Ada Orang Tuduh Makrifat Tok Kenali Tidak Berdalilkan Al-Quran dan Hadis

 

Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak lagi ada berdalil-dalil.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Setelah saya baca jawapan sahabat-sahabat melalui Blog Makrifat Tok Kenali, saya dapati ada satu atau dua orang yang keliru, musykil dan tidak faham tentang kenyataan yang mengatakan bahawa dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil.

Mereka yang tidak faham itu, telah mendakwa bahawa kenyataan itu, adalah kenyataan yang tidak lagi menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis. Betapa rendah, dangkal dan singkatnya pemikiran sesetengah daripada pembaca blog, sehingga sanggup menuduh penulis komen TEGUH dan saya, tidak mengunakan dalil Al-Quran dan Hadis, dalam ilmu mengenal Allah.

Dalam hal ini, saya serba salah antara hendak menjawab atau hendak berdiam diri. Tetapi condong hati saya itu, banyak ke arah untuk menjawab, bagi mengelakkan tuduhan atau salah faham dari sesetengah pembaca blog terutamanya kepada penulis komen yang saya tidak mahu sebut namanya (tuan-tuan dan puan-puan carilah sendiri nanti akan jumpa siapa orangnya).

Kepada sidang pembaca blog yang budiman sekalian, jika ingin dan berhajat untuk membaca blog makrifat, janganlah menuduh jika tidak faham. Saya dan anakanda TEGUH, tidak pernah mengatakan bahawa dalam mengenal Allah itu, “tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis”. Cuba tuan cari, biar sepatah atau sepotong ayat yang mengatakan saya dan TEGUH tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis dalam mengenal Allah? Saya tidak pernah menyebut tidak menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis.

Yang pernah saya sebut, yang pernah saya ajar dan kenyataan yang pernah saya tulis itu, adalah seperti berikut, “Dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berdalil”. Maksudnya di sini, bukan bertujuan untuk tidak berdalilkan Al-Quran atau Hadis, tetapi adalah bermaksud berdalilkan makhluk. Maksud saya, mengenal Allah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil itu, adalah seumpama, untuk mempercayai Allah itu, kita tidak perlu kepada dalil penglihatan, kerana sesungguhnya penglihatan itu adalah sebenarnya Allah (bukan lagi dalil). Cuba baca sifat 20, apakah erti basar? Basar itu ertinya melihat, siapa yang melihat, melihat itu sifat Allah. Bila Allah bersifat melihat, bererti melihat itulah Allah.

Untuk mendapat ingat, untuk mendapat pandang, untuk mendapat nampak dan untuk mendapat mengenal Allah itu, “hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil-dalil”. Maksud saya itu, tidak berdalil kepada penglihtan, kerana penglihatan itulah sifat Allah dan sifat Allah itu, itulah Allah. Hendak berdalil apa lagi. Jika masih berdalil-dalil lagi kepada penglihatan, pendengaran, berdalil kepada alam, langit, bumi, malaikat, syurga atau neraka, ertinya tuan ini, bukan ahli makrifat dan bukan orang yang berilmu makrifat.

Allah itu nyata, terang dan jelas, nyata, terang dan jelasnya Allah itu, sehingga kita tidak lagi perlu kepada dalil mata, telinga, mulut, kaki, tangan, pokok, bukit, matahari, bukit, lautan, angin, gajah, harimau atau tidak perlupun adanya diri tuan. Tidak ada dalilnya diri tuanpun, Allah itu nyata dan tetap nyata.

Nak berdalilkan dengan penglihatan untuk memandang Allah, mana mungkin penglihatan boleh memandang Allah sedangkan penglihtan itupun Dia! Allah itu terang, tidak perlu ada dalil mata atau matahari. Allah itu terang, jelas dan nyata yang tidak perlu adanya dalil dunia, jadi buat apa lagi nak berdalil-dalil? Itu maksud saya bukannya bersabit atau menyentuh soal Al-Quran atau Sunah, yang tuan masukkan elemen Al-Quran dan Hadis itu kenapa? Melainkan tuan ini, hanya tahu menyalahkan orang dan hanya tahu menuduh salah orang sahaja, yang betul, yang baik dan yang benar, tidak adapun tuan puji.

Untuk kita melihat, memandang, menilik atau mengenal Allah itu, “JANGAN DIKERANAKAN DENGAN SATU KERANA, JANGAN DISABITKAN DENGAN SATU SABIT DAN JANGAN DI DALILKAN DENGAN SATU DALIL”. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana Allah itu, adalah Allah (tidak ada yang bersamaan dengan Allah, Allah itu bersalahan dengan sekalian yang baharu), jadi nak dalil apa lagi? Sebab buta mata hati tuan-tuanlah makanya berkehendak kepada dalil untuk mengenal Allah.

Itu sebabnya bilamana orang cakap lain, janganlah tuan cakap atau tuduh lain, bilamana fahaman tuan tidak sama atau berbeza dengan fahaman orang lain, jangan anggap fahaman orang lain itu salah, dikeranakan kita tidak arif. Mengatakan orang itu sesat, salah dan tuduh orang itu tak guna Al-Quran dan tak guna Hadis itu kenapa? Cuba jawab, mana dalilnya yang mengatakan saya ada tulis ayat atau perkataan yang mengatakan supaya “jangan berdalilkan Al-Quran dan Hadis?”. Tuan yang budiman, bahasa makrifat itu, tidak sebagaimana bahasa akal tuan, jadi janganlah asyik menyalahkan orang.

Tidak pernah saya mengeluarkan kenyataan yang menyebut, kita mengenal Allah sehingga tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis. Pandai-pandainya tuan ini menambah benda yang tidak ada, itulah sebabnya jika tidak faham sesuatu perkara itu, jangan gatal-gatal tangan untuk menulis, call saya terus di talian 019-4444713 dan ajak saya berjumpa, suruh saya datang ke rumahpun saya sanggup. Sekarang cuba tuan yang menuduh itu, call saya melalui talian 019-4444713, suruh je saya datang, bagi je tahu di mana, jam berapa dan alamatnya, insyaallah dengan izin Allah saya sampai.

Kepada penulis komen yang bernama HAR, Mohd Noor Shaarol dan ada diri, jika tidak faham sesuatu ilmu terutamanya ilmu makrifat, janganlah gopoh atau pandai-pandai menuduh. Jika asyik menuduh orang sahaja kerjanya, bila hendak beroleh faham ilmu makrifat!

Hendak dalil apa lagi, tidakkah terangnya matahari itu, terang lagi Allah, dekatnya mata putih dan mata hitam itu, dekat lagi Allah, kenapa nak berdalil lagi? Sesungguhnya tuan ini, adalah seorang yang sedang mencari unta yang hilang, sedarlah, sedarlah dan sedarlah, bahawa dan sesungguhnya unta yang hilang itulah, yang tuan sedang tunggang, mana mungkin berjumpa unta yang hilang sedangkan unta yang hilang itulah yang tuan sedang naik.

Sungguhpun saya faham bahawa yang menuduh itupun Dia (Allah), tetapi tuan-tuan harus ingat, jangan sahaja yang menuduh sahaja “Dia”, sesunguhnya yang menjawab inipun juga “Dia”. Jika sama-sama “Dia”, janganlah asyik menuduh sahaja.

Advertisements

14 comments on “Ada Orang Tuduh Makrifat Tok Kenali Tidak Berdalilkan Al-Quran dan Hadis

  1. Assalam Tuan Teguh Rianto,

    Allah tidak memerlukan sesuatu pun dari kita dan juga makhlukNya. Dia suci daripada bersifat yang sedemikian. Kita yang makhluk ini memerlukan dalil dariNya juga untuk menyatakan akan kewujudanNya. Jika tidak manusia akan tersalah bertuhan. Yang ghaib pada pandangan kita adalah makhluk seperti Iblis, malaikat, dan jin. Apakah manusia yang jika tidak dipimpin oleh Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan Hadis dapat membezakan mana satu yang Haq dan mana satu yang Bathil. Kajilah peristiwa yang berlaku kepada manusia2 zaman dahulu seperti Syeikh Abdul Kadir Jilani apabila beliau tidak basah kerana hujan maka terdengar oleh beliau suara iblis yang menghasut beliau, dan barulah beliau sedar bahawa keadaan belaiu yang tidak basah itu sebenarnya dilindungi oleh iblis.

    Allah menjadikan semua makhluk itu untuk menduga dan menguji kita namun Allah Maha Pengasih dan Penyayang diturunNya akan Al-Quran dan juga diutusNya akan sebaik-baik makhluk yakni Nabi Muhammad SAW sebagai satu ikutan yang Haq untuk menafikan yang bathil.

    Dalam kita meniti perjalanan hakikat ketuhanan ini, kita akan berjumpa pelbagai macam perkara yang pelik2 dan mencarik adat yang kadangkala orang akan menyangka kita ini berkaramah dan mempunyai berkat dan sebagainya. Kata-kata kita umpama magnet yang membuatkan ramai orang mahu mendengar, apa yang kita lontarkan dalam bentuk kata2 akan berlaku (mulut masin) dan pelbagai lagi perkara yang pelik2. Maka di sini ulamak seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam kitabnya menyatakan bahawa istidraj adalah satu pakaian yang Allah anugerahkan kepada para kekasihNya kepada orang2 yang dibenciNya. Subhanallah, bagaimanakah kita yang lemah ini boleh membezakanNya melainkan bukan dari hidayahNya juga yang antaranya kita boleh dapati dalam Al-Quran dan Hadis.

    Maka kadangkala dalam kita mencari untuk kita tersalah jalan disebabkan nawaitu kita itu pada mulanya bukannya benar2 kepada Allah dan Rasul. Kita mungkin mahu seperti tok guru itu, seperti tok guru di sebelah sanalah dan sini, dan pelbagai lagi niat. Maka di sini berhati-hatilah kita akan segala muslihat-muslihat yang datang…Allah juga berfirman “….sekiranya kamu merancang maka Aku juga merancang…”. Maka firman inilah yang menjadi kegerunan para auliya kerana kita benar2 tidak tahu apakah sebenarnya takdir Allah ke atas kita. Kegerunan mereka sampai membuatkan mereka ini menjadi menangis, sedih, khuatir dan bimbang.

    Maka sesungguhNya alam yang Allah jadikan adalah untuk Muhammad, bagi Muhammad memuji akan Tuhan semesta Alam dengan sebenar-benar pujian sepertimana dalam Surah Al-Fatihah:

    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Fatihah 1:2).

    Bukankah itu dalil menunjukkan bahawa Allahlah yang sebenarnya disebalik kejadian alam. Bukankah manusia perlu kepada dalil akan kewujudan Allah, dan siapakah yang memberithau pada manusia itu tadi kalau bukan Allah sendiri. Jadi bagaimana anak-anak kecil itu kita nak didik sekiranya bukan kita menunjukkan dalil-dalil akan kewujudan Allah. Bagaimana pula untuk kita nak berdakwah kepada orang2 lain, bagaimana kita mahu menyatakan akan kewujudan Allah, bukankah kita tunjukkan kepada alam ini. Alam syahadah ini adalah sabit kepada kewujudan Allah. Ayat pertama dalam Fatihah yang kita baca berulang-ulang sebanyak 7 kali (Sab’al masani) dalam tiap rakaat sembahyang itu adalah dalilNya. Itulah alam yang ditadbir olehNya dan alam yang ditadbir olehNya. Maka apakah tujuan alam ini diciptakan, pasti ada ianya adalah makhlukNya yakni manusia untuk memikirkan akan kebesaran dan keesaan Allah Taala, maka diharap akan menjadi gerunlah hati2 tersebut akan kehebatan Allah Taala.

    Like

  2. Salam hormat buat tuan tuan yang budiman ….

    Allah swt,berfirman, “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu ? ” (QS.Fusshilat [41]:53).

    “WUJUD ALLAH ITU JELAS DAN TIDAK TERHALANGI OLEH SESUATU”

    Semesta itu seluruhnya gulita. Ia hanya akan diterangi oleh wujud Allah. Siapa yang melihat semesta, namun tidak melihat-Nya di sana atau tidak melihat-Nya ketika, sebelum, atau sesudah melihat sesuatu, berarti ia telah disilaukan oleh cahaya-cahaya lain dan terhalang dari surya makrifat karena tertutup TEBALNYA AWAN DUNIA.

    Bagaimana bisa Tuhan terhalang sesuatu, padahal DIA yang menampakan segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuata, padahal DIA tampak bersama segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuatu padahal DIA tampak pada segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang segala sesuatu, padahal DIA tampak untuk segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuatu, padahal DIA tampak sebelum keberadaan segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuatu, padahal DIA lebih tampak dari segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuatu, padahal DIA ESA tanpa ada yang bersama dengan_Nya ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuatu, padahal DIA lebih dekat darimu dari segala sesuatu ?
    Bagaimana mungkin Tuhan terhalang sesuatu, padahal jika bukan karena DIA, wujud segala sesuatu tidak akan ada ?

    SUNGGUH ANEH ,”BAGAIMANA MUNGKIN KEBERADAAN (WUJUD) BISA TAMPAK DALAM KETIADAAN (‘ adam) ???!!!!
    ATAU,
    BAGAIMANA BISA SESUATU YANG BARU BERSANDING DENGAN YANG MAHA DAHULU ???!!!

    terimakasih,
    salam makrifat kasuyatan
    ttd
    teguh rianto

    Like

  3. Assalamualaikum tuan haji!..

    ..adakah ini jawapan terhadap soalan sy, tuan haji?

    ..sy tanya tentang langit tp tuan haji dan anak buah jawab mengenai bumi. bagus! la tu!..sebab langit dan bumi berpasangan ye?, tuan haji!.

    .sy tanya pd tuan haji tentang lautan tp tuan haji dan anak buah jawab mengenai daratan dan bukit bukau serta gunung ganang. Ye la! tuan haji!..betul tu sebab di daratan dan bukit bukau pun ada air juga, tapi tuan haji!, air laut ni masin tuan haji aii!..cuba tuan haji rasa tengok!..

    ..biasanya tuan haji!.. kerusi meja ni berada sekali, tp kekadang tu ada juga meja tp tak ada kerusinya, maklum la tuan haji kerusi tu bebudak suka main dia orang letak merata-rata tempat..letak kat laman rumah la!..kat tepi pintu la!..malah adakalanya diletak tepi parit atau sungai…aaa! hati2 tuan haji ye tersilap duduk nanti jatuh pulak ke dalam sungai yg dalam tu,,tuan haji boleh berenang ke tak? [maaf sy bertanya].

    .kenapa dgn ayat Quran tuan haji?..tak per ayat Quran pun macam Tok Kenali la juga!..tiada catatan sejarah di mana ayat Quran tu pernah makan orang!..sejak kwafatan nabi Muhammad sampai saat ini sy tak pernah dengar pun,,jangan bimbang tuan haji ayat Quran tak bahaya..

    ..kalau tuan haji rasa seram sejuk juga dengan ayat Quran tu..sy nasihatkan tuan haji pergi jumpa doktor pakar..tp tuan haji jangan minta ubat pd doktor pulak..sebaliknya tuan haji minta doktor tu sembur sirih pinang barang buang sepiak..

    ..jika tuan haji masih tdk rasa apa2 perubahan setelah kena sembur sirih pinang doktor tu..tuan haji boleh ubah selera.. pergi jumpa Bilal bin Rabah minta tolong dia semburkan sekali lagi. insyaallah akan berkurangan..

    ..bila tuan haji pergi jumpa Bilal bin Rabah..jangan lupa pula beli serban barang buang 7 8 helai..sebab sy nampak tak berapa cukup yg ada sekarang tu..kat atas kepala belum ada lagi tu..3 helai utk belit di kepala…3 helai lagi utk tuan haji sangkut kat bahu..2 helai lagi buat belit kat pinggang..yg kat pinggang mesti la panjang sebab dua helai..aa jika terlebih panjangnya tuan haji boleh suruh ananda Teguh tolong pegangkan dan jalan bersama ketika jumapa menteri ye…

    ..nafi isbat masih lintang pukang..zat sifat dalam keadaan haru biru..mana hujung mana pangkalnya..alih-alih kita pulak tak faham makrifat..tdak pasal2 Har yg jadi sasaran disebabkan beliau selitkan sepotong ayat Quran!..makrifat ape tu..

    tuan haji!tuan haji!..

    Like

  4. Sememang Nya ILMU Allah teramat luas…apa kata masing masing jaga fahaman sendiri…jika dah rasa saudar abr betul…sila kan pegang erat-erat…cara saudara abr sekarang seperti ada Rasa Tergugat….Tergugat sebab pendirian tuan Guru hj shaari?pendirian yg tidak akan berubah jika dgn kata-kata yg di lontarkan oleh saudara abr….tn.Guru dengan anak murid COOL ……harap fhm….ambil lah bahagian yg saudara rasa benar krn itu juga dariNya.dan demikian juga dgn yg lain…..biar di katakan salah sebesar mana pun terhdap ILMU nih namun HAQQUL YAQQIN tetap tidak berganjak……

    Like

  5. Gunalah ISTILAH apa pun…selagi tidak DUDUK TEPAT pada tempatnya…..selagi itu byk kesilapan yg di pandang oleh saudara abr…..semua ini lumrah tuan/puan sesiapa yg sudah mengerti krn mendapat keadaan PENGENALAN DRPD ALLAH hal seperti ini seperti gigitan yg tdk lg punya bisa…Tenang di dlm LingkunganNya.Amin.

    Like

  6. Assalamualaikum: Kepada saudara abr dan yang sefahaman dengannya serta ayahanda Hj Shaari dan yang sefahamannya. Setiap orang itu diberi faham yang berbeza-beza dan bertingkat-tingkat dalam setiap ilmuNYA. Hasil dari faham masing2 itu akan membuahkan rasa yang berbeza juga seperti firman Allah dalam surah al kaafirun ayat 1 hingga 6. “Katakan hai orang2 kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan menyembah tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah tuhan yang aku sembah. Untuk mu agamamu dan untuk aku agamaku.
    Jadi dalam hal beragama dan berikhtikad peganglah erat2 pada fahaman masing2 kerana masing2 ada tuhannya, masing2 akan mendapat hasilnya. Jangan lah kerana fahaman masing2 tidak sealiran tidak sehaluan masing2 nak menghentam pihak lain lain. Biarkan masing2 terjun dengan labunya ke dalam sungai (macam citer siluncai terjun dengan labunya). Masing2 akan merasa lemas atau tidak sendirilah yang merasakannya.

    Like

  7. Sala hormat buat semuanya ….

    “UNTUKKU AGAMAKU DAN SILAHKAN UNTUKMU AGAMAMU, UNTUKKU KEYAKINANKU DAN SILAHKAN UNTUKMU KEYAKINANMU.
    UNTUKKU TUHANKU DAN SILAHKAN UNTUKMU TUHANMU”
    Kepada tuan Hamisah bt harun salam kenal dam saya sependapat dengan pendapat tuan.
    Saya tidak pernah menyalahkan keyakinan orang lain yang tidak sekeyakinan , dan sebaliknya saya berharap terhadap yg tidak sekeyakinan dengan keyakinan orang lain kiranya bisa menghargai.

    Bagi saya keyakinan adalah hak asasi yang paling mendasar yang tidak akan bisa dinilai dengan segala sesuatu.

    salam hormat
    ttd
    teguhrianto
    kontak person : 082148515664

    Like

  8. Assalamualaikum Tuan2 yang dirahmati Allah semuanya,

    Hendaklah kita bersikap lapang dada dalam membincangkan ilmu-ilmu agama, insya Allah kita akan melihat akan luasnya keilmuan Allah. Jangan kata dalam ilmu maarifat ada khilaf, ilmu Fiqh juga ada khilaf sehingga wujudnya 4 mazhab besar yang menjadi panduan umat Islam seperti Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan juga Imam Hanbali. Ilmu Tauhid banyak kita ambil dari Imam Asyaari dan Imam Maturudi.

    Syeikh Abdul Rahman Siddiq bin Muhamam Afif Al-Banjari, cucu kepada Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari mengarang sebuah kitab Mengesakan Allah Taala Pembuka Segala Ilmu Maarifat, dia berpesan Janganlah anda sekali-kali melampaui Syariat Muhammadiyyah yakni sesiapa yang mengusahakan amar Allah Taala akan dibalas dengan Syurga maka sesiapa yang mengusahakan Nahi yakni larangan maka ianya akan dibalas neraka.

    Ada beberapa ayat Quran jika kita tidak tafsir betul2 maka kita dikhuatiri maknanya akan tergelincir

    Yang Pertama:

    “Padahal Allah Taala jua yang menjadikan kamu dan apa jua yang kamu lakukan itu” (As-Saffat: 96)

    Yang Kedua:

    Katakanlah (wahai Muhammad), semuanya itu (kebaikan dan kejahatan) adalah berpunca daripada Allah Taala, maka mengapa kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran) sedikit pun. (An-Nisa:78)

    Yang Ketiga:

    Apa jua kebaikan yakni nikmat kesenangan yang engkau peroleh adalah daripada Allah Taala, dan apa jua keburukan yakni kejahatan yang menimpa engkau maka adalah daripada yakni sebab usaha diri engkau sendiri. (An-Nisa: 79)

    Kalau kita lihat ketiga-tiga maksud ayat sudah tentu kita akan sedikit keliru dan pening. Ada ayat menyatakan bahawa semua Allah jadikan dan ada ayat pula Allah menyatakan yang jahat datang dari kita. Jadi bagaimana kita betul-betul nak memahami akan ayat2 Quran ini. Maka disitulah jasa baik imam-imam besar yang mengasingkan fahaman-fahaman yang tidak selari dengan Al-Quran dan Hadis. Faham-faham yang sering kita terjabak adalah:

    Qadiriyyah: Qudrat makhluk itu boleh memberi bekas
    Jabariyyah: Kesemua perbuatan makhluk itu datangnya daripada Allah Taala dan si makhluk itu sekali-kali tidak upaya dan ikhtiar, dan umpama makhluk itu adalah seperti bulu yang diterbangkan oleh angin

    Maka jelas dan nyata kedua-dua fahaman itu tertolak maka yang ditahkik dan disahkan adalah fahaman Ahlu Sunnah Wal Jammah iaitu:

    Makhluk itu mempunyai daya upaya yang datang dari Allah Taala, dan dikehendaki kita berusaha dan berikhtiar namun kita hendak berpegang bahawa usaha dan ikhtiar kita itu tidak memberi bekas sebaliknya Allah jualah yang memberi bekas.

    Maka itulah fahaman yang selamat dan insya Allah jika dizinkan olehNya kita akan dikurniakan dengan fahaman Ahli Kasyaf seperti yang tertulis dalam kitab Darun Nafis dan juga kitab yang saya sebutkan tadi.

    Penghujung perjalanan ilmu maarifat adalah kepada Baqa Billah yaki kembali kita semula kepada zahir Syariat Nabi Muhammad SAW dengan mengerjakan segala suruhan syara’ dan menjauhi segala tegahanNya, memberi bahagian kepada yang mempunyai bahagian dan menyempurnakan hak kepada setiap yang berhak. Maka insya Allah inilah yang kita cari dan tuntut dalam perjalanan menuju kepadaNya.

    Umpamanya:

    Dari segi hakikat baik dan buruk yang berlaku di atas dunia adalah telah Allah aturkan sejak azali lagi. Jadi dimana pula letaknya Syariat Muhammad SAW. Sekiranya kita berdiam diri sahaja tanpa ada usaha maka tidaklah manusia itu dinamakan khalifah yang membawa kemakmuran dan kebaikan yang melata kesekelian alam. Sebelum kita mahu membawa Syariat Muhammad SAW hendaklah kita ketahui dengan lebih jelas akan tujuan kita dijadikan, dari manna asal kita dan ke mana akhirnya kita. Maka dengan sebab itu Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya dengan Tauhid selama 13 tahun di Mekah, dan jika kita lihat ayat-ayat Makiyyah kebanyakannya pendek-pendek belaka agar mudah untuk orang memahaminya. Maka setelah baginda berhijrah ke Madinah maka barulah kebanyakan hukum hakam diturunkan pula maka sempurnalah perjalanan seseorang muslim dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis serta Ijmak Ulamak.

    Insya Allah wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekeliannya, ingin saya membawa satu hadis yang terkenal dengan hadis jariyaah untuk kita selami dan fahami maksudnya yakni

    Dalam shahih Muslim diriwayatkan bahwa Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami sowan kepada Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- membawa seorang budak perempuan (Jariyah). Rasulullah bertanya kepada jariyah itu: “Dimanakah Allah?”. Ia menjawab: “Di langit”. Rasulullah bertanya (lagi): “Siapa Aku?”. Ia menjawab: “Anda adalah utusan Allah”. Lalu Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda kepada Mu’awiyah: “Merdekakanlah dirinya, sesungguhnya ia orang yang beriman!”.

    Hmm bagaimana kita nak kaitkan dengan ilmu-ilmu sifat 20 dan sebagainya…..Rasulullah SAW menanyakan satu soalan menanyakan keberadaan Allah Taala dan dijawab oleh jariyyah tersebut dan Rasulullah SAW yang lebih alim akan keilmuan ketuhanan ini membenarkannya….

    Like

  9. Sebagaimana firman Allah;ertinya.Barang siapa yang mengenal ALLAH menjadi kelu lidahnya dan firman Allah ;Mengenal Allah dengan Nur Allah .yak ni pengenalan itu dengan ILMU ALLAH,inilah jalan kepada Allah.perhatikan DalilNya;Makrifat terbagi kepada empat perkara;pertama makrifat diri tubuh;kedua makrifat diri hati,ketiga makrifat diri roh dan keempat makrifat diri sir atau rahasia.sebagaimana firman Allah dalam hadis qudsi;ertinya.HANCURKAN BADAN JADIKAN HATI,HANCURKAN ROH JADIKAN NUR,HANCURKAN NUR JADILAH AKU.AKULAH sendirinya rahasia manusia,bahawasanya adalah mengenal diri tubuh empat inasir .adalah hati umpama asma Allah dan diri ibarat zat Allah,perhatiakan firman Allah dan ertinya;TUHANMU ADA DI MANA JUA KAMU BERADA.Dan tidak lah juga hamba itu berkehendak kpd yg lain melainkan Allah jua berkehendak hanya Dia Allah yg ada sendirinya.Hamba itu adalah hasil karya cipta Nya dengan baharu,demikianlah di jalankannya seperti afaal bg hamba,afaal baharu ,asma,sifat dan zatNya.akan tetapi afaal,asma,sifat dan zat itu asalnya KADIM ,di namai baharu kerana Allah yg memberi nama baharu ,kemudian tetap pada hukumakhukumNya dengan ketaatan yg di limpahkanNya,bernama baharu dengan beraneka warna alam ini..tiada yg memberi nama hanya DIA juga ADANYA.JELAS SEKALI HAMBA YG BAHARU INI DI KEMBALIKAN KPDNYA JUGA.Kembalilah sifat yg baru kpdNya.zatNya yg baru kepadaNya juga,dan kembalilah afaal,sifat asma dan zat yg KADIM.Bila semuaNya kembali,yakni afaal .asma,sifat dan zat itu tidak lagi menjadi bersifat BAHARU,Kerana tidak ada lagi yg tertinggal sifat BAHARU pada diri hamba melainkan telah terganti dengan yg KADIM jua adanya.Bila telah demikian barulah engkau sampai ke jalan fanafillah dan Baqabillah..ertinya lenyap segala yg ada pada hamba di dalam Ujud Allah.Lenyaplah/binasalah nama berserta diri,tubuh dan sekalian anggota tubuh yg di milikinya ke dlm samudera ILAHIYAH(Nur keTuhanan)tiada lagi yg ada pd diri bernama hamba yg ADA DIA sebagaimana MULA.inilah yg di katakan ILMU YG PUTUS DAN TIADA HUJAH ATAU DALIL.

    Like

  10. Assalamualaikum kepada sahabat yang dirahmati oleh Allah,

    Saya selitkan sebuah hikayat yang menarik mengenai Sultan Muzaffar Shah, Sultan Melaka ketika beliau mempelajari ilmu ketuhanan. Agak menarik….

    Isnin, 26 Ogos 2013

    KESUFIAN RAJA MUZAFFAR SHAH
    KESUFIAN RAJA MUZAFFAR SHAH

    Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada Bondanya tentang ALLAH.

    “Bonda… dimana ALLAH dan bolehkah Anakanda melihatNya?”…

    “Oh… ALLAH itu di Arasy wahai Anakanda dan Anakanda tidak dapat melihatNya kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala langit. Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaanNya lantas bagaimana mungkin Anakanda akan dapat melihat ALLAH yang berada di Arasy yang terletak lebih atas dan jauh daripada 7 petala langit?”

    “Oh begitu… bagaimana dengan dalilnya Bonda?”

    Dalilnya begini… “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan… dari Surah Yunus ayat ke 3.” Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah mendapat jawapan daripada persoalan yang selama ini sentiasa semak difikirannya. Masa pun berlalu… hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, maka telah remajalah Raja Muzaffar.

    Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan Ayahandanya supaya belajar ilmu-ilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku Mufti di Negeri Ayahandanya itu. Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja Muzaffar mahu berguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama adalah yang paling diminatinya.

    Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja Muzaffar ditanyai oleh Syeikh Abdullah dengan dua persoalan yang tidak asing baginya.

    “Wahai Anakanda Putera Raja… dimana ALLAH dan bolehkah Anakanda Putera Raja melihatNya?”

    Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab sebagaimana yang telah diajarkan Bondanya dahulu… “ALLAH itu di Arasy wahai Syeikh Guru dan Beta tidak boleh melihatNya kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala langit.”

    Tersenyum kecil Syeikh Abdullah mendengar jawapan muridnya itu dan sejenak selepas menghela nafasnya Syeikh Abdullah lalu bersuara…. “Begini Anakanda Putera Raja… ALLAH itu bukannya makhluk seperti kita lantaran itu ALLAH tidak seperti kita. Apa sahaja hukum yang terjadi pada makhluk tidak berlaku seperti itu atas ALLAH. Oleh itu ALLAH tidak bertempat kerana bertempat itu hukum bagi makhluk.”

    “Lantas dimana ALLAH itu wahai Syeikh Guru?”

    “ALLAH itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud ALLAH tidak berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati. Jika kita mengatakan ALLAH berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka ketika itu kita telah menyerupakan ALLAH dengan keadaan makhluk. Ketahuilah, ALLAH tidak serupa dengan makhluk berdasarkan kepada dalil dari Surah Asy-Syura ayat ke 11 yang bermaksud “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” ALLAH tidak berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk. Bagaimana mungkin makhluk dapat menanggung Zat ALLAH sedang bukit dihadapan Nabi Musa pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian ALLAH.”

    Raja Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

    Kemudian Syeikh Abdullah menambah… “Berkenaan tentang Anakanda Putera Raja tidak boleh melihat ALLAH itu adalah betul namun bukanlah kerana ALLAH itu jauh maka Anakanda Putera Raja tidak boleh melihatNya.”

    “Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh Guru?” Tanya Raja Muzaffar beria-ia ingin tahu.

    “Sebenarnya kita tidak dapat melihat ALLAH bukanlah kerana asbab jarak tetapi kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia yang tidak mampu melihat ZatNya. Ini bersesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui… dari Surah Al-An’am ayat 103.”
    Terdiam Raja Muzaffar mendengar hujah Gurunya itu. Barulah beliau sedar bahawa apa yang menjadi pegangannya selama hari ini adalah salah. Pegangan yang mengatakan bahawa ALLAH itu diArasy dan ALLAH tidak boleh dilihat kerana asbab jarak adalah satu kesilapan.

    Huraian daripada Gurunya melalui ilmu Kalam membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang dapat menghuraikan segala-galanya tentang Tuhan. Bermula dari hari tu Raja Muzaffar berpegang dengan hujah gurunya bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia. Akhirnya dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, Raja Muzaffar telah berjaya menguasai ilmu-ilmu ketuhanan menurut peraturan ilmu kalam sebagaimana yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.

    Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar telah dewasa. Oleh kerana begitu minatnya yang mendalam tentang ilmu-ilmu ketuhanan maka beliau meminta izin daripada ayahandanya untuk menperdalamkan lagi ilmu pengetahuannya dengan belajar dari guru-guru yang berada diluar istana sementelah Syeikh Abdullah telah meninggal dunia.

    Ayahandanya memberi izin lalu tanpa berlengah Raja Muzaffar menemui sahabat-sahabat sealiran Almarhum Syeikh Gurunya untuk melanjutkan pelajaran. Raja Muzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari apabila beliau melalui pekan-pekan kecil untuk sampai ke rumah guru-gurunya, beliau akan bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang pernah ditanya kepada bondanya iaitu dimana ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?

    Bagi sesiapa yang menjawab soalannya itu sebagaimana yang pernah dijawab oleh bondanya maka beliau akan membetulkan kefahaman orang itu dengan hujah Almarhum Gurunya Syeikh Abdullah. Jika orang itu tidak mahu tunduk dengan hujahnya maka orang itu akan dipukulnya sebelum diusir dari negerinya itu.

    Begitulah sikap Raja Muzaffar setiap hari sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua yang sedang bertungkus-lumus menyediakan air minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-lalang disebuah pekan tanpa mengambil sebarang upah.

    Melihat kelakuan pelik orang tua itu lantas Raja Muzaffar mendekatinya. “Hei orang Tua… mengapa kamu tidak mengambil upah atas usahamu itu?” Tanya Raja Muzaffar tegas.

    Orang Tua yang sedari tadi begitu khusyuk mengagih-agihkan minumannya itu terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar lalu meminta Raja Muzaffar memperkenalkan dirinya.

    “Siapakah Tuan ini?” Tanya si Tua.

    “Beta adalah Putera Raja negeri ini.” Jawab Raja Muzaffar tegas.

    “Oh kalau begitu Tuan ini tentu Raja Muzaffar yang terkenal dengan ketinggian ilmu ketuhanan itu. Tapi sayang, Tuan hanya tahu ilmu tentang ALLAH tetapi Tuan sendiri belum mengenal ALLAH. Jika Tuan telah mengenal ALLAH sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepada saya soalan Tuan tadi.”

    Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Hatinya terpesona dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’ yang diucapkan orang tua itu.

    Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu. “Kemudian apa bezanya antara ‘tahu’ dengan ‘kenal’?”

    Dengan tenang si Tua itu menjawab… “Ibarat seseorang yang datang kepada Tuan lantas menceritakan kepada Tuan tentang ciri-ciri buah nangka tanpa menunjukkan zat buah nangka, maka ini mertabat ‘tahu’ kerana ianya hanya sekadar maklumat dan orang yang berada pada mertabat ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah nangka kerana ciri-cirinya seakan sama. Berbanding seseorang yang datang kepada Tuan lantas menghulurkan sebiji buah nangka, maka ini mertabat ‘kenal’ kerana zatnya terus dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan orang yang berada pada mertabat ini pasti dapat mengenal mana cempedak dan mana nangka dengan tepat.”

    Raja Muzaffar mendengar dengan teliti huraian si Tua itu. Diam-diam, hatinya membenarkan apa yang diperkatakan si Tua itu. Kemudian terlintas dihatinya untuk bertanyakan soalan yang lazim ditanyanya kepada orang ramai.

    “Kalau begitu wahai orang Tua silalah jawab persoalan Beta ini… dimana ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?”

    “ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihatNya.” Jawab si Tua dengan tenang.

    Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan orang tua itu. Seketika kemudian terus saja orang Tua itu dipukulnya sehingga jatuh tersungkur. Melihat orang Tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan langsung tidak menunjukkan reaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas bertanya… “Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang Tua?”

    “Bukankah tadi sudah hamba bilang… Tuan ini hanya orang yang tahu tentang ALLAH tetapi bukannya orang yang benar-benar mengenal ALLAH.”

    Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Kemudian beliau menenangkan dirinya lantas bersegera duduk diatas tanah dihadapan orang Tua itu.

    “Baiklah orang Tua… Silalah huraikan jawapan kamu tadi sebab Beta berpegang bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH.”

    “ALLAH itu tidak bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja sedang pada hakikatnya tidak begitu.” Ujar orang Tua itu sambil mengesat bucu bibirnya yang berdarah.

    Kemudian beliau menyambung… “Bukankah ALLAH itu wujudNya Esa?”

    “Benar.” Jawab Raja Muzaffar.

    “Jika ALLAH itu wujudNya Esa maka sudah barang tentu tidak ada wujud sesuatu bersertaNya.”

    “Benar.” Jawab Raja Muzaffar.

    “Lantas bagaimanakah kedudukan wujud alam ini jika ALLAH itu diyakini wujud tanpa ada selain zat yang wujud bersertaNya dengan pandangan mata hati?”

    Raja Muzaffar memejamkan matanya rapat-rapat lantas dikerahkan pandangan mata hatinya untuk memahami persoalan yang ditanyai orang Tua itu. Tiba-tiba akalnya dapat menangkap dan memahami hakikat alam ini jika ianya merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud ALLAH. Lantas beliau membuat satu kesimpulan… “Jika dipandang dari sudut Esanya wujud ALLAH maka alam ini tidak lain melainkan diriNya sendiri… Tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul keluar dari bibirnya. Terkebil-kebil matanya apabila mendengar ucapannya sendiri.

    Maka lidahnya kelu dan akalnya lumpuh. Terkejut… tergamam… terkedu… “Jadi kalau begitu ketika Tuan memandang alam ini, siapa yang Tuan pandang pada hakikatnya?”

    Pantas soalan itu diajukan kepada Raja Muzaffar. “Pada hakikatnya Beta memandang ALLAH…”

    “Nah kalau begitu bukankah ALLAH ada berfirman yang bermaksud “Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah ALLAH” dari Surah Al-Baqarah ayat ke 115 dan dalam Surah Al-Hadiid ayat ke 3 yang bermaksud “Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.”
    Kemudian orang Tua itu bertanya lagi… “Dan sekarang dapat atau tidak Tuan melihat ALLAH ketika ini”

    “Ya.. Beta menyaksikan dengan ainul basyirah.”

    Perlahan-lahan berjujuran air mata dari bucu mata Raja Muzaffar. Beliau menahan sebak kerana sekarang beliau sudah faham kenapa orang tua itu tidak mengambil upah atas usahanya dan tidak mengelak ketika dipukul. Semuanya kerana yang dipandangnya adalah pentajallian ALLAH. Dalam hati
    perlahan-lahan beliau berkata… “Memang benar sesungguhnya pada sudut ini, ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihat ALLAH.”

    “Makanya wahai Putera Raja.. inilah yang dinamai sebagai ilmu hakikat.”

    Semenjak hari itu, Raja Muzaffar terus mendampingi orang tua itu untuk mempelajari lebih dalam selok-belok ilmu hakikat hingga diangkat beliau oleh gurunya menduduki kedudukan Syeikh ilmu hakikat. Demi memahami ilmu-ilmu hakikat yang halus-halus Raja Muzaffar telah menjadi seorang ahli ibadah yang alim-mualim. Beliau tidak lagi berpegang dengan fahaman Almarhum Gurunya iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya jalan yang boleh membuatkan seseorang itu dapat mengenal ALLAH dengan haqqul yaqin ialah dengan ilmu hakikat. Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukum akal sama sekali dan mulai duduk didalam peraturan musyahadah. Bagi beliau, ilmu kalam yang dituntutnya selama ini adalah semata-mata salah.

    Setelah kemangkatan Ayahandanya maka Raja Muzaffar ditabalkan menjadi Sultan dinegerinya dan sekarang beliau menyandang gelaran Sultan Muzaffar Shah pada usia 50 tahun.

    Beliau memerintah negerinya dengan adil dan saksama namun sikap ganjilnya yang dahulu masih diteruskannya. Dimana sahaja beliau pergi beliau tetap akan bertanyakan soalannya yang lazim itu.

    Jika orang yang ditanya tidak dapat menjawab maka akan diajarkan jawabannya menurut ilmu hakikat dan jika orang itu membangkang akan dihukum bunuh.

    Akhirnya kelaziman Sultan Muzaffar Shah ini membuatkan seluruh rakyat jelatanya menganut fahaman hakikat. Justeru itu rakyat jelata dinegerinya hidup aman dan makmur.

    Suatu petang Sultan Muzaffar Shah yang terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat itu berjalan-jalan disebuah padang rumput yang luas dengan ditemani para pembesar istana.

    Pandangannya tertarik pada gelagat seorang pemuda pengembala kambing dalam lingkungan usia 30an yang sedang berusaha menghalau seekor serigala yang cuba memakan kambing gembalaannya.

    Baginda mendatangi pemuda gembala itu. Kelihatan pemuda itu hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan tidak mempunyai kasut sebagai alas kaki. Rambutnya kering berdebu, bibirnya kering dan badannya kurus.

    “Wahai pemuda… kenapa kamu menghalau serigala itu dari memakan kambing itu, tidakkah kamu menyaksikan hakikat serigala itu? Maka biarkan sahaja ALLAH bertindak menurut kemahuanNya.”

    Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Shah itu sekonyong-konyong pemuda gembala itu lantas menggenggam pasir lalu dilemparkannya pasir itu ke muka Sultan Muzaffar Shah. Kemudian pemuda gembala itu membongkok lagi untuk kali kedua mengambil segenggam pasir lalu dilemparkan sekali lagi ke muka Sultan Muzaffar Shah.

    Sultan Muzaffar Shah hanya tercegat sahaja mungkin terkejut dengan tindakkan pemuda gembala itu. Pemuda gembala itu terus mahu mengambil segenggam pasir lagi dan melihat itu seorang pembesar istana yang berada disitu terus memukul pemuda gembala itu hingga beliau jatuh pengsan.

    Apabila sedar dari pengsan, pemuda gembala itu mendapati tangan dan lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam sebuah penjara. Tidak lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan kasar merenggut rantai besi yang terikat dibadannya dan dibawa ke suatu tempat yang amat asing baginya. Tidak lama berjalan akhirnya mereka sampai dihadapan singgahsana Sultan Muzaffar Shah.

    “Mengapa kamu melempari muka Beta dengan pasir?” Tenang sahaja pertanyaan Sultan Muzaffar Shah.

    “Kerana Tuanku mengatakan bahawa serigala itu adalah ALLAH yakni Tuhan saya.

    “Bukankah hakikat serigala itu sememangnya begitu?” Tanya Sultan Muzaffar Shah hairan.

    “Nampaknya dakwaan tuanku ini menunjukkan seorang yang mengenal ALLAH adalah kebohongan semata-mata.”

    “Kenapa kamu berkata begitu?”

    “Sebab orang yang sudah sempurna mengenal ALLAH pasti merindui untuk bertemu menemui ALLAH.”

    Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan Muzaffar Shah terpesona lagi apabila mendengar ungkapan ‘bertemu menemui ALLAH’ yang diucapkan oleh pemuda gembala itu.

    Dahulu hatinya pernah terpesona dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Shah memerintahkan agar pasung kayu yang dikenakan pada pemuda gembala itu ditanggalkan.

    “Lantas apa utamanya ‘bertemu’ berbanding ‘kenal’?” Tanya Sultan Muzaffar Shah.

    “Adakah Tuanku mengenali sifat-sifat Rasulullah?” Tanya pemuda gembala itu tiba-tiba…

    “Ya… Beta kenal akan sifat-sifat Rasulullah.”

    “Lantas apa keinginan Tuanku terhadap Rasulullah?”

    “Semestinyalah Beta mahu dan rindu untuk menemuinya kerana baginda adalah kekasih ALLAH!”

    “Nah begitulah… orang yang sempurna pengenalannya terhadap sesuatu pasti terbit rasa ingin bertemu dengan sesuatu yang telah dikenalinya itu dan bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah ‘mengenal’ semata-mata.”

    Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Shah berteriak kuat dengan menyebut perkataan ‘Allahu Akbaaar…!.!.!’ sekuat-kuat hatinya lalu baginda jatuh pengsan tidak sedar diri. Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka baginda kembali sedar.

    Sultan Muzaffar Shah terus menangis teresak-esak hingga jubahnya dibasahi dengan air matanya. Baginda memuhassabah dirinya.. “Memang… memang selama ini beta mengenali ALLAH melalui ilmu hakikat tetapi tidak pernah hadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya.

    Rupa-rupanya ilmu hakikat yang beta pegangi selama ini juga salah sepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah”… bisik hatinya.

    Kemudian terlintas difikiran Sultan Muzaffar Shah untuk menanyakan soalan lazimnya kepada pemuda gembala itu.

    “Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab persoalan Beta ini… dimana ALLAH?”

    Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab… “ALLAH berada dimana Dia berada sekarang.”

    “Kalau begitu, dimana ALLAH sekarang?

    “Sekarang ALLAH berada dimana Dia berada dahulu.”

    “Dimana ALLAH berada dahulu dan sekarang?”

    “Dahulu dan sekarang Dia berada ditempat yang hanya Dia sahaja yang ketahui.”

    “Dimana tempat itu?”

    “Didalam pengetahuan ilmu ALLAH.”

    Sultan Muzaffar Shah terdiam sebentar sambil keningnya berkerut merenung jawapan yang diberi pemuda gembala itu. Kemudian baginda meneruskan pertanyaannya lagi.

    “Bolehkah manusia melihat ALLAH?”

    “Kunhi ZatNya tidak boleh dicapai dengan pandangan mata kepala dan pandangan hati.”

    “Sila perjelaskan lagi wahai anak muda.” Pinta Sultan Muzaffar Shah.

    “Begini Tuanku… adapun jawapan yang diberikan oleh Bonda Tuanku itu diatas dasar soalan lazim yang Tuanku berikan itu adalah sebenarnya betul menurut tahapan akal Tuanku yang ketika itu dinilai masih kanak-kanak.

    Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah itujuga betul jika dinilai dari sudut hukum akal… Dan jawapan yang diberikan oleh Syeikh Tua itu juga betul jika dinilai dari sudut pengamalan musyahadah terhadap ilmu hakikat. Begitu jugalah dengan jawapan yang saya berikan juga betul jika dinilai dari sudut ilmu ma’rifat.

    Tiada yang salah cuma ilmu itu bertahap-tahap dan tuanku telah pun melalui tahapan-tahapan itu. Dari tahapan jahil (ilmu bonda) ke tahapan awam (ilmu kalam) kemudian ke tahapan khusus (ilmu hakikat) dan akhir sekali ke tahap khawasul khawas (ilmu ma’rifat).”

    Kemudian pemuda gembala itu terus menyambung kata-katanya… “Jika ilmu hakikat itu jalan fana kerana menilik kepada Zat ALLAH maka ilmu ma’rifat pula jalan baqa kerana menilik terus kepada Kunhi Zat ALLAH. Maka jawapan bagi persoalan tuanku itu secara yang dapat saya simpulkan ialah Tiada yang tahu dimana ALLAH melainkan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapat melihat ALLAH melainkan diriNya sendiri.”

    Sultan Muzaffar Shah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham… “Jadi bagaimana hendak sampai ke tahap mengenal ALLAH dengan sempurna sehingga terbit rasa ingin untuk menemuiNya?”

    “Jangan mengenal ALLAH dengan akal sebaliknya mengenal ALLAH dengan ALLAH.”

    “Kemudian, apakah cara-caranya untuk dapat bertemu dengan ALLAH?”

    “Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud… “Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dalam beribadat kepadanya”… dari Surah Al-Kahfi ayat ke 110.
    Mendengar penjelasan daripada pemuda gembala itu hati Sultan Muzaffar Shah menjadi tenang dan akhirnya baginda diterima menjadi murid si pemuda gembala itu. Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam mengerti ilmu ma’rifat maka baginda mahsyur terkenal sebagai seorang Sultan yang arifbillah lagi zuhud serta warak.

    Kemudian rakyatnya dibiarkan bebas untuk berpegang pada mana-mana fahaman pun asalkan ajarannya masih didalam ruang lingkup yang mengikuti pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah.

    Dan sekarang pada usia 70 tahun barulah Sultan Muzaffar Shah sedar dan faham bahawa untuk memahami tentang ALLAH maka seseorang itu harus melalui tahapan-tahapan yang tertentu sebelum seseorang itu layak dinobatkan sebagai arifbillah. Baginya samada ilmu kalam, ilmu hakikat atau ilmu ma’rifat maka kesemuanya adalah sama penting untuk dipelajari, difahami, dimengerti bagi mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai kedudukan insan kamil yang ma’rifatullah.

    Kini Sultan Muzaffar Shah sudah memahami bagaimana rasanya rindu kepada ALLAH dan bagaimana rasanya benar-benar tidak sabar untuk bertemu ALLAH. Sejak semalam mulutnya tidak henti-henti asyik mengucapkan kalimah Ismu Zat Allah..Allah..Allah dan kadang-kadang terlihat deruan air mata jernih mengalir perlahan dipipinya sewaktu dipembaringan.

    Perlahan-lahan pemuda gembala menghampiri Sultan Muzaffar Shah yang sejak 20 tahun lalu tinggal bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu diribaan silanya dengan linangan air mata. Kini nafasnya mulai tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala merapatkan bibirnya ke telinga Sultan Muzaffar Shah lantas mentalqinkan baginda dengan kalimah tauhidan seraya diikuti baginda dengan senyuman. Sejurus kemudian Sultan Muzaffar Shah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Suasana menjadi hening… pemuda gembala menunduk sahaja dan sebentar kemudian dia berkata. “Alangkah beruntungnya dia.. sekarang Tuanku benar-benar telah menemui ALLAH dan dapat mengenalNya dengan sebenar-benar kenal. “Ya… ALLAH masih belum layakkah untuk aku bertemu denganMu, aku mencemburui Sultan Muzaffar Shah ini maka jemputlah aku menghadapMu…”

    Sebentar kemudian pemuda gembala itu pun turut rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir…

    Tiba-tiba hujan pun turun seolah-oleh menangisi permergian dua insan yang mulia akhlaknya itu.

    Like

    • Saudara HAR! Dua komen saudara telah saya baca. Penyampaian saudara penuh berdiplomasi, berhemah dan penuh hikmah. Saya percaya bahawa penyampaian sesuatu ilmu atau hujah itu dengan cara yang penuh tawaduk atau penuh hikmah seperti saudara ini, maka saya pasti tiada sesiapa yang akan merasa terkecil hati atau tersinggung. Tiada bahasa sindiran, tiada bahasa ejekan, tiada niat untuk memperlekehkan pihak yang tidak sealiran. Berhujahlah secara intelektual, jangan seperti kanak-kanak tadika.

      Mengalir air mata saya membaca nukilan saudara HAR tentang kisah Sultan Muzaffar Shah. Halus bahasanya. Di antara kita ada yang tidak sama tahap pemahamannya, tidak sama tahap ilmunya, tidak sama jalannya untuk menuju ke sesuatu destinasi (Kuala Lumpur), tetapi matlamat dan tujuan adalah sama. Jangan jadikan perbezaan kita ini sebagai jalan untuk memperlekehkan atau menuduh pihak lain. Janganlah jadikan perbezaan itu sebagai jurang perpisahan atau perpecahan tetapi carilah titik persamaan dalam perbezaan tersebut untuk bersama-sama menuju ke matlamat yang satu (ALLAH).

      Like

    • Sangat setuju dengan Hamisah Harun. Tujuan kita ‘tanam benih’ supaya pokoknya nanti dapat hidup subur, segar dan rendang, daunnya yang rendang boleh dibuat tempat berteduh dan buahnya yang lazat boleh kita makan bersama. Mudah-mudahan Allah akan beri Rahmat, Nikmat dan Keberkatan ILMU kepada kita semua. Salam hormat kepada sahabat semua dan kepada TG Hj. Shaari.

      Like

  11. Semoga kita senantiasa dirahmati ALLAH SWT …

    APAKAH ADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN ADANYA ALLAH SELAIN ALLAH ???

    Siapa yang mengenal ALLAH, ia akan menyaksikan-Nya dalam segala sesuatu. Siapa yang Fana dengan-Nya, ia akan lenyap dari segala sesuatu.
    Siapa yang mencintain -Nya, ia tidak akan mengutamakan selain-Nya.
    BARANG SIAPA YANG MENDAPATKAN makrifat ALLAH, ia akan melihat ALLAH tampak dalam segala sesuatu. Ia tidak akan merasa terasing, tidak pula merisaukan segala hal. Barang siapa yang merasakan kefanaan dengan wujud ALLAH, ia tidak lagi melihat fenomena wujud, kecuali ALLAH dan dia akan mengabaikan diri dan indranya sendiri. Ia tidak akan melihat dirinya berwujud.

    Yang membuat ALLAH terhijab darimu adalah karena kedekatan-Nya yang amat sangat kepadamu.
    Karena ALLAH begitu dekat denganmu, kau pun terhijab dari melihat-Nya. Adanya hijab, selain akibat jarak yang jauh, juga akibat jarak yang terlalu dekat. Telapak tangan, jika didekatkan ke mata, mata takkan dapat melihatnya. Demikian juga bila telapak tangan dijauhkan dari mata.
    Demikian pula ALLAH, kita tidak bisa melihat-Nya karena Dia meliputi kita dan mendekatkan diri-Nya kepada kita. Tak ada yang menyadari hal itu, kecuali para pemilik MATA BATIN karena di mata mereka ALLAH amat tampak. Oleh sebab itu, ALLAH mengangkat hijab dari mereka sehingga melihat-Nya ada pada segala sesuatu dan meliputinya.
    ALLAH terhijab lantaran sangat jelas dan ALLAH tersembunyi dari pandangan mahluk lantaran caha-Nya yang sangat agung.

    Mohon maaf kalau uraian diatas dianggap keliru …
    hormat saya
    ttd
    teguhrianto
    082148515664

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s