Tidak Bermaksud Menolak Quran dan Hadis Sebagai Dalil!

Assalamualaikum. Saya yakin telah berlaku salah faham di sini. Bukanlah Tuan Hj. Shaari menolak kepada Al-Quran dan Hadis. Dalil itu bermaksud bukti, evidence atau proof.

Kata Tuan Hj. Shaari, “Kita mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil”. Maksudnya ialah hendaklah kita mengenal Allah sehingga sempurna, mantap dan kukuh tahap keyakinan kita terhadap pengenalan itu sehingga kita tidak memerlukan lagi kepada bukti-bukti (dalil) untuk meyakininya.

Bukti-bukti hanya diperlukan oleh orang yang was-was, ragu-ragu atau langsung tiada yakin. Adakah orang yang telah sempurna yakinnya masih mahu menuntut kepada sebarang bukti?

Jikalau kita sudah saksikan dengan mata kepala sendiri, Ali sedang menyembelih ayam, adakah kita masih lagi perlukan bukti untuk membuat keputusan, sama ada Ali telah menyembelih ayam atau tidak? Buktinya sudah ada depan mata. Adakah kita masih perlu lagi kepada bukti?

Saudara tidak kenal saya, jika ingin mengenali saya pasti saudara perlukan maklumat untuk membuktikan siapa saya yang sebenar. Jika saya ini adalah kakak atau adik sedarah sedaging saudara, perlu lagikah kepada bukti untuk mengesahkan siapa diri saya?

Orang yang tidak kenal Allah sudah pasti memerlukan bukti-bukti untuk mengenali Allah. Lalu, sesetengah mereka memerhatikan dan memikirkan kejadian-kejadian ciptaan Allah untuk lebih menguatkan lagi keyakinan mereka akan wujudNya, kuasaNya, kehendakNya, sebagainya. Tetapi boleh jadi kadangkala nampak, kadangkala terhijab.

Orang yang mengenal Allah sekadar melalui ilmupun masih perlu berbuktikan dengan ilmunya. Orang yang mengenal Allah melalui rasapun masih perlu berbuktikan rasanya. Sehinggalah sampai orang itu mengenali Allah dengan sebenar-benar kenal dan telah sempurna kebenaran pengenalan itu. Inilah orangnya yang tidak lagi perlukan kepada bukti-bukti seperti keadaan bulan, bintang, angin, air, tumbuhan, manusia, musibah, nikmat dan sebagainya. Bukanlah semua penuntut ilmu makrifat mampu sampai ke tahap ini, melainkan semata-mata dengan izin Allah jua.

Adalah mustahil, orang yang berjalan dengan ilmu makrifat akan menolak Quran dan Hadis, sebaliknya merekalah orang yang paling kuat dan utuh kepercayaannya kepada Quran dan Hadis, kerana mereka lebih mengerti akan hakikatnya Quran dan Hadis.

Kata Tuan Hj. Shaari itu sebenarnya, secebis kuman pun tidak dimaksudkan untuk menolak Quran dan Hadis. Ia langsung tiada kaitannya dalam topik perbincangan. Konteks ayat Tuan Haji itu sebenarnya, untuk menggalakkan agar kita membina keyakinan yang utuh tiada bergoyang-goyang lagi dalam mengenali Allah, itu saja.

Kuman di seberang laut kita nampak, tapi kala jengking dalam baju sendiri kita tak nampak, amat mengharukan!

Wallahualam.

Komen: Ketupat | aidasuzanna74@gmail.com | 123.136.106.125 | 11/04/2014 jam 8:42 PM

8 Replies to “Tidak Bermaksud Menolak Quran dan Hadis Sebagai Dalil!”

  1. Salam Hormat untuk Tuan Blog Haji Shaari dan sahabat….yang kita baca itu hakikatnya KITAB AL-QURAN….dan kumpulan2 Hadith . Ini semua ditulis oleh manusia…..dengan keyakinan ianya peninggalan RASUL AGUNG dari Jibril WAHYU dan sabda Rasul. Nah , kalau kita mengaku pengikut Muhammad, maka kedua INI rujukkan kita. Tetapi dengan saya tak pandai bercakap ARAB…..dan tak faham bahasa ARAB……, maka kedua ini hanya bahan rujukkan saya. Tapi saya gunakan terjemahan…

    Saya dah 54, terus terang saya menjalani kehidupan dengan gerak RASA HATI / QALBU (inilah QURAN dan jangan salah ertikan dengan KITAB AL-QURAN).

    Saya memandang segala yang ada di DUNIA INI dan ALAM SEMESTA INI MIILIK ALLAH. Saya tak memiliki apa apa, saya hanya mempunyai sahaja. , Belandaskan ini semua milik ALLAH, maka ALLAH BUKAN SAYA PUNYA……..malah saya milik ALLAH……untuk apa saya berbalah sesama mahluk…..segala yang ada juga ciptaan ALLAH. FACEBOOK dan komputer termasuk dan mcm2 lagi…

    Mari kita tengok dunia yang yang memegang KITAB AL-QURAN dan HADITH sebagai pegangan dan panduan…..Syiah ALLAHU AKBAR PANCUNG ORANG SUNNI dan SUNNI ALLAHUAKBAR PANCUNG SYIAH. Siapa betul ? masing masing kata mereka jihad…….Kerana saya tak faham KITAB AL-QURAN dan HADITH cuma saya faham terjemahan sahaja, saya juga menjadi manusia yang jauh dari perbuatan ini.

    Nah mari kita tengok orang ESKIMO yang duduk dalam IQLOO, mereka pun tak berbunuh sesama sendiri ???? mereka langsung tak pernah tengok KITAB AL-QURAN…..cari lah QURAN yang original tak pernah tercemar…Qalbu mukmin Baitullah…..disitulah jawapan nya…..ini mengajar manusia erti kehidupan…..ada pada setiap manusia….Selagi kamu tidak disibukkan dengan keduniaan maka hidup ini mudah. pasrahkan segalanya kepada ALLAH….

    Salam

    Like

  2. Benar. Bukankah Allah juga berfirman dijadikan makhlukNya itu berpasang-pasang. Ada siang dan ada malam, ada terbit dan ada yang terbenam, ada yang naik dan ada yang turun. Bila kita datang dari arah yang lain, bukan bermakna kita menyanggah, akan tetapi kita sama-sama pastikan agar benar-benar ilmu yang tuan/puan katakan ini benar-benar difahami dengan Haq dan bukannya faham-fahaman.

    Ibarat orang belajar bersilat, maka setelah selesai belajar bersilat maka anak murid itu akan diuji dengan serangan dari pelbagai arah yang kadangkala memeningkan dan juga mengelirukan dan kadangkala serangan itu pula tidak pernah dilihat sebelum ini. Jadi begitulah juga pada ilmu-ilmu yang lain.

    Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa janganlah kita menyangka kita ini beriman sebelum kita diuji, maka apatah lagi untuk kita kata kita sudah kenal Dia. Untuk mengatakan kita beriman pun tidak boleh sebelum kita diuji, dan ujian Allah ini pula sehingga akhir hayat kita.

    Iblis yang juga kenal dengan Allah pun juga mendapat laknat dari Allah kerana tidak taat kepada perintah Allah. Maka dengan sebab itulah kita cuba menceriakan blog Tuan Hj. Shaari dengan kepelbagaian ilmu agar sama-sama kita renungkan arah kita, yakni ada dua makhluk yang mengenal Allah yakni Iblis dan Muhammad SAW. Maka perhatikan kata-kata Imam Ibnu Arabi dalam Al-Futuhat pada bab Al-Isra’:

    “Sesiapa yang mendakwa akan hulul, bererti dia telah sesat. Ini kerana, orang yang berkata tentang hulul itu berpenyakit yang tidak dapat diubati. Sesiapa yang membezakan antara di antara diri kamu dengan diriNya, maka kamu telah menetapkan dirimu dan diriNya. Tidakkah kamu mendengar sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi, “Maka Aku jadi pendengarannya yang Dia mendengar dengannya”. Dia menetapkan dirimu dengan menunjukkan dirimu dalam hadith tersebut. Sesiapa yang mendakwa ittihad merupakan orang yang athies, seperti yang mendakwa hulul juga, merupakan orang yang jahil dan melampau. Ini kerana dia menisbahkan hal yang mustahil. Sesiapa yang membezakan dirinya dengan Allah s.w.t., maka dialah yang benar.”

    Apa yang kita bimbang adalah mungkin kita terkena penyakit yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi.

    Like

  3. Bukti itu setelah benar-benar Wujud/Nyata dengan SENDIRI NYA ….MENGAPA TAK FAHAM.?KERANA AYA ALLAH INI MEMBERITAHU PRIHALNYA…TIDAK BERUBAH NASIB SESEORANG ITU MELAIN KAN DIRINYA SENDIRI MAHU BERUSAHA UNTUK BERUBAH ….MAKSUD DIRI SEBALIK WUJUD INSAN ITU DI DIRI ALLAH SENDIRI….amin …biar mana pun di katakan di beri faham ..jika tak fhm..tak fhm lah,jika faham maka fham lah DIRI SENDIRI…

    Like

  4. Assalamualaikum wbt.
    Tamsilan melihat sembelih ayam dan tamsilan saudara sedarah sedaging bukanlah tamsilan yang tepat bagi makrifat. Para Rasul astws. mengenal Allah dengan dalil yang dikhabarkan oleh Allah kepada mereka. Yakni khabar Allah tentang diriNya kepada mereka. Khabar inilah yang paling tepat kerana dikhabarkan oleh yang empunya DIRI iaitu Haqq Taala kepada RasulNya tentang diriNya. Dia khabarkan kepada RasulNya bahawa “Tiada suatupun yang sebanding denganNya dan Dia maha mendengar lagi maha melihat”. Melalui khabar ini dan banyak lagi khabar yang lain, kita mengenal DIRINYA langsung melalui DIA sendiri bukan melalui waham, kahayal atau tamsilan kita. Sekalipun khayal, waham dan tamsilan itu tanpa ragu tidak berlaku melainkan dengan izin DIA juga.

    Terdapat 36 pernyataan tawhid di dalam al-Quran yang dibahaskan oleh ulama Sufi dengan pernyataan pertama “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”- al-Baqarah:163. Ini dinamakan sebagai tawhid al-Wahid. Tawhid kedua: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya” al-Baqarah: 255. Ini dipanggil tawhid al-Huwiyyah dan al_ibtida’. Kita langkau kepada tawhid ke-23 supaya yang bakinya timbul azam untuk mencari dan meneliti al-Quran kalamullah iaitu “Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” al-Qasas: 70. Ini dipanggil tawhid ikhtiyari iaitu bahagian daripada tawhid al-Huwiyyah.. Serta seterusnya baki 33 tawhid lagi dapat diselidik di dalam al-Quran.

    Sungguh hebat pernyataan tawhid yang 36 yang terdapat di dalam al-Quran yang dikhabarkan sendiri oleh yang empunya DIRI iaitu Haqq Taala tentang diriNya kepada RasulNya. Susulan daripada semua ini setelah melalui beberapa peringkat, barulah kurniaan mushahadah dengan mata hati bukan mata kepala tanpa menghilangkan kahabar tentang DIRINYA yang telah diketahui melalui lidah RasulNya. Jika mampu dikenal DIA bukan melalui khabar daripadaNya tentang DIRINYA, maka tidak perlu diutuskan Rasul kepada setiap umat. Wallahua’lam. Rabbizidni ilma.

    Like

  5. Assalamualaikum wbt.

  6. assalammualaikum tuan. izinkan saya memberi pandangan. Mereka yg masih berdalil2 tu adalah mereka2 yg belum mengenal allah dgn sekenal2nya. Klu dah mengenal allah yg bernama allah @ tuan yg empunya nama @ yg tidak bernama, beliau tidak mempertikaikannya. Mana mungkin nak didalilkan, allah, yg tidak berupa,berjisim,berjirim, digambar2kan dgn sesuatu. Sedangkan terangnya cahaya matahari pun kita tidak dapat diukur sejauh mana terangnya cahaya matahari, ini kan pula allah yg terlebih terang dari cahaya matahari. Itu sahaja pandangan serba sedikit dari saya.

    Like

  7. sepah diri mu rata-rata, mengenallah kamu tuhan yang nyata..
    Zunnun misri ditanya dgn jln apatuanmengenal Tuhan? jawab beliau” Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku sendiri. Kalau bukan Tuhanku tidaklah aku mengenal Tuhanku”. “Maa ra’aitu syai’an illa ra’aitu fihi rabban”(Aku tidak melihat sesuatu melainkan aku melihat di dalamnya itu Tuhan..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s