Hukum Qalbi Yang Kedua Adalah “Takrukh”

 

2) HUKUM TAKRUKH

Apakah erti, maksud atau makna “takrukh”?

Soalan:

Apakah erti, makna atau maksud takrukh?

Jawapan:

Erti, makna atau maksud takrukh itu adalah menentukan anggota mana yang sunat dan anggota mana yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat.

Sebelum kita menunaikan fardu sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita tentukan dengan faham dan tentukan dengan mengerti bahawa di dalam bersolat itu, mana satu anggota yang wajib dan mana satu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah di dalam bersolat. Sebelum mengerjakan ibadah solat, hendaklah terlebih dahulu kita tentukan anggota yang mana satu yang sunat dan anggota mana satu yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah.

Cuba tuan-tuan tanya dan soal diri tuan-tuan sendiri, selama hidup dan selama mengerjakan fardu sembahyang (solat), apakah sudah kita hitung, sudahkah kita jumlah atau sudahkah kita kira, manakah anggota yang wajib dan manakah anggota yang sunat? Sebab apa kita perlu tahu yang mana anggota sunat dan yang mana anggota wajib? Sebab perlunya untuk kita mengetahui yang mana satu anggota wajib dan yang mana satu anggota sunat itu, supaya kita boleh tentukan agar yang wajib itu, tidak sekali-kali ketinggalan atau tidak sekali-kali kita meninggalkan anggota yang wajib untuk berjumpa Allah Taala. Tujuannya juga adalah supaya kita sedar, supaya kita tahu dan supaya kita tidak keliru untuk tidak meninggalkan yang wajib. Jika sekiranya kita tidak tahu perkara sunat, sudah barang tentu kita tidak sekali-kali akan tahu perkara wajib, jika sekiranya kita tidak tahu perkara wajib, maka sudah barang tentu tentu, kita tidak akan tahu perkara sunat.

Soalan:

Bolehkah kita meninggalkan perkara rukun atau perkara yang wajib?

Jawapan:

Dengan meninggalkan yang sunat, adalah suatu perkara yang boleh dimaafkan dan perkara yang boleh dikecualikan (boleh tutup sebelah mata). Namun dengan meninggalkan perkara yang wajib itu, ianya boleh membatalkan solat (tidak diterima Allah Taala akan ibadah solat kita). Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah ibadah solat tuan-tuan selama ini telah dikerjakan dengan faham? Faham apakah itu anggota wajib dan apakah itu anggota sunat untuk di bawa semasa bersolat bagi berjumpa dan bagi menghadap Allah Taala? Jika jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak mengetahui yang mana anggota wajib dan yang mana anggota sunat, apakah ertinya ibadah solat yang selama ini tuan-tuan kerjakan? Itulah makanya difardukan atas kita bagi mengetahui hukum qalbi dalam perkara takrukh.

Soalan:

Apakah itu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat?

Jawapan:

Anggota sunat yang perlu dibawa sewaktu bersolat (menyatakan Allah) itu, adalah anggota tujuh (seumpama anggota mata, mulut, telinga, hidung, tangan, kaki dan anggota perut). Itulah sebabnya seandainya kita tidak ada kaki, kita boleh sembahyang duduk, tidak boleh duduk jika sakit pinggang, kita boleh sembahyang secara berbaring. Seandainya tidak ada kaki, tangan, mata, telinga, mulut dan jika kita tidak ada anggota perut sekalipun, kita dibolehkan (diwajibkan) bersolat. Ini menunjukan bahawa anggota tujuh itu, adalah perkara sunat sahaja untuk dibawa bertemu Allah ketika bersolat (menyatakan Allah). Ada atau tidaknya anggota tujuh, tidak diambil kira atau tidak mengapa kerana ianya tidak termasuk perkara wajib. Adapun baik dan tidak semestinya adapun lagi baik.

Soalan:

Apakah itu anggota yang wajib untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat?

Jawapan:

Anggota wajib yang perlu di bawa sewaktu bersolat (menyatakan Allah) itu, adalah anggota roh. Rohlah yang wajib dibawa untuk bertemu dan berjumpa Allah. Anggota tubuh kita yang lain, tidak pernah berjumpa Allah. Adapun roh sahaja yang pernah berjumpa Allah semasa azali, “Alastu birobbikom, kolu bala syahidna” (“Tidakkah aku ini Tuhanmu”, tanya Allah kepada roh, “Bahkan engkaulah Tuhanku”, jawab roh kepada Allah. Ini bererti, roh sudah dan telahpun mengenal Allah sedari mula. Jadi dialah yang mengenal dan dialah yang layak dibawa berjumpa Allah sewaktu solat. Rohlah anggota yang tidak boleh tidak dan mesti ada untuk dibawa berjumpa Allah, bukannya anggota jasad (anggota jasad adalah perkara sunat, manakala anggota roh adalah perkara wajib).

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Cuba tuan-tuan perhatikan betul-betul dalam soal perkara mimpi. Dalam mimpi, tuan-tuan dapati memanggil isteri, tuan-tuan didapati berlari dan berenang. Dalam mimpi juga, tuan-tuan telah didapati pergi ke negara orang lain, negeri orang lain atau ke kampung orang lain, sedangkan di waktu itu, tuan-tuan sedang berada di atas pembaringan (di atas katil). Sungguhpun begitu, tuan-tuan didapati memanggil dengan tidak menggunakan mulut, berjalan dengan tidak menggunakan kaki, berenang dengan tidak menggunakan tangan dan sedang pergi ke negara, negeri atau kampung orang lain tanpa menaiki kereta atau tanpa menaiki kapal terbang. Kaki manakah, tangan manakah dan tubuh badan manakah yang tuan bawa semasa berjalan, berlari, berenang atau terbang semasa di dalam mimpi? Cuba jawab.

Sedang kaki, tangan atau seluruh anggota tubuh badan sedang terbaring di atas katil, tetapi tuan-tuan tetap pergi sehingga sampai ke negara orang yang kedudukan jaraknya beribu batu. Kaki, tangan atau tubuh badan manakah yang tuan-tuan bawa? Tubuh badan, kaki atau tangan yang inilah yang hendak kita bawa di ketika atau di waktu kita bersolat untuk menghadap Allah Taala.

Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk membawa tubuh atau anggota rohani untuk berjumpa Allah sewaktu bersolat? Akan di sambung dalam kitab yang akan datang!

Advertisements

2 comments on “Hukum Qalbi Yang Kedua Adalah “Takrukh”

  1. Ajaran dan panduan trbaik utk pengamal makrifat dlm menunaikan ibadah dr TG Shaari…lautan ILMU Allah amat luas dan dalam….TG mncari dan mncari utk tatapan dan pmhaman umum….tk dan salam hormat TG!

    Like

  2. Assalamualaikum tuan,guru. Izin sy cuba menjawpnya. TA ‘RUD rtinya menentukan fardhu atau selalu melakukannya.sebagaiman RASSULLAH solat tanpa berserta pergerakkan zahir di atas MaqamNya.ia itu INGAT hanya kpd Allah tiada selain Dia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s