Kata Diri Dah Mati (Tiada Diri), Kenapa Masih Berhajat Kepada Makan Minum?

Ke Mana Hendak Letakkan Diri?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Ramai di kalangan kita, tidak tahu erti penyerahan diri (tidak tahu hendak menyerah diri kepada Allah). Bilamana kita belajar mengenal Allah, ertinya diri kita telah binasa, diri kita telah lebur dan ertinya diri kita telah pulang ke rahmatullah (mati).

Bilamana kita katakan dan bilamana kita mengaku yang diri kita telah lebur, telah mati, telah binasa dan telah pulang ke rahmatullah, persoalannya di sini, siapakah diri kita ini, siapakah diri yang ada ini dan ke manakah diri zahir ini hendak dibuang atau ke manakah diri yang zahir ini hendak disimpannya.

Kita semua telah belajar erti mengenal Allah, bilamana kita telah belajar mengenal Allah, ertinya jangan lagi terpandang adanya diri (diri kita telah tidak ada). Setelah tidak lagi terpandang adanya diri (setelah tidak adanya diri), persoalannya di sini siapakah diri yang makan minum ini? Persoalannya di sini, siapakah yang tengah duduk makan-minum, tengah duduk beranak-isteri, tengah mengerjakan pekerjaan dan siapakah yang sedang merasa lapar dan dahaga ini?

Kita belajar ilmu makrifat, adalah belajar ilmu supaya “jangan sampai terlihat adanya diri”. Bilamana tidak terlihat adanya diri dan tidak adanya diri, persoalannya di sini, siapakah yang merasa lapar dahaga, siapakah yang merasa berhajat kepada hendak kahwin, hendak beranak, hendak mencari rezeki, siapakah diri yang sedang berjalan dan sedang baca blog ini?

Kita katakan diri ini sudah mati, diri sudah tidak ada, diri sudah binasa dan sudah tidak terpandang adanya diri, jika tidak terpandang adanya diri dan sudah tidak ada diri, siapakah pula yang dituntut mengenal Allah? Masakan orang mati, orang yang sudah binasa, orang yang sudah lebur dan masakan orang yang sudah pulang ke rahmatullah itu boleh mengenal Allah? Apakah orang yang mati itu boleh mengenal Allah? Apakah orang yang mati itu boleh merasa lapar atau dahaga? Jika diri kita tidak ada, siapakah pula yang akan mengenal Allah? Kita diwajibkan mengenal Allah, bagaimana hendak kita mengenal Allah, bilamana diri kita tidak ada?

Kita diajar oleh guru supaya “jangan sampai terlihat adanya diri” (diri sudah binasa atau tidak ada). Bilamana jangan sampai terlihat adanya diri, persoalannya di sini, diri kita yang kita bawa ke hulu dan ke hilir ini siapa?

Kita belajar yang diri kita tidak ada, tidak wujud dan telah binasa, persoalannya di sini, diri manakah yang sedang berkehendak kepada makan minum dan diri manakah yang berkehendak kepada kahwin dan yang berkehendak sehingga melahirkan anak? Bilamana tidak ada diri, kenapa masih berhajat kepada kahwin, berhajat kepada makan-minum dan masih berhajat kepada wang ringgit?

Belajar ilmu makrifat itu, jangan hendaknya pada kata-kata atau pada bibir mulut sahaja. Tetapi pada kenyataannya di manakah pegangan, di manakah duduk dan putusnya iktikad kita? Semua orang telah belajar makrifat, setelah belajar makrifat, ke mana hendak diletak atau hendak kita simpan diri yang zahir ini? Sepatutnya orang yang sudah binasa diri, mengenal diri dan orang yang sudah tidak terlihat adanya diri, masakan masih ada lagi berhajat kepada nikah kahwin, masakan masih ada lagi berhajat kepada makan-minum dan masakan masih ada lagi berhajat kepada mengejar kebutuhan duniawi?

Jika kita mengaku belajar ilmu makrifat, kenapa masih tidak boleh hendak duduk (tidak boleh parking atau kata orang Indonesia tidak boleh parker), apalah erti belajar makrifat, jika tidak putus? Belajar makrifat itu, adalah belajar ilmu putus (ilmu pemutus), ilmu penamat, ilmu makrifat itu adalah ilmu penyudah segala pencarian dan ilmu penamat yang sudah sampai ke penghujung. Jika kita tidak boleh letak, tidak boleh duduk, tidak boleh hendak simpan dan tidak boleh hendak putuskan di manakah hendak kita letakkan diri kita yang zahir ini atau kemahuan diri kita yang zahir ini, apalah ertinya belajar ilmu makrifat?

Sila jawab.

Advertisements

4 comments on “Kata Diri Dah Mati (Tiada Diri), Kenapa Masih Berhajat Kepada Makan Minum?

  1. Persoalan ini sungguh halus spt umpamanya kulit bawang yg sangat halus dan mulus dan sekiranya tidak berhati2 akan terusik dan mencederakan isi bawang tersebut.

    Persoalan ini persoalan menuju kpd mana putusnya makrifat anda…?

    Terlihat akan diri tuhan itu tiada…
    Terlihat akan tuhan diri pula yg tiada…

    Tn guru hj shaari bagi saya adalah tersangat halus mulus hatinya mengikut pandangan saya dan menunjukkan kearifan beliau dlm pengupasan ilmu makrifat ini bagi tujuan membimbing murid2nya.

    Maka persoalan tuan guru ini adalah ditujukan kepada murid2nya sekelian bagi memutuskannya sendiri krn seorang guru mursyid tidak bisa memutuskan untuk anda, beliau hanya menjalankan kewajipan nabi dan rasul membimbing.

    Jauh di sudut hati anda jawablah sendiri dengan seikhlasnya….
    Dengan jawapan anda itu adalah penunjuk akan di mana Allah swt dudukkan anda ketika ini. Fahaman dan zauk rasa Allah yg beri.

    Jadi apa jawapan anda di atas persoalan tuan guru di atas?

    Ianya adalah soalan objektif maka jawapan objektif juga.

    A. Tuhan
    B. Diri

    Pilihlah a atau b di atas.

    Dan kalau anda gunakan hati dalam hati basyirah maka anda ketemui jawapan anda itu. Setelah jawapan diberi di hati redholah akan jawapan tersebut.

    Disitulah kedudukan makrifat anda.

    Ikhlas

    1

    Like

  2. بسم الله الرحمن الرحيم
    لا حول ولا قوه الا بالله العلي العظيم

    الله هم صلي على محمد وال محمد الائمه والمهديين وسلم تسليما كثيرا

    Aku memohon perlindungan kepada Allah dari keEGOan dan KeAKUan yang ada dalam diri.

    Ini adalah serba sedikit ilmu yg dijelaskan Imam Ahmad Al Hassan yg mrrupakan utusan daripada imam Mahdi iaitu imam ke 12.

    Adapun maksud mematikan diri sebelum diri ini mati adalah dengan menghilangkan kegelapan yang ada didalam diri

    Allah adalah 100 peratus cahaya yang tiada kegelapan di dalamNya. Manakala Alam benda adalah kegelapan yg mempunyai kadar cahaya yang berbeza mengikut darjat kewujudannya.

    Adapun Manusia dan Jin itu mempunyai kemampuan berubah tingkatan Cahaya didalam dirinya berdasarkan amalan yang dilakukan. Dan amalan yang dilakukan itu akan menentukkan sama ada ia bergerak mendekati cahaya atau kegelapan.

    Jika amalannya baik maka dirinya akan meningkat martabatnya menghampiri Cahaya. Jika buruk, maka dirinya akan jatuh ke dalam kegelapan.

    Adapun keperluan makan dan minum adalah satu kegelapan yang dipaksakan oleh Allah ke atas diri Manusia bagi menunjukkan bahawa Manusia itu tetaplah hamba yang berhajat kepada Allah.

    Dan yang paling unggul dalam mendekatkan diri kepada Allah (Allah = 100 peratus cahaya) adalah Para Nabi. Dan yang mendahului para Nabi adalah Rasullullah dan dikuti oleh para imam dan para mahdi dari keturunan Rasulullah.

    Allah adalah Cahaya di atas Cahaya.
    Dan Cahaya dibawah Cahaya Allah adalah Muhammad dan diikuti oleh Cahaya Keluarganya para Imam, para Mahdi, para Wali dan aulia.

    Oleh kerana kewujudan diri adalah satu titik kegelapan yang dipaksakan ke atas manusia bagi membezakan antara status Hamba yang memerlukan kepada Allah, maka dengan sebab itu manusia perlu kepada makan dan minum. Dan apabila manusia itu makan dan minum maka hendaklah ia memilih yang paling baik dan bersih namun dalam kuantiti yang paling sedikit dan dalam kesedaran bahawa dirinya itu tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

    Bersambung…. Insha Allah

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s