Apakah Itu Zikir Nafas?

 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh para sahabat mengenai zikir nafas. Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara itu, bukannya bermaksud ingat kepada nafas yang turun naik. Adapun, nafas yang turun naik itu adalah merupakan angin, sedangkan zikir itu bukannya bertujuan untuk ingat kepada angin.

Zikir bukan bertujuan untuk ingat kepada angin yang keluar melalui hidung, bukan bertujuan untuk ingat kepada dada yang bergerak, jantung yang berdegup dan nadi yang berdenyut. Itu bukan zikir yang tidak berhuruf dan bersuara.

Diharapkan sahabat-sahabat dan penggemar blog saya di luar sana faham apakah itu hakikat zikir, dan faham apakah itu hakikat tidak berhuruf dan tidak bersuara. Nafas masih boleh dirasa, sedangkan yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan berjisim itu, adalah sehingga sampai kepada penghujung rasa, yakni sehingga sampai kepada tidak ada rasa. Setelah sampai kepada tahap tidak ada rasa, itu barulah dikatakan zikir yang tidak berjirim dan berjisim atau tidak berhuruf dan tidak bersuara.

Selagi ada rasa angin yang keluar masuk, itu bukannya zikir (ingat). Maksud ingat (zikir) kepada Allah itu, bukanlah bermaksud ingat kepada angin. Adapun angin itu, bukan Allah. Setelah ingat kepada Allah, tuan yang empunya nama, barulah dikatakan sebenar-benar zikir nafas.

Sesetengah dari kita, ada yang mengatakan bahawa dengan ingat kepada perkataan “Hu” atau “Haq” semasa keluar atau masuknya nafas itu, dikatakan zikir nafas. Hu atau Haq itu, adalah perkataan atau lafazan dari suara yang keluar dari halkum, itu bukan zikir nafas. Hu atau Haq itu, bukan zikir nafas.

Apakah itu yang dikatakan zikir nafas? Apakah itu nafas? Barang siapa tahu maksud, makna atau erti nafas, maka tahulah ia apa itu zikir nafas!

Amin.

Advertisements

2 comments on “Apakah Itu Zikir Nafas?

  1. Nafas itu bermakna hidup (hayat). Hayat itu terkandung dalam sifat 20 Allah. Ini bermakna yang bernafas, hidup dan hayat itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah Allah semata-mata jua. Itulah zikirnya yang sebenar-benar zikir.

    Liked by 1 person

  2. Zikir nafas itu adalah fana dan baqa berserta/ bersama Allah.
    Ianya thoriqat bagi yg masih dalam amalan thoriqat.

    Lalu terus dibawanya ke alam hakiki…
    Inilah jalan suai kenal menuju makrifat.

    Ketemu Allah lalu dibimbingnya bertemu maqam Ahad.

    Ahad itulah yg berzikir utk diriNya yg satu.
    Maka ghaiblah zikir itu bersamaNya
    Hilang sehilangnya tanpa tinggalnya zikir itu lagi.

    Ikhlas

    1

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s