Tak Sepatutnya Bertanya Seperti ABR

 

(Petikan daripada keterangan Tuan Haji di atas)

Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujugan untuk belajar supaya sampai kepada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita”. Dalam bahasa lain, belajar makrifat itu, adalah bertujuan biar sampai kepada tahap “jangan sampai terlihat adanya diri”.

Terlebih dahulu maafkan saya Tuan Haji, mengaju sedikit persoalan yang amat mengelirukan saya. Setelah seseorang itu berjaya sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita” dan sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya diri”. Maka berada pada tahap ini, apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terberak (buang air besar) setelah makan? Apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terkencing setelah minum agak berlebihan? Begitu juga setelah makan minum sepuas-puasnya mungkin seseorang itu tidak lagi merasa mahu bersendawa dan terkentut?

Kemudian sekiranya masih berlaku aktiviti-aktiviti seperti pertanyan saya tu terhadap seseorang yang telah berjaya sampai pada tahap tersebut, lantas mahu disandarkan pada siapa segala aktiviti dalam bentuk perbuatan yang terbit daripada seseorang yang berada pada tahap “tidak terlihat lagi adanya kita”?

Adakah situasi ini yang dimaksudkan, “La maujud illallah” yang bererti “Tiada yang wujud melainkan Allah? Oleh demikian pada tahap tersebut jika masih berlaku aktiviti seperti pertanyaan saya tu, bererti Allah makan? Allah berak? Allah kentut? Allah sendawa? Jadi, yang benar-benar makan itu siapa, hamba ke? Allah ke yang makan? Hisyyy…tidakkan kot macam tu Tuan Haji? Pelik la pulak bunyi Allah berak kencing ni. Minta sedikit pencerahannya Tuan Haji.

ABR | mustapharomli@yahoo.com | 203.106.151.225 | 31/03/2014 jam 8:58 PM

JAWAPAN HJ. SHAARI KEPADA PENULIS KOMEN BERNAMA ABR

Pertanyaan tuan itu, telah menggambarkan jauhnya dari ilmu mengenal diri dan terlebih jauh lagi dari ilmu mengenal Allah. Jika tuan orang yang berilmu (mengenal Allah atau mengenal diri), tidak terlafaz dan tidak akan timbul persoalan seperti itu. Saya kira pertanyaan itu, adalah pertanyaan orang yang tidak berilmu. Tuan masih jauh dan masih berada pada tahap orang yang tidak berilmu, jika tuan orang yag berilmu, masakan boleh sabitkan kepada Allah makan, berak, dan kencing. Saya malu hendak menjawab pertanyaan tuan, biarlah tuan kata saya jahil atau bodoh, memang saya jahil dan bodoh.

Tuan cuba baca komen-komen orang lain, orang lain seorangpun tidak bertanya seperti komen tuan. Orang berilmu tidak akan bertanya soalan seperti itu. Tuan tanya sedemikin tandanya tuan orang yang tidak mengenal diri, jika orang yang mengenal diri, tidak mungkin terlafaz di mulutnya soalan seperti itu. Biarlah saya serahkan kepada sahabat-sahabat di luar sana untuk menjawabnya. Saya tidak ada ilmu dan jahil untuk menjawab soalan tuan. Ilmu saya rendah dan sehingga tidak tahu atau belum sampai kepandaian saya untuk menjawab soalan yang tinggi seperti soalan tuan.

Cuma yang boleh saya jawab, apakah boleh kita arahkan gambar atau bayangan kita yang di dalam cermin itu berak? Cuba tuan suruh gambar di dalam cermin itu berak, dan cuba cucuk mata yang di dalam cermin dan pulas telinga yang di dalam cermin itu, boleh tidak? Itulah bagi menggambarkan kita ini tidak sedikitpun berdaya upaya, tidak sedikitpun berkuasa dan tidak sedikitpun punya apa-apa, hendak berak atau hendak kencingpun kita tiada upaya jika tidak dengan kehendak atau jika tidak dengan kerana Allah. Kerana Allah kita kencing, kerana Allah juga kita berak dan kerana Allah juga kita kentut. Jika tidak kerana Allah, masakan tuan boleh berak, kencing atau kentut?

Kita tidak ada dan kita tidak wujud, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita berak atau tidak. Jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita kentuk atau kencing.

ORANG YANG ADA DIRI SEPERTI TUAN SAHAJA YANG BOLEH KATA ALLAH BERAK, ALLAH KENCING DAN ALLAH KENTUT. Orang yang tidak ada diri seperti kami ini, adalah orang yang TIDAK BOLEH kata Allah berak, TIDAK BOLEH kata Allah kentut dan orang yang TIDAK BOLEH kata Allah kencing, sebab apa kami golongan yang tidak boleh berkata begitu, sebabnya adalah kerana kami ini, adalah golongan yang tidak ada diri. Golongan yang tidak ada diri seperti kita ini, adalah golongan yang tidak mengumpamakan Allah berak, kencing atau kentut. Diri kita tidak ada, makanya kita tidak kata Allah berak, kentut atau kencing. Kerana tuan ada dirilah, makanya tuan boleh dan sanggup mengumpamakan Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing. Bilamana kita merasa diri kita itu ada, maka itulah sehingga tergamak kata Allah berak, Allah kencing dan Allah kentut. Orang yang ada diri seperti tuan sahaja yang sanggup kata Allah berak, kentut atau kencing. Kami golongan yang tidak ada diri, tidak sekali-kali boleh kata Allah berak, kentut tau kencing.

Tuan kata Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing itu, adalah sebab kerana tuan masih mengadakan diri dan mengadakan Allah (SYIRIK). Ada Allah dan adanya diri itu, hukumnya syirik. HUKUMNYA SYIRIK. Kita bersifat tidak ada, bilamana Allah bersifat ada, sifat Allah itu adalah teramat-amat bersalahan dengan sifat kita yang baharu ini. Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA. Jika ada diri tuan, sila tunjukkan di mana nama tuan?

Bertanya itu, sila guna adab yang sopan, supaya jawapan juga sopan. Tidak senonoh mengatidakan Allah berak, cuba cari ayat yang baik sikit, supaya manis telinga mendengar. Saya tahu tuan orang cerdik, jadi jika cerdik sila guna bahasa yang sopan, ini seolah-olah tuan hendak menjolok sarang tebuan. Jika ya pun, janganlah guna bahasa Allah berak, jijik saya mendengarnya, kan Allah itu Maha Suci.

Saya buat contoh TAHI itu, supaya tuan sedar, apa rasa hati tuan jika saya guna bahasa tahi, sedap tidak bunyinya? Jika tuan rasa tidak sedap, berlebih lagi tidak sedaplah telinga, bila guna nama Allah bagi tujugan mempersenda ilmu orang. Saya sedar yang bahasa tuan guna itu, seolah-olah menyindir saya biarpun nampaknya kelihatan seperti baik (saya orang tua, saya tahu bahasa baik atau bahasa sindiran).

Kiasan gambar yang di dalam cerminlah itu, itulah diri kita! Adapun diri kita itu, cuma sekadar bayang tuan yang empunya bayang. Jika tuan berkuasa berak, cuba cium tahi tuan dan jika tahi tuan itu busuk, cuba suruh ianya jadi wangi, boleh tidak?

Maka ambillah perhatian dengan contoh gambar atau contoh wajah tuan yang ada di dalam cermin, itu adalah contoh atau satu tauladan yang baik. Bagi menggambarkan kita ini sebenar-benarnya tidak ada dan tidak punya apa-apa, jika adanya diri sekalipun, adanya diri kita itu, adalah sekadar bayang. Cuba tuan lihat cermin dan cari, manakah yang dikatidakan nama tuan di atas diri tuan. Nama tuan sendiripun tidak ada di atas diri tuan, apa lagi sifat tuan. Jika tuan kata diri tuan ada, cuba tunjuk, mana nama tuan? Dan cuba cari mana bahagian anggota tubuh badan yang menjadi milik atau kepunyaan diri tuan.

Saya ini tidak pandai, jadi jawapanpun tidaklah seberapa, jadi bertanyalah kepada orang yang lebih arif. Maaf jika saya tidak pandai menjawab pertanyaan. Saya minta maaf kiranya bahasa saya terkasar dan harap tuanpun jangan berkasar dan samakan Allah dengan berak atau kentut, tidak manis begitu kalaupun tuan ini seorang yang berilmu.

Saya tidak pernah mengajar Allah berak, Allah kentut, Allah kencing atau Allah sendawa. Semasa hayat saya menjadi seorang penceramah, setahu saya, saya hanya mengajar Allah melihat, Allah mendengar, Allah berkuasa, Allah berilmu, Allah hidup dan hanya Allah sahaja yang wujud (ada). Tidak pernah saya mengajar Allah berak, kentut, kencing dan Allah sendawa. Jangan buat tuduhan yang berbentuk memfitnah, tidakkah fitnah itu lebih buruk dari membunuh atau berzina.

Jika tuan tidak suka kepada tulisan saya, janganlah carutkan Allah. Pertanyaan tuan itu, seolah-olah satu sindiran. Saya orang tua, jadi kata-kata sedemikian itu, sudah cukup buat saya faham, yang tuan sebenarnya menyindir saya dalam baik, nampak perkataan tuan itu seolah-olah bertanya, namun sebagai orang tua, saya cukup faham akan duduknya perkara. Namun saya masih berharap dan berprasangka baik terhadap tuan hendaknya. Lain kali bila bertanya gunalah bahasa yang baik, kerana Allah itu Maha Suci, janganlah tahi, berak, kencing, sendawa atau kentut pula dibuat contoh. Cuba tuan lihat pula, bila saya buat contoh tahi, SEDAP TIDAK TUAN DENGAR? Jika tuan tidak sedap dengar bila saya bunyikan contoh tahi atau bau tahi busuk boleh tuan ubah supaya menjadi wangi, kan tidak sedap didengar (saya guna bahasa tahi sebagai contoh itu), sebagai contoh dan pengajaran kepada tuan. Jika tuan tidak sedap dengar bila saya guna bahasa TAHI, sebegitulah tidak sedapnya telinga saya untuk mendengar contoh tuan. Tidak layak dan tidak sopan bahasa soalan tuan itu, seolah-olah mengeji Allah, biarpun secara tidak derek (sudah cukup membuat saya faham).

Advertisements

44 comments on “Tak Sepatutnya Bertanya Seperti ABR

  1. ORANG YANG ADA DIRI SEPERTI TUAN SAHAJA YANG BOLEH KATA ALLAH BERAK, ALLAH KENCING DAN ALLAH KENTUT. Orang yang tidak Ada diri seperti kami ini, adalah orang yang tidak boleh kata Allah berak, TIDAK BOLEH Allah kentut dan ORANG YANG TIDAK BOLEH Allah kencing, sebab apa kami golongan yang tidak boleh berkata begitu, sebabnya adalah kerana kami ini, adalah golongan yang tidak ada diri. Golongan yang tidak ada diri seperti kita ini, adalah golongan yang tidak mengumpamakan Allah berak, kencing atau kentut. Diri kita tidak ada, makanya kita tidak kata Allah berak, kentut atau kencing. Kerana tuan adanya dirilah, makanya tuan boleh dan sanggup mengumamakan Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing!. Bilamana kita merasa diri kita itu ada, maka itulah sehingg tergamak kata Allah berak, Allah kencing dan Allah kentut. Orang yang ada diri seperti tuan sahaja yang sanggup kata Allah berak, kentut tau kencing. Kami golongan yang tidak ada diri, tidak sekali-kali boleh kata Allah berak, kentut tau kencing…………………..

    [petikan jawapan tuan haji]

    Apabila tuan haji mendakwa bahawa golongan tuan tidak ada diri, tersungkap pula saya dengan dua keterangan Quran, sila rujuk dua uslub Quran dibawah:

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ وَٲحِدَةٍ

    Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu…Q 4:1

    وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَآٮِٕقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَـٰفِلِينَ
    Sesungguhnya Kami telah ciptakan ke atas kamu tujuh jalan dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan Kami , Q 23 : 17

    Atas alasan apakah tuan haji berkata bahawa golongan tuan tidak ada diri? Sedangkan Quran menjelaskan bahawa manusia dijadikan daripada diri yang satu. Hal ini menunjukkan bahawa manusia itu ada diri iaitu pecahan daripada diri yang satu. Kemudian firman Allah menjelaskan lagi bahawa Allah bina manusia atas dasar tujuh jalan iaitu diri yang ditajallikan di alam zahir. Diri yang ditajallikan ini menunjukkan sifat atau sifat Kamalat di mana ianya menunjukkan atas kesempurnaan sifat iaitu manusia yg wujud atau berada di muka bumi. Adanya kejadian makhluk termasuk manusia dan tuan haji sendiri menunjukkan bahawa adanya pencipta iaitu Allah [Khaliq / Fathir]. Apa salahnya sifat [manusia] sehingga mahu menafikan kewujudannnya di alam zahir hanya semata-mata untuk menyatakan yang Allah itu wujud? Jika mahu menafikan kewujudan sifat di alam zahir siapakah pula yang akan menyatakan bahawa zat wajibalwujud itu wujud?

    Terasa janggal pulak bila tuan haji berkenyataan seperti ini,

    [Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA. Jika ada diri tuan, sila tunjukkan di mana nama tuan?…………………….. ]

    kalaulah cara begini dijadikan satu pendekatan dalam makrifat, sila tuan haji tunjukkan pada saya di manakah sebenar-benar letaknya nama ‘mempelam’, dalam sepohon pokok mempelam, pada buahnya ke? pada dahannya ke? pada daunnya ke?..setiap yg zahir itu adalah menepati empat perkara ini [zat, sifat, asma’ dan af’al] asma’ itu maksudnya bernama, maka makhluk yg dizahirkan itu semuanya bernama. Bolehkah tuan haji tunjukkan pd saya satu ciptaan Allah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang dizahirkan di alam misal ini tidak mempunyai nama? kombinasi bahagian-bahagian sehingga sempurna membentuk sesuatu makhluk itu yang menyebabkan sesuatu makhluk itu bernama dan mempunyai nama. Yang zahir tetap zahir dan benar-benar wujud demi menyatakan zat, sifat, asma dan af’al Allah.

    Apakah terlalu hina bila seseorang itu menyebut tahi, kencing, berak, kentut dan sendawa? Sedangkan semua ini adalah ciri-ciri yang menepati sifat atau pun disebut makhluk di alam zahir, bahkan keseluruhan golongan anbia yg diutuskan untuk membimbing manusia ketika hidup di dunia begitu jua dengan Tok Kenali sendiri pun tidak terlepas daripada ciri-ciri tersebut. Sebab itu terdapat satu bahagian dalam ilmu fiqah iaitu cara pengendaliannya disebut bab Toharah. Salahnya saya di mana tuan haji?

    Tok Kenali pun umat Muahammad seperti kita juga, dan beliau pun sama merujuk Kitab Quran yg terbit melalui nabi Muhammad, malah beliau pun makan nasi yg direbus seperti kita juga, tuan haji!..tiada catatan dalam sejarah di mana Tok Kenali hanya perlu memasukkan beras ke dalam mulutnya kemudian mengunyah lepas itu beras yg dikunyah itu bertukar menjadi nasi ketika dalam mulut.

    mafkan saya tuan haji, wasalam

    Like

  2. sifat Allah itu adalah termat-amat bersalahan dengan sifat kita yang baharu ini. Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA. Jika ada diri tuan, sila tunjukkan di mana nama tuan?……………………..
    Bertanya itu, sila guna adap yang sopan, supaya jawapan juga sopan. Tak senonoh katakan Allah berak, cuba cari ayat yang baik sikit, supaya manis telinga menengar. Saya tahu tuan orang cerdik, jadi jika cerdik sila guna bahasa yang sopan, ini seolah-olah tuan hendak menjolok sarang tebuan. Jika iapun, janganlah guna bahasa Allah berak, jijik saya mendengarnya, kan Allah itu maha

    [petikan di atas jawapan tuan haji pd saya]

    Di antara sebab saya berkata Allah berak,kencing atau bersin adalah berpunca daripada kenyataan tuan haji, iaitu [Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA], apabila kita bersifat tiada, habis tu siapa yg ada? kewujudan manusia itu dinafikan kemudian isbat kpd Allah [mungkin begini??]..maka sebab itu saya bertanya pd tuan haji apa betul ke Allah itu berak kencing, sebab manusia dah tak wujud lagi iaitu dinafikan kewujudannya. Apakah soalan saya ini menjadi satu kesalahan besar yg mana berpunca drp tuan haji juga..

    tuan haji! tuan haji!..cuba baca bagi elok-elok ajak anak murid sekali tolong semak setiap patah ayat yg saya tuliskan tu!…saya tidak berniat untuk fitnah tuan haji pun atau nak mencarutkan Allah. Allah tu tetap Allah tuan haji..sesekali tidak akan tercemar kesuciannya jika terdapat hamba yg mencarutkanNya. Yang tercemar itu adalah pemikiran dan pemahaman manusia terhadap Allah.Tuan haji! Tuan haji!..

    Like

    • as salam….

      saya faham persoalan sdr abr itu dan mengapa beliau membuat pertanyaan tersebut. kerana apa..?? kekadang bahasa atau istilah yg para guru makrifat gunakan itu membawa kpd persoalan dan kebingungan. kerana apa jadi begitu..??

      saya ambil contoh…. guru makrifat mengatakan yang bersolat itu Allah….(dari segi hakikatNya)… jadi bagi yang tidak mendalami ilmu makrifat akan keliru kerana terdapat persoalan di hati mereka – iaitu kalau begitu bagaimana pula perbuatan2 yang lain…? adakah Allah yang perbuat..? itulah yg menjadi persoalannya….?

      dan kekadang kita akan terlihat jawapan guru makrifat “putus” pada sesuatu perkara dan kekadang bila persolan sensitif seolah2 “tidak putus” demi menjaga adab (kesopanan). maka dengan itu akan menimbulkan kekeliruan pada umum.

      contoh lain perkara baik golongan makrifat katakan Allah perbuat dan sesetengah perkara yang “sensitif” seolah2 TAKUT untuk perkatakan secara terang dan jelas serta tidak putus.

      jadi seolah2 sukar untuk mengatakan “Ya” atau “Tidak” pada sesuatu persoalan yang timbul. mengapa jadi demikian…? utk menjaga adab (kesopanan) tata-susila dan sebagainya atau TAKUT untuk menyatakannya secara “PUTUS”……? kenapa masih ramai yang mempelajari ilmu makrifat takut atau bimbang untuk menyatakannya hingga membingungkan orang umum atau golongan yg tidak mendalami ilmu makrifat ini.

      maka dengan itu janganlah kita persalahkan pertanyaan2 sebegini dari orang2 di luar sana. orang makrifat hanya takut pada Allah katanya tetapi kerana masih tersekat2 dalam memberi penjelasan…????

      saya terpanggil untuk berkongsi pendapat pada malam ini kerana saya tidak bersetuju sekiranya kita salahkan kepada orang2 yang ingin bertanya akan ilmu ini secara umum kerana mereka tidak faham. jadi tangunggjawab orang yang sudah faham untuk menjelaskannya. jadi kita golongan makrifat katanya janganlah pulak terlalu angkuh dan sombong mengatakan kita sahaja yang betul dan benar. dan menyalahkan orang lain yang tidak faham…..!!!!!

      ingat sahabat2 ku….hanya Allah Yang Maha Benar! jangan kita taksub dengan ilmu di dada. ingatlah siapa yang empunya ilmu!

      Allah mencipta manusia dan segala perbuatan manusia – ada firmanNya di dalam Al-Quran. dengan ayat ini maka tercetuslah perlbagai andaian, fahaman, istilah sehinggalah ke akhir zaman.

      maka kita perlulah bersangka baik kpd semua umat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      teguran ini saya tujukan juga kpd tuan hj shaari yang di hormati serta sahabat2 yang lain! jangan kita mendabik dada berilmu dan orang lain tidak berilmu…ingat itu!!!

      pertentangan ilmu syariat dan fekah dengan lain2 ilmu tariqat, hakikat dan makrifat adalah kerana anda semua tidak “bersangka baik” antara satu sama lain. jangan hanya cakap yang awal, akhir, zahir dan batin itu Allah dan mengajak semua umat kpd KEESAAN ALLAH kalau anda sendiri tidak tahu bagaimana hendak “bersangka baik” !!!!

      yang zahir ini hakikatnya (berbilang2) adalah penzahiran semata2 Yang Satu!

      setelah merasai hakikat maka akan timbullah kesedaran “makrifat”…… makrifat itu bukan hanya istilah sahaja. setelah mati makrifat kedudukannya di mana…? kalau katanya telah putus ….putusnya di mana..???????

      tuan2 yang berilmu baik tuan2 guru2 sahabat2 sekelian….ilmunya di mana….?????

      sedih saya melihat kekeliruan demi kekeliruan kerana berbolak balik bahasa kalian…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      kalau soalan direct terus sahaja beri jawaban yang direct!!!!!!!!!!!! ya atau tidak…????

      ya atau tidak….???

      ikhlas

      1

      Like

      • salam

        saya terpanggil untuk berkongsi pendapat pada malam ini kerana saya tidak bersetuju sekiranya kita salahkan kepada orang2 yang ingin bertanya akan ilmu ini secara umum kerana mereka tidak faham. jadi tangunggjawab orang yang sudah faham untuk menjelaskannya. jadi kita golongan makrifat katanya janganlah pulak terlalu angkuh dan sombong mengatakan kita sahaja yang betul dan benar. dan menyalahkan orang lain yang tidak faham…..!!!!!

        [drp petikan sdr hamba pasrah]

        ..setuju dgn pendapat sdr hamba pasrah, nah!..ini sepotong uslub Quran utk anda dan juga rakan2 serta tuan haji shaari sama2lah kita renungi..

        وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
        Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. (43)

        Jika Muhammad seorang nabi lagi rasul diperintah oleh Allah supaya bertanya..apatah lagi kita umatnya yg kerdil ini…

        wasalam

        Like

    • Bilal Bin Rabbah dan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah yang lain, tidak pun berdalil untuk yakin kepda Allah!. Tengok Bil bin rabbah semasa kena dera dengan batu panas, apakah mereka goyh yakin kepada Allah?, Sedangkan pada masa itu, belum ada sembahyangn, belum ada puasa dan belum ada Al-Quraan………………………………………

      [petikan tuan haji bertajuk tengok contoh Bilal bin Rabah tdk berdalil utk yakin kpd Allah]

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

      saudaraku seagama seabangsa setanah air, yg amat kusayangi dunia akhirat, terlebih dahulu maafkan sy yg hina dina ini..merujuk pd kenyataan tuan haji di atas tu..iaitu sewaktu Bilal bin Rabah kena dera sedangkan pd masa itu belum ada sembahyang, belum ada puasa dan belum ada QURAN…sembahyang dan puasa dlm bentuk ritual syari’at memang betul belum lagi zahir pd waktu tersebut. TETAPI [Quran belum ada pd waktu itu?] di manakah sumber maklumat yg tuan haji perolehi ?????????…Kalau Quran belum ada pd waktu tersebut mcm mana Bilal bin Rabah boleh terima Islam tuan haji??..Islam bermula setelah kedatangan wahyu kdp Nabi Muhammad. Wahyu itu maksudnya Al Quran la tuan haji woo!!….Ya rabbi!!..Ya Allah!!..

      wasalaaaaaaaam..tuan haji! tuan haji!…[sy menggeleng kepala ni!]

      Like

    • Bilal Bin Rabbah dan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah yang lain, tidak pun berdalil untuk yakin kepda Allah!. Tengok Bil bin rabbah semasa kena dera dengan batu panas, apakah mereka goyh yakin kepada Allah?, Sedangkan pada masa itu, belum ada sembahyangn, belum ada puasa dan belum ada Al-Quraan………………………………………

      [petikan tuan haji bertajuk tengok contoh Bilal bin Rabah tdk berdalil utk yakin kpd Allah]

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

      saudaraku seagama seabangsa setanah air, yg amat kusayangi dunia akhirat, terlebih dahulu maafkan sy yg hina dina ini..merujuk pd kenyataan tuan haji di atas tu..iaitu sewaktu Bilal bin Rabah kena dera sedangkan pd masa itu belum ada sembahyang, belum ada puasa dan belum ada QURAN…sembahyang dan puasa dlm bentuk ritual syari’at memang betul belum lagi zahir pd waktu tersebut. TETAPI [Quran belum ada pd waktu itu?] di manakah sumber maklumat yg tuan haji perolehi ?????????…Kalau Quran belum ada pd waktu tersebut mcm mana Bilal bin Rabah boleh terima Islam tuan haji??..Islam bermula setelah kedatangan wahyu kdp Nabi Muhammad. Wahyu itu maksudnya Al Quran la tuan haji woo!!….Ya rabbi!!..Ya Allah!!..

      wasalaaaaaaaam..tuan haji! tuan haji!…[sy menggeleng kepala ni!]

      Like

  3. Muslimin muslimat yang dirahmati Allah, TG yg saya hormati . Pada kesempatan yang baik ini saya menawarkan diri bila ada sahabat-sahabat yg ingin bertanya apa saja tentang ilmu makrifat kepada saya . Semua pertanyaan tuan tuan akan saya jawab dengan pasti benar.. Bahkan sebelum tuan tuan mengajukan pertanyaan kepada saya, saya sudah terlebih dahulu tahu jawabannya . Semoga sehabat-sahabat tidak ada yg bingung dengan ilmu makrifat sehingga tidak ada yang perlu ditanyakan kepada saya .

    salam hormat

    ttd

    teguh rianto
    ket: sy hanya akan jawab pertanyaan yg diajukan malam ini

    Like

  4. as salam

    sahabatku teguh rianto cuba anda menjawab persoalan sahabat kita sdr abr di atas. seolah jawaban tuan guru hj shaari masih enggak bisa beliau fahami dan juga masih terasa ketidakpuasan hati beliau.

    kami menanti jawaban anda sahabat!

    ikhlas

    1

    Like

  5. assalamualaikum..pd saya…utk lebih faham ilmu ini..sila kenali diri..trlebih dulu…dan prcayalah semua akan mudah difahami

    Like

  6. sahabatku Hamba Pasrah yg dirahmati Allah SWT ……..

    Menurut hemat saya ilmu makrifat adalah ilmu yang sangat luar biasa , dan sangat istimewa. Keistimewaan Ilmu makrifat bagi saya dikarenakan semakin didalami dan dipelajari semakin asyik dan menyenangkan .
    Menurut saya barang siapa yang bisa TIDUR dalam keadaan SADAR itulah yang disebut orang maskrifat sejati.
    Pertanyaan saya : ketika kita sedang tidur apakah yang bisa kita perbuat ???
    Saya yakin jawaban tuan tuan sama dengan saya yaitu tidak ada yang bisa diperbuat oleh orang yang sedang tidur .

    Singkat kata singkat cerita menurut saya sebenar-benarnya orang makrifat adalah orang yang tidak tahu apa apa.
    mohon maaf ini bukan jawaban dari persoalan tuan abr , tapi bisa dijadikan ilustrasi untuk menjawab juga ….

    salam makrifat sejati

    ttd

    teguh rianto
    NB : Pemahaman datangnya dari GUSTI ALLAH .

    Like

    • salam

      ..dua uslub Quran utk anda Teguh Rianto..sama2lah kita renunginya..

      إِنَّمَا يُؤۡمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُڪِّرُواْ بِہَا خَرُّواْ سُجَّدً۬ا وَسَبَّحُواْ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ

      Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur, Q 32:15

      تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

      Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka, Q 32:16

      semoga anda berjaya…

      wasalam

      Like

  7. suatu ketika dulu …sy pun spt mereka..tp skrg wlau x pndai utk mnulis..hanya mampu diam..sudah ckup buat lidah jd kelu..

    Like

    • .tiada persoalan yg tiada jawapan sekiranya perkara itu adalah benar, kecuali perkara yg menjadi persoalan itu dusta maka tiadalah jalan dan jawapannya, dan tidak perlulah kita cari jawapan pada perkara dusta.

      Like

  8. Assalamualaikum….maafkan sy krn tergerak utk mmberi pendapat yg di fikirkan mudahan dpt di terima….sememangnya utk memahami istilah atau kata-kata ahli makrifat sukar di mengerti bersesuaian dengan Allah kaitkan dan perkatakan ILMU MAKRIFAT tidak berjalan di atas ilmu yg menggunakan akal malah ILMU MAKRIFAT di luar jangkaan akal manusia kerana semula jadiNya ILMU KENAL ALLAH menggunakan istilah di luar kemampuan otak manusia bg sy INI LAH BUKTINYA ALLAH TIDAK ADA PERSAMAAN DGN YG ADA.sebagai contoh yg di katan/soalan apakah ALLAH YG berak atau kencing?pandangan yg keliru ttg ini sgt jelas belum mencapai kefahaman dlm merungkai segala yg tersembunyi tpi bila Mengenal diri dan ALLAH DAH MENGENALKN DIRINYA pertanyaan ini pasti tidak lg timbul sebab dah PUTUS,bila kata dah PUTUS nak tanya dan cakap apa lagi???jika sudah ALLAH DAH NYATA dlm Diri???yg berak dan kencing itu adalah sifat ALLAH utk MENYATAKAN WUJUD ALLAH ,ALLAH nak tunjuk DIA berkehendak dan Menjadikan….walaupun pd Zahirnya manusia yg berbuat segalanya pd hakikat nya atas KUASA ALLAH.MAKRIFAT membawa maksud TIADA,bila TIADA bagaimana nak tuduh Allah berak dan kencing???mulut terkunci sudah terzahir Tuhan yg belum bernama ….sekaligus sudah binasa diri/tdk terlihat lg diri…yg ada KEHENDAKNYA DLM NYATAKAN DIA……NAK KUPAS DI MAKRIFAT DAH TAK ADA HANYA DI HAKIKAT MASIH BOLEH….sedikit penerangan di sini Allah yg menjadikan perbuatan kita dn bukan kita sbb kita tiada kuasa yg HIDUP dlm diri adalah DIA namun sifat berak dan kencing itu tidak terkena pd ALLAH kerana Allah MAHA SUCI…IBARAT AIR DI CAMPUR DENGAN MINYAK MASAK TETAP TERASING SISANYA TPI DARI YG SATU.AIR TIDAK AKAN TERCEMAR OLEH MINYAK TADI..BEGITULAH SUCINYA ALLAH ,IBARAT AIR TIDAK BISA DI KUASAI OLEH MINYAK…MINYAK TERAPUNG DI ATAS PERMUKAAN SEDANG KAN AIR TETAP BERSIH/TEGUH/TENANG .amin.

    Like

    • ….ILMU MAKRIFAT tidak berjalan di atas ilmu yg menggunakan akal malah ILMU MAKRIFAT di luar jangkaan akal manusia kerana semula jadiNya ILMU KENAL ALLAH menggunakan istilah di luar kemampuan otak manusia bg sy INI LAH BUKTINYA ALLAH TIDAK ADA PERSAMAAN DGN YG ADA.
      [keratan petikan drp penjelasan sdra/i Zie]

      Sekiranya Ilmu Makrifat tidak berjalan atas ilmu yg mengunakan akal atau ianya berjalan diluar jangkauan akal manusia, lantas manusia yg tercipta di muka bumi mahu menggunakan medium apa untuk mengenal Tuhan? Quran telah memberitakan situasi Baginda Muhammad sewaktu belum kenabiannya, sila rujuk keterangan Quran di bawah:

      وَوَجَدَكَ ضَآلاًّ۬ فَهَدَىٰ
      Dan didapatiNya engkau [Muhammad] mencari-cari [jalan yang benar], lalu Dia memberikan hidayah petunjuk, Q 93:7

      Pada waktu Baginda sedang mencari-cari jalan yg benar berdasarkan uslub di atas, pada tempoh waktu tersebut Baginda mencari kebenaran dengan menggunakan apa? Selepas mencari barulah datang hidayah Allah atau pertunjuk. Saya terima kenyataan anda, sekiranya selepas datangnya pertunjuk Allah atau lebih tepat pd waktu sedang berlaku wahyu, adalah di luar jangkauan akal manusia, itu betul.

      sebagai contoh yg di katan/soalan apakah ALLAH YG berak atau kencing?pandangan yg keliru ttg ini sgt jelas belum mencapai kefahaman dlm merungkai segala yg tersembunyi tpi bila Mengenal diri dan ALLAH DAH MENGENALKN DIRINYA pertanyaan ini pasti tidak lg timbul sebab dah PUTUS,bila kata dah PUTUS nak tanya dan cakap apa lagi???jika sudah ALLAH DAH NYATA dlm Diri???yg berak dan kencing itu adalah sifat ALLAH utk MENYATAKAN WUJUD ALLAH ,ALLAH nak tunjuk DIA berkehendak dan Menjadikan.
      [keratan petikan drp penjelasan sdra/i Zie]

      [jika sudah ALLAH DAH NYATA dlm Diri???], mohon penjelasan anda bahawa Allah nyata dalam diri yg mana? Kemudian nyatanya [zahirnya] Allah dlm keadaannya sebagaimana?

      Jika, [yg berak dan kencing itu adalah sifat ALLAH utk MENYATAKAN WUJUD ALLAH ,ALLAH nak tunjuk DIA berkehendak dan Menjadikan], maka di sini menunjukkan bahawa sifat itu masih manusia. Di mana perbuatan manusia tersebut utk menyatakan kebesaranNya iaitu zat, sifat, asma dan af’al dan sifat masih belum lagi ternafi atau masih wujud dan berada di alam zahir, sememangnya ya pun.

      Like

  9. Bila mana dah hilang RASA ..berak dan kencing atau sebagai adalah sebagai satu aktiviti Nyata kan WUJUD ALLAH…tuan/puan dan shbt sekalian bukan kata tinggi Diri hanya sekadar berkongsi pendapat yg tak seberapa cuma sy juga tak layak membawa kalian fhm apa yg sudah di fahami…seperti kata kata tuan hj Saari …tugas hanya menyampaikan yg memberi faham hanya ALLAH swt.ILMU KENAL ALLAH ADALAH GHAIB dan hanya dgn cara menzahirkan Allah seNyata NyataNya baru dapat faham….KESEMPURNAAN ALLAH DAPAT DI LIHAT DARI SUDUT YG BERTENTANGAN OLEH AKAL MANUSIA KECUALI FANA KN DIRI DALAM WUJUDNYA….wassalam.

    Like

    • Sahabat2 yg saya hrmati sekelian, nk bncang ttg Allah yg Ghaibul-Ghaib x kan habis smpai kiamat…ilmu saya, tuan, dia mereka dan siapa saja umpama setitis air dijari jika nk dibandingkan dgn ILMU Allah yg amat luas….pd saya bgini sajalah klau pndangan saya 2 betul terima klau silap tlh sama-sama btulkan…Allah 2 kan Maha Berkuasa, Maha Suci lagi Maha Pencipta…klau kita kata semua & sgla prbuatan makhluk adalah juga prbuatanNya itu mgkin trsilap fhaman…contohnya seorang Professor tersohor cipta robot…dia buat robot yg cnggih yg bleh berlari, ble tlg selamatkan org dsbnya…tp bila kaki robot 2 terseliuh atau patah, apakah KAKI PROFESSOR ITU JUGA PATAH???
      Mhn pencerahan dan pemahaman dr sahabat2 kalian….Salam hormat utk semua…!!!

      Like

      • Katakanla juga klau Si Robot pintar 2 salah mkn ubat termakan pula julap….siapakah yg tercirit-birit, Professorkah? Sunatullah menafikan segala kelemahan dan kekurangan Al-Khaliq….kan sifat 20 itu ada jawapannya!!!
        Pun saya masih memerlukan pencerahan dr sahabat2 sekelian juga TG Shaari…Wasallam……..!!!

        Like

      • ..setelah Bicarahati menamatkan ilmu sifat 20, kemudiannya Bicarahati simpankannya di mana? adakah Bicarahati lontar ilmu sifat 20 tu ke langit? Atau Bicarahati jadikan ilmu sifat 20 tu sebagai selindang utk dipakai pd jasad Bicarahati? ..maaf la!..Bicarahati sy cuma sekadar tumpang bertanya?..jngan marahkan sy pulak..sy tetap akan bertanya dan bertanya!…pd sesiapa pun ye!!!..ok bye..

        Like

      • buat apa saya nk marah abr, sdra tnye saya cuba jwb, klau btul dan tepat pkaila.klau trsasar jauh itu atas ksilapan dan klemahan pmahaman saya sbb sya pun masih baru mrangkak dan masih hrpkan sahabat2 utk beri input yg trbaik buat saya jadikan panduan….abr, saya x lontar S20 kt mne2 krn ianya ada di mana2, x juga dijadikan selindang yg boleh dipkai buang…ala abr ni buat2 tnye pilak…saya rasa sdra lebih tau drpd saya, jgn semunyi ilmu 2, x baik…..!!!

        Like

  10. ILMU MENGENAL ALLAH SUDAH ALLAH JELASKAN..IA TERDAPAT DLM ILMU SYAHADAH..ILMU SYAHADAH ADALAH ILMU YG ALLAH PERLIHATKAN SENDIRI DAN UNTUK MENYATAKAN DIRI ALLAH SENDIRI ,DIA TIDAK MEMEERLUKAN DALIL….JIKA MASIH PAKAI DALIL BERERTI MASIH ADA diri,BILA ALLAH NYATAKAN DIRINYA SENDIRI tiada siapa yg dapat MENGHALANGNYA…PUTUSNYA ILMU KENAL ALLAH BILA ALLAH WUJUD di hadapanNya.Kelu lidah…

    Like

    • saya rasa jawaban sdri zie di atas iaitu – PUTUSNYA ILMU KENAL ALLAH BILA ALLAH WUJUD di hadapanNya.Kelu lidah… sudah menjawab soalan sdr abr tadi.

      maka dengan itu janganlah kita hanya tahu menyebut nama Allah tanpa mengenal empunya nama, ini adalah pengajian di dalam bidang makrifat seadanya. dibidang lain sememangnya berbeza. jadi janganlah kita berburuk sangka dan menjatuhkan hukum sesama kita kerana tiada sesuatu pun yang terlepas dari pandangan Allah dan ilmuNya. kenapa kita berbeza pandangan…? kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Segalanya!!! serahkan segalanya pada Yang Maha Menguruskan maka dengan itu jiwa kita akan tenang dan redho.

      dan bagi yang berkata Allah itu…Allah ini…. atas pengenalan nama sahaja sebab itu memang sangat janggal penggunaan perkataan tersebut bagi sesetengah golongan. tapi bagi yang telah mengenal atau memegang Ahad (empunya nama) sebut lah apa jua katakanlah apa jua – tidak akan diperlihat dan diperdengarkan dan dirasakan melainkan Ahad…Ahad…Ahad pada sekeliannya. Allah itu nama pengenalan sahaja untuk disebut2 dipuja2 dan sebagainya. dan ketahuilah Yang Maha Ghaib itu bersalahan dengan apa jua yg kita katakan, gambarkan dan sebagainya disini.

      marilah kita semua saling menghormati antara satu sama lain. bagi yg telah mengenal diri baguslah itu dan bagi yang belum pelajarilah ilmu mengenal diri.

      akhir kata ingatlah – segala sifat2 tersebut tidak terpakai padaNya sama sekali, hanya dipakaikan atau dizahirkan kepada sekelian yang maujud!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bagi MENYATAKANNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      ikhlas

      1

      Like

      • akhir kata ingatlah – segala sifat2 tersebut tidak terpakai padaNya sama sekali, hanya dipakaikan atau dizahirkan kepada sekelian yang maujud!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bagi MENYATAKANNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

        [petikan sdr di atas]

        jika demikian bererti ‘sifat’ jangan dinafikan dgn tanpa ada hujung pangkalnya..kerana sifat itu menyatakan kebesaran Allah..Baginda Muhammad tdk pernah tunjuk jalan pd umatnya menuju pada kekaburan. Apabila berlaku nafi isbat ditunjukkannya supaya nafi isbat itu dilakukan terhadap dua perkara, tidak pernah berlaku nafi isbat pada satu perkara. sebab setiap kejadian ciptaan Allah dua perkara iaitu berpasangan,

        وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
        Dan setiap sesuatu Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingat [terhadap kebesaran dan kekuasaan kami serta mentauhidkan Kami] Q 51:49

        La ilaha illallah, nafikan setiap yg batil iaitu makhluk tdk mempunyai kudrat kemudian diisbatkan kpd yg Hak iaitu Allah nama bagi Zat yg empunya diri yg memiliki sifat Maha segala Maha. Malangnya tuan haji menafikan sifat iaitu manusia sebaliknya isbat kpd apa????.. apa perlu dirahsiakan di sini? Sedangkan baginda tidak merahsiakan pun, disebut secara jelas iaitu Allah.

        Jika demikian syahadah tuan haji adalah dlm keadaan begini:

        La Ilaha illa senyap/kelu..atau La ilaha illa sirr, jika diterjemahkan:

        Tiada tuhan yg disembah melainkan semata-mata rahsia senyap dan kelu.

        benarkah ini????….

        Like

      • sahabat abr

        di bawah adalah komen yg diberi di post2 sebelum ini (sila rujuk).

        Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma’rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. ” La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun” Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A’fal kamu diisbatkan A’fal Allah, Nafikan asma’ kamu, diisbatkan Asma’ Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dalam memahami istilah diri sebenar diri

        # jadi dengan itu soalan sahabat tersebut telah pon dijawab sebelum anda utarakannya terlebih dahulu… dan dibawah pulak adalah petikan kata2 tuan!

        akhir kata ingatlah – segala sifat2 tersebut tidak terpakai padaNya sama sekali, hanya dipakaikan atau dizahirkan kepada sekelian yang maujud!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bagi MENYATAKANNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

        [petikan sdr di atas]

        jika demikian bererti ‘sifat’ jangan dinafikan dgn tanpa ada hujung pangkalnya..kerana sifat itu menyatakan kebesaran Allah..Baginda Muhammad tdk pernah tunjuk jalan pd umatnya menuju pada kekaburan. Apabila berlaku nafi isbat ditunjukkannya supaya nafi isbat itu dilakukan terhadap dua perkara, tidak pernah berlaku nafi isbat pada satu perkara. sebab setiap kejadian ciptaan Allah dua perkara iaitu berpasangan,

        وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
        Dan setiap sesuatu Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingat [terhadap kebesaran dan kekuasaan kami serta mentauhidkan Kami] Q 51:49

        La ilaha illallah, nafikan setiap yg batil iaitu makhluk tdk mempunyai kudrat kemudian diisbatkan kpd yg Hak iaitu Allah nama bagi Zat yg empunya diri yg memiliki sifat Maha segala Maha. Malangnya tuan haji menafikan sifat iaitu manusia sebaliknya isbat kpd apa????.. apa perlu dirahsiakan di sini? Sedangkan baginda tidak merahsiakan pun, disebut secara jelas iaitu Allah.

        Jika demikian syahadah tuan haji adalah dlm keadaan begini:

        La Ilaha illa senyap/kelu..atau La ilaha illa sirr, jika diterjemahkan:

        Tiada tuhan yg disembah melainkan semata-mata rahsia senyap dan kelu.

        benarkah ini????….

        # tidak mengapa itu! saya tidak melihat pada “perbezaan” krn “perbezaan” itu adalah jua pasangan bagi “persamaan”.

        saya ulangi bahawa – “perbezaan” itu adalah jua pasangan bagi “persamaan”.

        terima kasih atas komen2 sahabat abr yang bermanfaat utk kami semua disini.

        ikhlas

        1

        Like

      • Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A’fal kamu diisbatkan A’fal Allah, Nafikan asma’ kamu, diisbatkan Asma’ Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dalam memahami istilah diri sebenar diri

        [di atas keratan petikan sdr hamba pasrah]

        Perempuan pertama:

        Beliau menafikan bahawa beliau bukan seorang lelaki, kemudian beliau isbatkan kpd dirinya seorang perempuan, lalu beliau membuat pengakuan yg beliau adalah seorang perempuan.

        Perempuan kedua:

        Beliau menafikan bahawa beliau bukan seorang lelaki, kemudian beliau isbatkan kpd dirinya seorang lelaki, lalu beliau membuat pengakuan yg beliau adalah seorang lelaki.

        Antara pengakuan dua org perempuan di atas, mana satu yg benar2 berlaku nafi isbat?

        # tidak mengapa itu! saya tidak melihat pada “perbezaan” krn “perbezaan” itu adalah jua pasangan bagi “persamaan”.
        saya ulangi bahawa – “perbezaan” itu adalah jua pasangan bagi “persamaan”.

        [di atas keratan petikan sdr hamba pasrah]

        Cuba sdr hamba pasrah lakukan nafi isbat ke atas dua situasi ini ‘perbezaan’ yg mana pasangannya ‘persamaan’. [maafkan sy]

        Tidak pernah berlaku dlm sejarah di mana Malaysia telah mengalami siang dan malam secara serentak. Pd satu masa Malaysia diselubungi malam dan pd masa yg sama juga Malaysia diselubungi siang sehingga menampakkan wajah masing2 siang dan malam.

        Sebaiknya sdr hamba pasrah!..jika boleh!.jika sudi!..jika tdk keberatan, sy mohon dgn rendah diri tolong berikan definisi atau takrif perkataan berikut, itu pun jika sdr hamba pasrah ikhlas, jujur, adil dan sabar ye! [maafkan sy sdr demi utk memudahkannya]:

        Hak, ghaib, zahir, sifat, zat, Allah

        maafkan sy jika ada yg terkasar bahasa, wasalam

        Like

      • bagi sekelianNya…..

        saya sarankan kalau anda tidak menemui Ahad di dalam Islam cubalah pelajari dan fahami agama2 dunia lain……. !!!!!

        # ini adalah mesej (@#%&^*()+_-=!???????) saya terima dari pengalaman saya sendiri…!!! dan anda akan bertemu titik faham firmanNya Aku sempurnakan Islam itu bagi agama mu…!!!!!

        istilah ISLAM itu UNIVERSAL bagi yang faham erti, makna dan maksudnya!!!

        maaf saya tidak bisa berkongsi penemuan saya itu!!!!!!!!!!!!!!!!!

        anda sekelianNya temukanlah sendiri dengan izinNya…………..!!!

        ikhlas

        1

        Like

  11. Jika Muhammad seorang nabi lagi rasul diperintah oleh Allah supaya bertanya..apatah lagi kita umatnya yg kerdil ini…ini petikan ayat sdr abr di atas.

    5 kata kunci bisa kita petik – Muhammad, nabi, rasul, Allah dan umat!

    saya sarankan sdr abr utk mempelajari ilmu ini (makrifat) biar ianya berganding dengan ilmu2 tuan sedia ada. cuba dahulu untuk memahaminya bukan untuk menerimanya. dengan sedemikian mungkin tuan akan bisa memahami pengajian ilmu tok kenali ini yang diperjuangkan oleh tuan guru hj shaari disini. sekiranya telah pelajarinya dan masih tidak bisa menerimanya, tidak mengapa! dan sekiranya tuan sememangnya telah arif dalam pengajian makrifat dan tidak bisa menerimanya (berlainan aliran/fahaman)- pon tidak mengapa! kerana hakikatnya begitu lah jua seadaNya.

    sesungguhnya 5 kata kunci di atas dalam bidang syariat dan makrifat memang berbeza syallabusnya…!!!!!

    maka sekiranya kita katakan Allah itu yang BERILMU maka janganlah kita menafikan ilmu2 yang lain dari orang2 lain di bidang2 yang berlainan! sudah banyak kali saya katakan demikian kerana bahayanya menafikan ilmu2 yg lain seolah2 menafikanNya antara sedar tidak sedar krn telah terhijab dengan ilmu diri sendiri!!!!!

    ikhlas

    1

    Like

  12. as salam….

    di awal pertemuan aku dengan khidir pernah ku tanyakan sedemikian…

    “ya khidir…bagaimanakah aku mendapatkan ilmu Yang Haq..” tanya ku setelah di beri isyarat untuk kemukakan segala pertanyaan ketika itu.

    “sabar ya Muhamad….sabar….sabar…” jawab khidir dengan ringkas. sentiasa tersenyum kepada aku tetapi kekadang memberikan pandangan yang “TEGAS” bagi tujuan mendidik “hati” ku.

    “bagaimana caranya utk aku sabar sebenar sabar….?” tanyaku lagi.

    “bungkus dirimu dalam ilmuNya…..” pantas khidir menjawab memberikan faham pada aku.

    di atas adalah tulisan saya di post sebelum2 ini tetapi telah disorokkan @ TIDAK DIPERTONTONKAN oleh admin @ tn hj shaari utk tatapan umum!

    saya ingin ulangi ayat akhir di atas…“bungkus dirimu dalam ilmuNya…..”!!!!!!!!

    MAKA DENGAN ITU APAKAH MAKSUD KATA2 KHIDIR ITU…?????

    MAKA DENGAN ITU SIAPAKAH YANG BERILMU…?????

    ANDA JAWAB LAH SENDIRI!!!!!! TIDAK MENGAPA KERANA JAWABAN ANDA DARINYA JUA!!!!

    ikhlas

    1

    Like

  13. Alhamdulillah saya tertarik dengan perbincangan yang diutarakan. Perbincangan seperti ini juga pernah saya dengar daripada beberapa jemaah. Pernah saya dibahas sekiranya saya masih mengatakan Allah begitu dan begini maka ianya masih bersifat dan sekiranya saya mengatakan bahawa sayalah yang melakukan perkara itu dan ini terutamanya sembahyang, sekiranya saya mengatakan bahawa sayalah bersembahyang maka ianya masih lagi diperingkat syirik. Saya menjawab, saya faham akan arah tuju keilmuan tersebut, maka saya bertanya kembali dimanakah letak kedudukan Muhammad Rasulullah yakni kalimah Rasul yang juga salah satu daripada dua kalimah syahadah. Kenapakah Rasulullah SAW bersusah payah melakukan dakwah sedangkan baginda SAW boleh sahaja bertanya pada Allah siapakah yang sebenarnya yang akan memeluk Islam dan menentang Islam. Kenapa Rasulullah SAW perlu berdoa agar Allah pilih di antara Abu Jahal ataupun Omar Al-Khattab untuk menerima agama Islam. Sesungguhnya dalam keilmuan makrifat ini ianya amat luas, selagi mana ianya tidak menafikan akan kekuasaan Allah SWT dan menafikan apa yang diperintahkan ke atas kita insya Allah ianya selamat.

    Saya juga bertanya pada jemaah tersebut, bagaimana pula mereka yang ilmu makrifat hanya sampai kepada bahawa tiada yang berkuasa hanya Allah SWT dan mereka taat melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul ke atas mereka tanpa rasa ragu, adakah mereka ini tergolong dalam golongan orang syirik bila mereka mengatakan “Saya melakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala”….adakah kenyataan yang diatas itu masih lagi syirik….sebab syirik boleh membawa kepada neraka. Maka bagaimana pula dengan ayat ini…

    Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.(Al-Baqarah 2:21)

    Saya tidaklah menyalahkan Tuan Hj Shaari dan Tuan ABR, kerana kedua-dua menuju kepada Allah SWT, dan hendaklah kita mencari titik persamaan diantara cabang-cabang keilmuan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Sesungguhnya Allah SWT amat luas rahmatNya. Umpama kita pada gelas yang separuh penuh. Sebahagian akan mengatakan separuh penuh, dan sebahagian pula akan mengatakan separuh kosong tetapi kedua-duanya merujuk pada perkara yang sama.

    Perhatikan akan pesan Rasulullah SAW, jangan disebabkan keilmuan yang ada pada kita menjadikan kita sebagai penyebab untuk memecahkan umat
    Dari Abu Hurairah Radiallaahu Anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :
    “Orang-orang Yahudi terpecah kedalam 71 atau 72 golongan, demikian juga orang-orang Nasrani, dan umatku akan terbagi kedalam 73 golongan.” (HR. Abu Daud). Sekiranya dengan keilmuan yang pada kita itu menjadikan kita sebagai penyebab umat Rasulullah SAW berpecah, maka dikhuatiri kita akan termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.

    Like

  14. Asssalamualaikum…..ada pula yang berkata kepada saya, bahawa sekiranya saya kata Allah itu adalah Zat Wajibal Wujud maka ianya masih syirik, dan berlepas kita daripada syirik sehingga kita tiada kata, kelu lidah kita dan sebagainya. Maka saya kata ianya benar, dan saya bertanya bagaimana pula halnya Al-Quran Al-Karim, bukankah ianya kalam Allah dan kalam pula adalah sifat Allah, adakah masih syirik sekiranya kita menyatakan sifat Allah, dan berkata mereka pada saya lagi sekiranya kita sampai peringkat pada wujud Allah tanpa perlukan dalil maka itulah pegangan yang jazam….dan saya setuju dengan pandangan tersebut bahawa Allah wujud tanpa dalil, dan kita yang makhluk ini bagaimana pula nak menyatakan kewujudan Allah bukankah memerlukan pada dalil setidak-tidaknya Al-Quran sebagai dalilnya. Bagaimana pula Surah Ikhlas dimana Allah sendiri menyatakan akan Ahadiyyat diriNya.

    Mereka berkata pada saya “Apakah Allah itu dapat dilihat dengan biji mata”, maka saya menjawab “Keberadaan Allah itu tidak dapat dilihat dengan mata yang kasar namun keesaan Allah Taala dan juga kebesaranNya dapat dilihat dengan mata kasar, dan buktinya lihatlah pada sekelian kejadianNya di atas muka bumi ini baik yang melata dan tidak melata”, dan itupun dikatakan syirik kerana katanya masih lagi menyifatkan Allah itu, maka saya bertanya “Jadi orang yang makan dan minum atas sifat siapa pula” , kalau bukan dari Ar-Rahman dan Ar-Rahim adakah terangkat tangannya untuk menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya, adakah boleh si hamba itu boleh melumatkan makanan dengan mulutnya kalau bukan kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini sifat siapa pula…..begitulah akan perihalnya

    Like

  15. Soalan saudara ABR di atas ini jawapan ringkas saya. Selagi saudara ABR masih nampak diri, selagi itu saudara ABR tidak dapat terima apapun yang saya katakan nanti, kecuali bila saudara ABR tahu ilmu mati sebelum mati. Selagi masih bertanya dan merasa diri saudara ABR benar, selagi itulah saudara tidak melihat kebenaran dari Tuan Guru dan sahabat yang lain kecuali di hati saudara ABR itu IKHLAS, barulah Allah buka jalan mudah faham. Saya tidak nampak saudara ABR berniat untuk tahu tapi sebaliknya. Bila saudara ABR terlihat ESA ALLAH pasti saudara ABR terkelu lidah.

    Like

    • Salam ukuwah buat sahabat Zie. Di sekitar Kuala Lumpur, ada tak tempat belajar atau guru yang boleh mengajar mengenai ilmu makrifat ni? Niat saya nak belajar dengan Tuan Guru Hj. Shaari tu, tapi tak tau Tuan Guru mengajar kat mane.

      Like

  16. Agak lama saya tidak menulis dalam ruang ini, tetapi tetap dan sentiasa mengikutinya. Saya rasa sudah acapkali saya berpesan dalam blog tuan guru ini, agar cara kita menimba ilmu ini biarlah dalam keadaan memberi dan menerima, dalam erti kata berkongsi, berkongsi secara berhemah, bukannya cara menyindir atau perli serta berlagak sombong atau angkuh. Kalaulah begini caranya, di manakah hikmah dan kafiat setiap ilmu itu untuk diamalkan?

    Walau apapun setiap perkataan yang tuan-tuan tulis ini benar belaka, kerana ADA kata sebelum PERKATAAN, DIA YANG MAHA BENAR membenarkan semuanya kerana DIA mendahului setiap yang lepas berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Carilah dan amalkan dengan apa yang diperolehi, jika sesuai ilmu yang kita dapati dan tidak terkehel dari kalimahnya amalkan dengan tekun, ingat! Jawapan setiap amal itu ada dalam amalan yang dilakukan, TIDAK dinamakan SOLAT selagi mana TIDAK merasai DIPERSOLATKAN, TIDAK dinamakan ZIKIR selagi mana TIDAK merasai DIZIKIRKAN, TIDAK dinamakan RATIB selagi mana TIDAK merasai DIRATIBKAN.

    Semua permasalahan atau pertanyaan yang diajukan yang mana sukar untuk dirungkai dalam perkataan akan terjawab, BILA, DIMANA untuk merasai ini hanya DIA yang maha mengetahui. Wassalambilqhairiajimaiin.

    Liked by 1 person

    • “Ingat! Jawapan setiap amal itu ada dalam amalan yang dilakukan, TIDAK dinamakan SOLAT selagi mana TIDAK merasai DIPERSOLATKAN, TIDAK dinamakan ZIKIR selagi mana TIDAK merasai DIZIKIRKAN, TIDAK dinamakan RATIB selagi mana TIDAK merasai DIRATIBKAN”. – (Petikan sahabat Osman)

      Peganglah pada ini! kerana inilah pegangan tauhid yang kembalikan segalanya atau sekaliannya kepada Yang Satu! Maka dengan itu bungkuslah dirimu sekalian dalam ILMUNYA!

      Apa upaya kita? Apa kuasa kita? Kerana segalanya adalah milikNya!

      Ahad…Ahad…Ahad…!

      Ikhlas

      1

      Like

  17. Lazimnya kebanyakan manusia lebih tertumpu pada kejadian yang berlaku, sebaliknya terlalu sedikit di antara manusia yang melihat pada sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian. Saya dikatakan berlagak sombong, bongkak dan sebagainya, tetapi tiada seorang pun di sini yang bertanya SEBAB apakah budak ABR ini berada pada posisi yang sedemikian rupa? Mereka lebih cenderung memberi fokus serta menilai pada perlakuan budak ABR, tetapi tidak pada isinya atau apa yang dituturkannya.

    Like

    • Saya tiada perkatakan anda sedemikian sahabatku ABR.

      “Lazimnya kebanyakan manusia lebih tertumpu pada kejadian yang berlaku, sebaliknya terlalu sedikit di antara manusia yang melihat pada sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian”. (Kata-kata anda di atas)

      Saya tidak melihat begitu kerana telah terlihat “MUSABIT” atau “PUNCANYA” – ALLAH! Sebab itu saya sentiasa menyeru kepada semua waimah kepada tuan-tuan guru sekalipun untuk bersangka baik kepada semua umat!

      “Saya dikatakan berlagak sombong, bongkak dan sebagainya, tetapi tiada seorangpun di sini yang bertanya SEBAB apakah budak ABR ini berada pada posisi yang sedemikian rupa? Mereka lebih cenderung memberi fokus serta menilai pada perlakuan budak ABR, tetapi tidak pada isinya atau apa yang dituturkannya”. (Kata-kata anda lagi di atas)

      Sekiranya sahabat melihat komen-komen saya terdahulu tiada pernah saya katakan demikian kepada sesiapapun. Saya bertindak “neutral” mengikut kefahaman yang diberi olehNya tanpa “prejudis” kepada sesiapa kerana terlihat, terdengar Yang Satu sahaja.

      Dari kata-kata sahabat di atas terdapat rasa kekecewaan di atas jawapan-jawapan yang diberikan oleh tuan guru dan sahabat-sahabat yang lain. Oleh yang demikian, saya copy pastekan lagi di bawah komen atau jawapan saya terdahulu di atas.

      Dengan kata lain, kalian masih diperlihatkanNya, diperdengarkanNya pada ilmu, pada agama, pada istilah dan sebagainya, tidak mengapa itu! Kalian benar semuanya, SANGAT-SANGAT BENAR!

      Anda benar sahabatku ABR!

      Ikhlas

      1

      Like

  18. Bukan NIAT berkata ABR sombong atau sebagainya, apakah molek jika keluarkan jika ADA yang mahu dikongsikan tanpa memperkecilkan ILMU ALLAH yang dicurahkan di benak sanubari Hj. Shaari dan yang lain, katakan terus TERANG secara FATONAH dan JANGAN BERSAMA kebencian supaya tanggapan terhadap ABR POSITIF. Alangkah baik jika saudara ABR berhajat dengan NIAT IKHLAS mendalami kefahaman ILMU yang Hj. Shaari katakan, kata orang “BERADAB ITU CERMIN ORANG MUKMIN YANG BERIMAN. Jika saudara ABR nak fahamkan ILMU yang saudara ABR nak kongsikan, kami sedia untuk mendengar tapi dengan SYARAT harus dengan PENUH KASIH DAN TAWADHUK, jangan ada hina menghina terutamanya ALLAH, andai bertanya gunakanlah percakapan dan ayat yang elok agar terserlah IMAN sebagai orang-orang berpegang pada tali ALLAH, amin.

    Like

  19. Si Fulan memandu kereta, di hadapan lampu isyarat MERAH menyala, si Fulan terus juga memandu. Seketika kemudian, beliau ditahan dan disaman oleh pihak berkuasa, si Fulan merungut memarahi lampu merah dan pihak yang menyamannya. Apakah lampu merah dan polis yang bersalah dalam hal ini? Gunakanlah KELEMBUTAN MUHAMMAD dalam pertanyaan, mencari, menuntut, tahkit ilmu ini, gunakanlah KEKERASAN MUHAMMAD dalam fiisabillillah.

    Liked by 1 person

    • Saudara Osman, maka jelaslah kesempurnaan, kebijaksanaan dan keperkasaan Allah, tersimpullah “rasa hampir tapi tidak bersatu, jauh pula tidak berjarak”. Akal kita memikir hati merenung kehalusan ciptaan Allah, maka tertanamlah rasa kesedaran dan keinsafan, lalu beruntunglah bagi mereka yang mendapat petunjuk. Salam hormat dan terima kasih.

      Like

  20. Benar saudara-saudaraku semua, DIA DEKAT TIDAK TERCAPAI DIA JAUH TIDAK BERJARAK KERANA DIA TIDAK DIBATASI OLEH JARAK DAN WAKTU. Setelah faham duduk perkara, maka yang terpenting amalkan supaya tidak terputus hubungan denganNya, sertakan doa yang tidak berhuruf dan bersuara, kerana DIA Maha Mendengar lagi Mengetahui. Jangan kita membaca doa, kerana bagi orang yang melalui jalan ini tidak membaca doa tetapi mereka berdoa. Mudah-mudahan, secara fitrahnya akan tersingkap apa yang kita semua cari. Walaupun ilmu yang ada melangit tingginya, tapi sia-sia tanpa amal. Cuba saudara-saudaraku renung dan amati, apa rasanya bila berdoa atau membaca doa? Semoga dirahmati Allah semuanya, amin.

    Liked by 1 person

    • Assalamualaikum Tuan Osman. Sangat baik penerangan tuan sebagai orang lama dalam bidang keilmuan ini. Saya sebagai orang yang baru belajar mohon agar kiranya tuan kupaskan perbezaan antara berdoa dan membaca doa. Mudah-mudahan, kupasan tuan akan menambah pengetahuan kepada yang baru belajar seperti saya. Terima kasih.

      Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s