan berserah diri kepada harta (wang) untuk jaga kita dihari tua nanti kita kecewa. Mari kita sama-sama berserah diri kepada Allah (kita tidak akan kecewa). Berserah diri, berserah nama dan hendaklah berserta beserta dengan nyawa.

Diri dan nama kita itu,  terletak dan duduknya pada Tok Dalang………………………………………

Amin drp hj shaari

Jawapan Kepada Siapa dan Dimana Sebenarnya NAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s