Dari Blog Yang Bernama Dusta “Mencari Bisnes Dengan Ilmu”

 

Dusta | kongkalipehkau@gmail.com | 42.60.97.177 | 03/04/2014 jam 8:02 PM

“Macam nak untung bisnes je nie, nak belajar agame pun kene keluarkan duit? Ikhlas ke nie? Hahahahaha org yang tuntut ilmu berguru pun takde yang mintak upah!!!”

Sekali-sekala, sedih juga bila membaca ada orang yang menilai ilmu dengan wang ringgit. Adakah patut penulis komen yang bernama Dusta menilai tulisan saya dengan wang ringgit.

Jika orang yang bernama Dusta tahu betapa payahnya bagi seseorang penulis untuk menyiapkan sesebuah kitab (buku), baru dia tahu betapa payahnya menyudahkan sesebuah kitab. Jika senang atau mudah buat kitab, sudah ramai pensyarah, ustaz atau tok kadi buat kitab.

Dia tidak tahu yang sesetengah penulis, sehingga minum air paip, berbekalkan ikan kering dan telur, maggi dan masak nasi ulang makan nasi sama selama 3 hari (makan nasi perangat 3 hari) duduk dalam bukit, tidak keluar bilik atau tidak balik kampung demi untuk menyediakan air tangan ilmu makrifat. Atas kesedaran ini, hargailah tulisan penulis. Untuk menyiapkan sesuatu kitab atau buku itu, bukan mudah. Jika mudah dah ramai pensyarah buat buku atau kitab!

Tidak terniat untuk saya memperdagangkan ilmu, hanya sekadar ingin mendapat pulangan dari pembelian kertas dan upah cetak. Cetak kitab yang berupa ilmu itu pun juga, guna wang ringgit, bukannya “free”, bukan niat hendak perdagangkan ilmu, tidakkah ilmu itu milik Allah, kita hanya memperdagangkan kertas, dakwat dan tulisan. Sekolah tadika pun kena beli buku, inikan pula buku ilmu makrifat. Jika rasa mahal, sila SMS alamat, nanti saya hadiah (free) kepada yang bernama Dusta.

Beginilah nasib pejuang ilmu, buat kitab pun dikatakan memperdagangkan ilmu. Wahai tuan Dusta, tuan nak baca sebuah Al-Quran pun kena beli dengan duit. Apakah tuan pergi ke kedai buku, mereka bagi Al-Quran secara free? Al-Quran (kata-kata) Allah pun kena beli dengan duit, inikan pula kitab makhluk. Al-Quran pun kena beli dengan duit, apakah kedai yang jual kitab Al-Quran atau orang yang cetak Al-Quran itu, dikatakan memperdagangkan ilmu Allah, cuba Tuan Dusta jawab? Saya kesal dengan sikap tuan, yang merendahkan martabat penulis. Apakah surat khabar yang tulis nasihat dengan ayat Al-Quran itu, dijual secara percuma?

Sedihnya saya, orang macam inipun ada di dunia ini. Tuduhan demi tuduhan sehingga tak termampu hendak ditanggung. Namun patah sayap bertongkatkan paruh, mundur tidak sekali. Saya juga manusia biasa bukan malaikat, yang mempunyai hati dan ada perasaan, sekali-sekala rasa jauh hati juga dengan penulis komen yang kurang beretika.

Advertisements

14 comments on “Dari Blog Yang Bernama Dusta “Mencari Bisnes Dengan Ilmu”

  1. Ya Allah, wahai saudara Dusta, fahami dulu apa yang tersirat dalam kitab ini, tidak mudah jika dihayati dengan mata zahir saja, bukalah mata batin, pasti yang terang makin bersinar bila dihayati dengan mata zahir dan batin, percayalah, kitab ini adalah kitab yang bicarakan tentang makrifat ilmu Zatullah (rahsia Allah).

    Like

  2. Salam. Saya rasa Tuan Haji tidak perlulah layan sangat orang macam ini kerana bimbang akan menjadi serangan peribadi pula. Saya mohon Tuan Haji teruskan sahaja penulisan Tuan Haji. Kami yang ramai ini akan sentiasa bersama Tuan Haji. Biarlah orang hendak cakap apapun kerana kami sentiasa menunggu buah tangan penulisan Tuan Haji.

    Like

  3. Salam Hormat buat TG hj Shaari …
    Semoga TG senantiasa dirahmati dan diberkahi oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang .
    Harapan kami fitnahan yang dilakukan oleh yang namanya tuan Dusta tidak menyurutkan semangat TG dalam menyampaikan ilmu makrifat kepada kami kami yang sangat ingin belajar dan menimba ilmu dari TG .

    Kepada tuan Dusta tolong jangan teruskan fitnah saudara kepada TG kami, kami belajar dengan Tuan Guru hj Shaari tidak pernah dirugikan dan tdk ada paksaan. Bahkan kami sangat diuntungkan karena dengan adanya blok makrifattokkenali i dari Tuan Hj Shaari kami bisa banyak menimba dan belajar ilmu makrifat, Yang sebelumnya belum kami dapatkan dari ustaz-ustaz yang lain. Kebanyakkan ustaz-ustaz yg kami jumpai rata-rata banyak yang takut untuk menyampaikan ilmu makrifat secara terbuka dengan alasan pengalaman-pengalaman dari para guru-guru sebelumnya menyampaikan ilmu makrifat terlalu banyak menerima fitnah. Dan pengalaman saya mencari guru ilmu makrifat sekarang sangat sulit sekali Utamanya untuk mendapatkan guru makrifat yg benar benar berkualitas.
    .
    Sepengetahuan kami blok makrifattokkenali dari TG hj Shaari tidak pernah mefitnah orang lain , kenapa kami mesti difitnah. Dan perlu tuan dusta ketahui bahwa kami tidak pernah ada paksaan untuk memiliki buku dari TG. Dan buat saya pribadi bisa memiliki buku buku makrifat tok kenali tidak bisa dinilai dengan rupiah atau ringgit karena ilmu yang ada didalamnya bagi kami sangat berguna sekali. Bagi kami ilmu makrifat tok kenali nilainya lebih mahal ketimbang rupiah atau ringgit yang harus saya keluarkan.
    Terakhir ingin saya ingatkan kepada tuan dusta bahwa fitnah lebih kejam dari pembunuhan.

    salam hormat buat sahabat-sahabat
    ttd
    teguh rianto
    kontak hp : 082148515664
    kalimantan indonesia

    Like

    • Kan saya dah kata, sejarah kehidupan makhluk ini sentiasa berputar-putar dan berulang-ulang. Aduhai sahabat-sahabat sekalian bertenanglah, bukankah hidup ini pentas lakonan sahaja!

      Like

  4. Setiap benda dalam dunia ini memerlukan duit, tiada yang percuma. Saudara Dusta nak buang air besar air kecil pun kena guna duit untuk bayar masuk tandas awam, bayar bil air yang digunakan untuk mecuci najis saudara, bayar perkhidmatan Indah Water untuk mengurus najis saudara.
    Para ustaz dan ustazah yang membuka kelas mengaji Quran di rumah masing2, yang mengajar membaca quran itu pun meminta bayaran sebagai sumber pendapatan tambahan mereka, sedangkan berapa sen sangat modal yang mereka keluarkan? Saya rasa tiada modal pun yang mereka keluarkan. Suara yang Allah beri untuk mengajar percuma, masa yang Allah berikan kepada mereka untuk mengajar juga percuma. Ayat al quran yang mereka ajarkan itu bukan dari perahan otak/minda mereka, sudah tersedia ada, tidak perlu mereka memerah otak untuk berfikir. Kalau mengikut akal fikiran suadara Dusta, mereka ini juga adalah golongan yang mencari untung/membuat bisnes dengan menjual agama!!!!
    Berapa banyak di Malaysia malah seluruh dunia kelas al quran dan kelas tahfiz yang mengena bayaran kepada mereka yang hendakkan ilmu tersebut???? Kenapa saudar Dusta tidak berani membuat tuduhan sebagai mana tuduhan yang dilemparkan kepada TUAN GURU HJ SHAARI?
    Berapa ramai para penulis buku ilmu agama Islam (para ustaz dan ustazah) yang telah menulis dan menghasilkan buku, yang mana isi ilmunya hanya di ‘copy paste’ dari kitab yang sedia hanya ditambahbaik olahan penyampaian dan ilustrasinya sahaja tanpa berpenat lelah memerah otak????. Kemudian buku tersebut dijual dengan harga yang mahal. Tiada siapa pun hatta sudara Dusta sendiri yang berani menuduh para penulis buku ini mencari untung bisnes dengan menjual ilmu Allah. Kerana apa? Kerana meraka (para penulis buku ini) bergelar ustaz atau ustazah yang diiktiraf oleh kerajaan dan masyarakat kerana mereka mempunyai ijazah yang bergulung-gulung daripada universiti yang diiktiraf oleh manusia.

    Oleh kerana TUAN GURU HJ SHAARI hanya seorang graduan dari UNIVERSITI QALBU MUKMIN, universiti yang tidak diiktiraf oleh manusia maka dengan mudah dan senang hatinya saudara Dusta sanggup mendusta dan menfitnah TUAN GURU HJ SHAARI. Saudara Dusta!!! Walaupun UNIVERSITI QALBU MUKMIN ini tidak diiktiraf oleh manusia, itu tidak mengapa bagi kami, tidak menjadi kudis kepada kami semua, kami tidak mengharapkan pengiktirafan daripada manusia!!!!
    Berbuatlah sesuka hati saudara Dusta, tebarkanlah fitnah sesuka hati saudara Dusta kerana pendustaan dan fitnah saudara itu akan memakan diri saudara akhirnya.

    Like

    • saya sangat bersetuju dgn saranan dan buah pandangan sahabat teguh rianto dan sahabat hamisah harun di atas. sesungguhnya “jalan” ini penuh ranjau duri dalam ketetapanNya….dan kita semua perlu redho menjalaninya. tiada upaya dan tiada mampu utk mencelah atau menganggu ketetapanNya di luh mahfuz. inilah kebesaran dan kekuasaanNya. sememangnya berat mata memandang lagi berat bahu yang terpikul. dari pengajaran sejarah yang berulang2 beginilah “perjalananNya”.

      jalan terbaik adalah kita redho! teruskan menyampaikan (tabligh) ilmu Yang Haq! dan pada masa yang sama tidak salah kita semua menangkis segala fitnah yang menimpa tetapi jangan berputus harap pada Yang Esa! bagi yang diberi tugas “menyampaikan” teruskanlah…..!!! teruskanlah dengan “prasangka yang baik”!

      Sentiasalah berprasangka baik dengan Allah!!! yang lain2 serahkan sahaja kepadaNya Yang Maha Pengurus sekeliannya.

      peganglah pada “GERAK DIAM ALLAH”. sucilahkan pandangan, pendengaran dan sekeliannya maka dengan itu akan diberiNya ketenangan dan kekuatan hati,jiwa, sanubari, kudrat dan iradatNya.

      bagi yg di luar sana janganlah bersangka tidak baik kpd pejuang2 ilmu ini. sekiranya anda tidak faham perjalanan ini cuba pelajarinya terlebih dahulu! apa pon kami tetap menerima seadaNya. (sewujudNya)

      katakanlah Allah itu Esa! Allah itu Tunggal! Allah Itu Satu!

      ikhlas

      1

      Like

  5. Asma afaal sifat2 itu tdk ada semuanya.. itu bkn apa pun.. Dont take serius,, bersahajalah dlm dunia al fana ini.. semua itu semata2 menunjukkan wujudnya ‘ADA’ yakni zat wajibul wujud… jika kita melihat wujud itu tanoa henti maka semua itu bole melekat di seyuman kita..
    pada sahabat dusta… sahabat2 lain bkn marah pada anda, cuma kasian sekali..dekat kamu…
    Paling penting hadapi dengan ‘tenang’.. walau di luar nampak ribut..
    sahabat, belajarlah ‘berkorban’ mmg itulah lumrahyna hidup di dunia semuanya perlu ada duit baru mendapat faedah lain.. berkorbanlah… TG Telah banyak berjasa, sanggup meluangkan masa, bersusah susah asal dapat menyiapkan kitabnya, melayan murid2 nya di blog… apakah tanda terima kasih yg kita tdk sanggup buat ?

    jika mati itu baik utk kita, apa salahnya kita korban nyawa sekalipun.. apatah lagi duit…

    Like

    • segalanya Allah – saya setuju, bersahajalah dlm dunia al fana ini nescaya akan ada keberadaan egkau dlm alam baqa’ nanti…..Hamisah Harun – qalbun mukmin itu baitullah, jadi klau ada jemaah yg marah2, anggapla itu marah krn sayang….jlnnya mgkin berbeza ttp matlamat semuanya sama iaitu utk mndapat pgiktirafan, Rahmat dan Keredhaan Allah…..!!! Hasbi Rabbi Jallaullah, Ma Fi Qalbi Ghairullah, Nur Muhammad SAW……….!!!

      Like

  6. Salam Hormat

    ”SEGALA-GALANYA ALLAH’

    Kalimat ini kalau kita perhatikan sangat sederhana, tetapi bermakna sangat dalam dan luas, karena dengan meyakini segala-gala Allah bermaknanya sudah tidak ada yang lain selain ALLAH.
    ALLAH meliputi segala sesuatu (alam semesta baik yang dibumi dan dilangit ), segala sesuata menjadi ada karena Allah, segala sesuatu adalah kenyataan Allah.
    Karena itulah sebenar-benarnya yang ada hanya ALLAH, kita sebenar-benarnya tidak ada.
    Kita adalah MANIFESTASI dari ALLAH yang berarti kita adalah kenyataan ALLAH dalam kehidupan ini, dengan syarat kita sudah meniadakan diri secara total .
    Kita sudah tidak terpandang adanya kita,
    Barang siapa yang sudah tidak terpandang adanya diri bermaknanya dia sudah menjadi kenyataan Tuhan dalam kehidupan ini.
    Kesimpulan:
    1). Yang ada hanya ALLAH , segala sesuatu tidak ada .
    2). Yang tidak ada tidak bisa menjadikan dalil untuk membuktikan yang ada.
    3). Mengenal diri otomatis mengenal ALLAH datang sendiri.
    4). Mengenal ALLAH bukan karena suatu karena dan tidak perlu dalil
    5). Mengenal ALLAH hanya ddengan ALLAH .

    Kalau sudah sedemikian maka baru dikatakan SEGALA-GALANYA ALLAH, sudah tidak ada yang lain.

    Mohon maaf kalau ada yang tidak sekayakinan dengan keyakinan saya
    Trimakasih ….

    salam horma
    ttd
    teguhrianto
    kp: 082148515664

    Like

    • Saudara Teguh Rianto yang dihormati. “SEGALA-GALANYA ALLAH”. Terima kasih kerana memudahkan pemahaman.

      Like

  7. Salam Tuan Guru dan sahabat yang dikasihi. Benar Tuan Guru, kami sentiasa akan menantikan curahan hujan ilmu dari Tuan Guru. Banyak lagi mutiara-mutiara yang masih Tuan Haji simpan di dalam dada, fitnah dan sangka buruk terhadap Tuan Guru dan blog ini tidak melemahkan atau menganggu gugat kami dari mengutip dan mengambil ilmu dari Tuan Guru serta rakan-rakan yang berkongsi pandangan. Teruskanlah berkarya seadanya, dari Allah untuk Allah.

    Like

  8. MasyaAllah, jawapan Tuan Guru sangat baik dan berfatonah. Yang menuduh dan yang menerima tuduhan pun Dia! Yang menjawab pun Dia! Sesungguhnya Tuan Guru telah memberi pelajaran pada kami semua. Kepada yang tidak faham, jangan menuduh melulu. Sambutlah tangan Tuan Guru Hj. Shaari dan izinkan beliau menerangkan apa sahaja yang menjadi keraguan. Teruskan usaha Tuan Guru, saya menyokong Tuan Guru sepenuhnya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s