Tengok Contoh Bilal Bin Rabbah Tidak Berdalil Untuk Yakin Kepada Allah

 

Bilal Bin Rabbah dan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah yang lain, tidak pun berdalil untuk yakin kepada Allah. Tengok Bilal Bin Rabbah semasa kena dera dengan batu panas, apakah mereka goyah yakin kepada Allah? Sedangkan pada masa itu, belum ada sembahyang, belum ada puasa dan belum ada Al-Quran.

Melihat Allah, tengok Allah dan mengenal Allah itu, tidak perlu berdalil dengan solat, tidak perlu berdalil kepada puasa, tidak bersandar kepada membaca Al-Quran, lihat Bilal Bin Rabbah, apakah mereka ada baca Al-Quran semasa itu? Apakah dia ada solat semasa itu? Cuba jawab. Mengenal Allah itu, tidak dikeranakan dengan satu kerana atau tidak berdalil dengan satu dalil.

Walaupun tidak bersolat, tidak puasa dan belum turun Al-Quran pada masa itu, namun yakin, percaya dan boleh menyatakan Allah dalam diri Bilal Bin Rabbah, biarpun tidak ada dalil namun tidak sedikit pun mengubah Bilal Bin Rabbah dari berpaling dari selain Allah.

Tidak ada penglihatan pun boleh nyata Allah, tanpa Al-Quran pun Allah nyata (lihat Bilal Bin Rabbah). Setelah adanya Al-Quran dan hadis lagilah Allah itu nyata. Lihatlah contoh Bilal Bin Rabbah yang tidak berdalil untuk yakin kepada Allah.

Advertisements

5 comments on “Tengok Contoh Bilal Bin Rabbah Tidak Berdalil Untuk Yakin Kepada Allah

  1. Mudahlah makrifatullah tanpa solat, mrmbaca dan mengkaji serta mengikut suruhan dlm AlQuran.. Hati2 tn hj… Kenyataan tn hj akn menambah lebih ramai golongan hakikat tanpa amalan syariat.. Sbb itu perlukan dalil Alquran dan Hadis.. Zaman bilal takpa tn hj.. Nabi saw sendiri adalah AlQuran.. TajalliAlQuran itu sendiri..

    Like

    • Tuan, sebenarnya saya tidak mahu untuk membalas, persoalan tuan, tapi rasanya tidak putus kiranya saya tak jawab. Tuan, bila pula saya mengajar suapaya tidak buat syariaat?. Kiranya kita mengarang takut orang salah faham, maka apakah tidak perlu kita mengarang?. Jika kita hanya ambil kira orang tidak faham, bagaimana pula bagi orang yang faham!. Kita ambil kira orang yang tidak faham, mana tuan nak campak orang yang faham?. Kenapa nak ambil kira kepada orang yang tidak faham, tidakah lebih baik kita ambil kira kepada orang faham. orang yang salah faham kita ambil kira, orang yang akan faham itu, mana tuan nak korbankan. Cuba jawab.

      Bagi apapun kepada orang yang tidak faham, ia tetap tidak akan memperolihi faham. Kerana faham itu milik Allah. Jika nak ambil kira orang yang tidak faham, maka tidak wujud sekolah dan tidak adalah oang mengajar. Jangan takut kepada orang salah faham, mari kita ambil kita kepada orang yang mahu ambil faham.
      Daripada ambil kira kepada orang yang tidak fahan adalah lebih baik kita ambil kira kepada orang yang akan faham!.

      Bukan orang yang salah faham, tetapi saya kira tuan sendiri yang sedang salah faham!. Saya mengarang bukan nak buat orang salah faham, tetapi nak jadikan orang salah faham supaya menjadi faham. Tuan kata tulisan saya membuat orang salah faham, tetapi ramai diluar sana yang ambil faham. Apakah kerana tuan seorang yang tidak faham, saya korbankan orang yang mahu faham!.

      Bahasa makrifat itu, amat jauh bezanyadengan bahasa awam. Biakah saya mengajar supaya meninggalkan syariaat?. Saya mengajar supaya orang bersembahyang dengnan sebenar-benar bersolat. Jangan buat solat dengan tidak tahu hukum dan rukun. Apa-apapun sy ucap terima kasih atas teguran tuan itu. Teguran tuan itu, ada baiknya, tapi bunyinya sedikit kurang selesa, seolah-olah tuan mahu menutup ruang kepada ilmu ini dari diberi faham.

      Maaf, jika jawapan saya ini, membuat tuan kurang senang, kerana saya juga tidak senang dengan isu tuan. Maaf ya Drp hj shaari

      Like

      • Akhir tempoh Isa as di dunia baginda meninggalkan pesanan terakhir “ya bapa (Tuhan) ampunilah mereka. Mereka tidak mengetahui!”

        Panggilan bapa itu janggal bagi yg tidak ketahui dan tidak pula bagi yang mengetahui.

        Ikhlas

        1

        Like

  2. Assalamualaikum wbt. Tingkatan makrifat Bilal setelah sempurna Al-Quran dan Hadis (sesudah wafat Rasulullah S.A.W) tidaklah lebih rendah dan tidak juga kekal tidak meningkat dinisbahkan kepada ketika awal Islam. Kerana itu Rasulullah S.A.W., guru makrifat yang paling sempurna diajar oleh Allah dengan ucapan, “Rabbizidni ilma” (Tambahkan bagiku ilmu pengetahuan) yang menjadi tauladan sekalian sahabat sehingga sampai kepada umat Baginda S.A.W hari ini. Apa-apa pengalamanpun sama ada fana, baqa, uns, haibah, musyahadah, tawajjuh, muraqabah sebaik sahaja pada saat dianugerahkan Allah kepada seseorang, ia telahpun memperolehi pengalaman pengetahuan, apatah lagi setelah sempurna melaluinya pengalaman pengetahuan tetap kekal. Wallahualam. Rabbizidni ilma.

    Like

  3. Assalamualaikum. Selain contoh Bilal bin Rabah yang yakin secara total kepada Allah tanpa perlu kepada dalil Al-Quran dan hadis adalah Nabi Ibrahim A.S. Semua kita tahu kisah Nabi Ibrahim yang dimasukkan atau dicampakkan ke dalam api yang sedang marak menyala. Pada masa itu, mana ada dalil Al-Quran atau kitab yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim? Walaupun tiada dalil untuk Nabi Ibrahim mengenal, menyakini dan mentauhidkan Allah tetapi Nabi Ibrahim tetap mampu untuk mengenal, menyakini dan mentauhidkan Allah dengan sebenar-benar kenal dan yakin, maka dengan tenangnya Nabi Ibrahim masuk ke dalam api tersebut.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s