Apa Erti Mukmin

Kita selalu mendengar perkataan mukmin tetapi jarang yang tahu apa itu mukmin. Kita selalu sebut bahawa Qalbu Mukmin Baoitullah (qalbu Mukmin itu, rumah Allah). Tetapi tahukah tuan apa itu mukmin.

 

Adapu, erti, makna dan maksud  perkataan mukmin itu, adalah  “YANG PERCAYA”. Manakala erti, makna dan maksud qalbu mikmin itu, adalah (qalbu) roh yang percaha. Roh yang percayalah yang dikatakan rumah Allah. Percaha kepada siapa lagi jika tidak kepada Allah Taala.

 

Daripada Hj Shaari bagi menjawab pertanyaan sahabat.

 

Advertisements

25 Replies to “Apa Erti Mukmin”

  1. Askum Tuan Guru, pd saya Qalbun Mukminun Baitullah itu ialah di mana ‘dalam hatisanubari kita, di dalam jiwa raga kita’ mesti kita penuhkan dgn sifat-sifat kebaikan dan MENOLAK KELUAR segala nafsu-nafsi yg bersarang di dalam jiwal qalbun itu krn unsur jiwa itu atau Roh itulah yg TG kata yg percaya dgn keujudan Al-Khaliq yg Maha Suci Lagi Sempurna. Kalau jiwa/hati sanubari/dsbnya masih diselaputi dgn unsur nafsu-nafsi bkn shj ‘rasa percaya itu tidak ada’ malahan ‘aku/keakuan/ ego aku itu’ dijadikan Maharaja yg menafikan Al-Khaliq itu sndiri…
    Itulah ‘rasa dan perasaan’ saya…mhn komen dan pencerahan dari TG Shaari.
    Hamba Pasrah, Hamisah Harun, Azmi, Wira Satria dll. mhn pncerahan dr semua…selain dr minyak wangi TG, minyak wangi tuan puan saya nk baunya juga….!!! Tk.

    Like

    1. Roh itu batin. Sesungguhnya jika Batin itu baik (mengenal), maka akan diperzahirkan baik. Jika Batin itu tidak baik (tidak mengenal), maka begitulah berlakunya semuanya aku yang kuat, aku gagah dan aku, aku, aku.. tiada baginya Allah, Allah, Allah..

      Like

  2. Mukmin bermaksud orang yang beriman/percaya kepada Allah. Maka sesiapa yang percaya/beriman akan kewujudan dan keesaan Allah secara zahirnya itulah yang dipanggil orang-orang mukmin. Ini menurut pandangan dari kacamata fekah.

    Menurut pandangan/suluhan kacamata makrifat (apa yang saya faham) mukmin itu bererti percaya/beriman disertai dengan penyerahan diri yang mutlak kepada Allah. Bagaimana caranya? Melalui kejernihan/kebersihan qalbunya seperti sabda nabi yg bermaksud “kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Kebersihan yang dimaksudkan oleh nabi itu bukan kebersihan fizikal atau hati sahaja tetapi kebersihan yang haq, bersih daripada ‘keberadaan aku’. Qalbu yang bersih/jernih itu lah yang akan menjadi mukmin yang benar2 mukmin (mukmin sejati) zahir dan batin, awal dan akhir. Itulah qalbu mukmin.

    Bila sudah bersih/jernih/kosong qalbu itu, maka itulah yang dipandang/dinilai Allah menjadilah ianya rumah Allah (baitullah) tempat Allah menzahirkan/menyatakan zat,sifat,asma dan afaalnya. Itulah yang dinamakan QALBU MUKMIN BAITULLAH.

    Like

      1. Tuan Teguh Rianto- bgmana pula komentar Tuan, mgkin lebih jelas dan tepat utk saya ‘jiwai dan rasai’….!!!!

        Like

      2. Mukmin itu adalah orang yg telah mengenal dirinya..
        Sedangkan rumah allah adalah diri kita sendiri..
        Maka allah adalah aku, tpi aku bukanlah allah..
        Karna hnya allah lah yg hidup ..
        Rahasia hidup adalah nafas, rahasia nafas ialah dia yg naik dan turun dg sendirinya
        Jika tau itu maka taulah akan harta yg tersembunyi itu
        Salam dari LAMPUNG. Indonesia

        Like

  3. Ayahandaku Hj Shaari. Diri zahir kita yang dicipta dari tanah bumi ini. Mengandungi 4 unsur iaitu TANAH, AIR, API & ANGIN. Diri batin tersusun pula ada 4 unsur iaitu roh, hati, akal dan nafsu. Jika Kaabah itu baitullah dan asal bumi itu bermula dari titik kaabah itu dan kaabah itu 24 jam ada yg tawaf maka begitulah juga dgn hati kita. Mesti ada yg tawaf juga. Iaitu dgn zijrullah daim. Dan zikir yang paling agong adalah LA ILAHA ILLALLAH. HATI atau THE HEART is just like a battery. Need to be charge every minute. Bila kita charge hati kita itu dia akan dapat cukup nur untuk menerangi diri batin dari kegelapan dosa dan duniawi. Kegelapan atau the darkness jika menutupi jiwa / diri batin kita maka mata hati tak nampak kebenaran ilmu makrifat ini. Sebab tu mereka tuduh kita sesat. Saya pun terkena biasan golongan ini bila mereka batalkan kuliah subuh pagi Ahad. Tak kisah bila dah tak gi kuliah relax sikit. Dah tak ada tanggung jawab. Dah pakat tak mau mengaji. Kita nak tolong tunjuk aje. Nak alhamdulillah dan tak ndak Allahu Akbar.

    Like

    1. Sudah dengan kehendak Allah, itu baru sikit!. Adapaun saya lagi berat dan besar, cuma sy tidak cerita kepada tuan-tuan. Itulah nasib pejuang makrifat, iaitu ketali gantung, Namun mundur dan kecewa tidak sekali. berpantang maut sebelum ajal…….drp hj shaari

      Like

  4. Salam tuan guru hj.saari .erti MUKMIN adalah menghilangkan pengakuan diri yang buka HAQ kita kepada HAQ ALLAH TAALA.supaya terlepas dari syirik menduakan ALLAH SWT.

    Like

  5. “ORANG MUKMIN MELIHAT TUHANNYA TANPA BENTUK TANPA UMPAMA,NIKMAT LAIN TIADA LAGI ERTI,DIBANDING MELIHAT ILAHI RABBI,KAUM MUTAZILAH RUGI SERIBU RUGI”.TIADA YG DAPAT MELIHATNYA KECUALI ALLAH TAALA JUA.maksud MUKMIN adalah yang telah hilang pengakuan diri atau orang yang sudah mati sebelum mati maka menjadilah MUKMIN.mohon pencerahan tuan Guru hj saari moga beri teguran jika terslh..

    Like

  6. pada pemahaman sy ape yg di kata dgn ruh yg percaya itu adalah rumah Allah… Qolbu Mukmin Baitillah. Ruh yang percaya kpd ape ? Percaya kpd Allah !!! Percaya yg tiada bergoyah, percaya yg penuh yakin dgn kenyataan Allah swt, percaya yg bahwasa yg seluruh kewujudan ini hanya Allah.. Menghayati setiap saat kenyataan Allah swt yg nyata ini dgn penuh tawadhuk tanpa betah, sentiasa bersyukur akan setiap saat2 dlm kehidupan ini dlm kesempurnaan ciptaan Allah swt. Sentiasa Malu kpd Allah segan untuk mmbetah setiap sajian kehidupan yg di lalui setiap saat. Firman Allah swt:- Wahai Jiwa yg Tenang & Tenteram Kembalilah kepada Tuhan Mu dgn rehda & di redhai. Mohon perbetulan di atas kefahaman anakda megat ini ayahda Tuan Guru.

    Like

  7. Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT , menurut hemat saya MUKMIN bermaknanya percaya dan yakin. Orang mukmin bermaknanya adalah orang yang hanya percaya dan yakin kepada Allah SWT. MUKMIN yang sebenar-benarnya adalah orang yang sudah mengenal diri. Orang yang sudah mengenal diri adalah ORANG YANG SUDAH TIDAK TERPANDANG ADANYA DIRI. Barang siapa yang sudah tidak terpandang adanya diri bermaknanya bahwa diri yang sebenar-benarnya sudah tidak ada dan atau tidak berwujud lagi. Bukankah kalau kita sudah mengenal diri bermaknanya kita sudah mengenal ALLAH SWT ??? KESIMPULAN : Orang mukmin dalam keadaan sadar dia sudah mati dan sudah menjadi “KENYATAAN ALLAH”. Ibarat garam yang udah lebur atau larut dalam air yang ada tinggal ASIN. Yang UJUD sudah ALLAH, yang WUJUD sudah Allah dan yang MAUJUD sudah ALLAH. Mohon maaf kalau pemahaman saya keliru. Terimakasih

    Like

    1. Sungguh hebat jawapan dari wali Pontianak. Padat, jitu, tepat dan benar sekalai. T.kasih yang tak terhingga diatas jawapan ananda yang amat bernas sekali. Itulah tanda seorang wali Allah yang lebur dan hina. amin drp hj shaari

      Like

  8. mukmin ni percaya….. kalo x nampa2 mcm mne nak percaya kalo x kenal mcm mne nak cinta……adakah anda benar2 nampak atau sekadar percaya yg kosong sahaja????

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s